Dulu Najib, sekarang Yidin pun kuat kelentong?
FB Manan Razali
Ramai dari kalangan kita yang waras dan siuman sangat marah kepada Najib sejak meletupnya skandal 1MDB di akhbar WSJ pd Julai 2015 hinggalah ke hari ini. Kita marah pada dia bukan hanya kerana dia mencuri berbillion billion duit kita dan anak cucu kita. Tetapi kita juga sangat marah sbb dia kuat kelentong utk perbodohkan kita dengan kenyataaan-kenyataan tidak masuk akal yang hanya keldai saja percaya. Sebahagian besar dari ahli-ahli Umno dan Pas masuk dalam kategori ini. Tunjuklah banyak mana bukti sekalipun, mereka tetap akan masih pertahankan dia.
Sekarang giliran Yiddin pula yang sama level kuat kelentong macam Najib. Dia selamba saja tipu kita pagi petang siang malam tanpa rasa malu. Segala-galanya dia tipu kita dan ramai dari kita memang tak pernah menyangka selama ini bahwa Yiddin ialah kaki kencing rupanya. Dalam diam, dia adalah seorang yang gila dan rakus kuasa. Dan untuk kekalkan kuasa yang dia rampas secara tak bermoral dari kehendak majoriti rakyat, dia terpaksa serlahkan perangai buruk dia yg kuat kencing merata.
Pagi ini saya sangat bengang kepada Yiddin. Disebabkan oleh kerakusan dan ketamakkan kuasa, dia pergi jolok sarang tebuan di Sabah 2 bulan lalu untuk cuba rampas kuasa dari kerajaan Warisan. PRN yg diadakan baru-baru ini telah menyebabkan wabak Covid mengganas semula di Malaysia dengan gelombang kedua yang lebih dahsyat dari sebelum ini.
Saya bengang sebab kali ini, sekolah anak bongsu saya di Subang Jaya sudah kena Covid. Mangsanya ialah rakan sekelas anak saya dalam kelas bahasa Perancis. Petang semalam, anak saya terima mesej dari cikgu dia meminta dia buat ujian saringan Covid di Kelana Jaya esok (Isnin 12 Oktober). Menangis ketakutan anak saya dibuatnya. Tapi apa si Yiddin cakap?
Dia cakap takda double standard dan layanan pilih kasih dalam perlaksanaan hukuman terhadap sesiapa yang melanggar peraturan SOP Covid. Lepas tu dia cakap dia nak rotan siapa yang degil. Mamat ni dah gila ke apa? Saya malas tulis panjang-panjang lagi sebab nak elak diri dari memaki hamun dan keluarkan kata-kata kesat yang akan hanya buat jiwa saya terganggu dengan kekesalan bila keluarkan kata-kata kesat.
Point saya ialah Yiddin adalah seorang yang jahat dan penipu sama macam Najib. Kedua-duanya hanya pentingkan diri sendiri dan menyusahkan rakyat. Kali ini, dia telah ganggu hidup saya secara langsung. Dia patut dihukum dan kalau kita tidak dpt hukum dia di dunia ini, saya serahkan urusan ini kpd Allah utk laksanakan keadilanNya.