Ahli Parlimen Tuaran isytihar keluar BN, sokong Pakatan Rakyat

Saiz Teks: A A A

Ahli Parlimen Tuaran isytihar keluar BN, sokong Pakatan Rakyat

KOTA KINABALU 30 Julai: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing mengisytihar keluar Barisan Nasional (BN) dan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.
Beliau juga menyatakan kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama Pakatan dan bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh.


Bercakap pada pelancaran Angkatan Perubahan Rakyat (APS) di Restoran Singgahgora, Tuaran di sini, Bumburing percaya seluruh masyarakat Kadazan-Dusun-Murut akan menumbangkan kerajaan BN Sabah.
Beliau juga akan menjelajah ke seluruh negeri untuk mengajak rakyat melakukan perubahan kerajaan di Sabah, selain di peringkat Persekutuan.
Situasi ini pasti menggerunkan regim Umno berikutan dua pemimpin berpengaruh di Sabah dalam dua hari berturut-turut, meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat.

Semalam, Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Seri Lajim Ukim meletak semua jawatan dalam Umno dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat, diikuti Wilfred pada hari ini.
Wilfred juga adalah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), sebuah parti komponen BN Sabah.

Sebelum ini, beliau pernah menyertai parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Beliau juga adalah Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilancarkan Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011.


Pada pilihan raya umum (PRU) 2008, Wilfred menang dengan undi sebanyak 17,645 menewaskan calon KEADILAN, Ansari Abdullah dan calon Bebas, Ajin Nazin Gagah.

Wilfred Bumburing keluar BN, masuk Pakatan dan akan jelajah Sabah

KUALA LUMPUR, 29 Julai -- Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing, hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan menyertai Pakatan Rakyat (PR) melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya hari ini.
Ahli Parlimen Tuaran itu (foto fail) juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR memenangi negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin.
“Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah,” kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat.

LAGU GEREJA DI CIPLAK RAIS YATIM

KALAU INILAH TAHAP MANTEL KERAJAAN UMno,ELOK SANGAT LAH KITA TUKAR PEMERRINTAH YANG LEBIH BERWIBAWA.





ATAS LAJU....BAWAH SLOW


BILA NAK MENGUNDI NI?

Tidak banyak masa yang tinggal untuk Perdana Menteri Najib Razak.  Ramai yang berkata, seandainya pilihan raya umum ke-13 tidak diadakan pada September tahun ini, maka ia kemungkinan besar akan jatuh pada awal tahun depan.

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) telah membuat satu analisa berdasarkan tarikh pembubaran parlimen, hari pencalonan dan pengundian untuk 12 PRU dari tahun 1959 hingga 2008, sejak kemerdekaan.  Analisa ini mendapati, daripada 12 kali pembubaran parlimen, enam kali berlaku pada awal tahun, iaitu Februari, Mac atau April; empat kali pada pertengahan tahun, iaitu Jun atau Julai, dan dua kali pada akhir tahun, iaitu Oktober atau November.

Beberapa bulan lalu ketika Najib mengumumkan pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September, ramai mula meramalkan tarikh PRU 13 berkisarkan tarikh ini.  Padahal, tarikh pembentangan belanjawan telah ditetapkan sebelum bermulanya Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-12.  Ketika Abdullah Ahmad Badawi menyandang jawatan Menteri Kewangan, tarikh pembentangan belanjawan juga diawalkan dari Oktober (secara tradisional) kepada 29 Ogos, disebabkan bulan puasa dan faktor teknikal yang lain.

Untuk meramalkan tarikh pembubaran parlimen dari sudut teknikal, selain mengambil kira tempoh dari hari penamaan calon hingga pengundian, iaitu tempoh kempen, kita juga perlu mengambil kira bilangan hari dari pembubaran parlimen hinggalah hari pencalonan.  Dalam tempoh ini, aktiviti rasmi yang paling mustahak adalah pengumuman pembubaran parlimen selepas PM menghadap DYMM Yang Dipertuan Agong, dan pengumuman tarikh hari pencalonan dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  Secara ringkas, ia diperlihatkan dalam tiga pola untuk 12 PRU yang telah diadakan.

Yang pertama, dari PRU 1959 hingga 1969.  Dalam tiga PRU yang diadakan ini, dari hari pembubaran parlimen sehingga pencalonan, purata tempohnya adalah 19 hari.  Tempoh kempen adalah sama, iaitu 35 hari.  Oleh itu, jumlahnya adalah 54 hari.  Yang kedua, dari PRU 1974 hingga 1995.  Dalam enam PRU yang diadakan, dari hari pembubaran parlimen sehingga hari pencalonan, puratanya adalah 8 hari, dengan tempoh kempen secara puratanya 13 hari.  Oleh itu, jumlahnya adalah 21 hari.  Ketiga, dari PRU 1999 hingga 2008.  Dalam tiga PRU yang diadakan, dari hari pembubaran parlimen sehingga hari pencalonan, puratanya adalah 10 hari.  Tempoh kempen hampir sama, dengan purata 10 hari.  Oleh itu, jumlahnya adalah 20 hari.

Darurat diisytiharkan selepas tragedi 13 Mei 1969, dan parlimen kembali beroperasi hanya pada tahun 1971.  Namun, tempoh kempen sebanyak 35 hari sebelum tragedi 13 Mei telah dikurangkan secara mendadak kepada 16 hari dalam PRU 1974, atau secara puratanya 13 hari untuk enam PRU selanjutnya.  Bukan itu sahaja, mungkin apa yang diabaikan, tempoh antara pembubaran parlimen dan pencalonan juga berkurang dari purata 19 hari kepada 8 hari.

Dengan kata lain, dari pembubaran parlimen hingga hari pengundian, tempohnya telah berkurang dari 54 hari kepada 21 hari, iaitu dikurangkan 33 hari - maknanya satu bulan!

Hari ini, apabila kami menuntut tempoh kempen yang lebih panjang, dan tidak membincangkan tempoh dari pembubaran parlimen hingga hari pencalonan - maka regim Najib dan SPR yang licik dalam permainan politiknya, boleh memanjangkan tempoh kempen kepada 14 hari, pada masa yang sama, mengurangkan tempoh dari hari pembubaran parlimen ke hari pencalonan kepada 8 hari.  Maka, tempoh dari pembubaran parlimen ke pengundian hanya sejumlah 22 hari, sekadar dua hari lebih daripada 20 hari dalam tiga PRU yang terdekat.

Atau, mereka memanjangkan tempoh kempen kepada 17 hari (tempoh kempen yang terpanjang selepas tragedi 13 Mei 1969, iaitu PRU tahun 1978), dan kemudian memendekkan tempoh dari tarikh pembubaran parlimen hingga hari pencalonan kepada 5 hari (tempoh terpendek dari hari pembubaran parlimen ke pencalonan selepas tragedi 13 Mei 1969, iaitu PRU 1986), jadi tempoh antara pembubaran parlimen hingga hari pengundian tetap sama, iaitu 22 hari!

Jikalau PRU jatuh pada September - kita andaikan 16 September adalah hari pengundian (hanya ramalan), dan andaikan 22 hari antara pembubaran parlimen hingga hari pengundian, maka parlimen perlu dibubarkan paling lewat pada 25 Ogos, iaitu beberapa hari selepas Hari Raya Puasa.

Jadi, tindakan regim Najib menjadikan slogan kempen Barisan Nasional "1Malaysia Janji Ditepati" sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia jelas telah hijack sambutan hari kemerdekaan.  Najib cuba wujudkan suasana feel good dengan gelombang sambutan kemerdekaan.  Ia bagai bayang dalam air, bagai mimpi dalam khayalan.  Padahalnya, umpama program transformasi Najib, tidak memiliki sebarang makna yang konkrit.

Jadi, seandainya parlimen tidak dibubarkan kelak, maka saya akan menulis lagi untuk mengulas mengapa transformasi kerajaan Najib juga bagai bayang dalam air, tidak membantu untuk kemajuan negara demokrasi.

*Ooi Heng ialah Pengarah badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview bahasa Melayu dan bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 25 Julai 2012.

KENA KUTUK BARU TUKAR TEMA

Selepas dikecam hebat antara tema hari Merdeka atau Hari Kebangsaan dari Janji Di tepati , kini di tukar pulak kepada 1 Malaysia. Kalau dah nyanyok buat la cara nyanyok...dok melalut dan idea tak ada buat malu ke generasi muda sahaja.

Mula-mula tiru apa yang dicakap Anwar pada 2008 semasa pilihanraya Permatang Pauh,iaitu melahirkan hari Malaysia dah tu, tiru juga lagi....kali ini tak tiru, tapi tema hampeh..macam tema parti Umno nak tipu Melayu la layaknya...

Dah masuk bulan kemerdekaan dah...baru sibuk nak tukar logo...setakat logo macam tu...nampak sangat pi ke zaman kuno.Aku percaya akan muncul lagi banyak logo yang menarik jika di cipta rakyat.Entah berapa logo ni di tender? mana la nak tahu kot logo pn di tender...
 
 
 
KUALA LUMPUR, Julai 29 — Putrajaya hari ini menukar logo kontroversi Hari Kemerdekaan ke 55  yang dicipta oleh jurureka dalaman kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan dan menukarnya dengan logo 1Malaysia. Langkah itu diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim awal pagi ini melalui akaun Twitternya.
“Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia,” katanya melalui akaun Twitternya, @DrRaisYatim.
“Tahun ini seperti tahun lalu tiada logo rasmi melainkan logo 1Malaysia. Cuma temanya ialah 55 Tahun Merdeka Janji ditepati.
“Bahan hiasan (artwork) kini hanya paparan selingan bukan logo rasmi. Ada bbp bahan promo menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia,” tambahnya.
Langkah ini dilihat sebagai satu langkah yang memalukan terutamanya bagi Rais yang baru dua hari lalu mempertahankan tema “Janji Ditepati” yang telah menerima krtitikan umum minggu lalu apabila ia diumumkan.
Beliau menjawab kritikan umum itu dalam mesej pada akaun Twitternya dengan mengatakan “segala-galanya boleh dilihat buruk jika minda tertutup”.
“Malaysia telah benar-benar menjadi sebuah negara yang brjaya selepas 55 tahun merdeka. Mengapa tidak boleh kita katakan Janji Ditepati?”Katanya dalam satu respon kepada kritikan terhadap tema yang dikatakan sebagai kempen politik Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Malaysia merayakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos bagi memperingati ulang tahun hari kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 dan meraikan Hari Malaysia pada 16 September bagi memperingati percantuman semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Rais Yatim: Umumkan langkah melalui Twitter.
Rais dilaporkan oleh Bernama pada 9 Julai bahawa tema Hari Kemerdekaan tahun ini menandakan program transformasi PM seperti pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai 1Malaysia dan lain-lain adalah untuk kebaikan rakyat. Tema kemerdekaan lepas adalah variasi agenda 1Malaysia Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan “1Malaysia Menjana transformasi”.
Sebelum Najib mengambil alih pemerintahan pada tahun 2009, tema hari kebangsaan lebih memberi tertumpu kepada mesej perpaduan, dengan tema pada 2008 “Perpaduan Teras Kejayaan”.
PM keenam itu juga telah menjelajah ke seluruh negara ini di bawah program “Jelajah Janji Ditepati” yang dianjurkan oleh TV3, stesen penyiaran swasta utama dibawah Sistem Televisyen Malaysia Bhd (STMB) yang dikaitkan dengan Umno.
Program jelajah tersebut adalah sebahagian daripada kempen untuk mengingatkan pengundi bahawa pentadbiran beliau (Najib) telah melaksanakan janji-janji semenjak beliau mengambil alih jawatan pada April 2009.
Najib memerlukan mandat sendiri pada pilihan raya akan datang kerana mandat kini adalah milik Tun Abdullah Ahmad Badawi yang beliau gantikan selepas pilihan raya umum 2008. Ahli-ahli politik Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh kerajaan BN menjadikan sambutan Hari Kebangsaan sebagai kempen pilihan raya.
Mereka juga menuduh BN menyalahgunakan tema dan jentera kerajaan untuk tujuan kempen politik.
Rais, yang memimpin kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan bertanggungjawab untuk tema, terpaksa mempertahankan pemilihan tema menjelang pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
“Tema, slogan terbuka kepada persepsi. Jika minda ditutup dan hati keras semuanya boleh dilihat buruk, “katanya dalam perutusan di Twitter hari ini.
Logo Hari Kebangsaan 2012 juga telah menerima kritikan meluas sejak ia dikeluarkan. Warga siber dan pereka grafik mengatakan ia adalah paling buruk yang pernah mereka lihat dan tidak sesuai untuk sambutan hari besar 31 Ogos dan 16 September, yang merupakan Hari Malaysia.
Kerajaan tidak mengadakan pertandingan mereka bentuk logo yang telah dijalankan secara tradisi pada tahun ini, menyebabkan Jabatan Penerangan mengeluarkan logo yang terdiri daripada kata-kata dalam fon berbeza, Jalur Gemilang, logo 1 Malaysia dan tema “Janji Ditepati”, semuanya menggunakan empat warna bendera kebangsaan.
Serangan turut dilakukan kepada penjelasan terhadap logo oleh orang ramai yang menjadikannya sebagai bahan lawak.
Di laman rangkaian sosial seperti Twitter dan Facebook, ramai yang mempersoalkan mengapa Putrajaya tidak mengadakan pertandingan mereka logo seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.
Sebuah kumpulan Facebook yang bernama “Kami berhujah Logo Kemerdekaan Malaysia Ke 55” yang menggunakan slogan “Janji Ditepati” diwujudkan, kerana tindakan kerajaan itu dikatakan tidak masuk akal dan bertujuan politik.

KERAJAAN PURBA BN

Pakatan ajak rakyat cipta tema kemerdekaan untuk ganti ‘Janji Ditepati’

Tema Sambutan Hari Kebangsaan yang dibuat sama dengan tema Kempen Barisan Nasional adalah tindakan yang tidak dapat diterima rakyat. Ini adalah kali pertama sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan hari keramat setiap lapisan rakyat dicabuli dengan agenda parti bertujuan mengekalkan kuasa.
Ternyata Dato Seri Mohd Najib gagal mengikuti jejak ayahandanya sebagai seorang negarawan tetapi tanpa segan silu menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kekal berkuasa.
Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat dalam kenyataan akhbar kami 24 Julai lepas telah memberikan masa seminggu kepada Kementerian Penerangan untuk menukar tema Hari Kebangsaan agar dapat diterima dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat atas alasan Hari Kebangsaan tidak seharusnya menjadi medan BN mempromosi agenda singkat mereka.
Kami juga menghormati hak kerajaan untuk memilih tema tersebut tetapi perlulah bijak memilih tema yang boleh diterima semua lapisan rakyat.


Baru-baru ini Ketua Penerangan Umno telah menjawab bahawa hak memilih Tema Sambutan Hari Kebangsaan adalah hak mutlak kerajaan yang memerintah. Ternyata mereka memilih untuk tidak menghormati pandangan rakyat. Semalam akhbar Sinar Harian Online menyiarkan kajian mereka yang menunjukkan 86% rakyat bersetuju Tema Hari Kebangsaan ditukar.
Untuk itu kami mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk bersama menyarankan tema alternatif untuk Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Sebarang cadangan boleh diajukan kepada Sekretariat Pakatan Rakyat di alamat di atas atau emailkan kepada sekretariatpakatan@gmail.com

Tarikh tutup cadangan adalah pada Isnin 30 Julai 2012.


Y.Bhg Dato Mustafa Ali           YB Nurul Izzah Anwar         YB Teresa Kok
Setiausaha Agung PAS           Naib Presiden KEADILAN                 Setiausaha Pengelola DAP

LAJIM DIJANGKA SERTAI PKR





Lajim Ukin cetus momentum perubahan rakyat Sabah

Hazayani Zakaria, 29 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin (gambar) melepaskan semua jawatan dalam Umno disifatkam sebagai 'sejarah baru' politik Sabah.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, tindakan berani Lajim itu mampu mencetuskan momentum perubahan yang besar kepada rakyat negeri di bawah bayu itu.

"Ini satu sejarah yang baru dalam politik negeri Sabah dan PAS sangat mengalu-alukan momentum perubahan ini kerana ia sudah tentu memberi impak yang besar kepada kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Semalam, Lajim mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Beliau didakwa berbuat demikian kerana tidak lagi yakin terhadap kemampuan Umno BN membela nasib rakyat Sabah.

Mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak terperanjat dengan pengumuman lajim, Aminuddin menyifatkan ia sebagai 'menyembunyikan kegerunannya'.

"Najib hanya nak sembunyikan rasa gerunnya sahaja kerana pasti akan ada yang mengikuti jejak langkah Lajim ini," katanya.

Difahamkan, Lajim akan membuat pengisytiharan keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat di rumah beliau, petang ini.

"Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dr Hatta Ramli akan ada bersama petang ini dan kita tunggulah pengisytiharan Lajim," katanya.

Sementara itu, Aminuddin berkata, mood rakyat Sabah mahukan perubahan dan bosan dengan janji kosong BN.

"Kita lihat di Sabah rakyat mahukan perubahan. Mereka sudah bosan dengan BN yang hanya tahu berjanji. Saya yakin kalau Pakatan Rakyat sentiasa menyampaikan maklumat yang tepat kepada mereka, rakyat akan pilih Pakatan Rakyat," katanya.