Oleh FAZLI RADZI / February 8, 2022
MGNews: PRN Johor: Pejuang Enggan Bersama PH - Mukhriz.Ada orang ajak dia ka? Nampak gaya lambat laun join umno balik ni...
Presiden Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir bercakap pada sidang media selepas selesai Program Sepetang Bersama Pejuanita Wilayah Perseketuan di D’Sultanaa Bazaar, Kuala Lumpur.
Saya Suruh Keraajan Paksa Tauke Balak Bayar Ganti RUGI Pada Mangsa Banji...
"Untung satu tahun eksport balak itu bernilai 8 Bilion Ringgit, Tak boleh kah diberi sedikit kepada mangsa banjir? - Anwar Ibrahim
08.02.2022 - FOKUS 6.45 | LUCUT HAK RM16 JUTA: REPRESENTASI KELUARGA AZE...
LUCUT HAK RM16 JUTA: REPRESENTASI KELUARGA AZEEZ RAHIM DITOLAK PEJABAT PEGUAM NEGARA (AGC)
Pejabat Peguam Negara menolak representasi dikemukakan ahli keluarga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan syarikat mereka terhadap permohonan kerajaan melucut hak wang tunai dan harta bernilai RM16 juta didakwa hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram.
Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Live Talk Show Bicara Mahkamah | Live Talk Show Bicara YB Khalid Samad | Live Talk Show Antara Politik & Undang-Undang | Live Talk Show Bicara Semasa
BIASA KALAU TAK BERPECAH TAKKAN LA NAK BISING BAGAI....BERPECAH LE TU
Ahli Bersatu nafi perpecahan dalam parti berhubung sokongan kepada PM
PETALING JAYA: Seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata, tiada perpecahan dalam kalangan pimpinan partinya berhubung sokongan terhadap Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Ini menyusul kenyataan Ketua Penerangannya, Wan Saiful Wan Jan, yang mengingatkan Perdana Menteri bahawa sokongan parti itu kepadanya adalah bersyarat.
Sehubungan itu, Ahli MPT Bersatu, Razali Idris, memberi jaminan partinya akan terus menyokong kepimpinan Ismail sehingga mandatnya berakhir, sebagaimana dinyatakan dalam perjanjian mereka.
Mengenai perpecahan yang dilihat berdasarkan kenyataan berbeza dua pemimpin parti berkenaan, seorang lagi Ahli MPT, Muhammad Faiz Na’aman, menolak persepsi terbabit.
“Saya berpandangan kedua-dua kenyataan adalah tepat. Sokongan terhadap Perdana Menteri bersyarat. Syarat sokongan adalah sama.
“Sekiranya syarat itu tidak dilanggar, kami (Bersatu) akan menyokongnya sehingga akhir mandat,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, kenyataan Wan Saiful dan Razali “saling melengkapi” dan tidak bercanggah.
“Saya mahu menekankan tiada perbezaan pandangan dalam kalangan pimpinan parti terhadap sokongan kepada Perdana Menteri,” katanya.
Semalam, Razali berkata, parti itu tidak akan tunduk kepada cabaran Umno untuk Presidennya, Muhyiddin Yassin, menarik sokongan dalam kerajaan sedia ada.
“Sebenarnya bukan sahaja Bersatu, malah Perikatan Nasional sedia pertahankan kerajaan Ismail sehingga penghujung seperti mana dalam perjanjian, kecuali perjanjian itu dilanggar,” katanya dipetik Sinar Harian.
Pemimpin Bersatu tidak lompat parti kecuali tergoda dengan ’scheme of things’
February 8, 2022
Tiada sebab untuk pemimpin atau ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar parti terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor melainkan jika ada yang ‘tergoda’ dengan tawaran pihak tertentu.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin mereka akan terus bersama parti dan berpegang kepada prinsip, perjuangan yang menolak kleptokrasi, rasuah serta salah guna kuasa.
“Kita yakin mereka tetap pendirian bersama perjuangan Bersatu yang tolak kemungkaran.
“Tetapi jika ada yang tergoda dan (ada ditawarkan) jajaran baharu, wallahuallam, terpulang, tapi saya yakin sebahagian besar rakyat, kita semuanya tolak kemungkaran, kleptokrasi dan salah guna kuasa.
“Itu yang kami sedang laksanakan dan terus perjuangkan dengan cara kami, semoga ALLAH beri petunjuk dan hidayah,” katanya.
Beliau mengulas khabar angin empat Ketua Bahagian Bersatu di negeri ini akan mengumumkan keluar parti dalam masa terdekat.
Terdahulu Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan merasmikan Majlis Penyerahan Projek Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (Kamsau) di sini pada Selasa.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ti Lian Ker yang juga Naib Presiden MCA.
Mengenai dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan beberapa cawangan Bersatu yang keluar parti baru-baru ini, Ahmad Faizal menjelaskan, tindakan tersebut tidak menjejaskan atau memberi kesan terhadap Bersatu pada PRN Johor.
“Dua ADUN yang keluar Bersatu semasa berada dalam parti tidak banyak menyumbang dan ada yang tidak berjaya membuka cawangan di kawasan masing-masing.
“Kalau ada yang buka cawangan pun tak ramai, jadi tak beri kesan,” katanya.
Bekas ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan bekas ADUN Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad mengumumkan keluar Bersatu serta merta pada 27 dan 29 Januari lalu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti itu.
ABANG VIVA BAKAL TAMATKAN ZAMAN BUJANGNYA SELEPAS 8 FEBRUARI ? SIAPAKAH CALON DIHATINYA ...
February 8, 2022
‘Hero Banjir ‘ Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva membuat pendedahan bakal menamatkan zaman bujangnya malam tadi.
Dengan 12,000 tontonan dan 3,300 tanda suka menerusi laman Facebooknya, Azwan membuat pengakuan itu selepas dihujani pelbagai soalan daripada pengikut yang menyaksikan tontonan secara live di media sosial itu.
Katanya, dia dalam proses mengenali hati budi seorang wanita yang menunjukkan kesungguhan sejak mula perkenalan sehingga kini.
“Saya dalam (proses) berkenalan dengan seorang insan yang boleh dikatakan bersungguh-sungguh jugaklah daripada awal sampai terkadang pukul 4 pagi dia kejut saya, call non-stop.
“Saya pun dalam (proses) perkenalan dengan dia, jadi saya akan confirmkan apa keputusan saya dengan dia selepas 8 haribulan (8 Feb), insy-ALLAH saya akan ‘declare’ (sama ada) teruskan dengan dia atau tidak dengan dia, itu je (asalan) kenapa saya buat ‘live’ ni,” katanya.
Dia berkata demikian dalam video berdurasi hampir satu jam secara langsung di Facebooknya, malam tadi.
Dalam sesi bermula kira-kira pukul 8.50 malam itu, Azwan dilihat turut tergamam apabila salah seorang pengikut melontarkan soalan mengenai wanita bernama Emelda.
“Salam. Tak join Emelda ke malam ni pergi makan,” tulis Aida Khalid.
Azwan bagaimanapun kemudian membalas secara bergurau: “Aik.. Aida Khalid, jangan buat kantoi.”
Beberapa pengikut wanita kemudian dilihat meninggalkan komen berbaur kecewa, cuba mendapatkan kepastian sama ada jejaka kelahiran Melaka itu telah mempunyai kekasih hati.
“Betul ke Abang Viva dah ada awek?,” tulis salah seorang daripadanya.
“Bang bagi alamat penuh bang. Nak pergi jumpa mak abang ni,” tambah Ieda Stellaszils.
Dalam pada itu, terdapat pengikut yang mengucapkan tahniah dan mendoakan agar hubungan tersebut berakhir ke jinjang pelamin.
“Wah! Sudah ada calon, tahniah semoga berkekalan ke jannah. Makan nasi minyak jangan lupa jemput ye,” tulis Mimi Fazilah Hamzah.
RASANYA NUSI NI TAK LAMA DAH.....
Alamak Nusi..takkan nak tungging juga macam Johor. Baru je jadi MB dah nak kena jatuhkan ker
.. Umno ni sanggup buat apa saja tau demi kuasa..ker Nusi pun nak lari masuk Umno gak ke ? heheHasil PEMERINTAHAN PH selama 22 bulan.
Tapi sayang, masih ada yang buta hati dan buta akal fikir walaupun mata celik
Yang kurangkan harga internet Unifi dan mobile data – PH
Yang laksanakan tender terbuka bukan direct nego kecuali yg melibatkan keselamatan / bencana & kepakaran khusus – PH
Yang bayar hutang 1mdb – PH
Yang hapuskan GST – PH
Yang kurangkan tol dan mansuhkan tol motorsikal – PH
Yang stabilkan dan subsidi harga minyak – PH
Yang naikkan cukai judi dan kasino – PH
Yang kurangkan judi zaman UMNO BN 22 kali ke 8 kali - PH
Yang meneruskan BR1M melalui BSH – PH
Yang perkenal skim carum KWSP untuk suri rumah – PH
Yang berjaya pulihkan Tabung Haji – PH
Yang bawa perasuah ke muka pengadilan – PH
Yang bawa balik dana 1mdb dari luar negara – PH
Yang turunkan usia mengundi ke 18 tahun – PH
Yang naikkan denda kepada pencerobohan nelayan asing – PH
Yang tubuhkan unit anti hina islam di Jakim – PH
Yang kekalkan institusi raja-raja – PH
Yang mengekalkan kebebasan bersuara – PH
Yang beri kebebasan media tiada lagi tv3 suku – PH
Yang bagi duit RM1.2Billion untuk Jakim – PH
Yang kurangkan beban guru-guru – PH
Yang tambah bajet kepada Kementerian Kesihatan – PH
Yang jimatkan projek-projek mega tanpa membatalkannya – PH
Yang hapuskan akta anti berita palsu yang mudah disalahguna – PH
Yang naikkan ranking anti rasuah Malaysia di dunia – PH
Yang lantik teknokrat dan pakar ketuai GLC – PH
Yang mansuhkan jabatan kerajaan berunsur politik seperti JASA, BTN dan MEIA – PH
Yang bagi royalti minyak kepada negeri pembangkang – PH
Yang beri duit kepada sekolah tahfiz – PH
Yang beri duit RM600 juta kepada kelantan & terengganu – PH
Yang naikkan elaun guru KAFA – PH
Yang beri bantuan khas kepada imam, bilal, guru takmir dan tok siak – PH
Yang berjaya kekalkan kes Covid19 bawah 50 kes – PH
Yang bagi bantuan persekolahan RM100 – PH
Yang perkenal pas bulanan tanpa had RM100 untuk rapidkl dan rapidpenang – PH
Yang hapus kadar faedah pinjaman peneroka FELDA – PH
Yang samaratakan gaji minimum semenanjung dan S&S dan naikkan gaji minimum – PH
Yang perkenal skim Mysalam insurans kesihatan untuk B40 – PH
Yang berjaya tangani krisis pencemaran air sungai kim kim dan menangkap pelaku – PH
Yang berjaya tangkap dan dakwa beberapa orang menghina islam dan Raja – PH
Yang perkenalkan wawasan kemakmuran bersama 2030 – PH
Yang turunkan tarif elektrik – PH
Yang pulangkan kontena sampah plastik haram ke negara asal – PH
Yang berjaya lesenkan E-hailing – PH
Yang berjaya tangguhkan UEC – PH
Yang usul Sabah&Sarawak diberi taraf seperti perjanjian asal – PH
Yang kekalkan demokrasi berparlimen dan beraja di Malaysia – PH
Yang bagi rebat bil elektrik RM40 untuk keluarga miskin – PH
Yang perbaiki sekolah daif (bukan buat projek solar) – PH
Yang set harga minimum getah sekerap – PH
Yang perkenalkan Skim Kesihatan Khas untuk atlet – PH
Inilah agenda PH yg mahu berkuasa di Malaysia. Selama mereka memerintah negara kita walaupun sekejap lihat lah kejayaan demi kejayaan yg telah berlaku. Sedarlah wahai seluruh bangsa tanah air ini..
Apa yg berlaku sebelum ini kita jadi kan pengajaran buat generasi baru.
DR WAN AZIZAH BERTEMU PENGASAS PERTUBUHAN PENYEBARAN ISLAM ANTARABANGSA
Pertemuan dengan Dato' Haji Kamarudin Abdullah, Pengasas dan Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa yang berpusat di Pulau Pinang.
Berbincang tentang isu isu semasa.
Semoga Allah memberkati usaha amal jariah kita . Sama-sama kita doakan agar mendapat hassanah dunia dan akhirat. Amiinn
PENGESAHAN MAHIADDIN KEKALKAN ISMAIL SABRI BERITA SEDIH BUAT ‘KLUSTER MAHKAMAH’ UMNO
Mahiaddin Md Yasin akhirnya mengesahkan bahawa Bersatu dan Perikatan Nasional tidak akan meninggalkan kerajaan atau menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Di sebalik cabaran berkali-kali oleh Najib Razak khususnya dan hubungan Bersatu serta PN yang makin tegang dengan UMNO, Mahiaddin nampaknya kekal tenang dan tidak mudah melatah.
Malah, bekas Perdana Menteri itu juga berkata, tindakan menarik sokongan atau menjatuhkan Perdana Menteri pada ketika ini adalah suatu tindakan bodoh, tidak bertanggungjawab serta pastinya tidak disukai rakyat.
“Meninggalkan kerajaan dan memaksa supaya pilihan raya umum diadakan semasa wabak Covid19 ini akan mencetuskan tindak balas negatif daripada orang ramai.
“Bersatu bukan parti yang tidak bertanggungjawab, malah sentiasa memikirkan kepentingan rakyat dan negara.
“Supaya jangan rakyat terkorban disebabkan langkah bodoh kita. Bertindak sebegitu hanya untuk kepentingan parti diri semata-mata.
“Nanti rakyat akan kata ‘what the hell are you trying to do? In this Omicron. Do you want to see us die?’ Itu soalannya,” kata Mahiaddin lagi.
Dengan penegasan Mahiaddin ini, sekaligus ia merupakan berita yang menggembirakan buat Perdana Menteri kerana beliau kini seolah-olah tiada gugatan lagi.
Sedemikian, beliau boleh menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pelbagai masalah yang sedang melanda negara.
Bersama pengakuan Mahiaddin itu, disertai dengan MOU yang telah termetrai antara Ismail Sabri dengan PH yang menjanjikan kestabilan serta sokongan kepada kerajaan sekurang-kurangnya sehingga Julai tahun ini, nampaknya tiada apa-apa lagi yang menggugat kedudukan Perdana Menteri.
Lagi pun, PH juga memerlukan lebih banyak masa sebelum mereka benar-benar bersedia untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya.
Maka, tidak mustahil, walaupun MOU yang dimetrai hanya sehingga Julai, sokongan yang tidak ke arah menjatuhkan kerajaan akan berlanjutan lagi sehingga penggal Parlimen berakhir pada Mei 2023 akan datang.
Dengan itu, selain Ismail Sabri akan terus kekal sehingga hujung penggal, kerajaan Keluarga Malaysia yang antaranya menggabungkan UMNO dan Bersatu juga nampaknya mampu bertahan sehingga tempoh yang sama.
Begitu pun, perkembangan ini tentunya merupakan suatu berita sedih buat Zahid Hamidi, Najib Razak dan sebahagian kepimpinan UMNO sedia ada, terutama yang tiada jawatan dalam kerajaan serta kimpulan yang pro kepada “kluster mahkamah”
Dengan Ismail Sabri dilihat mampu bertahan sehingga ke tahun 2023, bermakna pemilihan UMNO mesti diadakan terlebih sebagaimana tempoh yang diberi RoS berakhir iaitu sebelum 29 Disember tahun ini dan selepas itu barulah PRU15 bakal dilangsungkan.
Sebarang usaha oleh mana-mana pihak dalam UMNO untuk memaksa PRU15 diadakan lebih awal selepas ini, dengan sendirinya jadi tidak relevan lagi.
Bahkan dengan kes Covid19 yang melonjak semula, cubaan berbuat begitu hanya akan menjadikan mereka dicop “budak jahat” oleh rakyat. – ShahbudinHusin 08/02/2022.
Negara kita makan telur sebulan hampir 1 bilion biji
HAMDAN TAHA
Rakyat berapa je kita ni aje yang kuat mentedarah telor
1. Roti canai tolor tu dulu sekarang dah roti sarang pulak dan 2 biji
2. Maggie telor
3. Telor separuh masak 3 biji
4. Kedai tom yam tak sah kot tak order telor dadar
5. Bunga telor kot kawin dan kenduri apa apa kenduri pun ada pulut kuning pun dengan kari telor
6. Menurun no ekor pun dema pakai telor juga manggil jin
7. Nasi kandar pun ada telor rebus
Ate mana nak cukup kot 1 bilion sebulan,itu pun rakyat indonesia dah ramai balik sana
Belum lagi bantuan banjir dan PKP telor sesaja di bagi dema
PRN Johor: Pertambahan 28% pengundi baharu penentu kemenangan PH
Jentera pilihan raya KEADILAN perlu memanfaatkan kehadiran 28%
pertambahan pengundi baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac ini.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah
Persekutuan, Zahir Hasan, Undi 18 dan Undi 21 yang berjumlah lebih 700,000 itu
akan menentukan kemenangan dan Pakatan Harapan (PH) perlu mendapatkan sokongan
mereka.
"Terdapat 749,000 pengundi baharu. Bersamaan pertambahan 28%.
Jumlah ini hasil kita bentangkan pindaan Perlembagaan pada 2019 lalu. Bermakna
ini telah diusahakan oleh PH yang membolehkan 2 perkara iaitu usia 18 tahun
boleh mengundi dan mereka layak mengudi secara automatik.
"Bagi pengundi baru ini, fikir betul betul dan kritikal
terhadap calon untuk diundi agar dapat memastikan masa depan Johor dan masa
depan negara. Keputusan PRN ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan
PRU depan," katanya dalam Forum Jalan Terus: "PRN JOHOR : Bencana
Politikus Terdesak" anjuran Studio KEADILAN, malam tadi.
Menurut zahir lagi, rakyat Johor tidak boleh dibohongi alasan
kononnya Kerajaan Negeri tidak stabil dengan 27 kerusi DUN kerajaan dan 27 DUN
pembangkang lalu DUN dibubarkan.
Rakyat, katanya, amat maklum tujuan utama PRN diadakan adalah bagi
mendapatkan 2/3 majoriti kepada BN dan selepas itu mereka boleh meluluskan apa
sahaja dalam sidang DUN.
"Mantan MB Johor kata itu (kedudukan kerajaan - pembangkang)
menyusahkan mereka. Kita jelas PRN dibuat demi kepentingan mereka.
"Untuk elit politik (pemerintah ini) kalau dulu kita ada
kleptokrasi, oligarki, kali ini ada istilah plutokrasi. Iaitu mereka yang mewah
mengawal negara dan menguasai Umno. Kalau tak percaya tengok mesyuarat Majlis
Tertinggi Umno dan lihat kereta jenis apa yang datang untuk mesyuarat, semua
kereta mewah.
"Apabila mereka ini mentadbir negara maka mereka guna
kemewahan itu untuk mentadbir
"Di Johor, punca PRN adalah kerana Umno BN nak pastikan
kekayaan itu diteruskan. Mereka mahukan majoriti 2/3 agar boleh buat apa saja
mereka suka tanpa semak imbang dari pembangkang," katanya.
Tegas Zahir, rakyat jangan termakan propaganda Umno BN kononnya
sokongan rakyat telah kembali kepada mereka dan sebab itu perlu diadakan PRN.
Sebaliknya, kata beliau, rakyat Johor seharusnya berusaha menjatuhkan BN untuk
membuktikan teori berkenaan tidak tepat.
"Hakikatnya rakyat hadapi keperitan tetapi PRN masih disyorkan
Umno. Kemenangan Umno di Melaka mencetuskan fikiran mereka untuk membina
momentum. Kita perlu ingat pertambahan sokongan Umno di Melaka hanya 0.3%
sahaja tetapi Umno memainkan propaganda kononnya gelombang kebangkitan rakyat
mahukan Umno.
"Oleh itu, saya menyeru 2.6 juta pengundi Johor perlu
mencipta sejarah. Kalau Umno dilahirkan di Johor, maka saat ini perlulah
keruntuhan Umno juga bermula di Johor," katanya lagi.
'PRN Johor stabilkan politik, Langkah Sheraton pun untuk stabilkan politik' - Syukri
Alasan pemimpin Umno Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk
menstabilkan politik merupakan dalih basi yang diulang ulang sejak Langkah
Sheraton, Februari 2020 lalu.
Menurut Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Syukri Razab, alasan kestabilan politik itu digunakan oleh Umno yang bersekongkol dengan Bersatu dan Pas merampas kerajaan dari Pakatan Harapan 2 tahun lalu.
Namun, katanya, sejak itu Malaysia memasuki era gelap dengan politik yang tidak pernah stabil sehingga hari ini.
"Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai solusi membentuk pentadbiran aman damai bukan alasan baru, malah telah digunakan sejak Langkah Sheraton lagi.
"Alasan mereka sebab di bawah PH tak stabil. Mereka berhimpun dan buat pengkhianatan untuk wujudkan kerajaan lebih stabil. Kemudian (hal sama) berlaku di Sabah, Melaka dan Johor. Apakah kestabilan untuk rakyat, atau Umno yang mahu stabil? Umno mencari kepuasan dan ingin melampias nafsu politik mereka.
"Kalau lepas pengalaman Langkah Sheraton itu pentadbiran kerajaan cemerlang, kita boleh kata ok. Tetapi sejarah menunjukkan indeks rasuah merosot, harga barang melambung dan paling teruk pengurusan bencana (banjir huru hara).
"Saya rasa rakyat dah cukup bosan sebab ahli politik mengunggang mereka secara melampau ini. Sebab itu rakyat menjauhi ahli politik, mereka dah letih," katanya dalam forum terbitan Studio KEADILAN, malam tadi.
Tambah Syukri, rakyat Johor perlu disedarkan bahawa siri pilihan raya yang diwujudkan oleh Umno BN ini menyebabkan negara terpaksa berbelanja ratusan juta ringgit yang sepatutnya boleh dijimatkan jika PRN disekalikan dengan Pilihan Raya Umum.
"Berapa juta bajet untuk PRN Sabah RM160 juta, PRN Melaka RM40 juta, kalau kita tengok bajet Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk bantuan pasca banjir, kosnya RM60 juta sahaja. Kerajaan Muhyidin Yassin tahun lepas kata belanja RM170 juta untuk bakul makanan bagi 9.2 juta rakyat. Kalau dicampur semua bajet PRN ini maka boleh tampung banyak bantuan rakyat.
"Kalau Umno melihat kestabilan rakyat mereka tak ada masa nak fikir PRN. Kalau kita pergi Johor kita tengok banyak deretan kedai tutup. Ini yang sepatutnya dilihat kerajaan sebelum nak 'menunggang rakyat'," katanya.
Namun bagi pencacai Umno yang memperdaya rakyat kononnya ketika pentadbiran BN negara lebih baik, Syukri berkata mereka perlu membuktikannya, terutama berkenaan ekonomi orang Melayu.
Kata beliau, faktanya negeri termiskin di Semenanjung masih Kelantan dan Perak yang majorti Melayu. Kadar kemiskinan Melayu terus buruk sewaktu pentadbiran BN.
"Melayu selalu ditunggang oleh Umno untuk mereka berkuasa. Sedangkan apa yang berlaku, Melayu masih lagi merekodkan kadar kemiskinan tertinggi. Negeri teruk kadar kemiskinan masih lagi Kelantan dan Perak. Tak boleh bohong. Kemiskinan 2019 dah lain, garis kemiskinan (pendapatan isi rumah) naik kepada RM2,200.
"Kalaulah kita ini masih menganggap apa yang dibuat (termasuk PRN) oleh Umno untuk orang Melayu maka saya rasa kita sangat tersasar jauh," katanya lagi.
Pas, Umno saling tidak percaya
Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamed berpendapat Pas dan Umno saling tidak mempercayai.
Menurutnya, rasa curiga antara kedua-dua parti dalam kerajaan itu begitu ketara walaupun bersama-sama memeterai Muafakat Nasional (MN).
“Perbalahan dan rasa curiga antara satu sama lain antara mereka (Pas dan Umno) cukup kuat.
“Kita nampak saja mereka berpakat kerana nak agihkan jawatan bagi orang itu, orang ini tetapi hati mereka penuh syak wasangka,” katanya dalam Ceramah Isu-Isu Semasa baru-baru ini.
Dalam masa sama, Ustaz Che Ibrahim turut membangkitkan perbezaan kenyataan pemimpin kedua-dua parti itu.
“Selepas mesyuarat antara Umno dengan Pas, Pesuruhjaya Pas Kelantan merangkap Menteri Besar buat kenyataan dalam Facebook iaitu pakatan Umno dengan Pas akan diteruskan sehingga PRU-15.
“Tiba-tiba dalam masa sama, Pengerusi Umno pula kata parti itu putuskan hubungan dengan Pas.
“Mesyuarat sekali, duduk sebilik menghadap satu sama lain, pakai baju Umno, pakai baju Pas,” katanya lagi.
BIAR DIHINA DIKUTUK DAN DICABAR UMNO...PAS TETAP TAK TAHU MALU KERANA DEMI JAWATAN. DARI PARTI YANG BERMARUAH KINI SUJUD PADA UMN
MOHD SHAH RIM
Jika tarik sokongan, kerajaan sekarang tumbang.. peluang PAS untuk menang di PRU ke 15 memang zero...jadi jangan haraplah PAS nak tarik sokongan...
KENAPA KES NAK TUNGGU MENINGKAT SEHINGGA PULOH RIBU. LAKUKANLAH SEKRANG ?
Semalam berbual dengan kawan aku, rasanya apa yang dia kata memang masuk akal. Dah nampak trend kes baharu Covid semakin meningkat. Bahkan KPK sendiri kata dijangka akan naik sehingga 22,000 sehari. Kenapa tak buat kawalan sekarang?
Jadi nanti masa nak raya, semua dah clear. jumlah kes baharu dah rendah. Apa tujuan kerajaan nak bertangguh lagi? Jangan sampai nak dekat raya, kes dah sampai 25,000 sehari, baru nak buat PKP bagai. Yang jadi mangsa, rakyat!.
Tapi sejujurnya, aku rasa tak perlu dah kita monitor kes harian seperti sekarang. Negara lain seluruh dunia pun dah anggap penyakit ni sebagai endemik. Yang penting hospital dan pusat rawatan kita tidak sampai lumpuh, cukuplah.
Dengan jumlah individu yang telah divaksin cecah lebih 98%, tak ada kepentingan lagi untuk takutkan rakyat dengan angka yang tinggi ini. Kalau masih nak bergantung kepada nombor harian, bermakna KPM sendiri tak yakin kepada vaksin.
Atau... Sebenarnya kerajaan bernafas melalui kes Covid-19 ini. Sebelum ini nampak macam rakyat sokong kerajaan. Berkatalah DG kita tak bergantung kepada jumlah kes harian lagi. Sekali bila isu yang tak memihak kerajaan berderet timbul, kes baharu tiba-tiba jadi banyak. Guane boh?
Subscribe to:
Posts (Atom)