Oleh: AMIRULMUKMININ
Keengganan ulama PAS untuk mengubah pendirian dan terus menyokong
Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor akan menyebabkan parti itu
dipersoalkan dalam apa jua kelemahan pentadbiran Khalid.
Bagaimanapun,
ulama PAS menganggap mempertahankan Khalid adalah perjuangan suci
seperti mempertahankan khalifah-khalifah Islam terdahulu.
Memang
wujud ijtihad pada zaman khalifah melarang umat Islam menukar pemerintah
biarpun khalifah zalim dan melakukan maksiat. Kezaliman dan kemaksiatan
itu adalah bersifat peribadi. Selangi mana khalifah mempertahankan
perundangan Islam maka perkara peribadi tidak boleh menjadi alasan
menukar pemerintah. Umat Islam diseru agar bersabar.
Kesilapan
itu menyebabkan akhirnya khalifah ditukar secara kekerasan sebagaimana
Bani Umaiyah yang berpusat di Syiria berakhir dengan peperangan sesama
Islam bagi menaikan Bani Abbassiyah yang kemudiannya berpusat di Iraq.
Kejatuhan Bani Abbassiyah pula akibat diperangi puak Mongol.
Menjatuhkan kerajaan
Dalam
praktik politik moden menjatuhkan kerajaan lebih mudah. Hanya dengan
memangkah di kertas undi. Sekiranya pengundi Cina Petaling Jaya tidak
puas hati dengan projek lebuh raya Kidex maka mereka akan mengundi BN
dan DAP hilang beberapa kerusi.
Andainya penduduk campuran di
Taman Medan tidak puas hati kerana Khalid gagal melaksanakan pungutan
sampah berjadual sehingga Selangor menjadi negeri mencatat angka
tertinggi wabak denggi maka mereka akan mengundi BN dan PKR akan hilang
kerusi.
Sekiranya penduduk Melayu Sabak Bernam tidak puas hati
dengan pembangunan luar bandar yang dijanjikan Khalid maka mereka akan
memangkah BN dan PAS hilang sokongan Melayu luar bandar.
Ahli
parlimen Temerloh Nasrudin Tantawi menjadi budak hingusan politik
apabila menggerakkan pemuda PAS berkempen membela Khalid. Beliau tidak
tahu Saifudin Abdullah terkejut dan tidak percaya kalah kepada Tantawi
dalam pilihan raya lalu sedangkan beliau tidak bersalah apa-apa kepada
pengundi.
Dengan kebodohan Tantawi membela Khalid sehingga
menghina kebijaksanaan Guan Eng membina terowong bawah laut di Pulau
Pinang dan membandingkannya dengan Kidex di Selangor, Tantawi pasti akan
bertanya bepuluh-puluh kali jika kalah di Temerloh pada PRU 14 nanti.
Projek
Kidex mengambil tanah rakyat dan akan mengurangkan sokongan dalam PRU
sedangkan projek terowong bawah laut hanya mengambil tanah laut. Mungkin
Tantawi lupa ikan dan siput tidak boleh mengundi. Pulau Pinang tidak
akan kalah dengan projek terowong. Berbanding hilangnya sokongan Cina
bandar di Selangor.
Dalam gua
PAS seperti dalam gua
menangani isu Khalid Ibrahim. Menyamakan Khalid dengan kezaliman Umno
memecat dan memenjarakan Anwar tentulah tidak tepat dan merupakan fitnah
kepada Anwar yang memulakan Langkah Kajang.
Anwar mempertahankan
dana Petronas daripada diguna menyelamatkan syarikat perkapalan anak
Dr Mahathir yang bankrap. Sedangkan Khalid ditukar kerana menandatangani
perjanjian air tanpa pengetahuan Exco Selangor, menyokong Kidex yang
mengambil tanah penduduk dan dibantah secara besar-besaran oleh
penduduk.
Adakah PAS secara rasmi mengisytiharkan mereka
menyokong langkah kekerasan Khalid? Rakyat akan membenci parti yang
tidak menghormati mereka yang memberi undi dalam pilihan raya lalu tidak
kira berapa tinggi serban pemimpin parti itu.
Hanya PAS berfatwa
berdosa menolak kepimpinan ulama sedangkan rakyat hanya inginkan
sesuatu yang lebih baik dalam hidup mereka. Jika PAS ingin kekal relevan
dalam politik moden yang berpaksikan pilihan raya mereka wajib memakai
hukum pilihan raya, bukannya bertindak sebaliknya seperti mana pada
zaman khalifah.
Khalid sendiri menyindir kemelut yang dialaminya
membuat beliau bekerja lebih pantas. Bermakna selama ini beliau mengakui
kurang pantas. Banyak isu yang tidak selesai sebagaimana disenaraikan
oleh MP Petaling Jaya Utara Tony Pua, seperti permodenan ladang babi di
Sepang yang dipelopori Khalid, isu rumah rakyat, projek pembersihan
Sungai Klang (RM10 bilion), projek bersepadu paip (RM100 juta) yang
masih tidak dilaksanakan sejak 2008 dan pelbagai lagi.
Rakyat
Selangor tidak mahu kelemahan seperti itu, mereka mahukan kerajaan yang
pantas bertindak. Kerajaan yang lewat dalam memberi bantuan hanya sesuai
di Kelantan dan tidak sama sekali boleh diterima di negeri maju yang
kehidupan berjalan pantas.
Jika PAS terus bersikap tidak matang
maka kaum Cina akan melupakan mereka dan PAS For All tidak akan diterima
pakai lagi dalam PRU 14.