*Boleh dikatakan, aku ini dari kecil ditarbiah bawah asuhan perjuangan PAS. Sampai meningkat dewasa pn berkecimpung dgn PAS*.
*Sehinggalah satu masa yg mendorong aku tinggalkan PAS adalah kerana sikap mereka sendiri.*
*Ramai dikalangan ahli termasuk pemimpin mereka menggunakan perkataan kesat, nista dan maki hamun*.
*Berbeza pandangan dgn UMNO, kapirkan mereka. Sakit hati dgn PKR macam-macam gelaran buruk yg dilemparkan*.
*Setakat menyindir tu biasalah kan ?. Mengutuk pun tak ada lah teruk sgt. Ini siap kapirkan org, tanam jirat cina lah.*
*Bila mereka kutuk dan maki pemimpin lain tak apa, tapi bila giliran presiden PAS dikritik dan diusik. Semua jenis binatang keluar dan mula lah nak doakan kecelakaan dan kebinasaan*.
*Tidaklah bermakna aku nak kata dlm kalangan PH tak ada sikap yg buruk. Mestilah ada, tengoklah background dorang juga kan*.
*Sedangkan, mereka (PAS) mendakwa membawa panji Islam, bawa akhlak AlQuran dan menjunjung sirah Nabi*.
*Sepatutnya merekalah kena tunjuk teladan yg terbaik. Tapi tak, lagi teruk daripada org yg jahil yg tak reti baca Al Quran.*
*Nak pendekkan cerita. Masa PRU14 yg lalu, ada sahabat aku keluar dari PAS. Mereka yg tak setuju dari kalangan ahli usrah pakat maki hamun.*
*Itu tak apa lagi, yg cukup buat aku terkesan, dikalangan mereka maki dan mengutuk mak bapak sahabat aku. Bagi aku, itu dah melampau.*
*Kerana berbeza fikrah. Mereka layan saudara seagama mereka macam orang kapir. Mulai hari itu, aku menjarakkan diri dgn PAS.*
*Ingat lagi kisah air mani yg terbuang?*
Nabeil Ahmad
via FB