TERKINI : Kaji Semula Hubungan Politik Pas-Bersatu Dan Penyertaan Dalam ...


SUATU kebetulan pula bila Lobakman dok ramal KUNUNnya beberapa org MP UMNO BN akan menarik sokongan kpd Abah Coww, akar umbi PA$ pula menunjukkan kemarahan kpd Bersatu dan PN sambil menggesa kaji semula kedudukan hubungan dgn Bersatu, tolak PN, manakala MN diperkukuhkan.

TAPI jenis lebai PA$ ni pekak badak, mereka takkan dengar teguran atau gesaan walaun penyokong mcm ni. Lebai lebih syg walaun yg jenis "sami'na wa atho'na". Jenis wala' gila babi sampai bukan hanya babi je jadi gila, tokey babi pun boleh jadi gila sama.

Haaa...jenih tu, Lebai suka naaaa.....!!! Description: 😅

- Zus Din

15 Disember 2020



BELANJAWAN YANG KURANG CANTIK SOKONGANNNYA

 HAMDAN TAHA

Pada pandangan saya keputusan budget dalam undian di parlimen menyebabkan kerajaan di bawah tan sri muhyudin di pandang oleh pemerhati politik luar dan dalan negara tak begitu cantik..

Kerana jumlah yang di perolehi oleh kerajaan pn hanya 111 tidak lepas angka 112 iaitu angka wajib untuk membentuk sebuah kerajaan atau di sebut sebagai jumlah wajib untuk mejoriti mudah. Itu pun dengan mengunakan kuasa ketua pengarah kkm membenarkan dua menteri datang dalam keadaan seperti nak ke bulan....jika tidak kerajaan akan hanya dapat 109...

Kes covid 19 pula semangkin mengila naik jumlah yang menakutkan. Ketua pengarah kkm pula sudah menjadi alat politik sahaja dan sudah hilang hormat oleh ramai pihak apabila membuat keputusan yang berubah rubah. Bagai mana kita nak adakan pru jika kes akan mencecah ratusan ribu pada januari sehingga march.

Hari ini 1700 kes di mana silapnya bila setiap hari ada kes di kilang,tempat tempat pembinaan dan rumah rumah di flat,kondo dan nampaknya bertambah. Kuala Lumpur dan Selangor telah menjadi juara mengatasi sabah keadaan seperti tidak dapat di selamatkan dan tidak ada control lagi dari kerajaan. Selangor di buka semula dan hampir semua negeri sudah tidak ada pkpb atau pun nama nama yang sama.

Korea baru kes meningkat ratus sahaja dah mereka buat lockdown semula. Kita saya fikir kerajaan Muhyudin tak mampu untuk buat lockdown lagi kerana keadaan ekonomi yang menghimpit dan mengejar mereka. Tapi jika tak ada lockdown pun apakah rancangan kerajaan dan orang politik....apakah tak malu malu asyik bergaduh jer...asyik kira nombor sahaja kerjanya...

Kerana nak pertahankan kerajaan PN maruah KP KKM di sampahkan dan jawatan Sperker jadi pencacai tong taik taraf mereka. Dalam masa yang sama tiba tiba dua ahli politik paling vateran dan paling lama di dunia...buat kenyataan nak jadi PM lagi....tak pening kita di buatnya....walaupun dua tokoh itu di peringkat dunia tidak ada yang boleh lawan. Ku Li ahli parlimen paling lama di dunia yang menang bertanding dan tak pernah gagal. Tun Dr M pula bekas PM paling tua di dunia dan jadi PM dua kali...menjadi PM dua kali tu bukan lah rekod dunia....tapi umur 94 jadi PM tu rekad dunia....

Tapi apa faedah pada politik negara kita dengan kehebatan mereka berdua. Tokoh ketua pembangkang pula dato seri anwar pula rekod dunia juga menjadi bakal dan calun PM selama lebih 20 tahun. Tidak ada rekod sehebat dia dari tahun 99 sehingga pru tahun 2018 dan saya kira sehingga pru 15 dia di kekalkan sebagai calun PM dari parti yang bersama beliau. Bukan mudah tu....Ku Li pun setakat dua pilihanraya sahaja...90 dan 95...

Apa pun kita sedang berdepan dengan serangan sebenar covid 19. Hari ni kita dah kalah kan cina. Vaksin kita tak tahu bila akan sampai dan bagai mana nak sekat jika tidak ada lagi lockdown. Pening

 

PERDANA MENTERI DALAM TAWANAN



1. Perdana Menteri kita sudah ditawan. Ditawan oleh rakan kerjasama politik.


2. Tidak berupaya membuat keputusan bagi memastikan politik kita stabil, ekonomi pulih dan covid 19 diperangi.


3. Ini kerana niat beliau hanya untuk berkuasa, khianati perjanjian bertulis, membeli wakil rakyat dan lakukan sogokan politik melalui GLC. 


4. Setelah berjaya berkuasa selama hampir 10 bulan, negara kekal dengan krisis politik, ekonomi dan covid 19, malah lebih buruk.


5. Krisis politik menatijahkan pertukaran kerajaan di negeri Perak, undi percaya menjadi tak percaya, termasuk usul undi tidak percaya dikalangan wakil rakyat kerajaan di parlimen. Rakan kerjasama politik menikam dari belakang. PM gagal menyatukan Melayu Islam. Penyatuan menjadi retorik.


6. Krisis Ekonomi tidak perlu diceritakan, semua orang merasainya, haiwan dalam zoo pun terasa.


7. Krisis covid 19 lebih parah, kalau dulu beratus kes setiap hari sudah dikira ngeri, sekarang beribu kes setiap hari sudah dikira biasa. Macam-macam SOP pelik termasuk menghadiri sidang dewan rakyat dengan  memakai PPE.


8. Selepas 10 bulan, negara hilang kawalan, kemaruk kuasa politik sesama pemimpin Melayu Islam makin membarah. Sehingga sesetengah pemimpin itupun sudah tiada kepastian dia menyertai parti apa dan dia terlibat dalam gabungan mana, PN ka, MN ka, BN ka, pening.


9. Rakyat memang terabai, negara hilang fokus, pelabur tiada keyakinan kerana semuanya tiada kepastian.


10. Perdana Menteri sentiasa dalam tawanan rakan politik, pendakwaan rasuah berakhir dengan pembebasan. 


11.  Krisis ekonomi dan covid 19 berpaksi kepada kestabilan politik negara, ia tentang kepimpinan yang mampu membuat keputusan untuk kepentingan rakyat. 


12. Kepimpinan negara mesti dipulihkan, tidak boleh melalui proses beli membeli kesetiaan, yang akhirnya menjadi tawanan dan ketakutan kehilangan kuasa.


13. Masa belum terlambat untuk kita membetulkan keadaan. Semoga wakil rakyat di dewan rakyat kembali membetulkan hala tuju kepimpinan negara dilandasan yang jelas. 


14. Berpadu untuk negara dan bebaskan PM yang ditawan dengan tunjukkan jalan keluar pintu hadapan.


15. Saya doakan yang terbaik buat Malaysia.


Adly Zahari

Adun Bukit Katil



Sah! Menantu Hadi kekal Exco Kerajaan Negeri Perak

 

Sah! Menantu Hadi kekal Exco Kerajaan Negeri Perak

Kedua-dua bekas exco PAS dalam pentadbiran Ahmad Faizal Azumu dilantik semula oleh kerajaan Perak bawah Saarani Mohamad daripada UMNO.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan ADUN Selama yang juga menantu Abdul Hadi Awang, Akmal Kamaruddin, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta petang tadi.

Pelantikan ini menyusuli pertemuan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dengan Sultan Nazrin pagi tadi. PAS sebelum ini memohon ampun baginda kerana mengarahkan Razman dan dua ADUNnya membatalkan pertemuan dengan Sultan Nazrin selepas dititah.


Keputusan itu diambil selepas Faizal, yang juga timbalan presiden PPBM, tersingkir dari jawatan menteri besar menerusi usul percaya yang dibawa UMNO.


Pelantikan dua ADUN PAS sebagai exco melengkapkan jemaah kerajaan negeri bawah pimpinan Saarani, yang juga ketua UMNO Perak.

Turut dilantik semula Ahmad Saidi Mohamad Daud dari UMNO (Changkat Jering), dan dua ahli politik PPBM, Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Tualang Sekah) dan Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau).

Khamis lalu, lima ADUN mengangkat sumpah jawatan exco iaitu empat daripada UMNO dan seorang daripada PPBM.

Mereka adalah Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), yang juga bekas penasihat Faizal; Zolkafly Harun (Lintang), Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Dr Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah), dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).


AKHIRNYA KULI TAK HADIR

 NIZAM AKA

111 Lwn 108..PH tIdAk perlu terkejut dengan keputusan itu dan tak perlu kalutpun dengan apa yang berlaku..Sebab fokus utama DSAI sekarang ialah PRU 15..Sebab itu DSAI tidak mengeluarkan apa-apa knyataan semalam..Yang sibuk dan kalut dengan berbagai knyataan semalam ialah Madey dan Ku Li..DSAI relax dan tenang..Last-last Ku Li yang sembang degar-degar  dengan pc bagai,dia sendiri yang ponteng parlimen hari ini.. Terbukti,Ku Li ahli politik jenis cakap tak serupa bikin dan terbukti cerita mengarut dan merapu yang dijaja oleh Raja Petra dan Lobakman mengenai DSAI  adalah fitnah dan tidak benar..

Image may contain: 3 people, text

2 individu gesa Peguam Negara dakwa Hadi kerana menghasut

 

Individu terbabit mahu mahkamah mengisytiharkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

KUALA LUMPUR: Dua individu dari Sabah menggesa Peguam Negara mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana dikatakan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap penganut Kristian dalam lidah rasmi parti itu, empat tahun lalu.

Maklin Masiau, 48, dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian, 64, menuntut deklarasi bahawa Hadi melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3 Akta Hasutan.

Mereka yang memfailkan tuntutan itu di mahkamah tinggi minggu lalu, juga mahu deklarasi bahawa Hadi tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, termasuk menteri.

Pada 2 April lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, sebagai wakil khas Malaysia ke Timur Tengah.

Ini berlaku sebulan selepas pemimpin PAS itu menjanjikan sokongan partinya terhadap kepemimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri susulan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari lalu.

Dalam saman pemula difailkan Tetuan R Kengadharan & Co, mereka berkata Hadi membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap penganut Kristian dan/atau mubaligh Kristian dalam akhbar Harakah pada 18 Januari 2016.

“Sudah lebih empat tahun sejak defendan (Hadi) mengeluarkan kenyataan itu, tetapi tiada pendakwaan terhadapnya,” kata plaintif.

Dokumen diserahkan ke ibu pejabat PAS di sini, manakala Peguam Negara diberikan satu salinan semalam memandangkan kes itu litigasi kepentingan awam bertujuan mempertahankan kedaulatan undang-undang.

Mereka berkata, tuntutan itu difailkan kerana tiada sesiapa termasuk pendakwa raya (yang juga Peguam Negara) mahu mengemukakan saman terhadap Hadi.

Dalam afidavit menyokong tindakan itu yang dilihat FMT, plaintif juga berkata, kenyataan Hadi diterbitkan semula oleh FMT pada hari sama.

“Kami dengan hormat percaya defendan membuat kenyataan yang tidak berasas dan memfitnah orang Kristian dan/atau mubaligh Kristian.

“Kenyataan defendan menjejaskan masyarakat Kristian di negara ini, seterusnya menjadi isu kepentingan awam,” kata plaintif.

Menurut mereka, falsafah Hadi yang berbaur hasutan turut dicerminkan dalam kenyataan pada 28 Ogos lalu oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Zawawi Salleh di Dewan Rakyat, “kitab Injil sudah dipesongkan”.



Azmin Ali: Kelulusan ....LAUNGAN PENGKHIANAT UNTUK AZMIN

TITAH SULTAN NAZRIN BUKAN TERBATAS DI PERAK SAHAJA

111- 108

 

SELESAI SAMBUNG 10 PAGI ESOK

LIVE - Siaran Langsung Dari Parlimen 15/12/2020

Aeogram Pas.

 

Aeogram Pas.

TUTUP LAMPU MARI MASUK DALAM KELAMBU

Selepas Asar petang semalam saya memenuhi permintaan seseorang untuk bertemu sambil minum petang. Dengar percakapan ini dan ada rumusan di bawah:

"Dah guane dengan Amanah ni, syeikh?" orang itu membekah cerita.

"Guane apa pula?" saya tanya secara pandir.

"Nak jadi apa dengan parti ni," katanya.

"Dah kenapa?" soal saya buat-buat tolol Haji Mahmud Peler Buta. Saya tak ada kena mengena langsung dengan Amanah hanya pemerhati politik sahaja.

"Ana tak faham dengan parti ini, celaru biru, habihh..." runggutnya mempamerkan wajah yang seban macam perempuan datang bulan.

"Celaru lagu mana pulak?" saya buat-buat tak faham sengaja mengutir hatinya. Biar dia rasa sakit dan saya boleh lepas geram. Sebenarnya saya dah malas nak bercakap tentang parti yang satu ini.

"Dah, kenyataang boleh sapa-sapa buat, macam tak ada koordinator saja, presideng buat kenyataang, timbalang presideng buat kenyataan, ketua komunikasi buat kenyataang.... semua nak buat kenyataang", katanya.

"Dah bapka, salah ke? Kata saya lagi sedikit pening pening lalat hijau kena lidi.

"Sepatutnya biarlah presideng sahaja yang buat kenyataan dalam hal-hal penting berhubung kerjasama dan sikap dalam PH. Atau serahkan kepada Setiausaha Agung sebab SUA adalah orang dibenarkan secara rasmi. Baru tak nampak bercanggah dan bergomol sama sendiri," katanya.

"Dah kita buat keputusang sokong Anwar bersama PH, apa paedah lagi pegi jumpa Doktor Mahathir," getusnya lagi. Oh disebut juga OT95.

Saya hanya membatu sesekali menghirup kopi long black yang dia belanja. Cukup pahit dan ada sedikit rasa tengik. Saya mengira komen itu merujuk kepada kenyataan terbaru oleh Salahuddin Ayub yang bersetuju dengan pembentukan gagasan baru pembangkang membabitkan semua parti termasuk parti Inkubator. Kenyataan dibuat Salahuddin itu dilihat rasmi kerana dikeluarkan kenyataan itu atas kertas bercop parti itu.

Selepas berbual hampir satu jam setengah dah nak masuk Maghrib, akhirnya saya rumus berpandukan kepada apa disebut kawan itu dan menyelami keresahan dan ketergangguan jiwanya.

Kenapa parti itu mengalami hal demikian, celaru biru di peringkat bawah, ahli berkekah sesama sendiri, ada negeri berpecah sampai empat kumpulan, ada Adun yang lari malam dan tikam belakang dan sebagainya ialah kerana satu perkara sahaja leadership, kepimpinan. Amanah menghadapi masalah kualiti kepimpinan. Leadershipnya sangat lemah.

Kelemahan ini berkebetulan pula kerana "kedompokan" ahli bawahan yang tidak diterbiyah. Diberi kefahaman mengenai tanggungjawab sebagai ahli, menjaga keaiban parti, diajar cara berorganisasi dan jangan berkekah sesama sendiri. Hal ini tidak dipantau oleh pemimpin. Inilah saya sebut sebagai kelemahan.

Dalam perhatian saya ada sesetengah ahli Amanah khasnya dari golongan muda bertimbuk bertakel sesama sendiri kerana perbezaan taukeh. Mereka bukan timbuk lawan tetapi timbuk godan sama sendiri. Mereka jadi anak ayam dalam reban yang tak cukup sagu terpaksa makan pongek kawan. Patut jubur sesama sendiri. Cinama...

Sebagai solusinya Amanah kena perkemas dan mantapkan leadershipnya. Semua pihak kena kembali kepada semangat asal semasa hendak tubuh parti itu. Masing-masing kena rela, terbuka ikhlas dan penuh iltizam seperti awal dahulu lagi.

Dalam perhatian saya parti ini mulai rosak, jadi tidak menentu apabila selepas menang pilihan raya, apabila MP dilantik jadi menteri dan timbalan menteri. Pelantikan itu menyebabkan semua lupa diri, asyik menghidu aroma baju dan seluar baru. Malangnya urusan parti tidak dibuat atas alasan semua orang di pejabat parti berpindah ke pejabat menteri. Bila menang, kubu perang ditinggalkan.

Nah sekarang semua dah kena tinggal pejabat menteri di Putrajaya, elok kembali semula ke pejabat parti di Jalan Ipoh kembali ke kubu semula dan bekerja semula, urus keahlian parti dan kemaskan logistik parti untuk menghadapi pilihan raya. Amanah perlu mengambil sikap sendiri tidak perlu layan angan dan mimpi Anwar Ibrahim dan OT95. Tidak perlu pergi berjumpa dengan Tengku Razaleigh kemudian masukkan gambar dalam Fb. Atau berjumpa dengan pemimpin PN dalam gelap.

Dan jika perlu, kalau Amanah memahami dan sedar bahawa presiden atau timbalan presiden gagal memainkan peranan penting dan besar itu, sedia memikul tanggungjawab, Amanah boleh menukar mereka. Sistem pemilihan Amanah boleh tukar presiden dan timbalan presiden tanpa melalui kongres.

Presiden, timbalan presiden dan eksekutif lain dilantik dari kalangan 27 Ahli Jawatankuasa yang dipilih dalam kongres. Majlis kerja boleh bersidang berjemak berkira, cari dalam kalangan mereka 27 itu (tidak termasuk Husam Musa) lantik mereka jadi presiden atau timbalan presiden yang baru. Sistem dibuat Amanah ini unik.

Dalam hal ini Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub juga perlu bersikap berani, ikhlas dan terbuka untuk menawarkan diri berundur dari jawatan utama itu. Jika mereka sayangkan parti lakukan jangan berdolak dalih. Jika bahu tak kuat jangan terus pikul beban berat. Bahaya. Habis cerita, tutup lampu embus pelita, masuk ke dalam kelambu. Trims.

 

YANG BUAT KANTOI DIRI SENDIRI. TAKI UPDATE DALAM STATUS STORY FB DIA.

ZUBAIDI SUDIN

Apa kaitannya menteri di jabatan Perdana menteri bincang projek pembangunan di Kedah? Kalau menteri besar Kedah yg bincang dengan menteri kewangan lojik lah jugak... Bila kantoi kenyataan saya di petik di luar konteks.

Image may contain: 1 person, text that says "mk malaysiakini Malaysiakini (BM Version) 38m Ini susulan perbualan mereka di Whatsapp yang mendedahkan bahawa Takiyuddin memohon bantuan Zafrul telah dibocorkan. i PASI MALAYSIAKINI.COM 'Perbualan rundingan terus Takiyuddin-Zafrul dipetik di luar konteks'"

MENGAPA INDONESIA PANTAS KE HADAPAN?


Mahathir Dan KuLi Mungkin Ada Sokongan Kuat Untuk Ambilalih Kerajaan PN.


Di Indonesia, mereka cepat membangunkan ekonomi mereka kerana mereka percaya kepada kata-kata Bung Karno, "Berikan kepada aku 10 orang anak muda, pasti ku goncang dunia ini".
Di Malaysia, malangnya kita percaya kepada kata-kata mamak bendahara, " Aku tawarkan kepada kamu dua orang tua, satu dari pulau langkawi dan satu lagi dari penghuni gua musang, pasti kamu selamat".
WFAUZDIN NS

Terkini! Bersatu sanggah kenyataan Hasnul

 


Terkini! Bersatu sanggah kenyataan Hasnul

Terkini! Bersatu sanggah kenyataan Hasnul

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang berdepan tindakan pecat daripada PPBM sebenarnya diberikan peranan di peringkat negeri dan bahagian.

Setiausaha PPBM Perak, Zainol Fadzi Paharuddin berkata, kekecewaan yang disuarakan secara terbuka oleh Hasnul yang menyatakan beliau diketepikan dilihat lebih bersifat peribadi.

“Sudah tentu di peringkat negeri, saya secara peribadi berusaha melibatkan beliau dalam kepimpinan PPBM Parit Buntar, khususnya di kawasannya (Titi Serong) kerana beliau wakil rakyat kawasan itu.

“Tetapi kena fahamlah juga, dalam politik ini ketua bahagian pun juga ada pasukan sendiri, tetapi ada cadangan pelantikan jawatankuasa peringkat bahagian.

“Tindakan akhir saya untuk beri pelung kepada belia secara rasminya dalam mesyuarat kepimpinan PPBM negeri, saya melantik beliau sebagai pengerusi jawatankuasa program untuk jentera pilihan raya PPBM Perak,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat EXCO kerajaan di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan, Hasnul mengaku menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Saarani Mohamad sebagai menteri besar Perak yang baharu selepas Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan kepercayaan majoriti ADUN pada persidangan DUN Perak, 4 Dis lalu.

Hasnul berkata, langkah itu diambil kerana beliau tidak diberi ruang oleh PPBM, sama ada di peringkat negeri atau bahagian, untuk terlibat secara langsung dalam gerak kerja parti sekali gus menggambarkan seolah-olah beliau tidak diperlukan dalam parti itu.

Hasnul sebelum ini merupakan ketua Pemuda Amanah, tetapi menyertai PPBM pada 3 Jun selepas meninggalkan Amanah pada 9 Mac dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Zainol Fadzi berkata, berhubung kedudukan Hasnul, PPBM negeri hanya boleh membuat laporan mengenai kesalahan beliau melanggar peraturan parti.

“Semalam saya terima laporan PPBM Parit Buntar mengenai kenyataan terbuka Hasnul jadi kita akan proses. Laporan dibuat dari peringkat bahagian kemudian ke peringkat negeri dan ibu pejabat.

“Kita serahkan kepada ibu pejabat, tetapi prosedur parti tetap kita perlu ikut. Saya tak boleh umumkan beliau dipecat, hanya ibu pejabat yang boleh lakukan (pemecatan),” katanya.

Katanya, mengikut peraturan parti, keahlian Hasnul terbatal kerana mengingkari arahan parti.


Terkini! Menantu Hadi, Razman dijangka angkat sumpah Exco petang ini

 

Terkini! Menantu Hadi, Razman dijangka angkat sumpah Exco petang ini

Terkini! Menantu Hadi, Razman dijangka angkat sumpah Exco petang ini

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan untuk melantik lima lagi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak pada jam 5 petang ini di Istana Kinta, di sini.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata perlantikan itu perlu dilaksanakan berikutan Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal bersidang esok.

Jelasnya istiadat yang akan berlangsung dihadapan Baginda itu diadakan secara ringkas selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam memutuskan rantaian COVID-19.

“Menteri Besar telah menghadap dan memohon perkenan Tuanku untuk dilangsungkan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan bagi lima lagi EXCO. Ia memandangkan esok DUN bakal bersidang.

“Dalam suasana pandemik COVID-19 ini, Baginda telah memperkenankan agar majlis dapat berlangsung secara ringkas di Istana Kinta ini,” katanya ketika ditemui pemberita di luar perkarangan lstana Kinta, hari ini.

Ujar beliau lagi, istiadat itu hanya akan disaksikan Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad; Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Suaidi Abdul Rahim serta tanpa kehadiran media.

Untuk rekod, setakat ini seramai lima Ahli Dewan Undangan Negeri telah dilantik sebagai EXCO pada Khamis minggu lalu.

Mereka adalah ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin; Datuk Mohd Zolkafly Harun (Lintang; Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah), serta Khairul Shahril Mohamed (Bota).

Dalam perkembangan berasingan terdahulu Mohd Annuar berkata Sultan Perak telah memperkenankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menghadap Baginda di Istana Kinta, pagi tadi.

Ahli Parlimen Marang itu tiba kira-kira jam 10.50 pagi sebelum meninggal Istana Kinta sekitar 45 minit.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan Abdul Hadi merakamkan junjung kasih atas keperihatinan dan kebijaksanaan Baginda terhadap kemaslahatan agama, kestabilan politik dan ekonomi, serta kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat jelata.

Sebelum ini, media melaporkan Abdul Hadi telah menghantar surat kepada Pejabat Istana Perak pada Khamis lalu bagi menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada Baginda berkenaan situasi politik negeri yang membabitkan PAS.

Sumber: Perak Today



Guna strategi Reverse psikology menuju PRU 15


PRK DUN Chini: Proses pengundian tenang, tiada laporan polis


Guna strategi Reverse psikology menuju PRU 15

Reverse psykology marketing vs rebranding (langkah popular)

1- Seseorang membuat hantaran..dan di kongsi kan orang lain untuk mendapatkan langkah populis dan membuat caption kritikan atau pujian yang penyudah nya menjadi viral!!..

2- Soalan saya..
Siapakah yang bersalah??..
Teringat satu ungkapan popular dalam dunia marketing, “Monkey see, monkey do”..

3- Oleh itu jika ada isu parti saya mengambil pendekatan abaikan dan terus focus isu yang saya bawakan sendiri..jika berminat just komen, namun tidak akan membuat perkongsian..

4- Sesetengah agenda bersifat jahat dengan mewujudkan satu propaganda palsu untuk menutupi propaganda sebenar yang lebih besar dari pimpinan mereka, sebijak kata Jeneral perang Cina Sun Tzu,
“Seni tertinggi perang adalah untuk menaklukkan musuh adalah tanpa pertempuran”

5- Itu adalah cara Najib Razak, mantan Perdana Menteri berperanan, Najib hanya rebranding nama beliau yang telah busuk akibat sandal rasuah besar negara dengan menggunakan trending sosial media di kalangan anak muda..

6- Pernah ingat Najib bersama mat rempit menunggang motosikal dengan menjenamakan gelaran Bossku??.. Ia adalah gerak kan awal untuk Najib rebranding diri dia sendiri, bg sy Najib mempunyai advisor tersendiri dan berperanan mendapatkan rating di media sosial..

7- Kini agenda langkah populis yang di ambil oleh Najib adalah dengan membuat hantaran FB, dengan membawa isu rakyat dan dalam masa yang sama membuat kupasan tuduhan-tuduhan kes beliau untuk penilaian rakyat..namun Mahkamah tetap menyabitkan kesalahan kepada beliau??..

8- Dan soalan saya, semenjak bila Najib mengambil berat isu rakyat??.. Pernah ingat selepas BN menang Pilihan Raya beberapa kali, Najib menaikkan tol, minyak dan kos barangan mentah??.. Yang pada ketika itu rata-rata rakyat melahirkan rayuan kepada Kerajaan BN namun di abaikan..Najib hanya memberi wang percuma (BRIM) hasil kutipan GST (duit poket rakyat)

9- Kita semua sedar isu rakyat, isu Kebajikan rakyat, isu prihatin rakyat di bawa oleh DSAI sedari dulu, dan isu pengeluaran KWSP Dan Monotarium juga di ciplak Najib dari kupasan DSAI seawal bermulanya musim COVID19..

10- Seruan saya agar setiap ahli atau pimpinan terus komited mejalankan tugas kebajikan dan tugas di lapangan, dan bagi Cytro PH usah di layan kan isu yang tidak berkaitan.. Isu yang bakal menjerumuskan PH kepada perpecahan..terus kekal menyampaikan agenda busuk, penyelewengan, salah guna kuasa Kerajaan Pengkhianat..

11- Rebranding semula parti di peringkat Negeri mahupun daerah.. gunakan segala trending media sosial yang ada untuk menyampaikan propaganda Kerajaan Tebuk Atap yang cuba mengkaburi minda dan fikiran rakyat..

12- Perbanyakkan usaha dekati rakyat untuk menyampaikan maklumat, bantuan, bancian kursus berdepan PRU, sekerap mungkin..

13- Kerana kita perlu segera dan siap siaga melakukan segala persediaan berdepan segala kemungkinan..

14- Saya menjangkakan PRU kali ini PH akan di beradu dengan 3 penjuru atau lebih lagi bagi merebut sebuah kerusi..

15- Namun kekuatan PH masih terjaga di pucuk pimpinan iaitu “Kesepakatan Parti Komponen PH”..dan akar umbi juga perlu turut serta menguatkan kesepakatan tersebut.. Jangan di serabutkan lagi..

16- Jika anda tahu musuh dan mengenal diri sendiri, anda tidak perlu takut hasil dari seratus pertempuran..jika anda mengenal diri sendiri, tapi bukan musuh, untuk setiap kemenangan yang di perolehi anda juga akan menderita kekalahan.. Jika anda tidak tahu akan musuh maupun diri sendiri, anda akan menyerah dalam setiap pertempuran..



BERSEDIAKAH JENTERA RAFIZI BERSENDIRIAN DALAM PILIHANRAYA MENDATANG

 

Forget party lines in final budget vote, say Dr M and Ku Li | Free Malaysia  Today


‘Grand Coalition’ gabungan Tun Mahathir, Ku Li?

Oleh: Mohamad Saja

Gerakan baru seperti mana Cadangan Amanah “Grand Coalition” rasa akan ada gabungan Tun Mahathir dan Razaliegh Hamzah.

Warisan masuk Semenanjung. Pejuang masuk dalam Warisan kerana pendaftaran mustahil untuk disahkan. Puak Azmin last-last akan lompat masuk dalam geng Warisan-Pejuang. Mungkin juga Amanah pun sama. Sarawak ikut sebab Raja Brooke Taib memang geng Mahathir.

Akhirnya persoalan berapa dari PKR, DAP dan Umno yang akan lompat masuk Grand Coalition? Adakah Grand Coalition lawan PH Minus?

Terpaksa bertanding sendiri?

Cadangan: PKR mungkin sudah boleh berfikir bertanding sendirian di semua Parlimen dengan jentera Rafizi siap sedia untuk berkhidmat. Kerana dalam PKR masih ada tali barut Azmin. Bukan Sam dan orang tu dari geng Azmin kartel dulu? Tak kan cepat ubah kulit selepas bos bebas?

Last geng tunggu depan hospital (di Cheras lepas PRU 14) jadi orang kuat Presiden. Betul la Akmal cakap tu. Geng Grand Coalition ni tak sedar diri. Menang pakai tiket PKR. Sudah menang ikut kepala sendiri.

Umno masih berpengaruh

Umno masih kuat. Bersatu kuat sebab ubat kuat abahkau. Pas sekadar sokong teras. Atas pagar dah lompat. Dengan perangai MB, TMB dan Menteri yang ada.

Sokongan dari teras dan berlabel waluan. Yang ada akai dah mula sedar. Orang Cina sukar kembali ke BN kerana mereka rasa tertipu dengan tragedi melompat PH dan geng Azmin.

Hanya gabungan Melayu antara Pas dan Umno boleh cipta kemenangan. Kerana era pasca Covid adalah era far right movement. Semangat nasionalisme. Tapi saya tak rasa, kesatuan itu boleh berlaku di Kelantan dan Terengganu.

Setengah negeri seperti Kedah dan Pahang. Kesatuan dibuat atas dasar kuasa. Masa PRU jika agihan kerusi tak adil akan ada sabotaj.

PRK sukar move on

PKR perlu konsisten dengan perjuangan. Dan Anwar perlu dilihat tegas. Tapi dengan kalangan mantan kartel masih bergerak bebas di sekeliling Anwar. Sukar untuk PKR move ke depan.

Elok kita ikut Rafizi iaitu memasuki semula PRU selepas PRU15. Bila Anwar sudah melepaskan jawatan. Saya pun setuju dengan pandangan beliau untuk perkukuhkan parti dengan aktiviti kemasyarakatan.

Dengan perangai Anwar seperti menempias gigitan tebuan dari hinggap ke muka. Iaitu strategi selesaikan masalah yang ada di hadapan mata tanpa memikirkan kesan selepas itu. Maka PKR akan sentiasa berada dalam keadaan tidak stabil dengan muka-muka pengampu sentiasa berada di dalam pejabat presiden.

Anwar patut pandai kenal siapa kawan dan lawan. Mengenali musuh adalah salah satu syarat utama (mahaguru perang) Sun Tzu.

Jika antara musuh dan kawan kita tak dapat kenal. Maka, perjuangan sentiasa akan ada gunting dalam lipatan. Bola terserah di tangan Anwar sebenarnya.

Kegagalan usaha beliau menjadi PM bukan kerana beliau tak layak jadi PM. Tetapi, Pemimpin PH sebenarnya ada rasa takut dengan kemungkinan Anwar mudah dipengaruhi oleh puak ketiga iaitu gunting dalam lipatan.

Malah Husam Musa juga dilihat mula mengerakkan langkah politik beliau. Jika Grand Coalition dibentuk, satu pakatan baru rasanya dibuat, iaitu Anwar-Husam akan dibentuk.

Sekadar pandangan.

PN akan guna pemimpin Umno bermasalah lepasi undian Bajet 2021?

 

In about-turn, PKR's William Leong says wants to run again | Free Malaysia  Today




Keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini tidak mustahil dibuat secara politik.

Bagi Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, keputusan dengan alasan yang hampir sama juga dilihat berlaku ke atas DNAA terhadap Riza Shahril Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman sebelum ini.

Katanya, dalam keadaan PM Muhyiddin Yassin terdesak untuk mengekalkan kuasa, apa lagi menghadapi undi belah bahagian dalam Belanjawan 2021, apa sahaja boleh ditukarkan sebagai sokongan.

“Di bawah kerajaan hari ini perkara sebegini tidak pelik berlaku, seperti anak tiri Najib Razak (Riza Aziz) dan juga Musa Aman.

“Dan kerajaan Muhyiddin akan berusaha untuk mengekalkan pentadbirannya dalam PRU akan datang, serta berusaha mendapatkan sokongan termasuk undi belah bahagi Belanjawan 2021 (peringkat jawatankuasa) baru-baru ini,” katanya dipetik.

Bagaimanapun menurut William, kegilaan untuk mengekalkan kuasa itu akan memberi padah kepada ranking Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa.

Malah, katanya, kedudukan Indonesia yang 20 tahun lalu terkenal sebagai negara paling korup di rantau Asia pula semakin baik dan diyakini oleh pelabur asing.

“Keputusan ini (pembebasan pelaku rasuah) telah mengecewakan semua pihak. Kalau dulu undang-undang yang kita pakai bahawa mereka yang melakukan rasuah akan didakwa dan dibawa ke muka pendagilan. Tetapi hari ini, mereka yang didakwa dan mengaku bersalah dalam rasuah dibebaskan.

“Inilah kerajaan yang keabsahannya dipertikaikan. Kerajaan hari ini membuktikan mereka tidak kuat dan bergantung sokongan daripada orang yang didakwa,” katanya lagi.

Untuk rekod, ketika era pemerintahan Pakatan Harapan Malaysia melonjak 10 tangga dalam Indeks Persepsi Rasuah 2019, berada pada kedudukan 51 daripada kedudukan ke 61 pada 2018.