MAHATHIR CANANG ANWAR PINJAM IMF
MAN TOBA
Anwar disumbat ke penjara pada 1998 kerana Engan meminjam dari
IMF. Lalu Mahathir canang kononnya Anwar yang nak pinjam IMF.
Kejahatan Mahathir tak henti kat situ. Bagi menutup bukti,
Mahathir berterusan menyalahgunakan kuasanya mengarah kerajaan Malaysia agar
mendesak Bank Dunia DELATE berita berkaitan pinjaman dari Malaysia.
Tak pasal pasal nama Anwar yang menjadi menteri Kewangan Terbaik
ketika itu difitnah dengan fitnah menjijikkan.
Sama2 kita dedahkan kejahatan Mahathir yang engan mengaku kalah
nih agar kejahatan beliau dikenang zaman berzaman.
APABILA KKM HILANG ARAH
HAMDAN TAHA
Hampir semua negeri dah mula menular....gara gara dua sebab...1.
Prk sabah dan bawa ke seluruh pulusuk tempat... ke 2 rakyat malaysia yang tak
sabar sabar pi melancung...dan sabah tempat mereka....dan balik bawa sekali
virus...
Di mana masalahnya....apabila kerajaan tidak ambil serisu kes
sabah ini di sebabkan pembuat keputusan pun berulang alik ke sabah kerana
politik...sehingga KKM pun buat keputusan yang salah.
Kuarantin bermula dari tarikh 27 hb jika tidak salah saya. Atau
pada hari Ahad....yang balik sebelum tarikh itu bebas...dan tidak ada arahan
dari KKM termasuk tidak ada test di KLIA. Maka mereka balik dalam keadaan
lengang lengang kang kong....ada yang terjangkit....
Beberapa ahli parlimen antaranya lembah pantai dan kelang ada
pekerja mereka terlibat dan di jangkiti....dan banyak lagi di kalangan mereka
pekerja politik terlibat...
Ada di kalangan menteri kuarantin hanya sehari dua sahaja lepas
itu dah terlibat dengan kerja kerja yang kena di hadari....maka sama sahaja seperti
al takiri sebenarnya.....contoh ismail sabri...dan beberapa orang lagi termasuk
Hamzag zainudin....pada hari CM sabah angkat sumpah mereka ada di
sabah....apakah mereka bebas dari kuarantin kerana mereka berkuasa....sedang
KKM kata balik saja dari sabah wajib kuarantin 14 hari....apakah undang undang
itu hanya untuk rakyat sahaja....atau bagaimana....
Arahan tidak jelas
VIDEO & ARTIKEL YANG BOLEH DITONTON DAN DIBACA : Anwar Ibrahim: Program IMF Mana Yang Saya Ikut?
FITNAH BERULANG MEMAKSA JAWAPAN DIULANG TAPI ADA HIKMAHNYA....
1) Isu IMF yg difitnahkan kepada DSAI sekian lama pernah dijawap
oleh beliau di Parlimen pada 13 Oktober 2008 tapi di "blackout" oleh
media arus perdana.
2) Video dalam posting ini ialah pada tahun 2013 yg mana DSAI
terpaksa sekali lagi menjawab isu ini kerana persepsi yg dimainkan sehingga
hari ini oleh makhluk2 penjilat seumpama pelantun "Minda Lemah Otak
Udang" yg lidahnya hanya khas utk bontot PT95.
3) Saya tidak berhasrat memanjangkan bab IMF ini kerana DSAI
sebenarnya telah menjawap dgn tuntas dan link ucapan beliau di Parlimen pernah
saya kongsi di sini : https://www.facebook.com/zus.dinii.37/posts/906428866528165
atau di Twitter DSAI di sini : https://twitter.com/anwarib.../status/1272347369917407233...
4) Namun, yg menarik perhatian saya ialah PENJELASAN yg
diberikan oleh DSAI telah "JUSTIFY" atau MEMPERKUKUHKAN hujah bahawa
beliau adalah calon paling tepat diperlukan negara ini bagi menyelamatkan
Ekonomi Pandemic yg semakin parah. Skrg ini, hampir SATU JUTA org terpaksa
menganggur dan syarikat gergasi Air Asia juga terpaksa melalui Fasa Ke 2
memberhentikan pekerja mereka. Kita belum melihat kpd faktor-faktor lain yg
menunjukkan aktiviti ekonomi seolah2 "stagnant". Contohnya perkembangan
SME.
5) KEJELASAN yg diberikan oleh DSAI menunjukkan beliau
berpengalaman dan pernah berjawatan di peringkat antarabangsa, mempunyai
"international connections" disbbkan kepercayaan yg diberikan oleh
Bank Dunia, IMF dan UNESCO. Selain dirinya sendiri, beliau ada rakan-rakan yg
punya akses ke "World Corporate Finance" yg sudah semestinya
diperlukan oleh negara ini bagi membantu kita melonjakkan semula ekonomi.
6) Justeru ia sekaligus menjelaskan betapa pentingnya mengangkat
DSAI jadi Perdana Menteri mengetuai agenda REFORM BUKAN kerana kita taksub
tetapi kerana negara ini memerlukan khidmat beliau. Ini juga menafikan ejekan
walaun-cai UMPA$ yg sering digunakan oleh Anai-anai PANtuk #K3 yg menuduh
sesiapa shj yg pro DSAI adalah TAKSUB dan berjuang hanya utk mengangkat beliau
menjadi PM sdgkan mereka pula "TIDAK TAKSUB" meskipun mahu mengangkat
PT95 bagi kali yg ke 3.5 utk jadi PM. Begitulah logik akal mereka.
7) Sebab itu saya menganggap Anai-anai PANtuk #K3 lebih
bahaya dari walaun-cai yg berada di luar PH dan menentang kita. Anai-anai
PANtuk pula dgn muka tak malu terus riak, angkuh dan sombong dgn jawatan mereka
tapi terang-terang menghina, mengherdik, mengutuk, mengeji, memerli Pengerusi
Pakatan Harapan itu sendiri dari dalam PH tanpa apa2 tindakan oleh parti.
Anai-anai PANtuk adalah makhluk yg lebih jijik dari walaun-cai yg tidak pun
menghina atau mengeji pemimpin utama mereka sendiri. Saya percaya satu hari
nanti kita akan ditikam dari belakang jika terus beri kepercayaan kpd puak2
tidak berprinsip ini. Mereka tidak ubah seperti Kartel Azmin yg sering mereka
gunakan utk salahkan DSAI dan PKR.
8) KEMBALI kpd "credentials" DSAI. PERSOALANnya :
Siapa lagi di kalangan pemimpin PH yg punya pengalaman, aura, karaktor,
hubungan baik dgn badan kewangan dunia, mendapat kepercayaan masyarakat
antarabangsa, ada "Political Will", keazaman yg SETARA dgn DSAI yg
diperlukan bagi memulihkan Malaysia? Jawapnya TIADA sbb hanya DSAI yg
menghayati dan mampu menterjemahkan Prinsip REFORM kpd usaha REFORM TOTAL. Kita
sudah beri peluang kpd PT95 tapi dia hancurkan dan lambatkan Agenda REFORM.
Hujah PANtuk mati di situ jika ditanyakan soalan ini dan terus ratib KUNUNnya
"dak2 sudu" hanya berjuang demi mengangkat DSAI jadi PM. Mereka
sekadar menggunakan hujah bodo walaun-cai utk memperlekehkan DSAI. Kita
terpaksa melawan musuh dari dalam yg mahu menggagalkan DSAI.
9) Telah banyak kali dlm artikel-artikel saya sejak awal PN
mengambilalih kuasa kerajaan, saya nyatakan yg Ekonomi Pandemic BAKAL menjadi
bebanan kpd KERAMITA - KERAjaan Melayu Islam Tebuk Atap. Jika mereka seret
masalah ini sehingga ke akhir penggal, saya yakin tidak dapat tidak, rakyat
akan "PANGGANG" PN dan M(B)N di PRU15 kelak. One Cardinal Rule
sentiasa relevan dan Insya Allah, penentunya adalah "Economic Voters"
di 55 kwsan Parlimen yg "sub-urban", dikuasai oleh Keadilan dan DAP.
10) Secara peribadi, saya tidak bersetuju PH mengambil alih
semula kuasa kerajaan kerana lebih selesa membiarkan rakyat menyalahkan PN dan
M(B)N yg bersetongkol menjahanamkan Ekonomi, membelanjakan wang rakyat sesuka
hati tanpa kelulusan Parlimen terlebih dahulu. Dgn pendapatan negara yg terhad
mereka akan gapai apa shj yg akan menyebabkan mudah kempen PH di PRU15 nanti.
11) Namun demikian DSAI berpendapat bahawa adalah menjadi
tanggungjawab beliau dan mana2 MP yg sygkan negara ini menghentikan amalan
berbahagi jawatan, ghanimah, rasuah dan membalun harta rakyat. Dalam masa yg
sama, selain permasalahan Ekonomi Pandemic, "Trust Deficit", COVID-19
harus ditangani lebih baik dan pengangguran mesti diatasi.
12) Saya percaya DSAI telah ada "Blueprint" bagi
menyelamatkan ekonomi Malaysia. Setiap hari kita mendapat khabar kurang enak
mengenai ekonomi Malaysia seperti berita terbaharu di link ini : Fitch:
Politics will blunt Malaysia's economic growth for next 10 years https://www.malaysiakini.com/news/544600
13) Berapa lama lagi kita harus menunggu DSAI jadi PM utk
melaksanakan REFORM TOTAL??
Wallahualam.
Zus Din
30 September 2020
3 PERISTIWA BAGAIMANA TEBUK ATAP BERLAKU TIDAK DIKETAHUI UMUM
Ada tiga peristiwa yang rakyat tidak tahu dan peristiwa-peristiwa ini tidak pernah diceritakan oleh Anwar Ibrahim kepada ahli ahli KEADILAN sendiri. Sudah tiba masanya saya merasakan rakyat perlu tahu supaya mereka boleh membuat perbandingan mengenai prinsip perjuangan dan pengorbanan yang diambil antara kedua-dua tokoh ini.
Peristiwa Pertama
Menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerap membuat perbincangan mengenai siapakah yang akan diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Oleh kerana ketika itu Anwar Ibrahim masih di dalam penjara manakala Tun Mahathir pula sudah agak lanjut usianya maka Muhyiddin Yassin merasai dirinya layak dicalonkan. Di sinilah bermulanya episod kerjasama di antara Muhyiddin Yassin dengan Azmin Ali.
Muhyiddin telah menemui Anwar di mahkamah untuk mendapatkan persetujuan beliau. Janji Muhyiddin kepada Anwar, beliau akan menjadi Perdana Menteri (PM) untuk tempoh dua tahun saja dan kemudian akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sebaik selepas Anwar mendapat pengampunan dan kembali semula ke Parlimen.
Anwar dengan berlapang dada bersetuju dan menyokong cadangan Muhyiddin. Anwar seterusnya meminta Muhyiddin membawa cadangan tersebut dan berbincang dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Lim Kit Siang juga difahamkan pernah mengusulkan nama Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke- 7 sementara menunggu Anwar dibebaskan dari penjara.
Bagaimanapun, sebelum cadangan ini dibawa ke Majlis Presiden PH, Muhyiddin terlebih dahulu membentangnya dalam satu mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu. Di situ, Muhyiddin turut memberitahu mesyuarat tersebut bahawa Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika PH berjaya membentuk kerajaan dalam PRU14.
Namun malangnya cadangan Muhyiddin itu tidak mendapat restu dan sokongan majoriti ahli MKT Bersatu lantas perdebatan hangat telah berlaku di antara penyokong Tun Mahathir dengan Muhyiddin. Pertikaman lidah turut berlaku di antara Setiausaha Politik Tun Mahathir iaitu Muhammad Zahid Mat Arip dengan Muhyiddin sehingga Tun Mahathir terpaksa mencelah.
Tun Mahathir meminta supaya mesyuarat tidak lagi membincangkan akan isu siapa yang harus menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana apabila tiba masanya beliau (TDM) dan Tun Daim akan berbincang dengan Anwar sendiri.
Perancangan awal Muhyiddin-Azmin inilah antara punca utama mengapa Azmin menolak cadangan Majlis Presiden PH kemudiannya apabila Majlis Presiden PH telah menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Di khabarkan Azmin dengan marah dan muka merah bertindak meninggalkan dewan mesyuarat.
Justeru tindakan Azmin yang diketahui ramai sekarang iaitu meninggalkan Tun Mahathir dan menyokong Muhyiddin bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Peristiwa Kedua
Peristiwa ini berlaku selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14. Sebaik sahaja SPR mengumumkan kemenangan Pakatan Harapan, Tun Mahathir terus bertanya kepada Muhyiddin jawatan apakah yang beliau mahu.
Muhyiddin ketika itu meminta jawatan Menteri Kewangan diberi kepadanya atas alasan beliau adalah seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan. Tun Mahathir bersetuju dengan permintaan Muhyiddin itu.
Setelah mendengar persetujuan dan janji Tun Mahathir itu, Muhyiddin dengan penuh yakin pulang ke Johor Bahru untuk menyembah nama calon Menteri Besar Johor kepada Baginda Sultan.
Sekembalinya Muhyiddin ke Kuala Lumpur beliau mendapat tahu bahawa jawatan Menteri Kewangan telah diberikan Tun Mahathir kepada Lim Guan Eng manakala beliau pula diberikan jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.
Muhyiddin bergegas bersemuka dengan Tun Mahathir lalu menagih janji Tun Mahathir padanya. Tun Mahathir menerangkan kepada Muhyiddin bahawa DAP telah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri-2 namun setelah perbincangan dan sebagai tindakan tolak ansur Tun Mahathir telah berjanji untuk melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.
Dengan perasaan amat kecewa dan marah dengan alasan yang diberikan Tun Mahathir, Muhyiddin lantas memberitahu kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau akan meletakkan jawatannya.
Anwar dengan tekun dan penuh hormat meminta agar Muhyiddin bersabar kerana kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14 adalah lebih besar ertinya dari sebuah jawatan.
Kata Anwar, apa yang berlaku kepada Muhyiddin adalah terlalu kecil berbanding jumlah jawatan dalam kabinet yang diberi kepada KEADILAN walaupun KEADILAN pada selepas PRU itu memiliki kerusi parlimen terbanyak.
Anwar berkali-kali meminta agar Muhyiddin bersabar kerana sukar bagi beliau nanti untuk melantik Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Muhyiddin meletakkan jawatan beliau. Pada ketika itulah Anwar berjanji akan melantik Muhyiddin sebagai TPM apabila Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir dalam tempoh dua tahun seperti yang dijanjikan oleh Tun Mahathir.
Peristiwa Ketiga
Peristiwa ini berlaku beberapa bulan lalu apabila Tun Mahathir meminta Muhyiddin mengharamkan UMNO. Tindakan mengharamkan UMNO adalah strategi akhir Tun Mahathir bilamana beliau mendapati tidak ramai Ahli Parlimen UMNO menyeberang dan menyertai Bersatu. Matlamat akhir Tun Mahathir ialah untuk membina Parti Bersatu sebagai pengganti UMNO.
Muhyiddin bersetuju dan turut menyokong langkah ini. Fail dan dokumen untuk membatalkan pendaftaran UMNO telah disediakan dan sudah pun berada di atas mejanya. Hal ini pernah diceritakan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi kepada MKT UMNO bagi menghalalkan langkahnya untuk berunding dengan Tun Mahathir.
Apabila rancangan untuk mengharamkan UMNO ini diketahui Anwar, beliau bergegas menemui Muhyiddin dan berhujah menyanggah tindakan itu.
Kata Anwar, UMNO adalah legasi perjuangan Melayu menuntut kemerdekaan yang turut disertai ibu ayah dan keluarga kita semua. Pengharaman UMNO akan menjadi satu tragedi hitam yang akan menyayatkan hati seluruh umat Melayu termasuk Raja-raja Melayu.
Kata Anwar lagi kepada Muhyiddin, jika pengharaman ini berlaku maka Tun Mahathir dan Pakatan Harapan akan dikutuk oleh orang Melayu dan kita semua akan dicatat sebagai pengkhianat bangsa.
Hujah Anwar, UMNO tidak berdosa tetapi yang berdosa ialah pemimpinnya. Sekiranya UMNO diharamkan sudah pasti proses di Mahkamah akan memakan masa dan kerajaan PH tidak mampu menumpukan seluruh perhatian kepada pembinaan semula negara yang hampir muflis. Lebih parah lagi rakyat akan percaya dengan dakyah pembangkang bahawa PH adalah kuda tunggangan DAP. Pakatan Harapan pasti akan kalah pada PRU akan datang.
Alhamdulillah akhirnya Muhyiddin akur dengan hujah Anwar dan UMNO terselamat darpada diharamkan.
Bayangkanlah dimana kedudukan Muhyiddin sekarang jika beliau mengikut nafsu amarah dan meletakkan jawatannya.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada seluruh ahli-ahli UMNO sekiranya UMNO berjaya diharamkan?
Yang pasti, tentu sekali pada hari ini tidak akan wujud Perikatan Nasional jika UMNO diharamkan dan sudah tentulah Muhyiddin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-8.
Maka Muhyiddin sewajarnya berterima kasih kepada Anwar kerana keikhlasan Anwar menasihati beliau. Bahkan seluruh Ahli Parlimen dan ahli Umno juga wajar berterima kasih kepada Anwar kerana sosok yang pernah difitnah dan diaibkan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO inilah yang telah bertindak menyelamatkan UMNO daripada diharamkan.
Maka, tepuk dada tanyalah hati berfikirlah dengan nurani yang tulus untuk menilai pengorbanan sebenar antara Anwar dengan Muhyiddin dan juga pemimpin politik yang lain.
Sesungguhnya Ini adalah satu episod hitam yang benar-benar telah meninggalkan parut yang mendalam dalam sejarah tanah air kita yang tercinta.
“Bijak berpenchak langkah bertukar
Bijak berakal mengawal diri
Adat berhutang kami membayar
Adat berjanji kami tepati”
Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Penerangan,
Parti Keadilan Rakyat.
RAKYAT MEMERHATI TOLAK PENGKHIANAT
Majlis Presiden menegaskan usaha mengembalikan mandat rakyat itu perlukan iltizam dan komitmen menegakkan keadilan, membanteras amalan rasuah dan memperbaiki institusi termasuk badan kehakiman.
“Pakatan Harapan turut mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong sembuh dari sebarang masalah kesihatan dan kekal di bawah lindungan Ilahi,” kata kenyataan bersama Setiausaha Agung parti dalam PAKATAN HARAPAN.
PAS TEBUK ATAP DEMI PERPADUAN?
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata daripada jumlah itu pihaknya membuka satu kertas siasatan membabitkan dua individu yang disyaki menerima wang tunai untuk diagihkan kepada pengundi.
"Siasatan ini masih dijalankan dan kedua-dua individu berkenaan masih lagi ditahan reman dan kita juga masih menjalankan siasatan berkenaan aduan-aduan yang lain," katanya, seperti dipetik Berita Harian.
RUPANYA 70 MENTERI MASIH TAK CUKUP UNTUK KERAJAAN TEBUK ATAP
"Sudah tiba masanya kerajaan memikirkan cara terbaik untuk meletakkannya di bawah satu bumbung dengan menyediakan peruntukan yang khusus untuk manfaat masyarakat pribumi," ujarnya, seperti dipetik Berita Harian.
Untuk rekod. Kabinet PAKATAN HARAPAN mempunyai 27 Menteri dan 26 Timbalan Menteri.
28 POSTING SEHINGGA KINI ..LAGI BERITA MENYUSUL
TERIMA KASIH DENGAN SOKONGAN ANDA SEMUA. SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA
BERITA AWAL YANG SEMESTINYA MENARIK.
BEBASKAN MEDIA
WRLR
Kerajaan PN gagal lanjut moratorium, tunduk kepada bank
Kegagalan kerajaan Perikatan Nasional
(PN) melanjutkan tempoh moratorium selama 3 bulan lagi selepas berakhir tempoh
6 bulan pada 30 September ini amat mengecewakan rakyat.
Selepas menjadi ADUN Inanam, Peto Galim adakan siri Jelajah Prihatin
Peto Galim mula menjalankan
tugasnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam selepas meraih
kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.
Fokus pendidikan untuk semua, bukan wujudkan tabika elit - Wanita KEADILAN
Wanita KEADILAN mengecam tindakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang berhasrat mewujudkan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berstatus elit pada masa akan datang.
Ramai orang tanya kenapa MCA kalah tempat Cina dan salahkan MCA tidak kerja keras dan Jangan Bagi MCA kerusi Melayu.
* Penting - Sekarang Saya menjawab secara third person point of view . Ertinya, apa yang Saya katakan tidak mewakili pendirian politik Saya, dan Saya tidak memihak mana mana pihak melainkan bincangkan pemerhatian Saya . Paham ini dulu sebelum baca .
* Kalau tak setuju atau tak percaya, copy paste ini dan tanya kawan Cina penyokong PH ini betul ke tak .
1. Orang Cina Malaysia bukan sahaja menolak MCA . Saya 100 confirm, Kalau kawasan Cina ditanding oleh UMNO, PPBM ( selepas 2020), PAS ( selepas 2015), MIC, pasti semua kalah.
2. Adakah orang Cina menolak Parti Parti di atas berdasarkan Perkauman ? Tidak sekali. Orang Cina sokong PAS ( sebelum 2015), PPBM ( sebelum 2020), PKR , Warisan dan Amanah yang merupakan Parti Parti yang dipimpin oleh Melayu Islam.
3. Kenapa Cina menolak BN, PN ? Kerana mereka berpendapat teguh bahawa kebanyakkan pemimpin seperti DS Najib Razak, DS Zahid Hamidi, DS Bung Mokthar, DS Aziz Baling, Dan lain-lain pemimpin adalah perasuah.
Percayalah, Kalau DAP tubuh kerajaan dengan UMNO, orang Cina akan buang DAP serta merta dalam PRU yang seterusnya.
Kelihatan orang Cina mula bantah DAP sewaktu PH memerintah, seperti di PRK Tanjung Piai dimana YB Wee Jeck Seng dapat kenaikan undi Cina berbanding waktu PRU. Ini menunjukkan orang Cina bukan sokong DAP semata mata. PRK sandakan masih awal sebelum isu Tar College
4. Orang Cina rasa DAP dan Tun M tak Rasuah ? Bagi DAP , orang Cina rasa teguh bahawa YBLim Guan Eng tidak rasuah kerana persepsi yang dicipta oleh YB Lim Guan Eng . banglow adalah Boleh diterima, naik kapal terbang pun Ekonomi.
Orang Cina rasa Tun M makan rasuah, tapi sanggup tutup Mata kerana Belum bongkar terbukti nyata, dan berjaya dalam menolak UMNO yang kebanyakkan orang Rasuahz
5. Ini maksudnya, Apa Jua MCA buat pun, selagi BN dan PN tidak Bersihkan persepsi rasuah secara maksima di Mata pengundi Cina, BN PN tidak dapat menawan hati pengundi Cina.
6. Orang Cina juga memuak dengan polisi polisi BN yang dipimpin UMNO, dan pemimpin pemimpin dan rakan rakan Melayu yang nak tutup sekolah Cina, kurangkan bajet untuk sekolah Cina, agihan biasiswa yang tidak adil, Perancangan ekonomi yang tidak memihak dan tidak adil kepada kaum Cina.
Saya Sudah jelaskan mengenai hak bumiputra, Jawapan kebanyakkan Cina adalah, tidak menolak sangat , tetapi tak boleh tahan Perasuah yang jadi kaya dalam polisi ini.
Saya tanya Tun M juga kaya, macam mana Boleh sokong ? Jawapan mereka kembali kepada point ke - 4
7. Apakah petua orang Cina untuk Mengundi ? Parti - Parti termasuk Sekutunya yang Boleh menunjukkan bahawa pemimpin Parti dia Bersih , atau kurang rasuah secara ketara berbanding dengan Parti lawan, dia akan dapat hati pengundi Cina.
Contohnya, Kalau Boleh buktikan, secara fakta DAN PERSEPSI bahawa YB Lim Guan Eng dan pemimpin - pemimpin lain Di DAP , masing masing kaya Raya maka rasuah Berbillion, miliki 5 rumah nilai jutaan, ada private jet, Ada bukti duit itu adalah daripada rakyat secara nyata dan jelas . Maka Cina mungkin akan undi MCA ataupun undi rosak dalam PRU akan datang
Adakah semua Di atas pendirian Saya ? Tidak . Saya hanya cakap tentang pemerhatian Saya atas trend mengundi orang Cina, untuk pertimbangan anda semua.
Adakah Saya salahkan mana mana Parti? Tidak , Saya hanya katakan minda pengundi Cina .
Kalau tak percaya Saya ? Copy ni paste kepada kawan Cina anda yang menolak BN PN, tanya diaorang betul ke tak .
Sekian .
Ulasan Apek Cina.
MEREKA TIDAK AKAN LETAK JAWATAN BIARPUN DIDESAK SETIAP HARI
Setiap hari cybertroopers umno menyalak minta MP-MP Umno yang jadi menteri bawah PN agar letak jawatan segera. Marah betul mereka bila PN kencing Bn di Sabah. Bayangkan, budak 'baby" boleh kencing atas kepala 'orang tua'.
Tapi, aku nak bgtahu cybertroopers umno, buang masa je korang cabar mereka letak jawatan. Korang ingat senang nak jadi menteri? Kalau senang, takkan la pak2 lebai sanggup jadi pelacur politik dan jual agama demi jawatan menteri, walaupun menteri Mewa.
Cuba korang lihat 'mujahid cyber" pak lebai. Ada dia org bising bila presiden mereka hanya jadi duta khas je. Macam kerja opis boy la lebih kurang. Ada mereka bising bila umno pun kencing mereka?
Sekarang ini, hukuman tuhan itu adil.
Umno rasa dikencing oleh PN.
Pas pula tak rasa dia dikencing dari dua kolam, iaitu PN dan Umno. Paling kurang, umno sedar mereka kena kencing. Lebai?
WFAUZDIN NS
TAMATKAN KERJASAMA BN – PN JIKA MEMBEBANKAN
Tamatkan kerjasama BN – PN jika membebankan
Sebarang kerjasama politik yang dibentuk harus dengan ada keikhlasan bukannya mendabik dada paling kuat dan paling bersih.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin pembentukan kabinet Malaysia tempoh hari jelas dibuat dengan bertujuan untuk mengukuhkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PBBM) dan melemahkan UMNO.
Kita terima seadanya demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Dalam situasi politik pasca PRN Sabah juga sekali lagi keikhlasan itu tidak ada.
“Bukan sahaja jawatan Ketua Menteri diambil Perikatan Nasional, malah persetujuan awal pembahagian potfolio Menteri juga ubah sesuka hati.
“Apakah satu keikhlasan jika UMNO Sabah terpaksa menunjukkan protes terbuka sebelum PN mengubah semula susunan Kabinet Sabah mengikut persetujuan awal?,” soalnya melalui satu kenyataan dipetik SuaraTV.
Menurutnya lagi Perikatan Nasional (PN) disarankan untuk segera menamatkan kerjasama politik bersama Barisan Nasional (BN) / UMNO sekiranya ia dilihatkan membebankan.
“Lembu dipegang kepada tali, manusia dipeganng pada janji. Dalam masa yang sama hanya kerana pemimpin-pemiimpin Perikatan Nasional tidak berhadapan pendakwaan politik bukan bermakna mereka paling bersih dan tiada sebarang cacat cela.
“UMNO sebuah organisasi siasah besar tidak bergantung kepada mana-mana pemimpin untuk kekal relevan.
“Jika PN merasakan BN adalah satu bebanan politik maka seeloknya mereka membuat keputusan menamatkan kerjasama politik ini,” tegasnya lagi.
POLITIK KAUM UMNO-PAS BUAT ORANG MENYAMPAH
Politik kaum Umno-Pas buat orang menyampah
Oleh: Pentadbir
Sebelum kerajaan pimpinan Pakatan Harapan digulingkan, pelbagai isu kerap dimainkan oleh UMNO PAS dan di lindungi oleh Pengkhianat dlm kerajaan PN termasuk isu kematian Adib, isu Dong Zhong, isu Tommy Thomas, isu “pengaiban Melayu Islam dan sebagainya.
Semua isu ini biasanya dikaitkan dengan DAP dan PKR termasuk isu kematian Adib, di mana Waytha Moorthy didakwa diperalatkan oleh DAP dan bergerak atas arahan DAP.
Masyarakat Melayu-Islam diberitahu, jika Pakatan Harapan berjaya ditumbangkan, semua yang terlibat dalam isu-isu ini akan dihukum, khususnya DAP, yang digelar musuh Islam kerana di lindungi oleh Pengkhianat yang berada dlm kerajaan PN
Akhirnya, Pakatan Harapan tumbang apabila Pengkhianat Kerajaan PH Muhyiddin dan Azmin berpaling tadah terhadap PH dan tubuh kerajaan PN yg di sokong oleh PPBM(Besatu) UMNO dan PAS
Tiba-tiba, semua isu yang dimainkan terus didiamkan, malah UMNO dan PAS bersetuju diadakan inkues kedua untuk menyiasat punca kematian Adib walaupun perkara ini jelas bercanggah dengan peruntukan perundangan kerana menteri kehakiman drp PAS
Tiba-tiba, Dong Zhong yang sebelum ini didakwa “rasis lampau” dan wajib diharamkan boleh dibawa bermuzakarah.
Tiba-tiba, sekolah Cina yang dahulunya dikatakan “tapak semaian budaya rasis” yang kononnya “ala komunis” boleh ditambah malah dikembangkan lagi yang sedia ada.
Tiba-tiba, isu yang bersangkut paut dengan Tommy Thomas dan Waytha Moorthy yang hebat diperkatakan sehingga riuh satu kampung disenyapkan.
Tiba-tiba, isu “pengaiban Melayu Islam menerusi penjualan aset-aset TH” tidak lagi diperkatakan, yang ada hanya isu-isu teknikal berhubung untung rugi dan sebagainya.
Rupa-rupanya, kesemua isu ini hanya dimainkan untuk meraih sokongan Melayu Islam dan melagakan Muslim.dan bukan Muslim.
Satu per satu, penipuan UMNO dan PAS terbongkar, termasuk penipuan kononnya Kementerian Kewangan bawah Lim Guan Eng paling boros berbelanja dengan meluluskan projek-projek rundingan terus.
Rupa-rupanya, pihak yang paling boros berbelanja dalam sejarah tanah air bukannya Pakatan Harapan, tetapi Barisan Nasional di bawah pentadbiran Najib.
Rupa-rupanya, TH tidak pernah dikawal oleh Guan Eng sepertimana yang didakwa manakala mesyuaratnya tidak pernah dipengerusikan oleh seorang Cina bukan Muslim.
Rupa-rupanya, penjualan aset TH dilakukan dengan banyak di bawah pentadbiran Najib dan tidak bercanggah langsung dengan mana-mana rukun Islam.
Rupa-rupanya, aset-aset TH sememangnya dibeli untuk tujuan pelaburan dan tidak salah untuk menjualnya kepada sesiapa pun asalkan pulangannya berpatutan dan dikembalikan kepada pelabur Muslim.
Banyak lagi penipuan yang terbongkar, dan kesemua ini dilakukan untuk memastikan penyokong tegar UMNO dan PAS terus membenci kaum Cina, bukan hanya DAP dan PKR
Ini terbukti apabila UMNO dan PAS baru-baru ini memainkan isu laman web versi Cina milik SPRM yang didakwa melanggar peruntukkan perlembagaan persekutuan kerana tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan untuk urusan rasmi.
Tetapi apa yang lupa diceritakan oleh UMNO dan PAS ialah laman ini merupakan laman pendua yang diterjemah dari laman asal versi Bahasa Kebangsaan dan diwujudkan di bawah pentadbiran Najib.
Ini bermakna, SPRM tidak pernah melanggar peruntukkan perlembagaan persekutuan, malah tidak ada peruntukkan perlembagaan yang menghalang sesiapa daripada membuat terjemahan dalam bahasa lain walaupun untuk urusan rasmi.
Bukan hanya UMNO dan PAS parti rasis, kepimpinannya dilihat makin rasis dan makin bersikap anti-Cina kebelakangan ini.
Malangnya, politik rasis sebegini makin kurang diterima oleh rakyat Malaysia, menyebabkan prestasi PPBM UMNO dan PAS merosot teruk di PRN Sabah baru-baru ini walau pun PAS tidak bertanding tetapi beri sokongan penuh,
Masyarakat Melayu Islam dan Bumiputra Muslim sudah mula membuka mata dan melihat siapa sebenarnya PPBM(Bersatu) UMNO dan PAS bagaimana mereka ditipu dan khianat selama ini.
Ini jelas dapat dilihat apabila DAP dan PKR mencatatkan peningkatan ketara dalam undi Bumiputra Muslim di Sabah biapun PPBM UMNO dan PAS terus-menerus memainkan sentimen anti-DAP dan PKR dalam kempennya.
Percayalah, zaman provokasi Pengkhianat PPBM(Bersatu) UMNO dan PAS sudah lama berakhir.
Yang tinggal hanyalah sekumpulan manusia berkepentingan dan terdesak yang sanggup melagakan kaum Cina dan Melayu-Islam demi memajukan agenda peribadi masing-masing.
PPBM(Bersatu) UMNO dan PAS dijangka akan hangus di PRU15 dan bakal digantikan oleh Parti PKR dan PH
Parti ini benar-benar menitikberatkan hak asasi dan nasib rakyat jelata yg hidup miskin serta mendukung perjuangan Agama, Bangsa dan Negara, bukannya Wang, Kuasa dan Kedudukan.
BOLAK BALIK PAS
Masa PAS 'perang' dengan Umno.. dia bawa cerita perang Badar.
Bila PAS bergabung dalam PR.. dia bawa cerita perjanjian Hudaibiyyah.
Masa PAS 'perang' dengan PH.. dia bawa cerita perang Ahzab.
Bila PAS bergabung sokong Najib.. dia bawa pula cerita persaudaraan Aus dan Khazraj. Lepas tu dia tuduh sapa yg tak setuju dengan penggabungan itu sebagai puak Yahudi.
Lepas ni bila dia gaduh balik dengan UMNO pasti puak PAS akan bawa cerita Habil dan Qabil.
Semasa langgar SOP kuarantin , timbul burung Hud Hud.
Semasa PAS tak bertanding di PRN Sabah, kisah perjanjian Hudhaibiyah digunakan kembali.
Apa-apa pun puak pimpinan PAS ini sentiasa lengkap dan sempurna. Tiada cacat cela dan tiada kekurangan daripada apa yang dia lakukan.
Masa dulu dia kata sesiapa yang ingin bersama UMNO, bererti orang itu mendengar bisikan Syaitan.
Sekarang, dia berkata bahawa sesiapa yang tak setuju dengan tindakan bergabung dengan UMNO, mereka itu sebagai pengikut syaitan.
SR
Antara Bubar Parlimen dan Pengembalian Semula Mandat Rakyat
1. Dipercayai, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diberi peluang mengadap KBDYMMSPBYDP Agong terlebih dahulu untuk membuktikan dan menyenaraikan sokongan Ahli Parlimen terhadapnya.
2. Namun seandainya keberadaan Muhyiddin ke istana mengadap YDPA bertujuan untuk memohon perkenan pembubaran Parlimen, maka permintaan tersebut sudah pasti ditolak dengan mentah kerana negara ketika ini sedang menghadapi gelombang ketiga pandemik Covid-19, iaitu gelombang Genome 164 Kluster Super Spreader.
3. Telah dicanang sebelum ini oleh Muhyiddin, pilihanraya umum akan dilaksanakan segera setelah PN menang Pilihanraya Negeri Sabah. Adakah kerana ketika itu Muhyiddin sendiri telah sedar bahawa beliau sudah tidak mempunyai sokongan Ahli Parlimen?
4. Di sebalik pelbagai polemik termasuklah perebutan kerusi Ketua Menteri, pertukaran portfolio menteri untuk membeli sokongan dan pergelutan PN-BN dalam pelbagai acara, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat begitu tenang membawa isterinya Dr Wan Azizah ke pasar dengan memandu Volkswagen Beetle Classic 1967.
5. Anwar Ibrahim sudah mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang cukup untuk dipersembahkan kepada YDPA dan mengembalikan semula Mandat Rakyat. Jumlah tersebut bukan sekadar untuk menjadi kerajaan yang terpaksa 'memajak' jawatan GLC untuk menjamin kestabilan, tetapi cukup untuk menobatkan DSAI Perdana Menteri sehingga habis penggal tanpa rasa gusar.
6. Dengan adanya jumlah majoriti Ahli Parlimen yang "Strong, Convincing and Formidable" dengan izin untuk Anwar Ibrahim, maka permintaan Muhyiddin untuk membubarkan parlimen adalah tidak wajar sama sekali malah tiada 'locus standi' untuk berbuat demikian.
7. Kini tiba giliran Anwar Ibrahim untuk memacu negara mengikut acuannya selaku pemegang rekod Menteri Kewangan Terbaik Asia suatu ketika dulu. Rekod yang bersih, tiada salah laku, tiada rasuah dan ketirisan dilaporkan sepanjang menjawat jawatan menteri.
8. Kestabilan politik dan seterusnya menstabilkan ekonomi secara tidak langsung akan mengundang pelabur luar khususnya negara kaya dari Arab, Turkey dan Eropah yang selama ini menanti detik DSAI menjadi PM untuk menyuntik pelaburan berskala besar. Mereka yakin dengan 'brand' Anwar Ibrahim.
9. Agenda Reformasi Total yang tuntas merupakan agenda penting yang tidak boleh ditangguhkan lagi. Reformasi sistem, polisi dasar, ekonomi dan sosial, tanahair ini perlukan penjajaran di banyak sektor.
10. Bagaimana penjajaran ini mampu dilakukan? Biar Anwar Ibrahim cerakinkan agenda Reformasi yang dilaungnya selama ini.
11. Lebih cepat Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri, maka lebih cepat jua nasib rakyat dibela dengan polisi ekonomi yang mendahulukan rakyat. Anwar Ibrahim begitu obses untuk membantu marhein di bawah, membasmi kemiskinan, ini naratif wajib dalam setiap ucapan beliau.
12. InshaAllah, kita selama ini menyaksikan betapa sukarnya jalan yang dilalui oleh Anwar Ibrahim untuk menjadi nakhoda negara, percayalah bahawa kesukaran inilah yang akhirnya membawa kepada kemenangan yang paling bahagia untuk rakyat Malaysia. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Rakyat - The People's Champ!
Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
30 September | 8.15am | Bilik Kuarantin Persendirian
Reformasi 1998; KENALI ANWAR BUKAN DARI MUSUH POLITIKNYA
50 tahun lamanya terpaksa berkorban diri dan keluarga. Ramai generasi muda atau mereka yg tidak cenderung kpd dunia politik percaya apa yg ditohmah musuh politik Anwar Ibrahim.
Mereka mengenali Anwar dari musuh politik yg mana tanpa mereka sedari segala 'kejahatan' dlm dunia ini ada pada diri politikus.
Ketika ayah dan ibu Ketua Armada, Syed Saddiq masih belajar lagi, Anwar Ibrahim sudah dijulang oleh Mahasiswa sebagai hero mereka dan pejuang rakyat.
Peristiwa Baling akhirnya telah membawa Anwar ke penjara buat pertama kalinya. Sedangkan Hishamuddin Rais lari merentasi negeri dan negara.
Tun M sendiri dpt mengesan ketokohan Anwar. Tun ketika itu berhadapan dgn PAS yg memainkan isu2 agama dlm memerangi UMNO. Anwar dijemput oleh Tun utk mengimbangi tekanan musuh politiknya.
6 tahun selepas itu juga Anwar Ibrahim adalah antara tokoh yg berperanan membantu Tun melawan musuh politiknya, Tengku Razaleigh. Tapi generasi muda skg tidak mengenali bagaimana kehebatan ketokohan Anwar sehingga ada mengatakan Anwar sudah tidak relevan.
Mereka terlupa 4 tahun lalu Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dtg 'mengadap' Anwar tanpa berasa malu memohon jasa baik Anwar merestui mereka. Jika Anwar tidak hebat dan relevan lagi. Cukup Tun dan Muhyiddin saja melawan BN tapi mereka tahu mereka berdua tidak mampu.
Buktinya Bersatu yg paling byk bertanding di kerusi Parlimen adalah parti yg paling sedikit menang dlm PRU lalu. Membuktikan aura Tun dan Muhyiddin tiada di hati rakyat. Kedua nama ini hanya dikagumi kalangan pemimpin sahaja.
Anak2 muda mungkin ada yg buta sejarah ketika PRU 2004 Anwar di penjara, PKR hanya ada 1 kerusi Parlimen. Bila Anwar dibebaskan tidak sampai 3 tahun beberapa negeri seperti Selangor, Perak, PP berjaya dirampas dari BN.
Jika PH berjaya merampas kembali kerajaan dari PN bermakna sudah kali keempat Anwar membantu menyelamatkan maruah Tun Mahathir samada ia berbentuk peribadi atau sebaliknya. Bagi saya Tun kena bersyukur kerana Anwar mempunyai sifat kemaafan yg tinggi.
Ketokohan Anwar diiktiraf ke pelusuk dunia. Dlm dunia Islam sendiri Ulama Besar Dunia seperti Dr Yusuf Qardawi, Dr Ahmad Tantaji, Dr Wahbah Zuhaily dan ramai lagi sgt mengenali Anwar sebagai tokoh pemimpin Islam.
Malah pemimpin dunia menghormatinya sehingga beliau pernah disambut permaidani merah oleh kerajaan Amerika. Layanan istimewa itu dianggap musuh politik Anwar sebagai tali barut Amerika.
Perlu diingat Presiden Erdogan iaitu pemimpin ulung Islam dewasa ini sgt menghormati ketokohan Anwar Ibrahim sehingga mereka menjadi kawan yg akrab. Ini semua kerana ketokohan yg ada pada diri Anwar.
Begitu juga dunia Arab. Seorang kenalan yg mengikuti rombongan Wan Azizah ke persidangan OIC sebagai TPM memberitahu, ketika bertemu dgn beberapa pemimpin negara Arab mereka bertanya khabar Anwar dan berjanji akn membantu Anwar apabila beliau menjadi PM nanti.
Secara peribadi bagi saya sbb utama Tun tidak mahu Anwar menjadi PM adalah kerana ketokohan yg ada pada Anwar sgt dicemburui Tun. Tun rela mengambil Pak Lah yg dianggap Menteri yg lemah semata mata utk beliau dilihat sebagai pemimpin ulung negara.
Tun tahu Anwar mampu mengembalikan era kegemilangan Malaysia era 90 an dikenali sebagai Asian Tiger di mana ketika itu Anwar Ibrahim diakui oleh dunia sebagai antara Menteri Kewangan terbaik dunia.
Tun tahu dgn hubungan baik Anwar dgn dunia luar terutama negara2 Teluk, integriti dan sgt membenci rasuah... Malaysia akn lebih gemilang di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim. Ini terbukti negara Filipina dan Indonesia yg memerangi rasuah ekonomi negara terbabit berkembang pesat.
Negara2 dunia yg maju kerana amalan rasuah sgt minima. Jepun, New Zealand maju kerana mereka berjaya memerangi rasuah. Perlu diingat di penghunjung era 80 an tiba2 kita mula ketinggalan dari Korea. Ini kerana amalan rasuah yg mula berlegar di kalangan pemimpin2 negara ketika itu
Sebab itulah musuh politik atau pemimpin korup berpuluh tahun lamanya cuba memburukkan Anwar. Ini kerana mereka tahu menjadi ahli politik tidak mampu membuatkan mereka jadi kaya raya jika tiada rasuah. Apa la guna menjadi pemimpin tetapi menjadi hamba kpd rakyat semata mata.
Sdgkan berpuluh tahun tradisinya menjadi pemimpin mereka akn disanjung, disambut bagaikan dewa dan hidup dlm kemewahan tanpa dipersoalkan.
Itulah sb org Melayu berebut rebut mahu menjadi pemimpin dan pengampu pemimpin. Tak rasa bersalah dgn rakyat apatah lagi gerun dgn Allah atas perbuatan mereka.
Saya ingin bertanya kpd mereka yg terpengaruh dgn musuh politik Anwar. Ada kalian jumpa pemimpin yg sanggup dipenjarakan hampir 10 tahun dlm hidupnya di negara ini? Sdgkan Anwar ditawarkan oleh beberapa negara Teluk 'suaka politik' tetapi beliau memilih lawan demi utk rakyat.
Baru2 ini beliau ditawarkan utk menduduki kerusi no 2. Tapi Anwar yg kita kenali dia seorang yg berintergriti. Tidak mudah disuap dgn jawatan dn kuasa dan kita tidak perlu bimbang kerana dibibir Anwar dia hanya meratib nasib rakyat teramai. Idealisma dia menjadi teras perjuangan.
Perlu saudara2 tahu... di kala beliau dituduh gila kuasa ingin menjadi PM, dlm mesyurat Tertinggi PH, beliaulah yg menenangkan penyokong dan musuhnya... Katanya berikan Tun peluang sehingga selepas Apec.
Malah lebih membuatkan kita berasa dia berjiwa besar, Anwar membenarkan Tun utk menetapkan tarikh bila beliau mahu berundur walaupun dlm konsesi PH, Tun hanya PM sementara atau 2 tahun sahaja.
Difitnah dia lawan di mahkamah. Dipukul, dibogelkan, dipenjarakan dan paling hina diaibkan sehingga menderita ahli keluarga Anwar.
Bukti Anwar didendami musuh politik, kes beliau hingga terpaksa diadakan adakan bukti. Sdgkan yg ada pemimpin yg ada bukti yg nyata dgn video dan pengakuan perakam tidak langsung didakwa.
Sebab itu jika kita tidak faham politik jgn bila disebut nama Anwar terus membenci... sama seperti bila dgr nama DAP terus membenci... itu tandanya kita mudah diperbodohkan atau diperhambakan politikus yg ketagih mencuri wang rakyat.
Walaupun Tun dan Najib cuba membunuh karakter Anwar tetapi rakyat menyambut Anwar sebagai wira. Tidak pernah berlaku seorang pemimpin disingkirkan dan diaibkan disambut 100 ribu rakyat di Dataran Merdeka.
Ratusan ribu pengkagum Anwar kini berdebar menunggu keputusan. Mereka bukan taksub membuta tuli kerana mereka tahu dgn Anwar tiada apa projek yg mereka akn perolehi tetapi memahami bahawa pada tubuh lelaki bernama Anwar ini akn mampu membawa perubahan kpd negara.
Bukan sekadar ekonomi tetapi membawa perubahan kpd sikap org Melayu yg sudah sinonim dgn rasuah. Intergriti dan keberanian Anwar Ibrahim adalah pemimpin yg dinantikan nantikan oleh rakyat perbilang kaum yg mahu harta negara ini dipulangkan kpd rakyat dan bukan kpd pemimpin korup.
Utk menjadi pemimpin nombor satu negara kamu tidak boleh disanjung oleh satu bangsa... kamu mesti disanjung oleh bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Iban, Dayak, Bugis, Suluk, org asli dan lain. Sebab kamu adalah pemimpin negara bukan pemimpin bangsa.
Aman Shah II
ANWAR IBRAHIM : KERAJAAN MESTI TONJOLKAN KETEGASAN TERKAIT ISU MORATORIUM PINJAMAN BERSASAR
KENYATAAN MEDIA
KERAJAAN MESTI TONJOLKAN KETEGASAN TERKAIT ISU MORATORIUM PINJAMAN BERSASAR
Adalah sangat mengecewakan dengan keputusan kerajaan tatkala tidak melanjutkan moratorium pinjaman selama tiga bulan seperti yang digesa. Tidak semestinya moratorium penuh, namun ia adalah suatu pengabaian tanggungjawab yang amat serius apabila kerajaan gagal untuk mengenakan moratorium bersasar. Kepimpinan yang ada pada hari ini juga lemah tatkala meletakkan para peminjam di bawah telunjuk institusi bank.
Menurut laporan terkini, bank-bank secara umumnya telah menghubungi seramai 1.4 juta peminjam, di mana sejumlah 380,000 dari angka tersebut telah memohon untuk lanjutan pinjaman dan bantuan kewangan. Dari 380,000 itu, sebanyak 98% telah diberikan dukungan kewangan oleh institusi bank. Meski saya puji langkah tersebut, namun yang seharusnya diambilkira adalah terdapat 8.3 juta peminjam di Malaysia. Secara ringkasnya, bank-bank hanya dapat berhubung dengan 17% dari jumlah keseluruhan peminjam. Angka ini tidak begitu meyakinkan, dan ia mencerminkan betapa kerajaan dan institusi bank masih belum memahami sentimen keseluruhan para peminjam.
Saya gesa kerajaan untuk segera mengkaji semula langkah ini, dan melaksanakan moratoriun pinjaman secara bersasar, dengan fokus utama adalah kepada peminjam yang berpendapatan rendah dan pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana. Kita belum nampak sebarang dampak pemulihan yang berkesan, terutamanya dalam aspek sumber pendapatan golongan berpendapatan rendah, atau aliran masuk yang stabil kepada pengusaha-pengusaha kecil di Malaysia. Kelas peminjam seperti ini mesti diberi perhatian oleh kerajaan.
Meski saya sangat komited pada kebijakan sistem perbankan yang bingkas, namun harus ditegaskan bahawa sektor tersebut mesti telus dan ada kebertanggungjawaban. Kerajaan dan institusi bank mesti menonjolkan ketelusan dalam soal kecairan (liquidity) dan keuntungan terkini sektor perbankan, dan membentangkannya di Parlimen supaya ahli-ahli Parlimen dapat merencana, mencari jalan dan dapat memungkinkan kebijakan yang munasabah dan menyeluruh.
Dalam perkembangan lain, saya ambil maklum terkait jumlah jangkitan COVID-19 yang kini telah mencecah 11,000 kes, dan jumlah kes yang aktif telah melepasi 1000 untuk pertama kali sejak pertengahan bulan Jun yang lalu. Kita mungkin akan dirempuh gelombang kedua wabak ini, dengan sekurang-kurangnya 20 kluster baru yang aktif. Ini bukan perkembangan yang baik pada ekonomi kita untuk jangka pendek, dan ini bermakna kita harus terus memikir dan mendukung golongan berpendapatan rendah yang semestinya akan terkesan.
ANWAR IBRAHIM
30 September 2020
MEDIA STATEMENT
GOVERNMENT MUST PROVIDE LEADERSHIP IN TARGETED LOAN MORATORIUM
I am disappointed that the government has decided not to extend
the loan moratorium for an additional three months. While a full blanket
moratorium may not be necessary, failure to take the lead in imposing a
targeted moratorium is a dereliction of responsibility and a serious lapse of
leadership, leaving borrowers at the behest of banks.
According to the latest news, the banks have collectively
contacted a total of 1.4 million borrowers, of which 380,000 have requested
loan extensions and financial aid. Of the 380,000, the banks have decided to
provide 98% with financial support. While I applaud the collective efforts of
the banks, I note that there are in total an estimated 8.3 million borrowers in
Malaysia. In other words, the banks had only managed to speak to 17% of their
borrowers. This is not an inspiring figure, indicative that the government and
the banks are still in the dark regarding overall borrowers’ sentiment.
I urge the government to immediately relook into implementing a
more targeted loan moratorium, focusing on the borrowings of lower income
households and small businesses. We have yet to see any meaningful recovery of
the salaries of lower income families, or steady revenues for small businesses
in Malaysia. These class of borrowings should be targeted for moratorium as we
have yet to see any meaningful recovery of the salaries of lower income
families, nor steady revenues for small businesses in Malaysia.
While I am committed to the policy of a resilient banking
system, it is crucial that the banking sector be more transparent and
accountable. The government and the banks must provide greater transparency on
the latest liquidity and profitability data of the sector to Parliament, so
that legislators can consider and formulate an appropriate and holistic policy
response.
In addition, I note with alarm the total number of COVID-19
infections in Malaysia has now surpassed the 11,000 mark, while the number of
active cases has now breached the 1,000 mark for the first time since mid-June.
We could be witnessing the start of a second wave, with at least 20 active
clusters nationwide. This does not bode well for the economy in the short term
and it means that we must continue to actively support lower income individuals
and families who will be disproportionately affected.
ANWAR IBRAHIM
30 September 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)