SIAPA BENARKAN AZMIN GUNA PEJABAT TPM?



Menjadi bualan ramai di media sosial sejak malam semalam mengatakan Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Azmin Ali telah menggunakan pejabat Timbalan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra.
Ia berikutan tweet Azmin sendiri di laman Twitternya yang memaparkan mengenai pertemuannya dengan beberapa duta asing di pejabatnya di Putrajaya.
Sebagai menteri MITI, menjadi pengetahuan umum pejabat Azmin bukanlah di Putrajaya, sebaliknya di Jalan Duta iaitu berhampiran Masjid Wilayah Persekutuan.
Sehubungan itu, ada pengguna media sosial melaporkan gambar di mana Azmin bertemu dengan duta-duta itu adalah pejabat Timbalan Perdana Menteri yang sebelum ini diduduki oleh Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Oleh kerana dalam kerajaan PN tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya digantikan dengan empat menteri kanan, pejabat Timbalan Perdana Menteri sepatutnya dikosongkan.
Tiga lagi menteri kanan ialah Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dan Menteri Kerjaraya, Fadzillah Yusof
Soalnya, bagaimana Azmin boleh menggunakan pejabat tersebut?
Adakah Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang memberi keizinan?
Untuk Azmin sendiri, kenapa beliau bertemu duta-duta asing itu di situ dan bukan di pejabat MITI di Jalan Duta?
Apakah oleh kerana Muhyiddin telah menyatakan jika semasa ketiadaannya dalam negara, Azmin yang akan mempengerusikan mesyuarat kabinet, maka beliau merasakan dirinya tidak ubah seperti Timbalan Perdana Menteri?
Apa perasaan UMNO agaknya yang menyumbang 39 kerusi Parlimen dalam PN dengan gelagat Azmin ini? (ShahbudinHusin 10/04/2020)


MALAYSIA TIDAK PERLU DUTA KHAS KE TIMUR TENGAH





Kesemua entiti tersebut sudah lengkap sebagai wakil rasmi Kerajaan dalam melaksanakan pelbagai fungsi diplomatik, perdagangan dan kebudayaan. Mereka memainkan peranan penting dalam semua sektor sebagai jurucakap dan perantara mewakili Malaysia dalam setiap rundingan yang melibatkan kepentingan Negara. Tetapi kenapa kita perlu lagi seorang Duta Khas ke Timur Tengah? Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak, Mohd Fitri Asmuni berkata, dengan wujudnya Kementerian-kementerian tersebut serta pejabat Kedutaan, Pesuruhjaya Tinggi dan Konsulat, negara sebenarnya tidak memerlukan pun Dato’ Seri Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri di Timur Tengah. "Negara kita mempunyai dua Menteri Luar; Hadi Awang yang bertaraf Menteri fokus di Timur Tengah, manakala Hishammuddin pula di bahagian yang lain," kata Fitri. Ketika mempertahankan perlantikan tersebut, Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Presiden PAS itu akanmembuka peluang untuk memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara-negara di rantau berkenaan.


SEMAKIN LAMA PKP, SEMAKIN TERUK EKONOMI MALAYSIA





Kumpulan itu mencadangkan supaya perhimpunan, sama ada perhimpunan Ramadan, Aidilfitri, atau Haji dilarang. Ini termasuk Pesta Kaamatan (30 Mei di Sabah) dan Hari Gawai (1 Jun di Sarawak) yang akan datang. Fasa dua PKP dijangka tamat pada 14 April. Sementara umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 24 Mei. Namun PKP yang panjang akan menyebabkan kesan negatif terhadap semua aspek ekonomi Malaysia.

PANAS!!! KHALID SAMAD BIDAS DAKWAAN BENARKAN PERHIMPUNAN TABLIGH DI SRI PETALING?




BICARA SANTAI - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERSAMA YB KHALID SAMAD TAJUK: "OWN UP AND TAKE RESPONSIBILITY" TARIKH: 07 APRIL 2020 HARI: SELASA

KERAJAAN TEBUK ATAP PECAT PROFESIONAL TANPA ALASAN




Ketika kita masih kabur dengan Hala tuju Kerajaan tanpa manifesto ini mereka dengan rakus memecat siapa sahaja yang dilantik oleh PAKATAN HARAPAN, termasuk para profesional. Tindakan ini amat dikesali oleh bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang mengkritik penyingkiran dua ahli jawatankuasa Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), yang berlatar belakang profesional. Anthony Loke berkata salah seorang ahli itu, Afzal Abdul Rahim, menawarkan khidmatnya secara percuma, tanpa sebarang bayaran elaun. "Afzal adalah ketua pegawai eksekutif TIME dotCom, ahli bebas lembaga CIMB Group dan juruterbang komersial berlesen FAA. Ketika saya pertama kali bertemu dengannya, beliau sangat lantang mengenai kecekapan dalam CAAM tetapi sangat bersemangat mengenai isu berkaitan penerbangan. “Saya kemudian mengajaknya untuk menyertai ahli lembaga CAAM untuk menjadikan kritikannya kepada satu pandangan yang membina untuk memperbaiki CAAM.


MASA UNTUK BERSIHKAN PARTI


PEMECATAN KEANGGOTAAN..‼️‼️‼️

Tahniah Sdr Nazree Yunus, Naib Ketua AMK Malaysia yang telah dipecat sebagai Anggota Parti KEADILAN.


Tiada penerangan foto disediakan.

PROSEDUR MESTI IKUT SOP


ibrahim Mat Isa

Orang kaya yang tak pernah lalui kesusahan, berkedudukan, serta juga golongan banyak pengaruh ada stigma perangai begini.

 Tak ketinggalan juga aku dapat laporan pihak hospital golongan mufti dan orang kanan mufti juga kerek nak mampos, cakap eksyen siap dengan ugutan dan sebagainya. Mufti mana, baik aku rahsiakan!
ASTROAWANI.COM
Tanpa menghirau bahaya terjangkit, mereka menjalankan amanah menyaring atau merawat, tidak kira yang dihadapi Tun atau Tan Sri, pelajar, pekerja, mahupun pendatang luar negera.

Sabar jika hadapi keganasan rumah tangga, pesan Zailah dikesali

Sabar jika hadapi keganasan rumah tangga, pesan Zailah dikesali



Pesanan dan nasihat oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tentang tips berhadapan tekanan dalam keluarga dilihat mengundang rasa kesal warganet.
Video berdurasi 5 minit 18 saat itu dimuatnaik di Instagram Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff pada 4 jam yang lalu.
Menurut Siti Zailah, beliau berkata dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada hari ini, suasana dalam masyarakat dilihat semakin mencabar.
“Mungkin ada tekanan yang dialami dalam keluarga, permasalahan dalam rumah tangga dan berlakunya keganasan dalam rumah tangga.
“Itu mungkin satu perkara yang wujud hasil daripada tempoh PKP yang panjang. Sebagai langkah untuk menangani permasalahan dalam rumah tangga, saya ingin kongsi tiga tips atau cara untuk berdepan dengan masalah ini.
“Cadangan pertama adalah daripada sudut fizikal. Kaedah kedua pula daripada sudut mental manakala tips ketiga daripada sudut spiritual,” katanya seperti dipetik dalam video itu.
Susulan tips yang diberikan, seorang netizen menggunakan nama profil ruzanna_rahman92 menyifatkan Siti Zailah tidak berapa memahami tentang keganasan rumah tangga.
“Maaf Puan, nampaknya Puan tak berapa faham ‘nature’ keganasan rumah tangga. Kesemua tips yang Puan kongsikan hanya boleh dipraktik untuk keharmonian rumah tangga yang normal,” kata netizen itu.
Seorang lagi pelayar Instagram dikenali sebagai unilokman turut sependapat dengan ruzanna_rahman92.
“Maaf Puan tapi saya rasa tak semua orang boleh guna nasihat yang Puan berikan. Nasihat Puan hanya dapat digunakan di rumah yang keluarga yang memang harmoni dan tiada keganasan rumah tangga.
“Kami risau tentang keselamatan keluarga yang cenderung menghadapi atau yang memang ada masalah keganasan rumah tangga. Mereka tiada tempat berlindung,” ujarnya dalam ruangan komen.

MINTA DERMA...

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, teks

15-28 APRIL.[LANGSUNG] Perutusan Khas Perdana Menteri | 10 April 2020



DUIT DAH KEMANA?


Woiii BIG MINISTER ARE U MORON ?


Khianat dalam sejarah Melayu oleh Faisal Tehrani



Di sesetengah negara yang korupsi menjadi endemik, mungkin juga di Malaysia, mendedahkan gejala rasuah dan korupsi boleh dianggap lapuk. Khususnya selepas skandal 1MDB, menelaah apa itu penyelewengan misalnya dapat dianggap ketinggalan. Ini kerana kelihatannya rasuah dan korupsi telah merata dan menjadi kebahagiaan buat sebilangan orang.

Sebagai misalan untuk masyarakat bebas atau minimum perbuatan rasuah, ia memerlukan kerajaan yang kuat. Akan tetapi untuk orang Melayu, dalam fikiran mereka secara tradisi; kerajaan bukanlah “government” apatah lagi “state”, akan tetapi ia bermakna sekadar keberadaan raja, atau memadai wujud sebuah, seorang, atau setompok manusia yang dapat dirujuk sebagai pemerintah.

Sama ada pemerintah, raja, atau setompok manusia yang pura-pura memerintah itu benar-benar memerintah untuk memberikan semula kebaikan kepada rakyat bukan lagi soalnya. Cukup sekadar ada. Oleh sebab itu, orang Melayu sukar melakukan perubahan dalam politik. Dalam hal ini orang Melayu dianggap sejenis bangsa yang selesa, atau relaks.

Maka dalam sejarah kepimpinan Melayu, setiap kali ada pengkhianatan dan pembelotan, ia diterima seadanya. Ini kerana kalau ada raja, atau seketul atau beberapa ketul manusia yang dianggap boleh dan berkebolehan memerintah, ia sudah dianggap okey. Dalam erti kata lain, parameter Melayu terhadap pemimpin mereka sangat rendah, malah dalam beberapa keadaan tiada pun parameter atau skala pengukuran.

Sebagai contoh, tanpa kedatangan Portugis pada 1511, dapat dikatakan orang Melayu akan membiarkan diri mereka secara berterusan ditindas pemerintah Melaka ketika itu. Ini tidaklah bermakna saya mendukung kolonialisme, malah penaklukan kuasa asing terhadap orang Melayu hanya menambah beban sejarah. Cuma, saya ingin menunjukkan bagaimana orang Melayu okey dengan pengkhianatan dan kezaliman.

Sebagai contoh, dalam Sejarah Melayu kita mengetahui kegagalan Sultan Mahmud Syah memerintah Melaka. Baginda adalah raja, justeru kerajaan ketika Portugis menyerang Melaka. Peribadi baginda boleh dipertikaikan. Baginda digambarkan sebagai seorang pemimpin yang melimpah ruah hasad dan iri hati semata-mata didorong oleh nafsu syahwat yang meluap-luap kelaharannya. Baginda digambarkan sebagai seorang yang suka berzina malah dengan isteri orang, iaitu dengan isteri Tun Biajid yang merupakan anak Laksamana Hang Tuah.

Baginda juga pantang melihat perempuan muda cantik, di mana sejarah mencatatkan keberahian nafsu baginda yang gasang kepada wanita-wanita ini tidak kira kepada isteri atau tunang orang sekalipun. Maka kita membaca perihal kecantikan Tun Teja Ratna Benggala anak Bendahara Pahang yang meskipun sudah ditunangkan dengan Sultan Pahang, Sultan Abdul Jamil, tetap Sultan Mahmud meleleh, “baginda pun ingin rasanya akan anak Bendahara Pahang itu”.

Tidak cukup itu, Sultan Mahmud juga berdendam ke atas Bendahara Seri Maharaja kerana mengahwinkan anaknya Tun Fatimah jelita kepada Tun Ali tanpa pengetahuan Baginda yang juga terkecur dan berkenankan Tun Fatimah: “Baginda berkata dalam hatinya; ‘Jahatnya Pak Mutahir ini, demikianlah baik anaknya tiada ditunjukkannya kepada kita’. Maka Sultan Mahmud Shah berdendam di dalam hatinya akan Bendahara.”

Selain itu tatkala Laksamana Khoja Hasan menyebar fitnah Raja Mendeliar (setelah Laksamana dituba dengan emas sebahara) iaitu kononnya Bendahara Seri Maharaja sedang berkomplot “kasadnya hendak naik raja di dalam negeri Melaka”, maka Baginda pun tanpa banyak timbang terus bertindak membunuh Bendahara serta 3 orang pembesar kerabatnya, kerana “kabullah pada hatinya (yang berdendam), seperti kata orang mengantuk disorongkan bantal.”

Pembunuhan Bendahara Sri Maharaja ini menjadi asas kegoyahan yang paling dahsyat buat Melaka. Ini kerana kepimpinan Bendahara dan keperwiraan Tun Hasan Temenggung merupakan faktor utama dalam kemenangan Melaka menewaskan serangan pertama kuasa Portugis yang diketuai Gonzalo Periera, seperti yang disebut oleh Sejarah Melayu. Hanya dalam serangan Portugis yang ke-2 diketuai oleh Alfonso d’Albuquerque, yakni setelah pembunuhan 4 orang pembesar dan perpecahan dalaman yang parah, baru kalahlah Melaka.

Oleh semua kezaliman, dan pengkhianatan yang terjadi dalam pemerintahan apakah yang rakyat atau masyarakat Melaka lakukan? Sifar. Tiada. Relaks. Okey. Belaka. Pemimpin dianggap abah, tok ayah, bahkan dalam doktrin tradisional “bayang-bayang Tuhan di muka bumi”.

Ini semua memberi petanda selera politik atau kemampuan Melayu menilai pemerintahan yang baik amat rendah, comot, tidak cukup canggih dan ke hadapan, malah purba dan paling penting ia bertentangan dengan Islam. Maka tidaklah menghairankan hari ini, terdapat kumpulan kanan Melayu yang suka menjual kegemilangan Melaka, dengan mendiamkan atau menutup kezaliman dan penindasan berjela-jela.

Inilah sebab sasterawan Melayu bernama Fatimah Busu menuliskan seuntai sajak yang tidak perlu pun puitis. Ia berbunyi begini, yang tujuannya adalah untuk menyentak:

“Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat negaramu!

Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat bumimu!

Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat bangsamu!

Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat bahasamu!

Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat agamamu!”

Sajak ini termuat dalam “Gurindam Jiwa 50 Tahun Merdeka”, yang memaparkan Melayu sentiasa, dan memang okey dengan pengkhianatan. Malah, tidak keterlaluan dikatakan Melayu terbiasa dengan khianat. Kalau berniaga tidak khianat bukan Melayu. Kalau berpolitik tidak khianat lagilah bukan Melayu. Kalau beragama tidak khianatkan sunnah Nabi (dengan tidak mencegah mungkar orang atas) bukan juga Melayu.

Bezanya, selepas berlaku migrasi besar bangsa bukan Melayu iaitu Cina dan India ke Tanah Melayu, untuk setiap satu kebodohan dan kealpaan Melayu, mereka Melayu akan ada “punching bag” untuk dipersalahkan; “Apa lagi Cina mahu” atau “India balik negeri”.

Sikap sambil lewa Melayu dengan khianat ini bukan sahaja jatuh atas pundak Melayu, tetapi juga jatuh atas jemala gugusan Melayu yang lain, misalnya Jawa. Mereka juga tahu betapa okey dan relaksnya Melayu dengan khianat tetapi melayan ia seperti biasa. Prabowo (terlepas dari kecenderungan politik beliau sendiri) pernah membaca sebuah sajak yang tajuknya “Asal Santun” ketika berkempen di Gelora Bung Karno, Jakarta pada 23 Mac 2014. Bunyinya begini:

“Asal Santun

Boleh bohong asal santun

Boleh mencuri asal santun

Boleh korupsi asal santun

Boleh khianat asal santun

Boleh ingkar janji asal santun

Boleh jual negeri asal santun

Boleh menyerahkan kedaulatan negara kepada asing

asal santun”

Jika menghuraikan apa itu kezaliman, rasuah, dan pengkhianatan sudah dianggap tidak bermakna, maka bagaimanakah kita melindungi rakyat, dan masyarakat keseluruhan dari petaka korupsi atau kejahatan pemimpin secara besar-besaran sekali lagi? Apakah yang perlu kita, di zaman moden lakukan?

Profesor Jerome Raymond Ravetz dari Institute for Science, Innovation and Society, Universiti Oxford menyatakan apa yang perlu dilakukan bukan lagi mencegah rasuah dan korupsi. Akan tetapi melakukan sesuatu yang lebih bermakna, iaitu mencegah aktiviti atau sebarang usaha upaya melindungi atau menyembunyikan rasuah dan korupsi tersebut. Justeru yang patut dilakukan kini bukan lagi menyelongkar korupsi tetapi menelanjangkan sebarang usaha untuk menutup korupsi itu sendiri.

Dalam tulisan beliau berjudul “Corruption” pada 2016, Ravetz menyatakan gandingan korupsi dan “cover-up” mestilah berani dirungkaikan. Beliau menyatakan, para sosiologi harus mulai mengkaji, bukan lagi tentang rasuah, tetapi tentang fenomena menutup apa yang sebenarnya ini. Kata beliau, “For, while corruption occurs at all levels, cover-up is the task of the higher levels responsible for direction and control. From this the lesson is that those at the top are never innocent. Indeed, it can be argued, the lower level corruption is the price of higher level corruption.”

Ravetz juga menulis betapa menjelaskan tentang skandal lebih mudah, tetapi memperihalkan tentang menutup apa yang sebenarnya jauh lebih payah. Apa yang berlaku ketika Kesultanan Melayu Melaka dahulu kala yang membuatkan orang Melayu dahulu, dan hari ini relaks dan okey bukan kerana mereka tiada agama justeru memejam mata segala kemungkaran; tetapi kerana kejahilan mereka diekploitasi orang atas dengan sungguh strategis lantas berlaku “cover-up” mempesonakan.
Contoh “cover-up” era tradisional adalah, kita biasa mendengar peristiwa Singapura dilanggar todak. Mengapakah fenomena alam itu lebih terkesan oleh orang Melayu berbanding rentetan sebelum atau selepas kejadian tersebut? Misalnya, kejadian “Singapura Dilanggar Todak” tidak dibaca sebagai peristiwa Tuan Jana Khatib dihukum bunuh raja kerana sebab remeh, atau kita tidak membaca judul Hang Nadim dibunuh raja meskipun menyelamatkan Singapura. Yang lebih menonjol bukan 2 peristiwa zalim tersebut, tetapi lebih kepada todak. Tidakkah menjengkelkan Melayu lebih sedihkan hal ikan dari pembunuhan tanpa belas kasihan.

Kita seterusnya mendengar kisah Sang Rajuna Tapa dan anaknya yang lawa itu dan jarang kita membaca dengan tajuk atau kata kunci begini; “Akibat Khianat, Singapura Dialahkan Majapahit”. Ini contoh cara “cover-up” yang pernah berlaku.

Salah satu cara mengenal pasti permulaan kepada menutup apa yang sebenarnya dalam politik moden ialah apabila agensi-agensi kerajaan diketuai oleh orang politik dan bukan lagi teknokrat atau para profesional. Ia adalah permulaan kepada penindasan, kezaliman dan korupsi.

Hari ini jika Melayu memejam mata kepada gejala di atas tanpa rasa bimbang, malah kekal okey. Relaks. Tidak apa. Atau bersikap ala orang Melaka pra 1511 yakni asalkan ada kerajaan. Atau lebih buruk, menyalahkan orang lain yakni meratib asalkan bukan Cina atau India; maka ketahuilah pusingan u yang penuh malapetaka akan berlaku sekali lagi.

Pusingan u itu adalah, kita sedang berpatah balik menuju destinasi lampau:

Selamat Datang Tirani.


TERBUKTI DR MAZA MEMANG MERESTUI PENGKHIANATAN DAN CUBA MENGHALALKANNYA




Saya telah membaca jawapan Dr Maza ke atas salah seorang ahli Amanah yang bertanya kepada Mufti Perlis itu mengapa beliau menyokong pengkhianatan sehingga menjatuhkan kerajaan PH, iaitu kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 yang lalu. 

Dr Maza memberikan hujahnya, di antara lain;

1.  Isu janji PM7 Tun M kepada PM8, iaitu Anwar Ibrahim.  Dr Maza kata, beliau dan rakyat tidak terikat dengan janji2 tersebut.  

Hujah saya, seperti perjanjian Hudaibiyyah di antara Nabi Muhammad SAW, puak Islan dengan puak Musyrikin Mekah. Di antara syarat di dalam perjanjian tersebut, umat Islam hanya boleh masuk ke Mekah selama tiga hari sahaja.  Sekiranya, terdapat umat Islam yang melanggar perjanjian tersebut, bolehkah mereka beri alasan, "Saya tidak terlibat dengan janji di antara Rasulullah dengan Ketua Musyrikin Mekah?".  

Di dalam PH, manifesto PH menyebut tentang perjanjian berkenaan jawatan PM 7 Kepad PM 8 secara jelas dan diwar-warkan sebelum PRU14.  Di atas manifesto ini, rakyat bersetuju dan menyokong PH untuk menjadi kerajaan.  Kalau Dr Maza merasakan beliau tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut, tentunya Dr Maza telah memilih Bn di dalam PRU14 yang lalu agar kerajaan kleptokrasi itu kekal berkuasa.  Paling tidak, Dr Maza tidak langsung keluar mengundi.  Tetapi, rakyat yang memilih PH untuk menjadi kerajaan faham tentang manifesto PH termasuk janji untuk jawatan PM.  Yang membuat janji dan menyokong manifesto dan janji PH ini tidak boleh berlepas diri.  Mereka punyai hak untuk menyokong, menolak atau berkecuali.  Ini bukan soal 'faraid" kuasa.   Ini soal persefahaman di antara parti.  Faraid kuasa adalah seperti kerajaan sekarang, dapat jadi kerajaan tanpa mandat rakyat, kemudiannya faraidkan jawatan menteri sesama mereka.  

2.  Hujah Dr Maza, PM sekarang adalah dilantik oleh Agong mengikut Perlembagaan, maka ianya sah dan wajib disokong mengikut syarak. 

Hujah saya, jangan kaitkan Agong dengan isu2 politik kerana Agong tidak terlibat dalam menangani permasalahan dan pengkhianatan oleh orang2 politik.  

Saya beri contoh mudah, di dalam satu perlawanan bola sepak, Tim Dr Maza melawan Tim Mahathir.  Perlawanan itu sengit dan disaksikan oleh ribuan penonton.  Tiba2 di penghujung perlawanan, salah seorang pemain pettahanan Tim Mahathir dengan sengaja menendang bola masuk ke gawang gol sendiri, mungkin telah diberi rasuah oleh pihak Tim Dr Maza.  Adakah jaringan itu dikira?  Jawapannya, Ya, pengadil akan mengira jaringan tersebut.  Akibatnya Tim Mahathir kalah.  Para penonton menyaksikan sendiri pengkhianatan tersebut dan tentunya para penyokong Tun M merasa marah dan melabelkan pemain pertahanan tersebut "pengkhianat".  Wajarkah Pengadil dipersalahkan?  Jawapannya tidak.  Pengadil hanya buat keputusan berpandukan undang2 dan apa yang berlaku di hadapannya.  Pengadil tidak terlibat dengan strategi jahat Tim Dr Maza dengan merasuah pemain pertahanan Tim Tun M untuk memenangi perlawanan tersebut.  Begitulah kedudukan Agong di dalam isu ini.  Dr Maza jangan kaitkan Agong.  

3.  Dr Maza bercakap soal Rukun Negara pula.  Percaya kepada Rukun Negara, iaitu salah satunya "Kesetiaan kepada Raja dan Negara".  Dr Maza sangka kita tidak setia kepada Raja?  Meleset sangkaan Dr Maza kerana kita tidak kaitkan Raja dalam isu pengkhianatan ini.  Dr Maza lupa satu perkara lagi iaitu "keluhuran perlembagaan dan Kedaulatan Undang2".  Adakah mewujudkan kerajaan pintu belakang tanpa mandat rakyat ini bertepatan dengan "Keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang2"?.  Berdaulatkah sesebuah negara tanpa mandat rakyat?

4.  Dr Maza mengungkit peristiwa 16 Sept sewaktu PR cuba untuk mempengaruhi MP-MP dari Bn untuk sertai PR.  Bezanya amat jauh, wahai tok peti.  Mana2 parti memang tugas mereka sedaya upaya mendapatkan seramai mungkin pihak lawan untuk menyertai mereka.  Ini biasa dlm strategi parti.  Ini biasa berlaku di dalam umno juga, bahkan  parti Bersatu sendiri pun bawa masuk ramai MP Umno untuk sertai parti mereka.  Khianat yang dimaksudkan adalah sekumpulan ahli parti yang sedang memerintah yang membawa partinya keluar bersama beberapa MP dari kerajaan untuk bekerjasama dengan musuh mereka, bukannya pihak musuh yang membawa mereka keluar atau membeli mereka.  Kalau pihak umno atau Pas yang berjaya menarik mereka atau mereka melompat masuk parti Umno atau Pas, itu tidak menjadi isu sangat (walaupun khianat terhadap para pengundi mereka) kerana memang pihak musuh akan cuba mendapatkan seramai mungkin sokongan dari mana2 MP.  Tetapi, ini tidak berlaku.  Dr Maza tidak mahu ulas kah bagaimana satu ketika kerajaan negeri Perak di bawah Pas, YB Nizar tumbang angkara pengkhianatan juga?  Bukankah waktu itu, Pas melaknat perbuatan khianat tersebut sehingga mereka berbaring di tengah jalan hadapan istana bagi menghalang MB Umno, Zambry untuk angkat sumpah?  Sekarang, Pas pula bersubahat dengan pengkhianat?  Dr Maza tidak mahu ulaskah?

5.  Dr Maza ungkit pula tentang beberapa MP dan Adun Pas yang keluar parti untuk bersama Amanah, walaupun mereka ada 'Bai'ah" taat setia.  

Hujah saya, ini tidak perlu diulas panjang kerana Dr Maza sendiri pernah ulas tentang hukum "Bai'ah" itu sendiri, terpakai atau tidak.  Sila rujuk di Youtube, "fatwa" Dr Maza di dalam isu "Bai'ah" ini.  Manakala, kesemua MP atau Adun Pas yang meninggalkan Pas tersebut ada asas kuat untuk mereka keluar Pas kerana mereka tidak mahu khianat dengan undi rakyat yang mengundi mereka atas nama PR dan manifesto PR waktu itu. Kalau harapkan undi dari penyokong Pas sahaja, mustahil mereka boleh menang.  Mereka tidak mahu bersekongkol dengan Pas yang mahu keluar dari PR setelah rakyat beri kepercayaan kepada mereka atas nama PR.  Dr Maza sendiri tidak iktiraf "Bai'ah" berkenaan sebagai wajib dipatuhi.  

Cukup dulu beberapa hujah Dr Maza yang sempat saya ulas.  Sewajarnya, tindakan paling tepat yang boleh tok peti nasihatkan adalah, jangan masuk ikut pintu belakang tanpa mandat rakyat, sewajarnya adalah minta parlimen dibubarkan agar mandat itu diserahkan kembali kepada rakyat.  Bukannya merestui kerajaan pintu belakang tanpa mandat rakyat.  

WFAUZDIN NS




EXPORT BY MOSABIT



HAMPIR SEPARUH BEKERJA SENDIRI HILANG PEKERJAAN?

ARTIKEL BERTAJUK "Pemuja Dap kritik KP kesihatan kononnya gagal" NAMPAKNYA TELAH DIBUANG... TAK AKAN TAKUT KENE SAMAN?



Perkara paling hebat Harakah boleh buat ialah panggil orang DAP (tapi dah deletelah). 

Kenapa tak sebut jua Dr. Musa tu dari Imaret, sebuah NGO pasukan perubatan yang terlibat banyak dalam bantuan perubatan termasuk wabak Covid-19. Dia bercakap atas dasar apa dia lihat, seperti frontliner guna plastik sampah sebagai PPE.

Nak kritik dia ke, tak setuju dia ke, bantai jelah tulisan dia tu. Ini zikir DAP tak henti walau parti sendiri dah jadi pemerintah.

Link yang telah dibuang: 
"https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/08/pemuja-dap-kritik-kp-kesihatan-kononnya-gagal/

TAK CUKUP SEKADAR MEMBERI PENJELASAN, ANWAR MESTI SERET HADI KE MUKA PENGADILAN KERANA KECELUPARANNYA DAN KEBODOHANNYA



Berdasarkan jawapan atau penjelasan Anwar Ibrahim terhadap surat yang ditulis Hadi Awang kepada pemimpin-pemimpin Gerakan Islam seluruh dunia, jelas bahawa terdapat fakta fitnah yang nyata telah dilemparkan kepada Presiden PKR itu.

Dalam surat Hadi Awang itu, beliau antara lain menuduh Anwar terlibat dengan Freemason dan mendapat sokongan badan Yahudi itu untuk menjadi Perdana Menteri.
Sambil menolak beliau terlibat dalam Freemason, Anwar berkata, dalam semakannya mendapati terdapat inidividu lain yang sama nama dengannya berada dalam pergerakan itu.

Beliau juga menyertakan gambar lelaki tersebut, seorang lelaki warga asing berbadan gempal, berpakaian sut hitam yang gambarnya diambil pada tahun 2006.

“Hadi menyebut saya ini, anggota bahkan orang besar, malah orang kanan Freemason.

“Oleh itu, saya dengan demikian minta staff cari (maklumat), rupa-rupanya ada nama Anwar dan mereka tahu kerana ia keluarkan dulu (dalam) lodge officers 2010-2011 – civil service num 143, brother Anwar Ibrahim.

“Ya Allah, kalau nak politik pun, nak sokong UMNO, janganlah sampai macam tu. Takkanlah saya 2006 boleh sihat segar bugar.
“Kita kalau nak buat tuduhan, semak fakta. Kalau dalam tazkirah, pandai sekali, kita ambil hadis, kena tahu siapa perawinya, sahih atau tidak.

“Tapi bila nak fitnah orang, tak payah fakta, tak payah perawi,” kata Anwar dalam siaran videonya secara langsung malam tadi.

Sehubungan itu, tegas Anwar lagi, demi membersihkan namanya, beliau akan menulis satu surat balas kepada pemimpin Gerakan Islam seluruh dunia sebagai menjawab dakwaan fitnah Hadi Awang itu.

“Saya akan jawab dan beritahu kepada pemimpin-pemimpin dunia Islam yang menerima surat Hadi Awang dan saya akan sebarkan juga surat itu nanti kepada khalayak untuk menunjukkan bahawa ia benar-benar suatu fitnah,” tambah Anwar lagi.

Hakikat bahawa segala dakwaan Hadi Awang dalam surat tersebut adalah fitnah, bohong dan rekaan sebenarnya tambah diperkuatkan lagi dengan sikap Duta Khas bertaraf menteri ke Timur Tengah itu yang sehingga kini masih berdiam diri dan takut untuk membuka mulutnya.

Logiknya, jika seseorang itu menuduh orang lain dengan asas kebenaran, ada bukti dan sandaran yang kukuh, biasanya tidak ada masalah untuk orang berkenaan tampil penuh berani mempertahankannya.

Tetapi, dengan sudah lebih seminggu berdiam diri dan para pemimpin Pas yang lain juga tidak bercakap apa-apa, terbukti bahawa Hadi Awang sendiri dan semua pewala’ dalam parti itu tahu bahawa surat tersebut adalah rekaan dan tiada kebenaran.

Maka, dalam hal ini, walaupun tindakan Anwar menjawab dan memberi penjelasan serta akan mengutus surat balas kepada pemimpin-pemimpin Gerakan Islam seluruh, sambil selepas itu akan mendedahkannya kepada orangramai , adalah suatu tindakan tepat dan terpuji, tetapi ia sebenarnya belum lagi memadai.

Hadi Awang perlu “diajar” lebih daripada itu kerana keceluparan dan mulut hodohnya yang berselindung di sebalik agama bukanlah pertama kali dilakukannya.

Dalam ceramah atau kenyataan-kenyataan lain yang bertujuan menyerang mereka yang berbeza dengannya, beliau acapkali memperlihatkan dirinya seolah-olah tiada akhlak Islam dan sewenang-wenang membuat perbandingan yang tidak masuk akal.

Anwar seterusnya wajib mengambil tindakan undang-undang dan mengheret Hadi Awang ke muka pengadilan atas fitnah dan dakwaan bohong yang dilakukan Presiden Pas itu.

Di mahkamah nanti, kita sama-sama saksikan sama ada Hadi Awang dapat dengan lancar menjawab soalan-soalan peguam berhubung asas fitnah yang dilemparkannya, bukan saja kepada Anwar, tetapi juga kepada PH dalam suratnya itu, atau nantinya akan tergagap-gagap mencari ayat mempertahankan diri. 

(ShahbudinHusin 10/04/2020)


KURANG AJAR DAN TAK SEDAR DIUNTUNG :Askar pakai helmet, elak air kencing warga asing!


Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memakai helmet ketika berkawal di bangunan Selangor Mansion Jalan Masjid India

KUALA LUMPUR - Warga asing yang terlibat menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi kediaman di sini, didakwa menunjukkan protes dengan melempar barangan dari tingkat atas bangunan bukan sekadar sampah, tetapi termasuk bungkusan plastik berisi air kencing.
Sikap biadap terbabit ditunjukkan penghuni dipercayai warga asing di tiga lokasi kediaman yang telah diisytiharkan PKPD itu bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.
Menurut sumber, petugas terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terpaksa berdepan situasi itu ketika melakukan kawalan selama 24 jam di kawasan berkenaan.
Katanya, sikap biadab penghuni warga asing itu sebenarnya ketara sejak peringkat awal pelaksanaan PKPD dipercayai kerana mereka tidak berpuas hati terhadap perintah berkenaan dan kemungkinan kerana masalah mendapatkan bekalan makanan.
"Bukan saja-saja askar pakai helmet ketika berkawal di bangunan-bangunan kediaman itu. Jika kita lihat ketika kawalan sekatan jalan raya, askar tak pakai helmet pun, hanya pakai beret.
"Pakai helmet sebab nak elak daripada kena benda yang dibaling dari atas. Bawang putih pun dibaling dari dalam rumah. Jadi kita tak dapat kenal pasti dari unit mana," katanya kepada Sinar Harian.
Kelihatan beberapa askar lengkap bertopi keledar mengawal kawasan salah satu penempatan yang dikenakan PKPD, baru-baru ini.

Kelihatan beberapa askar lengkap bertopi keledar mengawal kawasan salah satu penempatan yang dikenakan PKPD, baru-baru ini.
Bagaimanapun sumber itu menambah, keadaan kini makin terkawal setelah penghuni akur dengan sikap tegas yang diamalkan oleh petugas keselamatan ketika berkawal.
Katanya, mereka juga tidak mempunyai alasan untuk melakukan protes kerana difahamkan bantuan makanan turut diaturkan kepada penghuni terlibat.


APA FAEDAH BOIKOT PERNIAGAAN MUSLIM?