MOF TERBAKAR JAM 3 PETANG TADI


 

RENTASAN 1264 | GEMPAR!! SANUSI BERANG PENGUNDI PN TUNTUT 'GULA-GULA' PR...


MENARIK DALAM RENTASAN 1264
1. KONONNYA KEMPEN ‘BERSIH’ TAPI PENUH KEBENCIAN 2. PN DIDAKWA AMAL BUDAYA POLITIK WANG 3. DAP SOKONG ANWAR TANPA SYARAT 4. TAK MALUKAH MENUNTUT PERUNTUKAN YANG DAHULU KALIAN NAFIKAN?



Saman | "Jumpa saya di mahkamah", reaksi Rafizi terhadap Tuan Ibrahim



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengesahkan hanya bertemu bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di mahkamah. Katanya pihaknya sudah memfailkan di mahkamah, berhubung kenyataan sebelum ini mengenai status Projek Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion yang didakwa dalam proses mendapat kelulusan.

LOKE BERKATA FOKUS KEPADA KERJA


 

SIAPA YANG BERADA DALAM BN YANG MAHU BELOT KE PN- KAMI INGIN TAHU






 

LIHAT BAGAIMANA SOLIDNYA SOKONGAN PH TERHADAP ANWAR


 

RAMAI MULAI DEMAM KERANA ANWAR

 

Dalam banyak ucapannya ketika berkempen, Anwar Ibrahim sering menyebut orang pertama yang akan demam jika beliau menjadi Perdana Menteri adalah Tun Mahathir Mohamad.

Ungkapan itu bagaimanapun bukanlah bermaksud Anwar seorang yang pendendam, tetapi lebih bertujuan menggambarkan dirinya yang tidak berkompromi dengan salah guna kuasa, rasuah, penyelewengan dan amalan memberi kekayaan keterlaluan kepada kroni serta kaum keluarga sendiri.

Dengan takdir Tuhan, meskipun cuba dihalang banyak kali dan janji dimungkiri, Presiden PKR itu akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri ke-10 Malaysia pada 24 November lalu.

Sejak Anwar bergelar Perdana Menteri, walaupun Tun Mahathir kelihatan banyak mendiamkan diri, tidak pula dapat dipastikan sama ada beliau sedang demam atau sihat seperti biasa.

Yang pasti, Anwar tidak melakukan sesuatu yang boleh membuatkan Tun Mahathir jadi demam di hari-hari awalnya menjadi orang paling berkuasa di negara ini.

Selepas mempengerusikan mesyuarat pertama kabinet semalam dan memasuki pejabatnya di Kementerian Kewangan selaku Menteri Kewangan hari ini, tumpuan Anwar jelas untuk memperlihatkan keseriusannya menangani pelbagai masalah dalam negara akibat kebejatan kerajaan terdahulu.

Melalui beberapa pendekatan awal ini, nampaknya ramai yang mula demam dengan gerakan serta pendedahan yang dilakukannya.

Antara perkara yang diputuskan selepas mesyuarat kabinet semalam – semua menteri setuju dipotong gaji sebanyak 20 peratus, cabutan judi khas daripada 22 kali setahun ketika era PN diturunkan kepada 8 kali setahun, mendedahkan kemungkinan wang judi diguna untuk membiayai kempen PN pada PRU15 lalu, berjaya mendapatkan persetujuan Syed Mokhtar Al-Bukhary, taikun Bernas untuk menyumbang RM10 juta pada tahun ini dan RM50 juta bagi tahun depan kepada pesawah padi, melakukan semakan terhadap kontrak rangkaian 5G bernilai RM11 bilion dan akan menyiasat kemungkinan berlaku penyelewengan serta ketirisan dalam perbelanjaan bernilai RM600 bilion sewaktu PKP ketika era Mahiaddin sebelum ini.

Hari ini pula, selepas pertama kami menjejakkan kakinya di Kementerian Kewangan, Anwar menegaskan, wujud pelanggaran peraturan dalam beberapa perolehan kerajaan yang dibuat semasa era Mahiaddin dahulu serta mengesahkan beliau memiliki fail mengenai dakwaannya semalam bahawa kempen PN pada PRU15 lalu dibiayai oleh wang judi.

Selain itu, beliau juga mengumumkan semakan semula projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion daripada RM15 bilion keseluruhannya yang dilakukan kerajaan terdahulu kerana rundingan terus yang dilakukan didapati tidak memenuhi peraturan.

“Saya akan pastikan perkara tersebut tidak diteruskan supaya prinsip ketelusan serta peraturan dipatuhi,” tegas Anwar lagi.

Berdasarkan respon yang tertonjol setakat ini, ramai kelihatan tiba-tiba jadi demam dengan gerakan yang dilakukan Anwar.

Mahiaddin, Hamzah Zainuddin, Hadi Awang, Tuan Ibrahim, Takiyuddin Hasan serta sejumlah pemimpin Bersatu dan Pas yang lain adalah mereka yang dikesan mulai demam sekarang ini.

Sementara Anwar menegaskan beliau memiliki fail berkaitan wang judi untuk membiayai PN selepas Takiyuddin menuntut beliau mengemukakan bukti, Tuan Ibrahim dengan pantas tampil mewajarkan keperluan projek tebatan banjir dilakukan secara rundingan terus.

Ehem…ehem…ada apa-apa ke?

Laskar maya PN pula, susulan pendekatan dan gerakan Anwar itu, turut mula sibuk mencipta dalil dan melencongkan isu agar kelihatan tidak melakukan kesalahan.

Di waktu yang sama, rakyat yang selama ini sebahagiannya bagai terlena dengan mainan sentimen kaum dan agama yang mengkhayalkah mereka, tiba-tibanmulai sedar betapa sebenarnya banyak kemungkaran telah disembunyikan oleh pemegang kuasa yang selama ini berwajah palsu.

Hari-hari mendatang, sesuai dengan jiwanya yang membenci rasuah dan penyelewengan, malah itulah tunjang perjuangan reformasi yang digerakkannya, sambil tersemat erat keinginan membela rakyat yang miskin, adalah dipercayai lebih banyak pendedahan akan ditampilkan Anwar yang akan membuatkan kita semua terkejut mendengarnya.

Maka, keputusan mesyuarat kabinet dan sidang media khas Anwar di Kementerian Kewangan selepas ini adalah detik yang ditunggu-tunggu oleh pengamal-pengamal media seluruhnya.

Dalam hal ini, harus kita akui, langkah Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan selain Perdana Menteri, adalah keputusan yang tepat lagi bijaksana kerana ia memudahkan beliau untuk bertindak dengan berkesan memulihkan negara ini.

Hanya pemimpin seperti Anwar yang kuat jiwa reformasi, sangat membenci rasuah dan penyelewengan, selain punya keinginan mendalam membantu rakyat bawahan saja yang sesuai memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan secara sekaligus.

Walaupun mungkin ramai yang demam dengan gerakan serta pendedahan Anwar, apa yang dilakukannya itu adalah ubat untuk memulihkan negara agar rakyat semua kaum benar-benar terbela akhirnya.

Tanpa kemungkaran didedahkan dan dibanteras terlebih dahulu, usaha pemulihan dan iltizam membela rakyat boleh jadi hanya sia-sia saja.

Apa yang dilakukan Anwar sekarang ini haruslah kita sokong kerana kita sebagai rakyat jugalah penikmat hasilnya nanti.

Yang demam atau yang bakal demam, biarkan mereka sengsara sendiri. – ShahbudinHusin 06/12/2022.



Kerajaan import telur ayam dari sumber luar, tampung keperluan dalam negara

 

Bernama
 -

Mohamad Sabu berkata inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukanlah bertujuan menekan pengusaha industri telur ayam tempatan sebaliknya bagi memastikan bekalan dalam negara tidak terputus selain kebajikan rakyat terus terjaga. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju mengimport bekalan telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai pelan jangka pendek untuk menampung keperluan bekalan dalam negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini berkata kementerian telah mengenal pasti beberapa sumber dari luar untuk menampung keperluan bekalan dalam negara dengan kadar segera bagi memastikan keterjaminan telur ayam di pasaran.

“Kementerian juga akan memastikan telur ayam yang diterima selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan. Segala protokol dan tatacara ditetapkan kerajaan perlu dipatuhi tanpa kompromi.

“Kementerian menyedari keperluan bekalan telur ayam merupakan makanan seharian berprotein yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan kadar penggunaan purata telur ayam sebanyak 968 juta biji sebulan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beberapa langkah akan dilaksanakan bagi mengurangkan kos sara hidup termasuk mengurangkan harga telur ayam.

Mohamad berkata inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukanlah bertujuan menekan pengusaha industri telur ayam tempatan sebaliknya bagi memastikan bekalan dalam negara tidak terputus selain kebajikan rakyat terus terjaga.

Beliau berkata keperluan membawa masuk telur ayam dari sumber luar juga akan dikaji semula setelah bekalan kembali stabil selain meminta Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Haslina Abdul Hamid untuk melihat impak mengimport telur ayam dari sumber luar kepada industri telur ayam tempatan sedia ada.

Selain itu, Mohamad berkata Agrobank juga diminta untuk mengemukakan cadangan bagi membantu pembekal dan pengusaha kecil supaya mereka kekal berdaya saing dalam industri.

“Kementerian sentiasa berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam negara kembali stabil dengan harga yang kompetitif. Kementerian yakin isu kekurangan bekalan telur ayam dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.


Luar biasa! di sambut meriah di mana2 PM 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim

BERBINCANG DENGAN SYED MOKHTAR DAN INI MEMBANTU PETANI DAN MONOPOLI BERAS TIDAK BOLEH LAGI DIBENARKAN

 


LIHATLAH SIKAP PIMPINAN BERCAKAP KEPADA ORANG MELAYU.

 


ANWAR UMUM DAN BUAT KEBAIKAN NAMUN ITULAH WALAUN DAN MAHACAI PN- MEMANG TERUK PERANGAI MEREKA.


 

ABANG NI BERKATA ADA PIMPINAN YANG BENGONG- TENGOK RAKYAT LA...MOVE ON LA..


 

LAPORAN SPRM TERHADAP MUHYIDDIN YASSIN BERKAITAN 600 BILLION DAN JUGA BERKAITAN DENGAN SAHAM BERNAS


 

RAZMAN ZAKARIA DISAMAN DI MAHKAMAH TINGGI TAIPING


 

ISLAM TAK TERANCAM, TETAPI PIMPINAN PAS YANG SEDANG DISAMAN ITU YANG TERANCAM


 

PH-BN AKAN JADI GABUNGAN BESAR – ZAHID HAMIDI


 Kerajaan Perpaduan dibentuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diyakini terus menjadi gabungan besar yang tidak akan berakhir untuk tempoh tertentu atau sehingga penggal ini berakhir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN dan PH tidak perlu lagi melihat kepada sejarah lampau dan perbezaan antara kedua-dua pihak itu.

Menurut Presiden UMNO itu, pepatah ‘tidak ada kawan yang kekal, tidak ada musuh yang kekal’ boleh diterjemahkan atas sifat keikhlasan sebagai rakyat Malaysia walaupun berbeza parti sebelum itu.

“Insya-Allah kerjasama ini bukan lima tahun, bukan 10 tahun, bukan 15 tahun (tapi) atas keikhlasan kita akan bekerjasama dalam satu pasukan sebagai the grand coalition (gabungan besar) antara parti-parti yang bergabung untuk membentuk sebuah negara yang lebih gemilang.

“Saya amat yakin jika trend ini dapat kita pertahankan, jika penyatuan dan perpaduan ini dapat kita teruskan Insya-Allah Malaysia akan gemilang, ekonomi kita akan lebih baik dan kos sara hidup akan dapat diatasi.

“Pelaburan asing akan lebih banyak masuk. Pekerjaan akan dapat lebih diwujudkan manakala pelabur-pelabur dalam negeri akan mempunyai kepercayaan yang lebih kepada kepimpinan di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin negara kita,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Ayuh Malaysia Padang Serai di Kampung Tunku Putra, Padang Serai malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomi; Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merangkap Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ahmad Zahid berkata, BN yakin PH adalah rakan politik yang terbaik untuk mentadbir negara selain Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berkeyakinan terhadap Anwar sebagai pemimpin boleh diharapkan oleh rakyat Malaysia.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, walaupun UMNO dan BN pada mulanya janggal untuk bekerjasama dengan PKR dan PH namun perkara itu juga boleh diatasi dengan melupakan segala perbezaan lalu.

“Saya tahu yang pakai baju biru muda (warna PKR) dulu kami alergi tetapi percayalah alergi ada ubatnya. Ubatnya ialah keikhlasan untuk kita bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan yang kuat.

“Maka atas dasar itulah kita harus melupakan perbedaan-perbedaan dalam kalangan kita (walaupun) baru dua minggu yang lalu saya kutuk mereka, mereka kutuk saya,” katanya.

Sumber – https://www.utusan.com.my/nasional/2022/12/ph-bn-akan-jadi-gabungan-besar-ahmad-zahid/?utm_source=dable&fbclid=IwAR0rGpy7I3maML-fCuy8yLiOkeZcrGKyckYUPnUS2wwfieJiXrZ61lt8fOI&mibextid=Zxz2cZ



CONTOH WALAUN BODO BERI FAKTA

 

Alang Ibn Shukrimun
@AlangShukrimun
Cabutan judi tahunan PH: 8 Cabutan judi tahunan PAS Terengganu: 0 Kelantan: 0 Kedah: 0

Ini satu kenyataan bodoh dan jahil. Cabutan nombor ramalan hanya dilakukan di KL. Yang kosong di Kedah, Kelantan dan Terengganu itu kedai jualan. Sungguhpun tiada kedai judi berlesen namun jualan nombor 4 ekor haram bersepah hingga kepelusuk kampung di negeri tersebut.

ADA KES TERKAIT DENGAN 600 BILLION SAMA ADA MAKEUP HARGA DAN TANDER KHUSUS.


 

ANWAR JAWAB SANUSI YANG TENGAH KEPANASAN. RUGI LA ORANG KEDAH DAPAT DIA NI JADI MB ? SEKOLAH KA DAK ?


 

SANUSI KENA FIKIR. KALAU TAK BOLEH TOLONG PETANI ORANG KEDAH , PM NAK TOLONG HANG RIUH....BENGONG


 

SALAM WALAUN ...70 PULUH MENTERI TAPI HAPA PUN TAK BOLEH BUAT


 

MAHIADDIN- HANG CABAR LA ANWAR LAGI- MAKAN SOQANG KA MAKAN RAMAI RAMAI.TAKIYUDDIN PUN SAMA JUGA WEIII DIA PEGANG FAIL ANGPA...KAH..KAH..KAH

 

Jangan cabar saya dakwaan seleweng hampir RM600 bilion, Anwar beritahu Muhyiddin.



Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan Muhyiddin Yassin agar tidak mencabar beliau mendedahkan dakwaan penyelewengan dana bernilai hampir RM600 bilion.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan Muhyiddin Yassin tidak mencabarnya untuk mendedahkan wujud penyelewengan perbelanjaan RM530 bilion oleh pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Beliau mengesahkan ada beberapa proses tidak dipatuhi dan terdapat syarikat berkepentingan melibatkan keluarga dalam penyelewengan perbelanjaan itu.

“Jadi nak beri peringatan kepada Muhyiddin, jangan cabar kerana memang ternyata ada beberapa proses dan prosedur tak dipatuhi dan syarikat berkepentingan atau terkait dengan keluarga juga terlibat.

“Sejumlah besar wang hampir RM600 bilion adalah duit dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu duit rakyat sendiri.. sekarang baru diakui. Tetapi ada berpuluh bilion, lain yang diperuntukkan yang menunjukkan ada pelanggaran peraturan,” katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan.

Semalam, Muhyiddin menggesa Anwar memanggil bekas menteri kewangan, Tengku Zafrul Aziz menjelaskan sama ada benar wujud penyelewengan perbelanjaan bernilai RM530 bilion ketika pentadbiran PN sebelum ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, jika terbukti berlaku salah guna kuasa melibatkan dirinya berhubung dana itu, beliau sedia didakwa, sambil bersumpah tidak ada satu sen pun dana tersebut diseleweng.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan PN tidak bersih sama sekali seperti yang dilaungkan ketika kempen PRU baru-baru ini.

“Mereka boleh war-warkan bersih, (tetapi) tidak bersih sama sekali,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan saman Takiyuddin Hassan kepadanya, Anwar berkata, Setiausaha Agung PAS tidak perlu gopoh untuk bertindak demikian.

Anwar berkata, beliau yang kini merupakan menteri kewangan mempunyai fail-fail mengenai peruntukan yang dibelanjakan kerajaan PN sebelum ini.

“Nasihat (saya pada) Takiyuddin jangan gopoh kerana saya sekarang di Kementerian Kewangan… fail ada pada saya,” katanya.


BANTULAH KAKITANGAN AWAM YANG DAH HAMPIR 15 TAHUN TAK DINAIKKAN GAJI

 

Belanjawan baharu sedang dirumus, kata Rafizi.




Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli berkata beliau sedang ‘sibuk’
 merumuskan belanjawan baharu.

PUTRAJAYA: Pentadbiran Anwar Ibrahim sedang merumuskan suatu belanjawan mampan untuk 2023, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli.

Rafizi pada sidang media berkata merumuskan belanjawan antara hal utama bagi kerajaan baharu, dan beliau sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan dalam usaha itu.

“Kami akan sangat sibuk dalam satu atau dua bulan akan datang,” katanya.

Ditanya sama belanjawan itu akan lebih kecil atau lebih besar daripada yang dibentangkan pentadbiran lepas, Rafizi berkata itu akan dijawab oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga menteri kewangan.

“Kementerian saya tumpu kepada perancangan jangka masa panjang.”

Pentadbiran lepas membentangkan belanjawan M372.3 bilion untuk 2023.

Pusat Pendidikan Pasaran berkata terlalu banyak ‘gula-gula’ ad hoc dalam belanjawan itu, dan tertanya apa rancangan Putrajaya menangani perbelanjaan operasi yang tinggi.