MORAL DAN AKHLAK ANWAR IBRAHIM.
Bagi mereka yang mempertikaikan ' Moral dan Akhlak ' Dato Seri
Anwar Ibrahim sila bandingkan pengetahuan anda dengan orang-orang yang
mempertahankan ' Maruah ' Dato Seri Anwar Ibrahim seperti berikut;
1. Sejak bermula ' Fitnah dan Tuduhan yang direkayasa ' dengan
maksud pembunuhan karakter ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 agar
Dato Seri ' Berhenti Berpolitik ' sebahagian rakyat Malaysia tetap
mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim apabila
masyarakat Melayu menunjukan undi protes pada PRU 1999 dengan swing votes
sebanyak 36% kepada pembangkang.Dato Najib sendiri di parlimen Pekan hanya
menang dengan majoriti 241 undi,akibat kemarahan masyarakat Melayu atas
kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim.
2. Sebahagian rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral,akhlak
dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim apabila Dato Seri yang mengetuai pembangkang
pada PRU 2008 berjaya merobek keegoan Umno/Bn buat pertama kali bila Umno/Bn
kehilangan 5 negeri dan majoriti 2/3 di parlimen.Akibatnya Umno/Bn menjadi
LUMPUH.
3. Majoriti rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral,akhlak
dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim pada PRU 13 apabila Dato Seri sekali lagi
buat kali kedua merobek keegoan Umno/Bn,bila Umno/Bn buat pertama kali
kehilangan undi popular yang hanya mendapat 48% berbanding Pakatan yang
mendapat 51% undi popular,akibatnya Umno/Bn ' KOMA ' dan sepatutnya Anwar
Ibrahim sudah dilantik sebagai Perdana Menteri.
Sebahagian besar rakyat Malaysia tetap mempertahankan Moral dan
Akhlak Anwar Ibrahim apabila PKR menang dan menewaskan BN buat pertama kali
pada PRU 14 Malaysia.
4. Seluruh dunia Islam khususnya negara-negara
Arab,Indonesia,Turki dan Iran tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato
Seri Anwar Ibrahim apabila Dato Seri dipilih dan dinobatkan sebagai seorang
yang sangat berpengaruh bagi kategori ' Politik ' pada tahun 2017 dan 2018 dua
tahun berturut-turut melalui The Muslim 500 Magazine yang berpengkalan di
Jordan,walau pun Anwar Ibrahim masih dalam penjara.
Masyarakat antara bangsa tetap mempertahakan moral dan maruah
Anwar Ibrahim apabila Anwar dipilih sebagai penerima anugerah ' Global Peace
Prize ' pada tahun 2016 ketika beliau berada dalam penjara.
Masyarakat barat tetapt mempertahankan moral dan akhlak Anwar
Ibrahim apabila Anwar disenaraikan kekelompok 100 orang yang paling berpengaruh
di dunia dalam kategori ' Politik ' oleh Majalah Time pada tahun 2008.
5. Pengerusi Majlis Ulama Sedunia Sheikh Dr.Yusuf Qaradhawi
tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai '
Intellectual Muslim ' yang dihormati oleh dunia barat.
6. Al Marhum Ustaz Dato Fadzil Noor bekas presiden Pas tetap
mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.
7. Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bekas Mursyidul Am Pas
tetap mempertahankan moral,Akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.
8. Al Marhum Tuan Guru Harun Din bekas Mursyidul Am Pas tetap
mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.
9. Tuan Guru Hj Hadi Awang Presiden Pas tetap mempertahankan
moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.
10. Aiman Rais pemimpin Jemaah Muhammadiyah Indonesia tetap
mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.
11. Kiayi Hj. Maasum Bandawoso Jawa Timur,Indonesia tetap
mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.
12. Kiayi Hj.Ghafur Pondok Sunan Darajat,Gerisik Surabaya,Jawa
Tengah,Indonesia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar
Ibrahim.
13. Sheikh Abdul Razak Hafiz,Mallah Puram,Karallah,India
memimpin himpunan setengah juta umat,zikir dan solat hajat untuk mempertahankan
moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.
14. BJ Habibie bekas Presiden Indonesia tetap mempertahankan
moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.
15. Mustapha Charrick,Mufti Bosnia Harzigovina tetap
mempertahankan Moral,Akhlak dan Maruah Anwar Ibrahim.
16. Maulana Ihsan Hendricks,Presiden Majlis Keadilan Islam dan
Judicial Council Ulama Afrika,tetap memertahankan Moral,Akhlak dan maruah Anwar
Ibrahim.
17. Sheikh Wahbah Az Zuhaily seorang Ulama terkenal dari Syaria
tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.
18. Maulana Muhammad Illias Ketua Ulama Afrika tetap
mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.
19. Reccep Tayyip Erdogan Presiden Turki tetap mempertahankan
moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.
20. Sheikh Abul Hassan Ali Nadwi seorang Ulama dari India tetap
mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.
21. Khalid Meshaal Ketua Pejuang Hamas Palestin tetap
mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.
22. Ekmeleddin Ihsanoglu Setiausaha Umum OIC tetap
mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.
23. Dr. Umar Jamjum,University King Abdul Aziz Arab Saudi tetap
mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.
24. Rashid Ghanoushi Penasihat dan Ketua Umum Parti Annadah
Tunisia,tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.
25. Sheikh Dr.Ahmad Ar Raysuni Pengerusi Majlis Ulama Sedunia
dengan tegas mempertahakan moral dan akhlak Anwar Ibrahim.
26. Sultan Muhammad V, Yang DiPertuan Agong ke 15 mempertahakan
moral dan akhlak serta tidak percaya Anwar Ibrahim melakukan perkara jijik.
ANWARPM9.
#CREDIT :
Abdul Rauf Hj.Jainullah.
Gambar.
Anwar Ibrahim dikunjungi oleh Sheikh Dr.Ahmad Raysuni,pengerusi
Majlis Ulama sedunia.
SEMAKIN BANYAK FITNAH YANG DITUJUKAN KEPADA ANWAR IBRAHIM MAKA SEMAKIN JELAS DAN BENARLAH KENYATAAN IMAM AS SYAFIE.
ZUS DIN
Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang sedang ' BERJUANG DILANDASAN
YANG BENAR.'
Anwar Ibrahim dan Pesan Imam As Syafie ( Pengasas Mazhab Syafie
).
1. Suatu hari bertanya seorang murid Imam As Syafie kepadanya;
2. Wahai Imam As Syafie...diakhir zaman nanti ramai pemimpin
yang ZALIM...bagai manakah aku ingin mengatahui pemimpin yang berjuang pada
landasan dan jalan yang benar?
3. Jawab Imam As Syafie; Kamu carilah pemimpin yang banyak '
Panah Fitnah ' menuju kepadanya...maka kamu ikutlah pemimpin yang difitnah
banyak itu...kerana dia sedang berjuang di landasan yang benar.
4. Berikut adalah senari FITNAH yang ditujukan kepada Anwar
Ibrahim.
01. Difitnah agen CIA.
02. Dfitnah agen FBI.
03. Difitnah agen Amerika Syarikat.
04. Difitnah agen Yahudi.
05. Difitnah agen Israel.
06. Difitnah agen China.
07. Difitnah agen India
08. Difitnah agen Kristian.
09. Difitnah agen George Soros.
10. Difitnah agen Asing.
11. Difitnah proxy Yahudi.
12. Difitnah Perasuah.
13. Difitnah pengamal LGBT.
14. Difitnah main bini orang.
15. Difitnah Peliwat dan tuduhan tersebut adalah pembunuhan
karakter dalam bentuk konspirasi dalam konteks politik yang memperalatkan Ketua
Polis Negara,Peguam Negara,Ketua Hakim dan Mahkamah.
16. Difitnah main depan belakang.
17. Difitnah Islam sesat.
18. Difitnah Islam Liberal.
19. Difitnah ada RM 3 Bilion.
20. Difitnah hanya mahu jadi PM
21. Difitnah memiliki Ladang IOI.
22. Dfitnah bertanggungjawab bawa Umno ke Sabah.
23. Difitnah menjatuhkan PBS.
24. Difitnah beri IC kepada PTI.
25. Difitnah rayu undi kepada Nur Misuari.
26. Difitnah DALANG pencerobohan Lahad Datu.
27. Difitnah budak suruhan IMF.
28. Difitnah Wahabi kerana rapat dengan Raja Saudi.
29. Difitnah menjatuhkan Tun Mustapha Datuk Harun.
30. Difitnah gila kuasa.
31. Difitnah memaksa minta tanah di Sabah.
32. Difitnah kali langgan pelacur.
33. Difitnah memberi muka dan berlembut dengan masyarakat China.
34. Difitnah Boneka Amerika Syarikat.
35. Difitnah melencap.
36. Difitnah kaki penipu besar.
37. Difitnah kaki sandiwara.
38. Difitnah berakhlak rendah.
39. Difitnah mata lebam tumbuk sendiri.
40. Difitnah tidak bermoral.
41. Difitnah agen Komunis.
42. Difitnah seorang Gay.
43. Difitnah tidak sabar mahu jadi PM.
44. Difitnah cakap baruah kepada Azmin Ali.
45. Difitnah terburu-buru mahu jadi PM.
46. Difitnah terlalu gairah jadi PM
47. Difitnah mahu menjatuhkan Tun sedengkan ada perjanjian.
48.Difitnah melakukan Liwat di Singapura.
49. Difitnah ada bebarapa akaun di luar negara tetapi telah
dinafikan Wikileaks.
50. Difitnah jadi barua Dap.
51. Difitnah Freemason.
52. Difitnah mahu menjatuhkan Mahathir dengan undi tidak percaya
di Parlimen.
53. Difitnah sebagai dalang dibelakang video seks Haziq.
54. Difitnah menjatuhkan Azmin Ali sedangkan Azmin Ali bukan
saingannya.
55. Difitnah sembahayang hajat di Kuil.
56. Difitnah rakus kuasa padahal Anwar seorang DEMOKRAT yang
tidak gila kuasa,yang GILA KUASA adalah seorang DIKTATOR.
57. Difitnah cakap barua depan Mahathir.
58. Difitnah menghapuskan hak orang Melayu.
59. Difitnah kuda tunggangan Dap.
60. Difitnah janji harga minyak turun RM1.50 pada PRU 14 padahal
janji tersebut untuk PRU 13 ( Video Klip yang tular/Viral )
61. Difitnah melakukan salahlaku seks oleh Yusuf Rawther.
62. Difitnah aliran pemikiran plural.
63. Difitnah aliran pemikran liberal.
64. Difitnah sebagi ahli Illuminati.
65. Difitnah melakukan adingan seks dengan China doll ( Video
Lucah ) yang menggunakan Latex Musk Techniques atau menggunakan Artifical
Intelligence ( AI ) yang bermaksud Kecerdasan buatan.
5. Dato Seri Anwar Ibrahim sebelum memasuki Umno dan berpolitik
pada tahun 1982 telah berjaya mencipta dan melakar sejarah sebagai ' Pendakwah
dan Cendekiawan Muslim ' yang dihormati di peringkat antarabangsa yang akhirnya
menjadikan Anwar sebagai Intelektual Muslim yang diakui oleh negara-negara
Islam dan Barat.
6. Sejak Dato Seri memasuki Umno dan berpolitik sehingga hari
ini Dato Seri tetap konsisten menggunakan ' Pendekatan Islam ' dalam politik
dan seluruh dunia Islam dan barat mengenali Dato Seri sebagai ' Muslim
Democrats.'
7. Sehingga hari ini Dato Seri Anwar Ibrahim kekal dan Istiqomah
terus ' Berdakwah dijalur Politik dan Berpolitik dijalur Dakwah.'
8. Dato Seri Anwar Ibrahim mendapat Sanad Pengajian Pondok
Manabil Ulum Penanti,Pulau Pinang,dari Gurunya ia itu Tuan Guru Haji Salleh
Othman Al-Makki.Anwar Ibrahim seorang yang warak,taat dan berpengetahuan dalam
Agama Islam.
9. Anwar Ibrahim memiliki IJAZAH KEDUA dalam ' PENGAJIAN DAKWAH
ISLAM ' dari The International Islamic University Islamabad,Pakistan.
10. Anwar Ibrahim dianugerahkan ' Pingat Ulama Iqbal ' Pakistan
pada tahun 1979 oleh Presiden Zia Ul Haq.
11. Adakah Anwar Ibrahim termasuk dalam golongan pemimpin yang
dimaksudkan oleh Imam As Syafie?
ANWARPM9.
#KREDIT :
Abdul Rauf Hj. Jainullah.
33 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA MENYUSUL
TERIMA KASIH KERANA MELAWATI WRLR. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL.
SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA ARTIKEL MENARIK AWAL PAGI.
DS Anwar Ibrahim mengadap YDP Agong bawa dokumen bukti sokongan atau tidak?
COVID-19: 660 kes baharu, 350 kes pulih-rekod paling tinggi sehingga kini - KP Kesihatan
DEBARAN BERTERUSAN...SABAR..JANGAN TARIK HAND BRAKE LAGI..
A Kadir Jasin
1. Debaran berterusan. Tayangan berhenti
sebentar untuk " intermission". Ada penonton yang ke tandas. Ada
pergi beli bertih jagung. Ada yang curi-curi hisap rokok. Dan ada yang bosan
terus tinggalkan panggung.
2. Begitulah saga Selasa persembahan Ketua
Pembangkang, Anwar Ibrahim. Buat sementara waktu ini nampaknya ketidaktentuan
akan berterusan.
3. Dalam sidang akhbar selepas menghadap Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pagi tadi Anwar berkata, dia telah
memaklumkan yang dia mempunyai majoriti yang kuat dan meyakinkan.
4. Dia kedengaran menyebut lebih 120 Ahli
Dewan Rakyat yang menyokong pencalonannya sebagai Perdana Menteri. Dewan Rakyay
ada 222 orang ahli kesemuanya.
5. Kenyataan Istana Negara pula mengesahkan
yang Presiden PKR itu "telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat
yang didakwa memberi sokongan kepada beliau."
6. Walau bagaimanapun, tambah kenyataan itu,
Anwar tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan
dakwaan tersebut. (Rujuk kenyataan penuh di bawah).
7. Sementara itu, saya difahamkan oleh satu
sumber kanan PKR bahawa ketua-ketua parti DAP, Amanah dan PKR dalam surat
mereka ada menyebut jumlah ahli yang sokong tapi tidak menyebut nama.
8. Dia mendakwa surat daripada Presiden Umno,
Ahmad Zahid Hamidi, menyebut bahawa sejumlah Ahli Dewan Rakyat Umno menyokong
Anwar.
9. Tambahnya lagi, ada Ahli Dewan Rakyat yang
secara individu telah membuat akuan bersumpah menyokong Ahli Parlimen Port
Dickson itu.
10. Dalam perkembangan berkaitan, veteran
Umno Tengku Razaleigh Hamzah menghadap Seri Paduka Baginda sebelah petang.
Laporan media mengatakan Seri Paduka Baginda akan juga menerima menghadap ketua
beberapa buah parti politik.
11. Jadi nampaknya sesiapa saja yang berminat
dengan babak-babak seterusnya kenalah bersabar.
Wallahuaklam. Terima kasih.
SIDANG AKHBAR DATO" SR ANWAR IBRAHIM - BUTIR-BUTIR PENTING
1) Bukti-bukti sokongan telah diserahkan dalam dua bentuk: SD dari setiap Ahli Parlimen dan surat2 dari ketua2 parti.
Bilangan ahli2 Parlimen yang menyokong melebihi 120 orang
2) YDPA akan menjalankan proses utk memastikan kesahihan dan kebenaran dokumen serta membuat penilaian. YDPA akan berjumpa dengan semua ketua-ketua parti
3) Yang pastikan Perdana Menteri Muhyiddin Yaasin telah hilang majoriti dan sepatutnya dia letak jawatan
4) Kerajaan baru ini adalah kerajaan majoriti Melayu dan bukan minoriti Melayu
5) Kerajaan baru akan menegakkan kedaulatan undang undang
6) Telah pun menyampaikan hasrat bertemu dan berdamai dgn Muhyiddin taapi sampai sekarang tiada respon.
7) YDPA patut diberi masa utk membuat penilaian sewajarnya
SENARAI NAMA PENTING ATAU BATANG TUBUH PENTING?
Kecuh di media sosial Anwar tidak beri senarai nama kepada Istana MP-MP yang menyokongnya tetapi hanya memberikan jumlah sahaja. Maka, dikatakan Anwar menipu sahaja.
Baiklah, jika Anwar serah senarai nama yang dikatakan lebih dari 120 MP tersebut, apakah ada jaminan untuk tempuh seminggu ini MP-MP yang menyokong Anwar akan selamat dari "gangguan"? Dari segi 'keselamatan" tindakan tidak menyertakan nama itu adalah lebih baik.
Timbul persoalan, bagaimana untuk pastikan sejumlah lebih 120 orang itu benar-benar menyokong Anwar? Siapa mereka? Soalan ini pasti akan terjawab apabila pihak Istana mahu bertemu dengan kesemua ketua parti selepas ini. Jumlah sokongan yang disebut oleh Anwar itu boleh diketahui betul atau tidak apabila peluang diberikan kepada semua parti untuk bertemu dengan Tuanku. Tidak mustahil Tuanku turut akan memanggil secara individu pula semua MP setelah Tuanku ketemu semua ketua parti.
Kaedah ini lebih releven, adil dan tepat untuk mengukur sejauh mana sokongan yang diperolehi oleh Anwar dan Muhyiddin atau jika ada calon lain. Anwar serah jumlah yang menyokong beliau hanya untuk membuktikan bahawa Muhyiddin telah hilang sokongan majoriti. Selebihnya Anwar serah kepada Tuanku untuk mempastikan kesahihan dakwaan beliau. Sudah pasti bertemu sendiri dengan ketua-ketua parti dan jika perlu bertemu pula dengan setiap Ahli Parlimen, itu lebih baik dan adil lagi.
Tidakkah kita pernah menonton filem "Nujum Pak Belalang"? Apabila negara dipertaruhkan di dalam, begitu berhati-hati sekali Raja Pasai menyembunyikan jawapan teka-tekinya agar tidak bocor. Di dalam keadaan begitu berhati-hati pun, tetap juga bocor dan diketahui oleh budak Belalang yang berjaya menyeludup masuk perahu raja. Mungkin, inilah yang Anwar cuba lakukan iaitu meminimakan kebocoran rahsia. Saya tidak pasti, tapi itulah pandangan saya. Apa yang penting, pertemuan kesemua parti dengan Tuanku adalah jalan terbaik berbanding dengan mendedahkan hanya senarai nama.
WFAUZDIN NS
KALAU SERAH DAN DEDAH NAMA SEKARANG, SAHIH NILAI TINGGI.
Ahmad Zulfadli
1.Kenapa KULI diarah mengadap YDP AGONG.
2. Kenapa ketua ketua parti diminta mengadap YDP AGONG
Kalau tengok daripada kenyataan Istana ni, aku salute dengan strategy YDP Agong dan juga mungkin atas permintaan DSAI
Bila YDPA sendiri bertitah yang Baginda tidak tahu sapa nama2 yang ade dalam senarai SD tu, maka dua orang Tun tu tidaklah dapat menyusup masuk dan cuba menghasut Ahli-Ahli Parlimen berkenaan
Patut la awal-awal lagi DSAI berani buat kenyataan terbuka... malah lebih awal lagi....
Kalaulah YDPA mengaku yang Baginda tahu dan ade senarai nama-nama MP tersebut, pasti sekejap aja senarai tersebut akan bocor kepada dua saka tua tu...
Tun M dan Tun Daim pasti takkan berdiam diri...
Kesimpulannya, kenyataan Istana ni dapat mematikan pressure daripada puak-puak berkepentingan untuk membocorkan senarai nama MP tersebut
Nice!
PANJANG LAGI CERITA
IBRAHIM MAT ISA
Kecoh dah grup WA Anwar temberang!
Kamu ingat Anwar bodoh masuk dengan tangan kosong.
Kamu ingat Agong tak faham di luar sana ramai penyangak menunggu nak cekup siapa-siapa yang kemukakan SD sokongan buat mereka berikan tawaran puluhan juta.
Now, kenyataan Agong itu nampak macam pedih, tapi Agong juga punya tujuan tertentu. Rakyat sekeliling sedang menunggu untuk bertindak atas keputusan dari tindakan Anwar ini.
Jika benar PH sudah punya majoriti, tidak akan lama penyelesaiannya dan peralihan kerajaan berlaku dengan aman.
Snap election? No way. Aku yakin YDP Agong tidak akan benarkan sama sekali selepas kejadian PRN Sabah yang membawa kepada peningkatan kes jangkitan Covid19.
Pendek kata, kalau Anwar dan PH punya majoriti, Muhyiddin Yassin wajar letak jawatan! Tidak guna bersandiwara sedangkan keadaan dalam negara teruk akibat wabak dan kemelesetan ekonomi akibatnya.
Ok roger...
PENGUMUMAN SEGERA
Assalamualaikum dan salam hormat.
Harap maklum bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan
satu sidang media khas berkenaan satu pengumuman penting pasca sesi mengadap
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pada
Tarikh: 13 Oktober (SELASA, HARI INI)
Waktu: 2 petang
Lokasi: Clarke 1, Level 6, Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur
Rakan-rakan media dijemput untuk hadir bagi sidang media penting
ini, serta diingatkan agar sentiasa mematuhi segala SOP berkaitan Covid-19.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
12pm, 13 Oktober 2020