KUTBAH DI SELANGOR

 






Ada yang minta aku ulas khutbah Jumaat di negeri Selangor semalam. Aku orang Johor, manalah aku tahu khutbah di Selangor. Kalau di Johor, khutbah tentang Hijrah, bersempena awal Muharam.


Jadi gigihlah aku download teks khutbah semalam. Tapi disebabkan sibuk, pagi ni baru dapat baca. 


Ulasan aku, isu Sanusi vs. Sultan Selangor ni bukan kecil. Rasanya tingkah Sanusi telah lama diperhati. Hanya Baginda Sultan mahu kekal berkecuali maka baginda diamkan diri. Tapi itu tak bererti Baginda tidak mengambil cakna apa yang berlaku.


Khutbah ini secara khusus menyentuh soal mencela dan mencaci-maki, memperlekeh serta memfitnah lawab. Dan kebetulan, perkara itu tak pernah gagal dilakukan oleh Sanusi sepanjang tempoh kempen.


Perlekehkan Baginda melantik YAB Amir sebagai MB dilihat telah melampaui batas dengan tindakan mempersoal susur galur kesemua sultan kecuali Sultan Kedah pula adalah kemuncak segalanya.


Akan tetapi, yang jadi lebih menggusarkan adalah perbuatan mencela dan memfitnah yang begitu berleluasa kini. Lebih malang, yang mendengar boleh pula bersorak bila perkara jijik itu dilakukan.


Sebagai Ketua Negeri yang bertanggungjawab atas ehwal Islam di Selangor, sudah pasti Baginda tak senang melihatkan perbuatan fitnah dan mencela berleluasa ketika tempoh kempen ini berlangsung. Seolah-olah ia bukan kesalahan menurut Islam.


Maka khutbah ini mengingatkan rakyat terutamanya para calon agar tidak mengamalkan perbuatan fitnah dan keji-mengeji serta amaran dari Allah dan Nabi saw akan balasan atas perbuatan tersebut.


Bukanlah khutbah ini memihak mana-mana parti. Khutbah ini sekadar peringatan dan panduan buat rakyat dalam memilih pemimlin. Tolak pemimpin yang mengadu-domba, mencela dan memfitnah. 


Pada kebiasaannya, khutbah akan berkisar tentang peristiwa yang berlaku pada tarikh tertentu sesuai kalendar Islam. Macam semalam awal Muharam, selalunya khutbah akan berkaitan soal hijrah.


Tapi apabila khutbah di solat Jumaat yang pertama di tahun baru Hijrah bercerita tentang isu semasa, pastinya isu semasa itu tidak kecil dan tidak boleh dipandang remeh. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


No comments: