DS Anwar Ibrahim, YB Nik Nazmi kena berhati-hati dalam isu ini. Jangan terlalu 'menghukum' T20. Bukan semua T20 berkemampuan. Ada golongan T20 yang sekadar cukup makan.
Apakan tidak. Kalau dah semua subsidi nak ditarik, maka T20 pun boleh jadi lebih miskin dari B40. Jangan lupa T20 banyak bantu suburkan ekonomi. Bahkan yang sokong PH ramai dari T20.
B40 kesayangan kerajaan tu majoritinya penyokong PN. Jadi jangan sekali-kali tersilap menghukum. Jangan sampai rakyat rasa berdosa pula jadi T20 sampai dianak-tirikan oleh kerajaan.
Sepatutnya ada satu level lagi atas T20. Golongan kayangan. Contohnya tauke-tauke besar, atau yang pegang jawatan besar, gaji hingga lebih RM50k sebulan. Yang ini lainlah. Memang mampu.
Hari ini, kalau gaji setakat RM20k, tak kaya mana pun. Lagi kalau ramai anak dan semua bersekolah atau masih melanjutkan pelajaran. Jangan pandang remeh sokong T20 kepada kerajaan. Guane boh?
Raja Gelap
.