Saya telah minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kos termasuk saraan, elaun, pejabat dan staf bagi Duta-Duta Khas bertaraf Menteri iaitu Dato’ Seri Hj Hadi Awang (Marang), Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) dan Datuk Seri Richard Riot (Serian) dari tahun 2020 sehingga 2021.
Berdasarkan jawapan yang dikemukakan dalam Parlimen, secara purata kerajaan membelanjakan lebih RM48,000 sebulan untuk bayaran keseluruhan staf bagi setiap MP bertaraf Menteri tersebut.
Itu bermaksud kita telah berbelanja lebih daripada RM2.3 juta untuk pejabat 3 orang Duta Khas bagi tempoh 16 bulan.
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kekal dengan pendirian bahawa lantikan tersebut merupakan satu bentuk pembaziran, iras ‘scheme of things’ dan tanpa hasil yang jelas.
Ini belum termasuk tambahan gaji Duta-duta taraf Menteri itu sendiri!
Tidak cukup korum sudah banyak kali berlaku. Apakah menteri sebok. Bukankah Menteri ada ofis di Parlimen. Apakah bilik ofis tidak cukup kerana menteri ramai sangat?
Elok ada peraturan mandatori untuk menteri semasa sidang Parlimen. Mesyuarat mesti buat di Parlimen. Majlis rasmi kementerian diwakilkan kepada KSU. Tiada aktiviti luar KL kecuali lawatan bencana.
“Saya tak didorong atau ditekan untuk tukar fikiran. Saya guna kuasa saya untuk tukar fikiran.” Itu jawapan Azhar. Dia nafi ditekan bila batal jemput Nga Kor Meng jadi Timbalan Speaker sementara. Baca.
Bab itu guna kuasa. Bab lain tak mahu guna kuasa. Kononnya tidak ada kuasa. Selagi Azhar kekal Speaker, tidak payah mimpilah reformasi parlimen akan berlaku.
KKM dan MKN hari ini membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh KKM. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh KKM.
Selain dari itu, Kerajaan turut membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan.
Ketetapan lain yang dipersetujui termasuk:
1. Kedai runcit, mini market, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 malam berkuatkuasa 23 September 2021.
2. Operasi perniagaan spa, pusat kesihatan (wellness) dan urut kesihatan dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang telah menerima dos lengkap vaksin bermula 1 Oktober 2021.
3. Pusat/premis/ produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan, memancing dan taman rimba, dibenarkan beroperasi di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 1 Oktober 2021 dengan semua pengusaha/operator dan pelawat/pengunjung lengkap divaksin.
4. Kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100% dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin.
Sehubungan dengan kelonggaran itu, kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja yang telah lengkap divaksin.
Buat warganegara Malaysia yang tiba di pintu masuk antarabangsa tidak perlu membayar kos ujian RT-PCR, bagi warga asing kos ujian perlu ditanggung sendiri.
Sementara itu, Kerajaan turut menyeru dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan disiplin dan tanggungjawab.
KUALA LUMPUR – UMNO menerima banyak cadangan daripada rakyat meminta tempoh moratorium sedia ada dilanjutkan.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara alasan ialah masih ramai yang hilang pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19 belum memperoleh pekerjaan baharu.
Alasan itu sangat realistik bersandarkan perangkaan Statistik Tenaga Buruh bahawa kadar pengangguran di negara ini kembali meningkat kepada 4.8 peratus Jun lalu, katanya.
Begitu juga yang pernah hilang perniagaan akan mengambil masa sebelum dapat menjayakan perniagaan baharu.
“Mereka berasa khuatir tidak mampu keluar daripada kesulitan kewangan sebelum tempoh moratorium sedia ada berakhir.
“Walaupun sektor ekonomi telah dibuka semula, tetapi ramai menjangkakan ia tidak pulih secara drastik dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi hantaran akaun Facebooknya hari ini.
Ahmad Zahid berkata, kemungkinan sebelum tempoh moratorium sedia ada berakhir, satu pengumuman lanjutan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan lagi diumumkan.
Kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, pengumuman awal penting membolehkan rakyat membuat unjuran perancangan kewangan mereka dari sekarang.
Ia mungkin boleh dipertimbangkan menerusi Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Oktober ini.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, ramai bertanya mengapa tiada lagi desakan kuat daripada UMNO supaya total lockdown dilaksanakan.
Katanya, UMNO mendesak kerajaan lama buat total lockdown ketika rakyat masih ada kemampuan untuk menempuhinya iaitu sewaktu kes harian jangkitan Covid-19 baru mencecah empat angka awal tahun ini.
“Pada waktu negara masih ada kemampuan untuk memberi bantuan secukupnya kepada rakyat.
“Kita desak kerajaan lama buat total lockdown sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula, iaitu sebelum kes harian jangkitan Covid-19 mencecah lima angka pada pertengahan Julai lalu.
“Dengan situasi terkini, kerajaan baharu kelihatan keberatan melaksanakannya walau kes masih tinggi. Mungkin atas faktor rakyat sudah dalam keadaan tidak mampu mengharunginya atau ekonomi rakyat semakin parah.
“Tetapi tahap kesihatan mental sebilangan rakyat kian merungsingkan kerana terlalu lama berkurung dan jika total lockdown sekarang mungkin bagi kerajaan baharu keadaan rakyat akan bertambah teruk,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, apakan daya nasi sudah menjadi bubur dan andainya total lockdown bermula Januari lalu mungkin jangkitan Covid-19 ketika ini adalah terkawal.
Mungkin juga, kata beliau, rakyat ketika ini sedang selesa menikmati kelonggaran dengan kadar jangkitan yang rendah.
“Maka, ayuh semua terus amalkan SOP walaupun banyak kelonggaran telah diberikan oleh kerajaan menerusi Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4, tetapi ingat jangkitan Covid-19 masih berada dalam komuniti kita.
“Kita masih terdedah kepada jangkitan. Virus ini masih aktif dalam persekitaran kita. Kerajaan minta kita hidup bersama Covid-19 tidak bermakna kita perlu merelakan jangkitan,” katanya. – MG
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mengucapkan syukur kerana polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah membuka kertas siasatan berhubung aduannya terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada minggu lalu.
Mantan Perdana Menteri itu dimaklumkan mengenai kenyataan dari Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md. Din yang menegaskan polis akan menyiasat kes itu di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan iaitu pemalsuan bagi maksud menipu.
“Maka, jawablah sesiapa yang arahkan untuk menghasilkan taksiran penalti cukai saya yang sengaja disalah kira untuk kenakan saya.
“Jawablah kenapa wang disebut sebagai RM2.6 bilion yang dikembalikan kepada penghantar empat bulan kemudian diambil kira sebagai pendapatan.
“Jawablah kenapa dana yang dipindah dari satu akaun atas nama saya ke akaun atas nama saya yang lain (dalam bank yang sama) turut diambil kira sebagai pendapatan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Pada 8 September lalu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan membuat laporan polis terhadap LHDN selepas menerima maklumat pegawai agensi itu menerima tekanan dari ahli politik mahu dirinya dikenakan tindakan undang-undang termasuk penalti cukai.
Najib mendakwa mempunyai maklumat dan bukti berlaku pelanggaran kuasa mengikut Seksyen 167, Seksyen 192, Seksyen 196, Seksyen 197 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu.
Mengulas lanjut, bekas Presiden UMNO itu mahu pihak berkenaan menjawab kepada polis kenapa dana yang diterima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaunnya diambil kira sebagai pendapatan.
Sedangkan, katanya, segala hasil yang diperolehi dari sumber luar negara sudahpun dikecualikan cukai sejak tahun 2004 dan kenapa ianya masih dikira sebagai pendapatan.
“Sedangkan, segala dana yang saya terima telahpun digunakan untuk kerja CSR, kebajikan dan politik yang sepatutnya ditolak dari cukai.
“Dan jawablah sesiapa yang tidak berikan peluang untuk saya membawa kes saya ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) untuk mempertikaikan pengiraan taksiran cukai, tetapi mereka lebih rela untuk bankrapkan saya serta merta untuk putuskan riwayat politik saya.
“Terima kasih atas pemberi-pemberi maklumat yang ingin mempertahankan keadilan sebab memberitahu saya bahawa kes cukai saya sebenarnya telah disiasat tiga kali oleh LHDN dan setiap kali, keputusannya sebenarnya bahawa tiada penalti cukai patut dikenakan atas dana-dana tersebut,” katanya.
Bagaimanapun, tegasnya, ahli politik telah campur tangan untuk mengarahkan beliau dikenakan penalti cukai tidak munasabah sebanyak RM1.7 bilion dengan menyalah gunakan kuasa “bayar dulu, bincang kemudian” undang-undang cukai.
Katanya, beliau difahamkan siasatan sudah bermula dan beberapa saksi telah dipanggil serta berharap polis akan menyiasat secara adil dan menyeluruh agar dalang tertentu dapat dikenal pasti dan dihukum. – MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggesa Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun menerima usul untuk membahaskan kes tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan atas dakwaan penyelewengan wang.
Usul itu dibawa oleh Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) pagi tadi kepada Azhar.
“Sementara speaker Dewan Rakyat teliti (usul dibawa Fahmi), saya pohon sedikit pertimbangan.
“Kes ini antara yang agak serius. Kebelakangan ini bukan sahaja melibatkan kecuaian SPRM, ini pegar makan padi, melibatkan polis sebab sudah jadi urusan polis.
“Saya pohon beri ruang perkara ini dibahaskan supaya kita dapat penjelasan tentang permasalahan ini dari sudut keberkesanan tindakan diambil oleh kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat.
Sebelum itu, Fahmi memohon usul itu diterima dan dibahaskan kerana terdapat kesan ke atas sesebuah institusi yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Ini kerana katanya, ia melibatkan kepentingan umum dan perlu disegerakan.
“Saya pohon dipertimbangkan usul ini dibenarkan. Isu penangkapan tiga anggota SPRM merupakan kes berat dan besar.”
Azhar berkata, beliau baru meneliti usul yang dibawa Fahmi itu pagi tadi.
“Saya akan menulis surat kepada Yang Berhormat (Fahmi) hari ini juga, sebelum 2.30 petang.”
Isnin lalu, SPRM mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan wang lebih RM25 juta dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.
SPRM memaklumkan, ketiga-tiga pegawai itu sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman enam hari sejak 14 Sept lalu.
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memberi alasan beliau akan “demam” jika tidak bergurau dalam sehari, sambil menyifatkan gurauan menjadi bentuk terapi untuk keluar daripada tekanan.
Sanusi berkata demikian sebagai tindakan mempertahankan dirinya yang kembali diserang pembangkang di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, yang membangkitkan semula gurauan membabitkan dirinya berkenaan “mayat dalam kontena, nak masuk bagi nama”.
Beliau berkata, gurauan berkenaan sebenarnya ditujukan kepada wartawan yang dikenalinya.
“Itu bergurau dengan wartawan, bukan bergurau dengan hang pun (anda), saya tak bergurau dengan hangpa (kamu). Jadi, saya bergurau dengan wartawan itu, hangpa kalut apa? Orang Johor, orang Selangor, orang Kuala Lumpur, dok kalut, aku bergurau dengan wartawan aku, dia tak kata apa pun, dia gelak lagi,” katanya dalam sidang media secara maya.
Sanusi berkata, beliau mempunyai hubungan akrab dengan wartawan dan dalam sidang maya berkenaan menyebut beberapa nama wartawan di negeri itu, sebagai bukti hubungan mesranya dengan mereka.
“Jadi konteks itu dipetik di luar konteks, saya bergurau dengan dia, lepas itu adalah lagi ‘conversation’ (perbualan) yang lain, orang lain dah potong ambil yang banyak itu sahaja,” katanya.
Terdahulu, Sanusi yang juga ADUN Jeneri berkata, beliau hanya menurut nasihat orang tua, yang mahu beliau menjadi diri sendiri dan tidak perlu berlakon depan orang ramai.
“Saya dipesan oleh orang tua-tua, ‘be yourself’ (jadi diri sendiri) tak payah berlakon jadi orang lain. Jadi kalau saya suka bergurau saya bergurau sahajalah. Tapi jika mereka nak ambil guraan itu secara serius, terpulanglah pada mereka.
“Saya tidak akan bekerja dalam keadaan berlakon. Saya sayalah, depa depalah (mereka merekalah). Jadi tak payah bubuh skema nak saya bekerja macam mana kan. ‘Be myself’ (jadi diri sendiri), ‘I be myself’ (saya jadi diri sendiri), orang tua-tua juga pesan ‘be yourself’. Tak payah berlakonlah,” katanya.
Sanusi juga menyatakan kekecewaannya terhadap ADUN pembangkang yang terus mempertikai peribadinya di DUN Kedah.
“Jadi, mereka nak pertikai peribadi sehingga nak bawa ke dalam Dewan, saya rasa terlalu besar la kan, ‘no’ (setuju tak).
“Dewan ini tempat kita bincang hal negeri, bincang hal ehwal rakyat, bukan bincang watak MB itu, Watak dia itu Tuhan dah jadikan dia macam itu, macam mana nak buat,” katanya.
Beliau turut mengimbau kembali perbualannya bersama seorang pemimpin yang dikatakan ‘cengei’ atau garang.
“Saya pun pi habaq (pergi beritahu) kat (pada) dia, lepas itu dia kata hang (kau) tau (tahu) aku umoq (umur) berapa? Saya kata 70 tahun. Dah (sudah) perangai macam ini, tau-tau 70 tahun, hangpa suruh ubah la nie (sekarang juga), mampuih (matilah) la aku. Saya lebih kurang macam itu lah,” katanya.
Katanya, beliau bukan seorang bangsawan dan tidak tahu mengendalikan dirinya seperti golongan elit.
“Suruh saya cakap bahasa bangsawan, saya mana reti (tahu). Saya cakap bahasa sayalah,” katanya.
ALOR SETAR: Mukhriz Mahathir menuntut Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membuat laporan polis atas dakwaan pemindahan RM13 juta milik sebuah syarikat milik kerajaan negeri ke akaun bank Kanada atau memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu.
Ini menyusul kenyataan Sanusi semalam yang mendakwa jumlah itu dipindahkan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) ketika Mukhriz menjadi Menteri Besar ke akaun Bank Barclays.
“Beliau perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dikatakannya. Saya memandang serius komen itu.
“Buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau polis supaya siasatan terperinci boleh dilakukan.
“Atau saya cabar MB mohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau,” katanya pada sidang media hari ini.
PETALING JAYA: Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan gaji sara hidup bagi semua sektor, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim di Dewan Rakyat.
Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) bertanya sama ada Malaysia akan berusaha memperkenalkan gaji sara hidup seperti di Australia dan Luxembourg.
Beliau juga berkata, agak terlambat jika menunggu hingga akhir tahun bagi membentangkan hasil kajian Majlis Perundingan Gaji Negara mengenai gaji minimum, yang turut mengambil kira kenaikan kadar kemiskinan akibat wabak Covid-19.
Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) mentakrifkan gaji sara hidup sebagai tahap pendapatan yang diperlukan untuk isi rumah memperoleh taraf hidup minimum yang boleh diterima.
Pada 2018, bank pusat itu menganggarkan gaji sara hidup di Kuala Lumpur untuk individu bujang dewasa adalah RM2,700.
Pasangan yang tidak mempunyai anak memerlukan RM4,500, manakala pasangan dengan dua orang anak, RM6,500.
BNM menganggarkan lebih satu perempat daripada isi rumah di Kuala Lumpur memperoleh pendapatan di bawah paras gaji sara hidup.
Menurut Awang, kerajaan terlebih dahulu perlu mempertimbangkan kemampuan majikan membayar gaji sara hidup.
Katanya, kerajaan juga tiada pilihan selain membentangkan hasil kajian mengenai gaji minimum pada mesyuarat Jemaah Menteri pada akhir suku keempat.
Majlis Perundingan tambahnya, dimandatkan oleh undang-undang untuk menjalankan kajian mengenai gaji minimum setiap dua tahun.
Merujuk kepada Australia dan Luxembourg, Awang berkata, negara-negara maju ini memiliki populasi lebih kecil, jadi tidak patut dijadikan perbandingan.
Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, disebabkan kemerosotan ekonomi akibat wabak Covid-19, sebanyak 580,000 isi rumah M40 kini termasuk dalam kategori B40.Katanya, ini merangkumi 20% isi rumah M40, yang sebelumnya memperoleh pendapatan isi rumah bulanan antara RM4,850 dan RM10,959.
Selepas 30 tahun, Ku Li luah perasaan terhadap pengharaman UMNO 1988
Hasimi Muhamad
September 21, 2021 18:09 MYT
Ahli Parlimen Gua Musang itu dalam sidang media di Parlimen mendakwa pengharaman UMNO oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ketika itu adalah tidak sah - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Selepas lebih 30 tahun, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini meluahkan rasa yang terbuku di hatinya berhubung pengharaman UMNO pada 1988.
Ahli Parlimen Gua Musang itu dalam sidang media di Parlimen hari ini mendakwa pengharaman UMNO oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ketika itu adalah tidak sah.
Sebaliknya, dakwa Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li, pembatalan UMNO dibuat berlandaskan politik demi menyokong kepimpinan semasa.
Jelas beliau lagi, susulan pengharaman UMNO ketika itu, sebuah parti baharu atas nama sama telah dibentuk oleh mereka yang bertanggungjawab terhadap pembatalan parti Melayu itu.
"Ini telah menimbulkan banyak masalah bukan sahaja kepada mereka yang tidak dapat menyertai UMNO baru sesudah UMNO asal diharamkan.
"Oleh kerana kita pada ketika itu adalah ahli-ahli yang aktif yang memegang jawatan dan menjadi ahli-ahli Parlimen, dan ramai antara kita yang dalam kerajaan, saya nampak pembatalan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan adalah tidak mengikut Akta Pertubuhan 65, yang diberi kuasa di bawah akta tersebut.
"Juga kita berfikir, penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi mengharamkan UMNO juga di luar bidang jurisdiction dan sepatutnya peguam yang mewakili UMNO melarang hakim daripada membuat keputusan sedemikian rupa.
"Tetapi sebaliknya peguam itu pun kalah, UMNO diharamkan walhal ia mewakili UMNO itu sendiri," katanya pada sidang media di Bilik Media di Parlimen, pada Selasa.
[TERKINI] Sidang Media Ahli Parlimen Gua Musang
UMNO diisyhtiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari, 1988.
‘Pengharaman’ itu berpunca daripada tindakan sekumpulan ahli-ahli UMNO yang dikenali Kumpulan 11 yang memihak kepada Tengku Razaleigh mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan pemilihan parti yang telah berlangsung pada 24 April 1987.
Mengulas mengenai tempoh masa 30 tahun, Ku Li berkata pakar-pakar perundangan dan peguam telah melakukan kajian terperinci berhubung pengharaman UMNO itu.
Justeru tegasnya, mengikut prinsip nullity, UMNO tidak seharusnya diharamkan.
"Sekarang timbul masalah, jika UMNO asal tidak haram dan tak sepatutnya penghakiman dilakukan sebagaimana dilakukan tempoh hari, maka apa jadi kepada UMNO sekarang?
"Jadi saya tak mahu menjawab bagi pihak UMNO sekarang, itu terserah kepada mereka yang ada tetapi saya hanya mementingkan kedudukan UMNO yang disalah hukum oleh mahkamah.
"Ia tidak pernah melanggar mana-mana satu undang-undang negara, tidak pun melakukan sesuatu yang salah dari segi pentadbiran. Maka, tidak ada sebab mengapa pendaftaran badan ini dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan," katanya lagi.
Dalam masa sama, Ku Li berkata beliau hanya bersendirian menggerakkan perkara tersebut, selain berharap Dewan Rakyat boleh membahaskan mengenainya.
Untuk rekod, dua minggu selepas keputusan mahkamah, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu mengumumkan pendaftaran UMNO Baru.
Tengku Razaleigh kemudian memutuskan untuk membentuk parti baharu yang menumpukan kepada "semangat 1946".
Tengku Razaleigh Hamzah meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Jemaah Penasihat UMNO susulan kecewa dengan parti itu yang memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Jemaah Penasihat UMNO susulan kecewa dengan parti itu yang memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.
Dilaporkan surat peletakan jawatan Ahli Parlimen Gua Musang itu telah diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada Isnin lalu.
Perkara itu disahkan oleh sumber rapat dengan Tengku Razaleigh atau Ku Li kepada Astro AWANI, pagi ini.
Menerusi surat peletakan jawatan yang dilihat Astro AWANI, Tengku Razaleigh berkata Perhimpunan Agung UMNO 2020 telah meluluskan sebulat suara usul untuk memutuskan sebarang kerjasama dengan Parti Bersatu.
“Tetapi usul itu telah mengambil masa untuk dilaksanakaan tetapi bisa usul itu apabila dikuatkuasakan memberi kesan segera dalam mana pimpinan yang tidak mempunyai sokongan sebagaimana dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan pimpinannya terpaksa meletak jawatan tanpa tunggu pengundian menolaknya di Dewan Rakyat.
“Sudah tentu pimpinan yang dipilih dan anggota kerajaan yang menggantikan kerajaan ‘gagal’ telah direstu oleh pimpinan UMNO walaupun rata-rata orang ramai dan akar umbi parti menzahirkan kekecewaan mereka kerana hampir semua jawatan dipenuhi oleh mereka daripada kalangan kerajaan ‘gagal’.
“Bolehkah mereka ini bantu parti kita tebus kekalahan kita dalam PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) dan akhiri Parlimen yang tergantung? Bolehkah kita bergantung harap kepada mereka ini memberi kemenangan kepada parti kita dalam PRU15 nanti? Soal Ku Li dalam surat tersebut.
Justeru itu, Tengku Razaleigh menambah, beliau memutuskan untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.
“Dengan surat ini saya memohon untuk berundur daripada jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, jawatan yang tidak berperlembagaan, berkuat kuasa mulai tarikh surat ini.
“Saya suka juga mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi saya kesempatan memainkan peranan yang kecil dalam perjalanan parti kita,” ujarnya.
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan masih dijalankan selepas polis mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual.
“Kita masih teruskan siasatan lagi,” katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hari ini mendedahkan satu perbualan gangguan seksual yang didakwa membabitkan mangsa.
Beliau mendakwa itu antara beberapa hantaran mesej WhatsApp yang dilihat sendiri dari telefon bimbit mangsa.
“Saya merasa sedih dan geram bila mangsa menunjukkan kepada saya. Ini antara bukti yang diserahkan kepada polis.
“Perkongsian bukti-bukti ini adalah atas permintaan mangsa untuk kesedaran ramai serta menggalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya
Seorang wakil rakyat PKR mengkritik pentadbiran Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, yang didakwa gagal menangani pandemik Covid-19 dengan cekap sehingga menyebabkan peningkatan kes dalam kalangan komuniti.
Ooi Tze Min (PH-Bakar Arang) turut mempersoalkan kenapa Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) tidak mengadakan mesyuarat dengan kerap.
Ooi Tze Min berkata, kali terakhir beliau dijemput menyertai mesyuarat JKKN dalam talian ialah Februari lalu dan tiada mesyuarat selepas itu, atau mungkin ia tidak membabitkan ADUN pembangkang. (Gambar Bernama)
Zaman jadi PM pun tak berani nak jawap soalan
wartawan sampai sanggup bagi pdf, lagi mau sembang soal hati. Baik explain
macam mana cara dia lebong mopti utara sampai boleh khianat ilmu dan sertu
pengkhianatan pun ada baiknya, tak pun tolong jawap macam mana boleh bertahan
17 bulan tak buat kerja hanya baca doa depan tv dan harap keajaiban.
Demikianlah rahmat palsu kerajaan Melayu Isle..
Kerap kali juak2 penfitnah dan orang2 yg percaya kpd fitnah yg
dihalakan kpd Anwar Ibrahim menggunakan logik mudah dan simple ini.
"Kenapa Anwar tak saman orang yg tuduh dia kalau dia benar?"
Mereka mendakwa Anwar tidak saman orang yg menfitnah beliau utk
menimbulkan keraguan bahawa Anwar tidak bersama kebenaran dan beliau takut
bukti tuduhan sebenar akan didedahkan oleh pihak yg menfitnahnya lantas akan
kalah di mahkamah.
Kepada mereka saya jelaskan bahawa dlm kes tuduhan sodomi dll
dlm buku 50 Dalil Anwar Tidak Layak Menjadi PM, Anwar sudah saman penulisnya
Khalid Jafri. Anwar menang dan mahkamah putuskan Khalid Jafri kena bayar RM4.5
juta. Anwar mengarahkan peguamnya gunakan duit itu utk membantu fakir miskin,
kerana maruah tak boleh ditebus dgn wang ringgit.
Fakta ini boleh dibaca dlm buku bertajuk Mahkamah Sahkan Ada
Konspirasi Untuk Menfitnah dan Membunuh Kerjaya Politik Anwar. Buku terbitan
IKD tahun 2005 itu merekod segala butiran perbicaraan dlm mahkamah dan
keputusan hakim YA Dato Mohd Hishamuddin Mohd Yunus.
Sila simpan fakta ini utk menolak dakwaan orang yang suka
menghidu najis fitnah. Jelas Anwar telah bertindak menyaman pangkal pemula
fitnah iaitu Khalid Jafri dan menang. Itu pun mengambil masa bertahun2 utk
selesai.
Jadi takkanlah Anwar nak saman semua pihak yang mengambil fitnah
daripada pangkal pemula dgn kitar semula plus tokok tambah dgn tuduhan liberal
plural etc.. yg bilangannya mungkin sejuta orang? Tak jadi kerja lainlah Anwar.
*********************
Nota: Suatu hari saya akan menulis sebab2 mengapa saya
menyebelahi Anwar Ibrahim walaupun saya tidak pernah menyertai ABIM, tidak
masuk PKR dan tidak pernah kerja dgn beliau. Bahkan mungkin Anwar tak kenali
atau tak ingat saya pun walaupun pernah sekali terserempak dan berswafoto dgn
beliau dlm pesawat dan beberapa kali pergi ke rumah beliau dlm program jemputan
yg ramai tetamu.