BILA MCA PERTIKAI JAKIM, DI MANA SUARA PAS, AKMAL DAN UMNO?



Amir Zuhair






Hari ini, secara jelas lagi terang benderang, Parti Cina dalam Barisan Nasional melalui Mike Chong Yew Chuan, yang mengkritik tindakan institusi Islam negara, JAKIM kerana menyiasat unsur-unsur dalam persembahan konsert The Weeknd.


Dalam kenyataan tersebut, dia secara jelas mengaitkan siasatan JAKIM dengan kecenderungan kerajaan menjadi semakin konservatif, malah membangkitkan kebimbangan bahawa tafsiran agama akan mengatasi kebebasan berkarya.


Pertama, sejak bila tindakan sebuah institusi agama menjalankan siasatan terhadap sesuatu aduan dianggap sebagai ancaman kepada kebebasan beragama dan berkarya? Adakah MCA sudah belajar dan naik tanjak mula berani mempertikaikan institusi Islam negara setelah berjaya memenangi beberapa kerusi dalam siri Pilihanraya Negeri?


JAKIM bukan ditubuhkan semalam. Institusi ini mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri dalam hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan. Menjalankan siasatan tidak bermakna seseorang telah melakukan kesalahan. Apatah lagi ia tidak semestinya bermaksud kerajaan mahu mengharamkan sesuatu persembahan.


Tetapi konsert tersebut yang secara jelas bermasalah apabila punyai elemen yang mengugat akidah umat Islam. Seharusnya JAKIM bertindak adakan siasatan kerana ada umat yang dalam kad pengenalannya tertera beragama Islam yang hadir dalam konsert tersebut. 


Jika MCA tidak bersetuju dengan asas siasatan tersebut, kemukakanlah hujah berdasarkan bidang kuasa dan peruntukan undang-undang. Itu lebih munasabah daripada terus menggambarkan tindakan JAKIM sebagai kemunduran atau ancaman kepada masyarakat majmuk.


Kebebasan berkarya bukan bermaksud setiap perkara terlepas daripada penelitian pihak berkuasa. Pada masa yang sama, sensitiviti agama juga tidak boleh dijadikan alasan untuk menyekat kebebasan orang lain secara sewenang-wenangnya.


Kedua, saya amat tertarik untuk mengetahui pendirian PAS, khususnya pimpinan yang selama ini begitu lantang bercakap mengenai kedudukan Islam dan institusinya.


Di mana suara PAS ketika MCA membuat pertikaian ini? MCA ini parti yang berada dalam komponan Barisan Nasional yang hari itu secara jelas Presiden PAS menyeru ahli dan penyokong PAS supaya mengundi calon Barisan Nasional (BN) dalam PRN Melaka 2026, termasuk calon MCA dan GERAKAN.


Di mana pula suara Dr. Akmal Saleh dan Pemuda UMNO? Bukankah mereka selama ini kononnya begitu lantang mempertahankan Islam, institusi agama dan maruah umat Islam? Bila DAP keluar kenyataan, tidak sempat siang, berderu panglima semua keluar mengatakan DAP anti kepada institusi Islam. Kali ini bagaimana pula?


Kita telah mendengar begitu banyak ucapan mengenai penyatuan ummah, kekuatan politik Melayu-Islam dan keperluan mempertahankan kedudukan Islam.


Tetapi apabila Pemuda MCA sendiri mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan tindakan JAKIM, apakah pendirian mereka?


Adakah mereka bersetuju dengan hujah MCA? Jika tidak, apakah alasan mereka? Apabila pemimpin mereka menjadikan pembelaan institusi Islam sebagai sebahagian besar daripada perjuangan politiknya, rakyat berhak menuntut pendirian yang konsisten.


Lebih menarik, MCA merupakan komponen Barisan Nasional. Dalam perkembangan politik mutakhir, UMNO dan PAS pula semakin menonjolkan kerjasama atas nama penyatuan ummah.


Adakah mempertahankan institusi Islam hanya menjadi keutamaan terpilih apabila pihak yang dikritik ialah lawan politik? Atau prinsip yang sama turut dipertahankan apabila kritikan datang daripada rakan sendiri?


Akhir sekali, kepada MCA, masyarakat majmuk bukan bermaksud institusi agama Islam tidak boleh menjalankan tanggungjawabnya. Begitu juga kedudukan Islam dalam Perlembagaan tidak bermaksud kebebasan bukan Islam boleh diketepikan sesuka hati.


Kedua-duanya mesti dihormati dalam kerangka undang-undang negara. Kita boleh berbahas tentang batas bidang kuasa JAKIM, kewajaran sesuatu siasatan dan kebebasan persembahan seni. Tetapi perbahasan itu mesti berasaskan fakta, bukan sekadar tanggapan bahawa setiap penelitian agama merupakan langkah ke arah konservatisme.


Kepada mereka yang selama ini begitu lantang membawa slogan mempertahankan Islam seperti Ridhuan Tee, inilah peluang untuk menjelaskan prinsip masing-masing.


Mempertahankan institusi Islam tidak sepatutnya bergantung kepada siapa yang mengkritiknya, sama ada kawan ataupun lawan.


Rakyat berhak mendengar pendirian yang jelas, bukan sekadar slogan yang berulang setiap kali tiba musim pilihan raya.





KOMWN MENARIK

 


Ada satu komen netizen yang cukup menarik. Katanya, orang politik yang terlibat dengan rasuah tidak sepatutnya dipuji hanya kerana pernah banyak berjasa.






Cuba fikir. Kalau orang politik yang korup terus dipuja kerana jasanya, apa yang kita sedang ajar kepada generasi pemimpin akan datang?


Esok semua boleh fikir, “Aku dah banyak berjasa kepada rakyat. Kalau aku sakau duit negara pun, orang tetap sanjung aku.”


Habis, jahanamlah negara kalau begitu cara kita mendidik masyarakat!


Seorang Perdana Menteri sudah menikmati gaji, elaun, kediaman rasmi, kemudahan dan pelbagai keistimewaan. Semua itu diberikan untuk menjalankan amanah rakyat, bukannya lesen untuk mengumpul kekayaan berbilion ringgit melalui kuasa yang dipegang.


Kalau seseorang pemimpin menjadi luar biasa kaya ketika berkuasa, sedangkan sumber kekayaannya tidak dapat dijelaskan secara munasabah, rakyat memang patut bertanya. Dari mana datangnya duit sebanyak itu? Bukan terus menuduh, tetapi menuntut penjelasan tentang integriti.


Ambil contoh mudah. Seorang bapa membesarkan anaknya, beri makan, pakaian dan pendidikan. Adakah kerana jasanya itu, dia berhak mencuri duit simpanan anak sendiri? Logik ke?


Begitulah juga orang politik. Berjasa kepada rakyat memang tugas mereka. Bukan tiket untuk mengambil harta rakyat.


Nabi SAW sudah mengingatkan bahawa umat terdahulu binasa apabila golongan bangsawan mencuri, mereka dibiarkan. Tetapi apabila orang lemah mencuri, hukuman ditegakkan. Hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Dalam kes Najib, jasa pentadbirannya boleh sahaja dikenang. Tetapi jangan sampai kita lupa beliau telah disabitkan bersalah dalam kes SRC International. Jasa tidak memadamkan kesalahan.


Bayangkan pekerja biasa mencuri duit syarikat, kemudian berhujah dia sudah 20 tahun bekerja dengan cemerlang. Agaknya majikan akan lepaskan begitu sahaja?


Peliknya, apabila melibatkan orang politik, ada yang sanggup mengubah ukuran moral semata-mata kerana terlalu taksub kepada pemimpin.


Jasa boleh dikenang, tetapi jangan sesekali ajar masyarakat bahawa orang politik yang banyak berjasa mempunyai lesen untuk sakau harta negara.


Itulah pendidikan paling berbahaya kepada generasi akan datang.


#AhmadMursi #1MDB #Integriti





TAK PAYAH LAH NAK PERTAHANKAN. LAGI PULA BUANG DUIT SAJA KATA SI POLAN SI POLAN.. BIARLAH MEREKA YANG LAKUKAN KERANA MEREKA ADALAH AHLI POLITIK.


Norman Daud. 



 Saya sebenarnya dah letih mempertahankan kerajaan hari ni.. sepatutnya urusan sebegini diurus dengan lebih cermat supaya tak menimbulkan polimik perkauman. 







Keputusan keputusan yang tidak cermat ini akan menjadi peluru menembak PH dan kerajaan.


Dalam pengurusan tanah di Malaysia, kadar premium memang bergantung pada status kegunaan tanah. 


Apabila tanah ditukar syarat daripada komersial kepada institusi bukan berasaskan keuntungan (NGO) dan diwartakan sebagai tapak warisan, pemilik tidak lagi boleh membangunkan tanah itu untuk mengaut untung (seperti membina kondominium atau menara pejabat).


 Justeru, penilaian semula premium kepada kadar nominal mempunyai asas teknikal yang sah dan diputuskan oleh Jawatankuasa Tanah.


KLSCAH ni sebenarnya dah diwartakan sebagai warisan sejak 2007. Mengenakan premium jutaan ringgit kepada NGO bukan untung boleh menyukarkan kelangsungan mereka untuk menjaga bangunan bersejarah tersebut.


Yup.. itu alasan teknikal yang sebenarnya betul.


Tapi Penurunan daripada RM4.67 juta kepada RM1,000 (pengurangan lebih 99.9%) adalah terlalu drastik pada mata masyarakat umum. 


Tanpa penerangan teknikal yang jelas dari awal, ia mudah dilihat sebagai layanan istimewa atau pilih kasih, terutama apabila keputusan dibuat sejurus selepas pertukaran menteri di portfolio Wilayah Persekutuan.


Dan disinilah masalahnya..


Saya pernah tulis banyak tindakan dari Menteri atau ahli parlimen Dap tidak menghiraukan sensitivity masyarakat melayu. Betul.. on paper tindakan mereka tidak menyalahi undang undang.


Tapi ianya memberi impak kepada sokongan parti lain dalam PH seperti PKR dan Amanah. Ya.. dua parti ni yang menanggung akibat dek kemarahan orang melayu. 


Kesannya jelas.. PKR dan Amanah ditolak secara total dalam 3PRN baru baru ini.


Dua parti inilah yang akhirnya perlu berhadapan dengan kemarahan pengundi Melayu dan terpaksa buat kerja probono menjelaskan keputusan kerajaan yang mungkin bukan mereka sendiri cetuskan.


Dap hanya mahu menjaga base voters mereka tanpa menghiraukan kesan kepada parti lain.. ini tak betul dan kena diperbetulkan.


Adakah impian melihat satu negara yang bersatu padu dikalangan semua bangsa dapat dicapai dengan tindakan tidak cermat ini?


Impian untuk melahirkan negara yang harmoni memerlukan toleransi dari semua pihak. 


Saya mohon DS Anwar Ibrahim mengambil tindakan dalam hal ini. DAP tidak boleh bertindak somborono tanpa memikirkan kesan kepada parti gabungan yang lain.


Tolong lah.



KENA MAKI PUN KERJA KUAT.

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri beberapa siri mesyuarat sidang kemuncak pada hari ketiga lawatan beliau ke Manila hari ini, sebelum berlepas pulang ke Malaysia petang ini.



Anwar dijadual menerima lawatan rasmi Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang akan tiba di Malaysia pada pagi 17 Nov.


Perdana Menteri dijadual kembali semula ke Manila pada petang esok untuk menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat serta majlis makan malam yang dihoskan oleh Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr.


Hari ini, Anwar dijadual menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-29, yang menyaksikan beliau menyampaikan Kenyataan Bersama ASEAN bagi pihak blok itu, selain Kenyataan Negara. 


Malaysia merupakan negara penyelaras ASEAN bagi hubungan dialog dengan China.


Beliau juga akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN bersama dengan Australia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Korea Selatan, dengan Perdana Menteri dijadual menyampaikan Kenyataan Negara pada setiap mesyuarat berkenaan.


Sidang Kemuncak ASEAN-China berlangsung ketika kedua-dua pihak berusaha memuktamadkan rundingan mengenai Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan menjelang akhir tahun ini.


Semalam, Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Ma. Theresa Lazaro berkata, rundingan mengenai COC di Laut China Selatan kini memasuki fasa akhir, dengan persetujuan sementara dicapai bagi kira-kira 80 peratus daripada draf COC berkenaan.


Beliau berkata, rundingan itu dijangka berlanjutan melepasi sasaran 2026 dan diteruskan ketika Singapura memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 2027.


Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan yang dianjurkan oleh Filipina di bawah tema “Navigating Our Future, Together”.



LU CAKAP MESTI HALAL



 Semakin garang MCA kawan sebantal Pas..Takpa apek Mca,itu Hadi sama lebai Pas ada dalil bila lu yang cakap boleh jadi halal.





TAK PA...PI MELINGKUP PI LA HANGPA..

 


PAS nampaknya sudah memberikan gambaran awal tentang bagaimana pembahagian kerusi dengan Barisan Nasional (BN) boleh dibuat di Terengganu. Daripada 32 kerusi DUN, hanya lima kerusi yang bukan milik PAS terbuka untuk dibincangkan.






Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya terbuka untuk berunding dengan BN mengenai lima kerusi tersebut bagi menghadapi pilihan raya akan datang.


Menariknya, kelima-lima kerusi itu sebenarnya dimenangi Bersatu pada Pilihan Raya Negeri 2023. Maknanya, 27 kerusi milik PAS mahu dikekalkan, sementara ruang rundingan dengan BN hanya melibatkan kerusi yang kini disandang sekutunya sendiri.


Lima kerusi berkenaan ialah Hulu Besut, Permaisuri, Seberang Takir, Telemong dan Kijal.


Menurut Ahmad Samsuri, formula kerjasama PN-BN yang digunakan di Melaka sebelum ini berpandukan prinsip mengekalkan kedudukan penyandang atau status quo.


Beliau menjelaskan, daripada keseluruhan 32 kerusi DUN Terengganu, PAS sudah menguasai 27 kerusi dan tidak melihat ruang lain untuk dibincangkan selain lima kerusi tersebut.


Jadi, kalau ikut gambaran awal itu, PAS kekal dengan semua kerusi yang dimenanginya, manakala BN perlu berunding mengenai kerusi yang kini berada dalam tangan Bersatu.


Bagaimanapun, Ahmad Samsuri menjelaskan rundingan khusus untuk pilihan raya negeri Terengganu dan Perak masih belum bermula. PN dan BN mahu menyelesaikan urusan kerjasama politik secara berperingkat selepas pilihan raya Melaka.


Kerjasama BN-PN sebelum ini menyaksikan kedua-dua gabungan mencatat kemenangan dalam pilihan raya negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sepanjang tahun 2026.


Kini persoalannya, adakah Bersatu bersedia jika lima kerusi yang dimenanginya menjadi ruang tawar-menawar dengan BN, sedangkan 27 kerusi PAS terus dikekalkan?


Setakat ini, belum ada keputusan rasmi mengenai pembahagian kerusi. Namun, kenyataan Ahmad Samsuri sudah memberikan gambaran tentang asas rundingan yang mahu dibawa oleh PAS di Terengganu.





BN TAK TANDING DI SARAWAK? 😂

 BN TAK TANDING DI SARAWAK? 😂







Zahid kata BN tak bertanding PRN Sarawak kerana persefahaman dengan PBB.


Persoalannya, BN memang dah tak ada tapak di Sarawak. Nak bertanding guna apa?


Janganlah jual cerita kononnya tak bertanding sebab persefahaman.




TERBAIK UMNO....PANDAI GUNA KUASA KETIKA BERKUASA.

 Khairul Modim



Allah bagi korang sikit je kuasa tapi korang dah rasa hebat.. rakyat tidak akan biarkan Negara ini di rompak oleh geng² kamu.. tunggu lah pru16 kebangkitan rakyat itu benar






TAK PA KERAJAAN MADANI NI BAIK.,...DOK LA DIAM DIAM NAJIB....ELOK DAH DOK UMAH TU.

 



Najib dah pun dapat tahanan rumah. Bukan lagi sekadar cerita atau permohonan. Keputusan Lembaga Pengampunan dah dilaksanakan, Najib pun dah balik ke rumah.






Jadi, kerajaan dah hormat keputusan tersebut. Tak timbul lagi soal kerajaan sengaja menghalang pelaksanaannya.


Tapi ada satu perkara yang kena faham. Tahanan rumah bukan kebebasan mutlak. Ada syarat yang wajib dipatuhi.


Antaranya sekatan penggunaan telefon dan alat komunikasi, kawalan pergerakan, lawatan serta larangan terlibat dalam aktiviti politik dan media.


Malah, keputusan pengampunan bersyarat itu sendiri menyebut bahawa jika syarat dilanggar, pengampunan boleh terbatal dan Najib perlu kembali ke penjara.


Sekarang tengok pula akaun Facebook Najib yang masih aktif. Ada nama Najib, gambar Najib, siap lencana biru. Penyokong kata admin yang buat posting.


Mungkin ada yang nak test kerajaan, jika kerajaan tak kata apa-apa, makin galaklah.


Kalau terbukti langgar syarat, tindakan mengembalikannya ke penjara bukan bermaksud kerajaan melawan keputusan Lembaga Pengampunan. Sebaliknya, kerajaan sedang menguatkuasakan syarat yang datang bersama keputusan tersebut.


Penjenayah yang sakau berbilion wang rakyat, tak sepatutnya dilayan macam VIP.


Pengampunan dihormati, syarat pun dikuatkuasakan. Win-win!


#AhmadMursi #NajibRazak #TahananRumah





DUIT KENA DOSA DAPAT..PADAN MUKA.





 Tahniah Dr Rozaimi menang saman fitnah. Tak sia-sia saya ke Mahkamah untuk tengok. Dahsyat juga fitnah Fadhli Firdaus ini. 






Seorang lagi penyokong RUU MUFTI Wilayah tumbang dalam saman fitnah setelah Nawawi Abdul Razak.


Dalam RUU MUFTI Wilayah, ada sebut pasal tasawwuf kan? Diorang tak amal dengan baik ke apa yang diperjuangkan?


Sehari dua ini,  "Tasawwuf LOD" juga yang mampu memberi kesan nampaknya.


RM150,000 banyak jugak tu. Tapi tak sebesar dosa fitnah





KIOK

 JANGAN BERSEDIH ATAS APA YANG KAMU TIDAK DAPAT DAN JANGAN TERLAMPAU GEMBIRA DENGAN APA YANG KAMU DAPAT. 


Ambo masih ingat ketika malam 21 Oktober 1990, apabila Pas disahkan mendapat majoriti untuk ambilalih kerajaan Kelantan dari BN, arwah tok guru Nik Aziz minta ambo cari satu ayat Al Quran..... Acu tengok ayat berapa dah, ambo tak ingat... itulah kata kata awal atgna apabila dimaklumkan Pas telah menang dan dapat perintah Kelantan. 


Ayat tersebut ialah sebahagian dari ayat 23, surah Al Hadid:


لكيلا تأسوا على ما فاتكم ولا تفرحوا بما ٱتاكم....


(...supaya kamu tidak berdukacita atas apa yang kamu hilang/tidak dapat, dan tidak terlalu gembira atas apa yang kamu dapat....)


Hari ini ambo ulang balik ayat tersebut kepada rakan rakan politik ambo terutama alik PH... Alik sana ikut dialah, qazaf dan fitnah pun dah jadi mainan mulut, apa la sangat tazkirah seperti ini, semakin menganyim ada la....





JADI PARTI JALANG MENANG TAPI TAK BERANI GUNA BENDERA SENDIRI...LEKEH.

 


Dalam politik, ada satu seni yang cukup menarik. Seni menyindir orang sambil memberitahu bahawa kita sebenarnya tidak mahu menyindir sesiapa.






Seni ini nampaknya sedang dipersembahkan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman, selepas kemenangan BN-PN dalam PRN Melaka.


Syahir menggunakan satu perumpamaan yang cukup indah. Katanya, apabila lawan sudah mencium tanah, tidak perlu dipukul lagi.


Wah! Tinggi sungguh semangat kesukanan politik ini.


Cuma sebelum sampai kepada perumpamaan tersebut, Syahir sempat mengulas kekalahan PH, meraikan kejayaan PAS menewaskan dua tokoh PH dan mengaitkan keputusan Melaka dengan apa yang beliau sifatkan sebagai gelombang penolakan terhadap kerajaan Anwar Ibrahim.


Maknanya, sebelum mengumumkan bahawa orang yang jatuh tidak perlu dipukul, sempat juga diceritakan kepada seluruh kampung bagaimana orang itu jatuh.


Aku terbayang seorang pengadil gusti yang mengangkat tangan pemenang, kemudian mengambil mikrofon untuk mengumumkan bahawa beliau tidak berminat mengulas kekalahan pihak lawan.


Tetapi pengumuman itu sendiri mengambil masa sepuluh minit!


Tidak mengapa. Menang pilihan raya memang sesuatu yang boleh diraikan. PH kalah di Melaka, itu keputusan rakyat yang perlu dihormati.


Namun, kemenangan juga membawa tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada menghasilkan perumpamaan politik yang sedap didengar.


Syahir sendiri mengingatkan wakil rakyat PAS supaya bekerja, berlaku adil kepada semua dan menunjukkan kepimpinan berintegriti.


Baguslah begitu.


Sekarang rakyat boleh menilai sama ada semangat tersebut diterjemahkan melalui perkhidmatan dan pentadbiran.


Kerana akhirnya, orang yang sudah menang tidak lagi dinilai berdasarkan seberapa kuat dia menyindir pihak yang kalah. – Rakyat Menilai





KEPALA BAPAK KLEPTOKRASI


Fathi Aris Omar





 Saya tidak menyesal mengucapkan Tun Dr Mahathir Mohamad "kepala bapak kleptokrasi" dalam satu forum awal 2018. 


Waktu itu bekas perdana menteri itu mahu diangkat calon perdana menteri PH, gabungan yang belum diluluskan oleh pentadbiran DS Najib Razak. 


Forum di Dewan Cina Kg Attap itu membariskan dua aliran, satu menyokong dasar pembangkang. Satu lagi, saya dan Chegu Bard, menentang. 


Umno dan Najib terdesak waktu itu. Skandal 1MDB yang terlondeh pada 2015 mula mendapat fokus dan momentum rakyat sejak 2016. 


Jadi berita TV3 memetik kenyataan saya itu. Teruk juga saya dihentam oleh penyokong PH waktu itu. Kira-kira 80 hingga 90 peratus komen kecam saya. 


Atas rasa menolak itu, muncul beberapa aktivis muda yang menganjurkan gerakan #UndiRosak. Gerakan kecil dan spontan itu mendapat reaksi termasuk pemimpin dan aktivis utama.


Walau tidak tolak penting menewaskan parti yang korup, saya terus menulis menentang cadangan lantik Dr Mahathir mengetuai asakan PH. 


Pada 9 Mei 2018, benar, BN tumbang dengan PH kuasai majoriti tipis. Tetapi, gerakan tumbangkan PH 1.0 dilancarkan. Dari dalam dan dari luar. 


TS Abdul Hadi Awang mendakwa gerakan ini direstui Dr Mahathir sendiri dalam pertemuan mereka tidak lama selepas BN tumbang. 


Serangan di media sosial meningkat. Komplot dalam PH dan kabinet berkembang. Mula-mula jual retorika Dr Mahathir mesti pegang sepenggal penuh demi halang beliau diganti oleh DS Anwar Ibrahim. 


Kemudiannya tebuk atap di hotel Sheraton hujung Februari 2020. Kumpulan yang sering bertelagah dan ada pelbagai kepentingan ini akhirnya berjaya capai objektif mereka: (a) halang Anwar naik, (b) singkirkan DAP daripada kerajaan.


Walau matlamat gerakan itu tercapai, hidup PN + BN tidak tenang. Mulai PRN Sabah, rasa curiga itu membiak hingga TS Muhyiddin Yassin tersungkur. 


Tidak puas hati lagi, Umno desak PRU disegerakan. Tidak sabar DS Ismail Sabri Yaakob lambat bubar parlimen, Umno bubar DUN Melaka dan Johor. 


(Sebab itu PRN dua negeri ini mula berasingan). 


Namun takdir bergerak tidak seperti niat manusia. 


Umno merosot lagi teruk pada PRU 2022, PH raih paling banyak kerusi. PAS-PN yang masih baru jauh lebih kuat darioada Umno-BN. 


Anwar yang cuba dihalang jadi PM sejak 1998 dan 2018 sampai ke Putrajaya dengan sokongan BN. Bulan madu PH + BN ini khayalkan orang PH.


Tiba-tiba PH rasa dikhianati. Mereka hilang naratif dan sudah lupa siapa Umno. Dek bulan madu itu, PH sangka Umno sepatutnya di sisinya, bukan PN. 


Walau teruk kerjakan PAS selama bertahun-tahun (kecuali era DS Najib Razak) Umno menagih sokongan PAS untuk menang di tiga PRN. Malah terpaksa bergayut pada PAS untuk PRU 16. 


Begitu juga Dr Mahathir. Setelah dibuang daripada Bersatu, nasibnya bersama Pejuang gagal. Beliau tewas di Langkawi dan kini harapkan PAS juga.  


Mula-mula sebagai penasihat SG4 dan kini berjaya bawa masuk Pejuang, yang diketuai anaknya, dalam gabungan itu setelah Bersatu diketepi. 


Maka hari ini Dr Mahathir berkata Pejuang berada dalam dilema yang baharu pula. Apa dilema itu? 


👉 "Maka kita terpaksa membuat keputusan atas dasar pilihan manakah yang kurang memudarat- kan.... 


Satu pilihan dilihat akan meminggirkan agama, bangsa serta falsafah tanah air ini sebagai Tanah Melayu. 


Manakala satu lagi pula seolah-olah menghalalkan kemungkaran.


Kita sudah dapat melihat pilihan mana yang lebih membawa kemudaratan. 


Bagi pilihan satu lagi, kita masih mempunyai harapan untuk membawa perubahan, termasuk melawannya dari dalam atau menjadikannya sebagai perjuangan baharu selepas memastikan kelangsungan kewujudan kita sendiri. 👈 


Hakikatnya mudarat itu bermula sejak 1981 lagi, bukan sekarang, sejak zaman 22 tahun pentadbiran beliau yang dipenuhi skandal dan politik wang. 


Belum dikira tindakan menindas pembangkang seperti PAS, menyempit ruang demokrasi, mengikis hak asasi, menekan mahkamah dan istana. 


Selain media dikawal ketat, akta zalim ISA digyna sesuka hati untuk melumpuhkan pengkritik, antaranya, pada 1987, 1998 dan 2001. 


Beliau naik sewaktu skandal RM2.5 bilion dana BMF lesap di Hong Kong. Tiga puluh tahun kemudian RM2.38 bilion dana 1MDB masuk akaun Najib, pemimpin yang diangkat beliau sendiri! 


Editor berpengalaman anggar RM100 bilion lesap atau rugi dalam empat skandal zamannya. Tetapi bukan hanya empat, malahan puluhan skandal. 


Sebab itu, pada forum





KEHEBATAN ISTERI SEORANG PM PERASUAH




 Bagaimana seorang isteri Perdana Menteri yang tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan boleh terlibat dalam urusan projek kerajaan bernilai RM1.25 bilion? Itulah persoalan besar di sebalik skandal projek solar hibrid yang mengheret Datin Seri Rosmah Mansor ke mahkamah.




Kisah ini bermula sekitar 2015 apabila syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd mencadangkan projek membekalkan tenaga elektrik menggunakan sistem solar hibrid dan menyelenggara generator diesel untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.


Projek itu bernilai RM1.25 bilion bagi tempoh lima tahun. Pada asalnya, Kementerian Pendidikan mempunyai keraguan terhadap kemampuan syarikat berkenaan melaksanakan projek berskala besar itu.


Bagaimanapun, menurut penghakiman Mahkamah Tinggi, pihak syarikat kemudian berusaha mendapatkan sokongan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, melalui isterinya Rosmah dengan bantuan pegawai khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor.


Di sinilah timbul persoalan bagaimana pengaruh seorang isteri Perdana Menteri boleh membuka jalan kepada urusan perolehan kerajaan.


Mahkamah mendengar keterangan bahawa Najib sendiri telah mengeluarkan arahan supaya projek berkenaan diteruskan, walaupun Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid, mencadangkan supaya tender terbuka digunakan.


Malah, pada satu peringkat, Najib turut mengarahkan supaya surat setuju terima bagi projek Jepak Holdings dikeluarkan dengan segera. Akhirnya, pada 10 November 2016, Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat penganugerahan projek kepada syarikat tersebut.


Namun, satu perkara perlu diperjelaskan. Projek itu sebenarnya diberikan kepada Jepak Holdings, bukannya kepada Rosmah secara peribadi. Rosmah didapati bersalah kerana menggunakan pengaruhnya untuk membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek sebagai balasan suapan.


Dalam kes tersebut, Rosmah didapati bersalah meminta suapan RM187.5 juta, bersamaan 15 peratus nilai keseluruhan projek, selain menerima dua bayaran rasuah berjumlah RM6.5 juta.


Bayangkan, projek yang sepatutnya membantu murid-murid di kawasan pedalaman mendapatkan bekalan elektrik akhirnya menjadi kes rasuah yang melibatkan isteri kepada pemimpin tertinggi negara.


Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Rosmah atas tiga pertuduhan rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, berjalan serentak, serta denda keseluruhan RM970 juta.


Bagaimanapun, Rosmah belum menjalani hukuman penjara tersebut kerana mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara proses rayuannya berjalan.


Setakat 6 November 2026, kes rayuan itu masih belum selesai, termasuk pertikaian mengenai permohonan mengemukakan bukti tambahan yang sedang melalui proses mahkamah.


Kes ini memperlihatkan bagaimana hubungan rapat dengan pemegang kuasa boleh menjadi jalan untuk mempengaruhi keputusan perolehan kerajaan apabila mekanisme semak dan imbang tidak berfungsi dengan sewajarnya.


Persoalan yang wajar direnungkan ialah bagaimana sebuah projek untuk menyediakan kemudahan asas kepada murid sekolah luar bandar boleh melalui campur tangan individu yang tidak mempunyai tanggungjawab rasmi dalam pentadbiran kerajaan.





PERASUAH YANG HARUS DIKENALI OLEH GENERASI MUDA








 UMNO mahu rakyat mengenali pengalaman Datuk Seri Najib Razak ketika menerajui negara. Parti itu mengetengahkan sejarah pentadbiran beliau sebagai rujukan untuk memahami tanggungjawab seorang pemimpin.


UMNO mahu rakyat mengenali perkembangan pengangkutan awam ketika pentadbiran Najib. Pelaksanaan projek MRT menjadi antara usaha besar untuk memperluas jaringan perjalanan di kawasan bandar.


UMNO mahu rakyat mengetahui bahawa projek infrastruktur memerlukan perancangan jangka panjang, peruntukan kewangan dan kerjasama banyak agensi. Perkara itu menjadi sebahagian daripada tanggungjawab pentadbiran kerajaan.


UMNO mahu rakyat memahami bahawa amanah dalam kepimpinan melibatkan keputusan mengenai penggunaan sumber negara. Dasar yang dirancang perlu mengambil kira keperluan masyarakat dan kemampuan pelaksanaannya.


UMNO mahu rakyat mengenali pengalaman bekas pemimpin dalam mengurus ekonomi serta pembangunan. Pengalaman pentadbiran boleh menjadi bahan rujukan untuk memahami cabaran yang dihadapi kerajaan.


UMNO mahu rakyat, terutama generasi muda, mempelajari sejarah pentadbiran negara melalui dasar yang pernah diperkenalkan. Pengetahuan tentang proses membuat keputusan membantu masyarakat mengikuti perkembangan politik.


UMNO mahu rakyat mengetahui bahawa nilai integriti berkait dengan tanggungjawab, ketelusan dan pematuhan undang-undang. Nilai ini penting dalam perbincangan tentang semua pemegang jawatan awam.


UMNO mahu rakyat memahami bagaimana dasar kebajikan, kemudahan awam dan pembangunan ekonomi saling berkaitan. Ketiga-tiga bidang itu memberi kesan kepada kehidupan masyarakat setiap hari.


UMNO mahu rakyat mengenali peranan kerajaan dalam merancang kemudahan yang digunakan oleh masyarakat. Keputusan mengenai pengangkutan, perumahan dan bantuan sosial memerlukan penyelarasan pelbagai pihak.


Justeru, UMNO mahu rakyat mengenali pengalaman Najib dan memahami dasar yang pernah diperkenalkan ketika beliau mentadbir negara. Perbincangan mengenai sejarah kepimpinan itu menjadi sebahagian daripada usaha parti mengetengahkan pengalaman pemimpin terdahulu.



BUANG MASA HORMAT PERASUAH

 



Nor Salimah Abu Mansor


Saudara saudariku seagama dan setanahair, 





Mohon TOLAK semua pemimpin dan parti/partai yang menyokong, mendukung, membela dan bersimpati dengan mana-mana PESALAH RASUAH, PENYALAH GUNA KUASA, PENYELEWENG, PENIPU, PENDUSTA, PENCURI DAN PEROMPAK WANG DAN HARTA NEGARA!


Kerana harta negara adalah harta rakyat, dan HARAM DIAMBIL untuk kepentingan individu atau peribadi atau kelompok SECARA BATIL! 


IttaqulLah!!!




MESEJ SULTAN PERAK

 


Keberanian bukan sekadar berani bercakap, berani mengkritik atau berani menunjukkan kuasa. Kalau rasuah pun tak berani ditolak, apa maknanya keberanian itu?





Itulah antara mesej penting dalam titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-70 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada 15 November 2026.


Baginda mengingatkan bahawa semangat keberanian yang dilambangkan oleh Keris Taming Sari bukan sekadar mempertahankan maruah, tetapi juga keberanian menegakkan keadilan, menyuarakan kebenaran, menolak rasuah dan membela mereka yang teraniaya.


Menariknya, baginda turut menegaskan bahawa keberanian termasuk kesediaan menerima teguran, mengakui kelemahan dan melakukan pembaharuan demi kepentingan rakyat.


Dalam soal kuasa pula, Sultan Nazrin mengingatkan bahawa pemegang jawatan perlu menjunjung integriti, menjauhkan kepentingan diri dan melaksanakan tanggungjawab dengan adil.


Baginda turut mengingatkan para pembesar supaya berani menyampaikan nasihat yang benar kepada Raja, walaupun pahit, serta memastikan suara dan rintihan rakyat tidak terpinggir.


Dalam keadaan negara terus berdepan cabaran integriti, rasuah dan kepercayaan rakyat terhadap institusi, titah ini membawa peringatan yang cukup bermakna.


Mesejnya mudah. Berani bukan bermakna boleh buat sesuka hati. Keberanian mesti berpihak kepada kebenaran, keadilan dan amanah.


Kerana akhirnya, yang menjadikan seseorang itu mulia bukan sebesar mana kuasa yang dipegang, tetapi sejauh mana amanah itu dijaga.


#AhmadMursi #SultanNazrin #Integriti #Rasuah




Warkah terbuka untuk PAS Sabah




Ahmad Farid Sainuri







Saya lihat semua pimpinan PAS Sabah sedang teruja mahu ke Putrajaya jadi PM11 selepas menang Melaka. 


Siapa calon PM mereka saya pun kurang pasti. Mungkin DSZH, mungkin DS Hamzah. Pokoknya bukan dari PAS. 


Presiden parti label non muslim jahat dan zalim, calon PM dari Terengganu pula telah dimakzulkan dari posisi Ketua Pembangkang. Akhirnya terpaksa guna calon import, sebab tiada yg cukup kaliber dari PAS untuk pimpin Negara majmuk seperti Malaysia.


Apa kerisauan saya?


Jumlah Kerusi Parlimen Malaysia: 222


Sabah 25

Sarawak 31

Semenanjung + WP 166


Kekuatan BNPAS di Semenanjung Malaysia petik jari boleh kuasai kerusi 112 di semenanjung. Maksudnya boleh capai majoriti mudah di PRU16 nanti.


Dalam erti kata yg lain, tanpa sokongan Sabah Sarawak, BNPAS boleh tubuh Kerajaan di Putrajaya. 


Apa implikasinya?


Fakta:


2016-2026: 

Kerajaan BN dan Kerajaan BNPN (2021-2022) TIDAK PERNAH bayar 40% Sabah. Cuma bayar Interim payment. Jumlahnya? Rujuk graf. 


Kenapa ada sedikit kenaikan 2021-2022? Sebab perlu sokongan Sabah Sarawak untuk kekalkan Kerajaan ketika itu. Ini lah realiti politik, tiada yg percuma;


“I help you, you help me. You got nothing to give? Pergi mampus lah 40% kau.” 


Sejak 2023, belum lagi terbayar 40% tapi sudah naik ke 300juta dan akhirnya 1.5 bilion. Kenapa? Sebab sokongan Sabah Sarawak diperlukan untuk ingatkan BN, tarik sokongan macam mana pun, fed gov masih intact.


2016-2026:

Sejak DSNR perkenal platform devolution of power untuk bincang MA63, satu benda pun tiada yg settle bawah MA63. Kenapa? 


Sebab we got nothing in our sleeves. 


Bermula 2021-22 baru ada perubahan. Dan akhirnya sekali lagi barulah ada penyelesaian yg signifkan sejak 2023-2026.


Konklusi:


Saya mungkin penyokong PMX, tapi saya tetap Sabahan. Saya mahu Sabah dapat haknya, Malaysia pula makmur dan disegani di peringkat dunia. 


Pimpinan PAS Sabah harus segera cari jalan untuk pastikan MA63 tidak jadi regresif seperti sebelum PMX memimpin. 


Saya tahu semua ahli dan pimpinan PAS Sabah “diwajibkan” benci Anwar Ibrahim. Itu tidak boleh buat apalah kan. Arahan terap arahan.


Pokoknya harus bincang segera, syura kan apa yg terbaik untuk Sabah jika BNPAS memerintah Malaysia. 


Adakah Sabah akan ada suara atau dibungkam demi “penyatuan ummah”?


Jangan sampai menang sorak, kampung tergadai.


AFS





ENAM TAHUN 'GHAIB' DENGAN PASPORT MATI SEJAK 2020, SUDAH PUTUS TANGAN POLIS BARU TERBONGKAR REALITI SEBENAR!





KUALA LUMPUR-Di sebalik tabir insiden berdarah yang hampir meragut masa depan seorang wira muda negara di Desa Aman Puri, Kepong, terdedah satu hakikat yang cukup meruntun jiwa dan membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban mengesahkan satu kenyataan yang memedihkan telinga,lelaki warga asing berusia 32 tahun yang tergamak melibas parang sehingga putus pergelangan tangan kanan Lans Koperal Thierry Rodger Pendy itu rupa-rupanya telah hidup bebas secara haram di bumi ini sejak enam tahun lalu.


"Pasport lelaki itu tamat tempoh sejak 2020 dan dia berada di negara ini secara tidak sah," tegas beliau ringkas, namun setiap patah perkataan itu membawa seribu satu persoalan yang tidak terjawab.


Bayangkan... lebih dua ribu hari dia menyewa rumah dan bergerak bebas tanpa dokumen sah, langsung tak dikesan! Dah tumpah darah wira negara kita, dah lapan jam doktor bertarung nyawa sambung balik tangan anggota polis tu, baru sistem nak semak rekod!


Sejak tahun 2020 ketika negara bergelut dengan pandemik sehinggalah ke hari ini, individu yang pernah memegang pas pelajar dari 2015 hingga 2018 itu mampu ghaib daripada radar sistem sambil bebas menyimpan senjata tajam di tengah ibu kota tanpa sedikit pun rasa gentar.


Rakyat dah muak dengar skrip 'kami akan perketat kawalan'. Kalau pasport mati enam tahun pun boleh lepas, sampai bila keselamatan rakyat dan anggota kita nak jadi pertaruhan?


Hakikat yang terpampang di depan mata rakyat setiap hari ialah lambakan warga asing tanpa dokumen sah bukan sahaja tidak berkurang, malah semakin membiak dan berani mencabar kedaulatan undang-undang negara.


Selagi pemilik rumah tempatan yang tamak mengaut untung sewa tanpa peduli soal keselamatan negara terus dibiarkan bebas tanpa hukuman penjara yang menggerunkan, tragedi berdarah ini hanyalah menunggu masa untuk berulang ke atas mangsa seterusnya!


Apa kata ANDA komen di bawah


Tenang studio 


#IsuSemasa #BeritaViral #PDRM #Imigresen #WargaAsing #Kepong #SuaraRakyat #Malaysia



DASAR MALAYSIA YANG SEIMBANG




 Malaysia akan terus mengamalkan dasar luar yang seimbang, berpandukan kepentingan negara serta komitmen memperkukuh kesatuan dan peranan ASEAN di tengah-tengah landskap geopolitik yang semakin mencabar.













Dalam aspek ekonomi, usaha menarik pelaburan dan membawa masuk projek berkualiti perlu bergerak seiring dengan tadbir urus yang baik, integriti serta ketegasan membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.


Itulah antara perkara yang saya tekankan ketika berucap pada majlis makan malam di Kedutaan Malaysia di Manila, selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49. Malaysia bukan sahaja mahu dikenali sebagai sebuah ekonomi yang dinamik dan berdaya saing, tetapi juga sebagai negara yang menjunjung tinggi integriti, keadilan dan amanah demi memastikan kemakmuran dapat dinikmati seluruh rakyat.


#MalaysiaMADANI

#YakinMADANI

#DiplomasiMADANI





KAPALTERBANG ELEKTRIK TANPA PEMANDU

 





Gila China ni. Ia baru umum kejayaan buat ujian penuh penerbangan kapal terbang elektriknya dua hari lalu. 





Semalam ia umum pula kejayaan buat ujian penerbangan kapal terbang kargo tanpa pemandu terbesar di dunia. 


Dan rupa-rupanya kedua kapal terbang ini diuji pada hari yang sama. 


Kapal terbang kargo ini ada kapasiti muatan maksimum sebanyak 5 tan dan isi padu ruang kargo melebihi 65 meter padu. 


Dengan jarak penerbangan maksimum sejauh 2,600 kilometer, ia boleh bawa pelbagai kontena kargo penerbangan standard. 


Kapal terbang kargo ini dijangka mula masuk perkhidmatan komersial pada akhir tahun 2027.


Makin ketinggalanlah US dengan China. 

. 



SEKALI PMX DATANG


Man Toba


 Ceritanya begini, ada seorang murid ni menulis surat kepada PMX nak ajak datang sekolah dia pada 14 hb baru ni.





Sekali PMX datang betul-betul ke Sekolah Kebangsaan Polis Depot.


Rezeki Muadz la, PMX dapat selit jadual beliau ke sekolah Muadz. Alhamdulillah.




YANG INI PENYOKONG UMNO TAK SEDAR KESAN NAJIB SELEWENG








 




SESI PLENARY

 



Sewaktu Sesi Plenary Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila, saya menekankan peri pentingnya memperkukuh kesatuan, Kepusatan ASEAN dan autonomi strategik dalam mendepani perubahan landskap geopolitik serta ketidaktentuan ekonomi global. 













Berpandukan Visi Komuniti ASEAN 2045, rantau ini perlu terus memperkukuh integrasi ekonomi dan memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati seluruh rakyat.


Saya turut menggariskan kepentingan memperluas kerjasama dalam ekonomi digital, tadbir urus kecerdasan buatan (AI), keterjaminan makanan dan bekalan ubat-ubatan serta  mempercepat pembangunan ASEAN Power Grid ke arah jaminan bekalan tenaga yang mampan dan berdaya tahan. Malaysia juga mengangkat kepentingan diplomasi sains, pemeliharaan biodiversiti dan usaha menangani isu jerebu rentas sempadan.


Dalam hubungan dengan rakan luar, saya menegaskan bahawa ASEAN perlu terus berpegang pada prinsip Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC), di samping mengekalkan hubungan yang seimbang dan konstruktif dengan semua kuasa besar. Pendekatan ini penting bagi memastikan kepentingan strategik rantau ini terus terpelihara.


#MalaysiaMADANI

#YakinMADANI

#DiplomasiMADANI