DIA SANUSI PUNYA ORANG ..DEPA KATA WALAUN KAKI FITNAH


 

CIRI2 KHAWARIJ AKAN TERUS MUNCUL HINGGA AKHIR ZAMAN - Pejabat Mufti WP



"Kumpulan Khawarij pada namanya tidak dinafikan ia telah luput ditelan zaman.


Ini kerana, tiada sesiapa pun dalam kalangan individu atau kumpulan yang mengaku pada hari ini bahawa mereka daripada golongan Khawarij. 


Namun demikian, ciri-ciri kumpulan tersebut masih kekal wujud hingga ke akhir zaman sebagaimana nas-nas hadis yang mengisyaratkan hal tersebut.


Bayangkan jika Khawarij yang terdahulu berpegang kepada doktrin mengkafirkan orang yang melakukan dosa besar, tetapi pada hari ini wujud mereka yang mengkafirkan sesama Islam hanya kerana dosa-dosa kecil atau khilaf di dalam perkara-perkara furu’ agama atau berbeza pendekatan dalam isu politik."


Artikel dari web Pejabat Mufti W.Persekutuan.


https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/tashih-al-mafahim/2981-tashih-al-mafahim-8-masih-wujudkah-khawarij?



DIA PERASAN DIA JA ISLAM GAMAKNYA.. DIA JA BAGUS.. JENIS TAK SEDAR BERBALIK OADA DIA.. PELAQ..

 Ahmad Mursi


Ini kita namakan Takfir Politik.. kita kata ada, walaun kata tiada.. Khawarij sentiasa jadikan politik sebagai pertempuran akidah



JANGAN HARAP UMNO DAPAT KERUSI! Rafizi Bongkar Taktik PAS Sembelih UMNO ...

AKMAL SALLEH LETAK JAWATAN? INI SEBABNYA

LAWAN TERUS TERESA - RM25 JUTA KASI BANGRAP | Akmal Saleh akan Lawan

LEPAS INI GILIRAN RAZMAN LEBAI PAS AKAN KALAH SAMAN! FITNAH YB HANNAH MA...

ZAHID SEKOLAHKAN AKMAL ? PUJI DATO LOKMAN ?

Ucapan Pembukaan PAU 2025 Oleh Ds Zahid Hamidi

Zahid beri mesej jelas kepada Pas:Tak payah kerjasama, elok "bubar PAS"

Rasuah Tender ATM: Seorang Lagi Pegawai Tinggi Ditahan SPRM

 

Pegawai kanan berkenaan ditahan jam 11 pagi ini bagi membantu siasatan kes membabitkan perolehan yang didakwa tidak mengikut peraturan ditetapkan hingga menyebabkan rasuah berlaku.

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Kes tender perolehan membabitkan Panglima Tentera Darat (PTD) memasuki fasa baharu apabila seorang lagi pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Menurut Azam, pegawai kanan berkenaan ditahan jam 11 pagi ini bagi membantu siasatan kes membabitkan perolehan yang didakwa tidak mengikut peraturan ditetapkan hingga menyebabkan rasuah berlaku.

“Saya tidak dapat memberikan butiran lanjut, sebaliknya akan mendedahkan perkembangan ini dalam sidang akhbar khas esok,” katanya kepada Berita Harian, di sini hari ini.

Dalam pada itu Azam mengesahkan, bekas PTD yang sebelum ini ditahan reman telah dibebaskan pada jam 6.30 petang, semalam.

Pada 7 Januari lalu, bekas PTD itu bersama dua isterinya ditahan SPRM berkait projek perolehan tender tentera darat dan keesokan harinya, pegawai itu direman selama tujuh hari, manakala kedua-dua isterinya masing -masing direman tiga dan enam hari.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Isu ATM: Jemaah Menteri Dimaklum, PM Anwar Terima Baik – Fahmi

 


Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil pada sidang media mingguan Kabinet di Angkasapuri pada 14 Januari 2026. Foto Kementerian Komunikasi

PUTRAJAYA, 14 Jan – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penjelasan berhubung isu membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), diterima baik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah disampaikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa Mesyuarat Kabinet mingguan di sini, hari ini.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menjelaskan, isu berkenaan diambil maklum Jemaah Menteri dan beberapa tindakan susulan akan dilakukan, difahamkan akan diperincikan dalam tempoh terdekat.

“Yang Berhormat Menteri Pertahanan telah memberi sedikit taklimat dan memberikan sedikit maklum balas terkini tentang beberapa perkara yang sedang diusahakan yang berkait dengan beberapa isu yang timbul dalam kalangan Angkatan Tentera (ATM).

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil pada sidang media mingguan Kabinet di Angkasapuri pada 14 Januari 2026. Foto Kementerian Komunikasi

“Perdana Menteri telah mengambil maklum pandangan serta apa yang telah ditaklimatkan ataupun kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertahanan semalam dan beberapa perkara yang dimaklumkan pada hari ini insyaAllah tindakannya akan disusuli,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Pasca Mesyuarat Kabinet di sini, hari ini setelah bermesyuarat selama kira-kira tiga jam.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan sindiket kartel tender membabitkan pegawai kanan ATM dengan hasil rampasan dianggar jutaan ringgit.

Malaysia perlu politik matang, berteraskan muafakat – Anwar





Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat bersidang kepada semua pimpinan dan perwakilan UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 berlangsung bermula hari ini hingga 17 Januari ini.

Menerusi hantaran di media sosial beliau petang ini, Perdana Menteri turut mendoakan persidangan parti komponen Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur itu berlangsung dengan tertib.

“Dalam landskap politik dan ekonomi kian mencabar, kekuatan sebenar tidak lahir daripada perbezaan yang terus dipicu, sebaliknya daripada kesepaduan yang diperkukuh, kebijaksanaan yang diraikan, serta iltizam bersama untuk mendahulukan kepentingan rakyat dan negara.


“Malaysia memerlukan politik matang, berteraskan muafakat, saling menghormati dan keupayaan untuk bekerja bersama demi kestabilan, kemakmuran serta masa depan lebih adil dan inklusif buat seluruh rakyat.

“Semoga persidangan kali ini berlangsung dengan tertib, penuh wacana bernas berpaksi pada rakyat, serta menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional demi sebuah Malaysia yang madani,” kata Perdana Menteri berserta foto beliau menghadiri Persidangan Agung UMNO 2023.

Perhimpunan Agung UMNO 2025 berlangsung bermula hari ini selepas ditangguhkan dua kali pada Ogos dan November bagi memberi laluan persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Seramai 6,412 perwakilan mendaftar melibatkan 2,928 orang bagi Perhimpunan Agung UMNO 2025, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita (1,165 orang), Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda (1,173 orang) dan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri (1,146 orang).





 

SUDAH LA HADI... KO JA LAH JADI PENGERUSI PN, DAN KO SELAMATLAH DUNIA NI.

 




Jauh sangat mengelamun orang tua ni. Sampai 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 pula. Masalahnya nak selamatkan  PN daripada berpecah pun tak mampu. Kalaulah PN runtuh, tak mampu pulak nak selamatkan Mahiaddin dan pemimpin PN lain yang banyak kes.


Orang tua ni adalah makhluk yang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 nak cerita soal penyatuan Melayu. Sebab pada 7 April 1981, dialah orang yang menyeru kepada perpecahan umat Melayu dengan menggunakan pegangan aqidah sebagai umpan dan 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻.


Berdekad lama orang Melayu hidup saling membenci sampai ada yang bercerai-berai, solat dua imam dan tak makan sembelihan. Kafir mengkafir jadi budaya. Sampai ke hari ini tak pernah tarik balik kenyataannya tu. Ego betul. Ni jadi cakap soal perpaduan pulak?


Tak payah fikir jauh nak selamatkan dunia la atok oi. Selamatkan dulu PN tu. Kalau boleh selamatkan PN, cuba selamatkan negeri SG4 pulak. Ekonomi setiap negeri tu merudum teruk. Nak bagi bonus pun tunggu dana dari pusat. Cuba selesaikan yang itu dulu.


Benar Islam pernah tempa sejarah keemasan. Tapi itu Islam. Bukan sejarah Melayu. Lebih masalah, Melayu, terutama PAS, jauh lari daripada Islam yang sebenar. Fitnah, menipu, qazaf, khianat dan banyak lagi 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 yang jadi budaya. Jadi tak payah la nak kaitkan sejarah kegemilangan Islam dengan Melayu. Apatah lagi dengan PAS/PN. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




INI BERITA PALESU NI.

 


Ini gila punya kerja. Hahaha... 






Tak tahu la betul ke palsu ni. Tapi secara peribadi aku rasa surat ni fake je. Cop rasmi tak ada, tandatangan pun tak ada. Tak tau lah siapa 𝗽𝗲𝗱𝗮𝗷𝗮𝗹 ni.


Tapi kalau betul, memang tak bertanggungjawab la. Orang tua tu dah separuh mati dah. Tulang patah nak operate pun tak boleh sebab umur. Lagi nak suruh dia jadi Pengerusi PN. Nak layan gila si lebai?


Biar orang tua tu rehat elok-elok. Biarkan dia habiskan masa dengan beribadah. Nak lagi baik, kirimkan buku tentang cara-cara taubat untuk dia baca 


Tak payah heret dia lagi masuk kancah politik. Kalau dia didakwa menyakau pun, tak sempat nak habiskan perbicaraan rasanya. Biarkan dia 𝗿𝗲𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗮𝗺𝗮𝗻. Jangan bebankan dia dengan haloba PN. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

PEMUDA PARTI LAIN SANGAT TERTIB BERBANDING KETUA Pemuda PAS Malaysia


 

Jogho Malaya





..........


KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA MIPP


1. Pagi ini, saya bersama-sama Ketua ARMADA BERSATU Malaysia dan Ketua Pemuda GERAKAN telah bertemu YB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara untuk menyampaikan pandangan dan pendirian sayap pemuda masing-masing khususnya berhubung kedudukan Pengerusi Perikatan Nasional. 


2. Kami menghormati keputusan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional. Walau bagaimanapun, perletakan jawatan tersebut pastinya memberi impak kepada wajah Perikatan Nasional khususnya dalam pilihan raya umum akan datang. Untuk menang dalam pilihan raya, Perikatan Nasional harus diterajui oleh figura yang boleh menjana penyatuan dan menggarap dukungan majoriti rakyat Malaysia. 


3. Justeru, ketiga-tiga sayap berpendirian, perihal ini mestilah diselesaikan secara konsensus sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal 8.3(I) Perlembagaan Perikatan Nasional. 


4. Ketiga-tiga sayap pemuda juga berpendirian bahawa jawatan Pengerusi Perikatan Nasional mestilah diisi oleh mana-mana Presiden Parti yang mempunyai kuasa eksekutif dan autoriti bagi membuat sebarang keputusan dasar demi kelancaran pentadbiran. Perikatan Nasional wajar diperkasakan dengan etika gabungan, disiplin pentadbiran serta kerjasama politik dengan parti-parti yang terlibat dalam Ikatan Prihatin Rakyat. 


5. Berhubung tafsiran bahawa jawatan Pengerusi Perikatan Nasional boleh disandang oleh mana-mana pemimpin selain presiden parti, kami menegaskan supaya ianya dirujuk menurut Fasal 20 Perlembagaan Perikatan Nasional yang menyatakan : “Jika timbul sebarang kekeliruan tentang pentafsiran, susunan dan pengertian mengenai mana-mana peruntukan di dalam fasal Perlembagaan ini atau mana-mana peraturan dan perintah tetapnya, maka tafsiran, susunan dan pengertian mengenai fasal itu yang dibuat dengan suara majoriti ahli-ahli Majlis Tertinggi adalah terpakai dan muktamad.”


6. Selaku teraju utama yang akan memimpin Perikatan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang, jawatan Pengerusi Perikatan Nasional mesti diisi oleh kepimpinan yang absah, inklusif, diterima oleh rakyat pelbagai kaum dan mempunyai track record yang diyakini rakyat. Maka, ketiga-tiga sayap pemuda mencadangkan agar YB Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal dan terus menerajui kepimpinan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional.


JUSTIN PRABAKARAN

Ketua Pemuda Kebangsaan 

Malaysia Indian People Party (MIPP)

(Parti Komponen Perikatan Nasional)


12 JANUARI 2026




Jangan terkejut jika Bersatu tiba-tiba setuju masuk kerajaan (Tonton sam...

Tidak mustahil Anwar kembali ke Umno jadi presiden lepas tamat penggal p...

Mengapa Azmin Beria Mahu Muhyiddin Jadi PM? Mengapa Tetiba Mahu Pecat Ha...

PLAN AZMIN BALIK PKR ? KEM HAMZAH DEDAHKAN ?

RAFIZI UMUM KELUAR PARTI ? KERUSI PANDAN PRK ?

RAFIZI RAMLI DIPECATT?! WOW APA RANCANGAN ANWAR&PKR

BILA PENGKHIANAT DI KHIANATI


Syam Ghaz



 13 Disember 2016 tarikh bersejarah PH terima BERSATU.




Akhirnya BERSATU yang diketuai Muhyiddin Yassin khianat bila dpt bentuk Kerajaan tahun 2018-2020.


Pengkhianatan Mahathir dan Muhyiddin akhirnya dikhianati sekutu Tebuk Atap 1.0 balik, jadi PM8 pun sekejap dan dijatuhkan.