KAJIAN MERDEKA CENTRE


 

Ha..Ha..,.SOH DIA BAWA MODEL TU BUAT DI KELANTAN.


 

VATERAN TENTERA SOKONG PMX


 

KEPALA BATAS NI BERKURUN BAWAH PAK LAH. UMNO.,MACAMANA BOLEH PILIH DIA JADI MP. NAK BINA MASJID PUN DIA PERTIKAI. TAK KA BODO PIANG PUNYA CERITA.


 

MODEL EKONOMI CEDOK.

 Korang perasan tak?


Adrian Lim.


Nama Perikatan Nasional:

Ceduk drpd nama Parti Perikatan (1957 - 1973) dan nama Barisan Nasional (1973 - kini)


Warna Perikatan Nasional:

Ceduk drpd warna biru BN


Manifesto Selangor:

Ceduk drpd manifesto PHBN


Gambar model ekonomi:

Ceduk daripada Google (2013)


Debat semalam, aku tak larat tengok sampai hujung. Masuk 15 minit je aku switch off dan buat kerja lain. Baca buku.


Membazir masa je dengar Syahir merapu.

Makin dengar “hujah”nya makin rasa bodoh. IQ semakin rendah.


Tak ku jangka ada manusia yang sanggup memperbodohkan diri di khalayak ramai dan membodohkan penonton di seluruh negara semata-mata nak kuasa.


How do such people sleep at night, knowing what they do all day is stupifying the rakyat??






KAH KAH KAH....

 


Low-Buy hamPAS : Air BUKAN masalah besar di Kelantan🤔😏🤷‍♂️⁉️

(Masalah besarnya mungkin cam mana nak UPGRADEKAN💰💰 kereta2 Mercedez🚘🚘 EXCO2 depa tu... model baru dah kluar dah‼️)

KESTABILAN NATIONAL ADALAH PEMBENTUKAN KERAJAAN PERPADUAN. TAK STABILNYA IALAH KERANA PUAK PAS NAK TEBUK ATAP. USAHA INI PATUT KELANTAN JADI MODEL.

 




Ini contoh damage control yang Sinar cuba lakukan untuk menutup ketumpulan akal mamat ni sewaktu debar dengan Rafizi malam tadi.


Baca komen walaun, semua memuji. Bayangkanlah kalau super mengarut macam Hadi pun disanjung, apatah lagi yang macam Syahir ni.


Pengundi tak berparti perlu fikirkan. Dengan deretan pemimpin lemau dalam PN, apa jadi kepada masa depan negara kiranya mereka ini yang memerintah? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


BUKAN BERSATU SAJA. BANGSA LAIN PUN TAK SUKA. BETUL LAH PRINSIP PAS DIA NAK ORANG IKUT ISLAM. BETUL. TAPI MACAMANA NAK TARIK BANGSA LAIN


 

PERKAUMAN CUBA DIKETEMGAHKAN- BABI PUNYA BABI


 

DIMANA MENANTU MAHIADDIN ?


 

DULU SAMAN FITNAH HANG KENA DAH RM 1 JUTA. ALAH KES KANUN KESEKSAAN NI DOK DALAM DUA TIGA TAHUN JA PUN


 

Sanusi hang duk buat apa la ni?



Adakala dalam persaingan politik seseorang pemimpin dinasihati oleh pimpinan tertinggi untuk ‘menghilangkan diri’ buat seketika jika dianggap sudah mula menyulit atau menyusahkan parti.


Saya perlu tanya dengan terus – apa sebenarnya perangkap dikatakan sedang dipasang untuk Sanusi Nor oleh musuh politiknya sehingga menteri besar Kedah itu tidak muncul dalam ceramah perdana Perikatan Nasional (PN) di Sungai Petani malam 6 Ogos lalu.

Ini kali kedua Sanusi tidak hadir pada program politiknya. Sebelum itu beliau tidak muncul dalam majlis di Padang Serai. Ketika itu dilaporkan dalam talian oleh sebuah portal berita yang ada kaitan dengan rangkaian televisyen kononnya Sanusi ditangkap polis. Polis menafikan laporan berita Sanusi ditahan atau dipanggil untuk dirakam percakapan.

Pengumuman konon ada perangkap untuk Sanusi dibuat oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden yang turut mendakwa “sehari dua ini akan berlaku macam-macam benda yang dahsyat”. Dakwaan itu dibuat di depan ribuan penyokong PN khususnya PAS dalam ceramah di Sungai Petani Ahad lalu.

Bagaimanapun Afnan tidak menjelaskan apa “benda yang dahsyat” yang beliau kata akan berlaku selain meminta semua penyokong bersiap sedia dengan segala kemungkinan akan berlaku dan “tuan-tuan kena sedia dari sudut menjaga kubu”. Menurut Kosmo kata-kata itu diluahkan semasa beliau berucap dalam ceramah yang Sanusi tidak hadir itu.

Pada ucapan itulah Afnan memberitahu hadirin mengapa Sanusi tidak hadir dengan membaca kertas. “Saya nak baca kertas ini, kertas ini tulis (siapa yang tulis tidak pula dimaklumkan) berita yang menyedihkan. Petang tadi MB bermesyuarat di Kuala Lumpur”. Sekali gus secara sengaja atau tidak beliau mengesahkan kenyataan polis sebelum itu bahawa Sanusi tidak ditangkap semasa beliau tidak hadir di majlisnya di Padang Serai.

Apa pun Afnan seterusnya berkata mesyuarat yang Sanusi hadir di Kuala Lumpur adalah mesyuarat penting yang “bincang perkara-perkara besar”. Oleh kerana tidak ada butiran diberinya saya agak Sanusi hadir mesyuarat PN tetapi kemungkinan besar membabitkan hanya PAS.

Kosmo memetik Afnan berkata begini: “Daripada itu dinasihatkan beliau (Sanusi) tidak meneruskan ceramah beliau pada malam ini (6 Ogos 2023) kerana ada perangkap yang sedang dipasang oleh musuh dan perangkap itu mengkehendaki MB kita masuk ke dalam itu dan pegang buat sesuatu yang kita tidak jangka”. Beliau juga mendakwa Sanusi menghadapi “ancaman keselamatan”.

Bagi saya ini langkah nak beritahu tanpa beritahu. Ia menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan. Semasa saya menulis artikel ini keluar berita memetik Sanusi sendiri berkata akur dengan nasihat PAS Kedah beliau “mengurangkan aktiviti” supaya tidak terkejar-kejar menjelang PRN 12 Ogos ini termasuk “tak boleh bawa kereta laju-laju nak bagi cepat sampai” di samping langkah keselamatan lain perlu dirahsiakan.

Ads by Kiosked

Ini pada hemat saya kata-kata beliau tidak senada dan seserius dengan apa Afnan umumkan kepada penyokong parti. Dan juga tidak menjawab pelbagai persoalan penting.

Bagi bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Khairuddin Aman Razali, isu “keselamatan” dikaitkan dengan Sanusi ialah “rekaan bagi mencapai tujuan politik tertentu’.

Katanya seperti dilapor Malaysiakini, PAS ketika ini sedang mengembangkan naratif isu keselamatan dan mendakwa Sanusi sedang terancam. Ini kata beliau adalah “provokasi berniat jahat dalam saingan politik sihat untuk menarik simpati rakyat malah mencipta kebencian terhadap lawan politik”.

Beliau mengingatkan kita bahawa Sanusi sedang berdepan dakwaan menghina Sultan Selangor juga Yang di-Pertuan Agong dan perbicaraan masih lama sebelum berlangsung. Di samping ada isu unsur nadi bumi atau REE yang dilombong secara haram di Kedah.

Oleh kerana Khairuddin pernah aktif dalam PAS dan memegang jawatan penting lantas terbabit merangka pelbagai rancangan dan strategi, kenyataan beliau mengenai dakwaan perangkap, “benda dahsyat” akan terjadi serta isu “ancaman keselamatan” wajar diberi perhatian. Itu pendapat saya.

Pun begitu teringat saya “amalan” atau lebih tepat tindakan parti politik. Adakalanya dalam persaingan politik seseorang pemimpin dinasihati oleh pimpinan tertinggi untuk “menghilangkan diri” buat seketika jika dianggap sudah mula menyulit atau menyusahkan parti.
Ertinya kehadirannya boleh menjejaskan kemaraan parti. Mungkin dianggap kata-kata dan tingkah lakunya sudah lebih merosakkan peluang parti daripada menguntungkan. Paling tidak mencalar imej parti atau barangkali juga musuh dalam selimut mengorak langkah.

Ads by Kiosked

Jangan salah faham. Bukan saya menuduh Sanusi boleh menjejaskan peluang parti lalu diminta “cool off”. Apatah lagi beliau amat popular. Bukan juga saya kata beliau menguntungkan partinya. Saya tidak kata beliau menggunakan istilh Inggeris “boon or bane” untuk partinya. Itu masa akan menentukan.

Apa yang saya katakan ini berdasarkan pengalaman lalu – sesuatu yang pernah saya diberitahu dan juga lihat terjadi semasa saya membuat liputan politik khususnya menjelang pilihan raya zaman silam. Itu sahaja.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Dasar wajib pendidikan menengah dalam proses dimuktamadkan



Kementerian Pendidikan (KPM) kini dalam proses memuktamadkan dasar baharu untuk mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata dasar baharu yang mewajibkan pembelajaran hingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia itu dijangka akan dapat menangani isu keciciran pelajar.


Beliau juga memaklumkan negara berdepan masalah enrolmen di peringkat prasekolah dan sekolah menengah tetapi bukan bagi sekolah rendah.


"Enrolmen sekolah rendah kita tiada masalah, 99 peratus, kita mencapai sasaran sejagat sebab kita ada dasar pendidikan wajib untuk sekolah rendah," katanya ketika menjadi tetamu program ‘Wanita Question Time’ malam Rabu yang turut menampilkan Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar.


Fadhlina berkata, bagi menyelesaikan masalah enrolmen di peringkat prasekolah pula, KPM memperluas bilangannya dengan menambah 118 lagi prasekolah baharu tahun ini.


Beliau berkata, ia sebagai langkah intervensi awal bagi menghalang keciciran murid di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.


"Saya sangat bahagia melihat prasekolah dua sesi, ini menunjukkan prasekolah kita mendapat sambutan jauh lebih baik... sebab itu, kita kena dukung
pendidikan awal supaya prasekolah berada di sekolah rendah," katanya.


Fadhlina juga berkata, dalam usaha kerajaan memastikan tiada keciciran murid termasuk golongan berkeperluan pendidikan khas, intervensi awal penting kerana ia membantu mengenal pasti keperluan mereka dari umur empat hingga enam tahun lagi.

 

'Masalah ekonomi berpunca daripada kelemahan pemimpin sebelum ini'



 Sikap ahli politik dan pemimpin yang lemah dalam mentadbir menjadi punca utama kepada masalah ekonomi negara, tegas Rafizi Ramli.



Rafizi yang juga Timbalan Presiden KEADILAN malam tadi berkata kelemahan ekonomi di negara ini sudah menjadi suatu masalah struktur yang sebati disebabkan tatakelola tidak baik dan terhakisnya amanah dalam kalangan pemimpin yang mentadbir ekonomi.


Atas dasar itu jelasnya, permohonan maaf perlu dibuat kepada rakyat kerana wujudnya pemimpin tidak kompetan, tidak fokus dan tidak terlatih yang pernah berada dalam pentadbiran menyebabkan negara gagal mengatasi masalah struktur itu lebih awal.


"Rakyat terpaksa hidup dalam pentadbiran demi pentadbiran yang hilang punca dan fokus, akhirnya selepas 20 tahun ia menjadi masalah struktur yang sebati dengan ekonomi kita.

"Masalah ekonomi kita tidak boleh diselesaikan dengan kaedah lama kerana ia seolah-olah kekotoran yang tidak dibersihkan itu menjadi karat, masalah struktur ini memerlukan kaedah yang radikal dan penyelesaian luar kotak, bukan lagi pendekatan serupa sebelum ini.


"Justeru, pada peluang ini kita wajar memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana pemimpin yang lemah, baik kami dan yang pernah berada dalam pentadbiran tidak fokus dan terlatih menguruskan ekonomi," katanya.


Rafizi berkata begitu pada sesi Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia bersama Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang disiarkan secara langsung malam tadi.


Mengulas lanjut mengenai apa yang berlaku di Malaysia, beliau menjelaskan, masalah ekonomi dihadapi negara jauh lebih rumit dari apa yang digambarkan kerana ia sudah berakar umbi.


Masalah tersebut tegasnya tidak boleh diselesaikan dengan satu pengumuman dasar saja dan ia perlu diharmonikan melalui satu kerangka ekonomi yang jelas termasuk melalui usaha kerajaan melancarkan Ekonomi Madani dan Dasar Gaji Progresif.

"Masalah struktur pertama membawa kepada masalah struktur kedua iaitu gaji yang dibayar kepada rakyat terlalu rendah dan tidak seiring dengan kenaikan harga barang sejak 20 tahun lalu.


"Struktur ketiga, kedudukan kewangan kerajaan yang lemah, merangsang ekonomi dengan berhutang kemudiannya meninggalkan kesan kepada generasi muda," katanya.