KAH..KAH...KAH..

 

Mohd Shah Rim



Malaysia import barang guna Dollar, bayar hutang guna dollar, jual beli minyak guna dollar... bukan guna matawang lain..kalo nak meroyan pun agak agak ler..😇😇

BUKAN SAHAJA ANWAR PUNYA SENTIMEN MENOLAK MUDA.. TETAPI HASUTAN AHLI BAWAHAN MENILAI MUDA YANG BARU DALAM POLITIK DAN HARUS DIUJI DENGAN BERBAGAI CABARAN DALAM POLITIK. TIDAK MUDAH DENGAN BERGABUNG KERANA DIANGGAP MENGAMBIL JALAN MUDAH.KATA KATA ANGKUH PRESIDEN MUDA MENGGURIS HATI AHLI BAWAHAN.

 

Anwar akui PKR ada sentimen tolak Muda jadi komponen PH




Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata pandangan semua pihak akan diambil kira berhubung permohonan Muda untuk menyertai gabungan itu.

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim tidak menafikan sentimen penolakan dalam PKR terhadap permohonan Muda menyertai gabungan itu.

Bagaimanapun, beliau yang juga presiden PKR tidak boleh mengetepikan permohonan parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tanpa mengadakan perbincangan teliti, termasuk mengambil kira implikasi.

“Kita ambil pandangan semua, kena bincang teliti implikasinya. Sesiapa juga yang bersama dengan PH, dia kena ada prinsip utama yang diterima, ada perimeter jelas harus diterima pakai.

“Tetapi kita harus beri ruang untuk berbincang dengan baik,” katanya menurut Astro Awani.

Selasa lalu, Syed Saddiq mengumumkan parti itu menyatakan hasrat menyertai PH bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Namun, Ketua Pemuda PKR Adam Adli Abdul Halim, menegaskan tiada jalan mudah untuk Muda menyertai PH.

Susulan kenyataan membawa Muda menyertai PH, pemimpin akar Umbi daripada PKR paling kuat menyatakan kritikan.

Khamis lalu, Timbalan Ketua Penerangan PKR Pusat Razeef Rakimin, mahu Muda terus memutuskan sebarang kerjasama dengan Warisan memandangkan parti itu tidak lagi mesra PH.

Beliau turut menyelar kenyataan Ketua Muda Sabah Amos Thien, yang masih mengharap kerjasama dengan Warisan, ketika Muda sudah meluahkan hasrat menyertai PH.

Ketua Penerangan PKR Selangor Halimey Abu Bakar, pula mahu Muda menyatakan pendirian mereka terhadap Gerakan Tanah Air (GTA) dan Pejuang, ditunjangi Dr Mahathir Mohamad, selain mahu parti itu menyatakan sokongan tuntas kepada Anwar sebagai calon tunggal perdana menteri.

Hari ini, Timbalan Presiden Muda Amira Aisya, berkata partinya bukan proksi Dr Mahathir Mohamad dan Pejuang berdasarkan perbezaan perkara asas diperjuangkan.

Beliau berkata demikian memandangkan timbul kerisauan dan keraguan terhadap niat sebenar Muda untuk menjadi parti komponen PH

Katanya, sekiranya Muda tidak ikhlas berjuang, adalah lebih baik mereka menyertai parti kerajaan sahaja mengambil kira tawaran “macam-macam” kepada Syed Saddiq sebelum ini.

“Buat apa susah-susah mahu lawan kerajaan, keluar masuk balai, naik turun mahkamah kalau apa yang saya buat sebagai pimpinan Muda ini tidak ikhlas untuk negara? Nak kaitkan Muda dengan Tun Mahathir dan Pejuang juga tak boleh. Muda bukan ejen atau proksi mereka. Banyak hal asas kami berbeza pendapat,” katanya.

Beliau berkata, Muda mahu raikan semua agama, kaum dan warna kulit.

MANA DIA BEKAS MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI PH DAHULU.MASIH DALAM GUA ATAU PUTUS ASA

 

Dr. Mujahid ni salah seorang pemimpin PH yang rajin juga buat kerja menyerang UMNO. Cuma dia kurang konsistensi. Tapi masih ok sebab dia masih berlegar dalam Kementerian yang jadi portfolionya ketika PH mentadbir sebelum ini.

Boleh baca berita ini di https://bit.ly/3qwdSF4

Selain Mujahid, Anthony Loke juga ada lancarkan perang terhadap Wee hal berkaitan Kementerian Pengangkutan. Juga kurang konsistensi tapi bagi aku sudah memadai. At least something.

Tapi mana pergi mantan menteri dari PH yang lain? Ramai yang senyap sunyi.

- Ada mantan menteri yang kerjanya berbalas tweet dengan Najib je. Mesti dia tengah rindu Najib masa ni.

- Ada mantan menteri yang buka mulut hanya hal yang berkaitan khemah besar je.

- Ada pula mantan Ketua Menteri yang lebih sibuk berkebun, berselfie. Tak serang pun kerajaan UMNO yang memerintah negeri sekarang ini.

- Ada yang sibuk cerita sejarah parti, sumbangan dia tapi tak banyak cerita soal inflasi dan kenaikan harga barang keperluan.

- Ada yang aku pun tak pasti masih bernyawa atau tidak masa ni. Senyap terus.

Aku kritik bukan nak burukkan PH. Tapi ini sebagai peringatan agar tidak sampai rakyat tak nampak PH sebagai satu opsyen.

Kerajaan yang ada ni terlalu lemah. Terlalu banyak rompongnya. Banyak sudut boleh diserang. Ada puluhan isu yang boleh dimainkan.

Sekarang bukan zaman nak selfie sambil derma kerusi roda lagi. Ini zaman di mana rakyat menilai apa yang boleh kamu beri kepada rakyat andainya kamu diberikan kuasa.

Rakyat melihat dalam kerangka lebih besar. Soal dasar, soal polisi. Bukan lagi soal bantuan hamper, kerusi roda, biskut raya dan sebagainya.

Kamu dipilih untuk pegang jawatan tertinggi dalam parti kerana ahli yakin dengan kebolehan kamu. Kalau rasa dah tak mampu, lepaskan jawatan. Ada ramai lagi pemimpin di bawah ini yang hebat.

Ada yang jawatan hanya ketua cawangan/bahagian tapi lebih aktif bekerja. Baik biar mereka saja yang jadi pemimpin di peringkat pusat.

PRU dah semakin dekat. Pemenjaraan Najib berikan impak positif kepada Isnail. Kalau PH tak serang kabinet Isnail secara konsisten, jangan terkejut kalau UMNO jadi pilihan rakyat semula. Guane boh?

Raja Gelap

 

LIVE DARI TAMAN MELAWATI : Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Saifuddin Nasution & Rakan: Ra...




MAMAT NI KUTUK MENTERI YANG BAHLOL KERANA TAK TAHU EKONOMI


 

UMNO TAK ADA DUIT SEBAB PELABUR TAK MAHU BAGI DANA.-DEDAH PETRA




 

PUNYA TAK MALU PIMPINAN PAS....DENGAR PENDEDAHAN INI...

 TERBONGKAR !!MAT SABU DEDAHKAN PERANGAI PIMPINAN PASLayari kami juga untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysiahttps://linktr.ee/jomchannelhttps://m.youtube.com/c/JomChannel/videos#MovingForward #JomTontonJomChannel #fyp #LikeShareFollow #BeritaDiTiktok




*OVERSEAS MALAYSIANS REGISTER FOR POSTAL VOTING*

 *OVERSEAS MALAYSIANS REGISTER FOR POSTAL VOTING*

Overseas Malaysians can now register online to be a postal voter. First, register for an account at myspr.spr.gov.my/register 𝐃𝐎 𝐈𝐓 𝐍𝐎𝐖. 𝐃𝐨 𝐧𝐨𝐭 𝐩𝐮𝐭 𝐢𝐭 𝐨𝐟𝐟 𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐰𝐡𝐞𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐢𝐬 𝐝𝐢𝐬𝐬𝐨𝐥𝐯𝐞𝐝, 𝐢𝐭 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐛𝐞 𝐭𝐨𝐨 𝐥𝐚𝐭𝐞.



KERAJAAN JEPUN SAHKAN BAYAR DUIT PAMPASAN BURUH PAKSA




Lagi pembonkaran dari pihak kedutaan jepun pulak bekenaan pampasan kereta api rm207b pada era 90an agak2 siapa pm era 90an tu....? Jangan lak hujung² nnt dia pusing cerita.... (DSNR)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,

"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.

Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu."

Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan.

Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.

Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.

Sumber: [Siswa Celik]

 

Bebaskan Negara Dari ‘Hantu’ Penjajah. Tapi parti ana diam membisu...tegur pun tidak apa pun tidak.....

 

Muhammad Fauzi Asmuni

nordptsoSe13612t 83fmr5Y0aaui3aghu f660teceui3a1tdy080s:9110  · 

Bebaskan Negara Dari ‘Hantu’ Penjajah

1. Seperti yang pernah saya kongsikan dahulu, antara punca kebanggaan saya terhadap filem Mat Kilau adalah kerana dia berani menonjolkan British sebagai penjajah yang rakus dan ganas. Dalam banyak filem lain, yang digambarkan sebagai penjajah mungkin hanya Jepun dan komunis. Ini adalah langkah menongkah arus yang berani dilakukan oleh penerbit.

2. Dua hari lepas, 8 September Queen Elizabeth II meninggal dunia setelah duduk di takhta selama 70 tahun. Beliau adalah Queen of United Kingdom sejak 1952, ketika Tanah Melayu masih lagi dijajah British. Sebahagian rakyat Malaysia dikelirukan lagi antara keperluan menyatakan simpati dan bersedih, atau teruskan hidup seperti biasa sahaja.

3. Penjajah adalah penjajah samada secara langsung atau tidak langsung. Mereka datang menyusahkan negara. Mereka membunuh. Mereka menjarah hasil bumi dengan cara paksa. Mereka mengubah budaya dan segala yang mereka boleh ubah. Mereka menghilangkan jati diri kita. Kerana itu bila mereka keluar dari negara kita, kita gembira. Kita laungkan ‘merdeka’ beberapa kali sebagai tanda kegembiraan yang tidak berbelah bagi.

4. Tapi rupanya masih ada ‘pemuja’ British di kalangan anak bangsa kita. Cadangan kibaran bendera separuh tiang, ucapan terima kasih kerana Queen Elizabeth II ‘berkenan’ mengurniakan kemerdekaan, marah netizen memanggilnya ‘beliau’ …. semua itu adalah tindakan-tindakan pelik yang menunjukkan kekaguman melampau terhadap British.

5. Ketika British datang ke Tanah Melayu dan negara Islam lain di Afrika, Tanah Arab, mereka dalam keadaan miskin. Negara mereka tiada sumber. Mereka hidup sederhaana sahaja tidak seperti sekarang. Kekayaan negara mereka datang melalui penjajahan. Dan dengan berpindahnya kekayaan itu, negara Islam pula bertukar menjadi miskin dan mundur.

6. Mereka menjadikan tanah kita sebagai ladang mereka. Mereka tanam dengan tanaman yang menguntungkan pasaran mereka dan bukannya dengan tanaman yang menjadi keperluan penduduk tempatan. Mereka tanam getah di Tanah Melayu dan mereka jual di Eropah. Orang Melayu tidak dapat untung apa pun dari getah kecuali sekadar upah menoreh. Begitulah juga dengan koko dan lain-lain. Akhirnya tanah untuk tanaman keperluan penduduk tempatan berkurangan dan tidak cukup.

7. Mereka mengaut galian yang berharga dengan cara merampas lombong penduduk tempatan. Bijih timah, emas dan selainnya pernah menjadi tempat pertumpahan darah yang sengit antara orang Melayu dan British yang berpermaisurikan Queen Elizebeth II dan keluarganya.

8. Tanah Melayu mungkin bernasib baik kerana British tidak dapat menjual manusia. Tidak seperti di Afrika Tengah, di mana mereka menangkap budak-budak Islam dan menjualnya melalui syarikat-syarikat mereka. Perniagaan menjual manusia dilakukan secara terang-terangan selama tempoh lebih dari 100 tahun. Cara fikir gila dalam mengaut keuntungan untuk kemajuan negara.

9. Mereka kukuhkan penguasaan mereka dengan penubuhan syarikat seperti Syarikat Hindia Timur Inggeris. Mengumpulkan modal lalu menubuhkan bank-bank antarabangsa. Membuat sistem perdagangan yang mengikat negara-negara umat Islam. Memerangkap umat Islam dengan cara halus di dalam urusniaga perdagangan yang berat sebelah dan tidak memberi ruang kepada umat Islam untuk menguasai semula perdagangan.

10. Dan banyak lagi kerosakan lain yang dilakukan oleh British terhadap negara dan rakyat kita. Boleh senaraikan dalam satu senarai yang panjang samada dalam bidang undang-undang, atau pendidikan, atau budaya dan lain-lain.

11. Jika ada sesuatu yang kita belajar dari British, pelajaran itu adalah semangat jihad dan melawan penjajah. Itulah sahaja yang kita pelajari selama ini. Hargailah pelajaran itu kerana ia adalah pelajaran yang mahal dan kita akan sentiasa perlukannya dalam hidup kita.

Wallahu a’lam.

 

BOLEH NAK SAMAKAN BAPAK DIA DENGAN TOKOH SEBESAR MANDELA...




 

Nasib baik dia batalkan sendiri. Nak harapkan parti ana batalkan duk dalam kerajaang pun asyik tersedak sagon je sekarang. Bobobobobo...


 

PROGRAM DI JOHOR


 

KADANG AKU AGAK PELIK DENGAN PKR NI...KENAPA DOK KELILING KULA LUMPUR DAN SELANGOR DEKAT SEBULAN DAH? TAK KE NEGERI LAIN KAH ? TURUN PENANG KA, PERAK KA, N9 KA, KELANTAN TERANGGANU....ROAD SHOW BESAR BESARAN NI BOLEH ULANG ALIK SAJA...PILIH SATU NEGERI 3 ROAD SHOW.....TEMPAT BANYAK MAKLUMAT NI MUDAH...AKSES.



 

RAPAT MEGA KEADILAN BERMULA HARI INI DI TAMAN MELAWATI

Semua warga Keadilan dan Pakatan Harapan serta para penyokong dijemput untuk memeriahkan program Rapat Mega Keadilan yang akan bermula hari ini di Taman Melawati, Selangor.

Program ini juga menjemput semua rakyat khususnya di Selangor untuk mendengar penerangan dan pidato dari semua peringkat pimpinan Keadilan berkaitan isu-isu semasa politik negara.

ATURCARA PROGRAM

5.00 - Reruai Iltizam Selangor Penyayang dibuka

5.15 - Pentas Utama, persembahan busker/band, Pengacara Majlis, Haniff IDE

5.45 - Pembukaan RMK, pentas utama, tayangan video (Reformasi dll)

6.00 - Jualan EHSAN PKPS bermula

7.30 - Rehat, Solat Maghrib

8.00 - Persembahan Sajak, Jualan EHSAN PKPS bersambung

8.30 - Azan Isyak.

8.45 - Pembukaan Sesi Ceramah, Pengacara Majlis, Adzman Kamaruddin

- Lagu Negaraku

- Lagu Arus Perjuangan

- Bacaan Doa

8.50 - Ucapan Tuan Rumah, Ketua Penerangan, YB Fahmi Fadzil

8.55 - Ucapan Ahli MPP, Raiyan Abdul Rahim

9.00 - Ucapan Ahli MPP, Siti Aishah Shaik Ismail

9.05 - Ucapan Ketua Wanita, YB Senator Fadhlina Sidek

9.10 - Ucapan Ketua AMK, saudara Adam Adli

9.15 - Segmen Suara Rakyat

- Mahasiswa, saudara Aliff Naif

- Pengundi kali pertama, saudara Shukrul Khair

- P-Hailing, saudara Salleh

9.30 - Montaj, Ucapan Naib Presiden, saudari Saraswathy Kandasamy

9.40 - Segmen Suara Rakyat

- Petani Muda, saudara Kavin Nair Chandranam

- Peniaga Wanita, saudari Intan Zawiran

9.50 - Video Khas 1

9.55 - Montaj, Ucapan Naib Presiden, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari

10.15 - Acara khas bersama Ketua KEADILAN Cabang Ampang, saudara Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet)

10.20 - Montaj, Ucapan Setiausaha Agung, YB Dato’ Seri Saifuddin Nasution

10.35 - Video Khas 2

10.40 - Montaj, Ucapan Timbalan Presiden, saudara Rafizi Ramli

11.10 - Video Khas 3

11.15 - Montaj, Ucapan Presiden, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

11.50 - Sidang Media/Sesi Bergambar

12.00 - Bersurai

Jumpa di sana. Lawan Tetap Lawan !!

WFAUZDIN NS

 

IYA..HALA TUJU DULUNYA HENTAM ANWAR IBRAHIM PUN YA JUGA...CARI LA PLATFORM LAIN..ORANG MUDA..TAK KAN LAH TAK ADA CARA NAK LAWAN .....PKR DULU MACAM MACAM KENA..PARTI 3 BULAN LA BAGAI....

 

Perjuangan Muda kabur hala tuju, fokus, kata pakar





Penganalisis menganggap umum hanya melihat Muda penuh dengan
 keghairahan orang muda tanpa mengetahui apa di sebalik perkara itu.

PETALING JAYA: Hala tuju dan fokus perjuangan Muda masih kabur, menyebabkan mereka sukar untuk mendapat tempat dalam politik Malaysia, menurut penganalisis.

Mohammad Agus Yusoff berpendapat perjuangan Muda masih tidak jelas sama ada dari segi perkara dan kelompok diperjuangkan, mahupun bagaimana kelompok tersebut akan diperjuangkan.

“Apa sebenarnya perjuangan Muda ini? Nak perjuangkan apa? Jika ingin perjuangkan nasib anak muda, bagaimana? Andai ingin memartabatkan keadilan, apa rupa keadilannya? Perkara-perkara seperti ini yang masih lagi tidak jelas.

“Niat parti politik sudah tentulah untuk mendominasi dan mendapat tempat dalam politik negara. Dengan perjuangan Muda yang kabur dari segi arah tuju dan fokus, sukar untuk Muda mendapat tempat,” katanya.

Pandangannya itu turut dikongsi penganalisis politik, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura yang berkata, setakat ini umum hanya melihat Muda penuh dengan keghairahan orang muda tanpa mengetahui apa di sebalik perkara itu.

Di sebalik ketidakjelasan umum terhadap ideologi, fahaman dan hala tuju perjuangannya, Setiausaha Agung Muda, Amir Hadi ketika dihubungi turut mengakui partinya berhadapan cabaran bagi menjelaskan ideologi Muda kepada umum.

“…Muda bukan untuk orang muda sahaja tapi buat semua. Ini merupakan cabaran besar bagi memaknai semula perkataan yang bukan hanya soal usia, tetapi soal idea dan pembaharuan, serta menolak politik lama yang hanya berkisarkan kuasa,” katanya kepada FMT.

Amir juga memaklumkan bahawa ideologi Muda adalah “mudaisme” yang membawa maksud semangat pembaharuan. Ideologi ini diinspirasikan oleh ideologi “marhaenisme” yang didukung presiden pertama Republik Indonesia, Soekarno.

Selain itu, Agus juga berpendapat Muda masih berada dalam bayang-bayang presiden mereka, Syed Saddiq dan sukar untuk bertahan sekiranya tidak mempunyai akar umbi yang kuat.

“Muda hanya dikenali disebabkan oleh Syed Saddiq sahaja, siapa lagi yang orang ramai kenal daripada Muda?

“Muda ada pemimpin tapi tiada pengikut dan akar umbi. Bila tiada akar umbi maka Muda tidak boleh pergi jauh melainkan mereka dapat membina ‘base’ dengan cepat, yang nyata memerlukan modal besar,” katanya.

INFLUENCER



1. Dulu masa saya kecil. Saya peminat tegar Awang Selamat. Setiap Ahad, kalau orang lain berebut Pancaindera, saya cari Mingguan Malaysia dulu. Apa AS tulis saya nak tahu.

2. Benda yang dia tulis pendek sahaja. Tapi impak dia, seminggu buat kita berpikir. Selalunya, dia tembak politikus atau parti tententu. Ada juga dia back hand selebriti. Padat dan pedas. Idola saya tu.

3. Majoriti rakyat tak tahu dia siapa. Kerana AS tu hanya nama samaran saja. Orang Utusan je yang tahu gamaknya.

4. Namun demikian, apa saja yang ditulis perlu mengikut etika kewartawanan. Kalau memfitnah, Utusan kena saman. Itu etika penulis yang pegang amanah. Menyampai maklumat kepada orang awam.

5. Last sekali saya baca dari AS, ketika dia memerli seorang Perdana Menteri. “Siakap senohong gelama ikan duri. Cakap bohong lama2 mencuri”. Lepas tu kolumn pojok tu dihentikan Description: 😓

6. Selepas era kolumn pojok, era blog pula popular. Kalau nak tahu cerita alternatif, bukan dari media arus perdana. Kita akan skodeng blog2 ni. Mereka pun guna samaran (pseudonym) tapi kita tahu siapa mereka ni.

7. Papagomo, Rocky Bru, RPK, Sang Kelembai dan Art Harun. Itu blogger politik yang kita kenal. Jangan samakan blogger macam Beautifulnara pula. Tu blog retis2.

8. Blogger politik ni walaupun guna samaran, kita tahu identiti mereka. Muka mereka bersepah. Mereka takde la sembunyi2. Kerana blogger2 dulu pendiriannya berani kerana benar. Saman fitnah-memfitnah keliling pinggang. Ada yang kalah, ada yang menang.

9. Namun kita perhatikan budaya INFLUENCERS sekarang. Buat komentetar dan penulisan politik guna nama seolah2 nama betul. Tapi kita pun tak tahu. Identiti sebenar mereka sembunyikan. Gambar ada la seciput, ntah betul ntah idak, siapa boleh tentukan?

10. Kalau memfitnah dan buat berita palsu, mereka boleh lari dari tindakan. Kebanyakan curi VPN luar negara, kalau nak hantar saman pun tak jumpa.

11. Tapi gah mereka di alam maya, pendekar habis la. Habis dimaki dan dibodohkan semua orang. “Bijak”mereka tu kalah Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara. Segala Perdana Menteri pun mereka main belasah juga.

12. Yang belakang screen ntah siapa2 lah. Mengikut kawan SKMM saya, banyak influencers politik sekarang bebudak muda. Punya akaun palsu agar senang nak memaki. Langsung tiada akauntabiliti. Kalau nak kena ambil tindakan mereka boleh lari.

13. Industri Troll di Filipina sangat bergantung kepada mereka ini. Supervisor/ Leader akan keluar suatu naratif, maka influencers ni la yang dok spin dan buat propaganda. Menipu rakyat dengan auta mereka. Kebanyakan dah ditulis siap atau poster yang dah siap design. Kerja mereka hanya sebar luaskan.

14. Gaji influencers politik ni lumayan katanya. Boleh cecah puluh ribu ringgit. Tu sebab ada yang jadi bodyguard pun sanggup jadi influencer politik. Setakat kerja tempek2 Description: 😂Fakta pun takde hanya pandai spin.

15. Ada orang tanya mana pergi tenaga kerja kita? Kita ramai graduate tapi takde orang bekerja. Makanya, Kerajaan pantaulah indutstri troll ni di kalangan orang muda. Saya percaya ramai yang terjebak jua.

16. Kerja haram ni nak dijadikan profesyen anak2 kita? Nauzubillah… tolonglah Kerajaan buat Akta, haramkan ia. Jangan budaya bigots di Filipina dan Amerika menjajah Malaysia. Di sana sampai boleh berbunuh hanya kerana tarhasut dengan troll2 ini.

17. Apa jihad kita sebagai rakyat untuk betulkan keadaan ini. Satunya berhati2 dengan apa yang ditulis oleh influencers politik. Saya bagi tips ini:

(I) Semak siapa dia? Adakah identiti sebenar, atau palsu. Jangan la percaya yang spesis tak guna nama sebenar dan guna gambar palsu. Ntah siapa2. Tu semua takde “bola” jua. Kalau dia sendiri tak berani dedahkan siapa dia, kenapa tuan/ perlu percaya apa dia kata?

(II) Selalu yang influencers berbayar dan troll ni ada udang sebalik mi. Dia nak sampaikan satu naratif. Posting nya tak menyeluruh. Banyak maklumat disorok. Dan nak buat kita marah atau suka melampau. Janganla terima bulat2. Semak dan semak dan baca. Tabaiyun dulu, bukan terus tibaiyun.

Macam mana nak tabaiyun? Suruh dia bagi rujukan keratan akhbar atau rujukan lain. Check sama ada dia bagi maklumat menyeluruh. Selalu persoal akan apa yang dia tulis. Kalau level pentaksub, takyah la percaya. Tu mindanya terkatup jua. Apah pun tak guna.

(III) Kalau dah kenal pasti influencer tu hanya troll dan suka buat propaganda politikus, block terus mereka. Jangan bagi mereka menjajah minda. Ingat motto mereka “if we can’t beat them, we confuse them”. So takyah pening kepala. Block kan saja mereka. Bagi mereka susah sikit nak cari makan. Itu saja habuan. Simple bukan?

18. Ada orang cakap, saya ni dah sampai level influencer. Saya selalu rasa saya hanya writer. Apa saya tulis, sesen pun tak dibayar sesiapa. Tu sebab saya boleh puji dan hentam siapa saja.

19. Namun, tuan puan check la dulu juga apa yang saya tulis. Fact checking itu penting. Jangan pajak otak anda kepada siapa pun. Termasuk la penulis ini.

20. Sama2 kita berjihad melawan troll army. Sememangnya mereka adalah tentera dajjal, pengacau demokrasi.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

Gambar Dajjal saya ambil dari internet: 

 

PENGAKUAN EDITO SARAWAK REPORT. JANGAN NANTI BUAT DALIL " JANGAN PERCAYA ORANG PASIK". SEBAB YANG DITUDUH PUN TAK TUNAI MENEFESTO SEBAGAIMANA YANG DIJANJIKAN. ITU PUN PASIK JUGA.

 


Saya hanya kata Umno bayar PAS, kata Rewcastle Brown




Clare Rewcastle Brown berkata, wujud bukti bahawa PAS dibayar oleh
 Umno. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyangkal dakwaan bahawa beliau telah mengesahkan Umno membayar RM90 juta kepada PAS pada tahun-tahun sebelum pilihan raya umum (PRU) terdahulu.

Katanya, beliau hanya mengesahkan wujudnya bukti bahawa PAS dibayar.

Bagaimanapun, jumlah RM90 juta itu hanyalah sesuatu untuk mengalihkan tumpuan, tambahnya. Angka itu juga telah disebut dalam saman fitnah terhadapnya pada 2017.

“Jumlah sebenar sukar ditentukan memandangkan jumlah itu berpindah tangan dalam bentuk tunai,” katanya menjawab laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh seorang ADUN DAP.

Aduan itu dibuat terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan pengelakan cukai. Aduan itu difailkan selepas Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa Hadi menjelaskan penyelesaian RM1.4 juta dengan Rewcastle Brown dalam saman fitnah terhadapnya.

Lim berkata, satu video yang tular di media sosial memaparkan Rewcastle Brown mengesahkan bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

Bagaimanapun, Rewcastle Brown memberitahu FMT, jumlah RM90 juta itu dibangkitkan dalam satu soalan, tetapi beliau menjelaskan bahawa beliau hanya mengesahkan wang telah dibayar.

“Apa yang penting di sini adalah kedua-dua parti itu menyembunyikan pakatan yang mereka jalin dan kemudiannya mereka akui, tetapi hanya selepas PRU. Jadi mereka menipu pengundi,” katanya.