SANUSI KENA LAGI. KALI INI SAMAN 200 JUTA.


Sinar Harian.


SHAH ALAM - Pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan mengemukakan saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan menuntut pampasan ganti rugi sebanyak RM200 juta.

Ia susulan kenyataan berunsur fitnah didakwa dibuat Muhammad Sanusi mengenai projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Kumpulan Berjaya dalam satu kenyataan berkata, satu surat tuntutan telah dihantar kepada Sanusi pada 5 Ogos lalu, menuntut beliau menarik balik kenyataan itu tanpa syarat.

Syarikat itu juga menuntut Sanusi agar memohon maaf secara terbuka, memberi jaminan tidak mengulangi tuduhan itu dan membayar pampasan sebanyak RM200 juta.

“Sekiranya Sanusi gagal mematuhi tuntutan itu menjelang 8 Ogos ini, satu tindakan undang-undang akan diambil terhadap beliau.

"Pada masa sama, Vincent dan Berjaya Land turut membuat laporan polis terhadap Sanusi dan beberapa individu seperti seperti blogger Murray Hunter, Badrul Hisham Shaharin (lebih dikenali sebagai Chegubard), dan Raja Petra Kamarudin atas penerbitan kenyataan-kenyataan fitnah terhadap Projek SMG," menurut kenyataan itu pada Isnin


Lemparkan ini telah menimbulkan keraguan dan mencetuskan syak wasangka tanpa sebab mengenai usaha perniagaan serta inisiatif kedermawanan yang sah.

“Kami ingin menyampaikan mesej yang jelas bahawa sesiapa yang membuat sebarang kenyataan yang berbaur palsu dan mencemarkan imej kami tidak akan dipandang endah dan kami ingin pihak yang terlibat bertanggungjawab atas tindakan mereka,” katanya.

Untuk rekod, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) kini terpaksa berdepan dengan beberapa kes di mahkamah dan juga tuntutan saman.

Pada 17 Julai lalu, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.

Beliau didakwa didapati melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.

Selain itu, Sanusi juga berdepan tindakan undang-undang daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkaitan ucapan fitnah pada Majlis Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra di Kedah.

Sanusi mendakwa Amirudin turut terlibat dalam skandal dengan pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan dalam projek pembersihan Sungai Klang.

Ekoran itu, Berjaya Land turut membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Sanusi yang didakwa dibuat secara ‘melulu dan berniat jahat’ berkait syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Land, Syed Ali Shahul Hameed berkata, pihak syarikat secara kategorikal dan tegas menafikan semua tuduhan tidak berasas ketika Sanusi berucap dalam ceramah, pada 2 Ogos di Kedah.



KEH..KEH..KEH....JENUH PULUN YA...

 



Punyalah terdesak. Nak angkat sangat penderhaka jadi wira sampai pergunakan orang lain. Tapi pelik orang tua ni. Dia ingat orang lain tak ada medsos ke sampai dia berani menipu begini?


Dah nampak sangat PAS dalam keadaan terdesak. Walaun cuba nafikan tapi hakikatnya pimpinan PAS sedar Sanusi dah rosakkan imej PAS dengan begitu teruk sekali. Tak dapat lagi dikawal.


Sekarang mereka cuba buat damage control. Tapi bila Allah tak izinkan, penipuan itu pun terbongkar dan hasilnya semakin teruk imej PAS. Inilah balasan buat penunggang agama. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


GAJI DAN SETIMPAL DENGAN KELULUSAN DAN UPAH


 

NAK DERHAKA ATAU LAGU MANA ?

 



Mula2 Agong suruh buat Kerajaan Perpaduan demi Malaysia, PAS tolak. Negara perlu stabil untuk ekonomi dapat pulih. Yang PAS pikir ni nak isi tembolok sendiri je.. 


Kalau betul PAS ni nak selamatkan Malaysia, sahut seruan YDP Agong tubuh kerajaan Perpaduan.. tapi dah lah tolak, Sanusi pula hina Sultan Selangor, Ni kerja derhaka blaka ni.. 


cukuplah 33 bulan makan gaji buta... ingat la dosa pahala jugak.. tak berkat.. nak sakau apa lagi? Jana Wibawa? Subsidi Minyak? Menara KL?


- Mursi


SAYA TAK BOLEH ARAH. SAYA CUMA DEDAHKAN. APA YANG SANUSI LAKUKAN.


 

TUNGGU LA SANUSI.- MASA HANG AKAN TIBA-HANG KUTUK ORANG MACAM MACAM. HANG TAK DUDUK JEL LAGI. HANG DUDUK DULU BARU SEMBANG.


 

BAGI SANUSI ISU AIR ADALAH KECIL.TAPI BAGI ORANG RAMAI IANYA MENYUSAHKAN HIDUP


 

MANIPESTON KELANTAN- PEMBOHONG PAK LEBAI


 

AHLI MPT KELUAR PARTI PETANDA AWAL BERSATU AKAN LEBIH BERGOLAK SELEPAS PRN NANTI

 

Walaupun Muhammad Faiz Na’aman bukan nama yang cukup besar dalam kepimpinan Bersatu, tetapi keputusannya keluar parti adalah suatu petanda yang menunjukkan lebih banyak pergolakan akan berlaku selepas ini dalam parti itu.

Dalam pengumuman perletakan jawatan sebagai Ahli MPT dan seterusnya keluar parti, beliau mendakwa, Bersatu kini sudah terpesong dari objektif awal penubuhannya yang kononnya untuk menggantikan UMNO.

“Saya lihat sedikit demi sedikit Bersatu telah terpesong dari objektif awal penubuhannya yang kononnya untuk menggantikan UMNO dengan memberi lebih ruang kepada ramai orang muda dan muka baharu, terutama yang mempunyai latar belakang bersih, berkelulusan akademik, dihormati dan mereka setia dengan parti dari mula.

“Keputusan kepimpinan parti yang seringkali mengabaikan suara akar umbi, pengasas awal dan teguran jentera bawahan menyebabkan Bersatu telah mengalami kekalahan dalam PRN Melaka dan Johor sebelum ini,” katanya.

Selain mempertikaikan pemilihan calon pada PRN kali ini, Faiz berkata, sejarah kekalahan itu dilihat bakal berulang di enam negeri pada 12 Ogos ini, terutamanya di Selangor.

“Pemilihan calon yang berat sebelah kepada pihak kartel tertentu serta calon bidan terjun yang baharu dijadikan ahli parti, hanya semata-mata untuk dipertandingkan dalam PRN Selangor telah menyebabkan terjadi pemberontakan lebih kurang sembilan bahagian Bersatu di Selangor ini hingga terdapat insiden membakar bendera PN secara terbuka sebagai tanda protes akar umbi terhadap percaturan jawatankuasa pemilihan calon,” katanya lagi.

Melihat daripada keputusan yang diambil Faiz ini dan ia boleh dianggap sebagai permulaan, tidak perlu menunggu terlalu lama, barangkali selepas berakhirnya PRN pada 12 Ogos nanti atau sebelum berlangsungnya pemilihan parti awal tahun depan, api dalam sekam yang selama ini tidak berbunyi, pasti tidak dapat ditahan lagi.

Sejak beberapa ketika, kalau kita berjumpa dan berbual-bual dengan pemimpin-pemimpin Bersatu, luahan tidak puas hati dan kemarahan mereka terhadap parti adalah tajuk yang kerap sekali diluahkan.

Seolah-olah perasaan itu terlalu berbuku dalam hati dan dapat meluahkannya adalah suatu kelegaan buat mereka.

Sekurang-kurangnya dua isu menjadi punca kepada apa yang berlaku dalam Bersatu itu:-

Pertama, kepimpinan Mahiaddin Md Yasin yang terlalu ego dan selalu menutup telinga terhadap pandangan atau pendapat orang lain.

Mahiaddin dikatakan terkongkong dengan pemikiran dua tiga orang yang dekat dan rapat dengannya saja.

“Masa jadi Perdana Menteri begitulah perangainya, setelah hilang kuasa pun tetap sama juga.

“Semasa ada kuasa, bolehlah juga diterima jika beliau punya ego yang tinggi dan enggan terima pendapat orang lain, tapi bila tiada lagi kuasa, sepatutnya pandanglah lantai selalu.

“Ingatkan bila sudah jatuh dan tidak lagi berjawatan Perdana Menteri, ada perubahan dalam sikapnya, malangnya Mahiaddin tetap Mahiaddin,” kata seorang pemimpin Bersatu tidak lama sebelum ini.

Katanya lagi, beberapa keputusan melibatkan parti juga banyak dibuat oleh Mahiaddin secara sendirian tanpa berunding dengan pihak berkepentingan yang lain.

Perkara kedua yang menjadi isu ialah pengaruh Azmin Ali sebagai orang baru dalam Bersatu yang dilihat terlalu melebar dan seolah-olah ingin mencatur dan meletakkan banyak cap jarinya dalam parti.

Kejayaan Azmin berbuat demikian dikatakan kerana beliau berjaya mempengaruhi Mahiaddin untuk mendengar cakap dan menurut kehendaknya.

Ada pemimpin Bersatu menyebut, Azmin selalu main “langgar saja”terhadap orang-orang lama dalam Bersatu dan hanya berurusan dengan Mahiaddin seorang saja.

“Pemilihan calon dalam PRN Selangor, selain kecenderungan Mahiaddin sendiri untuk tetap meletakkan bekas Ahli Parlimen Gombak itu sebagai calon Menteri Besar adalah bukti nyata mengenainya.

“Mahiaddin seolah-olah tidak sedar bahawa menonjolkan Azmin adalah tindakan berbahaya untuk beroleh kemenangan kerana isu-isu mengenai dirinya, terutama video Haziq boleh jadi akan dimunculkan semula di saat-saat akhir kempen nanti,” ujar pemimpin berkenaan.

Dalam banyak keadaan ketika ini, melalui banyak dapatan yang ditemui, hanya Hamzah Zainuddin boleh dikira sebagai penyelamat parti kerana beliaulah yang selalu bertindak sebagai pengimbang keadaan bila saja timbul apa-apa rungutan daripada mana-mana pihak.

“Selepas PRN, terutama jika calon-calon Bersatu lebih banyak yang kalah daripada menang, masa depan parti hanya boleh diselamatkan jika Mahiaddin tidak lagi menjadi Presiden.

“Untuk bergerak ke hadapan dan mendepani PRU16, Mahiaddin yang pernah gagal sebagai Perdana Menteri, ditambah ada kes mahkamah sedang dihadapinya, kekalnya beliau menerajui Bersatu hanya memungkinkan kehancuran kepada PN daripada angan-angan ingin mencipta kemenangan,” kata seorang pemimpin Bersatu yang lain. – ShahbudinHusin 07/08/2023.



Dasar Gaji Progresif: Pastikan pekerja dibayar upah bermaruah



Ekonomi Madani yang dilancarkan pada hujung Julai lalu turut merangkumi Dasar Gaji Progresif yang dirangka untuk melonjakkan kadar upah buat para pekerja di Malaysia.


Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ekonomi Madani yang menetapkan halatuju negara dalam tempoh sederhana meletakkan Malaysia dalam kalangan 30 ekonomi terbesar dunia akan memastikan gaji pekerja meningkat selepas peratusan pendapatan pekerja (wage share ratio) telah menurun daripada 37.2% pada 2020 kepada 32.4% pada 2022.


"Kerajaan sehubungan itu menetapkan sasaran nisbah ini ditingkatkan kepada 45% daripada jumlah keseluruhan pendapatan.


"Isu gaji merupakan perkara pokok yang tidak boleh diabaikan lagi. Berdasarkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama 2023 yang dibentangkan minggu lepas, lebih 2 juta pekerja Malaysia masih berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.


"Situasi ini lebih membimbangkan buat golongan muda antara umur 20 - 24 tahun di mana gaji penengah mereka hanyalah RM1,682 sebulan," katanya dalam satu kenyataan.


PM turut bimbang apabila kebanyakan pekerja gaji mereka hanya akan meningkat kepada RM3,500, pada paras tertinggi sekitar umur 40 - 49 tahun sepanjang kerjaya mereka.


Hal itu, katanya, menyukarkan para pekerja untuk menikmati kehidupan yang baik selepas usia persaraan kerana terlalu lewat untuk memiliki harta.


Oleh itu, katanya, mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah berbincang mengenai cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai satu anjakan ke arah memulihkan pasaran pekerja supaya gaji pekerja dapat ditingkatkan dengan lebih konsisten dan pengagihan gaji dilakukan lebih seimbang.


"Dasar gaji progresif ini adalah bersifat sukarela (voluntary), berteraskan insentif (incentive-based), dan terkait dengan produktiviti (productivity-linked).


"Model dasar ini diusulkan setelah MTEN mengambil kira pandangan dan kepentingan pihak majikan dan pekerja. Dasar ini, yang merupakan pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum, akan disusuli dengan garis panduan gaji progresif tahunan bagi setiap sektor, pekerjaan, dan peringkat.


"Sesi libat urus dan tinjauan awal telah menunjukkan sebanyak 62% pekerja dan 80% syarikat menyambut baik cadangan Dasar Gaji Progresif dengan ciri-ciri yang dinyatakan, dan MTEN berharap dasar ini akan menerima sambutan dan penyertaan sebanyak mungkin syarikat dan pekerja," katanya.


Langkah seterusnya, kata Ahli Parlimen Tambun itu adalah sesi perbincangan dan libat urus dengan pihak berkepentingan, terutamanya para pemain industri, perniagaan dan pekerja.


"Perkara ini akan dibawa ke Jemaah Menteri bagi memperhalusi mekanisma pelaksanaan secara berperingkat dan meneroka keperluan untuk memperuntukkan dana sebagai insentif yang akan ditentukan berdasarkan kedudukan kewangan Kerajaan dan keperluan dasar.


MTEN berpandangan bahawa Dasar Gaji Progresif merupakan salah satu reformasi pasaran pekerja untuk memastikan pekerja Malaysia tidak dibebankan dengan kos sara hidup dan dapat menikmati pekerjaan dengan gaji yang bermaruah, demi kesejahteraan rakyat dan mencapai agenda mengangkat ekonomi negara," katanya lagi.

 

RAFIZI – SELAIN TIADA MASALAH PERTAHAN SELANGOR, NS DAN PP, UNDI PH/BN JUGA AKAN BERTAMBAH

 

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata Kerajaan Perpaduan tiada masalah mengekalkan kemenangan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Malah, beliau percaya undian terhadap Kerajaan Perpaduan di tiga negeri yang secara tradisinya dikatakan sebagai ‘kubu kuat’ Pakatan Harapan (PH) akan bertambah dengan sokongan daripada pengundi Barisan Nasional (BN).

“Di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan memang saya nampak tiada masalah.

“Pada pendapat saya, undi Melayu di ketiga-tiga negeri ini melepasi paras untuk kita kekal menang.

“Sementara di Kedah dan Kelantan, ada lonjakan yang baik dari segi sokongan, cuma oleh kerana asas kekuatan undi penyokong Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) ni memang dah tinggi, jadi keadaan masih dapat dilihat sehingga minggu terakhir ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah Jelajah Madani di Telok Ayer Tawar di Tasek Gelugor, semalam.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata setakat ini, PN dilihat masih kekal ‘di hadapan’ di Terengganu. 

Mengulas mengenai peralihan sokongan pengundi Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang daripada antara 30 hingga 31 peratus tiga minggu lalu kepada 42 peratus, Rafizi berkata sebahagian besar pengundi atas pagar mahukan parti politik yang mempunyai idea dan pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah mereka seperti ditawarkan oleh manifesto PH-BN.

Katanya kelebihan PN ialah sekadar memiliki ahli politik yang mempunyai watak seperti ‘pelawak’ ketika berkempen menarik pengundi.

“Bagaimanapun saya yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal di Pulau Pinang tapi kita jangan ambil mudah dan kita perlu menyentuh setiap kumpulan pengundi terutamanya daripada bukan Melayu,” katanya.

Sumber – Bernama