LIVE PART 2 - DARI PERMATANG PAUH ...SEHINGGA KEPUTUSAN MALAM INI

Thursday, May 7, 2015


Melalui correspondence di Permatang Pauh dan anillnetto.com

Live – Permatang Pauh by-election result

 


5.55 PM: Lagi skandal 1 MBD di bongkar Datuk Husam

Husam: TH mengaku selamatkan 1MDB
 

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata pengakuan Tabung Haji hari ini menunjukkan wang caruman sememangnya digunakan untuk menyelamatkan firma pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Husam berkata, pengakuan Tabung Haji hari ini juga bercanggah dengan kenyataan asal oleh pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, yang menafikan mengenai pembelian tanah milik 1MDB.

Sedangkan, pengerusi lembaga berkenaan sepatutnya sudah tahu mengenai butiran transaksi berkenaan, kata Husam yang mahu Abdul Azeez meletak jawatan.

“Adakah pengerusi Tabung Haji cuba berbohong?


6.00: PM..Dr Afif bahardin Adun PKR Seberang Jaya yakin bahawa majoriti  sekitar 8000


6.05 : PM  Wan Azizah dan para wartawan sedang mengambil gambar dan temubual beliau.

6.10 : PM   Sehingga kini apa yang jelas peratus keluar undi adalah sekitar 74-75% sahaja.

6.12 : PM    Peratusan keluar mengundi selepas peti undi ditutup sebanyak 73 peratus, turun 15.3 peratus berbanding pilihan raya umum lalu.Lapormalaysiakini

6. 20 : PM  Jika belum tunaikan kewajipan solat..sila tunaikan ..anda mungkin boleh berehat sehingga kemenangan malam ini.. Pengiraan undi bermula dan keputusan dijangka diumumkan sebelum jam 10 malam.

6.25 : PM rehat sebentar...........



Golongan berumur menunjukkan kepada peyokong Umno kad lama Umno dengan berkata " Kami dah lama tinggalkan Umno."


PKR mendahului melalui  5165  melalui anill dari Yayasan Aman

Bn 9064, PKR 14066
)
BN 8312 PKR 12980
BN 7707, PKR 117380)
BN 6530, PKR 10085



7.24 PM :   Terima kasih kepada jentera PAS yang diketuai oeh Mat Sabu dan Suhaizat kerana peti undi Permatang Pasir , PKR mendahului dengan 3374.PAS menguasai DUN Permatang Pasir di bawah YB Datuk Salleh Man.

725 PM :

BN 10439, PKR 15893

730 PM:  foto Teuku Zacharyah Iskandar.TQ


Semoga mereka ini akan menjadi pejuang yang kental sekental Anwar Ibrahim....

7.35 PM Tunaikan solat anda dahulu dan berjuang.....Sila tekan butang refresh untuk maklumat terkini


7,36 PM : SK Permatang Pauh 200 Pakatan 70 BN

7.40 PM TERKINI 
BN 14193 PKR 21019
Bekas Selangor Menteri Besar Mat Taib hadir di Yayasan Aman 

7.41 PM :  PAKATAN PKR HAMPIR MENDAHULUI RAMALAN MENGUSAI MAJORITI 7000

7.42 PM : SILA REFRESH KOMPUTER ANDA UNTUK MAKLUMAT TERKINI.

7.43PM : 
BN 14682, PKR 21982

TERKINI

7.49 PM:BN 16291 PKR 23441

8.00 PM    MENDAHLUI 8299...TQ ANIL. 

8.15 PM :  PKR  MENDAHULUI DENGAN  9338
 Bn 18633 PKR 27971
SILA REFRESH HP ATAU KOMPUTER ANDA. MAKLUMAT TERKINI AKAN MENYUSUL.

8.19 PM : Wan Azizah mendapat hampir 60% undi 


8.20 PM : 


8.20pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

BN 18633
Bebas 342
PKR 27971
PRM 98
Majoriti 9338     malaysiakini



8.21 PM: Membuktikan bahawa politik sempit dan kawasan bandar tidak dapat menipu pengundi yang celik maklumat, juga membuktikan bahawa kerjasama antara parti amat penting.Walau berbagai dugaan melanda di awalnya dengan berbagai onar dari ahli politik yang berfikiran sempit , penduduk Permatang Pauh matang dalam berpolitik. PAS di Permatang Pauh tidak terjebak dengan politik sempit sesetengah pihak...

 8.25 PM : Suara dan pendangan yang begitu gembira di dalam dewan di Kubang Semang dan kegembiraan ini disambut bersama Pakatan Rakyat PKR,PAS dan DAP.  Tidak ada gang ulamak tidak bermakna tidak wujudnya PAS di Permatang Pauh ini. Malahan ulamak setempat memainkan peranan besar dalam gerakan PAS tempatan.


8.25 PM :   BN 19872 PKR 29314

8.30 : Menakjubkan majoriti 9000 lebih ini,  4888 adalah  undi dari PAS dari  DUN Permatang Pasir- TAKBIR

8.35 PM:
BN 19994 Bebas 347 PKR 29456 PRM 97

8. 39: PM : MAJORITI SEKARANG Majority now 9445.

8.40 : PM  :  Maklumat yang di didapati menunjukkan bahawa PKR menang di semua kawasan pengundi Melayu kecuali satu dua peti undi dan  menunjukkan peningkatan dari pilihanraya 2013 lalu.Sekarang sedang mendahului dengan 9445 dan tinggal 2000 undi yang sedang dikira.

8.41 : PM :Boleh kah undi ini mencecah lebih 10,000 ??. Kita tunggu lagi.

Baling

Sumber gambar: Malay Mail Online

Jahat kah mereka ini? Adakah politik ini yang ditunjukkan oleh ahli Umno??

8.48 PM : Seperti tradisi, selepas kemenangan markas PAS Kubang Semang akan di penuhi oleh penyokong dan siri ceramah ucapan akan dilagsungkan untuk mengucapkan tahniah kepada para pengundi di Permatang Pauh.

 TERKINI

8.51 : PM : 





8.55 : PM :  Apa Ahmad Maslan nak cakap? Kan Tuanku Sultan Johor tak mahu salam dengan beliau?

8.56 : PM : Umno gagal menipu pengundi Permatang Pauh kerana rakyat menerima maklumat......


foto : zamri matsilah

9.00: PM :Lagi keganasan Umno

foto: omakk kau

9.05: PM : BN 20172 PKR 29653 terkini

BN 20019
Bebas 350
PKR 29561
PRM 96
Majoriti 9542 malaysiakini


10.15 :  PM: Keputusan ini adalah hampir sama dengan pilihanraya ke 13 lalu...






























 9.20. PM .

Lagi satu video serangan dari penyokong Parti Keadilan Rakyat terhadap penyokong Barisan Nasional di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu. Mereka semakin ganas!!!#PRKPermatangPauh#MelakarSejarahPilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh P44Pilihanraya Kecil P44 Permatang PauhBERSIH - Gabungan Pilihanraya Bersih dan AdilPermatang Pauh - P44 补选战情资料PRK P044 Permatang PauhPergerakan Pemuda UMNO Permatang PauhPermatang Pauh 峇东埔 P44Permatang Pauh CommunityDr Wan Azizah Wan IsmailDato Zainal Abidin OsmanLim Kit Siang (林吉祥)Tian Chua 蔡添强
Posted by Malaysian Patriots on Thursday, May 7, 2015
9,25 PM

Tentera berkuda di PERMATANG PAUH..#P044#PermatangPauh#noGST
Posted by Zahirudin Ahmad on Thursday, May 7, 2015
9.40PM :      BN 21393 Bebas 364 PKR 30253 PRM 96.

9.41 PM :    Dengan dunia HP yang canggih , ramai boleh jadi wartawan sekarang ini. Menurut Anilnetto, perkembangan sihat ini adalah bagus untuk menyebarkan maklumat kepada sahabat handai dan kaum keluarga.....  

9. 50 : PM: Menunggu keputusan rasmi di umumkan...foto sham ASD

foto DAP





10:00: PM  : Tok Guru Hj Daud Awang Besar (Pondok Penanti), Seberang Perai, dlm satu majlis. Antara pondok paling lama di negara kita, Pondok Penanti Darul Ulum...

Antara points utama yg dikongsikan oleh Tok Guru;
1. Kalau kita belajar betul2 fekah politik Islam, ana yakin semua orang akan faham kewajipan untuk undi hanya calon PKR itu sahaja di Permatang Pauh.
2. "Jatuh haram" kalau undi calon lain. Bahkan jatuh haram juga kalau boikot untuk khianat pengundi utk tidak mengundi calon yg dah dipersetujui itu.
3. Di Pulau Pinang ni ada kelompok PAS sendiri yg dgn sengaja mencipta pelbagai masalah dalam PAS hingga ajak boikot parti sendiri untuk ganggu gerakerja pilihanraya. Mereka itu ada yg dah dibuang dari PAS, dan ramai yg masih aktif dlm PAS. Kumpulan mereka ramai pemuda2.
4. Kerja golongan itu hanya berikan peluru pada musuh sahaja, utk serang calon yg ada. Kerja mereka jelas bertentangan fekah Islam dan sgt gembirakan UMNO dan BN, sampai sanggup buat demo terbuka.
5. Kesan dari tindakan2 golongan begitulah yg sebenarnya rosakkan jamaah PAS sampai tak kenal lagi siapa kawan dan lawan.
6. Katanya; Tok Guru Hj Salleh sendiri dah sebut dalam ucapan beliau baru2 ini utk kewajipan bantu menangkan calon yg telah dipersetujui itu (Wan Azizah). Tapi itu pun masih ada yg bantah.
Untuk rekod,
Tok Guru Hj Daud Awang Besar (Ayah Chik) berumur 85 tahun, berasal Kelantan (Fattani), tetapi seorg yg sangat petah berhujjah dalam arab, dgn rujukan pelbagai ayat Quran dan Hadith ketika pertemuan itu, disamping cukup cakna dgn perkembangan politik semasa.
Muhasabah bersama.
W'alam.
Ahmad Sayuti Bashiron.




10.10;PM

Wanita PKR dan Muslimah seperti biasanya turun berkempen dari rumah ke rumah dan ini diakui oleh wanita PKR bahawa muslimat PAS bekerja kuat demi kemenangan Kak Wan. Kerja menjadi mudah kerana maklumat sampai , dan hubungan akhrab ini akan di perhebatkan lagi..

10.15 PM : Bernama tweets: TIDAK RASMI: BN 21,428,  PKR 30,285, PRM 99. BEBAS 323. Undi rosak 737. Majoriti: 8,857.

10.17:  Sementara di bilik dan pusat pengiraan undi PKR majoritinya begini
BN 21397, Bebas 362, PKR 30252, PRM 101.
Majority: 8855


foto Dato Tarmizi Mohd Jam

10.20 PM : Selamat berjaya dan salam REFORMASI  kepada semua pengundi PRK Permatang Pauh , kerana anda memang hebat.Kepada petugas orang orang penting anda juga hebat...dan buat pengundi PAS terima kasih kerana anda bijak dan kebijaksanaan anda kerana anda berada di kawasan yang telah lama maju dan berpolitik sejak turun temurun dan mengetahui permainan orang orang yang cetek akalnya .Macamana nak perintah kalau bersendirian dan bercakap tidak sebagaimana sepatutnya anda.

LIVE PART 1 - DARI PERMATANG PAUH ...SEHINGGA KEPUTUSAN MALAM INI

Melalui correspondence di Permatang Pauh dan anillnetto.com

Live – Permatang Pauh by-election result



3.13PM : TKMPP Abdul Rashid Hasnon menunjukkan beberapa keping surat dan senaraipanjang yang dipercayai pengundi hantu sebagaimana yang telah di ulas oleh Rafizi Ramli semasa sidang akhbar semalam.


3.15PM.. Menurut Anillnetto.. beliau yang berbual dengan TKMPP  yang menyatakan bahawa mereka sedang menunggu pengundi sebenar yang mengundi , sementara slip mengundi yang diberi menunjukkan nama lain dan pengundi lain menggunakan alamat yang sama.

3.17 . PM  MP Bukit Mertajam Steven Simmenjelaskan apa yang telah di terangkan oleh Rafizi Ramli , dimana , pengundi tadi yang dikatakan pengundi hantu telah menggunakan ic dan alamat yang sama dengan pengundi asal.

3.20. PM:  Menurut YB Hasnul beliau menjangkakan bahawa PKR mungkin mengalami kemerosootan undi namun yakin melebihi 12000 dan bukan di bawah itu disebabakan mood.Buat masa ini , tiada lagi penunggang motosikal yang membawa bendera Umno kecuali pemuda yang menunggang motosikal membawa bendera PKR.

3.25 PM . Menurut seorang penduduk Permatang Pauh , para peraih undi BN berkempen dari rumah ke rumah dengan memakai pakaian tanpa lambang untuk berkempen bagi pihak Umno.

3.30   PM  . Seorang penyokong tegar PKR memaklumkan bahawa pengundi perlu segera keluar membuang undi dan sekiranya melebihi 80% , maka PKR boleh mendapat majoriti antara 8000 ke 10000 undi.

3.45 PM.. Berdasarkan undi lalu
GE2013 88.3 % ; majority 11721.
GE2008 - t81 % ; majority 13398.
GE2004 -  81 % ; majority 590.



3.45 PM : Gambar ihsan Lan Ampang yang turut berkempen di Permatang Pauh.SPR - P.44 Jam 2 petang 40173 (55.88%) keluar undi

3.45 PM : SILA REFRESH BLOG UNTUK UPDATES....

 

3.47 : PM ; Gambar dari wan Fawdzin sekitar jam 3 tadi..tq. 3.48 PM : Komen pertama....




 mr Erdogan

16 minutes ago  -  Shared publicly
Tumbangkan umnobn..kekalkan pr..pkr..insyaallah
3.54 PM: Sehingga jam 3.00PM jumlah keluar undi adalah 63%

 3.55 PM :Jumlah keluar makin meningkat foto Wan Fawdzin


"Ini Permatang Pauh ..Penang tau....kami sokong Pakatan....anak Permatang Pauh celik politik" foto wan Faudzin




4.13 PM:  Cuaca panas hari ini dan dijangka mencecah hampir 90F. Mungkin punca banyak gadoh.ha..ha..ha..Biasanya nak tahu Umno kalah ka tidak jam 5.00 ptg nanti khemah semua akan diturunkan...itu petanda awal Umno nak kalah..

4.15 PM :FOTO INSPIRASI SYAKILLA



Di hadapan sekolah kebangsaan Tok Kandu polis berkawal...juga di semua tempat pembuangan undi...polis berkawal ketat.

4.25 PM  : Belum ada lagi pilihanraya yang semeriah ini..rakyat merayakan pilihanraya yang luka dan cedera itu adalah kenangan....kita berpolitik cara bijak...yang pastinya Pakatan Harus menang.Ini warga celik politik.

4.27: Telah masuk waktunya Asar : Tunaikan solat dahulu untuk terus berkempen sebelum penutupan tempat megundi.

4.35PM: Lagi isu 1MBD 






4.35 PM: Jika  ahli Umno masih lagi mahu menyokong dan tidak mahu berubah, maka mereka sebenarnya jahil tentang kejatuhan negera akibat penyelewengan..adakah ahli Umno yang ada ini lebih bijak sebijak Hassan Malek, Ismail Sabri dan juga Ahmad Maslan?????

DI SK SRI PENANTI KUBANG SEMANG- FOTO INSPIRASI SYAKILLA.TQ,




4.50 PM  Masa pengundian jam 5 petang hampir tamat.

 4.50 PM :Jentera Amk Klang Tetap Bersemangat Berkempen Meraih Undi Di Saat Akhir Walaupun Panas Terik... Lawan Tetap Lawan... KAK Wan Pasti Menang...

 

4.55 PM: Mangsa pertama pengundi hantu.

Makcik ni mangsa tak dapat mengundi tapi nama dah ditanda sebagai yg sudah mengundi..Foto siti aishah


5.00 PM:  SK Permatang To' Kandu. Seorang anggota polis sdr Wahab Noor cedera terkena batu yg dibaling dari kumpulan penyokong GST@BN

LAPORAN DAN FOTO YB YUNUS  

5.10 PM: Dijangkakan hampir 85.7% keluar mengundi sehingga jam 5 petang


SPR - P.44 Jam 4 petang 49934 (69%) keluar undi





5.35 PM  Kisah bagaimana Umno cuba membeuat provokasi dengan mencetuskan pergadohan dan antara penduduk yang cedera.
Penyokong BN terpaksa dikepong kerana cuba cetus provokasi di sk tanah liat..turut serta gambar salah seorang penduduk tempatan penyokong keadilan dipukul oleh umno-gambar dan laporan oleh siti aishah





  • Penyokong Pakatan diingat jangan layan provokasi BN

    Penyokong Pakatan diingat jangan layan provokasi BN

    PERMATANG PAUH 7 MEI: Penyokong Pakatan Rakyat diingatkan agar sentiasa bertenang dan tidak termakan dengan provokasi mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sepanjang proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh hari ini.
    Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menggesa penyokong Pakatan supaya tidak membalas sebarang perilaku negatif itu ekoran serangan yang dilakukan penyokong BN terhadap petugas KEADILAN sehingga menyebabkan kecederaan.

    “Kekecohan di SK Tanah Liat, penyokong BN serang pertugas KEADILAN menyebabkan kecederaan. Gesa penyokong Pakatan jangan balas provokasi ganas BN,” kata Tian yang juga Ahli Parlimen Batu.

    “Harap pertugas dan penyokong Pakatan Rakyat bertenang, jangan biar suasana tegang takutkan pengundi,” katanya lagi.

    gaduh 


    Insiden tumbuk menumbuk pula dilaporkan tercetus di antara sekumpulan penyokong BN dan KEADILAN berhampiran SMK Guar Perahu sekitar 11.15 pagi ini.

    Insiden tersebut berlaku di tengah-tengah jalan raya apabila beberapa penyokong dari kedua-dua parti bergelut dan bertukar-tukar tumbukan di atas jalan raya yang memisahkan kawasan mereka berkumpul.

    Pergaduhan meletus selepas kedua-dua kumpulan mula saling mengejek terhadap satu sama lain sejak 9.30 pagi dan berjaya dileraikan selepas itu.

    ‘Kucing Marah’ simbol baru perjuangan anti GST

    ‘Kucing Marah’ simbol baru perjuangan anti GST
    A women cover her faces with anti-Goods and Services Tax (GST) placards during a protest as they gather in front of Parliament House in Kuala Lumpur, Malaysia on October 25, 2013. Malaysia will finally implement the long-delayed Goods and Services Tax (GST) at 6 per cent beginning April 2015, during Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced the Budget 2014. Photo: Firdaus Latif

    ‘Kucing Marah’ simbol baru perjuangan anti GST

    Kempen membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tampil dengan idea baharu, menggunakan watak animasi kucing mengulas tentang cukai yang menekan rakyat dan kaitannya dengan pemborosan kerajaan.

    Klip video singkat berdurasi 2 minit tu dimuat naik di Youtube melalui akaun Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sejak kelmarin.

    Ia memaparkan Nurul Nuha Anwar, penggerak #March2Freedom memperkenalkan kawannya ‘Kucing Angry’ yang mempersoalkan sama ada hasil GST digunakan untuk membayar hutang negara RM569.33 bilion dan hutang 1Malaysia Development Malaysia (1MDB) sebanyak RM42 bilion.

    “Kucing sentiasa membayar hutang,” kata watak itu yang merupakan parodi ‘Kucing Happy’, watak direka Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi menarik minat pengguna membuka akaun simpanan.

    Ia juga mempersoalkan jet peribadi perdana menteri, serta bajet Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang meningkat sehingga menyebabkan rakyat terpaksa berjimat-cermat.

    Katanya, GST adalah cukai yang dikenakan terhadap rakyat tanpa mengira latar belakang dan tidak dapat dipastikan ke mana hasil cukai itu disalurkan, menjadikannya faktor utama kempen bantah GST diwujudkan.

    Video itu dihasilkan dengan kerjasama sekretariat #KitaLawan, yang menggerakkan beberapa siri protes di Kuala Lumpur menuntut pembebasan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan #BantahGST yang menganjurkan perhimpunan Hari Pekerja di Kuala Lumpur Jumaat lalu.

    Perhimpunan pada 1 Mei itu dihadiri lebih 10,000 orang yang membantah pelaksanaan GST dan disusuli dengan tangkapan ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan aktivis yang menyertai perhimpunan itu.

    Nuha berkata video parodi itu bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat mengenai objektif membantah GST.

    “GST adalah sejenis cukai rakus dan membebankan rakyat. Kucing pun terkena cukai sebab itu wujudnya ‘Kucing Angry’.

    “Semua lapisan masyarakat mesti bersatu menyuarakan bantahan,” katanya.

    Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli juga sebelum ini menggerakkan kempen kesedaran rakyat menolak GST dengan mengeluarkan empat siri video Youtube #GST101 bagi menjawab hujah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mempertahankan GST.

    Sejak dimuat naik minggu lalu, video pertama dalam siri itu tersebar kepada lebih sejuta pengguna Facebook.

    Sokong BN, tapi tak faham apa satu

    Sokong BN, tapi tak faham apa satu

    (Oleh Ermizi Muhamad)
    PERMATANG PAUH 7 MEI: Sebilangan penyokong Barisan Nasional (BN) yang berkumpul di persimpangan jalan utama Kubang Semang dekat Sekolah Kebangsaan Seri Penanti gagal memberikan penjelasan mengapa mereka menyokong calon BN, Suhaimi Sabudin.
    BN 1Malah ketika ditanya berkenaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat ketika ini, mereka turut mengakui turut terkesan dengan pelaksanaan cukai rakus itu.
    Antara yang ditemui Keadilan Daily, Nazrul Naiman, 18, gagal menyatakan pendirian sebaliknya memaklumkan hanya menyokong BN kerana keluarganya menyokong parti itu sejak dulu lagi.
    BN 2“Sokong Umno pun sebab dari dulu (keluarga) dah sokong BN. Kalau pasal GST, memang beri kesan, tapi tak tahulah, tak nak cakap lebih,” katanya.
    Mohd Aziz, 19, pula menyatakan kehadirannya bersama sekumpulan penyokong BN di kawasan itu sekadar suka-suka dan mengikut kawan-kawan sahaja.
    “Saja suka-suka, ikut budak-budak dekat sini,” katanya ringkas.
    Ditanya adakah menerima bayaran daripada pihak-pihak tertentu, Aziz cuba mengelak dan enggan mengulas lanjut.
    “Tak ada,” ringkasnya sambil tertawa.
    Seorang lagi penyokong BN, Mohd Zaki mengakui tidak jelas tentang dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan.
    BN 3“Tak faham sangat, kita ikut sajalah. Tak ambil tahu pun pasal politik, ramai kawan ada dekat sini. Ikut sajalah,” jelasnya.
    Kehadiran mereka ini turut dipersoal majoriti besar penyokong Pakatan Rakyat apabila mereka mendakwa, penyokong-penyokong BN itu terdiri daripada golongan muda dan bukan anak-anak tempatan.
    Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=6644