PAKAT LARI MAI DOK PENANG TAK MAU BALIK SEBAB INFRASTUKTUR KETINGGALAN 20 TAHUN...TU PUN JANGAN...NAK BELAT AYAQ....BUSUK HATIPERUT..
Infrastruktur air ketinggalan 20 tahun, punca gangguan bekalan di Kedah
PETALING JAYA: Infrastruktur bekalan air di Kedah yang ketinggalan antara 15 hingga 20 tahun, selain kebanyakan loji rawatan air (LRA) dalam keadaan uzur menyumbang kepada gangguan bekalan air di negeri berkenaan.
Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor, berkata kerajaan Kedah memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun lagi bagi membangunkan semula infrastruktur berkaitan bagi menangani masalah gangguan bekalan air di negeri itu.
Katanya, sehubungan itu, masalah bekalan air mencetuskan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk terutamanya di daerah Kuala Muda, Sik dan Baling, ketika Aidilfitri.
“Kebanyakan masalah yang berlaku ini adalah di hujung sistem bekalan yang menyebabkan tekanan air menjadi rendah, memang kita jangka berlaku peningkatan penggunaan sehingga 30% atau lebih 1,000 juta liter sehari (MLD) berbanding kebiasaan kira-kira 700MLD.
“Kita memang tidak dapat tampung kerana infrastruktur yang ada dibina sejak puluhan tahun lalu, kerajaan negeri mula bangunkan semula infrastruktur air pada 2010, tetapi ia memerlukan masa untuk diselesaikan. Jadi sama seperti saya yang bersabar, orang ramai juga perlu sabar menunggu semua infrastruktur siap,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Sanusi berkata, ketika ini pembinaan lima LRA baharu juga sedang dilakukan membabitkan kos RM931 juta dan proses penggantian sistem bekalan air pula membabitkan kos RM970 juta.
Katanya, berikutan kos keseluruhan yang terlalu besar, kerajaan negeri terpaksa mencari syarikat swasta bagi melabur dalam projek berkaitan penggantian sistem perpaipan yang mengakibatkan kehilangan air tanpa hasil (NRW) sehingga 50%.
“Kita sudah mendapat kebenaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan hanya menunggu kelulusan menteri alam sekitar dan air di mana syarikat swasta akan melabur selama 15 tahun bagi mengatasi masalah NRW yang disasarkan turun kepada 25%.
“Kita perlu ganti sistem perpaipan kerana sekiranya LRA siap dibina dalam tempoh tiga tahun, ia akan mengepam lebih banyak air dan menyebabkan kita kehilangan lebih banyak NRW. Penjimatan daripada NRW ini kemudian akan dikongsi bersama pelabur terbabit,” katanya.
Beliau menjelaskan, SADA juga tidak boleh beroperasi dalam keadaan rugi berterusan kerana syarikat itu perlu terus melabur dalam meningkatkan infrastruktur bekalan air sedia ada.
“Pada 2019, SADA mengalami kerugian sehingga RM36 juta, pada 2020 SADA mula catat keuntungan dan pada tahun lalu kita catat keuntungan sebanyak RM27 juta. Semua lebihan ini kita guna untuk pertingkat infrastruktur air demi rakyat.
“Orang ramai perlu faham bahawa masalah bekalan air ini buka berlaku di Kedah sahaja, negeri maju seperti Selangor juga hadapi masalah sama. Kita sedang usaha selesaikan semua masalah ini dalam tiga tahun, sementara itu semua pihak perlu bersabar,” katanya.
JAGA JAGA ULAQ TEDUNG TAK KENAI TUAN...
Peguam negara perlu jelas kepada umum penyelesaian saman Apandi, kata Dr M
PETALING JAYA: Peguam Negara Idrus Harun perlu tampil memberi penjelasan berhubung langkah penyelesaian di luar mahkamah kes saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali terhadap dirinya kepada umum, kata Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, penjelasan Idrus hanya melalui surat kepadanya tidak dapat mengelak kegusaran awam berhubung perkara itu.
“Ya, saya terima surat daripada dia (Idrus Harun). Biasanya surat itu rahsia. Saya tak boleh cakap, sepatutnya dia bagi tau kepada orang ramai.
“Saya tak terima dia punya penjelasan. Baik peguam negara sekarang, Apandi pun saya tak terima,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Bekas perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu, berkata sepatutnya perkara itu turut dibawa ke mahkamah bagi membolehkan masyarakat awam menilai pihak mana yang bersalah.
“Sepatutnya pergi ke mahkamah, tengok betul ke tidak tuduhan kononnya kita buang secara tidak mengikut undang-undang atau pun peraturan.
“Sebab sebelum ini kita kerap kali buang pegawai (kerajaan) yang tidak jalankan tugas dengan baik, kita memang keluarkan daripada kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, antara tindakan yang pernah diambil termasuk memberi cuti, menempatkan pegawai secara sementara di jabatan lain sebelum menamatkan perkhidmatannya.
“Tindakan seperti itu bukan baharu dan untuk Apandi sahaja, malah orang lain pun kena, tetapi orang lain tak ada buat tuntutan.
“Malah, kita nampak dia berat sebelah sebagai Peguam Negara, sepatutnya dia tak boleh memihak kepada mana-mana pihak,” katanya.
Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya membayar pampasan kepada bekas peguam negara itu, kerana tindakan dikenakan terhadapnya mengikut peraturan ditetapkan.
Hari ini, Idrus berkata beliau telah memaklumkan kepada Mahathir mengenai terma penyelesaian berkaitan saman difailkan Apandi terhadap bekas perdana menteri itu dan kerajaan Malaysia.
Beliau berkata, berikutan penyelesaian itu, plaintif iaitu Apandi, telah menarik balik tindakan undang-undangnya berhubung penamatan kontraknya sebagai peguam negara.
Kepintaran anak-anak datang dari genetik ibu, bukan bapa – kajian
Ibu-ibulah yang bertanggungjawab menyebarkan gen kepintaran pada anak. Sains sendiri telah membuktikannya. Ibu ayah percaya tak hasil kajian ini?
Ibu-ibu sekalian! Tahukah anda bahawa sains telah mendapati lebih banyak sebab untuk anda untuk berasa lebih bangga dengan kecerdasan minda anak anda. Rupanya faktor kecerdasan anak menurut ahli psikologi Jennifer Suarez, ibu-ibulah yang bertanggungjawab menyebarkan gen kepintaran anak.
Wah, siapa sangka bahawa tahap kebijaksaan anak sebenarnya daripada ibu sendiri. Ini penjelasan daripada kajian lebih lanjut.
Faktor kecerdasan anak terdapat dalam kromosom X
Beberapa kajian, termasuk satu yang dilakukan baru-baru ini di Universiti Ulm di Jerman, mendapati gen kepintaran anak terletak di kromosom X.
Oleh kerana wanita membawa dua kromosom itu, ia bermaksud kanak-kanak lebih cenderung untuk mendapatkan kecerdasan mereka dari ibu-ibu mereka. “Ia adalah kebetulan bahawa kecacatan intelektual adalah 30% lebih biasa di kalangan lelaki,” kata Suarez.
Satu kajian oleh Medical Research Council Social dan Unit Sains Kesihatan Awam di Glasgow, Scotland juga mendapati bahawa peramal terbaik kecerdasan adalah IQ ibu. “Nisbah kecerdasan anak-anak muda ini diubah hanya purata 15 mata daripada ibu mereka,” Suarez melaporkan.
Selain daripada genetik, ibu juga memupuk faktor kecerdasan anak secara fizikal dan emosi
Menurut sains, kira-kira 40-60% daripada kecerdasan adalah dari keturunan. Walau bagaimanapun, bagaimana anak-anak dibesarkan juga banyak menyumbang kepada peningkatan kepintaran beliau.
Penyelidik di Universiti Minnesota mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai ikatan yang rapat dengan ibu-ibu mereka melakukan lebih baik di dalam ujian.
Ini kerana kanak-kanak ini rasa selamat dan yakin mereka boleh mendekati masalah yang sukar tanpa berasa kecewa dengan mudah.
Satu kajian dari Universiti Washington juga membandingkan otak kanak-kanak berusia 13 tahun dan mendapati bahawa hippocampus (pusat pembelajaran, ingatan dan tindak balas tekanan) kanak-kanak dengan hubungan yang kuat dengan ibu-ibu mereka, adalah 10% lebih besar daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan ibunya.
Bagaimana untuk rapatkan hubungan dengan anak?
Ada pelbagai cara mudah dan berkesan untuk anda merapatkan jurang hubungan dengan anak-anak lagi-lagi apabila mereka semakin berusia. Yang paling penting adalah untuk meluangkan masa bersama mereka sekerap yang mungkin walaupun anda sibuk.
Pada masa yang sama, apabila anda bersama mereka, pastikan ia satu sesi bonding yang berkualiti. Bukannya anda melihat telefon pintar sahaja.
Ini juga antara cara lain yang anda boleh cuba untuk mengukuhkan hubungan anda dan anak:
1.Jadikan anak sebagai keutamaan
Letak diri anda di posisi mereka. Jika mereka ingin menunjukkan anda sesuatu atau ingin berbual dengan anda walaupun sekejap, ambil peluang ini untuk mendengar kata-kata mereka.
Kami sebagai ibu bapa faham ada kalanya ibu dan ayah sudah penat melayan anak-anak, tambah lagi selepas waktu bekerja namun perasaan mereka juga harus dijaga. Apa-apa pun jangan layan anak seperti second thought. Mereka wajib jadi keutamaan.
2.Beri mereka kejutan
Anak-anak anda mungkin sama seperti anak-anak lain, juga gemar dimanjakan. Apa yang dia perlukan adalah kasih sayang daripada ibu bapa dan sekali sekali tidak salah untuk anda cipta satu kejutan buat mereka. Ini penting bagi membuatkan anak-anak rasa lebih gembira.
Berikan kejutan mungkin dengan hadiah kecil seperti coklat yang dibeli di kedai runcit, mahupun sesuatu yang lebih besar seperti membawa mereka keluar ke lokasi yang mereka ingini.
Untuk pengetahuan anda, anak-anak yang jarang mendapat kejutan akan selalu membandingkan diri dengan rakan-rakan lain.
Ini tidak bermakna hadiah perlu mewah, cukup sekadar anda mengambil hati si kecil sama bagaimana anda luangkan usaha untuk menang hati pasangan juga.
3.Libatkan diri dalam hobi mereka
Ini antara cara paling mudah untuk mendekatkan diri anda dengan anak. Ya, ada sesetengah ibu bapa enggan untuk melibatkan diri dalam hobi anak lagi-lagi jika hobi itu susah seperti membina robot ataupun bermain bola sepak bersama rakan-rakan. Namun anda masih boleh tunjuk minat anda.
Bagaimana? Mudah sahaja! Anda boleh cuba berbual-bual dengan mereka tentang hobi mereka, ataupun tunjuk sokongan secara fizikal.
Sebagai contoh, jika anak anda minat bermain gitar namun anda tidak tahu, anda boleh bawa dia ke kelas muzik (jika mampu), belikan dia gitar (jika mampu), atau tunjuk sahaja video pemain gitar terbaik dan terkenal di seluruh dunia!
Dengan ini dia mula sedar bahawa ibu atau ayah ingin tahu apa yang dia minat, dan buatkan dia lebih senang untuk berbicara dengan anak di masa hadapan.
Selamat mencuba!
ANAK AHLI PARLIMEN NI MESTI PEMINAT SMACKDOWN NIH....
Didakwa kurang ajar dengan ibu, anak Ahli Parlimen tumbuk, ludah lelaki
PETALING JAYA: Anak kepada seorang Ahli Parlimen di Melaka didakwa menumbuk dan meludah seorang lelaki dalam kejadian, di sebuah rumah di Pernu, Melaka, 2 Mei lalu.
Mangsa yang berusia 49 tahun telah dihubungi individu terbabit yang mengeluarkan kata-kata kesat dan memintanya datang ke rumah, kira-kira 12.33 tengah malam itu.
Menurut sumber, punca kejadian adalah disebabkan anak Ahli Parlimen itu tidak tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan bersikap kurang ajar terhadap ibunya ketika berada di sebuah kedai ikan bakar di Umbai sebelum itu.
“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa telah datang ke rumah lelaki berkenaan di Pernu.
“Ketika di rumah, berlaku pertengkaran hingga lelaki itu berang lalu terus menumbuk kepala mangsa. Lelaki itu juga menghantukkan kepalanya ke muka mangsa hingga menyebabkan kecederaan di bahagian hidung. Mangsa juga turut diludah di muka,” dakwa sumber dipetik Utusan.
Berikutan itu, sumber berkata, mangsa meminta untuk bertemu dengan ibu individu itu jika benar dirinya bersalah, namun adik lelaki pelaku pula menghalaunya keluar dari rumah.
Kata sumber, mangsa yang bekerja sebagai pengurus telah membuat laporan di Balai Polis Kandang, kira-kira 12.36 tengah malam, semalam.
“Mangsa membuat laporan berkenaan kerana bimbang tentang keselamatan dirinya dan ahli keluarga,” dedah sumber.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan, namun enggan mengulas lanjut.
DEBAT ANWAR-NAJIB BATAL PADA SAAT- SAAT AKHIR?
Selepas Universiti Malaya tidak membenarkan Dewan Tunku Canselor digunakan sebagai tempat untuk program debat antara Anwar Ibrahim dengan Najib Razak, majlis itu kini secara rasminya akan diadakan di Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan media bersama semalam, kedua-dua pihak setuju ia diadakan di Matic, dengan tarikh serta waktunya kekal pada 12 Mei, jalam 9.00 malam.
Debat selama dua jam itu dijangka akan berlangsung dalam tiga sesi.
Bahagian pertama berhubung permasalahan yang dihadapi syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Bhd dan sama ada ia perlu diselamatkan melalui bantuan kerajaan atau sebaliknya.
Bahagian kedua pula akan berkisar tentang ‘Masa Depan Malaysia’ yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara.
Bahagian ketiga dikhususkan untuk sesi soal jawab.
Debat berkenaan akan disiarkan secara langsung oleh saluran rasmi melalui media rasmi dan juga media sosial yang akan diumumkan kemudian.
Sementara ada pihak dilihat begitu teruja dan tertunggu-tunggu debat tersebut, banyak pihak lain pula tetap ragu-ragu majlis itu akan menjadi kenyataan akhirnya.
Pelbagai pihak yang saya sempat berbual-bual dengan mereka tidak menyembunyikan kesangsian mereka itu.
Saya sendiri, jauh di sudut hati, tidak terkecuali menjangkakan, debat itu akan dibatalkan pada saat-saar akhirnya nanti.
Dalam hal ini, saya meramalkan beberapa sebab akan dimunculkan sebagai sandaran untuk membatalkannya.
Pertama, permit polis untuk mengadakannya mungkin tidak diberikan atas sebab-sebab keselamatan dan tiada keperluan.
Kedua, Sapura Energy atau pihak tertentu dipercayai akan muncul pada saat-saat akhir dengan tidak membenarkan isu berkaitan syarikat berkaitan kerajaan itu didebatkan melalui forum terbuka.
Mereka dipercayai akan mengambil tindakan saman pemula di mahkamah bagi menghalang debat itu daripada dilangsungkan.
Lagi pula, sama ada kerajaan perlu membantu atau tidak Sapura Energy adalah merupakan keputusan kerajaan dan tidak berkaitan dengan kedua-dua pendebat, Anwar dan Najib yang mana mereka tidak pun berada dalam kerajaan ketika ini.
Ketiga, ini saya pinjam daripada ramalan seorang bekas Ahli Parlimen daripada Melaka yang menyatakan, Najib dijangka akan positif Covid19 selepas meraikan sambutan ulangtahun UMNO pada 11 Mei, lalu terpaksa dikuarantin di rumah sendiri untuk beberapa hari.
Akhirnya, debat itu pun tidak menjadi kenyataan, tambah bekas Ahli Parlimen itu lagi.
Meski ada keraguan, tapi jika debat itu akhirnya benar-benar menjadi kenyataan pada 12 Mei nanti – apa lagi – syukur Alhamdulillah sajalah.
Setidak-tidaknya kerana hilang kuasa sebagai Perdana Menteri pada 2018 lalu, Najib kini diberi satu keberanian baru oleh Tuhan.
Kalau tidak, sampai bila pun Najib akan sentiasa tidak berani untuk berdebat dengan sesiapa. – ShahbudinHusin 07/05/2022.
ISHH.ISHHH..ISSSHHH HANGPA BARU KENAI PAS- DAH TALAM DUA MUKA PULAK DAH....KEH..KEH...KEH....RAKIT PUN DEPA KATA FERI...
PAS talam dua muka, siang cakap lain, malam berubah cakap lain, kata Zahid.
PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pandangan PAS yang masih menganggap konsep penyatuan ummah digagaskan parti itu dan Umno di bawah payung Muafakat Nasional (MN) adalah formula terbaik bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), sebagai ‘talam dua muka’.
“Itu pandangan PAS… daripada awal itulah pendirian kita tetapi mereka sudah memperlihatkan sikap talam dua muka.
“Kita tidak mengambil kira bahawa soal kononnya politik matang sebagai organisasi apatah lagi pertubuhan politik yang siang cakap lain dan malam berubah bercakap lain pula apatah lagi esoknya.
“Kita mahu rakan yang setia dan kesetiaan itu bukan hanya kata-kata tetapi dari segi tindakan dan juga keputusan yang dilakukan,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Umno Bagan Datuk, di sini, hari ini.
Zahid berkata, Umno tidak mahu sahabat yang tidak mempunyai pendirian tetap dalam setiap tindakan dan keputusan yang dilakukan.
Semalam media melaporkan, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan menegaskan pemahaman PAS berdasarkan Piagam MN dan penyatuan ummah bukan hanya terhad kepada parti tertentu saja, sebaliknya dalam piagam itu jelas menyatakan MN boleh disertai mana-mana parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mempunyai matlamat sama iaitu ke arah penyatuan ummah.
Beliau dilaporkan berkata, disebabkan itu PAS masih lagi menyeru supaya penyatuan ummah membabitkan semua pihak terutama parti Melayu Islam, parti Bumiputera dan parti bukan Melayu yang tidak ekstrem sebagaimana yang disebut oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Mengulas lanjut, Zahid berkata, strategi menghadapi PRU15 secara solo adalah yang sebaiknya selepas cubaan dan peluang yang diberikan tidak dimanfaatkan dengan baik.
“Saya fikir itulah (bergerak secara solo) yang sebaiknya sebab kita sudah mencuba beberapa kali untuk memberikan ruangan yang secukupnya bagi mereka untuk terus mempersetujukan apa juga perkara yang terkandung dalam piagam penyatuan ummah.
“Tetapi, sikap mereka tidak begitu maka eloklah kalau kita lupakan saja hasrat yang dinyatakan oleh mereka itu,” katanya.
Mengenai status kerjasama Umno dan PAS setakat ini, jika terdapat dua dasar kerjasama yang berlainan iaitu di negeri dan persekutuan, Zahid berkata, perkara itu perlu menghormati keputusan yang sudah dibuat oleh parti masing-masing.
“Saya fikir elok kita hormat keputusan yang sudah dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi dan kita juga menghormati keputusan yang Majlis Syura PAS dan Jawatankuasa PAS Pusat, eloklah kita saling menghormati keputusan parti masing-masing,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai Umno Terengganu tidak akan bekerjasama dengan PAS pada PRU15 dan akan meletakkan calon bertanding di 32 kerusi DUN serta lapan kerusi Parlimen, Zahid berkata, beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh Umno negeri itu.
Picit pam secara perlahan boleh dapat minyak lagi banyak, fakta atau auta?
Rakyat kita suka betul akan fakta-fakta yang menarik, lebih-lebih lagi benda yang melibatkan urusan harian. Tetapi berdasarkan apa yang pernah menjadi topik bualan hangat, bukan semuanya betul.
Sesetengah daripadanya hanya dibuat berdasarkan bijaksana dan andaian sendiri sahaja. Contohnya seperti enjin kereta yang perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum bergerak dan tekan butang push start 3 kali untuk hidupkan enjin.
Kali ini, sebuah lagi fakta menarik sedang hangat dibincangkan oleh netizen sehingga mendapat perhatian Pengarah Urusan Shell Malaysia sendiri iaitu Encik Shairan Huzani atau dikenali dengan panggilan Pakcik Shell. Apa yang kami maksudkan disini ialah mengisi minyak secara perlahan boleh memberikan anda lebih minyak. Jadi benarkah fakta ini atau auta semata-mata?
Tanpa melengahkan masa, beliau sendiri mengulas berkenaan topik ini. Daripada apa yang dibentangkan, kita dapat lihat bahawa dari segi fizik sekalipun, kelajuan aliran cecair tidak akan mengubah jumlah yang dihantar. Yang berbeza hanyalah kelajuan hembusan minyak dari pam tersebut.
Perkara ini sendiri termaktub dalam prinsip Bernoulli yang dilaraskan oleh persamaan P1+1/2PV1^2 = P2+1/2PV2^2. Melihat persamaan ini sahaja sudah cukup untuk fahamkan anda bahawa minyak takkan dikeluarkan lebih sekiranya pam dipicit perlahan ataupun pam itu sendiri yang perlahan. Pendek kata, jumlah yang diberi adalah sama dengan jumlah yang diterima.
Anda boleh kaji sendiri sewaktu menuam air ke dalam cawan, Tidak akan ada beza langsung kalau ia dituam perlahan ataupun cepat. Isipadu yang terkandung dalam cawan nanti tetap akan sama.
Dari segi logik akal juga, anda boleh minum sendiri dan rasa banyak mana air yang telah ditelan. Kalau anda minum perlahan atau laju sekalipun, isipadu air yang masuk ke dalam mulut tetap akan sama. Takkan makhluk halus nak curi-curi sedut kan? Jadi, renung-renungkanlah.