SENARAI CALON CALON PKR 6 NEGERI


Anwar turut mengumumkan calon PRK Parlimen Kuala Terengganu iaitu Azan Ismail setelah kerusi tersebut kosong berikutan kes rasuah yang dialami bekas ahli parlimen daripada Pas, Ahmad Amzad Hashim.

Bagi DUN Kota Lama, pengumuman calon ditangguhkan kerana rundingan kerusi bersama AMANAH belum dimuktamadkan.

Calon KEADILAN DUN 
*Kelantan*

N03 Pasir Pekan – Zamakhsari Ibrahim
N07 Panchor – Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain
N09 Kota Lama – Pengumuman Ditangguhkan
N14 Chetok – Ezzat Zahrim Hanuzi

N18 Pasir Tumboh – Naziratul Aini Mohd Sayuty
N30 Limbongan – Dr Samsudin Ghani
N39 Mengkebang – Mohd Shukri Ishak




 Calon KEADILAN DUN *Selangor*

N09 Permatang – Mohd Yahya Mat Sahri
N10 Bukit Melawati – Thiban Subbramaniam
N11 Ijok – Amidi Abdul Manan
N14 Rawang – Chua Wei Kiat
N16 Sungai Tua – Amirudin Shari
N18 Hulu Klang – Juwairiya Zulkifli
N19 Bukit Antarabangsa – Kamri Kamaruddin
N20 Lembah Jaya – Syed Ahmad Syed Abd Rahman
N25 Kajang – David Cheong Kian Youn
N32 Seri Setia – Fahmi Ngah
N33 Taman Medan – Ahmad Akhir Pawan Chik
N37 Bukit Lanjan – Phua Pei Lei
N38 Paya Jaras – Mohd Khairuddin Othman
N39 Kota Damansara – Aidi Amin Yazid
N40 Kota Anggerik – Mohd Najwan Halimi
N43 Sementa – Ernie Afrishah Azizi
N46 Pelabuhan Klang – Azmizam Zaman Huri
N48 Sentosa – Gunaraj George
N49 Sungai Kandis – Mohd Zawawi Mughni
N54 Tanjong Sepat – Borhan Aman Shah

Calon KEADILAN DUN *Negeri Sembilan*

N13 Sikamat – Aminuddin Harun
N14 Ampangan – Tengku Zamrah Tengku Sulaiman
N18 Pilah – Noorzunita Begum Abdullah
N20 Labu – Ismail Ahmad
N29 Chuah – Yew Boon Lye
N33 Sri Tanjung – Rajasekaran

Calon KEADILAN PRK Parlimen Kuala Terengganu Dan DUN *Terengganu*

P035 Kuala Terengganu – Azan Ismail
N13 Wakaf Mempelam – Wan Muhamad Haikal Wan Muhamad Ghazali
N22 Manir – Mohamad Jusoh
N27 Sura – Osman Omar

*Calon KEADILAN DUN Kedah*

N02 Kuah – Mohd Fauzi Chik
N06 Jitra – Sabrina Ahmad
N10 Bukit Pinang – Hazir Mat Zain
N12 Suka Menanti – Zamri Yusuff
N22 Gurun – Mohammed Firdaus Johari
N25 Bukit Selambau – R Suntharaju
N28 Bakar Arang – Adam Loh
N29 Sidam – Bau Wong
N34 Lunas – Shamsul Anuar Abdullah
N35 Kulim – Teh Lean Ong

Calon KEADILAN DUN *Pulau Pinang*

N03 Pinang Tunggal – Zainuddin Mohamad
N06 Telok Ayer Tawar – Mohsein Mohd Sharif
N10 Seberang Jaya – Johari Kassim
N12 Penanti – Rosidi Hussain
N14 Machang Bubok – Lee Khai Loon
N17 Bukit Tengah – Gooi Hsiao Leung
N18 Bukit Tambun – Goh Choon Aik
N20 Sungai Bakap – Nurhidayah Che Rus
N24 Kebun Bunga – Lee Boon Heng
N35 Batu Uban – A Kumaresan
N36 Pantai Jerejak – Fahmi Zainol
N37 Batu Maung – Mohd Abdul Hamid
N39 Pulau Betong – Mohd Tuah Ismail





CALON PKR P.PINANG


 

LULUS TANPA FULUS






 

TU LA PAS...LAIN KALI JANGAN MACAM TU.LA JILAT KAHAK BALIK


 

ALTIMET CALON LEMBAH JAYA


 

DIA DENGAN UMNO. DIA MUSUH. SEKARANG CARI MUSUH DENGAN ORANG PKR PULAK.

 


TAK SUKA. JANGAN FITNAH




BANTUAN PER KAPITA SEKOLAH AGAMA RAKYAT PENANG

 

Jangan kita sesekali lupa betapa Tun M ketika di hujung pentadbiran PM4 pernah *menyekat bantuan per kapita terhadap Sekolah Agama Rakyat*, namun PMX tidak henti² salurkan bantuan kepada institusi Islam seluruh negara sejak mentadbir Malaysia Madani.



BERTINDAK TEGAS PUN KENA

 




Aik… Dah bertindak tegas pun kena letak jawatan jugak? Akhir zaman. Orang buat kerja kena letak jawatan. Orang makan gaji buta tak de orang berani tegur….

KUTBAH DI SELANGOR

 






Ada yang minta aku ulas khutbah Jumaat di negeri Selangor semalam. Aku orang Johor, manalah aku tahu khutbah di Selangor. Kalau di Johor, khutbah tentang Hijrah, bersempena awal Muharam.


Jadi gigihlah aku download teks khutbah semalam. Tapi disebabkan sibuk, pagi ni baru dapat baca. 


Ulasan aku, isu Sanusi vs. Sultan Selangor ni bukan kecil. Rasanya tingkah Sanusi telah lama diperhati. Hanya Baginda Sultan mahu kekal berkecuali maka baginda diamkan diri. Tapi itu tak bererti Baginda tidak mengambil cakna apa yang berlaku.


Khutbah ini secara khusus menyentuh soal mencela dan mencaci-maki, memperlekeh serta memfitnah lawab. Dan kebetulan, perkara itu tak pernah gagal dilakukan oleh Sanusi sepanjang tempoh kempen.


Perlekehkan Baginda melantik YAB Amir sebagai MB dilihat telah melampaui batas dengan tindakan mempersoal susur galur kesemua sultan kecuali Sultan Kedah pula adalah kemuncak segalanya.


Akan tetapi, yang jadi lebih menggusarkan adalah perbuatan mencela dan memfitnah yang begitu berleluasa kini. Lebih malang, yang mendengar boleh pula bersorak bila perkara jijik itu dilakukan.


Sebagai Ketua Negeri yang bertanggungjawab atas ehwal Islam di Selangor, sudah pasti Baginda tak senang melihatkan perbuatan fitnah dan mencela berleluasa ketika tempoh kempen ini berlangsung. Seolah-olah ia bukan kesalahan menurut Islam.


Maka khutbah ini mengingatkan rakyat terutamanya para calon agar tidak mengamalkan perbuatan fitnah dan keji-mengeji serta amaran dari Allah dan Nabi saw akan balasan atas perbuatan tersebut.


Bukanlah khutbah ini memihak mana-mana parti. Khutbah ini sekadar peringatan dan panduan buat rakyat dalam memilih pemimlin. Tolak pemimpin yang mengadu-domba, mencela dan memfitnah. 


Pada kebiasaannya, khutbah akan berkisar tentang peristiwa yang berlaku pada tarikh tertentu sesuai kalendar Islam. Macam semalam awal Muharam, selalunya khutbah akan berkaitan soal hijrah.


Tapi apabila khutbah di solat Jumaat yang pertama di tahun baru Hijrah bercerita tentang isu semasa, pastinya isu semasa itu tidak kecil dan tidak boleh dipandang remeh. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


PAS TOLONG SAMAK KESUCIAN.

 


200 JUTA BUKAN BANYAK...


 

Ilmu “dunia” tak ada nilai di akhirat?


Nik Hasyudeen



Apabila saya menulis bahawa Bill Gates yang dikatakan gagal menamatkan pengajiannya di universiti Harvard tu sebenarnya pandai dan memilih untuk menjadi usahawan teknologi dari meneruskan pelajarannya, adalah orang komen apalah nilai ilmu keduniaan tu? 


Saya tak pelik dengan komen sebegini kerana biasanya orang yang tidak memiliki sesuatu akan cuba merendah-rendahkan orang yang memiliki perkara bekenaan. Ini juga adalah satu kesilapan yang besar di dalam memahami kenyataan Allah di dalam surah Az-Zariyat ayat 56 yang biasa kita dengari itu yang membawa maksud jin dan manusia dicipta untuk beribadah kepada Allah.


Di dalam memahami maksud ibadah secara yang meluas ini, saya selesa dengan pandangan Ibnu Taimiyyah yang membawa definisi “Ibadah adalah suatu istilah yang mencakup segala sesuatu yang dicintai Allah dan diredhaiNya, baik berupa perkataan mahu pun perbuatan, yang tersembunyi mahu pun yang nampak”.


Oleh kerana kita ini hamba Allah 24/7/365, setiap keputusan dan tindakan kita selain dari ibadah khusus seperti solat, zakat, haji, berzikir, berselawat dan seumpamanya juga kena menjadi ibadah. Oleh yang demikian, penciptaan perisian komputer seperti yang dilakukan oleh Bill Gates, sekiranya dilakukan oleh seorang yang beriman akan masuk juga ke dalam definisi ibadah. Ini adalah kerana perisiannya membolehkan manusia melakukan pelbagai pekerjaan halal yang juga adalah tuntutan agama.


Bila dah kaya seperti Bill Gates, orang yang beriman demikian akan membayar zakat yang wajib, memberi sadaqah dan menubuhkan wakaf. Bill Gates tu ada yayasan yang membantu umat manusia di dalam pelbagai bidang. Yang perlu kita doakan ialah sampai iman kepada dia.


Apabila hamba Allah diberikan kedudukan, dia akan membuat keputusan dan mengambil tindakan yang bersesuaian dengan jawatan berkenaan. Jika jawatannya ialah menjaga harta umat Islam, maka segala polisi pelaburan, kawalan dalaman, pengurusan risiko dan analisa pasaran akan diwujudkan. Itu semua adalah sebahagian dari ibadah yang menggunakan ilmu-ilmu “dunia”. Banyak mana perkara-perkara ini yang menggunakan teknologi bagi membolehkan keputusan dan tindakan yang tepat dibuat dengan cepat.


Saya mengambil panduan dari syarahan Ustaz Kariman Abdul Muen (playlist disertakan di ruangan komen” yang menerangkan bahawa di dalam Al Quran yang tercela ialah sifat “kehidupan di dunia” dan bukan dunia. Di antara asas kepada perkara ini ialah ayat 20 surah Al Hadid:


اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ


Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah PERMAINAN dan HIBURAN serta PERHIASAN, juga BERMEGAH-MEGAH di antara kamu serta BERLUMBA-LUMBA membanyakkan harta benda dan anak pinak.


Sifat-sifat di ataslah yang dicela, bukannya “dunia” seperti yang difahami oleh sebahagian dari ahli masyarakat. Segala harta, ilmu, kebujaksanaan, kemahiran dan seumpamanya boleh kita gunakan untuk mendapat cinta dan redha Allah. Lagi banyak kita ada lagi tinggi potensinya asalkan kita mampu mengawal diri dari “kehidupan di dunia” seperti yang disampaikan melalui ayat 20 yang saya rujuk di atas.


Persoalan kepada kita ialah mengapa kita menghadkan “agama” di dalam bidang-bidang yang sempit? Bila diberikan kedudukan dan jawatan, kita fokus untuk hebat di dalam bercakap dan berucap sahaja, bukannya menyelesaikan masalah dan melaksanakan amanah jawatan berkenaan? Semua orang kita salahkan kecuali kita? Bukankah jawapan kita kepada Allah SWT apabila dihisab ialah segala apa yang dilakukan di sini, pada hari ini?


Kita perlu memperbetulkan kefahaman kita ke atas “dunia” dan “kehidupan di dunia” agar kita tidak mudah menafikan kejayaan orang lain apabila kita gagal untuk mempamerkan apa-apa. Jangan pula kita nak turunkan Islam yang tinggi ke tahap kita yang kucar kacir dan berserabut ini. 


والله أعلم