ANWAR BERSAMA ANAK MUDA BERMAIN BOLASEPAK

LAGI UPDATES TERKINI : GAMBAR GAMBAR DSAI BERKEMPEN DI BEBERAPA DUN DI SABAH BERSAMA CALON PKR

BERITA LINK  DIBAWAH.

Image may contain: 2 people, people standing, grass, child, sky, outdoor and nature

Santai-santai main bola dengan anak-anak muda Likas dulu bah kita. Adui kasut bola lupa bawa bah. Bekaki ayam pun bole bah kalau kau. #SemuanyaUntukSabah




INI KALAU PH ATAU MUJAHID ANJURKAN, SAHIH KENA BALUM KAW-KAW..TAPI DALIL UNTUK PARTI TUNGGANG AGAMA ..OK JA..

 


NIZAM KA

Ambo tidak nak kata salah,cuma ambo nak tanya..Agak-agak apa akan jadi jika Yb Mujahid atau Amanah yang buat?Rasa-rasanya 5,6 tan sumpah maki caci hamun yang bakal dilontarkan oleh geng-geng pasmno..

Yang pasti akan keluarlah ayat-ayat lazim Pasmno..Amanah kafir sokong kristian,mujahid khadam kristian,kafir,fasiq dan macam-macam lg..

 Tapi bila Pas yang buat akan kluarlah dalil-dalil untuk membela perbuatan.. Mungkin Pas ada berpuloh-puloh buku dalil dengna beribu-ribu ayat-ayat dalil..


FANATIK MUSNAHKAN AKHLAK PERJUANGAN


PENGUNDI SABAH PILIH CALON BERBANDING PARTI

 Pengundi Sabah pilih calon berbanding parti

'NOTHING TO HIDE' - BERANIKAH MUHYIDDIN? Tamrin Tun Ghafar

 'NOTHING  TO  HIDE' - BERANIKAH MUHYIDDIN?


Tamrin Tun Ghafar


Sabtu - 20/09/2020

( 1 -  20 )


1.   Bagaimana PENGKHIANATAN  Si Kitol  sehingga bukan sahaja merupakan punca kehancuran Kesultanan Melayu Melaka bahkan tanpa disedari tindakannya juga telah memecah belahkan masyarakat Melayu ketika itu.


2.   Bencinya rakyat terhadap PENGKHIANATAN  tersebut, setelah dihukum, mayat dan rumahnya dihumbankan ke dalam laut.


3.   Walaupun cerita itu dongeng atau direka, namun ia menjadi ingatan kepada kita semua agar berhati - hati terhadap PENGKHIANAT  yang pintar  berlakon dan hanya  pentingkan diri semata-mata.


4.   Kira - kira 2000 tahun dahulu, Raja Rom, Julius Ceaser  telah  dibunuh oleh ORANG  KEPERCAYAANNYA, Brutus atas alasan kononya   hendak menyelamatkan  Rom dari kehancuran, namun selepas peristiwa tersebut keadaan ekonomi di Rom menjadi lebih gawat lagi.


5.   Brutus yang berjaya melakukan PENGKHIANATAN tersebut  dibantu oleh sebahagian  Ahli  Parlimen Rom.


6.   Apa yang pernah berlaku  terhadap Julius Ceaser dan cerita dongeng Si Kitol sudah pun berlaku beberapa bulan lepas di negara kita ini.


7.   Muhyiddin , Azmin dan Hamzah adalah PERANCANG  UTAMA   yang sanggup menggigit  tangan yang  memberi mereka makan kepada mereka.


8.   Sebenarnya  peristiwa  LANGKAH  SHERATON  adalah langkah terakhir menjelang RAMPASAN  KUASA sehingga penubuhan KERAJAAN  PINTU  BELAKANG  atau istilah  Lebai Malang ialah KERAJAAN  TEBUK  ATAP.


9.  Tidak masuk akal Tun boleh peluk UMNO  dan penyokong kuatnya, PAS  sedangkan sebahagian besar pemimpin mereka terdiri dari 4 golongan iaitu - PENIPU, 

PENYAMUN, PEROMPAK  dan PENCURI.


10.   Oleh kerana terlalu bodoh dan tak bermaruah mereka dibawah  begitu mudah digula-gulakan dengan  hanya mendapat sedikit upah seperti duit poket, kenderaan dan baju T percuma, duit minyak kereta dan motosikal, mereka akan   berarak ke hulu  ke hilir dengan melaungkan - 

 'HIDUP  MELAYU !!!'


11.  Amat mustahil mereka yang berjawatan seperti Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi - Pengerusi  GLC AMBIL  PEDULI  saranan Tengku Razaleigh Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa  Majlis Penasihat  UMNO  agar mereka meletak jawatan.


12.  Yang penting bagi mereka ialah gaji yang lumayan dan kemudahan - kemudahan lain seperti elaun rumah dan keraian, kereta, kemudahan kapalterbang dan bilik VIP ,  pemandu dan bodyguard yang terpaksa membawa fail mesyuarat; mereka ini langsung TIDAK  PUNYAI  PERASAAN  MALU  DAN TIDAK  BERMARUAH.


13.  MUHYIDDIN :


Salah seorang PENGKHIANAT  yang mempunyai  sejarah TIKAM  BELAKANG sejak era  Othman Saat ( Alfatihah ) lagi, diikuti  bagaimana di saat akhir  beliau mensabotaj Abdullah Ahmad Badawi  dengan kenyataannya dari Singapura dan kemudian berkaitan Najib Tun Razak dalam isu 1MDB.


Bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO pula beliau tergamak melakukan apa sahaja termasuk megenepikan kawannya, Ali Rustam, kini TYT Melaka dan Isa Samad , mantan Pengerusi FELDA.


Sehingga kini beliau TIDAK  BERANI  menyaman Azwanddìn Hamzah, mantan Presiden Jaringan Melayu Malaysia  atau JMM berhubung isu hubungan seks sulit dan haram beliau  dengan Nika Gee Siew Yee, ISTERI   Stanley Clement Augustin , seorang Pendakwa Raya atau DPP  ketika itu.


Kadang - kadang terfikir  tak mungkin anak Pak Lebai  yang dilihat sebagai budak baik dan boleh  dipercayai dengan membaca doa di kaca TV  boleh MELAKUKAN  HUBUNGAN SEKS dengan isteri orang?; sejahat - jahat lelaki  biasanya  tidak menyentuh isteri orang.


14.  AZMIN  ALI:


Pernah bertugas dengan Dr. Mahathir dan kemudian  dengan Anwar Ibrahim sebagai Setiausaha Sulit di pelbagai kementerian.


Hubungan beliau dengan Anwar mula renggang ekoran LANGKAH  KAJANG yang berakhir dengan perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.


Walaupun di satu ketika dahulu  dianggap sebagai orang yang paling rapat dan dipercayai  Tun Dr. Mahathir namun  rupa - rupa beliau adalah umpama seekor ular  di dalam selimut yang  SANGGUP  MEMATUK Tuannya.


Kini  merupakan  orang kepercayaan Muhyiddin ;  setelah dilantik sebagai Menteri Kanan dan bagi tujuan mengampu beliau sanggup membuat tuduhan kononnya selama 22 bulan memerintah  Kerajaan PH  pimpinan Tun Dr. Mahathir telah gagal memulihkan ekonomi negara sedangkan beliau sendiri adalah Menteri Ekonomi ketika itu.


Tak pasti sama ada beliau  BERANI SAMAN  MALU Haziq Aziz dalam  kes  SEMBURIT -  ini adalah tuduhan  AMAT  SERIUS  yang bukan sahaja mencalar maruah beliau malah  keluarga dan kedudukan sebagai seorang Melayu dan beragama Islam.


15.  HAMZAH ZAINUDDIN:


Menteri Dalam Negeri yang dihantar Muhyiddin bersama  Nardin Awang, Setiausaha Politik Muhyiddin  untuk cuba melobi agar Musa Aman dilantik  sebagai Ketua Menteri menggantikan Shafie Apdal  namun misi itu telah menemui kegagalan.


Hamzah dan beberapa rakan MP telah  melompat  dari UMNÒ ke BERSATU.


Juga merupakan orang kepercayaan Muhyiddin sehingga beliau  BERJAYA  MENGATASI  beberapa pengasas BERSATUbagi jawatan  Setiausaha  Agung parti itu.


Semasa kes liwat pertama dahulu, beliau telah MENUDUH Anwar Ibrahim  cuba MENGGODA  isteri kedua beliau; satu tuduhan yang melanggar undang - undang,  namum difahamkan sehingga ke hari ini   TIDAK  ADA  sebarang tindakan undang - undang  pun di ambil terhadap Anwar tambah pula kini beliau merupakan Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal polis  - sama ada perkara itu benar-!benar berlaku atau sebaliknya - 

HANYA  JAUHARI  SAHAJA  YANG  MENGENALI  MANIKAM.


16.  Kini rakyat 'confuse', tak tahu cerita sebenar mengenai  PERLETAKAN  JAWATAN  Tun sebagai  Perdana Menteri, justeru  dicadangkan  kedua - dua mereka, Tun Mahathir dan Muhyiddin disemukakan di satu pentas agar rakyat tahu siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong - ia serupa juga dengan konsep :


 'NOTHING TO HIDE'.


Hanya ketika itu Najib   PENGECUT, memberi berbagai alasan yang tak masuk akal sehingga polis dikerah  TIDAK MEMBENARKAN  Tun meneruskan ucapan di pentas yang disediakan.


17.   Sekurang - kurangnya  walaupun BUKAN  ISLAM, Chua Soi Lek, telah  berani MENGAKU   bahawa lelaki dalam gambar yang sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang bukan isterinya adalah beliau, dan dengan pengakuan tersebut beliau MELETAK  SEMUA JAWATAN , Menteri dan Presiden Parti MCA serta merta.


Ini namanya  ANAK  JANTAN , BERANI  BUAT  BERANI  TANGGUNG, bukan bersembunyi disebalik MEMBACA  DOA dan TIDAK  BERANI  MENGAMBIL SEBARANG  TINDAKAN  UNDANG -  UNDANG  terhadap Azwanddin Hamzah atau Lokman Adam.


18.   Bagi mengakhiri  tulisan ini saya telah diizinkan menggunakan seloka atau pantun  dengan sedikit pindaan  berikut oleh sahabat saya, Dato' Mohamad Ariff Sabri Abdul Aziz  yang lebih dikenali sebagai SAKMONGKOL AK47  :


  'Dagang Pak Malau

   Dagang Bertempat

   Dagang Hamba

   Musafir Lalu

   Semoga Mereka

   Berani Berdebat

   Dedahkan Segala

   Tuduhan Palsu'


19.   Kita doakan agar beliau kembali pulih  segera dari  segala penyakit yang beliau alami sejak beberapa tahun lepas.


20.  Untuk makluman, SAKMONGKOL  pernah menjadi Ahli Dewan Negeri Kawasan Pulau Tawar dalam  Parlimen Pekan dan pernah bertugas sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian tersebut; beliau  juga pernah menjadi Ahli Parlimen Raub atas tiket Parti DAP.


Wassalam

Terima Kasih.



VIDEO: Akhirnya Ezam Bangun Bedal Azmin Yang Claim Dia Tubuhkan Parti Keadilan Semasa Kempen PRK Sabah


 

Undi Calon No 1, Tamparuli

 


Calon DUN N14 Tamparuli, Alijus bin Sipil menyeru agar pengundi menggunakan hak dan kebijaksanaan mereka memilih KEADILAN sebagai pilihan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

 

Alijus yang namanya berada di kotak teratas kertas undi menyeru pengundi supaya memangkah kotak nombor 1 dan menyelesaikan tugas mereka pada hari pengundian pada 26 September nanti.

GAMBAR -GAMBAR PROGRAM GERAK98 DI SHAH ALAM MALAM TADI DAPAT SAMBUTAN HEBAT

 

Serangan berterusan terhadap Azmin pengkhianat dan gerombolannya dilakukan oleh Gerak98 malam tadi di Sek 27 Shah Alam. Bertempat di Dewan Cendana, laungan reformasi bergema oleh para pendokong reformasi yang hadir.

Saya turut hadir selaku Pengerusi Gerak98 Pahang. Objektifnya, menentang sesiapa sahaja yang melawan agenda reformasi dan menegakkan keadilan untuk semua kaum di negara ini. Setakat ini, tiada seorang pun yang dilihat mampu untuk melakukan agenda ini melainkan Sdr Anwar Ibrahim. Maka, Gerak98 akan berjuang ke arah itu.

Lokasi ceramah malam tadi adalah di kawasan Parlimen Kota Raja. Berhampiran juga dengan Parlimen Shah Alam. Dua kawasan ini adalah milik MP dari PH yang tidak khianat seperti MP Gombak dan Ampang. Namun, Gerak98 tetap bertandang ke mana2 sahaja untuk menyatakan betapa penting dan wajarnya kita menjauhkan diri dari Mahathir agar fokus kita tidak terganggu di dalam menentang pengkhianat. Cukuplah terperangkap dengan tipu daya Mahathir. Azmin adalah pengkhianat dan manusia ini tidak pernah disentuh oleh Mahathir. Mengembalikan mandat rakyat boleh dilakukan tanpa mengusung si saka itu. Melaksanakan agenda reformasi bukan dengan mengheret tokoh yang terkenal dengan anti reform sejak dulu lagi.

Gerak bermula di Taman Melewar, Gombak, Selangor pada tahun 1999 di bawah Pengerusinya Almarhum Us Fadzil Noor. Kini, Gerak98 diterajui oleh Sdr Ezam. Sudah tentu kehebatan Almarhum Us Fadzil tidak akan mampu disaingi oleh Ezam, namun demi perjuangan reformasi, Gerak98 harus bergerak.

Syabas, Shah Alam. Program yang hebat malam tadi. Terima kasih kerana memberikan sedikit ruang kepada saya untuk berucap. Satu program yang berjaya dan terbaik. Semoga perjuangan kita diberkati.

WFAUZDIN NS

 

21 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 


TERIMA KASIH DENGAN SOKONGAN ANDA.SILA TEKAN    > UNTUK MEMBECA BERITA TERDAHULU KERANA KEKURANGAN RUANG.

LAGI UPDATES TERKINI : GAMBAR GAMBAR DSAI BERKEMPEN DI BEBERAPA DUN DI SABAH BERSAMA CALON PKR

 

Berkempen untuk calon KEADILAN bagi DUN Api-Api Christina Liew yang juga adalah penyandang dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Rekod beliau jelas berkhidmat untuk rakyat khususnya di Sabah. Saya gesa sokongan berterusan kepada beliau agar dapat terus berkhidmat untuk Sabah bersama rakan sekutu ke arah negeri lebih cemerlang dan berkebajikan.

 




Di DUN Tempasuk dalam rencana untuk memenangkan calon KEADILAN Mustapha Sakmud. Semua kaum dari pelbagai suku di Sabah, terutamanya di DUN Tempasuk harus dukung agenda reformasi dan perubahan.

Kita telah lihat selama berdekad lamanya hasil bumi di Sabah hanya memperkaya cukong politik di Sabah dan tidak dirasai oleh rakyat yang di bawah.

Dalam masa yang sama kita juga disibukkan dengan masalah perkauman yang hanya untuk menutup isu pokok yakni persoalan tatakelola.

Saya gesa rakyat di DUN Tempasuk untuk bangkit dan tolak politik perkauman dan rasuah. Enough is enough.

#SemuanyaUntukSabah #KEADILAN

 



Berkempen untuk calon KEADILAN untuk DUN Matunggong Sazalye Donol Abdullah yang juga merupakan antara tokoh penting KEADILAN di Sabah.

Saya bangkitkan soal hasil bumi di Sabah yang sekiranya diurus dengan baik dan jujur, rakyat akan terima manfaat.

Namun, setelah puluhan tahun, rata-rata rakyat Sabah, terutamanya di Matunggong, kekal daif. Ini mendukacitakan, namun kita harus bertindak.

Saya fikir ini masa terbaik bagi kita untuk ubah lanskap politik dan pentadbiran, dan beri kepercayaan kepada calon KEADILAN Sazalye Donol Abdullah di pilihanraya negeri kali ini.

 


Ceramah perdana bersama rakyat DUN Klias. Saya tegaskan bahawa perjuangan kita bukan untuk mengangkat mana-mana suku atau kaum sebagai ciri utama seorang pemimpin tapi apa yang mustahak adalah integriti.

Lantik yang Melayu pun ramai juga yang merompak.

Justeru saya gesa warga DUN Klias untuk mengundi Abdul Rahman Yakub atas asas prinsip dan integriti.


Di acara ceramah perdana di DUN Sook pagi tadi. Saya sebut bahawa negeri ini negeri kaya, dan tak sepatutnya rakyat hidup dalam kemiskinan.

Hasil dan khazanah negeri harus sampai kepada yang di bawah, dan ini menunjukkan betapa pentingnya tanggungjawab untuk pilih pemimpin yang baik.

Saya gesa warga DUN Sook untuk undi calon KEADILAN Raymond Ahuar kerana saya yakin beliau mampu menggalas tanggungjawab dengan baik.

 

Tiba di Kota Kinabalu dan terus menghadiri majlis pelancaran portal berita baharu The Vibes semalam.

Moga dengan adanya portal ini ia akan dapat memberi saingan yang segar kepada industri media tempatan.

Diharap ia akan terus menghidupkan demokrasi dan prinsip kebebasan media.

 

14tSdpoore mmfnsoirnelrds
 
0:00 / 22:31
33tSdpoore mmfnsoirnelrds
 
Amanat DS Anwar Ibrahim di DUN TEMPASUK