JOM SERTAI PAS DI BUKIT MERTAJAM











BUKIT MERTAJAM 12 APRIL- kempen 'JOM SERTAI PAS' telah di lancarkan hari ini dimana ianya telah berjaya menarik ribuan masyarakat setempat hadir mendekati PAS sebagai sebuah parti untuk semua.


Acara tersebut dirasmikan oleh ADUN PAS Titi Serong, YB Drs Khalil Idham Lim.Antara acara sukanika yang di persembahkan ialah bermain bola dengan memakai sarong.

LAWATAN KERJA DSAI KE PERMATANG PAUH







PERMATANG PAUH 12 APRIL-lawatan kerja DSAI ke bahagian permatang pauh hari ini melihat beliiau telah ke perkampungan Cina Sungai Lembu dimana diadakan dialoq antara DSAI dan juga penduduk kempung tersebut.


Ianyamenjelaskan mengenai status tanah tersebut iaitu status tanah sementara dan juga perkampungan baru.DSAI menjelaskan bahawa tindakan yang dibuat oleh Menteri besar Perak YB Dato Seri Mohd Nizar dianggap sebagai satu tindakan bijak di mana memberi hak milik tanah kepada penduduk yang telah menetap lebih dari 70 tahun di kawasan tersebut.



Selain itu ianya juga menjelaskan tetang kedudukan YB Mohd fairus dimana sehingga kini YB Fairus kekal sebagai ADUN Penanti, walau beliau telah melepaskan jawatan sebagai TKM1 dan juga EXCO kerajaan negeri.



PEMBUKAAN CAWANGAN BARU PKR DI FLAT AMPANGAN JAJAR







PERMATANG PAUH 12 APRIL- Pada hari yang sama DSAI telah sudi untuk hadir merasmikan pembukaan cawangan baru PKR di Flat Amapangan jajar di mana dalam perasmian pembukaan cawangan baru tersebut lebih 100 ahli baru mengisi borang.Flat yang baru 5 bulan siap untuk menempatkan penghuni rumah -rumah setiggan di sekitar kawasan tersebut kini boleh memuatkan seramai 2000 keluarga.




Menurut ketua cawangan PKR Flat Ampangan Jajar Abd Hamid bin Badar Maidin , menjelaskan bahawa sehingga kini ramai lagi penduduk yang belum di tempatkan di kawasan ini kerana ianya masih baru.Kesempatan ini kami tubuhkan cawangan PKR di Flat ini dan InsyaAllah ianya akan menempat lebih ramai lagi penduduk dan dengan itu ianya akan dapat memberi perkidmatan kepada penduduk di Flat ini.




Dalam ucapan ringkas beliau di hadapan lebih 400 penghuni Flat tersebut, DSAI menjelaskan bahawa adanya perbezaan antara pentadbiran Pakatan Rakyat dan juga Bn.Menurut DSAI lagi jika Pakatan Rakyat yang kini telah mentadbir 5buah negeri sebelum Perak di rampas, ianya menjelaskan bahawa kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat berusaha untuk membantu rakyat dengan memberi tanah,mengurangkan beban rakyat dengan menurunkan cukai pintu dan juga caj air,memberi bantuan kepada keluarga miskin dan menghapuskan miskin tegar serta memberi bantuan kepada anak-anak yang berjaya ke universiti serta amalan jimat cermat dan tidak boros berbelanja duit rakyat dan juga amalan yang lebih telus berbanding barisan nasional.






GMI DAN SEMINAR DI DEWAN SRI PINANG







PULAU PINANG-12 APRIL-satu seminar mengenai ISA yang di anjurkan oleh badan bukan kerajaan NGO's SUARAM, GMI dan juga beberapa lagi badan bukan kerajaan yang diantaranya dihadiri oleh ALIRAN menjelaskan mengenai beberapa akta seperti Akta mesin cetak,akta ISA, akta AUKU,Akta OSA dan sebagainya.


Ianya menjadi berbagai-bagai sekatan buat orang ramai meluahkan ketidak puasan hati.ketidak adilan dalam beberapa sektor, antaranya ekonomi. Isu pembanggunan yang tidak setara untuk menaikkan taraf hidup.


Selain itu ianya membicarakan tentang kaitan ekonomi dan juga penahanan.Bagaimana IPCMC iaitu suruhanjaya polis yang dilihat masih lagi gagal untuk menjelaskan kesan ketelusan dalam kes-kes tertentu.


ianya juga membicarakan tentang pelantikan PM baru Dato seri najib dan tindakan membebaskan 13 tahan ISA dan adakah pihak Dato seri Najib akan mengkaji semula akta tersebut atau ianya dianggap sebagai retorik kerana PM berjanji untuk mengkaji semula.