CINA DAP CABAR SOH BUAT LAPORAN POLIS TU......... TAKKAN LEBAI TAKUT KOT....CEH...CINA DAP PULAK TU..BUKAN CINA MCA


 
BOB KELANANG

KENAPA BARU SEKARANG CAKAP UMNO RASUAH, LIM SIP ENG SOAL HADI

PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP mempersoalkan tindakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bersekongkol dengan pemimpin Umno yang didakwanya baru-baru ini sebagai “penerima rasuah”, ketika partinya sebahagian dalam kerajaan.

Lim Lip Eng berkata demikian sebagai mengulas ucapan Hadi bahawa PAS “menangguhkan” kerjasama dengan Umno di bawah Muafakat Nasional (MN) kerana terdapat kekeruhan penerima rasuah yang rakus mahu memerintah lagi.

“Peliknya, semasa bersekongkol dengan parti-parti BN (Barisan Nasional) dalam Kabinet Muhyiddin dan kemudian Kabinet Ismail Sabri (Yaakob) sebelum Parlimen dibubar pada hari Isnin lalu, mengapa Hadi tidak berani berkata BN ada penerima rasuah?

“Oleh yang demikian, saya mendesak pihak polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mengambil keterangan daripada Hadi dengan segera kerana partinya pernah bersama-sama dengan BN dalam kerajaan.

“Kemungkinan besar Hadi memiliki maklumat tentang kesalahan rasuah yang melibatkan menteri-menteri BN dan parti-parti BN,” katanya dalam kenyataan.

Lim yang juga penyandang Parlimen Kepong, berkata Hadi juga mengeluarkan kenyataan membimbangkan berunsur hasutan apabila mendakwa dalam Pakatan Harapan (PH) “ada puak komunis dan yang tolak raja pun ada”. Kenyataan itu dilapor dibuat dalam kuliah mingguan di Marang, Terengganu, pada Jumaat.

Beliau mencabar Hadi membuat laporan dalam tempoh 48 jam kerana ini melibatkan satu kesalahan yang amat serius dan perbuatan derhaka yang khianat terhadap Yang di-Pertuan Agong dan negara.

“Sekiranya Hadi gagal buat laporan polis tersebut, bermakna beliau telah berbohong dalam ceramah yang dibuatnya, dan beliau sepatutnya meminta maaf kepada Yang di-Pertuan Agong dan rakyat,” katanya

 

No comments: