TUA TUA PUN BODO ATAU DIA DAH ANGKUH

 


Terkejut jugak la aku baca berita ni. Iyalah kan... Dia ni bukan budak mentah dalam politik. Dah veteran dah. Tapi macam P. Ramlee sebut la. Dah tua pun bodoh!


Buat apa masuk campur hal parti rakan? Pernah ke DS Anwar komen tentang pemilihan DAP? Kalau wartawan tanya, jawab je la no komen. Takkan itu pun nak kena ajar?


Guan Eng cuba buktikan kesetiaan kepada Mahathir ke? Bodoh la buat kenyataan begini. Melayu dah makin tak percaya DAP. Buat begini, makinlah dia dibenci.


Apa tujuan dia kata begitu? Nak hasut perpecahan dalam kem Keadilan? Atau nak tunjuk tentangannya kepada DS Anwar? Atau nak menyindir Rafizi? Atau apa sebenarnya?


Atau dia ingat kalau Rafizi jadi Presiden lagi senang dia nak makan? Hahaha... Ni aku nak bagitau. Kalau Rafizi jadi Presiden, mampus la diktator tua tu nak kawal pembangkang. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



LIVE- MUSTAPA MANSOR DAN SAIFUDDIN NASUTION - ANALISIS PRN JOHOR

KEH..KEH..KEMARUK.....

 

MOHD SHAH RIM


Pas sahkan tidak terima sebarang jemputan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang sedang berlangsung ketika ini.

Betul, kami tak dijemput walaupun kami telah bersedia dgn bendera UMNO untuk dikibarkan.. ujar seorang pemimpin kanan PAS.
May be an image of 2 people, people sitting and people standing

PRU 15: SELANGOR TIDAK BUBAR DUN SEBELUM HABIS PENGGAL


 ONE OFF KWSP: SEDIH KERAJAAN TIADA CARA LAIN BANTU RAKYAT

PERJUANGAN PH BERJAYA, KERAJAAN SETUJU GAJI MINIMA RM1,500


TU LA TAKIRI- HANG PUN DAPAT HABUAN JUGA- DULU DOK KUTUK ORANG..LA NI HANG KENA DENGAN KAWAN-KAWAN DALAM PARTI AGAMA NI...

 

Samsuri kata Pas tak akan pujuk Khairuddin kerana keluar parti


Samsuri kata Pas tak akan pujuk Khairuddin kerana keluar parti

PAS menganggap tindakan Khairuddin Aman Razali meninggalkan parti itu mulai kelmarin sebagai hak peribadi ahli parlimen Kuala Nerus berkenaan.

Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata oleh itu parti tidak akan berusaha memujuk bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkenaan.

“Itu dia punya pasal, itu hak dia dalam negara demokrasi. Setahu saya kita tidak ada apa-apa usaha (memujuk Khairuddin),” katanya pada sidang media di Kuala Terengganu hari ini.

Tambah Ahmad Samsuri PAS akan mengadakan mesyuarat pada Sabtu ini dan isu Khairuddin mungkin menjadi satu daripada banyak agenda yang akan dibincangkan.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Khairuddin yang keluar daripada menjadi ahli PAS kelmarin dalam tindakan yang dilihat sebagai protesnya terhadap kepemimpinan Abdul Hadi Awang.

Terdahalu Malaysiakini melaporkan Khairuddin yang juga bekas menteri perusahaan ladang dan komoditi mengemukakan permohonan berhenti sebagai ahli PAS kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Dia juga mengisytiharkan dirinya sebagai anggota parlimen bebas.

Ahmad Samsuri berkata PAS bukanlah tidak kisah dengan langkah diambil Khairuddin namun menganggap ia adalah pilihan masing-masing.

“Bukan tak kisah tetapi oleh kerana pilihan masing-masing kita tiada konsep paksaan.

“Kalau dia tak mahu bersama (PAS) dan (atas) apa jua alasan terserah masing-masinglah. Tidak ada apa-apa masalah dengan kedudukan yang ada sekarang.

“Dalam parti semua penting, pemimpin dan ahli di bawah pun penting,” katanya yang juga menteri besar Terengganu.

WOI HANGPA TAK MALU KA WOIII- PAS UMNO TAK AJAK P DOK SONDOI BUAT APA -LAIN KALI P CIUM TANGAN WAK ZAHID TAKI WOIIII

 

Takiyuddin akhirnya dedah Umno tak jemput pun Pas hadir PAU kali ini


Takiyuddin akhirnya dedah Umno tak jemput pun Pas hadir PAU kali ini




Pas mengesahkan tidak menerima jemputan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur ketika ini.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berikutan tiada jemputan, justeru parti berkenaan tidak akan menghadirinya.

“Tidak ada (jemputan) setakat saya jadi Setiausaha Agung saya tak terima jemputan untuk hadir (PAU) jadi kita tak hadir… Pas dan UMNO masih dalam kerajaan dan kita berperdana menterikan UMNO dan BN (Barisan Nasional),” kata beliau.

Takiyuddin berkata demikian ketika ditanya sama ada Pas dijemput untuk menghadiri PAU yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bermula semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas dan UMNO masih berada dalam sebuah kerajaan di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah dari UMNO.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor yang baharu, Pas katanya, menyambut baik pelantikkan tersebut sejajar dengan kehendak Sultan Johor.

Katanya berdasarkan undang-undang, Sultan Johor mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan seseorang Menteri Besar tanpa memerlukan nasihat daripada mana mana pihak.


TOK MAT MAHU PRU15 LEBIH AWAL KERANA INGIN JADI PM – NAZRI

 

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mendesak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana mempunyai agenda peribadi untuk bertanding kerusi Parlimen dan seterusnya menjadi perdana menteri, kata veteran parti itu, Mohamed Nazri Aziz.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, tindakan itu dijangka ekoran kes mahkamah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang menyebabkan tidak boleh diletakkan sebagai calon perdana menteri.

“Kalau kita buat macam itu (bubarkan Parlimen), kita dilihat mementingkan parti, bukan rakyat. Nampak sangat masa ini dia (Mohamad) hanya fikirkan diri dia,” kata Nazri kepada MalaysiaNow.

Dia hendak tanding Parlimen, kalau menang dia jadi perdana menteri, itu kepentingan dia.”

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat semalam menyeru agar PRU15 diadakan segera kerana pembangkang sedang lemah dan berpecah.

Dalam ucapan pembukaan Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita dan Puteri, beliau turut menyatakan Umno tidak boleh bergantung harap kepada memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak pembangkang untuk kekal menjadi kerajaan.

Namun bagi Nazri, hujah itu tiada merit.

Blok pembangkang katanya mampu untuk belajar daripada kelemahan-kelemahan mereka sepanjang beberapa siri pilihan raya negeri (PRN) yang diadakan sebelum ini.

“Mereka sudah tahu kalau dia berpecah akan kalah, maka lepas ini  mereka akan duduk berbincang dan bahagikan kerusi betul-betul, seperti yang dibuat pada PRU14.

“Kalau bertembung one-on-one, kita (Barisan Nasional) akan kalah,” katanya.

Beliau merujuk kepada PRN Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor yang menyaksikan kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) di kesemua negeri itu.

Nazri turut menyelar seruan membubarkan Parlimen oleh Mohamad yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu sebagai kebudak-budakan.

Ini kerana katanya, seruan itu dilihat membelakangkan hak Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Tok Mat tak faham Perlembagaan. Salah satu kuasa Agong ialah membubarkan Parlimen. Walaupun dinasihati perdana menteri, kalau baginda rasakan banyak isu belum selesai, baginda tidak akan setuju.

“Kita dengan pihak istana ini kena berunding. Pada masa-masa lepas, perdana menteri tak pernah menzahirkan sama ada Parlimen kena bubar, semua orang hanya mampu berspekulasi.

“Dahulu mana ada Dr Mahathir umum bila hendak bubar. Dia faham Perlembagaan, tak boleh umum selagi tidak berunding dengan Istana,” katanya.

Perhimpunan Agung Umno 2021 bermula semalam sehingga 19 Mac.

Antara isu yang dijangka menghangatkan pentas ialah pembubaran Parlimen, kerjasama dengan PAS dan krisis kepimpinan di Johor.

Seramai 5,571 perwakilan dijangka hadir ke perhimpunan tahunan itu.
Dalam pada itu, Nazri menyeru perwakilan agar meletakkan keutamaan kepada memperbetulkan parti Melayu terbesar itu.

“Caranya mereka perlu minta pemilihan parti diadakan. Pentadbiran Umno hari ini hanya caretaker sahaja.

“Kalau Tok Mat kata pemilihan akan pecah-belahkan Umno, dia yang sebenarnya hendak pecah-belahkan Umno. Tiada peluang jadi menteri, dia mengugut,” katanya.

Sebelum ini, MalaysiaNow melaporkan Zahid akan menggunakan perhimpunan tersebut untuk menekan Perdana Menteri Ismail Sabri membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Ini kerana PRU15 yang lebih awal daripada pemilihan Umno dilihat akan menyelamatkan karier beliau yang dibebani 47 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan Yayasan Akal Budi ketika menjadi timbalan perdana menteri di zaman pentadbiran Najib Razak.



NAMPAKNYA UMNO CEPAT SEDAR BILA BERKAWAN DENGAN PAS. SEBELUM KENA KENCING DENGAN PAK LEBAI-LEBIH BAIK KENCING LEBAI DULU



MOHD AFFENDI ABAS


Bila PAS berkawan dengan PNgkhianat! Muafakat pun berkecai! Bukan sekali tapi dah berkali-kali! Kalau masih ada yang nak bersama dengan PAS lagi! Berhati-hati lah!

PAS sekarang bukannya PAS yang memperjuangkan Islam tapi Parti Ajaran Sesat ~ AbahCow! Semuanya PAS langgar! Dulu menggunakan nama Pakatan Rakyat! Kerana hasutan Umno! Pakatan Rakyat berpecah!

Lepas tu Langkah Shaiton! Kerana hasutan syaitan & ketamakkan kuasa! PAS menghasut pula MP² KeAdiLan & Bersatu supaya melompat membentuk kerajaan bersama² UMNO!

Kini pada PRN Melaka & Johor! Mereka kembali menghancurkan Muafakat Nasional demi nafsu serakah pemimpin² mereka untuk bertanding & berebut kerusi lebih banyak bersama PNgkhianat Nasional!

Akhirnya PAS & PNgkhianat kalah teruk pada PRN Melaka & Johor! Inilah yang dikatakan dalam peribahasa Melayu, Macam Anjing dengan Bayang-bayang! Yang dikejar tak dapat! Yang dikendong berciciran!

Kepada pemimpin-pemimpin PAS! Bertaubatlah kamu semua! Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya! Cukuplah dengan kerosakan yang dilakukan oleh PAS yang mempergunakan Islam sebagai dinding untuk melakukan kerosakan & kejahatan!

#PartiAjaranSongsang

#PNgkhianatNegara

 

'Sayonara PAS, Puteri Umno tak mahu sekolam dengan katak!'...........Poligami sah woiii....Pas lupa pesanan tok guru



Ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan mengucapkan selamat tinggal kepada PAS berikutan 'kedegilan' parti itu untuk terus bersama Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional berbanding Umno di bawah payung Muafakat Nasional. Katanya, sejarah pengkhianatan Bersatu kepada Umno adalah sangat 'menggelikan dan menjijikkan', justeru Umno tidak tergamak untuk tinggal sekolam dengan 'katak' di dalam Bersatu.

 NORMAN RADZUAN


PESANAN ALMARHUM TG NIK AZIZ JADI KENYATAAN

Akhirnya UMNO mengucapkan SAYONARA buat PAS di Perhimpunan Agung UMNO 2021
Umno yang nyawa nyawa Ikan lepas kalah PRU14 lalu kini berkuasa kembali. 61 tahun untuk tumbangkan UMNO…PAS akan di ingati jadi Talian Hayat Umno.
Maka betul lah teguran arwah Tok Guru Nik Aziz dulu.
"Umno ni serupa kereta buruk... Nak start tak hidup... Dia minta tulong kita tolak, kita pun tulong la tolak sampai kita berpeluh...Bila kereta tu hidup, kereta tu akan gi lah... Tinggal kita... " Al - Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz

Kali terakhir tangga gaji kakitangan awam dipersetujui pada tahun 2002


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata,JPA sedang menilai skim tangga gaji kakitangan awam yang dipersetujui kali terakhir pada 2002.

DIA ADA HAI- BUKAN BLAH TAK MAU JAWAB HAL 1 MDB- DERIS SAGON KENA BANTAI

 

Saya ada hal kecemasan, bukan letak jawatan’, Zafrul perjelas ketidakhadiran di Parlimen

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, beliau tiada niat untuk tidak
 menunaikan tanggungjawab menjawab soalan di Parlimen sebagai
 Menteri Kewangan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menafikan dakwaan sebuah akhbar bahawa beliau sudah meletak jawatan susulan tidak hadir di Dewan Rakyat ketika sesi pertanyaan menteri pagi tadi.

Sebaliknya, beliau memaklumkan mempunyai hal kecemasan yang perlu diuruskan dan ia sudah dimaklumkan terlebih awal.

Tengku Zafrul mengulas spekulasi laporan sebuah akhbar hari ini bahawa beliau sudah meletakkan jawatan susulan pengumuman kerajaan semalam membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara “one-off”.

“Saya ingin merujuk kepada laporan Utusan Malaysia yang bertanya sama ada saya telah letak jawatan. Saya ingin menjelaskan bahawa ada sedikit kecemasan peribadi yang terpaksa diuruskan pada pagi ini, dan perkara ini telah dimaklumkan semalam.

“Tiada niat untuk tidak menunaikan tanggungjawab saya menjawab soalan sebagai Menteri Kewangan,” katanya dalam kenyataan diedarkan kepada media.

Ketika sesi pertanyaan menteri, soalan M Karupaiya (PH-Padang Serai) yang meminta Menteri Kewangan menjelaskan baki hutang 1MDB dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Harun bagi pihak Tengku Zafrul.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Tengku Zafrul didakwa meletakkan jawatan selepas ketidakhadirannya di Dewan Rakyat bagi mengemukakan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2021 (2022).

Ia dikaitkan dengan kenyataan Tengku Zafrul menerusi wawancara bersama media tempatan sebelum ini sebagai berkata, beliau rela meletak jawatan daripada berkompromi dengan sebarang keputusan melibatkan kementeriannya yang difikirkan silap, termasuk pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 secara “one-off”.

Ketika Timbalan Menteri Kewangan I, Shahar Abdullah tampil di Dewan Rakyat bagi mengemukakan RUU Perbekalan Tambahan (2021) 2022, Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) meminta kepastian sama ada Tengku Zafrul sudah meletakkan jawatan atau belum.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul menegaskan seperti amalan sebelumnya, Timbalan Menteri Kewangan yang akan membentangkan RUU Perbekalan Tambahan.

Beliau turut menegur Utusan Malaysia supaya berlaku adil ketika membuat liputan.

“Sebenarnya, ini memang berdasarkan perancangan kita. Tahun lepas pun, Timbalan Menteri Kewangan juga yang bentangkan, atau mungkin Utusan Malaysia buat-buat tak tahu, tak ingat atau tak kisah.

“Saya mohon, kalau boleh, adillah sikit bila buat laporan media – gunakanlah kuasa pena anda untuk menceritakan hal yang betul, bukan menghebahkan khabar angin,” katanya.

Mengenai sesi pertanyaan menteri, Tengku Zafrul berkata hanya menteri saja yang boleh memberikan jawapan dan kerana itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diminta membacakan bagi pihaknya.

“Mengikut SOP soalan MQT (waktu pertanyaan menteri), hanya menteri sahaja yang boleh memberikan jawapan, dan ini bukan pertama kali seorang menteri diminta untuk membacakan jawapan menteri lain,” jelasnya.

Pembangkang tak puas hati Idris jawab soalan berkaitan kewangan



Beberapa Ahli Parlimen pembangkang tidak puas hati apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menggantikan Menteri Kewangan atau timbalannya yang tidak hadir untuk menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pagi ini. Mengikut Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat, pada sesi MQT, Menteri Kewangan sepatutnya menjawab soalan berkenaan isu 1MDB dan SRC International.

KALAU IYA PUN JANGAN LAH BAGI MULUT PENUH SAGON JAWAB BAB KEWANGAN NEGARA.....BAB HAL EHWAL AGAMA OUN DIA DOK DIAM LAGI

 

Dewan kecoh gara-gara menteri agama jawab isu hutang 1MDB, SRC



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad
 mengisi kekosongan ditinggalkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul
 Abdul Aziz dalam menjawab pertanyaan berhubung pembayaran
 hutang oleh 1MDB dan SRC International di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menjawab soalan yang dikemukakan berhubung isu pembayaran hutang 1MDB dan SRC International yang sepatutnya dijawab oleh Menteri Kewangan.

Menteri Kewangan dan dua lagi timbalannya dilihat tidak hadir persidangan ketika perkara berbangkit itu ditimbulkan Ahli Parlimen.

Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) memberitahu Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon bahawa penukaran menteri itu sebagai “tidak betul”.

Kenyataan itu kemudian disokong Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang mempersoalkan: “Mana menteri dan dua timbalan menteri (bila kita) membayar mereka mahal (gaji)?”

Walaupun berdepan hentaman daripada blok pembangkang, Idris terus memberikan penjelasan berhubung status pembayaran hutang 1MDB dan SRC International ketika menjawab pertanyaan Karupaiya Mutusami (PH-Padang Serai).

Beliau berkata, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), sudah menyalurkan pembayaran pinjaman dan pendahuluan berjumlah RM10 bilion bagi membayar komitmen 1MDB dan faedah hutangnya bermula April 2017 hingga November tahun lalu.

Selain bantuan kewangan langsung daripada kerajaan, Idris berkata, faedah hutang 1MDB juga dibayar menggunakan Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset yang ditubuhkan bawah Kementerian Kewangan.

Idris berkata, pada 28 Februari, nilai aset 1MDB yang diperoleh semula – dalam bentuk mata wang luar seperti USD, SD (dolar Singapura) dan AUD (dolar Australia) – adalah RM19.14 bilion. Sejumlah RM3.31 bilion daripada akaun amanah itu sudah digunakan bagi tujuan membayar faedah bon 1MDB.

Katanya, kerajaan masih perlu menanggung kekurangan RM17 bilion untuk menyelesaikan baki faedah dan prinsipal 1MDB berjumlah RM38.8 bilion bagi tempoh 2022 hingga 2039.

Mengulas berhubung pembayaran dibuat SRC International, Idris berkata, syarikat berkenaan sudah membayar RM314.72 juta bermula 2014 hingga 28 Februari tahun ini kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), membabitkan nilai keseluruhan melebihi RM5.05 bilion.

Pembayaran akhir kepada KWAP, berjumlah RM610.22 juta, dijadual dibuat pada 28 Mac dan semua pembayaran dibuat oleh kerajaan membabitkan sumber