HARI INI PENENTU PM ISMAIL PERKASA ATAU ‘DIBAHAM’ KLUSTER MAHKAMAH?
Hari ini penentu PM Ismail perkasa atau ‘dibaham’ kluster mahkamah?
on:
Pertembungan besar antara Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan berlaku hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, sekiranya Ismail tegas dan tidak tunduk kepada Presiden Umno maka beliau akan dianggap wira oleh rakyat.
Satu satunya PM yang mendahulukan kepentingan rakyat daripada percaturan politik pemimpin Umno sejak merdeka.
“Ismail Sabri seorang peguam. Dia tahu Presiden Umno tidak ada locus standi untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen dibubarkan.
“Presiden Umno, Zahid Hamidi boleh menjerit sekuat suaranya di dalam Dewan Perhimpunan Agung Umno supaya Parlimen dibubarkan tetapi itu tidak ada kesan undang-undang.
“Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dinasihatkan untuk membubarkan Parlimen sekiranya keputusan itu hasil mesyuarat Perdana Menteri dengan Jemaah Menteri
“Tentu sekali bukan keputusan Perhimpunan Agung Umno atau keputusan lima orang pucuk pimpinan tertinggi Umno,” katanya.
Oleh itu, Hassan berharap Ismail yang merupakan Naib Presiden Umno akan diberi peluang menyampaikan ucapan penggulungan petang ini.
“Kalau peluang diberikan kepadanya untuk berucap, maka kita lihatlah nanti adakah Ismail mempunyai tulang belakang sekeras besi waja untuk muncul sebagai seorang Perdana Menteri yang ada intergiti, atau beliau hanya pemimpin biasa-biasa sahaja kelas tiga.
“Pendirian Ismail yang menghormati kebebasan badan kehakiman dalam amalan pengasingan kuasa amat dihormati. Ini adalah antara kekuatannya,” katanya.
Namun, kata Hassan, andainya Ismail tidak mempertahankan pendiriannya sebelum ini yang tidak setuju pembubaran Parlimen berdasarkan desakan pemimpin Umno dari pucuk pimpinan hinggalah ke pemimpin Wanita dan Puteri, maka beliau tentunya dikenang sejarah sebagai PM yang rela ditelan oleh kluster mahkamah.
“Jika esok Ismail tunduk dan mengalah kepada Zahid dan kluster mahkamah, maka punahlah masa hadapan satu-satunya pemimpin Umno yang kelihatan bersih dan boleh diterima rakyat Malaysia.
“Jika itu berlaku, akan hancurlah Keluarga Malaysia yang dibangga banggakan dibaham harimau ganas kluster Mahkamah,” katanya lagi.
MENDENGAR BACAAN PUISI- ANWAR
Hari ini sempat luang masa mendengar bacaan puisi serta berdiskusi dengan kumpulan penulis "Berani Berkata Benar" seliaan saudara Dinsman, Kassim Muhammad dan Hasni Abas.
HEBAT PUTERI UMNO
Hebat betul Puteri UMNO. 'Bertelur' rupanya. Aku ingat Sajat je 'wanita' Melayu terakhir yang bertelur. Rupanya Puteri UMNO pun bertelur. Lebih besar daripada PM Isnail Sabri punya pulak tu. Hahaha...
Kalau inilah sifat gadis Melayu (rasanya dia ni dah kahwin, bukan gadis lagi), entah apa yang UMNO dakwa mempertahankan Melayu. Kalau budaya sopan santun gadis Melayu pun ditinggalkannya.
Tapi bagusnya dalam ucapannya, jelas dan terang dia menyebutkan yang maksud UMNO hanya untuk mendapat kuasa. Bicaranya cuma soal kuasa. Itu yang rakyat kena faham. UMNO cuma mahu kuasa.
Eh silap. UMNO bukan cuma mahu kuasa. UMNO mahu kuasa mutlak. Kalau sekarang ni pun UMNO yang pegang kuasa. Tapi belum mutlak. Masih kena kongsi dengan PN. Masih tak cukup bagi UMNO.
Tapi tak pelik. Dah berdekad kita tahu yang UMNO ni tamak kuasa. Cuma yang pelik, masih ada orang yang terpedaya. Masih ada yang sangka betul UMNO nak bela Melayu. Walaupun jelas yang kaya cuma pemimpin, sedangkan ahli ramai merempat.
Bila tengok UMNO, dan tengok si tamak berdiri di atas pentas, manakala di dungu duduk di kerusi di bawah sambil bertepuk tangan, seolahnya masa depan negara dah terpadam. Tiada jalan keluar lagi.
Kalau nak hapuskan UMNO, kena mula dari bawah semula. Kena betulkan minda rakyat yang negara akan lebih berjaya tanpa UMNO. Tapi masalahnya parti pembangkang pun dok gila ke pengkhianat. Nak lawan UMNO macamana? Guane boh?
TAK KAN SALAH KAK LONG SAJA ?
Jeng,jeng,jeng....pegawai khas menteri tu.
Kena Tau
Bukan Kak Long Dungun je menganjing kt OKU
Ada lagi sorang
Pegawai Khas Menteri lagi..
Merangkap Setiausaha Bahagian Bersatu Indera Mahkota
Harap jgn ada double standart.
Takkan nampak salah Kak Long je..
33
Subscribe to:
Posts (Atom)