Penulisan Terbaik utk direnungkan... *Kenapa PAS Sekarang Amat Memalukan Islam?*

 Penulisan Terbaik utk direnungkan... 


*Kenapa PAS Sekarang Amat Memalukan Islam?*


Dr Nazmil Aril Osidea.........✍️


1. Apabila Najib disabitkan kesalahan dengan penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam perbicaraan SRC, Haji Hadi dan pemimpin tertinggi Pas segera datang memberikan sokongan moral kepada Najib. Kata mereka 'Najib sahabat sejati'.


Impresi orang bukan Islam (OBI) : Islam, seperti contoh pemimpin Pas tiada masalah dengan korupsi malah melindungi orang yang korup.


2. Pemimpin Pas menukar kenderaan rasmi kepada Mercedes setelah mendapat peruntukan dari bantuan Pusat untuk rakyat Kelantan. Ada juga seorang Menteri Besar Pas yang 'dibelikan Vellfire baru' untuk kegunaan MB (kemudiannya didakwa untuk kegunaan Syarikat Air) oleh Syarikat Air negeri yang sebenarnya mengalami kerugian. Peliknya Vellfire ini disembunyikan di sebuah rumah buruk dengan ditutup dengan kain. 


Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas mengutamakan kemewahan kepada pemimpin Pas . Orang Islam boleh bermuka-muka menunjukkan kononnya mereka tawadduk dan faham tentang orang miskin tetapi ada citarasa tinggi dengan kemewahan. Mereka ada kapasiti hipokrit tahap dewa.


3. Haji Hadi diberikan jawatan bertaraf menteri ke Timur Tengah. Tetapi, tidak diketahui apa hasilnya dan apa yang diusahakan dengan gaji setinggi Menteri. Haji Hadi menerima jawatan ini tetapi tiada senarai tugas yang dapat dilihat. Apabila berlaku krisis seperti pembunuhan guru oleh orang Islam di Perancis, tiada sepatah suara yang kedengaran dalam media bagi meredakan keadaan mahupun membetulkan fahaman yang salah. Isu Palestin, Syria dan Iran juga kosong untuk dicerap sebarang usaha dari beliau. 


Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mengambilkira halal gaji yang diterima. Malah jawatan boleh dirasuah sebagai tukaran bagi sokongan kepada yang memberikan jawatan.


4. Haji Hadi apabila ditanya dalam sebarang rancangan soaljawab di kaca TV jawapannya sentiasa ke laut dan melalut. Tidak dijawab satu pun soalan dengan rasional.


Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mementingkan elemen fikiran, rasionaliti dan intelek. 


5. Pemimpin Pas sebelum berkuasa berhempas pulas mahu kilang arak diharamkan tetapi apabila berkuasa berkata, arak adalah hak orang bukan Islam. Mereka yang dulunya menuduh UMNO kafir tiba-tiba boleh pula menerima UMNO. 


Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mementingkan prinsip dan semuanya boleh diubah, termasuk hukum agama asal saja ada untung politik.


6. Pemimpin Pas (Menteri) yang pulang dari Turki telah melanggar kuarantin malah didenda (dia membayarnya). Tetapi dolak daliknya apabila kes ini timbul menyerlahkan sifat hipokrit. Dia dilepaskan akhirnya bukan kerana melalui proses Undang-undang tetapi atas pilihan tidak diangkat kesnya ke mahkamah oleh Pendakwaraya (keputusan Kerajaan dan tentu anda dapat meneka sebabnya) 


Impresi OBI : Islam, seperti contoh PAS, tidak mementingkan integriti. Mereka boleh menipu dan tidak beramanah.


7. Pemimpin PAS di Kelantan menaikkan gaji exco antara RM3,000 hingga RM5,000 (dalam keadaan Kelantan tidak pun ada dana mencukupi untuk membayar kakitangan kerajaan Negeri dan perlu meminjam dari Pusat). Gaji dinaikkan dalam keadaan rakyat susah semasa pandemik Covid. Ini berbeza dengan potongan gaji 20% Menteri-menteri di New Zealand.


Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, mengutamakan diri sendiri dari memahami kesusahan rakyat. Mereka juga tidak perlu bimbang dengan sokongan dan undi kerana rakyat yang mengundi mereka sudah di'bodoh'kan dengan menerima apa sahaja 'fatwa' yang mereka putuskan. Orang Islam Pas diajar untuk tidak berfikir dan terima semuanya.


8. Seluruh dunia kini dapat melihat 'kehebatan' pemimpin Pas yang mendapat kuasa. Mereka akan berterus-terusan memastikan orang Islam bodoh kerana itu akan memudahkan untuk mereka berkuasa. Mereka akan memakai pakaian nampak seperti 'Islamik' dan memetik beberapa ayat Al Quran. 


9. Malangnya, dalam mereka menunjukkan imej luaran yang kelihatan Islamik, semua ini menjadi impresi orang bukan Islam terhadap Islam. Pas adalah satu papan iklan yang teramat buruk untuk Islam. Pas memaparkan sifat-sifat syaitan, hipokrit, tidak berintegriti, mesra rasuah, mementingkan kemewahan diri, bermuka-muka, merendah-rendahkan orang lain sebagai kurang Islam dan semua ini ada sifat munafiq tahap tertinggi yang dipandang oleh orang di seluruh dunia.


10. Pemimpin-pemimpin Pas sedikitpun tidak malu dan ini tidak dibantu oleh pengikut mereka yang sudah di'bodoh'kan dengan bungkusan 'Islamik' sedangkan kandungannya 100% bukan Islamik. 


11. Pas akan berterusan menggunakan modus operandi menyebut 'Islam' berulangkali tidak kira betapa korup dan tidak berintegritinya mereka. Tidak ada pengisian intelek dan pengikut mereka akan berterus-terusan diajar untuk tidak berfikir dan 'menyangka' akan berakhir dengan syurga. Malangnya, dengan sifat-sifat mereka yang 'jauh dari ahli syurga' selain dari bungkusan luar yang mahu dilihatkan sebagai 'Islamik', jalan ke syurga melalui Pas hanyalah laluan yang menyesatkan.


12. Orang Islam yang sejati memakmurkan ilmu, membudayakan pemikiran, sangat empatik terhadap mereka yang lemah dan susah, penuh hikmah dan kasih sayang dan menunjukkan sifat integriti, amanah dan jujur. Semua sifat ini tidak ada dalam Pas.


Kerosakan imej terhadap Islam yang dilakukan oleh Pas adalah teramat besar. Pas adalah satu tragedi besar terhadap Islam dan memberikan impresi yang salah terhadap Islam. 


Pas sangat memalukan Islam dan mereka akan disoal di akhirat kelak dan hukumannya tentu amat berat kerana kesannya teramat buruk. 


Dr Nazmi Aril Osidea



HANG KENA FAHAM LA KHAIRY- UMNO NAK SEPAK HANG ....

 

‘Terima kasihlah’ kata KJ susulan kenyataan Tok Mat kerusi Rembau akan diganti.



Khairy Jamaluddin memberikan laluan kepada Mohamad Hassan untuk bertanding di Parlimen Rembau pada PRU15

SERDANG: Menteri Kesihatan sementara, Khairy Jamaluddin mengucapkan terima kasih kepada Umno yang dilaporkan akan mencari lokasi yang sesuai untuk beliau bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

Khairy adalah penyandang kerusi Parlimen Rembau selama tiga penggal sebelum memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan untuk bertanding di kawasan itu.

Mohamad juga memberi jaminan untuk mencari kerusi lain yang sesuai kepada Khairy sebagai ganti.

Kata Mohamad, Khairy merupakan pemimpin muda berkaliber dan baik untuk negara, sudah tentu Umno tidak mahu beliau “hilang” begitu saja.

“Terima kasihlah,” kata Khairy ringkas ketika ditanya wartawan mengenai jaminan Mohamad itu.

Khairy juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu ketika sidang media sempena Majlis Penyerahan Projek Pusat Kardiologi Hospital Serdang.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, Pusat Jantung Hospital Serdang yang diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, akan mula beroperasi pada 12 Disember depan, sekali gus mengurangkan separuh masa menunggu bagi rawatan jantung.

Katanya, pusat jantung yang dilengkapi peralatan terkini itu akan mengurangkan separuh masa menunggu rawatan angiogram dari 18 bulan kepada sembilan bulan untuk kes elektif yang stabil, manakala kes kecemasan tetap diberikan rawatan serta-merta.

Katanya, pusat jantung membabitkan kos RM546 juta itu dibina dengan satu blok kardiologi lapan tingkat yang mampu menempatkan 262 katil, serta satu blok tempat letak kereta sembilan tingkat yang memiliki 536 petak parkir.

“Dengan adanya bangunan baharu ini, perkhidmatan jantung Hospital Serdang mampu menerima pesakit dua kali ganda berbanding bilangan pesakit sedia ada.

“Kalau dahulu kita dapat buat 35,000 prosedur jantung di Hospital Serdang, dengan adanya pusat ini, ia akan meningkat kepada 60,000 prosedur jantung setiap tahun.

“Dengan kemampuan melaksanakan 60,000 prosedur jantung setahun, ia sekali gus menjadikan Pusat Jantung Hospital Serdang sebagai fasiliti kardiologi invasif terbesar di Asia Tenggara,” katanya.

Khairy berkata, antara fasiliti yang melengkapi Pusat Jantung Hospital Serdang ialah Makmal Jantung Invasif (ICL) yang pertama di Jabatan Kecemasan, sekali gus membolehkan kes serangan jantung akut menerima rawatan segera.


KISAH LEBAI PAS BERMEWAH DI MESIRCerita rombongan Kerajaan Kelantan ke Mesir. Apa yang sebenarnya berlaku?#husammusa #husammusa2022 #husammusaterkini #savekelantan #selamatkanmalaysia #paskelantan


 

TUUU DIAAA WALAUN NAK KATA APA PENDEDAHAN LOKMAN ADAM NI


 

HAAA..GADUH DAH PAS UMNO- AKU DAH KATA DULU-UMNO AKAN KENA


 

UMNO TA CARI PAS- PAS CARI UMNO-KHALED NORDIN


 

KES SAMAN LGBT TERHADAP HARAKAH DAH MENANG..

 

Pagi tadi saya menerima beberapa pesanan melalui aplikasi WhatsApp mengenai satu tulisan di Facebook dan Twitter rasmi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang bertajuk Mantan Menteri Agama PH Sokong LGBT.


Untuk makluman semua saya telah menang kes saman terhadap lidah rasmi PAS Harakah yang  memfitnah saya terhadap ISU LGBT. 


Saya minta semua pihak terutamanya dari PAS agar berhenti nenyebarkan fitnah terhadap saya. Fakta kes telah pun membuktikan saya tidak menyokong atau mengiktiraf golongan tersebut semasa pemerintahan Pakatan Harapan.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0tYSYhTMAEmfs7zUkGHDgJJueZxDV3sS2g3LxdogC3Uu2EP5xKf2H3bZLRGEJUysYl&id=100044118441998&mibextid=vilDUR


DIA NAK BAGI TAU MB AMIRUDDIN TAK PANDAI BUAT KERJA LA TU- NANTI AMIRUDDIN LAWAN KO KAT GOMBAK YA


 REEN N GASTON

“ Terpulang kpd rakyat, saya di mana pun boleh, kita kalau benih yg subur dicampak ke laut menjadi pulau dan dicampak ke tanah menjadi gunung," kata Azmin menjawab soalan kesediaaan beliau kembali menerajui negeri itu. - maknanya

tak pandai buat kerja ? Gitu ?




TUUUU DIAAAAA WOIIII-JANGAN DOK BUAT QAMAI- NI HARI NI DALAM SEJARAH WOIII- PINTU RUMAH MENTERI BESAQ KENA BALING NGAN CAT- BIASA LA KALAU UMAH TU ALONG MAI KUTIP DUIT....KAH..KAH....

 

Pintu pagar, tembok kediaman rasmi MB Kedah dilempar cat.



Polis menemui dua beg plastik masing-masing berisi cat biru dan merah di hadapan pintu masuk kediaman rasmi menteri besar Kedah. (Gambar Facebook)

ALOR SETAR: Bahagian pintu pagar dan tembok hadapan kediaman rasmi menteri besar Kedah, Seri Mentaloon, dekat sini dilempar cat oleh individu tidak dikenali, pagi ini.

Ketua Polis Kota Setar Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu, 10 pagi daripada anggota yang bertugas di pos pengawal kediaman rasmi menteri besar.

“Anggota pos pengawal memaklumkan kejadian itu belum berlaku semasa dia datang bertugas pada 7 pagi tadi. Jadi, kita percaya ia berlaku sebelum 9.55 pagi kerana staf bertugas hanya menyedari kejadian sekitar waktu itu sebelum melaporkan kepada polis, 10 pagi.

“Hasil siasatan telah menjumpai dua beg plastik masing-masing berisi cat biru dan merah di sekitar kawasan kejadian yang ditinggalkan oleh suspek,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang berada berdekatan lampu isyarat Pantai Johor dan Alor Merah berikutan tiada CCTV di sekitar kediaman berkenaan.

“Pihak forensik juga telah menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya.

Ahmad Shukri turut mengingatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

LAAA....KALAH TERUK RUPANYA- TAK PA AIHHH...5 HARI SAJA NANTI OK LA...

 

Idris kalah teruk di Bukit Gantang, macam mana nak jadi calon?




Idris Ahmad dilapor mahu bertanding di Parlimen Bukit Gantang yang
 disandang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang memenangi
 kerusi itu atas tiket BN sebelum menyertai Bersatu.

PETALING JAYA: Parlimen Bukit Gantang di Perak kekal ditandingi Bersatu walaupun PAS berhasrat menuntut semula kerusi berkenaan selepas kalah pada pilihan raya umum ke-14 lalu, kata sumber.

Kerusi berkenaan dimenangi calon Barisan Nasional (BN) Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengalahkan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad (16,052) dan calon dari PKR, Khadri Khalid (18,361) dengan majoriti 4,089 undi. Hussin kemudian keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum menyertai Bersatu.

Sumber itu berkata, pada dasarnya pembahagian kerusi antara PAS dan Bersatu adalah penyandang kekal di kerusi masing-masing, selain mengambil kira jumlah undi yang diperolehi setiap calon pada pilihan raya umum lepas.

“Kalau dia (Idris) nak, kena ikutlah ‘principal’. Dia kalah dulu (PRU14)… duduk nombor 3 dalam senarai calon, Hussin dapat lebih 22,000 undi, dia hanya dapat 16,000 undi.

“Jauh tinggal. Nak kena ambil kira jugalah angka-angka itu,” katanya kepada FMT.

Tambah sumber itu lagi, pertemuan dengan bekas Ahli Parlimen dan ketua bahagian Bersatu Bukit Gantang yang diadakan pagi tadi juga mahukan Hussin kekal bertanding di kawasan berkenaan.

Malah katanya, perbincangan antara presiden Bersatu bersama penyandang serta ketua-ketua bahagian sebelum ini juga kekal dengan prinsip bahawa Bersatu akan kekal bertanding di kerusi yang dimenanginya.

“Dalam mesyuarat bersama pemimpin akar umbi, presiden ada menyebut PAS boleh cari tempat lain (selain Bukit Gantang) kerana dia (Idris) naib presiden (PAS), dia boleh pergi ke mana saja,” kata sumber itu sambil mengesyorkan pemimpin PAS itu bertanding di Parit Buntar yang dimenangi Mujahid Yusof Rawa dari Amanah.

Sementara itu, Hussin ketika dihubungi FMT berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan mengenai masa depannya di kawasan berkenaan, namun mengakui positif akan dicalonkan semula bagi mewakili suara rakyat Bukit Gantang.

“Secara dasarnya dalam rundingan pembahagian kerusi, penyandang kekal di kerusi masing-masing. Itu persefahaman antara PAS dan Bersatu. Presiden juga mempertahankan ini (Bukit Gantang) adalah kerusi menang untuk Bersatu,” katanya.

Bukit Gantang menjadi antara “kerusi panas” kerana menjadi rebutan antara Bersatu dan PAS apabila Idris yang memenangi kerusi berkenaan pada pilihan raya umum ke-13 mahu kekal bertanding di situ.

FMT sedang mendapatkan komen Idris dan pemimpin tertinggi PAS.

POLIS INI SEHARUSNYA DI BERI KHIDMAT TERBAIK KERANA MEMANG DIA IKHLAS MEMBANTU


 

MACAM GINI CG FADLI- PERTAMA KAU REPORT POLIS- KEDUANYA KAU AMBIL PEGUAM. BAWA PEGUAM KE PPD ...BUAT KES DI MAHKAMAH


 

KAH...BERTEMU JUGA DALAM BELANGGA DI PENANG


 

TERBAIK ...KATAK TAK BOLEH LOMPAT DAH


 

NI HA NIH- RASUAH PUN ORANG TAK TAKUT. MENIKAH 4 ORANG TAKUT- ISLE KAN...NIKOH BUKAN SALAH


 

MENIKAH 4 PUN BUKAN SALAH.....DERHAKA KE SULTAN KES ISTIHAR DARURAT PUN TAK TAKUT...MENIKAH NAK TAKUT APANYA








 

REHAT TENGHARI INI AKU SEDEKAHKAN SEBUAH PANTUN

 

Ke Rantau Abang melihat penyu,

Singgah sebentar ke pekan Jementah;

Masa sayang rasa macam wagyu,

Dah benci macam durian mentah.

Guane boh?

Raja Gelap

 


HAAAAA....GADUH GADDUH....MACAM TU LA LAIN KALI BILA KERJASAMA DENGAN PAK LEBAI....DIA NAK DIA SAJA LEBIH....KAH..KAH..KAH....PENGKHIANAT SAMA PENGKHIANAT MANA BOLEH PAKAI

 

Takiyuddin kata 3 negeri guna ‘bulan’, Wan Saiful jawab ‘MPT belum muktamad’.





Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dan Setiausaha Agung
 PAS Takiyuddin Hassan memberi penjelasan berbeza berhubung
 penggunaan logo, menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata Perikatan Nasional (PN) belum memuktamadkan penggunaan logo gabungan itu, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, satu mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan berhubung penggunaan logo, termasuk perkara berbangkit lain.

Beliau berkata, sebelum itu ada perbincangan dibuat, namun ia masih belum muktamad kerana masing-masing mempunyai pandangan serta cadangan tersendiri.

“Dalam PN selagi mana belum ada keputusan dibuat di peringkat pusat, maka setiap parti bebas menyuarakan pandangan dan cadangan masing-masing.

“Bagi saya cadangan PAS (guna logo parti mereka) perlu dibincangkan dan pastinya ia akan dibincangkan di peringkat MPT PN yang mana apabila keputusan dibuat Insya-Allah semua akan ikut.

“Sebelum ini ada perbincangan sikit tetapi belum muktamad, sebab tu dalam PAS ada pandangan, begitu juga dengan Bersatu dan Gerakan, masing-masing mempunyai pandangan.

“Itu menunjukkan kita belum capai keputusan muktamad dan kita raikan pandangan yang mana dalam meraikan, sudah pasti setiap parti ada hujah masing-masing,” lapor Berita Harian.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, beliau percaya bahawa MPT PN akan membuat keputusan terbaik untuk memastikan gabungan itu menggunakan satu logo bagi menunjukkan kesatuan antara mereka, pada masa sama mahu memudahkan rakyat membuat pilihan.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, berkata semua calon PN akan menggunakan lambang PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah, pada PRU15.

Beliau berkata, perkara itu sudah mendapat “lampu hijau” dan kelulusan daripada PN.

“Setakat ini telah diterima dan dipersetujui. Kita lihat kenyataan daripada pengerusi PN (Muhyiddin Yassin) pun mengatakan bahawa beliau memahami rasional permintaan PAS itu.

“Bagi saya, saya fahamlah. Mungkin tiada masalah. Jadi maknanya setakat ini semua calon PN akan menggunakan logo PAS kalau itu yang dimuktamadkan,” katanya selepas merasmikan majlis penutup Program Pendakian 121 Puncak Sempena Ulang Tahun Jabatan Perhutanan Semenanjung (JPSM) di Taman Eko Rimba.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk menggunakan logo parti itu khususnya di tiga negeri berkenaan.

TIADA RUANG UNTUK PN, GTA DALAM PH

 

CINA DAP CABAR SOH BUAT LAPORAN POLIS TU......... TAKKAN LEBAI TAKUT KOT....CEH...CINA DAP PULAK TU..BUKAN CINA MCA


 
BOB KELANANG

KENAPA BARU SEKARANG CAKAP UMNO RASUAH, LIM SIP ENG SOAL HADI

PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP mempersoalkan tindakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bersekongkol dengan pemimpin Umno yang didakwanya baru-baru ini sebagai “penerima rasuah”, ketika partinya sebahagian dalam kerajaan.

Lim Lip Eng berkata demikian sebagai mengulas ucapan Hadi bahawa PAS “menangguhkan” kerjasama dengan Umno di bawah Muafakat Nasional (MN) kerana terdapat kekeruhan penerima rasuah yang rakus mahu memerintah lagi.

“Peliknya, semasa bersekongkol dengan parti-parti BN (Barisan Nasional) dalam Kabinet Muhyiddin dan kemudian Kabinet Ismail Sabri (Yaakob) sebelum Parlimen dibubar pada hari Isnin lalu, mengapa Hadi tidak berani berkata BN ada penerima rasuah?

“Oleh yang demikian, saya mendesak pihak polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mengambil keterangan daripada Hadi dengan segera kerana partinya pernah bersama-sama dengan BN dalam kerajaan.

“Kemungkinan besar Hadi memiliki maklumat tentang kesalahan rasuah yang melibatkan menteri-menteri BN dan parti-parti BN,” katanya dalam kenyataan.

Lim yang juga penyandang Parlimen Kepong, berkata Hadi juga mengeluarkan kenyataan membimbangkan berunsur hasutan apabila mendakwa dalam Pakatan Harapan (PH) “ada puak komunis dan yang tolak raja pun ada”. Kenyataan itu dilapor dibuat dalam kuliah mingguan di Marang, Terengganu, pada Jumaat.

Beliau mencabar Hadi membuat laporan dalam tempoh 48 jam kerana ini melibatkan satu kesalahan yang amat serius dan perbuatan derhaka yang khianat terhadap Yang di-Pertuan Agong dan negara.

“Sekiranya Hadi gagal buat laporan polis tersebut, bermakna beliau telah berbohong dalam ceramah yang dibuatnya, dan beliau sepatutnya meminta maaf kepada Yang di-Pertuan Agong dan rakyat,” katanya

 

APA LAH KELAKU PAK PAK LEBAI PENUNGGANG AGAMA....DAH TAK ADA ISU LAIN- TAKUT MAKAN SAMAN KOT


twitter.com
PAS Pusat on Twitter
“Mantan Menteri AGAMA PH sokong ElJiBiTi? Waktu PH memerintah dahulu, awal-awal lagi mereka dah bangkitkan kemarahan rakyat dengan isu ElJiBiT! Baca lanjut di : https://t.co/ZgLKWJbMdf #TolakPH #StabildanBersih #PASBerintegriti #MalaysiaSejahtera”

 

Akhlak parti penjual agama. Takut kena saman, tak berani nak tuduh tepat, nak eja LGBT pun tak berani. Bertambah teruk akhlak parti lebai penunggang agama ni. Akhlak parti penjual agama. Takut kena saman, tak berani nak tuduh tepat, nak eja LGBT pun tak berani. Bertambah teruk akhlak parti lebai penunggang agama ni.

W.FAUDZIN

PENGUNDI DIPINDAHKAN, APA PENJELASAN SPR?


MB Perak umum bubar DUN, dapat perkenan Sultan

 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) secara serta-merta.

Saarani menamatkan teka-teki berhubung pembubaran DUN Perak apabila mengesahkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan untuk membubarkan dewan bagi memberi laluan pilihan raya negeri diadakan bersama dengan pusat.

Saarani berkata pembubaran DUN itu dibuat selaras dengan Fasal 2, Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

“Pembubaran bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri dilaksanakan serentak dengan Pilihan Raya Umum di peringkat Persekutuan,” katanya dipetik laporan BH .

Rabu lalu, Saarani dilapor berkata, Sultan Nazrin belum memberi perkenan untuk pembubaran DUN Perak ketika sesi sembah menghadap di Istana Kinta, Ipoh, selain menambah bahawa pengumuman keputusan permohonan itu akan dilakukan selepas baginda membuat pertimbangan sewajarnya.

Jumaat lalu, media melaporkan Pahang dan Perlis masing-masing membubarkan DUN ke-14 berkuatkuasa hari itu juga bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setakat ini, hanya DUN di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) iaitu Perak, Pahang, dan Perlis dilaporkan akan dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya bersekali dengan pemilihan di peringkat Parlimen.

Ia kecuali bagi DUN Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak yang baharu melalui pilihan raya negeri di mana DUN tidak akan dibubarkan kerana belum mencapai tempoh matang.

 


SEMBANG GERAKAN TOLAK ATOK DAN TIDAK DIPEDULIKAN KINI....

 

DALAM TANGAN KAMI BOLEH MENANG 20 KERUSI, DAKWA PEMIMPIN KANAN GTA



Seorang pemimpin kanan GTA tidak setuju dan menyanggah tulisan saya di blog ini semalam yang menyebut Tun Mahathir Mohamad sudah tidak relevan lagi dalam PRU15 akan datang dan sesiapa yang bersamanya juga bakal kecundang sama.

Katanya, tulisan itu dibuat mengikut sesedap rasa saya semata-mata dan tanpa kajian teliti di peringkat akar umbi.

“Nak kata banyak sangat GTA boleh menang memanglah mustahil, tapi 20 kerusi Parlimen dalam tangan,” ujarnya penuh yakin.

Wowww…kuat tu 20 kerusi dalam tangan!!

Dengan keyakinan tersebut, ini sekaligus bermakna GTA sekarang ini lebih kuat daripada Bersatu yang diterajui oleh Tun Mahathir ketika PRU14 dan walaupun disokong oleh PKR, DAP dan Amanah tetapi hanya mampu menang 13 kerusi saja daripada 52 yang ditandinginya.

Artikel saya semalam bertajuk Tun Mahathir tidak lagi relevan, sesiapa yang bersamanya bererti menempah kekalahan boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2022/10/16/tun-mahathir-tidak-lagi-relevan-siapa-yang-bersamanya-bererti-menempah-kekalahan.html

Menurut pemimpin kanan GTA itu lagi, Tun Mahathir masih mempunyai pengaruh yang besar di kalangan rakyat.

“Parti yang bermusuh dan tak pandai menari mengikut rentak Tun Mahathir, akan gigit jarilah jawabnya,” tambah beliau.

Pemimpin kanan itu berkata, membawa kapak atau gergaji untuk melawan bekas Perdana Menteri itu tidak akan membawa mereka ke mana-mana.

Beliau seterusnya memberi contoh beberapa pemimpin seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Harun Idris dan Ghazali Shafie yang “mati berangan” dalam karier politik masing-masing kerana memilih untuk bermusuh dan tidak menari mengikut rentak Tun Mahathir.

“Itulah kesilapan pemimpin-pemimpin tersebut,” jelasnya.

Sebaliknya, kata pemimpin kanan GTA itu, jika mahu bermusuh dengan Tun Mahathir, cara yang betul ialah menggunakan “cara racun serangga” yang akhirnya pokok akan mati tanpa disedari. – ShahbudinHusin 17/10/2022.

BHAI ORANG MUDA TAK BODO ...BANYAK MEMBACA...TAK BUAT CAM KAU BUAT LETAK NO AKAUN KO UNTUK BANTU UMNO....UMNO PUN MELOMPAT TUBUH BERSATU..DALAM TU BANYAK KATAK...BUKAN PH. TAK ADA REKOD SAKAW....

 

Pengundi muda bosan penipuan pembangkang, lompat parti, kata Isham




Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil turut mengakui kepentingan
 media sosial dalam usaha menarik pengundi pada PRU15.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil yakin pengundi muda akan menolak Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Isham berkata, golongan muda mempunyai pandangan buruk terhadap PH kerana tidak menunaikan janji dalam manifesto 2018 dan mungkin tidak akan mengundi PN kerana gabungan itu terdiri daripada golongan “lompat parti”.

“Berdasarkan pemerhatian kita (Umno), orang muda ini tak suka penipu. PH dulu tipu dalam manifesto pasal PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), pasal tol, minyak, pekerjaan … yang banyak terkesan pada orang muda,” Isham memberitahu FMT dalam satu wawancara.

“Mereka (juga) tak suka pelompat parti. Akta lompat parti yg kita buat itu pun, NGO org muda yang mulakan. Sebab itu org muda tak suka PN, sebab (mereka semua) pelompat parti.

“(Tetapi) saya selalu kata dalam mesyuarat (BN/Umno), kita tak boleh cuma bergantung kepada faktor itu (orang muda tak suka PN dan PH) saja. Kita kena tawarkan apa yang kita boleh bagi kepada orang muda. Banyak tawaran kita boleh buat.”

PRU akan datang adalah yang pertama selepas had usia pengundi diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun dan pengundi didaftarkan secara automatik.

Perubahan itu menyaksikan seramai 5.8 juta pengundi baharu dalam daftar pemilih, peningkatan sebanyak 40%.

Isham berkata, keyakinannya bahawa Umno boleh mendapatkan undi anak muda datang daripada sokongan kuat yang ditunjukkan golongan tersebut kepada parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor baru-baru ini.

Katanya, data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) memperoleh sekitar 80% daripada undi segmen belia.

Isham turut mengakui kepentingan media sosial dalam usaha menarik pengundi pada PRU15 dan berpendapat Umno akan mendapat kelebihan jika bekas perdana menteri Najib Razak, yang sedang dipenjara, masih boleh menyumbang dengan platform media sosialnya yang sangat popular.

Media sosial ialah “medan pertempuran” baharu untuk meraih undi, katanya, terutamanya apabila diambil kira populasi yang lebih besar di kawasan pilihan raya moden.

Beliau berkata, ceramah Umno pada masa lalu hanya dapat menarik, paling ramai, ratusan orang.

“Kini dengan media sosial, ceramah boleh sampai kepada jutaan orang,” katanya.

Menyentuh kritikan bekas perunding komunikasi Najib bahawa BN kurang menonjol di media sosial, Isham mengalu-alukan maklum balas itu dan gembira Romen Bose menyuarakan pendapatnya sebelum PRU15 diadakan.

“Kalau terlebih yakin, nanti kita tak ‘push’ diri kita sampai hadnya,” katanya.

“Biar dia (Bose) nak kritik kita, jadi kita gusar sikit dan berusaha dengan lebih lagi,” katanya.

ZAHID HAMIDI SAHKAN BELIAU TAK MAHU JADI PERDANA MENTERI

 


Umno kekal dengan keputusan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri jika BN menang PRU15, kata presidennya Ahmad Zahid Hamidi 

Zahid yang juga pengerusi BN itu berkata, dakwaan bahawa dia yang akan menjadi perdana menteri jika BN menang adalah usaha untuk memecahbelahkan gabungan itu.

“Jika ada parti pembangkang ‘menamakan’ orang lain sebagai calon perdana menteri selain Ismail Sabri itu adalah usaha memecahbelahkan Umno dan BN.

“Kita berpegang kepada prinsip Umno telah mencalonkan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri itu tidak boleh dipertikaikan lagi,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan persidangan Umno bahagian Bagan Datuk, hari ini.

Namun, kata Zahid lagi, kuasa melantik perdana menteri tetap merupakan kuasa mutlak Yang di di-Pretuan Agong mengikut perkara 40 (1)(B) Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno telah mencalonkan Ismail Sabri yang juga perdana menteri kerajaan sementara sebagai ‘poster boy‘ BN.

Bagaimanapun ada pihak mendakwa Ahmad Zahid yang akan menjadi perdana menteri sekiranya BN kekal di Putrajaya.

Penganalisis politik yang berpendapat kedudukan Ismail sebagai poster boy BN bukan jaminan dia akan dilantik semula ke jawatan itu selepas PRU15.

Semalam, beberapa Umno bahagian yang telah bersidang membuat ketetapan menyokong keputusan Umno memilih Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/639824