KELUAR PARTI LAMA JADI SAMPAH DIKAUT PARTI BARU?

Imej mungkin mengandungi: 16 orang, termasuk Sazuki Ismail dan Ibrahim Rusli, orang senyum

PAS fitnah DAP untuk tutup skandal pemimpinnya terima wang UMNO


DAP membidas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa terdapat usaha oleh “dua parti komponen Pakatan Harapan” untuk membentangkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyifatkan ia sebagai dakwaan palsu, berunsur fitnah serta helah untuk menutup skandal pemimpin PAS terima wang UMNO, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Pakatan Harapan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Dr Mahathir.

“Tidak ada satu parti komponen PH ataupun mana-mana pemimpin PH yang menyatakan tidak sokong atau mahukan undi tidak percaya ke atas kepimpinan Tun Dr Mahathir baik di dalam atau di luar mesyuarat Majlis Presiden PH.

“Sebaliknya yang menentang kepimpinan Tun Dr Mahathir tidak lain dan tidak bukan datang daripada PAS sendiri,” kata Guan Eng pada kenyataan, hari ini.

Beliau turut menggesa Takiyuddin agar membuktikan dakwaan berniat jahat tersebut.

“Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, Datuk Takiyuddin jelas terbukti tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah dan hanya memainkan helah untuk mengelakkan isu sebenar iaitu politik sempit, pembohongan, dan mencipta fitnah semata-mata untuk mengalihkan perhatian umum daripada hakikat bahawa pemimpin PAS menerima wang daripada UMNO,” ujarnya.

Menurutnya yang juga Menteri Kewangan, PAS harus menjawab isu pemimpin PAS menerima wang daripada UMNO selepas ia menarik balik saman terhadap Sarawak Report (SR).

“PAS patut menjawab isu pemimpin PAS menerima wang daripada UMNO sepertimana yang didedahkan oleh Sarawak Report (SR) yang disahihkan benar bila Presiden PAS sendiri telah menarik balik tindakan saman malu beliau terhadap SR, tanpa meminta laporan SR dipadamkan, tanpa memerlukan SR meminta maaf, dan tanpa SR membayar sesen pun kos mahkamah kepada Presiden PAS.

“Adalah sangat mendukacitakan untuk melihat yang tinggal dalam perjuangan PAS hari ini hanyalah pembohongan bersiri daripada barisan kepimpinan PAS yang menyusuli skandal menerima wang daripada UMNO,” ujarnya. –

Edry cabar individu fitnah DAP buat laporan polis, hurai dakwaan dalam sidang media


Adun DAP hari ini membuat laporan polis berhubung penularan sebuah artikel di media sosial yang mendakwa DAP kononnya mempunyai ‘agenda anti Melayu, anti Islam, pro-Komunis dan pro-Zionis’.
Adun Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof berkata, laporan berkenaan dibuat supaya siasatan dan tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan tuduhan palsu berniat jahat itu.
“Laporan polis juga dibuat ke atas satu pautan yang disertakan bersama mesej tular itu,” katanya dalam kenyataan media selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur lewat pagi tadi.
Mesej fitnah berkenaan disertakan dengan artikel di laman sesawang The Third Force yang memetik kenyataan Mohamad Razali yang antara lain menuduh bahawa DAP kononnya menghina kesucian Islam.
Berhubung perkara itu, Edry mencabar Mohamad Razali agar membuat laporan polis jika beliau yakin dengan apa yang didakwanya itu.
“Sekiranya individu bernama Mohamad Razali Bin Abdul Rahman ini benar-benar wujud dan bercakap bersandarkan fakta, saya mengambil kesempatan ini mencabarnya untuk keluar dari persembunyian dan membuat laporan polis terhadap setiap dakwaannya itu.
“Ini kerana agenda-agenda yang dia sebutkan itu bertaraf pengkhianatan terhadap Raja dan Negara dan sepatutnya dia melaporkannya kepada polis.
“Dan jika apa yang dikatakannya benar sudah tentu pihak berkuasa akan bertindak,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan.
Beliau turut mendesak agar Razali mengadakan sidang media dan menghuraikan kesemua tuduhannya terhadap DAP.
“Inilah yang sepatutnya dia lakukan atas semangat ‘berani kerana benar’ dan bukannya baling batu tapi sembunyi tangan di dalam seluar.
“Jika tidak, kita boleh terus simpulkan dakwaan-dakwaannya itu tidak lebih sekadar dongengan dan omong kosong,” ujarnya.
Turut menemani Edry membuat laporan polis adalah Adun Ketari, Young Syefura Othman dan peguam merangkap Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan.

TUN M PERLAHAN-LAHAN MENAMBAH KEKUATAN, ANWAR JANGAN TAKUT UNTUK MELAWAN



Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Bersatu hari ini menerima kemasukan enam bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam parti itu di suatu majlis ringkas di Putrajaya.

Mereka yang sekaligus diberikan kad keahlian itu ialah Hamzah Zainuddin (Larut), Shabudin Yahya (Tasek Gelugor), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Latif Ahmad (Mersing) dan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).

Sebelum ini, tiga rakan mereka daripada UMNO - Mustapa Mohamad (Jeli), Mas Ermiayati Shamsuddin (Masjid Tanah) dan Nor Azami Ghazali (Bagan Serai) telah pun lebih dulu diterima menyertai Bersatu.

Dicampur dengan 13 Ahli Parlimen Bersatu sedia ada, bermakna parti itu kini mempunyai jumlah 22 Ahli Parlimen kesemuanya.

Apakah tujuan Tun Mahathir secara perlahan-lahan menambah bilangan Ahli Parlimen ke dalam Bersatu ini?

Bukankan sebelum ini Tun Mahathir ada menyebut bahawa mereka yang meninggalkan UMNO perlu menjadi wakil Bebas untuk suatu tempoh tertentu terlebih dahulu sebelum boleh diterima menyertai Bersatu?

Mengapakah tempoh enam bekas Ahli Parlimen UMNO itu menjadi Bebas hanya kira-kira sebulan lebih saja, kemudian terus diterima masuk menyertai Bersatu?

Adakah langkah ini untuk segera memperkuatkan Bersatu dan melumpuhkan UMNO?

Apakah ia juga bertujuan untuk PH memiliki bilangan majoriti dua pertiga di Parlimen bagi memudahkan pindaan perlembagaan dan reformasi undang-undang dilakukan?

Atau kemasukan ini untuk “menyailang” Anwar Ibrahim dan mengelakkan Tun Mahathir daripada menunaikan janji menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR itu?

Tanyalah siapa pun juga yang faham politik, lebih-lebih lagi yang kenal putar belit Tun Mahathir dalam UMNO sebelum ini, rata-ratanya percaya kemasukan ini tidak lain ialah bertujuan untuk menyekat kemaraan Anwar.

Tun Mahathir tidak perlu menerima kemasukan bekas Ahli-Ahli Parlimen UMNO itu jika mahu menguatkan Bersatu kerana tindakan tersebut tidak menjamin PH boleh menang selesa di kawasan yang mereka wakili sekarang ini dalam pilihanraya akan datang nanti.

Kesemua mereka malah belum pasti dapat dipilih bertanding semula mewakili Bersatu dalam pilihanraya akan datang kerana pemimpin Bersatu tempatan tidaklah semudah itu menerima mereka yang dalam pilihanraya lalu bertanding atas tiket BN, tapi di masa akan datang mahu diletakkan melalui tiket PH pula.

Lagi pula, untuk menguatkan Bersatu, yang penting ialah menambah ahli dengan jumlah yang ramai, bukan sekadar sembilan Ahli Parlimen saja.

Setakat bekas Ahli Parlimen UMNO itu membawa hanya diri mereka saja tanpa ada seorang penyokong pun yang ikut serta, apa jadahnya mereka dapat menguatkan Bersatu?

Begitu juga untuk meminda undang-undang di Parlimen, majoriti dua pertiga sebenarnya tidaklah relevan 100 peratus bagi tujuan itu.

Dengan jumlah kerusi sedia ada yang dimiliki oleh PH saja pun, kiranya pindaan undang-undang itu sesuatu yang baik untuk rakyat, Ahli Parlimen UMNO dan Pas sekalipun tentu tidak ada masalah untuk  memberikan sokongan mereka.

Menambah jumlah Ahli Parlimen ke dalam Bersatu hanya betul-betul bermanfaat untuk Tun Mahathir menjadikannya sebagai senjata dalam memungkiri janji penyerahan kuasa terhadap Anwar.

Tidak ada tujuan lain yang relevan dalam membawa bekas musuh ke dalam Bersatu, melainkan untuk menumbangkan musuh yang lagi satu dan demi menjadikan Tun Mahathir dapat terus berkuasa dengan lebih lama.

Mahu tidak mahu, dengan perkembangan ini, Anwar harus lebih berwaspada dan awas selalu mulai sekarang. 

Hanya sehari selepas Tun Mahathir mencicirkan nama Anwar dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam Majlis Tindakan Ekonomi yang baru ditubuhkannya, beliau nampaknya mengorak selangkah lagi dengan terus menambah Bersatu melalui kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO.

Jika perlu melawan, Anwar perlu melawan kali ini. Kalau perlu merampas kerusi Perdana Menteri itu daripada Tun Mahathir, beliau tidak harus teragak-agak melakukannya. Lawan tetap lawan.

Tun Mahathir mesti disedarkan bukan saja tentang janji, tetapi juga tentang hakikat bahawa Pakatan Harapan ini atau dulunya Pakatan Rakyat dan reformasi adalah perjuangan yang diasaskan dengan darah dan airmata oleh Anwar sejak 1998 lagi.

Anwar bersama PKR, DAP dan Amanah telah berjaya membawa baton perjuangan itu sehingga ke jarak 90 meter, manakala Tun Mahathir hanya menyudahkan 10 meter terakhir saja sebelum ke garisan penamat pada 9 Mei 2018 lalu.

Maka, setelah mendapat kerusi empuk yang realitinya hanyalah sementara, Tun Mahathir tidak harus lupa menyerahkannya semula kepada yang berhak dan  sebagaimana termetrai dalam perjanjian. 

DANA 90 JUTA . HUSAM DIPANGGIL DAN TIDAK DIBENARKAN KELUAR KENYATAAN