MoF: Proses tuntutan mySalam mudah dan jelas



Seperti diumumkan terdahulu, skim mySalam tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana syarikat insurans swasta. Semua premium yang dibayar Kerajaan, jika tidak digunakan sebagai tuntutan oleh penerima manfaat, akan dibayar balik kepada Tabung Amanah mySalam 
Harus ditekankan semula bahawa tiada unsur keuntungan bagi Great Eastern Holdings mahupun Great Eastern Takaful Berhad (GETB) melalui skim mySalam. Oleh itu, tiada insentif untuk GETB sebagai pengurus takaful mySalam untuk tidak mengeluarkan bayaran bagi mana-mana tuntutan yang layak. 
Proses tuntutan untuk mySalam mudah dan jelas. Seorang pesakit yang telah disahkan menghidapi mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal di hospital kerajaan, universiti atau tentera di Malaysia boleh menghantarkan laporan perubatan kepada mySalam untuk layak mendapatkan manfaat wang sebanyak RM8,000. 

Kredit grafik: Bernama
Kes yang disebarkan baru-baru ini tentang tuntutan penyakit kritikal yang telah ditolak daripada seorang pemandu lori berusia 48 tahun dengan kanser kolon tahap 4 adalah kerana beliau tidak menghantar salinan laporan perubatan daripada seorang doktor hospital kerajaan. GETB bersedia untuk membantu proses rayuan beliau untuk mendapat faedah penyakit kritikal sebanyak RM8,000. 
Maklumat berkenaan mySalam termasuk syarat-syarat kelayakan boleh dicapai dengan mudah secara atas talian di https://www.mysalam.com.my/ Selain itu, mySalam bersama organisasi-organisasi berkaitan juga sedang mengadakan program publisiti dan media, jerayawara dan sesi kesedaran secara meluas, serta reruai-reruai pop-up di hospital-hospital kerajaan utama untuk meningkatkan jumlah penerima manfaat daripada dana ini. – Roketkini.com

*TANGKAPAN TERHADAP KORUPTOR UMNO KRONI-KRONI DATUK AHMAD MASLAN*




[06/08, 5:54 pm] Datuk S. Mohd Nor RF8:


 *TANGKAPAN TERHADAP KORUPTOR UMNO KRONI-KRONI DATUK AHMAD MASLAN*

Untuk Makluman :

POLIS telah melakukan tangkapan terhadap DATUK JALI BIN SEKAK di atas penipuan projek Prima Rumah Mampu milik yabg melibatkan lesapnya duit kontraktor sebanyak RM 85 juta.

Duit berkenaan adalah duit KONTRAKTOR Rumah Prima Mampu Milik.

Seorang lagi koruptor iaitu Pengerusi Koperasi Hartanah Putrajaya Berhad, DATUK SERI NASRUL ARSAD (Orang Kuantan Pahang) telah melarikan diri.

Manakala seorang lagi sedang dicari... Juga telah melarikan diri iaitu DATO' SERI NASRUL BIN ARSAD (juga orang Kuantan Pahang)

Mereka adalah kroni2 DATUK AHMAD MASLAN... Yang telah menubuhkan Koperasi Hartanah Putrajaya Berhad semasa masih menjadi TIMBALAN MENTERI KEWANGAN.

Ucapan tahniah kepada PDRM di bawah Ketuanya, Hamid Bador yang telah mengambil tindakan keatas penjenayah2 tersebut..

Meski pun tindakan tersebut telah mengambil masa terlalu lama untuk PDRM berbuat demikian..

Di bawah ini di viralkan tentang maklumat tangkapan:

Daerah: Subang Jaya
Butir-Butir Okt:

1. Jali Bin Sekak
No.K/P: 660301-10-xxxx

2. Nur Nadia Binti Yusof
No.K/P: 880420-02-xxxx

3. Norhaizan Binti Yahya
No.K/P: 720604-08-xxxx
[06/08, 6:59 pm] Datuk S. Mohd Nor RF8: *NAJIB BELANJA RM 606 JUTA DALAM MASA 3 TAHUN*

Seorang bekas ahli bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar perbicaraan kes Najib Tun Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd bahawa RM 606.51 juta didepositkan dan dibelanjakan oleh bekas Perdana Menteri itu melibatkan tiga bank akaunnya dalam tempoh tiga tahun.

Bekas pengurus perhubungan di AmBank, Joanna Yu Ging Ping, 48, berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaran berhubung jumlah wang yang digunakan oleh tertuduh antara 2013 dan 2015.

Menurut dokumen bank yang dikemukakan di mahkamah, jumlah tepat yang dikreditkan ke dalam itu adalah RM 606,510,434.66.

Tiga akaun semasa itu adalah akaun Ambank dengan nombor
2112022011-898,
2112022011-906 dan
2112022011-880.

Sithambaram: Berdasarkan jumlah ini, jumlah keseluruhan dalam ketiga-tiga akaun ini, iaitu kredit dan debit, adalah RM 606,510,434.66.
Yu menjawab: "Ya".

Berdasarkan penyata bank yang dikemukakan di mahkamah, pecahan jumlah amaun yang dikredit adalah
RM 109,344,315.26 juta (akaun-898);
RM 205,200,913.36 juta (akaun-906); dan
RM 292,365,208.07 juta (akaun-880).

Ketika ditanya sama ada pemegang akaun berkenaan tahu tentang jumlah transaksi membabitkan akaun itu berdasarkan perspektif beliau dan penyata bank, Yu menjawab: "Ya".

Mahkamah turut diberitahu Najib menerima sejumlah RM 212,367,697.57 wang asing dalam tempoh sama.

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM 42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung.
- BERNAMA

SIAPA PENGHASUT SEBENARNYA? MENGAPA PAS TAK KECAM MCA?




Ini adalah kiriman orang ramai yang meminta terjemahan. Kain rentang- kain rentang seperti ini sedang dipasang oleh MCA di seluruh negara. Saya terjemahkan supaya orang ramai faham.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang


KAIN RENTANG ATAS KIRI:

"Bagitau dia (Liew Chin Tong), masyarakat Cina bukan masyarakat bodoh."

-> Ertinya MCA sedang menghasut orang Cina untuk bangkit hentam DAP sebab DAP setuju pelaksanaan seni khat.

KAIN RENTANG KANAN ATAS:

"Timbalan Menteri Pendidikan umum seni khat akan terus dilaksanakan. Cun tak cun?"

-> Ertinya MCA sedang guna perang psikologi utk memomok masyarakat Cina bahawa DAP sedang menzalimi masyarakat Cina dengan pelaksanaan seni khat.

KAIN RENTANG BAWAH:

"Perubahan pendidikan masyarakat Cina bermula di sini (oleh sebab seni khat), oleh Teo Nie Ching"

-> Ertinya MCA sedang menakut-nakutkan masyarakat Cina bahawa sistem pendidikan masyarakat Cina sedang dicabul akibat persetujuan DAP melaksanakan seni khat dalam silibus pendidikan.
-----

Nampak tak hasutan-hasutan MCA ini?
Nampak tak betapa teruk DAP & PH ditibai sebab setuju dengan seni khat?

Sudah terang lagi bersuluh DAP antara yg setuju & berusaha laksanakan seni khat (sbb itu ditibai MCA), tapi tetiba DAP dituduh oleh UMNO PAS menolak seni khat anti Islam bagai. Pembangkang dah bangang level berapa nih?

Nota kaki: Kalau jumpa poster ke kain rentang yang tidak faham, boleh je PM admin. Admin bantu terjemahkan supaya orang ramai boleh nampak betapa jijiknya politik yang dimainkan MCA & UMNO.


NAJIB BELANJA RM606.51 JUTA DALAM 3 TAHUN


Image result for najib




KUALA LUMPUR: Seorang bekas ahli bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd bahawa RM606.51 juta didepositkan dan dibelanjakan oleh bekas Perdana Menteri itu melibatkan tiga bank akaunnya dalam tempoh tiga tahun.

Bekas pengurus perhubungan di AmBank, Joanna Yu Ging Ping, 48, berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk V.Sithambaran berhubung jumlah wang yang digunakan oleh tertuduh antara 2013 dan 2015.

Menurut dokumen bank yang dikemukakan di mahkamah, jumlah tepat yang dikreditkan ke dalam itu adalah RM606,510,434.66.
Tiga akaun semasa itu adalah akaun Ambank dengan nombor 2112022011-898, 2112022011-906 dan 2112022011-880.

Sithambaram: Berdasarkan jumlah ini, jumlah keseluruhan dalam ketiga-tiga akaun ini, iaitu kredit dan debit, adalah RM606,510,434.66. Yu menjawab: "Ya".

Berdasarkan penyata bank yang dikemukakan di mahkamah, pecahan jumlah amaun yang dikredit adalah RM109,344,315.26 juta (akaun-898); RM205,200,913.36 juta (akaun-906); dan RM292,365,208.07 juta (akaun-880).

Ketika ditanya sama ada pemegang akaun berkenaan tahu tentang jumlah transaksi membabitkan akaun itu berdasarkan perspektif beliau dan penyata bank, Yu menjawab: "Ya".

Mahkamah turut diberitahu Najib menerima sejumlah RM212,367,697.57 wang asing dalam tempoh sama.

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung. - BERNAMA

PH AKAN KALAH PRU15 JIKA TUN M TIDAK BERUNDUR





Image result for anwar ibrahim


Kepada mereka yang selalu mendesak agar Tun Mahathir Mohamad meneruskan khidmatnya sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal, sesuatu yang harus disedari ialah tindakan itu lebih mendedahkan PH kepada risiko kekalahan pada PRU15 akan datang.
Sekiranya Tun Mahathir masih Perdana Menteri dan mengetuai PH ketika itu, itulah sebenarnya yang diharap-harap serta ditunggu-tunggu oleh gabungan BN dan Pas kerana peluang mereka untuk menang akan terbuka dengan seluas-luasnya.
Sama ada dengan kekalnya Tun Mahathir sehingga PRU15 akan menyebabkan PH berpecah atau tidak, kelibat Tun Mahathir pada PRU akan datang sebenarnya tidak lagi sama seperti ketika beliau mengetuai PH menumbangkan BN pada PRU14 lalu.
Malah, jika dengan enggannya Tun Mahathir melakukan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim dan akhirnya menyebabkan PH berpecah, kemungkinan kembalinya BN ke persada kuasa dengan bantuan Pas akan secerah langit di pagi hari.
Menjelang dan mendepani PRU14, aura Tun Mahathir memang tengah memuncak kerana beliau berdepan dengan Najib Razak yang banyak masalah dan karenah.
Tetapi, setelah beberapa bulan kembali menduduki kerusi Perdana Menteri buat kali kedua, dengan banyak janji tidak ditepati, keegoan makin meninggi untuk kembali kepada perangai Perdana Menteri ke-4, disertai dengan banyak berdalih berkenaan peralihan kuasa, sokongan terhadap Tun Mahathir jelas telah merosot dengan mendadak.
Bukan saja berdasarkan banyak kajian yang menunjukkan sokongan terhadap beliau makin merosot, malah kunjungannya ke tempat-tempat awam tidak lagi menggamit keghairahan ramai untuk bersalam atau bergambar dengannya.
Apatah lagi setelah melepasi tempoh setahunnya menjadi Perdana Menteri, bukan kerja memulihkan ekonomi dan membaiki kerosakan negara yang ditinggalkan Najib yang terlihat banyak dilakukannya, sebaliknya penuh dengan gerak kerja dan agenda politik untuk mengekalkan kuasa semata-mata.
Mesyuarat dan perjumpaan yang bersifat politik nampaknya lebih menjadi keutamaan Tun Mahathir berbanding agenda untuk rakyat dan negara.
Lantaran itu, rakyat mula kecewa. Pembaharuan yang kerap dilaungkan sebelum beroleh kuasa tampak hanya retorik apabila kuasa sudah ada dalam genggaman, sedangkan sebahagian pembaharuan itu tidak pun memerlukan kos apa-apa.
Inilah juga yang mendorong secara tiba-tiba Najib kembali popular. Rakyat ingin menunjukkan mereka boleh membalas dendam dan menyokong kembali pemimpin yang pernah dijatuhkan lantaran banyak janji tidak mahu ditepati.
Yang paling membuatkan rakyat sakit hati ialah apabila Tun Mahathir dengan selamba pernah berkata, Buku Harapan yang mengandungi janji-janji manifesto bukanlah sebuah kitab suci yang wajib dipatuhi.
Untuk itu, bagi mendepani PRU15 akan datang, PH memerlukan pemimpin baru untuk mengekalkan kemenangan dan menjadikannya tetap sebagai sebuah kerajaan.
Ia tidak ubah seperti menangnya BN dengan gemilang pada PRU 2004 lalu. Ia jelas disebabkan BN dan negara ketika itu diterajui oleh Pak Lah sebagai peneraju baru yang turut disertai dengan kegembiraan kerana meraikan persaraan seorang pemimpin yang sudah terlalu lama berkuasa.
Seorang bekas menteri pernah berkata, jika Tun Mahathir tidak berundur pada 2003 dan beliau masih kekal mengetuai BN pada PRU 2004 itu, ada kemungkinan ketika itu BN akan pertama kali hilang majoriti dua pertiganya.
Ini kerana, di sebalik beliau disifatkan telah berkhidmat dengan cemerlang, agenda politiknya yang keterlaluan dengan “membunuh” ramai musuh-musuh politiknya serta tempohnya memegang jawatan Perdana Menteri yang dianggap sudah terlalu lama, ia akan menjadi suatu beban yang tidak terduga di peti-peti undi.
Namun, dengan beliau mengumumkan pengundurannya pada 2002 dan Pak Lah mengambil alih teraju parti serta negara pada 2003, kemungkinan BN hilang majoriti dua pertiga itu telah dapat ditukar kepada kejayaan paling gemilang dengan memenangi 198 kerusi Parlimen pada 2004 itu.
Begitu juga pada PRU15 akan datang, PH memerlukan pemimpin baru yang dapat tampil dengan idea serta pendekatan baru untuk terus mengekalkan PH sebagai kerajaan.
Lagi pula, jika PH kalah di tangan Tun Mahathir pada PRU15 akan datang, ia dengan sendirinya akan mengambus segala rekod dan kecemerlangannya selama ini, sekaligus menjadikan legasinya gelap sepanjang zaman. (Shahbudindotcom 06/08/2019)

GAMBAR-GAMBAR VINCENT TAN MENCARI PELABURAN HALAL DI TERENGGANU ?




OLEH : NIZAM AKA




Imej mungkin mengandungi: 2 orang, lautan, luaran dan alam
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang duduk
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri, lautan, langit, luaran dan alam
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, lautan, gunung, luaran, air dan alam


Hari ni tersebar gambar MB Terengganu Bersama Vincent Tan tauke Berjaya Group, Yang dikata kroni Mahathir dan Tauke Judi oleh Penyokong PAS.. Bermesyuarat bersama, Juga bersiar siar bersama diatas Bot..

Kalau nak tahu, Vincent Tan ni Tauke Sport Toto, Atau nama penuhnya Berjaya Sport Toto.. Kalau mudah faham, Dia Tauke syarikat Judi yang ramai ramai Lebai pakat Demo bantah depan kedai Judi kat Pokok Sena tu.. Tauke dia Vincent Tan lah.. Harap2 ada lah Lebai Terengganu pulak demo..

Takda ker Lebai Lebai Terengganu angkat sepanduk, mana MP Marang ? Mana MB Terengganu ? dulu bila kita kata lesen judi tu dilulus zaman BN, depa kata, dah jadi kerajaan kenapa tak batal.. Habis tu MB Terengganu ada kuasa keatas Tanah kenapa tak hapus , batal lesen Resort dan Hotel yg jual arak milik Syarikat Judi tu ?

Apakah Salah Tindakan MB Terengganu..? Bagi aku tak salah, Kalau Investment , selagi pelaburan tu menepati Syariah..pelaburan dari siapa pun kita terima, Memang dah lama Vincent Tan melabur dalam resort dan perhotelan Di Terengganu..Apakah hasil negeri Terengganu dari hasil cukai pelaburan Syarikat Judi ?

Apakah Aqidah MB Terengganu tergadai sebab bekerjasama dengan Tauke Judi.. Tidak, sebab kepercayaan kita, Soal Muamalah, Siyasah tidak berkait dengan Aqidah, Judi itu soal lain..Pelaburan dalam industri Perhotelan itu cerita lain..Malah Berjaya Group juga menjalinkan usahasama dengan Univeristi Malaysia Terengganu.. bukan zaman BN, tapi zaman PAS..

Cuma PAS saja dalam Dunia ni mengaitkan Politik, Ekonomi dengan Aqidah.. kalau lah gambar MB terengganu iu diganti dengan MB Perak, atau Ketua Menteri Pulang Pinang, atau Lim Guan Eng...apa reaksi Walau Walaun sekalian..? Sudah pasti mereka akan dihukum jadi barua tauke Judi.. gadai tanah dan hak melayu kepada tauke Judi.. Itu pun bernasib baik kalau depa tak kata, Depa ni dapat saham judi di akhirat..tempatnya di Neraka..

ANWAR PEROLEHI 90% SOKONGAN, KRISIS PKR BERAKHIR

PERBALAHAN DALAM UMNO LEBIH DAHSYAT DARI PKR

MB JOHOR JANJI CARI PENYELESAIAN PENCEMARAN PASIR GUDANG

SENJATA PERKAUMAN UNTUK PERANGKAP PH



KIRIMAN : IPOHMALI


Senjata Sentimen Perkauman yang Digunakan Pembangkang.. Pemimpin PH jangan lah masuk Perangkap.. Seolah olah ia dirancang rapi bagi melemahkan Kerajaan PH..


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks


1- SERANGAN PERKAUMAN MCA DALAM KHAT JAWI

Imej mungkin mengandungi: teks

Tiada penerangan foto disediakan. Hari ini didedahkan, di dalam Akhbar Cina milik MCA.. Berpuluh laporan ucapan pemimpin MCA menghasut dan memulakan perang, Tentangan kepada perlaksanaan Khat ..

 Tapi Akhbar arus perdana Melayu seperti Utusan hanya membangkitkan sokongan Adun DAP kepada Dong Zong dan Jiao Zong, UMNO dan PAS bersama sama memainkan Sentimen agama... Jadi kita kena bijak berhadapan dengan Senjata perkauman..

2- KES HINA NABI DARI AKAUN PALSU

Dalam kes Menghina Nabi, Ia datang dari akaun yang diletakkan nama Wendy Wong.. Akhirnyanya didedahan Akaun Palsu, IP nya milik admin pages Perkauman UMNO... Soal benar atau tidak yang pasti ia akaun Palsu yg sengaja mebangkitkan sentimen Perkauman..

Bayangkan, hanya dari serangan akaun Palsu, PAS dan UMNO bersama sama, memainkan sentimen Perkauman, Lebih dari 500 report Polis dibuat kepada entah siapa empunya FB.. Apakah mereka begitu Naif atau  terlalu bodoh buat report pada akaun yg mereka tidak tahu siapa.. Atau itu sebahagian dari Plot dan strategi Perkauman depa sendiri ?

3- KES ZAKIR NAIK BERMULA DARI DESAKAN MIC

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks



Mungkin ada sahabat PH sendiri tak setuju.. Sebab dari sebelum PRU 14 aku katakan Zakir Naik adalah alat politik perkauman PAS dan UMNO.. beberapa hari sebelum PRU 14, tak pasal pasal Haji Hadi bertemu Zakir Naik di Putrajaya tanpa sebab, Apa tujuan depa ? hanya mahu pemimpn DAP respon untuk dijadikan modal PRU 14.. Mujurlah ketika itu pemimpin DAP bijak berdiam diri..

Untuk Pengetahuan, Sebelum Politik perkauman, kelompok Takfiri muncul di Indonesia.. Ia dimulakan oleh page Fanpage Zakir Naik.. apakah Zakir naik ini alat kuasa luar seprti Saudi mengocak politik di Nusantara.. ? itu sebab aku katakan hantar saja Zakir Naik ke Arab Saudi..

Untuk Pengetahuan antara tuduhan penggubahan wang haram yg dikenakan keatas Zakir naik adalah Dana yang diterima dari negara Arab beratus juta Ringgit.. Soal dia salah atau tidak untuk program Keganasan itu soal lain, yang pasti dia memang terima dana dari negara2 Arab..

samalah sebelum ini, Pemimpin MIC desak pemimpin Kerajaan India PH mengusir dan menghalau Zakir Naik.. masa tu PAS tak berbunyi apa pun.. Bila Lim Kit Siang respon kenyataan Tun Mahathir dalam temubual untuk zakir naik meninggalkan Malaysia secara Sukarela..Tiba tiba Lim Kit Siang diserang..

Walhal Lim Kit Siang takda apa apa masalah dan permusuhan dengan Zakir Naik, yang diserang oleh PAS adalah Lim Kit Siang, bukan rakan tawwun depa.. hari ini PAS mengheret Zakir Naik kedalam Politik... Kita boleh nampak tujuan jahat depa..

malangnya orang seperti Dr MAza boleh menyokong propaganda jahat UMNO PAS hanya disebabkan taksub kepada batang tubuh Zakir Naik dan membenci kelompok Hindu..

4- BELAJAR LAH DARI KEHANCURAN BUMI SYRIA

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiri



Bumi Syria bukan dihancurkan oleh Kuffar, tetapi oleh fatwa fatwa Jahat Ulama yang menyeru Jihad, Bebrunuhan sesama muslim.. Ulama seperti Sheikh ramadhan Al Bhuti dianggap sebagai Anjing Kerajaan.. dan hari ini selepas Syria hancur lebur.. baru Rakyat Syria Sedar kebenaran ingatan dikatakan Sheikh Said Ramadhan..

Ulama Seperti Sheikh Yusuf Qaradawi suatu ketika terperangkap dengan fatwa dari Ulama Saudi menyeru Jihad di Syria... Begitu juga seruan dan campurtangan Presiden Morsi.. dan akhirnya Sheikh Qaradawi dan Morsi sendiri dizalimi dan digelar sebagai Terroris dan Pengganas oleh Kerajaan Saudi..

Belajarlah Dari Syria.. berapa ramai Ulama yang membuat fatwa yang salah dalam perkara yang bukan dalam urusannya.. campur tangan dalam urusan Politik dan akhirnya menghancurkan Syria, antaranya fatwa Sheikh Ali Sabuni dan Kurayyim Rajih..

5- PERTAHANKAN KEHARMONIAM KAUM DAN AGAMA..

Jadi Belajar lah dari kesilapan dan kehancuran dari bumi Arab disebabkan fatwa Ulama yg telah mengocak keharmonian penganut Kristian, Syiah dan Sunni di Bumi Arab, dan jangan membiarkan keharmonian kita sesama Agama di Malaysia dikocak oleh watak yang dipergunakan kuasa luar seperti Zakir Naik... Pertahankan Keharmonian kita sesama bangsa dan Agama..mereka hampir melakukannya di Indonesia bila kelompok Takfiri dan Pelampau agama cuba mengocak politik Indonesia..

Ya Hari ini sebahagian dari sahabat aku, tak nampak apa yg aku cuba sampaikan.. aku bukan anti Zakir Naik.. cuma aku belajar dan memerhati apa yg berlaku di Indonesia..Jangan jadi seperti Syria, Setelah hancur bumi Syria, baru depa sedar akan kebenaran kata kata Sheikh said ramadhan Al Bhuti..

 Senjata pertembungan Sunni Syiah itu hanya alat kelompok barat dan Kuasa besar untuk hancurkan bumi Syria.. dan ramai Ulama terperangkap dengan sentimen kaum dan Agama ini..

Ingat, Mereka akan terus mencuba mencetuskan Permusuhan Kaum dan Agama.. Hari ini, PAS, UMNO , MIC dan MCA sama jer.. mereka cuba bermain dengan sentimen kaum dan Agama..  :)

Ipohmali



PAS Gagal Tunai Janji Manifesto Pilhanraya Umum (PRU) :?





OLEH : HALIM (FB KELAB RAKYAT BERSATU MALAYSIA)




Semenjak Pas memenangi PRU pada tahun 1990 bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU), bersama dengan Semangat 46 + Berjasa + Hamim seterusnya sehinggalah ke Pru14, kegagalan Pas dalam menunaikan 80 % janji janji dalam semua PRU yang Pas janjikan kepada rakyat Kelantan, Perantau Kelantan khususnya serta kepada penyokong penyokong Pas diluar Kelantan amnya.

Pihak kerajaan Pas Kelantan sendiri mengakui, walaupun telah memegang tampuk pemerintahan selama 29 tahun mereka masih memerlukan lebih banyak masa untuk menunaikan segala janji janji yang telah Pas buat semenjak tahun 1990 lagi.

Antara Janji - Janji dicapati Pas:

1. Hukum Hudud. Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, yang menyentuh kesalahan syariah hudud, qisas dan ta'azir telah mendapat perkenan YTM Tuanku Sultan Muhammad V dan diluluskan sebulat suara buat kali ke-3 dalam Dun Kelantan pada tahun 2017.

Pertama  diluluskan pada tahun 1993 dan kedua pada tahun 2015. Sebenarnya Dun Kelantan  telah meluluskan Hukum  HUDUD tersebut untuk dilaksanakan.

Pembohongan Pas untuk tidak melaksanakan undang undang yang dikenali dengan hukum hudud atau Ruu355 dapat dilihat melalui tindakan Presiden Pas sendiri yang sebanyak 3 kali telah menangguhkan Usul pembentangan  RUU diparlimen pada 26 Mei 2016, 17 Oktober 2016 dan pada 6hb April 2017 tanpa apa apa alasan yang wajar.

Wajarkah Pas berbuat sedemikian. Tindakan Ahli Parlimen Marang itu dengan segala 'hanky panky' yang dimanipulasikannya menimbulkan persoalan ketelusan yang menunjukkan sebenarnya Pas tidak mahu melaksanakannya hanya gula gula politik sahaja.

2. Pemberian Tanah sebanyak 2 ekar seorang kepada Persara Tentera.( Kelantan dan Terengganu).

3. Pemberian rumah mampu milik kepada rakyat miskin tegar . (Kelantan Dan Terengganu).

4. Menyediakan  peluang pekerjaan kepada Rakyat.

5. Bantuan RM100 sebulan kepada warga emas.

6. Menghapuskan cukai pintu kepada rakyat Kelantan.

7. Bayaran saguhati sebanyak RM10 ribu kepada keluarga yang ditimpa musibah.

8. Pendidikan percuma kepada rakyat Kelantan.

9. WiFi percuma kepada rakyat Kelantan .

10. Penghapusan bayaran caj letak kereta di seluruh Majlis Perbandaran diKelantan. Malah pada 25hb Julai 2019 MPKB-BRI akan laksanakan kaedah Kepit Tayar dimana projek tersebut diberikan kepada pihak swasta Syarikat Vista Summerose sdn. bhd.

11. Air paip yang bersih dan terawat. (Majoriti penduduk Kelantan yang putus asa dengan Air Kelantan telah menggunakan kaedah 'air boring' / telaga tiub) semenjak tahun 2000.) Isu ini juga menjadi penghalang kepada pelabur luar dan perlancongan seperti bidang perhotelan untuk masuk melabur di Kelantan.

Kelantan juga terpaksa mengimport bekalan air terawat daripada Terengganu untuk industri perikanan di Semerak, Bukit Yong dan Tok Bali. Isu bekalan air terawat ini menjadi faktor yang utama bagi para pelabur untuk melabur diKelantan.

12. Tembatan Banjir Kota Bharu - sehingga kini masih belum ditunaikan.

13. Stadium negeri yang baru dan canggih. Belum ditunaikan oleh kerajaan Pas.

14. Pelabuhan Tok Bali belum ditunaikan oleh kerajaan Pas.

15. AFTA City diRantau Panjang.

16. Pelabuhan Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

17. Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian.

18. Projek Agro Tourism DiPergau  Jeli.

19. Pusat Bandar Baru Pengkalan Kubor.

20. Pelabuhan Darat diKuala Krai.

21. Petrokimia City, di Bachok.

22. Eco - Tourism City di Danau Tok Uban, Pasir Mas.

23. Jambatan ke-3 Sungai Kelantan, iaitu Palekbang - Kg.Cina yang dijanjikan dari tahun 1996 lagi. Batu asas sahaja yang terbina.

24. Pembangunan Lembah Sireh di Kota Bharu. Dimana kerajaan Pas telah serahkan tanah seluas 1,000 hektar bersamaan dengan 2, 471 ekar kepada sebuah syarikat pada tahun 2003. Sehingga kini syarikat tersebut masih gagal tunaikan janjinya.

25. Masjid Baru di Kampung Sireh. Gagal ditunaikan oleh kerajaan Pas.

26. Jambatan Baru Di Kampung Sireh. Gagal Ditunaikan oleh kerajaan Pas.

27. Stadium Mini Tertutup Wanita diKota Bharu. Gagal ditunaikan oleh Kerajaan Pas.

28. Tembatan Banjir disepanjang Koridor Sungai Golok.

29. Lebuh Raya Rakyat, Machang - Kuala Krai sejauh 30km yang bernilai RM550 juta yang gagal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pas. Lebuh Raya Rakyat tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan Negeri Pas pada Mac 2018 dan kutipan sumbangan rakyat Kelantan sebanyak RM3.2 juta sahaja.

30. Pembangunan Bandar Baru Islam di Tok Bali seluas 140 hektar diberikan kepada syarikat swasta, Aimfora Holdings Sdn bhd. Masih gagal dilaksanakan.

31. Masjid Baru di Tok Bali yang sehingga kini gagal ditunaikan kerajaan Pas.

32. Pusat Keewangan Islam di Tok Bali. Gagal dibina oleh kerajaan Pas.

33. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Bharu. Sehingga kini kerajaan Pas Kelantan gagal selesai isu pengambilan tanah penduduk setempat.

34. Projek Solar Park di Danau Tok Uban seluas 80 hektar   yang kerajaan Pas berikan tanah kepada syarikat swasta. Sehingga kini masih gagal ditunaikan.

35. Projek Bachok Perdana. Tanah PKINK seluas 10 hektar diberikan kepada syarikat swasta untuk dimajukan pada tahun 2013. Sehingga kini masih gagal disiapkan.

36. Kegagalan kerajaan Pas menangani hakisan pantai diPantai Cinta Berahi atau Pantai Cahaya Bulan. (PCB).

37. MPKB - BRI  dan kerajaan negeri yang gagal tangani kebersihan bandar.

38. Kegagalan Kerajaan Negeri Pas menyediakan 5, 000 rumah mampu milik kepada rakyat Kelantan.

39. Projek Kelantan Biotech Corporation sdn bhd  diLojing. Masih gagal dilaksanakan.

40. Kegagalan kerajaan Negeri mengekalkan kilang kilang asing supaya kekal ada dikelantan. Akibat kekurangan  jaringan infrastruktur serta insentif menarik daripada  kerajaan Negeri Pas dan dasar parti Pas. Dalam tempoh 28 tahun sebanyak 250 kilang menutup operasi serta berpindah ke negeri lain. 20, 000 peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan hilang akibat kesan penutupan kilang tersebut.

41. TIADA PAWAGAM DIKOTA BHARU, untuk aktiviti riadah santai kekeluargaan. sedangkan di Kuala Terengganu ada pawagam.

42. Projek Pembangunan Jalan Gajah Mati. Gagal.

43. Projek pembangunan Lundang. Gagal.

44. Projek Pembangunan wakaf Mek Zainab. Gagal.

45. Projek  Bandar Baru Tunjong. Tanah milik kerajaan negeri seluas 2,000 ekar.  Gagal dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan. Sekarang terjadi pula kes saman oleh pihak Bank.

46. Projek Batutta Ville diatas tanah milik MPKB - BRI dijalan Telipot ( kawasan Elitis Kota Bharu). Pada tahun 2010. MOU disaksikan oleh Exco Yb Takiyuddin. Gagal dilaksanakan.

47. Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh. Projek MPKB - BRI bersama syarikat swasta. Pembangunan sebanyak 5 . Fasa 4 & 5 gagal dilaksanakan.

48. Projek Madinatur Raudhah diatas tanah milik kerajaan negeri sebelah di Jalan Sultan Ibrahim diKota Bharu. Tanah secara Kontra basis. Gagal dilaksanakan oleh Kerajaan Pas.

49. Projek MPKB - BRI Highrise Tower diatas tapak pasar lama Arked MPKB di Kota Bharu. Gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pas.

50. Projek Bazaar Tok Guru - Kota Bharu. Tapak asal IPD Kota Bharu. Gagal dimajukan serta gagal juga menjadi tempat yang popular diKota Bharu berbanding di tempat lama Arked MPKB. Tingkat 1 sahaja dipenuhi peniaga. Tingkat 2 dan 3 kosong. Peniaga banyak yang rugi. Design wise pun adoiii.....terukk bohh, typical standard JKR... planning retails pun hancuss. Imej Kegagalan kerajaan Pas.

51. Projek Airport City diPengkalan Chepa milik MPKB - BRI. Seluas 200 ekar. Kegagalan kerajaan Pas Kelantan.

52. Projek Kandis Eco Tourism Bachok seluas 7 ekar. Gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pas Kelantan.

Itulah serba sedikit kegagalan Janji janji Kerajaan Pas Kelantan.

'Perantau Kelate' hanya pulang semasa musim perayaan sahaja. Pada hari hari biasa meninggalkan kesusahan kepada penduduk tetap negeri Kelantan.

Ayuh kita gerakkan gelombang (PH). Tiada lagi gelombang Hijau.

Pada pade lah Hijau.

#tukar kelate Hijau kepada Merah
5hb Ogos 2019.



Hadi kata kesilapan politik lalu telah berjaya satukan pasmno..Ya ke?





Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks


OLEH : NIZAM AKA


Maknanya apa yang diperjuangkan oleh Ustaz Fadhil Noor dan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang menentang umno berhabis-habisan sehingga ke hujung nyawa,adalah sesuatu yang silap dan tidak sepatutnya berlaku?


Maknanya Ibrahim Libya dulu juga satu kesilapan politik? 


Smpai begitu rasa cinta dan kasih Hadi kepada umno hingga sanggup buat knyataan yang seolah-olah mengambarkan apa yang diperjuangkan oleh Allahyarhan Nik Aziz dulu suatu kesilapan politik..


-Semoga roh Ustaz Allahyarham Fadzil Noor  dan Allahyarham Tok guru Nik Aziz sentiasa tenang dan damai di sana.. Al fatihah



GAMBAR TULAR HARI INI-OLEH MIQDAD ZAKARIA

PENDEKATAN BARU ANWAR DIAKUI TERBAIK OLEH DAIM


Ketika Anwar Ibrahim minggu lalu menekankan perlunya dasar baru ekonomi diperkenalkan iaitu berdasarkan keperluan dan bukan lagi berasaskan kaum, ramai yang mengecam kononnya beliau mahu menghapuskan semangat DEB.
Kononnya, pendekatan itu menunjukkan Anwar tidak lagi mementingkan orang Melayu dan mahu mengamalkan dasar ekonomi yang sama rata.
Serentak dengan itu, ada juga yang menilainya tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Kata mereka, seorang pemimpin, apa lagi sebagai bakal Perdana Menteri, Anwar sewajibnya mesti mengutamakan kepentingan orang-orang Melayu sebagai kaum majoriti di negara ini.
Sebetulnya, jika kita faham, dasar ekonomi berasaskan keperluan lebih membela, bukan saja orang Melayu, tetapi juga bangsa lain yang miskin dan memerlukan.
Siapa saja yang miskin dan memerlukan, merekalah yang berhak dibela dan dibantu tanpa menggunakan retorik perkauman seperti era BN sebelum ini.
Hari ini Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin turut senada dengan Anwar bahawa hanya dasar ekonomi berasaskan keperluan merupakan penyelesaian terbaik untuk masa depan negara.
Kata beliau, sudah sampai masanya kerajaan memperkenalkan pendekatan baru, segar dan benar-benar dapat mengubah kehidupan mereka yang selama ini tidak memperoleh manfaat daripada pembangunan negara.
“Kerajaan perlu mengambil kira dan mendekati dilema Bumiputera dengan perspektif baharu untuk memastikan semua rakyat Malaysia mendapat bahagian saksama daripada kemakmuran negara.
“Apa-apa dasar yang mahu dilaksanakan kerajaan perlu memberi keadilan kepada semua,” kata beliau.
Maksud keadilan di sini tentunya bermakna mereka yang miskin dan memerlukan lebih diberi perhatian dan bantuan berbanding mereka yang lebih mampu serta berkeupayaan.
Dengan pendirian senada Tun Daim yang merupakan orang kanan kepada Tun Mahathir Mohamad terhadap pendekatan Anwar itu, ia dengan sendirinya bermakna bakal peneraju masa depan negara kita adalah suatu pilihan yang tepat.
Rakyat sudah boleh membayangkan pembelaan yang sewajarnya dan segar apabila Anwar mengambil alih teraju kerajaan nanti. (Shahbudindotcom 05/08/2019)

SIAPA MATIKAN TULISAN JAWI DULU? UMNO ATAU DAP




OLEH W. FUDZIN NS


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks



Siapa yang menghentikan dan membunuh tulisan jawi dulu tu adalah Umno. Yang ingin menghidupkan tulisan jawi di sekolah-sekolah  itu adalah kerajaan PH. Umno yang gunakan kuasa menghentikan tulisan jawi dulu kini adalah rakan sekutu Pas. 

Meskipun ada segelintir pemimpin Dap tidak setuju dengan tulisan khat Jawi di sekolah, paling kuat mereka tidak setuju saja dan mereka ada hujah mengapa tidak setuju, tetapi mereka tidak mematikan tulisan jawi. 

Parti politik yang mematikan tulisan jawi itu adalah Umno. Umno itu kawan Pas sekarang yang menyalak marah kan Dap. Syabas, kerajaan PH yang terus berusaha untuk perkenalkan semula tulisan Jawi. 

Nak harapkan Umno? RUU Akta 355 pun mereka kencing pak lebai.....