MB N9 DIARAH ZAHID MENGADAP TUANKU MUHRIZ, TAPI MASIH SENYAP. “OVERTAKEN BY EVENT” JUGA KE?







Cerita MB Negeri Sembilan ni makin lama makin kelakar.
Mula-mula angkat sumpah depan Tuanku Muhriz. Elok, kemas, semua nampak normal.
Esoknya pergi pula jumpa kumpulan Undang, kemudian muncul cerita dia tandatangan dokumen berkaitan proklamasi Tuanku Muhriz.
Bila cerita tu meletup, Ismail kata dia tetap taat setia kepada Tuanku. Lepas tu buat laporan polis pula kata tandatangan dibuat sebab dipaksa.
Orang sebelah sana pula kata tak ada siapa paksa.
Jadi rakyat pun pening sekejap.
Bila wartawan tanya apa sebenarnya yang berlaku, keluarlah ayat legend:
“Overtaken by events.”
Senang betul.
Soalan susah sikit — overtaken by events.
Cerita dah berubah — overtaken by events.
Tak tahu nak jawab apa — mungkin boleh cuba overtaken by events juga.
Sekarang Zahid pula dah arah Ismail pergi menghadap Tuanku Muhriz untuk cuba selesaikan kemelut ni.
Tapi masih sunyi.
Belum nampak lagi cerita MB dah menghadap.
Jadi kita tunggu sajalah.
Takut-takut esok wartawan tanya, “Datuk Seri, bila nak menghadap Tuanku?”
Jawapannya:
“Pertemuan itu telah overtaken by events.”
Kalau ikut perjalanan cerita ni sejak angkat sumpah, MB N9 bukan flip-flop lagi dah.
Ini dah macam selipar Jepun atas lantai basah.
Sekejap sini, sekejap sana.
Nasib baik Negeri Sembilan ada adat.
Kalau ikut politik semata-mata, Waze pun mungkin dah surrender nak cari jalan.

Takkan dah jadi MB pun dia tak boleh dedah juga ...

 

Jamzuri Ardani



BN-PN derhaka pada Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz.PMX yang di salah dan di suruh berundur.




Perantau Cari Rezeki



 BN-PN derhaka pada Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz.PMX yang di salah dan di suruh berundur.

Mana Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh.. Saya ulang sekali lagi,jika kamu sentuh bangsa dan agama kami berdepan dengan Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh.Tapi UMNO sendiri yang derhaka pada Yang Di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz.Kenapa Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh membisu UMNO sentuh derhaka pada Yang Di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz.
Semua kenyataan Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh,tidak boleh pakai ikut niat jahat dan hati busuk Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh.




Sejarah Buktikan Tak Pernah MB Menang Lawan Raja: Kenapa UMNO N9 Ulang Kesilapan Sama?


 

BEKAS CEO FELDA AKAN DIDAKWA ESOK

 


KUALA LUMPUR – Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), yang sebelum ini disiasat berkaitan penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, individu itu akan dituduh di hadapan Hakim Rosli Ahmad pada 9 pagi.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa SPRM telah mendapat izin untuk mendakwa bekas CEO berkenaan.

Pada 25 Sept lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata individu itu akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata seorang lagi individu, yang juga bekas pengurus besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan berdepan satu pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang dijangka didaftarkan di mahkamah pada Rabu ini.

Siasatan KLVC adalah sebahagian daripada tujuh kertas siasatan membabitkan FELDA dan FIC, iaitu enam kertas siasatan baharu serta satu siasatan lama.

Siasatan berkenaan memberi tumpuan terhadap pembelian dan pelaburan aset oleh FELDA serta FIC antara 2010 hingga 2020 yang disyaki mempunyai unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. – BERNAMA




DIA MACAM FITNAH DULU PIKIR KEMUDIAN DAN MINTA MAAF.

 


Jamzuri Ardani



Belum apa-apa dah syak ada niat jahat dulu ... itu adalah sifat mazmumah!




MACAMANA KERAJAAN NAK DIHORMATI ?

 



Jamzuri Ardani


Dalam Warta Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan disebut 10 exco tersebut telah `melanggar ikrar taat setia` ke atas Tuanku. Maknanya derhaka lah tu. Itu dokumen rasmi kerajaan yang diatasnya tertera jata kerajaan negeri.

Jika pemimpin kerajaan sendiri bersikap demikian ... jangan harap rakyat akan taat pada kerajaan.




NOHHHHH...



 






 50 juta tu pun tak boleh nak kumpul lagi untuk keluarkan Najib dari tahanan.. “setakat 157 juta” duit pelajar tu dia ingat kecil anak ke tu?

😅
Orang Melaka pilih la betul-betul eh.. Ingat BN ingat balik kata-kata UMNO Melaka Fans ni.





a memang betul, saya tak nampak kelibat pemimpin PAS ketika sembahyang dan kebumikan Tun Siti Hasmah.

 

Ahmad Hussein





Ya memang betul, saya tak nampak kelibat pemimpin PAS ketika sembahyang dan kebumikan Tun Siti Hasmah.

Maaf, itu membuatkan saya tertanya-tanya, apa kena dengan PAS wahai Hadi Awang?
Sedangkan ia majlis rasmi pengebumian pembesar negara yang berjasa.
Adakah semua pemimpin PAS sakit hingga tak mampu hadir untuk penghormatan terakhir?
Dulu ketika Salahuddin Ayub meninggal dunia pun khabarnya memang amat sedikit pemimpin PAS ziarah, sedangkan arwah berpuluh tahun dalam PAS sebelum menggerakkan Amanah.
Kini, Tun Hasmah meninggal dunia, saya tak nampak kelibat pemimpin PAS.
Kenapa jadi begitu?
Allahu...





@thekapitanMY BANGKIT ORANG MUDA


 

Menteri UMNO lantik Pelawak UMNO jadi Pensyarah UKM, mmg melingkup la taraf UKM sbg terbaik Malaya


 

PIF Arab Saudi Teroka Kerjasama Dengan MRCB – PM Anwar

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Gabenor Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, Yasir Othman Al-Rumayyan bersama delegasi di Putrajaya pada 28 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Sep – Syarikat milik penuh Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, RUA AlHaram AlMakki, sedang meneroka kerjasama dengan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bagi pembangunan berorientasikan transit di kawasan Jabal Al Kaabah, Makkah.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, potensi kerjasama itu adalah disifatkan sebagai satu manifestasi keyakinan pelabur terhadap keupayaan Malaysia, di samping membuka peluang baharu kepada perniagaan dan tenaga mahir negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Gabenor Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, Yasir Othman Al-Rumayyan bersama delegasi di Putrajaya pada 28 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Petang tadi saya menerima kunjungan hormat Gabenor Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, Yasir Othman Al-Rumayyan bersama delegasi beliau.

“PIF adalah antara dana kekayaan berdaulat terbesar di dunia dengan aset di bawah pengurusan melebihi AS$900 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Gabenor Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, Yasir Othman Al-Rumayyan bersama delegasi di Putrajaya pada 28 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Peranannya sebagai pemacu Wawasan 2030 Arab Saudi turut membuka ruang kerjasama yang luas dengan rakan antarabangsa,” katanya ujarnya.

Pada kunjungan hormat itu, Anwar berkata, beliau bertukar pandangan mengenai peluang memperkukuh kerjasama ekonomi Malaysia-Arab Saudi, khususnya dalam sektor pembinaan, infrastruktur, pengurusan kemudahan, tenaga dan ekonomi halal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Gabenor Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, Yasir Othman Al-Rumayyan bersama delegasi di Putrajaya pada 28 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“RUA ialah pemaju induk bagi pembangunan King Salman Gate di kota suci itu.

“Saya berharap lebih banyak syarikat Malaysia dapat menembusi pasaran serta memperluas kerjasama di Arab Saudi dan mengambil bahagian dalam projek yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Gabenor Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, Yasir Othman Al-Rumayyan bersama delegasi di Putrajaya pada 28 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim



PANAS! MANDAT DAH DAPAT MANA JANJINYA: Krisis Takhta N9 Kusut, Tok Mat Hilang Dari Radar?!

 


Krisis NS: Sebetulnya MB Umno letak jawatan untuk jaga maruah


 

SKANDAL UiTM HOLDINGS RUGI RM157 JUTA: Pengerusi Dari UMNO, PM Anwar Tegas Tak Tolak Ansur Penyakau!


 

@jasonyew_ Join PM Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah beri


 

PMX HADIR DI PENGKEBUMIAN TUN HASMAH

 





Hadir bersama Azizah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Kak Hasmah, sosok ibu yang kelembutan dan kasihnya akan sentiasa kami kenang, selain juga sebagai seorang sahabat dan rakan karib di tahun-tahun lampau. 


Tentunya sukar untuk kami berdua menghadam hakikat ini bahawa beliau kini telah pergi, lebih-lebih lagi apabila setiap babak indah yang dikongsi bersama kembali terpancar di depan mata hati yang terdalam. 


Justeru, negara akan terus mengenang jasa dan curah bakti Kak Hasmah. Dalam ingatan ramai, beliau adalah seorang ibu yang menyantuni sesiapa sahaja dengan penuh kasih, malah berupaya membuatkan setiap mereka berasa dekat dan dihargai.


Saya dan Azizah mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad terus kuat dengan ujian-Nya, terus dikurniakan kesihatan dan sentiasa dipayungi kasih sayang keluarga. 


Semoga Allah SWT mengampuni Almarhumah, menerima segala amal bakti dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. 


Terima kasih juga Kak Hasmah atas setiap budimu kepada kami, dan pastinya doa serta ingatan kami mengiringi pemergianmu. 


Al-Fatihah.




PEMBALASAN

 


Harini Allah buka aib Pais Hajari. Dulu apa dia tak kutuk Tun Mahathir? Sampaikan Mat Sabu p





un dia kutuk sebab uturn. Akhirnya Pais sendiri puji Tun Mahathir PM terbaik dalam sejarah negara. Kalau terbaik kenapa Pais lawan dan kutuk dulu? Lebai PAS la paling kuat kutuk.





Admin mengaku admin pun kritik Tun Mahahir tapi itu semua isu polisi dan pentadbiran. Bukan kerana benci. Tun Mahathir malah Najib tetap ada jasa pada negara. Yang mana baik, admin sokong. Yang mudarat, admin tegur supaya sama2 ambil iktibar. Sama la jika ada perkara yang Madani buat dan patut ditegur, tegurlah untuk kebaikan bersama. Bukannya sebar fitnah macam mamat pais hajari.


Baru2 ni pais sebar lagi fitnah walaupun dah kantoi. Dia fitnah Tuanku Muhriz guna gambar edit. Bukan jer tak ngaku salah dia report pula org yang tegur dan membetulkan. Lps tu siap cakap polis yg ambil report tu bagitahu clear cut pihak yang betulkan pais tu menfitnah.


Bodo apa tu?

Ingat polis ada masa nak peduli report kau? Kau datang report pun dah menyusahkan polis. Yang sebar fitnah tu ko. Lps tu ko pula report polis.


Dah la sibuk jadi terpaling pakar adat semenjak 2 menjak ni. Mula2 kata org luar jgn ulas isu adat tapi dia dan caitro bnpn la yang terpaling mengulas. Takpe pula??


Tiba2 dia la pakar undang2.

Pakar perlembagaan.

Pakar adat.

Pakar macam2 tapi tengok kerja jadi caitro je bila sembang dia terpaling pakar. Pakar2 dia pun tak boleh jadi PM. Cian.


Wakakakakakkaka




RAMAI TAHU OH TIDAK SEBURUK YANG DISANGKA.


 

RAMAI MAHU ISU UITM HOLDING DIISIASAT


 

KITA TUNGGU DIA DISAMAN


 

Krisis Negeri Sembilan: AMK Gesa Ismail Letak Jawatan MB

 

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim menerusi hantaran di Threads pada 27 September 2026.

KUALA LUMPUR, 27 Sep – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh, Datuk Ismail Lasim berundur secara terhormat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan susulan perkembangan yang berlaku di negeri itu.

Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim mendakwa, perkembangan berkenaan merupakan tindakan yang sangat mengaibkan serta mencemar kesucian dan kemuliaan institusi diraja dan adat di negeri itu.

“Tidak wajar seorang raja pemerintah Melayu sedang bertakhta diperlakukan sedemikian rupa oleh kelompok yang sering bercakap mengenai soal mempertahankan kedudukan Melayu, Islam dan institusi diraja,” katanya dalam satu hantaran di Threads pada Ahad.

Dakwanya lagi, tindakan kelompok berkenaan menunjukkan mereka sendiri mengkhianati amanah tersebut.

Muhammad Kamil berkata, kemelut mesti diurus dengan penuh tertib mengikut peraturan dan undang-undang yang termaktub.

Beliau turut merujuk perkara berkenaan yang katanya sudah dibawa ke mahkamah selain perintah injunksi telah dikeluarkan.

Menurut Muhammad Kamil, tindakan itu tidak lebih daripada sekadar memenuhi selera politik kelompok tertentu dan didakwanya sebagai satu bentuk penderhakaan serta pengkhianatan terhadap institusi Raja-Raja Melayu.

“Dalam keadaan ini, langkah yang paling wajar ialah bagi Datuk Ismail Lasim berundur secara terhormat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan,” katanya.




Amaran pertama kepada DS Najib Razak tentang salah urus 1MDB bermula awal. Tetapi tidak dipedulikan. Amaran ini seawal September 2009.



Fathi Aris Omar



 Amaran pertama kepada DS Najib Razak tentang salah urus 1MDB bermula awal. Tetapi tidak dipedulikan. Amaran ini seawal September 2009. 










Amaran ini datang daripada TS Mohd Bakke Salleh dalam mesejnya kepada perdana menteri, menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.


1MDB ditubuh pada 31 Julai 2009, daripada TIA yang dibentuk pada 2008 menggunakan antaranya RM6 bilion duit royalti minyak Terengganu untuk memajukan negeri itu. 


Sebelum pengambilalihan ini, pada Mei, TIA memancing kontroversi apabila penasihatnya, Jho Low, mengambil nota hutang RM5 bilion walau kerajaan negeri tidak bersetuju. 


Sebab itu, akhbar The Star menyebut 1MDB mencari masalah sejak hari pertama lagi! Lihat: 1MDB controversy started from day one (The Star, 17 Mei 2018). 


Mohd Bakke melepaskan jawatan sebagai pengerusi lembaga pengarah 1MDB pada 11 Oktober 2009. Beliau tahu Najib telefon Jho Low. 


Dalam keterangannya di mahkamah, tokoh korporat ini berkata beliau tidak sanggup dikaitkan dengan cara pengurusan 1MDB dan memaklum salah urus itu kepada Najib melalui SMS. 


“Namun, saya tidak menerima sebarang maklum balas daripada Najib," kata Mohd Bakke. 


"Tidak terlintas di fikiran saya untuk melaporkan kepada mana-mana pihak berkuasa berkaitan salah laku kewangan pengurusan 1MDB kerana saya mengandaikan bahawa saya telah pun berbuat demikian melalui SMS yang dihantar kepada Najib.


“Saya berharap Najib akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan 1MDB jika beliau mendapati sebarang salah laku di pihak mereka.


"Memandangkan kebimbangan saya itu tidak mendapat perhatian DS Najib kerana beliau tidak balas SMS saya, saya rasakan beliau terlibat dan sesuatu yang tidak kena berlaku tanpa pengetahuan saya.


“Ini antara sebab utama saya memutuskan untuk meletak jawatan,” kata Mohd Bakke ketika membaca kenyataan saksinya semasa perbicaraan. 


Katanya lagi, isu yang membawa kepada peletakan jawatannya termasuklah: 


- pemindahan US$1 bilion tanpa kelulusan lembaga pengarah, 


- kegagalan menjalankan penilaian ke atas usaha sama PetroSaudi International Ltd (PSI), 


- kegagalan melantik penilai bebas untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai mengenai nilai aset syarikat usaha sama, dan 


- kegagalan dalam pelantikan tiga orang wakil dalam syarikat usaha sama.


Lihat: 'Ada yang tak kena, Najib biasanya balas SMS saya' (Malaysiakini, 9 Mei 2022) 


Mohd Bakke beritahu mahkamah, Najib tidak balas SMS beliau yang memaklumkan mengenai AS$700 juta (daripada AS$1 bilion) dilencongkan kepada syarikat lain bawah kawalan Jho Low.*** 


Lihat: 'Bakke patut jumpa saya. Perkara itu sangat serius, bukan hanya hantar SMS' (Berita Harian, 22 Januari 2025) 


Dalam berita Apa yang disembunyi daripada laporan audit 1MDB? (Malaysiakini, 18 November 2019), pindaan audit yang disorok antaranya: 


"... laporan asal Jabatan Audit Negara menyatakan Jho Low hadir di mesyuarat khas lembaga pengarah 1MDB pada 26 September 2009.


"Ia disahkan oleh Bakke Salleh yang menjadi pengerusi lembaga pengarah pada masa itu. Jabatan audit berkata Bakke turut memberikan minit mesyuarat yang menunjukkan kehadiran Low.


"Bahagian itu dalam jadual 7.5 tiada dalam laporan akhir yang dihantar kepada PAC." 


Jadi, timbul persoalan: 


1. Kenapa Najib tidak bertindak seawal 2009 lagi? 

2. Kenapa maklumat mengenai Jho Low dipinda? 


Sebenarnya, banyak isu timbul antara 2009 atau 2010 hingga 2015. Waktu itu, saya bertugas sebagai editor Malaysiakini. 


Saya tidak ingat semua sekarang tetapi banyak isu dilapor. Patutnya sudah membuka mata pihak kerajaan termasuk Najib. 


Seperti saya tulis sebelum ini, ketua pembangkang waktu itu DS Anwar Ibrahim pernah mengkritik Jho Low dan 1MDB seawal Ogos 2010 dan bawa ke Parlimen pada Jun 2011. Sudah cukup amaran. 


Yang lebih "tragis" berlaku pada TS Tong Kooi Ong, pemilik akhbar The Edge, yang berjumpa Najib di rumahnya pada malam 6 Mac 2015. 


Hasil maklumat dan siasatannya, Tong ingin memberitahu Najib skandal yang sedang berlaku dalam 1MDB dan perangai buruk Jho Low. 


Tetapi apa berlaku dalam pertemuan mereka berdua? Kata Tong, "saya tunjukkan anda bukti (penyelewengan) tetapi anda tunjukkan saya pintu (keluar rumah anda). Najib nafi tanggapan ini. 


Lihat: You didn’t know Jho Low cheated us? I showed you evidence and you showed me the door (Edge Prop, 24 November 2018) 


*** Selain Mohd Bakke, isu dana AS$700 juta masuk ke syarikat Jho Low juga dibangkitkan oleh Tong setelah mendapat bukti kukuh daripada maklumat yang dibocor oleh Xavier Justo. 


Jadi, kita hairan kenapa sampai dua kali amaran tentang Jho Low larikan AS$700 juta tidak diendah oleh perdana menteri. Kenapa? 


Tanggal 6 Mac sedekad lalu ini penting bukan sahaja amaran Tong kepada Najib tetapi permulaan pembongkaran demi pembongkaran skandal 1MDB oleh akhbar ini hingga digantung permit pada Julai. 


Selain Wall Street Journal dan Sarawak Report, laporan The Edge yang jelas dan tersusun banyak membuka mata rakyat Malaysia akan skandal ini. 


Suasana negara cukup panas sepanjang 2015. Saya rasa pasukan Najib juga menggelupur. Namanya, Jho Low dan Umno terseret dalam skandal terhodoh ini hingga satu dunia terbeliak. 


Tup, tup ... Datang Jun 2016, sewaktu imejnya tercalar teruk dan nama Jho Low sudah busuk, Najib minta Jho Low dan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin ke Beijing untuk runding dana ECRL dan dua projek saluran paip gas! 


Lihat: ECRL, pipeline projects offered to China to bail out 1MDB (The Edge, 5 September 2019) dan Najib admits relying on Jho Low for help in 2016 China trip (Bernama, 15 Januari 2025) 


Selain keterangan Mohd Bakke tadi, saya sudah hurai panjang lebar peranan Anwar, pertemuan Tong-Najib dan juga isu dana China untuk ECRL. 


SEMAK pautan tiga coretan ini di bahagian komen. 


NOTA: Kebanyakan coretan saya diambil daripada keterangan mahkamah dan/atau maklumat daripada kenyataan mereka yang terlibat. Harap tiada maklumat tersilap atau terkurang. Tolong semak sendiri berita-berita berkaitan. 


(coretan asal 27 Disember 2025, sehari selepas hakim jatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion)


IMEJ di bawah tajuk berita 16 Jun 2026 dan juga penghakiman bertulis hakim kes 1MDB. Pautan kepada penghakiman di bahagian komen 👇


Satu lagi tajuk berita daripada kes saman 1MDB terhadap Najib. 1MDB rugi US$5.74 bilion (RM22.98 bilion), kata peguam syarikat.