MUHYIDDIN MESTI JADI BERANI, SELESAIKAN SEGERA ISU SOKONGAN MAJORITI YANG DIMILIKINYA



Sekarang ini semua sudah tahu usul percaya terhadap Tun Mahathir Mohamad yang mahu dikemukakan oleh Ahli Parlimen Semporna, Shafie Apdal pada sidang Parlimen 18 Mei nanti sudah pun ditolak oleh Speaker.

Dalam jawapannya, Mohamad Arif Md Yusof mengatakan, beliau menolak usul bertarikh 1 Mei tersebut disebabkan ia tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempertikai kuasa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam urusan perlantikan jawatan Perdana Menteri.

Bermakna, tiadalah usul tersebut dapat dibentangkan nanti.

Tetapi, sebenarnya ada satu lagi usul yang dihantar kepada Speaker bertarikh 4 Mei di mana ia dikemukakan oleh Tun Mahathir sendiri.

Usul Tun Mahathir selaku Ahli Parlimen Langkawi itu adalah untuk membuat ketetapan bahawa Muhyiddin Yassin selaku Ahli Parlimen Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri.

Dalam erti kata lain, usul Tun Mahathir ini adalah untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin yang mana ia akan ditentukan oleh 222 Ahlo Parlimen seluruh negara.

Sementara usul Shafie sudah ditolak, sebaliknya usul Tun Mahathir ini belum lagi mendapat apa-apa maklum balas daripada Speaker.

Meskipun ternampak kemungkinan usul ini juga bakal ditolak, mungkin esok atau lusa, tetapi Tun Mahathir tentu tidak berhenti daripada berusaha untuk memastikan soal sokongan majoriti Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dapat dimuktamadkan pada sidang Parlimen 18 Mei ini.

Mengikut jadualnya, selepas titah perasmian oleh Yang Dipertuan Agong pada 18 Mei nanti, sidang Parlimen selama sehari itu hanya untuk membincangkan rang undang-undang dan usul kerajaan sahaja.

Tiada sebarang usul, pertanyaan lisan atau sessi soal jawab dibenarkan dalam sidang itu nanti.

Namun, dengan suara pembangkang yang ramai dalam Parlimen, macam-macam boleh berlaku pada 18 Mei nanti.

Sebab itu, dalam hal ini Muhyiddin mesti menjadi seorang yang berani dan tidak takut berdepan apa jua cabaran.

Beliau mesti segera menyelesaikan isu ketidakpastian sokongan majoriti yang dimilikinya dengan tidak takut membenarkan sebarang usul berkaitan perkara itu dibentangkan di Parlimen.

Hanya dengan segera menyelesaikannya saja barulah beliau dapaf berfungsi dengan berkesan sebagai ketua kerajaan dan seterusnya mendapat keyakinan pelabur serta negara luar dalam tempoh yang mendatangnya sebagai Perdana Menteri.

Selagi tidak diselesikan, selagi itulah usaha menggoncang kedudukannya berterusan sampai bila-bila dan akhirnya tiada apa yang dapat dilakukannya untuk memajukan negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Lagi pula, jika beliau mengelak usul tidak percaya terhadapnya pada sidang Parlimen pada 18 Mei ini, apakah beliau dapat juga mengelaknya pada sidang Parlimen Julai dan November akan datang?

Bukankah lebih baik diselesaikan “once and for all” dan selepas itu tidak ada lagi ganggu-gugat terhadap kedudukannya sebagai Perdana Menteri?

Tambahan lagi, jika benar ada sokongan majoriti di belakangnya, apa perlu Muhyiddin takut dengan usul tidak percaya terhadapnya?

Sebagai anak ulama, pandai pula membaca doa, Muhyiddin mesti bertawakal kepada Tuhan dalam soal ini.

Lagi pun, jika tewas dalam usul undi tidak percaya itu, beliau harus menerima sebagai ada hikmah di sebaliknya dan mungkin Tuhan inginkan beliau lebih banyak berehat kerana dengan wabak Covid-19 yang sedang melanda ini serta kesannya kepada rakyat dan ekonomi negara, ia bukanlah sesuatu yang mudah dipikul bagi seseorang yang tidak berapa sihat akibat derita kanser sepertinya.

Kalau menang pula, maka ia barangkali bermakna Tuhan sedang melorongkan laluan yang lebih mudah untuknya mentadbir negara ini.

Tetapi, petunjuk Tuhan itu hanya akan muncul jika Muhyiddin tidak takut untuk menjadi berani dalam mendepani cabaran yang ada di depannya pada 18 Mei ini.

Selagi menjadi penakut, petunjuk Tuhan akan terus tersimpan di langit sana. (ShahbudinHusin 07/05/2020)

Anwar Ibrahim: Saudara Anwar Telah Disebut Sebagai Ketua Pembangkang Yang Baru, Sekali Lagi



Anwar Ibrahim: 118 Telur Penyu Yang Ditemui Di Pantai Port Dickson, Kerana Apa?




Anwar Calon Ketua Pembangkang Di Dewan Rakyat










DS Anwar Ibrahim mengakui namanya telah dimaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat akan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang mencalonkan beliau sebagai Ketua Pembangkang. Hal itu juga telah diberi maklum kepada parti-parti pembangkang sekutu PH, Anwar adalah Ketua Pembangkang yang baharu. Mengenai faedah bank yang ditarik balik Anwar ucap tabik hormat kepada netizen yang membantah. Kerajaan tarik balik. Menteri Kewangan kena faham jaga ekonomi, jaga rakyat atau bank. Kalau pro bank maka peminjam akan terbeban. Kalau bail out 3 - 4 syarikat kroni, ribuan syarikat kecil kesukaran.

Sudah Khianat Parti, Lagi Mahu Bising?








Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menempelak ahli-ahli yang mempersoalkan tindakan parti memecat dan menggantung mereka yang mengkhianati parti. Baginya, mereka yang mempersoalkan keputusan parti hanyalah ingin menutup pengkhianatan yang dilakukan selama ini.

KEH..KEH...KEH...


Tiada 1 sen daripada RM31 juta dana Yayasan Akalbudi digunakan bagi membantu orang miskin, sebaliknya Zahid membelanjakan bagi kepentingan diri sendiri, termasuk pembayaran kad kredit..

Ini Rahsia Ustaz Ebit Lew Pendapatan Rm700,000 Sehari | Kongsi Tips




InsyaAllah PRU15 nanti kerusi Parlimen yang dikhianati ini akan kembali ke pangkuan PKR:



1) Gombak
2) Ampang
3) Indera Makhkota
4) Batu Pahat
5) Bandar Tun Razak
6) Segamat
7) Nibong Tebal
8) Selangau
9) Puncak Borneo
10) Ranau
11) Saratok

Sementara kerusi Parlimen PKR ini perlu dibuang penyandang sedia ada sebagai langkah berhati-hati mengelakkan pengkhianatan pada PRU15:

1) Petaling Jaya - Maria Chin
2) Sungai Buloh - Sivarasa Rasiah
3) Tebrau - Steven Choong

Kerusi DUN yang perlu di buang penyandang sedia ada bagi mengelakkan pengkhianatan pada PRU15:

Selangor:
1) Bukit Melawati - Juwairiyah
2) Lembah Jaya - Haniza Talha
3) Kajang - Hee Loy Sian
4) Seri Setia - Halimey Abu Bakar
5) Bukit Lanjan - Elizabeth Wong
6) Paya Jaras - Khairuddin Othman
7) Sementa - Daroyah Alwi
8) Pelabuhan Klang - Azmizam Zamanhuri
9) Tanjong Sepat - Borhan Aman Shah

Pulau Pinang:
1) Seberang Jaya - Afif Bahardin
2) Machang Bubok - Lee Khai Loon
3) Sungai Bakap - Amar Pritpal
4) Sungai Acheh - Zulkifli Ibrahim

Kedah:
1) Sidam - Robert Ling
2) Lunas - Azman Nasrudin

Negeri Sembilan:
1) Ampangan - Rafaei Malek

Melaka:
1) Machap Jaya - Ginie Lim

Harap Presiden mengambil maklum nama-nama di atas agar PKR tidak dikhianati pada masa akan datang.

Terima kasih

Ahmad Albab
5.5.2020

USUL TIDAK PERCAYA KEPADA PM



Pakatan Harapan (PH) telah menghantar notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber yang boleh dipercayai kepada Malaysiakini, usul berkenaan telah difailkan oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

"Surat kepada speaker telah dihantar. Usul berkenaan telah difailkan oleh (anggota parlimen) Langkawi," katanya


MUHYIDDIN TIDAK BOLEH HENTIKAN PERANAN PARLIMEN




Baru-baru ini barisan pemimpin Pakatan Harapan, WARISAN dan Pengerusi BERSATU telah mengeluarkan kenyataan bersama yang meminta Parlimen bersidang sekurang-kurangnya dua minggu, dan bukan hanya satu hari pada 18 Mei 2020.

Mengapa Pembangkang konsisten memperjuangkan hal ini terutamanya ketika Covid-19 masih menghantui kita?  Bukankah rakyat sudah bosan dengan "politik"?

Ekonomi telah dibuka semula, dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijenamakan semula sebagai "PKP Bersyarat (PKPB)".

Ada kontroversi berkenaan pelaksanaan PKPB, tetapi nampaknya ekonomi kita sedang dalam proses pembukaan semula.

Sekiranya perniagaan dapat beroperasi semula sepenuhnya - dengan mematuhi SOP yang ketat - mengapa tidak Parlimen? Parlimen pada mulanya dijadualkan bersidang mulai 9 Mac — 16 April 2020, kemudian setelah kejatuhan Kerajaan PH, ditangguhkan ke 18 Mei — 23 Jun.

Apa yang lebih menyedihkan, kini sidang Parlimen hanya ingin dilakukan sehari, iaitu upacara pembukaan pada 18 Mei 2020. Ahli Parlimen juga tidak berpeluang untuk menghantar pertanyaan kepada Menteri.

Semasa krisis ini, kita telah melihat penjawat awam yang mampu dan berwibawa untuk memastikan negara terus berjalan. Bagaimanapun, dalam sistem demokrasi berparlimen, Perdana Menteri dan kabinetnya bertanggungjawab kepada Parlimen.

Ini bermaksud perbahasan dan undang-undang yang mungkin diperlukan untuk mengatasi kegawatan ekonomi kesan Covid hanya akan berlaku pada sesi Julai.

Malaysia tidak boleh menunggu begitu lama.

Ini bermakna PM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaannya tidak akan disemak imbang berkenaan tindakan apa pun yang diputuskannya sejak pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional selama empat bulan.

Mereka pada dasarnya akan dapat menggunakan sumber pemerintah dan membelanjakan wang rakyat secara bebas. Muhyiddin mendakwa bahawa rakyat muak dengan "berpolitik".

Itu mungkin benar. Tetapi tindakannya melantik Ahli Parlimen PN yang tak terhitung jumlahnya di dalam GLC dan badan awam lain, sering mengorbankan teknokrat - bukankah ini kelihatan janggal dengan dakwaan "rakyat muak dengan politik" yang sering beliau jaja ke sana dan ke sini?

Ini bukan alasan untuk menolak alasan institusi demokrasi kita. Pada dasarnya, pemerintah PN tidak memiliki mandat rakyat, atau tidak ada sebarang rencana atau manifesto jangka panjangnya setakat ini.

Malah, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini telah memberi amaran bahawa ekonomi Malaysia boleh menyusut ke tahap yang belum pernah kita alami dalam sejarah kerana pemanjangan PKP

Walaupun dengan keadaan yang semakin mendesak, pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN masih belum diluluskan oleh Parlimen - dan ia mesti segera dilakukan.

Ada keperluan mendesak bagi anggota Parlimen untuk mengkaji dan membincangkan pakej ekonomi, serta kemungkinan langkah-langkah lain yang harus dilakukan oleh pemerintah bagi menyelamatkan pekerjaan rakyat Malaysia.

Mengapa Kerajaan PN bersikap seperti ini?

Pekerjaan, perniagaan malah nyawa sedang menjadi pertaruhan.

Sebagai Ahli Parlimen, kami bersedia untuk menerima apa sahaja SOP yang dikenakan bagi membolehkan Parlimen berfungsi. Untuk menghadiri pembukaan Parlimen, semua Ahli Parlimen sudahpun diwajibkan  menjalani pemeriksaan Covid-19 terlebih dahulu.

Negara lain telah menggunakan demokrasi untuk badan perundangan mereka berfungsi bagi menghadapi pandemik Covid-19. Korea Selatan bahkan mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh ini.

Oleh itu, apa lagi alasan yang mahu diberikan oleh pentadbiran PN?

Dari segi sejarah, para pemimpin yang telah menangguhkan siding Parlimen untuk menghindari proses semak imbang telah dikecam hebat. 

Ini berlaku kepada bekas Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper pada tahun 2008 dan Boris Johnson dari UK pada tahun 2019. Tindakan Boris diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Agung UK.

Munyhiddin harus mempertimbangkan perkara ini. Niat kami hanya untuk melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat untuk membantu menyelamatkan Malaysia, rakyat dan ekonominya.

Kerajaan harus memanggil Parlimen untuk bersidang secepat mungkin dan membiarkannya bersidang sekurang-kurangnya 2 minggu.



ULANG SEMULA KEGAGALAN PH : KEGAGALAN MEDIA MERUNTUHKAN KERAJAAN PH


ZAIMI SÀAD

TERUS-TERANG 7: DAJJALAN MEDIA

1. Kalau agensi kerajaan termasuk kementerian gagal kerah unit media untuk tangani mislead info dari pariah-pariah pembangkang, PRU-15 gerenti PH tumbang dengan false feed. Jangan kata abang tak pesan.

Menteri Gila Mikrofon dan Dajjalan Media
2. Awal kemenangan PH dah mula nampak ramai gila microphone. Zaman PM4 dulu menteri hanya bercakap hanya setelah selesai mesyuarat kabinet. Cadangan yang akan buat rakyat panik tak pernah wujud. Hanya hal penting dibincangkan.

3. Maszlee Malik adalah menteri paling top didajjalkan media, sekarang Saifuddin Nasution ambil alih carta dajalan media. Menteri PH perlu ingat media yang ada masih kuat dengan bau Barisan Haprak sedangkan kerajaan PH hanya ada RTM; saluran yang kucing pun tak berapa selera nak layan.

4. Dalam sidang media Maszlee Malik sentuh pelbagai isu dan dasar baharu pendidikan termasuk pemansuhan peperiksaan tahun 1-3 bagi memberi ruang kepada pembagunan insan dan hanya menyentuh perkara kasut hitam tidak sampai 5 minit.

5. Media mainkan isu kasut hitam berminggu-minggu sehingga Maszlee dipotretkan lebih teruk dari si dungu Mat Maslan dan lebih pilu media Kementerian Pendidikan tak bertindak terangkan suasana. Paling bangsat adalah team media Maszlee, biarkan Maszlee tercungap didajal media. Siapa kepala media Maszlee? Cakap kat dia aku kata dia fail to do his duty. Maszlee boleh letak jari tengah di dahi kepala media MoE.

6. Selepas beberapa minggu dibuli media, Maszlee sekali lagi dibuli dengan isu stokin hitam sedangkan dasar-dasar baharu pendidikan langsung tak dibincangkan. Sekali lagi budak-budak media Maszlee kecundang. Makan elaun buta, kerja tak buat.

Draft, Cadangan, Dalam Kajian
7. Menteri PH kalau setakat benda masih lagi draft, cadangan, dalam kajian lebih baik jangan sebut. Paling hot adalah isu kereta terbang. Dari manalah menteri ni datang? Macam orang dungu. Sekejap kereta, sekejap untuk pertanian. Menteri cap ayam. Patutlah Tun bagi rating hanya 5/10. Bebal masih tebal.

8. Benda belum realistik tak payah sembanglah. Akhirnya jadi dajjalan media dan paling teruk imej barisan kabinet PH dilihat macam tak ada otak. Belum sempat habis satu isu, media dah dajjalkan isu lain.

9. Bila dah kena tunjal dan dajal depa kata cytro PH tak nak cover. Sendiri punya bodoh tak ada siapa nak cover. Kementerian ada unit media kan? Buat apa? Makan elaun buta? Main PUBG? Main e-sport? Kerahlah! Bagi assignment, letak KPI, assign survey dll.

10. Kebanyakkan menteri dan kementerian sudah lakukan permulaan yang baik; revamp dan restructure cuma rakyat tak nampak sebab hasil dajjalan media. Kerajaan PH gagal kawal media dan gagal gunakan pasukan media masing-masing dan kalau berterusan PH tak perlu songlap wang berbillion macam UMNO/BN untuk tumbang cuma perlu jadi dungu dengan dajjalan media.

Terima kasih.

¡Hasta la victoria, siempre!
Shah Alam
07 Mei 2019

MAI CHEK NAK HABAQ


Moqdad Zakaria

Ada  walaun'skata ceq berdendam kat Haji Hadi..

Ni ceq nak habaq mai kat hangpa..

Ceq sebelum masuk politik dah ready dengan benda² yang akan ceq tanggung.. Tak ada masa ceq nak nak buat benda haram seperti dengki dan dendam..

Cuma..

Ceq tegur Haji Hadi jangan sesekali lacurkan maruah islam seperti menipu.. Membohong dan memfitnah..

Kalau betul nak bersama UMNO.. Terus terang sahaja kepada ahli.. Jangan duk kata orang tu fitnah ke apa ka.. Kalau setakat dia dan anak² dia ja nak pelup cium UMNO yang kaki perompak tu.. Ceq tak kesah.. Ni sampai mak ayah ceq jugak kena pelop cium UMNO.. Bukan tu saja.. Duk membohong kat mak ayah ceq kononnya mustahil bersama biawak hidup UMNO.. Last² bersama jugak.. Dia ingat Mak Ayah ceq barang dagangan ka..? Boleh jual ikut suka.. Ka dia ingat mak ayah ceq tak ada maruah boleh buat sesuka hati..?

Kalau lidah ceq ni macam pimpinan PAS.. Ceq maki dah hangpa.. Ceq akan kata hangpa dan mak ayah hangpa pun tak ada maruah.. Duk ikut orang duk menipu dan membohong hangpa satu keluarga.. Kalau ja.. Mujur ceq orang AMANAH.. Tak baik kata lagu tu.. Jadi ceq tak nak kata la.. Dalam islam pun haram kata kat orang lagu tu..

😁😁

Terus tanda tangan petisyen pelanjutan sidang Parlimen


Ketika artikel ini ditulis, lebih 50,000 telah menandatangani petisyen yang menggesa lanjutan sidang Parlimen.
Petisyen atas talian yang dilancarkan oleh  pertubuhan pendesak pembaharuan, Aliran bulan lalu itu — yang menyeru sekurang-kurangnya dua minggu persidangan Parlimen bermula 18 Mei — menyatakan:
“Kami memohon agar sekurang-kurangnya sidang Parlimen selama dua minggu bermula 18 Mei (tidak termasuk cuti Raya) – mungkin melalui telesidang atau penjarakan sosial yang teratur – untuk diadakan secepat mungkin supaya isu-isu kritikal dapat dibentang dan dibahas serta merta.”
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang juga telah menyeru semua rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen atas talian ini.
Jelasnya, ia bagi membolehkan isu-isu berkaitan dengan pengendalian wabak Covid-19 dibahaskan dan bukan persidangan sehari di mana ahli Parlimen tidak diberi ruang untuk berbahas.
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan sebelum ini turut mencadangkan persidangan Dewan Rakyat dijalankan selama dua minggu.
Menurut kenyataan itu, masalah rakyat memerlukan perhatian khusus Parlimen, termasuk isu kebajikan, pekerjaan, malah juga semak dan imbang perjalanan kerajaan bagi menjamin ketelusan pengurusan dan kebertanggungjawaban pihak eksekutif.





PH TIDAK PERNAH PERALATKAN BERSATU

BERSATU TELAH MERANCANG AWAL UNTUK KHIANAT



Rupa-rupanya mereka telah buat keputusan dalam mesyuarat tertinggi pada 23hb Februari sehari sebelum Langkah Sheraton took place on 24 Februari.
Ini bermakna Parti Bunga memang berniat untuk khianat terhadap Pakatan Harapan lebih awal lagi.. Ini juga bermakna mereka buat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada PH yang mungkin pada mata mereka sebagai tidak berguna lagi masa tu! Dan mungkin dalam hati mereka, pergi mamposlah kau PH, begitu kan?!
Lepas tu konon-konon Tun Mahathir berlakon tak setuju. Konon-konon Tun Mahathir sedih ada pemimpin bersatu tak pegang pada janji, dan pelbagai lagi konon-konon yang dicipta semata-mata kerana untuk mengaburi mata penyokong PH supaya tidak menggambarkan ini sebuah wayang.
Okay.. aku nak sembang panjang sikit pasal bunga ni malam ni. Siang ni posa, nak save sikit pahala duk bercakap hal dunia tak habis-habis..
Salam Ramadhan 14
Abg Aim 😎

ARE YOU SORRY OR WORRY?


SARIDAH SH ABDULLAH


Salah strategi tu kesilapan biasa kerana kamu manusia. Kesalahan memfitnah itu sengaja yang sehingga sekarang ini engkau enggan akui.
Dahulukan dengan meminta maaf atas fitnah Liwat I dan pembabitan kamu dalam fitnah Liwat II. Kamulah manusia yang menjajah minda bangsa Melayu sebagai malas kerana tidak membela mereka yg tertindas oleh sistem bobrok ciptaan kamu supaya kamu kekal menabur dedak dan berkuasa!
Kamu menggalakkan kapitalis dari kroni kamu bermaharajalela menjarah kekayaan negara. You are responsible for the rakyat in participating the rat race. Kamu manusia yg telah berjaya mengikis ehsan dari hati rakyat Malaysia. Kamu bertanggungjawab menghilang peradaban Melayu dengan mencemar keharmonian rakyat berbilang kaum dalam negara.
Peribadi mu penuh kebencian dan tidak dapat terima selain dari kamu lebih hebat dan berjaya telah menghasilkan pelapis kamu kaki rasuah dan perompak negara!
Silap kamu bukan sekarang tapi sejak kau mula melangkah ke pejabat PM! Skandal demi skandal bermula dengan Bank Bumiputra merubah politik sihat negara kepada khianat tikam menikam menjadi halal demi kuasa.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks


Lihat sahaja mereka yang membesar sepanjang kamu menjadi PM? Hanya manusia kelulusan akademik yang berjaya kau lahirkan. Adab? Empati? Tiada! Manusia yang mengejar wang dan gemerlapan dunia, tanpa toleh ke belakang menghulur tangan kepada saudara yang tersungkur jatuh kerana kekangan! Malah kau galak mereka ditertawa, diejek dan dipanggil nama!
Segala institusi yang melindungi rakyat diswastakan dan rakyat memikul beban! Pegawai yang bermaruah meletak jawatan. Tetapi amat sedikit kerana engkau guru kepada kebatilan!
Engkau membuktikan kejahatan membawa pulangan kejayaan dan kekayaan. Lalu rakyat disogok dengan menghalalkan cara menipu menyeleweng fakta untuk mencapai kemenangan. Hidup bermegah dengan kekayaan menjadi simbol kejayaan!
Engkau perosak segala peradaban dan kemanusiaan. Rakyat engkau yang kurang keupayaan, dirampas hak pekerjaan mereka dengan membawa masuk orang asing melakukan pekerjaan. Kemudian dengan sombong kau kata rakyat malas dan terlalu memilih pekerjaan! Sedangkan sebelum engkau ditampuk kekuasaan rakyat negara ini yang terjun ke dalam pekerjaan 3D tanpa rasa kehinaan.
Kami rakyat yang dahulu diajar kejujuran! Biar kutip sampah asal bukan perasuah! Tapi kamu mengajar rakyat supaya bermegah walaupun seorang perasuah! Buktinya ada pada kebanyakkan pemimpin Melayu tiada maruah!
Fitnah liwat BUKAN kepada Anwar Ibrahim TETAPI kepada minda rakyat Malaysia yang jauh ketinggalan dari negara-negara jiran! Sementara fitnah yang kamu mulakan diteruskan oleh pelapis kamu, rakyat dan negara terus dirompak tanpa ada belas kasihan! Kamulah contoh kepada ahli politik kotor yang bersepah dalam negara berselindung disebalik topeng bangsa dan agama.
Kamu peliwat peradaban rakyat sehingga hilang segala mertabat dan daulat. Negara menjadi bahan ketawa dunia dan hilang berkat! Hati kamu diisi dunia sehingga tidak lagi percaya akhirat. Kau mengajar rakyat mengejar dan bercakar BUKAN saling lengkap melengkap sesama.
Kamu adalah contoh manusia yang penuh dengan hasad dan dengki yang takut jika ada yang dapat tadbir lebih baik dari kamu. Sejak 1981, 40 tahun rakyat di negara ini dinafi Perdana Menteri yang meletak rakyat dan negara dalam hati. Kerana kau tau jika ada manusia sebegini, kejahatan kamu selama ini akan terselah dan akan dikeji.
Are you sorry or worry? Kamu bukan insaf tetapi takut! Apabila kamu takut selain dari Tuhan mu, maka kamu sebenarnya telah menghina diri kamu! Kamu takut kerana kamu tiada kuasa lagi, kamu gerun jika Anwar menjadi Perdana Menteri lebih gerun dengan malaikat yang menjaga mati! Kamu rugi! Masih ada peluang bertaubat dengan Allah dari kau layan ketakutan kamu terhadap Anwar yang belum tentu akan jadi PM. Kau, aku, Anwar, semua manusia merancang, perancangan Allah Maha Sempurna.
Tidak kah kau percaya?

HIPOKRASI POLITIK KAUM DAN AGAMA DAN “THE CENTRIST”


LYANA MARZUKI

1. Banyak betul isu kaum dan agama yang viral baru-baru ni. Tapi kalau tuan puan perhati nada nya dah berbeza. Sekarang bukan nada hentam kemain, dah jadi nada defend habis. Mungkin sekarang goal post dah lain, dulu pembangkang, sekarang pula dah jadi gomen.
2. Kita tengok isu yang berbangkit. Isu arak dan pemandu mabuk misalnya. Baru-baru ni seorang anggota polis meninggal dunia ketika bertugas dilanggar pemandu mabuk (Al-Fatihah). Tapi yang didengar pandangan satu parti agama, menyokong pemandu mabuk naik grab saja. Takde pulak dengar gempak gempita macam setahun dulu. Macam nak runtuh langit dihentamnya Kerajaan.
3. Ketua Pemudanya sebelum jadi gomen, katanya arak itu musuh negara, nak nyahkan arak dari bumi Malaysia. Dah jadi kerajaan, katanya pula arak dah lama ada. Yang nak diperdebat buat apa? 😅
4. Ada satu ahli MPT pemuda satu parti Melayu, kalau dulu dia la champion segala isu. Gengster bukan main. Masuk negeri orang pun, punya sombong jadi hero dari Malaya, bukan kaleng-keleng. Tapi bila orang Melayu dikutuk-kutuk dan dipanggil bodoh oleh satu company yang punya angkuh, disuruh pulak kesian pada sang tukang kutuk. Katanya mereka angkuh macam tu pun, diaorang bagi derma. Rupanya-rupanya kroni-kroni parti dia belaka.
5. Ada lawyer satu parti tu, dari dulu dok meratib dan menyalahkan “pendatang”. Gantung tanglung di sekolah masa raya cina pun dihentam. Tetiba pula, baru-baru ni dipertahankan seorang “pendatang” Rohingnya. Yang jadi Abang long dan gengster kawasan. Tak kira la orang tu kena tangkap atas siasatan kes ugut dan rogol, tetap ada yang kata kuat darah Melayunya 🤦🏻‍♀️ Minta orang kesian pada dia 😅
6. Ada juga tahun lepas seorang ahli politik kaum Cina yang suka kontroversi. Punya bangga nenek moyangnya komunis pernah lawan British. Nak tunjuk champion belaka. Mungkin dia lupa atau tak pernah baca, episod 14 hari Bintang Tiga di Malaya. Macam mana episod tersebut tukar lanskap perkauman negara.
7. Adakah makhluk ni tak pernah terpikir kesan kenyataan bongkak nya? Macam mana ia boleh mengguris perasaan bangsa lain. Mungkin tak pernah bercampur atau duduk dalam gua. Yang dia ni pun satu, nada dah beza. Dulu parti jadi gomen punya lah bising. La ni macam dah langsung tak ambil pusing.
8. Jadi tuan-tuan tengok manusia rasis dan penuh hipokrasi ni ada di mana-mana. Tak kira mana parti. Yang tunggang agama dan isu kaum untuk kepentingan politik mereka. Kalau tuan-tuan nak tahu. Banyak ahli politik kita ikut ajaran Machiavelli. Kalau rajin baca lah buku The Prince, diajarnya bila berpolitik: matlamat menghalalkan cara. Kalau perlu tunggang agama dan isu kaum untuk berkuasa, dibolehkan saja. Sebabnya matlamat terpenting dalam politik adalah berkuasa. Dengan kuasa boleh buat macam-macam. Kena ahli politik yang ikhlas dan baik, baik lah jadinya. Kalau jenis yang terjun politik, sbb nakkan pengaruh dan jadi kaya, ke laut la juga.
9. Saya rindu masa Malaysia takde isu politik kaum yang melampau. Kalau tengok cerita P Ramlee, satu filem tu semua bangsa ada. Seniman Bujang Lapuk, kegemaran saya. Ada pak singh jadi guard, ada apek borong surat khabar. Satu company kerja sama-sama, sama ada Melayu Cina atau India. Ceritanya evergreen sampai sekarang. Kalau tengok dengan anak2 pun, berdekah-berdekah diaorg ketawa.
10. Dulu zaman 90-an pun sama. Cerita Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Ada awek cina, ada member India. Diaorg hang out kedai kopi sama-sama. Ada tuan puan nampak cerita TV sekarang mcm tu? Yang saya perasan, banyak cerita 100 percent line up Melayu.
11. Boleh kah kita jadikan Malaysia kembali harmoni macam dulu? Actually semua atas tangan kita. Kuasa undi bersama kita. Pilih la gabungan parti yang inklusif dan penting kan polisi “centrist”. Tengah2 dan bukan radikal.
12. Ini tidak satu gabungan laung “parti penyatuan Melayu dan kelangsungan ummah”. Sekarang dah start bergaduh. Berebut kerusi dan kuasa untuk PRU15. Ada satu lagi parti, katanya parti inklusif semua kaum. Tapi Majlis Pengurusan Tertinggi nya 90% satu kaumnya saja. So macam mana?
13. Yang kita pengundi kena makin bijak. Bila ada propaganda isu dan kaum oleh mana-mana parti, ingat lah. Mereka ni yang banyaknya “matlamat menghalalkan cara”. Matlamatnya kuasa. Bila dah dapat kuasa, RUU 355 ntah ke mana 🤦🏻‍♀️ setakat stuck di Parlimen di peringkat pertama. Contoh... 😅
14. Yang kita harapkan, lanskap politik negara berubah. Isu kaum dan agama jangan letak ke tengah. Agar rakyat mengundi bukan nya dengan cara negatif partisan. Atau undi dengan marah. Kita patut undi secara positif partisan. Undi parti yang bawa kebaikan. Untuk semua.
15. Bila memilih pemimpin, jangan cari pemimpin yang jenis suka jadi hero kaum. Sebab benda tu senang. Setakat bangkit isu dan hentam kaum lain, ramai orang boleh jadi champion. Yang susah, jadi hero Malaysia. Jenis perjuangkan hak semua bangsa. Tapi tak lupa dan bangga asal usul dia. Tu yang rare, susah nak jumpa.
16. Makanya kita ni, golongan marhein macam saya yang bukan ahli politik, perlu jadi CENTRIST. Jangan cepat terpedaya mengenai isu kaum dan agama. Baca dan baca dan baca. Selalu semak fakta. Jangan terus ambil mudah dan percaya. Selalu ambil jalan tengah-tengah. Semua ada baik dan buruknya. Kita kena pertimbang dua-untung agar tak termakan propaganda.
17. Ingat, politik selalunya matlamat menghalalkan cara. Matlamatnya kuasa. Yang untung-untung pun mereka. Kita dapat apa? Maka, penting bagi kita jangan jadi pentaksub. Jadi lah pengundi yang bijaksana. We raise above politics and ambil jalan centrist. Itu pada saya adalah yang terbaik.
Wallahu a’lam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki