GAMBAR -GAMBAR PROGRAM GERAK98 DI SHAH ALAM MALAM TADI DAPAT SAMBUTAN HEBAT

 

Serangan berterusan terhadap Azmin pengkhianat dan gerombolannya dilakukan oleh Gerak98 malam tadi di Sek 27 Shah Alam. Bertempat di Dewan Cendana, laungan reformasi bergema oleh para pendokong reformasi yang hadir.

Saya turut hadir selaku Pengerusi Gerak98 Pahang. Objektifnya, menentang sesiapa sahaja yang melawan agenda reformasi dan menegakkan keadilan untuk semua kaum di negara ini. Setakat ini, tiada seorang pun yang dilihat mampu untuk melakukan agenda ini melainkan Sdr Anwar Ibrahim. Maka, Gerak98 akan berjuang ke arah itu.

Lokasi ceramah malam tadi adalah di kawasan Parlimen Kota Raja. Berhampiran juga dengan Parlimen Shah Alam. Dua kawasan ini adalah milik MP dari PH yang tidak khianat seperti MP Gombak dan Ampang. Namun, Gerak98 tetap bertandang ke mana2 sahaja untuk menyatakan betapa penting dan wajarnya kita menjauhkan diri dari Mahathir agar fokus kita tidak terganggu di dalam menentang pengkhianat. Cukuplah terperangkap dengan tipu daya Mahathir. Azmin adalah pengkhianat dan manusia ini tidak pernah disentuh oleh Mahathir. Mengembalikan mandat rakyat boleh dilakukan tanpa mengusung si saka itu. Melaksanakan agenda reformasi bukan dengan mengheret tokoh yang terkenal dengan anti reform sejak dulu lagi.

Gerak bermula di Taman Melewar, Gombak, Selangor pada tahun 1999 di bawah Pengerusinya Almarhum Us Fadzil Noor. Kini, Gerak98 diterajui oleh Sdr Ezam. Sudah tentu kehebatan Almarhum Us Fadzil tidak akan mampu disaingi oleh Ezam, namun demi perjuangan reformasi, Gerak98 harus bergerak.

Syabas, Shah Alam. Program yang hebat malam tadi. Terima kasih kerana memberikan sedikit ruang kepada saya untuk berucap. Satu program yang berjaya dan terbaik. Semoga perjuangan kita diberkati.

WFAUZDIN NS