Baca dan fahami..
KHAIRUDDIN AT TAKIRI DAN NIK ABDUH KENA DEDAHKAN WATIKAH HJ HADI KHIANATI ARWAH TOK GURU NIK AZIZ
1. Kenapa Hj Hadi buat Surat Watikah lantik Ahmad Yaakob menjadi Menteri Besar lepas PRU13 lalu?
Tahun 2013:
Kempen PRU13: PAS kempen TGNA akan tetap jadi MB Kelantan, kami dari ROYALTI kempen all out bantu.
5 Mei 2013 Pas menang Kelantan, malam itu saya berada di Pjbt Pas Kelantan, lihat berberapa kelompok individu (masih ingat lagi siapa) naik tergesa gesa kerana katanya ada mtg Khas (Nak tukar TGNA supaya tidak jadi MB).
6 Mei 2013 Hadi keluar watikah lantik Ahmad Yaakob jadi MB dan angkat sumpah tergesa gesa di Istana.
Hari yang sama saya bersama arwah TGNA di Hospital USM Kubang Kerian di wad lihat beliau kesedihan.
Haritu juga saya kata Pas (Hadi) tak boleh pakai. Khianat (TG Nik Aziz) semata mata nak UG dengan UMNO. Arwah TGNA lah batu penghalang utama usaha mereka.
Pagi itu arwah TGNA tengah siap-siap pakai baju untuk angkat sumpah MB, dengan anggapan beliau masih lagi MB.
Bila dapat tahu Ahmad Yaakob jadi MB. terus beliau ke USM di bawa oleh? Teka.
Nik Abduh ‘diperkudakan’ oleh Team Hadi, untuk menjatuhkan Ayahnya sendiri bagi menghalalkan Agenda UG PAS - UMNO.
Yang akhirnya jadi Muafakat Nasional. PAS beri talian hayat kepada UMNO (yang arwah TGNA tentang sejak lama).
Bila UMNO berkuasa, kini menjadi PM. PAS ditendang balik. Terpinggir tiada teman, Pas Hadi pergi
peluk
Mahiaddin. Habis madu sepah dibuang.
Beza benar cara kerja PAS HADI dan PAS NIK AZIZ.
Pas Nik Aziz disukai semua kaum dan semua kelompok Masyarakat samada lawan dan kawan.
Pas Hadi sebaliknya.
Orang Pas banyak tak tahu peristiwa ini, banyak jadi Pak Turut sahaja.
Jika mereka tahu hal sebenarnya, PAS akan pecah hancur.
Kita nanti tengok adakah Nik Abduh akan kena tulah dari kata kata arwah Ayahandanya?
Jika beliau Insaf, elok Nik Abduh mengaku kesalahannya dan dedahkan apa perkara yang berlaku sebenarnya.
Dedahkan Watikah dari Hadi lantik Ahmad Yaakob sabotaj arwah Tok Guru Nik Aziz.
Kita semua tahu Nik Abduh team up dengan Khairuddin Takiri, Nik Zawawi, Tontowi dan berberapa lagi.
Al Fatihah untuk arwah TG Nik Aziz.
Syukur dapat kenali dan dapat pengalaman bekerja di bawah beliau selama 8 tahun.
Syam Ghaz