LUAHAN HATI RAKYAT KEDAH DENGAN SIKAP SANUSI YANG BODOH SOMBONG


 

SULTAN KESAL RUMAH FLAT TIDAK TERURUS


 

PAS PUTAR ISU PERANG AHZAB

 





Perang Ahzab adalah perang di mana musyrikin Makkah bergabung dengan Yahudi mengepung Makkah bagi menewaskan kaum Muslimin yang diketuai oleh Nabi saw.


Hari ini nama Ahzab menjadi popular apabila PAS menggelar parti yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan sebagai golongan Azhab. Bererti PAS menyamakan muslim dalam Kerajaan Perpaduan dengan musyrikin Makkah dan Yahudi.


Menuduh seorang muslim sebagai kafir ini sangat dilarang oleh Nabi saw. Mafhum satu hadits ada menyebut jika seorang muslim itu menuduh muslim yang lain sebagai kafir, jika orang itu tidak kafir maka tuduhan itu kembali kepadanya.


Dalam Kerajaan Perpaduan terdapat ramai muslim yang baik. Malah ada juga mereka yang bergelar ulama. Berdasarkan tafsir hadits dalam gambar di bawah, jadi bagaimanakah hukumnya sekarang?


Gelaran Ahzab diberi hanya kerana PAS tak mampu bentuk kerajaan. Rasa sakit hati kerana musuh PAS bergabung dan bentuk kerajaan yang sah menurut demokrasi. Tidakkah itu keterlaluan? Demi politik lantas membelakangkan hadits Nabi saw?


Perbuatan mengganggu orang dengan perbuatan atau perkataan yang tak sesuai kesalahannya itu adalah satu perbuatan yang dicela dalam al-Quran. Suatu dosa yang amat besar. Rujuk al-Quran surah al-Ahzab ayat 58.


Adakah wajar hanya kerana kalah dalam pilihanraya maka PAS berikan gelaran yang tidak-tidak kepada musuhnya? Sedangkan kekalahan PAS berpunca dari diri mereka sendiri yang gagal mentadbir ketika berada dalam kerajaan selama 33 bulan dahulu.


Tak cukupkah firman Allah dan hadits Nabi saw untuk dijadikan panduan? Jika Nas yang sebegini pun ditolak, PAS ikut ajaran siapa sebenarnya? Islam bagaimana jadi pasangan PAS? Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



LAGI KES YANG MASIH TAK FAHAM FAHAM.SAJA NAK MAINKAN ISU


Kes yang heboh diperkatakan sekarang ini iaitu kes penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, sebenarnya adalah kes rampasan buku penerbitan keagaman Kristian daripada Jill Ireland. Bukan kes penggunaan nama Allah pun.


Sungguhpun kes itu mempunyai implikasi terhadap penggunaan kalimah Allah, tetapi tidak sebesar kes semakan kehakiman yang difailkan oleh Sidang Injil Borneo (SIB). (https://bit.ly/459Gkzq).


SIB memperjuangkan hak gereja di Sabah untuk menggunakan kalimah Allah. Tetapi sebagai tindak balas atas tindakan KDN, maka SIB telah hentikan tuntutan tersebut.


Aku pada awalnya merasakan ia langkah politik yang silap oleh KDN. Walaupun aku tak bersetuju dengan larangan penggunaan nama Allah, tapi dari segi politik, tindakan KDN merugikan.


Tetapi apabila aku terbaca berita ini, aku mula rasa tindakan KDN adalah bersesuaian. Ini situasi win win. Kedua-dua pihak tidak meneruskan kes sekali gus meredakan semua ketegangan.


Tindakan dari KDN dan SIB ini memupuk semangat  perpaduan kalangan rakyat serta mempromosikan kedamaian kaum juga agama. Beginilah caranya politik yang matang. Menyelesaikan konflik secara aman dan penuh hemah. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



Kesian PN dah ketandusan isu.




Apa yang dia sakit hati sangat dengan perlantikan semula Azam Baki? Tak baguslah Azam Baki? Kalau tak bagus, bermakna Mahiaddin lantik orang yang tak berkebolehan. Sebab Azam Baki dilantik ketika Mahiaddin memegang tampuk kuasa.


Kerja Azam Baki belum selesai. Masih ada banyak kes sedang diuruskan. Menukar Azam Baki ketika ini tak membantu pengurusan kes. Biarlah kes-kes ini dijalankan semua sebelum dia ditukar. Barulah ada sinambungan dalam siasatan setiap kes.


Katalah DS Anwar tukar pun KP SPRM, PN ingat DS Anwar akan lantik orang yang pro PN? Memang tak la. Siapa pun yang DS Anwar lantik nanti akan jadi modal buat PN. Sebab yang PN mahu hanya untuk timbulkan keraguan rakyat terhadap SPRM.


Supaya nanti, mudah nak kononkan rakyat yang pemimpin PN teraniaya. Pendakwaan terpilih. Kalau nak nafikan dalam mahkamah memang tak mampu jadi ini saja caranya. PN kecewa bila khidmat Azam Baki diteruskan. Tak dapat main sentimen.


Usah polemikkan perkara ini. Tak ada isu pun. Kena ingat dulu Mahiaddin yang suka sangat dekat Azam Baki. Terima sajalah. Kan kluster mahkamah PN mengaku teraniaya. Buktikan di mahkamah nanti. Tak perlu nak merengek di media. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


JANGAN AJAK PARTI YANG ANGKUH DAN SOMBONG



Dalam Kerajaan Perpaduan ada UMNO yang 100% Melayu. Ada juga Amanah hampir 100% Melayu. Ada pula Keadilan yang majoritinya Melayu. Serta DAP yang sebahagian keahliannya terdiri daripada Melayu.


Kalau dikira, majoriti Melayu berada dalam Kerajaan Perpaduan. Sebahagian lagi dalam PAS dan hanya segelintir kecil dalam Bersatu. Manakala Gerakan rasanya tak ada Melayu langsung, dibandingkan dengan DAP.


Kalau betul PAS mementingkan perpaduan Melayu, PAS kena pilih Kerajaan Perpaduan. Tapi ternyata agenda perpaduan Melayu hanya retorik murahan. 


Tapi baguslah. Kami penyokong PH pun meluat sebenarnya dengan PAS. Cuma nak buktikan yang PAS cuma tunggang isu kaum. Itu je. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


JANGAN TARIK SEMUA T20.- T20 PUN BANYAK TERTANGGUNG




DS Anwar Ibrahim, YB Nik Nazmi kena berhati-hati dalam isu ini. Jangan terlalu 'menghukum' T20. Bukan semua T20 berkemampuan. Ada golongan T20 yang sekadar cukup makan.


Apakan tidak. Kalau dah semua subsidi nak ditarik, maka T20 pun boleh jadi lebih miskin dari B40. Jangan lupa T20 banyak bantu suburkan ekonomi. Bahkan yang sokong PH ramai dari T20.


B40 kesayangan kerajaan tu majoritinya penyokong PN. Jadi jangan sekali-kali tersilap menghukum. Jangan sampai rakyat rasa berdosa pula jadi T20 sampai dianak-tirikan oleh kerajaan.


Sepatutnya ada satu level lagi atas T20. Golongan kayangan. Contohnya tauke-tauke besar, atau yang pegang jawatan besar, gaji hingga lebih RM50k sebulan. Yang ini lainlah. Memang mampu.


Hari ini, kalau gaji setakat RM20k, tak kaya mana pun. Lagi kalau ramai anak dan semua bersekolah atau masih melanjutkan pelajaran. Jangan pandang remeh sokong T20 kepada kerajaan. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



MALAUN DAN WALAUN TAK BANYAK PUN BEZA

 






Sifat walaun. Dia tak tahu tapi buat palatao.


Gelaran walaun ni, memanglah dari perkataan Wala yang bermakna setia. Tapi un dekat belakang tu dari perkataan malaun. Malaun ni pula bawa makna orang yang terkutuk atau dilaknati.


Cuma tukar M ke W je. Maknanya jadi setia kepada orang yang terkutuk atau dilaknati. Boleh juga kata orang yang setia tu yang terlaknat. Apa yang dia banggakan? Kelakar, kan? Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


JANGAN SPIN

 


Sebelum kaki spin beraksi, baik share siap-siap kenyataan Sultan Johor ni….



MUKA TAK MALU



 

WALAUN TAK BOLEH MAIN ISU DAH. SAJA JA PUN. BELAMBAK MASJID AREA TANJUNG TOKONG TU


 

LOKMAN ADAM PART 1: ISU KALIMAH ALLAH

 


LOKMAN ADAM: ISU KALIMAH ALLAH PART 2


 

WALAUN DAN BUKAN WALAUN SILA DENGAR SAMPAI HABIS


 

PAK CIK NI NASIHAT SUPAYA SANUSI CERMIN DIRI


 

HAAAA..APA MACAM ?


 

APA CERITA HARI INI DAN APA YANG BERLAKU DI KELANTAN SEMALAM?




🟢 Kerajaan Perpaduan telah mengambil pendirian untuk menangani masalah yang berkaitan dengan bekalan air untuk pengguna di negeri Kelantan, dan ia perlu diselesaikan tanpa mengira fahaman politik


🟢 Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Kerajaan Perpaduan yang didukung pelbagai parti politik tidak pernah melupakan agenda kepentingan Melayu dan Islam


🟢 Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan berjumlah kewangan RM103.86 juta khusus kepada Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir dan Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Kelantan tahun ini


🟢 Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Perpaduan mengharapkan sokongan dan komitmen yang padu daripada seluruh rakyat Kelantan dalam merealisasikan agenda membangunkan Malaysia MADANI


🟢 Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Kelantan disambut meriah lebih 15,000 pengunjung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan.


🔵 Kerajaan belum membuat keputusan lagi berhubung kadar tambang yang akan ditetapkan bagi perkhidmatan Keretapi Laluan Pantai Timur (ECRL). Kendatipun begitu, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan berharap agar projek ECRL mampu menjadi projek pemangkin dan pencetus perubahan pembangunan di negeri-negeri Pantai Timur


🔵 Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan yakin dapat mencapai unjuran pertumbuhan 4.0 peratus hingga 5.0 peratus bagi tahun penuh 2023 di sebalik cabaran dan ketidaktentuan ekonomi global, disokong oleh asas ekonomi Malaysia yang kukuh serta pelaksanaan langkah Belanjawan 2023


🔵 Jawatankuasa Kabinet mengenai hala tuju bekalan gula telah ditubuhkan bagi menangani kekurangan bekalan dan memastikan kestabilan harga barangan tersebut


🔵 Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan parti itu tidak akan bekerjasama dengan mana-mana gabungan yang turut disertai UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi


🔵 Kadar dividen bagi Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan (DPK) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ialah lapan peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 yang melibatkan hampir 8,000 pelabur


🔵 Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Kerajaan Negeri Perak berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.2 bilion diluluskan ke negeri itu yang mana ia menunjukkan peningkatan 24.3 peratus berbanding tahun lalu


🔵 Datin Seri Rosmah Mansor telah memasukkan memorandum kehadiran dalam kes saman difailkan sebuah syarikat pemborong barang kemas dari Lubnan terhadapnya bagi menuntut AS$14.57 atau RM67.46 juta, atas dakwaan melanggar kontrak berhubung kehilangan 43 barang kemas kepunyaan syarikat itu yang diserahkan kepadanya lima tahun lepas


🔵 Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Pertandingan Antarabangsa Aritmetik Mental ALOHA 2023 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada 30 Julai


Disusun semula 

WFAUZDIN NS



PRN SELANGOR.MB MENGADAP SULTAN SEBELUM 25 MEI


 

HANGPA TENGOK BETAPA PANTASNYA KM PENANG BERTINDAK UNTUK SEBARANG KES AIR DI PENANG.


 

NAMA PUN POLITIK...KENA LAWAN LAH


 

DENGAR PENJELASAN NI


 

WALAUN BODO B40 M40 JANGAN RISAU LA.HANGPA BUKAN KAYA MANA


 

TAK ADA NUMBER .JANGAN GEBANG L


 

KINI TUN M TAKUT DENGAN BAYANG


 

ZAMAN PN KES INI DIBENARKAN

 




Mahkamah Tinggi semasa PN jadi kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan pengunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam.. masa nilah Tok Guru Hadi Awnang keluarkan kenyataan menyokong keputusan hakim mahkamah  tinggi, walaun senyap..harakah senyap.. ngo pembela isley senyap..


Bermakna keputusan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain telah dibenarkan semasa PN jadi kerajaan.. itu yang mereka tak mention..apa yang mereka mention Menteri KDN arah tarik balik rayuan kes.



INI KES APA PULAK