Umavathi Ramayah
Februari 8, 2022
Khairy berkata, individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19, serta berdepan dengan beberapa sekatan. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Status vaksinasi individu yang sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas akan bertukar menjadi tidak lengkap, sekiranya tidak mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum 1 Mac depan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berikutan itu individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19, serta berdepan dengan beberapa sekatan.Menurutnya, sehingga kini, terdapat lebih kurang 32 peratus atau sejuta juta warga emas yang masih belum mengambil dos penggalak..
"Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) meminta supaya individu yang berumur 60 tahun dan ke atas segera mendapatkan dos penggalak dan mereka boleh datang secara secara walk-in di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.
"KKM ingin memaklumkan sekali lagi, semua penduduk berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022," katanya pada sidang media di sini, pada Isnin.