Dokumen Sulit Tabung Haji (TH) RM18 juta, YB Ahmad Marzuk Berbohong!













Siang tadi saya berkesempatan mengiringi sahabat saya, YB Dr. Taufiq Johari, dalam satu pertemuan Friends of Ministry (FOM) bersama ahli parlimen dan pengurusan kanan TH, termasuk Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Turut hadir, YB Menteri Agama, Dato’ Setia Dr. Na’im Mokhtar.


Pertemuan ini diadakan supaya maklumat yang diterima ahli Parlimen FOM adalah maklumat first hand bukan lagi sumber sekunder atau cerita politik jalanan.


Apabila Tan Sri Abdul Rashid Hussain ditanya mengenai dakwaan “dokumen sulit RM18 juta” yang dicanang YB Pengkalan Chepa, beliau menafikan dengan tegas. Jelas beliau, projek penjenamaan TH hanyalah bernilai RM5.9 juta untuk tempoh 3 tahun, tidak lebih.


Siapa tidak kenal Tan Sri Abdul Rashid Hussain, mantan pengasas RHB Bank, insan yang membina Masjid Sri Sendayan yang indah dan besar. Selama ini beliau kita tatang dan junjung sebagai orang Melayu Islam yang hebat. Tetapi hari ini, tiba-tiba beliau dianggap tidak berguna? Antara Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Ahmad Marzuk, siapa sebenarnya yang wajar kita percaya?


Menyentuh isu rundingan terus, beliau menjawab tuntas: “Ini tiada kena mengena dengan YB Menteri. Ia keputusan anggota Lembaga TH. Saya dipilih kerana profesionalisme, dan saya bekerja secara profesional. Ia soal kompetensi syarikat konsortium yang dipilih.”


Saudara, kami ditunjukkan 4 syarikat konsortium tersebut. Klien mereka bukan calang-calang, Mercedes-Benz, Zurich, Citibank, CIMB, PIDM dan banyak lagi. Mereka berpengalaman luas dalam penjenamaan korporat. Ini bukan soal bangsa pemilik syarikat, tetapi soal kemampuan sebenar.


Ingat, ini bukan projek cuba-cuba. Ia perlukan keberkesanan. Bukan masanya TH menguji syarikat yang “boleh buat atau tidak”. Masa dan wang akan dibazirkan, dan akhirnya kita tidak mahu ia menjadi projek gajah putih yang merugikan sehingga wang pendeposit lenyap begitu sahaja.


Kita kena faham, penjenamaan semula ini bukan sekadar tukar logo atau cat papan tanda. TH adalah salah sebuah Government Linked Investment Company (GLIC) utama negara. Syarikat yang mengurus projek ini mesti ada kapasiti penuh dan kepakaran terbukti. Mereka menguruskan dana pendeposit sebanyak RM 93.81 bilion. Ingat, bilion bukan RM 93 sahaja.


Kenapa TH perlu penjenamaan semula?


1. Ramai hanya nampak TH sebagai pengendali ibadat haji, seolah-olah agensi pelancongan. Hakikatnya, TH adalah GLIC seperti PNB, Petronas dan KWSP berperanan besar mengurus dan mengembangkan wang pendeposit. Mereka juga punya tanggungjawab supaya pendeposit dapat pulangan keuntungan yang tinggi serta mampu menanggung 55% kos Haji buat B40.


2. Dalam 3 tahun terakhir, RM2 bilion telah dikeluarkan pendeposit dari TH dan dilaburkan ke tempat lain. Dari 55,000 tawaran menunaikan haji setahun, 50% ditolak kerana pendeposit tiada simpanan mencukupi.


3. Penjenamaan ini penting agar TH dilihat sebagai institusi simpanan kompetitif, lebih diyakini berbanding platform pelaburan lain. TH tidak boleh kekal dengan mentaliti business as usual.

 

4. 51% populasi umat Islam di Malaysia adalah pendeposit TH. Ini bukti kepercayaan yang wajib dipertahankan dan diperkukuh.


Pesanan buat YB Ahmad Marzuk


Saudara, jangan jadikan TH modal politik murahan untuk menyambung hayat peribadi. TH adalah amanah umat. Jangan sampai kerana kerakusan politik, institusi besar ini hilang keyakinan rakyat.


Mungkin kesannya bukan hari ini. Tetapi jika kepercayaan rakyat runtuh, luka itu akan parah.


Semoga Allah SWT memberi panduan dalam mempertahankan legasi Tabung Haji.



TAK SETUJU JANGAN SAMPAI FITNAH


Jeming Hassan


 Tak setuju dengan Menteri KPKT Nga Kor Ming Nga Kor Ming 倪可敏 itu hak masing-masing. Tapi jangan cipta fitnah konon RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB) ini RUU peribadi beliau atau RUU DAP.







Fakta mudah, semua rancangan, rundingan dan libat urus dibuat melalui Jawatankuasa Negeri & Persekutuan, dengan penjawat awam yang sama sejak zaman Muhyiddin dan Ismail Sabri jadi PM. 


Penjawat awam tidak tidur malam buat persiapan RUU ini tiba-tiba fitnah ini RUU Dap. 


Wahai pembangkang, berbahaslah dengan hujah, jangan sekadar terpekik melolong tetapi diri sendiri pun tak faham Ruu ini. 


Kepada MP Jasin yang sampai sanggup kata ulama supaya buang kitab ke sungai jika tak mahu bersama isu ini, eloklah YB Jasin dulu buat penerangan dulu apa sebenarnya yang dia faham tentang RUU PSB.


Ambo secara jujur syak MP Jasin yang menjerit sampai nak terkeluar anak tekak itu sebenarnya tak faham pun isu sebenar Ruu ini. 


Kalau dia faham kenapa dia nak suruh ulama bangkit. Dia ahli parlimen bergaji berbahaslah masa pembentangan. Bukan menjerit seolah-olah tidak ada ruang untuk membangkang di dalam dewan.



BAGUIH SUNGGUH MB SEMPOI HANGPA. TAU TAU DIA MAI JA NOHHH.

 

Rahim Husin



Terima kaseh YAB Dato Sri Sanusi kerana mai melawat titi gantung diJeneri yang telah siap dibina oleh masyarakat kampong melalui gotong royong.


Cuma kami warga Sik nak tanya sikit.Masa titi gantung ini dibina selepas banjir besar diKedah tahun lalu YAB kami tak nampak muka pun?








Tak tahulah. mungkin YAB mai masa semua orang Jeneri tidoq kot?


Bila YAB nak resmi titi gantung ini sila umum bagi seluruh rakyat Kedah tau bahawa YAB cukup perihatin tentang nasib rakyat Kedah.



KHIANAT


Rahim Hussein



 

MEREKA YANG NAK BUATTAPI TAK TERBUAT KINI CUBA MENGHALANG ORANG NAK BUAT.


Alif Jamil


 Saya kalu bersembang isu politik dgn kwn² saya , kebanyakannya kwn² saya akan pro PN khususnya PAS sebab depa anggap PAS ni wadah yg mengangkat martabat Islam. 




 TAPI TAK TERBUAT KINI CUBA MENGHALANG ORANG NAK BUT


Cumanya harini, ramai yg dah slow² tawar hati. 

Malahan ada yg tarik handbrake terus & sokong Madani mcm saya.


Saya tak pernah paksa depa, walaupun saya tahu kebanyakan kwn² tak berapa berani berdebat dan menyanggah sy. 


Cumanya saya selalu ajak depa berfikir secara kritis & rasional kenapa sy menolak PAS.


Dibawah ini adalah antara contohnya..  

PAS ni sejak dari dulu mmg terer bab menunggang. 


Agama ditunggang, bangsa ditunggang, rakyat pun ditunggang. 


Tapi bila masuk bab kualiti kerja, mmg out stesen.

Satu habuk pun tarak.


RUU URA ni tujuan dia jelas nak lindungi penduduk flat uzur, PPR lama & miskin bandar dgn hak bertulis, pampasan adil & rumah ganti bila ada pembangunan. 


Sejak dari dulu lagi, banyak kes penduduk kena halau tanpa sebarang jaminan. 


Kerajaan Madani cuba legislate benda ni supaya rakyat ada benteng undang². 


PAS pulak menyalak konon “penindasan halus”.

Penindalasan halus kepala bana dia. 


Hakikatnya, siapa rugi bila RUU ni lulus? 

Tauke pemaju & kroni lama. 


Siapa yg untung? 

Rakyat marhaen. 


Tapi PAS pilih nak jadi jurucakap siapa? 

Fikir² lah sendiri.


Berpuluh tahun depa perintah Kelantan, apa isu yg depa berjaya selesai dan bangunkan ?? 


Itu pun nak ajar org lain bab pembangunan bandar ke ?


Go to hell.



RUU PSB: Dah Buka 108 Kali Sesi Libat Urus, Mengapa Pembangkang Seorang Pun Tak Datang?

 


Ahli-ahli parlimen mendengar penerangan Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Dr Alias Rameli di Bangunan Parlimen berhubung Cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar PSB (RUU PSB) pada 26 Ogos 2025. Foto Facebook PLANMalaysia

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Bukan sekali, bukan dua kali, tapi sebanyak 108 kali sesi libat urus melibatkan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) membabitkan badan profesional dan persatuan penduduk, namun mengapa sekali pun pembangkang tidak menghadirinya sebelum ini?

Ini yang sebenarnya menghairankan kita semua kerana semua pihak sedaya-upaya dilibatkan bagi mendapatkan pandangan dan adalah tidak wajar ia ditangguhkan lagi kerana ia telah melalui proses libat urus dan rundingan yang komprehensif.

Ahli-ahli parlimen mendengar penerangan Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Dr Alias Rameli di Bangunan Parlimen berhubung Cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar PSB (RUU PSB) pada 26 Ogos 2025. Foto Facebook PLANMalaysia

Malah setiap saluran dialog dibuka, setiap soalan dijawab dan setiap kebimbangan diberi ruang untuk dibincangkan tanpa berselindung semata-mata mahu memastikan semua pihak memahami kepentingannya terhadap kesejahteraan rakyat.

Bukan sekadar sesi penerangan, kerajaan turut menganjurkan lawatan tapak bulan Mei lalu bagi memberi peluang kepada semua wakil rakyat melihat sendiri keadaan kawasan pembaharuan yang mula dilaksakanan. Ahli Parlimen pembangkang turut dijemput secara rasmi lebih awal sebagai persediaan dengan harapan mereka hadir melihat sendiri apa yang sebenarnya dilakukan.

Ahli-ahli parlimen mendengar penerangan Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Dr Alias Rameli di Bangunan Parlimen berhubung Cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar PSB (RUU PSB) pada 26 Ogos 2025. Foto Facebook PLANMalaysia

Namun, tiada seorang pun hadir. Hanya pada hari ini barulah mereka cuba untuk ‘memahami’ tujuan sebenar Kerajaan MADANI menggubal RUU yang amat penting bagi kepentingan bersama.

Fakta ini membuktikan kerajaan tidak pernah menutup pintu dialog, tetapi peluang yang dibuka langsung tidak disambut oleh pihak yang paling lantang menolak RUU PSB.

Ahli-ahli parlimen mendengar penerangan Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Dr Alias Rameli di Bangunan Parlimen berhubung Cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar PSB (RUU PSB) pada 26 Ogos 2025. Foto Facebook PLANMalaysia

Soal keberkesanan bukan terletak kepada keterbukaan kerajaan, tetapi pada keengganan mereka untuk duduk semeja dan berbincang, mungkin salah satu daripada 108 sesi libat urus sebelum ini.

Natijahnya, kerajaan memilih pendekatan inklusif dan terbuka kerana masa depan rakyat bandar lebih penting daripada politik. Sebaliknya, ketiadaan pembangkang dalam sesi libat urus menunjukkan penolakan mereka tidak datang dengan fakta, sebaliknya berdiri di atas persepsi dan andaian.

Ahli-ahli parlimen mendengar penerangan Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Dr Alias Rameli di Bangunan Parlimen berhubung Cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar PSB (RUU PSB) pada 26 Ogos 2025. Foto Facebook PLANMalaysia

Jaminan kerajaan juga berkaitan kuasa pada pihak kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan kawasan-kawasan untuk tujuan PSB ini tidak timbul, begitu juga aspek tanah wakaf kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri.

Dan yang paling penting, RUU berkenaan bukan digubal bagi menggantikan peruntukan atau undang-undang sedia ada, jauh sekali menjejaskan sebarang hak keistimewaan orang Melayu seperti tohmahan pembangkang selama ini.

Ahli-ahli parlimen mendengar penerangan Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Dr Alias Rameli di Bangunan Parlimen berhubung Cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar PSB (RUU PSB) pada 26 Ogos 2025. Foto Facebook PLANMalaysia

Tetapi mengapa pembangkang masih tidak mahu terlibat? Apakah mereka hanya pandai memainkan sentimen ‘kepentingan Melayu’ tetapi sebenarnya tidak mahu mempertahankan hak orang Melayu terutama di kawasan bandar?

Ternyata mereka hanya ‘menunggang’ isu RRU PSB ini dan tidak memahami tuntutan pembaharuan yang ingin dilaksanakan Kerajaan MADANI.

Ahli-ahli parlimen mendengar penerangan Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Dr Alias Rameli di Bangunan Parlimen berhubung Cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar PSB (RUU PSB) pada 26 Ogos 2025. Foto Facebook PLANMalaysia

Kita tidak mahu Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Dr Alias Rameli hampa hanya kerana pembangkang sekali lagi cuba mempolitikkan isu RUU ini kerana segala ruang dan peluang telah diberikan secukupnya dan sebarang penangguhan bacaan kali kedua esok hanya akan merugikan semua pihak.

— — —

Why does Malaysia need an Urban Renewal Act (URA)?

Many of the country’s buildings were constructed during the post-independence property boom. As a result, many are now deteriorating and in need of rejuvenation.

However, redeveloping these properties has long been hampered by legal hurdles.

Under current laws outlined in Section 57 of the Strata Titles Act 1985, a strata development can only be sold if 100 per cent of unit owners agree.

The proposed URA aims to lower this threshold based on the building’s age and condition. If the Bill is passed in Parliament, it is intended to overcome that gridlock.




Pas lidah bercabang: Dulu siap tandai lebih 30 kawasan, kini mahu berdemonstrasi bantah PSB


 


Pas dilihat terus selamba dengan sifat lidah bercabang berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Semasa Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2022, mereka bukan sahaja tidak membantah malah turut menyokong usaha merangka PSB.

Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memaklumkan lebih 30 kawasan di Kuala Lumpur boleh dilaksanakan projek pembaharuan bandar supaya penduduk kawasan terbabit dapat menikmati kualiti hidup lebih baik.

Shahidan malah berkata, penduduk yang terlibat dengan pembaharuan bandar akan mendapat manfaat yang lebih termasuk saiz rumah lebih luas, sebagai contoh, daripada sedia ada 400 kaki persegi kepada sehingga 800 kaki persegi dan lebih.

Shahidan Kassim

Namun, selepas beralih menjadi pembangkang, Pas kini menukar nada dengan mendakwa PSB kononnya satu bentuk “penjajahan baharu” terhadap tanah warisan Melayu.

Bahkan, Pas hari ini mengumumkan bersama sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan himpunan mega bagi membantah PSB jika kerajaan masih enggan mendengar pandangan pelbagai pihak.



Padahal, sebanyak 108 sesi libat urus telah diadakan bagi merangka akta berkenaan tetapi tiada seorang pun wakil pembangkang yang hadir.

Pembangkang nampaknya menghasut sentimen kaum dan agama walaupun sesi libat urus dan rundingan yang komprehensif telah diadakan membabitkan badan profesional, persatuan penduduk dan tokoh akademik.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan hari ini berkata, PSB mempunyai pelbagai kelemahan dan memberi kesan jangka panjang terhadap perpaduan serta keharmonian hidup rakyat negara ini.



Tuan Ibrahim Tuan Man

PAPAGOMO SENT Slanderer to Jail! HAMZAH'S FORMER POLITICAL SECRETARY INV...

FARHASH BAKAL MASUK PERANGKAP RAFIZI?

14 soalan kontroversi tentang RUU PSB, jawapan dan penjelasannya


 


OLEH ZULQARNAIN LUKMAN



Isu RUU Urban Renewal Act 2025 ini menjadi semakin panas menjelang pembentangan RUU ini oleh Menteri KPKT.

Pelbagai sudut sudah dibincangkan. Perkara pokok yang perlu ditanyakan adalah adakah Malaysia memerlukan akta ini?

Jika jawapannya ya, mengapa diperlukan dan bagaimana bentuk akta ini? Jika jawapannya tidak, mengapa tidak perlu.

Masalahnya jika ada yang bersetuju atau yang tidak bersetuju itu tidak tahu apa alasannya. Golongan ini sebaiknya duduk diam-diam.

Tidak perlu berbicara dan tidak perlu ikut pemimpin anda. Orang itu lantas berkata, “Kenapa perlu diam, kami tidak setuju maka kami bantah walaupun kami tidak tahu asas kami bantah”.


Orang ini sebenarnya dungu. Mengikut pemimpin tanpa tahu hala tuju atas nama wala’ itu hanya orang yang menagih candu yang membuatkan anda halusinasi dan berfatamorgana seolah-olah anda berada di syurga.

Hakikatnya anda dibawa ke neraka. Candu itu hanya keindahan sementara.

Berbalik kepada isu asal. Adakah RUU ini diperlukan? RUU ini perlu jika ada lompong dalam undang-undang sedia ada dan undang-undang sedia ada tidak dapat menangani masalah yang ada.

Sekarang kita tengok isi RUU ini. RUU ini boleh diakses di laman web Parlimen. Cari sahaja DR 25/2025. Untuk mudahkan boleh klik link ini

LIhat mukadimah RUU ini. Jelas disebutkan bahawa perancangan bandar adalah di bawah Senarai Bersama, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

RUU ini untuk memberikan kuasa eksekutif kepada Persekutuan untuk pengawalan dan pengawasan bagi pembaharuan semula bandar dan untuk memastikan keseragaman perancangan bandar di Semenanjung Malaysia dan Labuan sahaja. RUU ini tidak terpakai di Sabah dan Sarawak.

Untuk memudahkan pemahaman, kita susun jawapan mengikut soalan.

1) Adakah wujud akta lain yang seumpama ini?

Jawapannya tidak wujud. Paling hampir adalah Akta Hakmilik Strata 1985 yang menyebutkan, antaranya memberikan peluang kepada Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) untuk membuat permohonan kepada Mahkamah atau kepada Pentadbir Tanah bagi menamatkan pecah bahagian atas bangunan atau tanah.

Sekarang jika kita melihat RUU ini kuasa itu bukan terletak kepada perbadanan pengurusan tetapi terletak kepada kerajaan.  

Maksudnya, inisiatif untuk penyegaran bangunan ini boleh dimasukkan dalam perancangan bandar dengan dana daripada kerajaan. Berbanding dengan S. 57 Akta Hakmilik Strata itu inisiatif adalah daripada pemilik bangunan itu sendiri.

2) Adakah RUU ini perlu?

Maka jawapannya adalah perlu kerana kerangka undang-undang dalam RUU ini meletakkan pengawalseliaan itu di bawah pihak eksekutif dan bukannya ke atas MC.

Ini memudahkan untuk pengawalan perancangan bandar dan penyaluran dana. Adalah amat sukar untuk MC itu sendiri mengeluarkan dana jutaan ringgit untuk pembangunan semula.

Dan amat sukar untuk MC yang tidak ada pengalaman dan tidak bergaji untuk menyelia tugas pemaju. Kebarangkalian MC ditipu oleh pemaju juga lebih tinggi berbanding jika tugas berunding itu diletakkan di bawah satu Jawatankuasa khas di bawah Persekutuan atau Negeri.

3) Adakah RUU ini menindas golongan minoriti kerana ambang persetujuan itu bukan 100%?

Jawapannnya tidak kerana S. 19 RUU ini menyatakan ambang persetujuan yang berbeza-beza. Jika sesuatu MC itu memohon secara sukarela maka persetujuan masih tetap perlu 100%.

Tetapi jika projek itu dijalankan oleh Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan/Negeri maka ambang persetujuan adalah 80% jika bangunan itu berusia kurang 30 tahun.

Jika lebih 30 tahun ambangnya adalah 75%, jika bangunan itu sudah ditinggalkan ambangnya 51% dan jika bangunan itu diperakukan oleh jurutera ambangnya adalah 51%.

Ambang persetujuan itu bermaksud ambang persetujuan oleh orang yang berkepentingan untuk menyertai suatu projek pembaharuan semula bandar.

4) Apakah dengan cukupnya ambang persetujuan itu maka projek tersebut akan terus berjalan?

Jawapannya tidak. Ambang persetujuan itu adalah syarat untuk memulakan rundingan projek tersebut (lihat S. 19(3)). Jadi atau tidak projek itu bergantung kepada hal-hal lain.

Hal ini dijelaskan di bawah S. 17 yang meletakkan syarat kepada pemaju untuk:

a) Berunding dengan orang berkepentingan seperti penduduk dan pemilik
b) mendapatkan persetujuan ambang.
c) mendapatkan laporan jurutera.
d) mengenal pasti kemerosotan bangunan sama ada struktur atau infrastruktur.
e) mengenal pasti sama ada banguan itu akan menyebabkan kacau ganggu.

5) Adakah ambang persetujuan disyaratkan bagi kesemua projek di bawah RUU ini?

Jawapannya tidak. Ambang persetujuan ini tidak terpakai bagi projek penyegaran semula bandar (S. 22). Maksud “penyegaran semula bandar” termasuklah memulihkan suatu kawasan atau bangunan dengan menaik taraf, mencantikkan atau pelandskapan, atau menukar fungsi kawasan atau bangunan itu.

Ambang persetujuan itu hanya terpakai bagi “pembangunan semula bandar” (pembangunan yang dibuat untuk mengubah keadaan fizikal tapak sedia ada yang termasuklah merobohkan bangunan, membersihkan tapak, mendirikan bangunan, dan menambah baik kemudahan infrastruktur dan utiliti) atau “penjanaan semula bandar” (penjanaan semula suatu kawasan atau bangunan termasuk bangunan yang terbiar, usang atau terbengkalai dengan membaik pulih bangunan yang sedia ada, menaik taraf kemudahan infrastruktur atau utiliti, dan pelandskapan).

6) Adakah RUU ini akan menukarkan tanah rezab Melayu menjadi bukan rezab Melayu?

Jawapannya tidak kerana bukan kuasa Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan/ Negeri untuk menentukan hal tersebut. Kuasa menukarkan status tanah rezab Melayu ini terletak di bawah Pihak Berkuasa Negeri masing-masing.

7) Adakah RUU ini akan menyebabkan kos penyenggaraan naik?

Jawapannya Ya dan Tidak. Penetapan kos penyenggaraan adalah di bawah kuasa Mesyuarat Agung Tahunan Perbadanan Pengurusan. RUU ini tidak memberikan kuasa kepada Persekutuan/Negeri untuk menetapkan kadar kos penyenggaraan. Kos penyenggaraan ini bergantung kepada kos untuk menyelenggara fasiliti di kawasan perumahan tersebut. Contohnya, jika sebelum projek dilaksanakan hanya wujud 2 buah lif, tetapi selepas projek siap wujud 8 buah lif, sudah pasti kos penyenggaraan akan meningkat. Begitu juga stail kehidupan juga akan meningkat selari dengan peningkatan kos.

8) Adakah RUU ini akan menyebabkan orang Melayu menjadi terpinggir kerana selepas projek siap mungkin bukan Melayu membeli unit tambahan yang dibina?

Jawapannya bergantung kepada polisi yang disyaratkan semasa pembangunan. Jika tanah asal itu adalah tanah rezab Melayu maka unit tambahan itu mestilah dijual kepada orang Melayu juga.

9) Bagaimanakah RUU ini boleh melindungi kepentingan penduduk asal?

S. 25 dan S. 26 mensyaratkan supaya Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan/ Negeri  mewujudkan Jawatankuasa Pengangtaraan Pembaharuan Semula Bandar Persekutuan bagi melindungi orang yang berkepentingan iaitu pemilik, pemaju, pemegang amanah, pelikuidasi, wakil di sisi undang-undang, atau pentadbir atau wasi jika pemilik itu mati.

Ahli Jawatankuasa ini adalah 2 orang anggota Lembaga Perancang Bandar Malaysia; dan  tidak kurang daripada 3 orang anggota yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang berhubungan dengan undang-undang, pengurusan projek, sosiologi atau ekonomi.

Selain itu menjadi tugas Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan juga untuk memastikan kepentingan penduduk asal tidak terjejas (S.6(1)(e)) dan tugas Jawatankuasa Eksekutif Negeri untuk mencadangkan insentif kepada penduduk yang terjejas (S. 11(1)(d))

10) Adakah RUU ini akan menguntungkan pemaju?

Benar, RUU ini akan menguntungkan semua pihak yang terlibat termasuk penduduk, kerajaan Persekutuan, kerajaan Negeri, PBT dan pemaju. Ini kerana rumah dan kawasan persekitaran projek akan dinaiktaraf. Pastinya nilai rumah penduduk akan meningkat. Bayangkan jika dahulu rumah ada satu bilik dan satu bilik air, apabila siap projek penduduk akan dapat rumah 3 bilik dan 2 bilik air. Pemaju pula akan untung kerana ada projek dan boleh menjual unit tambahan. Jika projek itu projek penyegaran bandar sekali pun pemaju yang mendapat projek pastinya mendapat untung daripada kontrak yang dibuat. Kerajaan Persekutuan dan Negeri juga mendapat untung jika rakyat semakin bahagia.

11) Adakah RUU ini mengancam kuasa Yang di-Pertuan Agong?

Entah siapa yang pusing dakyah ini. Dalam RUU ini sepatah pun tidak menyebut tentang YDPA. Mungkin pada masa itu orang itu tidak makan ubat maka dia pun melilau menyebut nama YDPA.

12) Adakah negeri SG4 boleh tidak bersetuju dengan RUU ini.

Boleh jika projek itu dijalankan di negeri tersebut. Tetapi eloklah Menteri Besar SG4 ini berfikir secara waras dan rasional kerana kawasan perumahan terbiar dan usang ini ada di mana-mana. Malah, RUU ini sebenarnya memberikan peluang untuk negeri SG4 ini mengubah lanskap perumahan terbiar untuk menjadi lebih cantik dan satu peluang kepada negeri SG4 untuk menarik dana Persekutuan kepada Negeri.

13) Adakah RUU ini akan menjadikan tanah penduduk asal tergadai seperti orang Palestin?

Inilah dakyah paling bodoh dibuat oleh orang bodoh kepada orang bodoh.

14) Adakah ulama dan asatizah patut membuang kitab agama kerana tidak menentang RUU ini oleh kerana RUU ini didakwa sebagai undang-undang haram disebabkan kononnya RUU ini merampas harta rakyat dan menindas?

Ini pun dakyah oleh ulama yang perasan dia seorang sahaja yang cerdik. Hakikatnya dia sendiri pun tidak faham undang-undang dan tidak mahu belajar. Kata Almarhum Dato’ Ismail Kamus, “orang seperti ini jika dia diam kita ingat dia bodoh, tetapi apabila dia bercakap memang confirm dia ni bodoh”.

RUU ini tidak merampas harta rakyat atau penduduk. Setiap penduduk akan mendapat semula unit mereka. Malah unit mereka akan dinaiktaraf. Penindasan itu berlaku jika tiada rundingan. Dalam RUU ini jelas menyebut tentang rundingan yang perlu dibuat oleh pemaju dan penduduk dengan penglibatan pihak berkuasa. Selain itu, RUU ini juga meletakkan tanggungjawab kepada Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan dan Jawatankuasa Eksekutif Negeri untuk melindungi penduduk asal.

Undang-undang yang merampas harta tak alih adalah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Akta ini telah digunakan oleh semua negeri termasuk negeri-negeri SG4. Pada masa pengambilan tanah itu tidak ada pula suara ulama yang mengatakan Akta Pengambilan Tanah itu sebagai akta yang zalim.