🎥 EKSKLUSIF OWH! MG | ANWAR...Ada Apa Dengan PM

Saksikan temubual eksklusif dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercerita mengenai sejarah panjang perjuangannnya dari dulu hingga kini. Anwar juga menyentuh pelbagai isu termasuk mengenai perebutan kuasa merebut kerusi Perdana Menteri dan lain-lagi.




REZEKI ORANG TAK SAMA...SIAPA USAHA DIA DAPAT.KECUALI KALAU TAK LAKU PRODUSER TAK NAK AMBIL..

 REEYA HALEM

Cuba bagitau mcm mana caranya bangsa kita nak maju..org tu baru je nk belajar ABC. Kamu dah patah kan semangat dia. Apa ke berdosa utk dia nak merwarnakan lagi dunia perfileman dgn cara tersendiri asalkan org ramai boleh terima.

Sifat cemburu bangsa Melayu ni dia punya harakat tinggi sampai melekat kat tulang sum sum. Kalau mati hidup balek pun sifat iri hati tu tak akan hilang.

Pembikinan filem Mael Totey masih ketinggalan, Ellie Suriati kata tak capai ‘standard’

DEPA KATA NI AJARAN LANGAU PENGAT TAIK?

ROMNA AYYOM


 Image may contain: 1 person, text that says "PAS tiada masalah jika seseorang pemimpin itu curi duit atau menipu, janji dia Melayu Islam Mokhtar Senik"

DUIT JASA DAH BERJALAN DAH KA ?

 

IBRAHIM MAT ISA


Peruntukan MOF kepada Jasa belum turun, karyawan mereka sudah buat kerja. Ada orang mesej aku, tanya betoi ka ini statement Anwar.

Aku jawab - bau ayat itu pun bohong.. jangan percaya hadis Jasa lah. Semuanya dhaif jiddan!.Image may contain: 1 person, text that says ""Najib sudah pun hilang kuasa dan juga sudah insaf. Kesalahan Najib tidak lah seberat mana pun. Kita juga sudah silap menuduh Najib sebagai seorang kleptocrat. Najib hanya insan biasa dan tak lari dari kesilapan yang tidak disengajakan. Apa salahnya kita sebagai umat Islam memaafkan antara satu sama lain kerana itu adalah tuntutan agama kita. Keadilan harus ada untuk semua. Dato' Seri nwar Ibrahim Presiden Parti Keadilan Rakyat, 12 Nov 2020"


SELAMAT DATANG KE KEADILAN

No photo description available.


Alhamdulillah. Kita tidak taksub kepada parti sebagaimana lebai beriman dengan parti mereka. Di dalam Keadilan, ada yang keluar parti dan menyertai parti rakan, bukan parti musuh. Contohnya, Prof Aziz Bari yang menyertai Dap. No problem dan kita raikan. Di peringkat bawahan pun ramai yang bertukar parti sesama parti rakan sekutu. Asalkan tidak bersama parti musuh dianggap sudah baik.

Saya mendengar berita, satu Adun di Selangor dari Amanah telah menyertai Keadilan. Khabarnya lagi, tiga Adun di Johor pun sama. Wallahu Aklam. Di Pahang, bertiup kencang khabar menyatakan mantan Pengerusi Amanah Pahang juga telah menghantar borang menyertai Keadilan. Saya tidak dapat sahkan samada benar atau tidak. Itulah demokrasi bukannya mati dan jumud.

Berhijrahlah di kalangan kita jika merasa tidak serasi, asalkan dapat mengelakkan diri dari berhijrah kepada parti musuh kita. Kepada yang telah menyertai Keadilan, saya ucapkan selamat datang dan selamat berjuang. Perjalanan kita masih jauh. Itu juga ucapan yang saya sampaikan kepada rakan-rakan saya yang dulunya Keadilan apabila mereka berhijrah kepada Amanah. Kita satu perjuangan.

WFAUZDIN NS

 

MEREKA MAHU BERHIJRAH MENGAPA ANWAR PERLU DIPERSALAHKAN?


Image may contain: text that says "Jeming Hassan Sebentar tadi Kepada Anwar Ibrahim Jika ahli Keadilan keluar parti maka mereka akan digelar pengkhianat. Apakah menerima keahlian pimpinan Amanah maka mereka akan adalah dianggap hero? Nasihat saya, jika inginkan keharmonian Pakatan Harapan, hormati rakan-rakan Pakatan Harapan. Ariff Bashiruddin Rusli dan 1 yang lain"





Tidak perlu Anwar jawab soalan seperti budak2 ini. Biar kita jelaskan.

Apa istilah 'pengkhianat'? Kena faham itu dulu agar kita tidak melabelkan semua org yg memilih wadah lain itu adalah 'pengkhianat.' jika mereka pilih untuk bersama wadah yg menjadi musuh kita, mungkin boleh mahu disebut pengkhianat. Contohnya, Pas sendiri gelar geng-geng Mat Sabu sebagai "pengkhianat" kerana bersama dengan kita dlm PH setelah tertubuhnya Amanah.

Tetapi, jika ada di antara rakan kita memilih untuk bersama wadah lain yang juga sekutu seperjuangan kita, adakah itu juga dalam kategori "pengkhianat"?. Contohnya, Prof Dr Aziz Bari dulu adalah ahli Keadilan. Kemudian dia memilih untuk bersama Dap. Kami di dalam Keadilan tidak pernah cop beliau sebagai 'pengkhianat" kerana Dap juga rakan Keadilan. Mungkin jiwanya tidak serasi bersama Keadilan, maka dia pilih Dap. Itu lebih baik dari dia memilih menyertai Bersatu atau Umno atau PejuWANG. Ramai di kalangan ahli-ahli Keadilan yang menyertai Amanah dan ahli-ahli Amanah menyertai Keadilan. Masing-masing bukan pengkhianat.

Tentang Jeming mahu Anwar hormati rakan-rakan di dalam PH, apa isunya? Adakah Anwar pujuk atau pengaruh atau paksa mereka untuk sertai Keadilan? Apa untungnya Anwar pujuk seorang Adun untuk sertai Keadilan? Menambah sokongan kepada beliau untuk menjadi PM?

Sewajarnya, Jeming kena bertanya dulu kepada Adun-adun yang dikatakan mahu atau telah sertai Keadilan itu terlebih dahulu tentang mengapa mereka keluar parti Amanah dan menyertai Keadilan? Jangan tuding jari terus kepada Anwar kalau ada Adun yang sukarela untuk sertai Keadilan. Itu tidak adil. Kami pun tidak tuding jari kepada Dap atau Amanah bila ada ahli2 kami telah menyertai parti mereka.

Mungkin mereka merasa tidak serasi lagi bersama parti mereka dan cuba untuk mengubah angin atau selera ke parti rakan, itu satu kemungkinan. Mungkin mereka mahu menjauhi dari bau jasad Tun M, maka mereka memilih Keadilan. Mungkin.

Demokrasi sesuatu yang hidup dan jangan dimatikan atau dijumudkan. Bertukar wadah bukan bertukar agama, apatah lagi bertukar wadah sesama rakan sekutu, bukannya musuh.

Menyalahkan Anwar bukannya kaedah terbaik untuk memperbaiki parti kita. Jangan kita jadikan ahli-ahli parti kita seolah-olah tidak boleh membuat keputusan dan penilaian. Ini yang selalu saya sebut di dalam parti Keadilan, bahawa penyokong atau ahli akan lari dari parti ini jika kita tidak mendengar pandangan mereka. Proses ini berlaku kepada semua parti. Jeming jangan gelabah dan bertenang saja.

WFAUZDIN NS

 

Serangan Tun M ke atas Anwar agenda tersembunyi selamatkan Muhyiddin?

 



Serangan berterusan bekas Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir Mohamad terhadap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mempunyai agenda tersembunyi menyelamatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berada dalam kedudukan politik yang amat genting.

Menurut Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman, serangan Tun secara tidak langsung hanya memperkuat posisi Muhyiddin sebagai PM, dan tidak wajar dilakukan oleh seorang tokoh pembangkang yang pernah membawa usul Undi Tidak Percaya kepada Presiden Bersatu itu.

"Umum mengetahui Anwar Ibrahim sedang berusaha mengembalikan mandat rakyat yang dirampas oleh kerajaan pintu belakang.

"Langkah Tun menyerang Anwar secara berterusan dipercayai adalah agenda licik memastikan Muhyiddin terus kekal berkuasa.

"Maka tidak hairanlah jika dahulu beliau dengan sengaja meletakkan jawatan PM untuk memberikan laluan mudah kepada Muhyiddin.

"Membaca tindak tanduk dan gerak geri Tun, saya amat yakin bahawa kerajaan pintu belakang hari ini menerima sokongan Tun secara sulit," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi Syed Badli, Tun tidak lagi wajar meneruskan percaturan politik pada usia 95 tahun. Sebaliknya perlu bersara daripada politik dan membiarkan generasi yang lebih muda menggerakkan politik dan pemerintahan negara.

"Di kala usia Tun menghampiri satu abad, beliau seharusnya berhenti berpolitik dan menumpukan kepada kehidupan peribadi.

"Justeru saya ingin menasihatkan Tun Mahathir untuk menghentikan segala agenda politik jahat kerana rakyat sudah muak dengan permainan politik kotor yang tidak menguntungkan," katanya lagi.

Nama bekas PM selama 24 tahun itu sekali lagi menjadi buah mulut sejak beberapa hari lalu apabila beliau mengkritik Datuk Seri Anwar kononnya tidak mampu mengendalikan pentadbiran negara ketika krisis ekonomi 1998.

Sedangkan hal berkenaan telah lama berlalu dan bagi rakyat ianya tidak relevan untuk dibandingkan dengan situasi semasa pandemik Covid 19 yang dihadapi negara.

 

DATA YANG TAK MENIPU MACAM OT 95


Malas nak layan tuduhan Atok terhadap DSAI. Korang terus tanya dlm page dia Chedet apa kesudahan lepas penjarakan DSAI?
Masa nak jadi PM kali ke-2 sanggup pergi ke mahkamah jumpa DSAI nak mintak persetujuan. Bila dh berkuasa balik sambung balik maki cerca dendam pada Anwar.
Tak habis-habis dendam kesumat 22 tahun Atok dgn DSAI..
SR


 Image may contain: 7 people, text that says "BERITA 279 Shares A+ A Anwar tak mampu tadbir negara di saat krisis, kata Dr M Diterbitkan 14 Nov 2020, 6:20 am SELEPAS ANWAR, BELANJAWAŃ DEFISIT 15 TAHUN BERTURUT-TURUT 2.3 2.4 0.80.7 0.8 2.87 -3.6 -1.8 -3.23 -3.3 -4.1 -2 -5.5 1988 -4.6 1992 -4.5 -5.4 1998 Figure Malaysia budget deficit 1988-2018 -6.7 3.7 SR 6 2004 2010 2016 2018 TRADINGECONOMICS.CO MINTRY FINANCE MALAYSIA"

29 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI WRLR...LAGI 

BERITA AKAN MENYUSUL. SILA 

TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI.


Image may contain: 1 person, text that says "Sinar Sinar Harian 31 m Dr Rohaizat mendedahkan, kakitangan KKM termasuk Dr Noor Hisham dan beliau sendiri tidak pernah ada istilah cuti rehat sepanjang berperang dengan Covid-19 lebih 10 bulan alu PREMIUM i SINARHARIAN.COM.MY Panglima Perang KKM bangkit pertahankan Dr Noor Hisham"



Florence Nightingale bukan Makcik Kiah


Kalau nama Florence disebut, ya Florence Nightingale; orang akan membayangkan seorang misi atau jururawat jelita dengan lampu kuning bergerak dari satu ranjang ke satu ranjang, meraba dahi, dan memeriksa suhu pesakit lelaki iaitu para mangsa Perang Crimea.

Tidak ramai yang mengetahui Florence menulis sejumlah 15,000 pucuk surat, mungkin juga lebih 20,000, yang kadang-kadang setiap satunya sepanjang 40 lebih halaman. Tidak ramai mengetahui Florence sebagai seorang pengarang, pernah menulis Notes on Hospital (1859) dan Notes on Nursing (1860). Itu belum lagi ditambah dengan pelbagai jenis laporan kesihatan yang mengkhusus kepada isu seperti sanitasi.

Suatu yang mungkin kepala kepada barisan depan kurang tahu ialah, Florence juga seorang pemerhati kepada pelbagai isu masyarakat; yang membolehkan beliau menyumbang idea dan gagasan kepada misalnya, bagaimana untuk melakukan reformasi dalam bidang kesihatan, kejururawatan, dan seterusnya memberi kita hari ini petunjuk dan panduan untuk bagaimana melayani pesakit tidak kiralah pesakit itu seorang migran, seorang pendatang asing tanpa izin, seorang yang turun dari kayangan, seorang ulama celup-celupan pulang dari Turki, atau seorang banduan yang terdesak oleh kesesakan di penjara.

Hanya dengan pengetahuan yang meluas mengenai isu masyarakat (baca: sosiologi) Florence dapat mencadangkan pelbagai pembaharuan dalam bidang kesihatan seperti yang kita kecapi hari ini. Sekiranya kita membaca biografi Florence Nightingale kita akan mendapati beliau fasih, cekatan, dan mahir dengan idea atau gagasan Dante, Bacon, Hegel, Kant, Mill, Comte, dan seratus macam lagi pemikiran kritis. Vineeta Sinha, ahli sosiologi daripada Universiti Kebangsaan Singapura dalam Florence Nightingale 1820-1910 menyifatkannya sebagai pemikir sosial yang unggul – bukan – sekadar seorang jururawat (atau barisan depan).

Dek mahir falsafah dan pemikiran kritis, saya bayangkan Florence misalnya tentu akan tertawa dengan saranan minum air suam untuk memulihkan Covid-19, Florence contohnya tentu akan melenting dengan bajet pincang untuk sektor kesihatan. Saya tidak mengada-adakan ini, Florence Nightingale ibu kejururawatan moden bukan anggota barisan depan biasa. Florence sangat menguasai bidang matematik, antara lain bidang statistik yang membolehkan dia memberi aneka idea untuk membaiki sektor kesihatan.

Dalam warkah yang banyak itu, seperti yang dirakam oleh antara lain Michael Calibria dan Janet Macrae iaitu pengkaji idea Nightingale dari Universiti Pennsylvania, Florence misalnya ditemukan memberitahu yang Tuhan dapat ditemukan pada statistik; “To understand God’s thoughts we must study statistics, for these are the measure of His purpose“. Atau dalam satu warkah lain, Florence menyatakan pula, “Statistics is thus a sacred science that allows one to transcend one’s narrow, individual experience and reads the thoughts of God“.

Dalam laporan panjang tulisan Florence Nightingale bertajuk Notes on Matters Affecting Health, Efficiency and Hospital Administration of the British Army (1858), Florence mengetengahkan hujah beliau menerusi carta, rajah, dan diagram demi memahamkan pengarah kesihatan dan menteri bertanggungjawab bagaimana mereformasi kesihatan, dan membaiki sanitasi akan boleh menurunkan kadar kematian.

Untuk membolehkan pengarah kesihatan dan menteri bertanggungjawab itu nampak apa yang Florence lihat di wad dan hospital, dia akhirnya tiba kepada sosiologi, selaku seorang ahli metodologi yang menjelaskan bahawa perangai masyarakat yang meremeh persoalan kesihatan perlu dibaiki. Untuk membetulkan ini keupayaan manusia diperlukan; yang mana Florence memberikan pula idea mengenai undang-undang dan polisi, cara untuk menyempurnakan individu dan masyarakat.

Demi memahamkan penggubal undang-undang di parlimen (atau mungkin Dewan Undangan Negeri dalam konteks Malaysia), Florence pergi setapak lagi iaitu mengkuliahkan pengarah kesihatan, menteri-menteri bertanggungjawab, dan ahli politik mengenai undang-undang. Florence tahu, mereka yang membikin undang-undang harus patuh kepada undang-undang terlebih dahulu, demi memastikan rakyat iaitu individu dalam masyarakat untuk faham.

Florence berjaya mengubah dan membaiki masyarakat kerana Florence bukan hanya seorang barisan depan yang terpisah dari realiti dan lojik. Dia berani menegur dan boleh membetulkan tingkah laku penguasa dan kerajaan demi satu misi kemanusiaan, iaitu mengurangkan kematian dan kesakitan. Dia bukan bongok. Jadi, Florence, daripada seorang ahli matematik adalah juga seorang penawar masyarakat. Menerusi sosiologi dia mencipta kejelasan dan jalan keluar sains.

Inilah kualiti barisan depan yang harus dipunyai oleh dunia di tengah pandemik gila. Di mana di tengah pandemik gila ini kita akan dengar dakwaan, barisan depan yang menyembunyikan data; atau barisan depan yang akur dengan penguasa, dan tambah dahsyat barisan depan yang melepaskan insan dari kayangan kerana dia adalah kelas feudal yang berkuasa. Bagaimana gamaknya decit Florence kalau dia mengetahui semua ini? Adakah kita dapat keluar dari Covid-19 ini jika kita tidak mengadaptasi cara Florence.

Florence, ya Nightingale akan mencemuh kepala barisan depan dan menteri berkaitan pastinya. Ini kerana Florence juga sangat mengerti fabrik dan politik semasa. Apabila Florence menulis sebuah fiksyen – satu-satunya fiksyen yang beliau tuliskan – bertajuk Cassandra (1852) dan diterbitkan kembali pada 1979, Florence mengkritik tingkah laku tidak apa atau relaks wanita bangsawan era Victoria. Florence dalam fiksyen itu menjeritkan; “Awake, ye women, all ye that sleep, awake!

Florence menegaskan kepada pembaca perempuan bahawa kerja rumah seperti memasak, menjaga anak, mencantikkan kediaman tidak lagi memadai; “The time has come when women must do something more than the domestic hearth, which means nursing the infants, keeping a pretty house, having a good dinner and an entertaining party“.

Tetapi jangan salah faham. Florence bukan pengekor gerakan feminis tegar. Dia menyatakan yang sebenar. Bukan setakat itu, Florence sebagai barisan depan sedar bahawa kepincangan politik dan kesengetan politikus menyumbang kepada keruntuhan tamadun dan menyukarkan reformasi sektor kesihatan yang didambainya. Florence sebagai contoh mengkritik penjajahan Inggeris di India (Florence seorang berbangsa Itali tetapi kemudian belajar di Jerman, dan menetap di London).

Kritikan keras Florence menunjukkan beliau bukan seorang barisan depan yang kerjanya hanya menjadi mak angguk. Florence bukan Mak Cik Kiah. Florence dengan garang menista British yang menjajah India dan meletakkan keadaan kesihatan di sana tidak terurus, justeru mengakibatkan kemelaratan oleh kebuluran dan dengan itu menggagalkan usaha pembaikan dalam bidang kesihatan termasuk yang dijuarainya, iaitu isu sanitasi.

Florence misalnya menulis sebuah esei bertajuk The People of India pada 1878, dan ia berbunyi begini: “We do not care for the people of India. This is a heavy indictment: but how else to account for the facts about to be given? Do we even care enough about their daily lives of lingering deaths from causes we could remove? We have taken their lands and their rule and their rulers into our charge for state reasons of our own.”

Florence malah dengan marah meminta mentaliti kolonial ditamatkan, dan pendekatan menindas persis perhambaan dihentikan. Bukan itu sahaja, Florence menentang korupsi, rasuah, dan pembulian sehingga mengucar-kacirkan hal bekalan air dan pengairan di India yang menyebabkan apa yang beliau ingin lakukan dalam bidang kesihatan terbantut.

Inilah barisan depan yang kita ingini pada 2020. Kepala kesihatan seperti Florence. Jururawat itu menunjukkan kita, wabak penyakit dan juga langkah menanganinya sangat berkait rapat dengan tata urus ini. Sebab itu dalam keadaan pandemik melanda dunia, satu-satu jalan untuk membetulkan tatacara masyarakat kita ialah dengan menjadi transparen, jujur, dan berhenti mengampu apatah lagi melakukan penyelewengan. Barisan depan tidak boleh bersekongkol dengan penyangak, kartel, atau menyokong kleptokrat. Sangat tidak Florence sekali cara itu.

Florence pernah mengatakan, dia lebih suka berbuat kerja daripada bising (menulis aneka laporan dan surat rungutan); “You ask me why I do not write something…I think one’s feelings waste themselves in words; they ought all to be distilled into actions and into actions which bring results“.

Pun, terbukti dari tulisannya yang banyak dan bernilai itu, Florence Nightingale bukan seorang barisan depan yang kangkung. Dia juga bukan barisan depan penyorok data.

Namun, adakah kita punya Florence saat berdepan dengan Covid-19?

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.


Covid-19 Numbers In Malaysia As At 15/11/2020

Hajiji tidak pernah salahkan penjawat awam, kata pegawai

 

Gambar Hajiji yang tertera dalam kenyataan tular menyalahkan penjawat awam di media sosial. (Gambar JKM).

KOTA KINABALU: Setiausaha akhbar kepada Hajiji Noor, Lucy Irene Yong berkata, ketua menteri Sabah itu tidak pernah menuduh atau menyalahkan penjawat awam sebagai punca kelewatan serta masalah dalam pengagihan bantuan bakul makanan di negeri berkenaan.

Beliau berkata, Hajiji tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian, sebaliknya sangat menghargai pengorbanan semua pihak yang bersama-sama berusaha memerangi wabak Covid-19 serta mereka yang menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Satu hantaran yang viral di media sosial dengan kenyataan yang menyalahkan penjawat awam berlatarbelakangkan gambar ketua menteri itu adalah palsu.

“Gambar yang viral di semua platform media sosial itu adalah berniat jahat untuk memburukkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta pemimpinnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lucy berkata, laporan polis juga akan dibuat berhubung perkara itu, selain berharap tindakan diambil terhadap pihak yang menyebarkan gambar kenyataan palsu tersebut.



Kelantan, Johor, Pahang paling ramai pelajar sekolah jadi penagih dadah

 

Kelantan, Johor, Pahang paling ramai pelajar sekolah jadi penagih dadah

MAHATHIR JUARA PERPECAHAN. SATU SEN PUN TAK LAYAK CAKAP SOAL KERAJAAN PERPADUAN

 


Jika kita perhatikan, setiap kali ada terbuka ruang untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, setiap kali itu jugalah Tun Mahathir Mohamad akan muncul dengan serangannya terhadap Ketua Pembangkang itu.

Semalam, beliau mendakwa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana gagal dalam menangani krisis ekonomi pada 1998 dahulu.

Tetapi, sebelum Tun Mahathir lebih banyak lupa, bukankah ketika itu Anwar hanya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan saja, bukannya Perdana Menteri?

Bagaimana Anwar boleh dikata tidak layak sefangkan beliau belum pernah menjadi Perdana Menteri?

Kata orang, belum cuba belum tahu, mungkin dengan pengalaman Anwar yang lama dan hubungan baiknya di peringkat antarabangsa, beliau mampu lebih baik lagi dalam mengurus negara.

Yang jelas dan nyata dengan serangan terbaru ini ialah Tun Mahathir nampaknya begitu bimbang, malah mungkin takut, Anwar akhirnya akan sampai untuk duduk di kerusi Perdana Menteri.

Jika sebelum ini, selepas Anwar mengadap Agong untuk memaklumkan sokongan majoriti yang dimilikinya, Tun Mahathir meragui jika Presiden PKR itu benar-benar memiliki sokongan, lantas kemudian bercakap tentang kerajaan perpaduan, kini sekali lagi beliau mengutarakan idea tersebut.

Kali ini, idea kerajaan perpaduan itu dilontarkannya hanya sehari selepas mengatakan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Kali ini juga, serangan kepada Anwar dan idea kerajaan perpaduan itu diusulkannya setelah bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi BNBBC, Najib Razak dilihat senada dengan Ketua Pembangkang di mana kedua-duanya mengatakan hanya akan menyokong Belanjawan 2021 sekiranya ada pindaan berkaitan KWSP, moratorium dan dana untuk JASA.

Menurut Tun Mahathir, dalam keadaan politik yang berkecamuk dan rakyat mula bosan dengan parti-parti politik, pembentukan kerajaan perpaduan adalah penyelesaiannya.

Apa tujuan kerajaan perpaduan ini?

Sebenarnya tujuan utama kerajaan perpaduan ini tidak lain ialah untuk Tun Mahathir menobatkan dirinya sekali lagi sebagai Perdana Menteri, sambil cuba memintas peluang Anwar ke arah itu.

Semakin lanjut usia, Tun Mahathir nampaknya semakin pelik dan berhati hitam – tak habis-habis dengan dendam, iri hati dan dengki kepada Anwar, meskipun Presiden PKR itu tidak pernah sama sekali mahu membuang masa menyebut namanya.

Soalnya, layakkah Tun Mahathir menubuh, mengetuai dan memimpin sebuah kerajaan perpaduan?

Oleh kerana Tun Mahathir telah mengimbas sejarah krisis ekonomi 1998 sebagai hujahnya untuk mengatakan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri, jika ditoleh balik kepada sejarah, bekas Pengerusi Bersatu yang kini tiada parti itu jauh lebih tidak layak, bukan saja untuk menubuhkan, bahkan juga bercakap tentang kerajaan perpaduan.

Sejarah masa lalu Tun Mahathir terlalu hitam dalam soal perpaduan kerana sepanjang masa beliau adalah juara perpecahan sejak era Tun Tunku Abdul Rahman Alhaj lagi.

Sewaktu memimpin UMNO, beliaulah yang menyebabkan parti itu terbarai, lalu tertubuhnya Semangat 46 dan PKR, malah dalam usaha mengekalkan kuasa, serangannya kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar pada waktu itu amat zalim dan kejam sekali.

Jika Anwar diaib, dimalu dan dipenjarakan, Tengku Razaleigh pula dihina dan disekat daripada menyertai UMNO Baru, meski semua orang tahu sumbangan dan jasa Ahli Parlimen Gua Musang itu terhadap parti sangat besar, antaranya memberikan tanah untuk Bangunan PWTC yang ada sekarang.

Apa pula sumbangan besar Tun Mahathir kepada UMNO, selain anak-anaknya menjadi bilionnaire belaka?

Ketika berkuasa juga, Tun Mahathir tidak pernah menunjukkan sifat harmoni kepada parti-parti pembangkang, terutama Pas dan DAP, sebaliknya asyik mahu bergaduh saja dengan mereka.

Setelah bersara pada 2003, beliau sekali lagi memecah-belahkan UMNO dengan keluar daripada persaraannya semata-mata untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Setelah Tun Abdullah jatuh, beliau terus menyokong Najib, tetapi kemudian anak Tun Razak itu juga dijatuhkannya dengan bergabung dengan Anwar dan DAP yang pernah dimusuhi dan dimaki hamunnya sebelum itu.

Ketika menjadi Perdana Menteri bersama PH, beliau secara halus pula bertindak memecahkan gabungan tersebut dengan enggan menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar yang dipersetujui dan ditandatanganinya sendiri.

Apabila PH tumbang kerana Tun Mahathir sendiri meletakkan jawatan dan enggan mematuhi titah Agong agar jangan berbuat demikian, beliau ketika itu mula tampil dengan idea kerajaan perpaduannya setelah dilantik mengetuai kerajaan secara interim.

Kerajaan perpaduan itu, muslihatnya ialah agar bellau dapat berkuasa penuh dan menjadi Perdana Menteri sampai ke mati dan tidak terikat lagi dengan sebarang janji peralihan kuasa.

Sekarang ini, di sebalik sokongan rakyat kepada Muhyiddin Yassin sedang merosot teruk dan mungkin jatuh melalui penolakan Belanjawan 2021, diikuti dengan pendirian Najib yang memberi sokongan bersyarat, Anwar dilihat sebagai pengganti paling berwibawa untuk memimpin dan memulihkan negara.

Maka, sekali lagilah Tun Mahathir terpaksa bersuara untuk menolak Anwar dan mengusulkan kerajaan perpaduan iaitu mahu dirinya dipilih buat kali ketiga sebagai Perdana Menteri.

Sejak zaman Nabi Adam, hanya ada seorang manusia yang pernah dua kali jadi Perdana Menteri, dua kali juga meletakkan jawatan tetapi kekal kemaruk untuk berkuasa semula.

Idea ingin berkuasanya semula ini pula dengan cara menubuhkan kerajaan perpaduan tanpa parti untuk menyesuaikan dengan dirinya yang tidak berparti itu.

Persoalannya, bagaimanakah seorang yang suka membuat kehancuran, juara perpecahan, gemar bergaduh, paling ramai musuh, dalam hatinya penuh dengki dan iri hati serta seorang demi seorang di sekeliling lari daripadanya, masih mampu bermuka tebal mahu menjulang kerajaan perpaduan?

Sekali lagi, sejak zaman Nabi Adam, dengan hampir semua episod perpecahan dalam negara ini ada cap jarinya, Tun Mahathir sebenarnya manusia paling pelik pernah wujud di dunia ini. 

(Shahbudindotcom 15/11/2020)



MEMANG DIA TAK MAHU TOLONG MELAYU PUN...

 

Image may contain: 1 person, text that says "DIAUSTRALIA.. THESTRAITSTIMES Tapi di MALAYSIA.. UTAMA MalaysiaGazette Malaysia Australians withdraw billions from their retirement savings to cope with Covid-19 Kerajaan sukar benar pengeluaran akaun 1 KWSP- PM By admin- 30 ctober 2020 million Australian liedto access some their avings scheme aidthe Australian rudential Regulation Authorit HOTO:AFP the SR As the nation went into lockdown, the federal government decided allow those who were unemployed, had lost their jobs access up A$20,000 from their compulsory retirement savings. PN LIAT KENAPA SANGAT NAK KERAJAAN BENARKAN KELUAR DUIT RAKYAT SENDIRI? Duit rakyat jadi mangsa..!!"


Di AUSTRALIA wpon bukan kerajaan bukan Islam mereka benarkan rakyatnya yang menghadapi kesukaran keluarkan wang simpanan persaraan dgn jumlah yg tinggi sehingga A$20,000 (RM59,857).

Tapi Di MALAYSIA mendabik dada mengaku kerajaan Isley, mereka bagi alasan untuk sukarkan pengeluaran. Malah hanya RM500 sebulan pengeluaran dibenarkan.

Macam mana rakyat yang hilang kerja nak hidup dengan RM500 sebulan?

#MuhyiddinOUT

SR

 

MEMANG BENAR DIA NI ORANG YANG TAK MESRA PELANGGAN TERKINI : CIMB Tak Pernah Tolong Orang Melayu? - Tan Sri Dr. Munsyi Muslim

WARGANET HENTAM MENTERI KEWANGAN.

 

Menteri Kewangan padu berlari kena sindir dengan rakyat


Sebelum ini, perkongsian Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di media sosial yang berjaya menghabiskan larian jarak jauh dalam tempoh singkat mendapat pujian rakyat.

Namun, pagi ini warganet sudah mulai menyindir ahli senator tersebut dengan mengaitkan isu pengeluaran daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelaksanaan moratorium pinjaman secara automatik.

Rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati apabila menganggap Tengku Zafrul beruntung masih mempunyai masa untuk bersenam berbeza dengan ramai rakyat yang pada masa ini setiap detik berusaha keras mencari sesuap nasi demi meneruskan kehidupan.

Justeru, mereka mengingatkan menteri Kabinet Muhyiddin Yassin itu benar-benar peduli dengan nasib rakyat agar tahu bagaimana tinggi rendahnya langit impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19.

“Minta Tengku luluskan RM10,000 untuk pengeluaran KWSP. Rakyat perlukan untuk bekalan di masa hadapan. Sekarang ini kita tak tahu bila Covid-19 akan berakhir.

“Tengku tak mengapa. Lari-lari pun peluh keluar, duit masuk kalau rakyat berlari peluh tetap keluar tapi duit belum tentu masuk Tengku. Harap Tengku dapat pertimbangkan,” kata Syahmi Saharudin.

Sementara itu, Mohd Syahir pula berpendapat sektor pelancongan negara akan kembali rancak sekiranya kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP RM10,000 kepada semua golongan dan menyambung moratorium selama enam bulan secara pukal dan automatik.

“Pemain-pemain industri berkenaan akan bangkit kembali YB! Semoga Allah melembutkan hati YB dan semua menteri untuk mendengar keluhan majoriti rakyat Malaysia yang terkesan dengan Covid-19 ini secara pukal dan bukan bersasar. Amin ya Robb!” tulisnya.

Bagi Rozaiman pula, rakyat yang cemburu dengan Tengku Zafrul kerana tidak terpukul dengan pandemik melanda dunia itu sangat berharap keajaiban di pihak kerajaan bagi meringankan beban hutang yang ditanggung.

“Untung YB mampu luang masa untuk berjogging dan berbasikal ketika ini tanpa perlu risau akan keadaan kewangan kerana tiada komitmen hutang yang perlu dirisaukan.

“Untuk makluman YB, ada rakyat terpaksa luangkan masa 24 jam untuk memikirkan apa yang akan terjadi esok setelah hari ini, kenaikan kos sara hidup, dan komitmen-komitmen hutang yang semakin tertunggak,” tegasnya.

Terdahulu, Tengku Zafrul, 47, memberitahu beliau telah menghabiskan larian sejauh 18.3 km sekitar ibu negara dengan menempuh beberapa bangunan dan kawasan bersejarah termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad berhadapan Dataran Merdeka.

“Ahad seperti ini memang kebiasaannya ramai pelancong asing dan tempatan, namun, kita memahami situasi luar biasa ini.

“Ketika berlari pun saya sering memikirkan nasib peniaga kecil dan mereka dalam sektor pelancongan. It’s challenging, I admit.

“Saya percaya kita boleh menang against our common enemy – Covid-19, dan kita boleh mencipta sejarah yang terbaik jika kita terus bersatu dan bekerjasama,” katanya sambil menyertakan gambar beliau dan peta lariannya dalam masa 1 jam 54 minit dengan purata penyudah 1km (pace) hanya 6 minit 13 saat.


Belanjawan 2021: Jangan ugut, PH hanya sokong belanjawan lawan Covid 19 - Anwar



Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu membuat kenyataan mengugut pembangkang untuk mendapatkan sokongan meluluskan Belanjawan 2021, yang dibentangkannya pada 6 November lalu.

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan Tengku Zafrul andainya belanjawan tidak lulus maka gaji penjawat awam akan terjejas tidak perlu dikeluarkan dan disifatkan sebagai tidak demokratik.

"Menteri Kewangan membayangkan jika Belanjawan 2021 yang dibentang kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak diluluskan, maka ia tidak akan dapat membayar segala komitmen termasuk gaji penjawat awam dan akan mengesankan para petugas barisan hadapan yang berjuang memerangi Covid-19.

"Saya fikir ini satu kenyataan yang bersifat hambar dan berbaur ugutan serta sebahagian dari rencana untuk mengenepikan suara majoriti Ahli Parlimen.

"Saya yakin kita (pembangkang) mampu mengemukakan belanjawan atau pindaan yang lebih baik untuk kepentingan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Anwar, Pakatan Harapan (PH) kekal dengan pendirian sebelum ini iaitu menyokong peruntukan untuk membayar gaji kakitangan awam, pencen dan operasi kerajaan.

Cuma, katanya, peruntukan yang tidak wajar dan tidak jelas keperluannya perlu dipinda agar dipindahkan ke dalam perbelanjaan melawan pandemik Covid 19 yang semakin kritikal.

"Seperti mana yang saya tegaskan tatkala membahaskan belanjawan di Parlimen, soal emolumen penjawat awam, perbelanjaan mengurus dan utamanya perbelanjaan untuk barisan hadapan serta kelengkapan perubatan dan kesihatan tetap dipertahankan.

"Saya ulangi gesaan agar kerajaan teliti semula Belanjawan 2021. Pembangkang hanya mendukung (belanjawan) sekiranya ia benar-benar belanjawan untuk memerangi Covid-19," katanya.

Di antara peruntukan yang diminta oleh pembangkang untuk dipinda termasukkan RM85 juta bagi mewujudkan semula JASA yang dilihat hanya sebagai 'alat politik' kerajaan PN dan tidak membantu rakyat secara umum serta perkara bersangkutan moratorium dan lebih banyak bantuan bersasar kepada rakyat dalam menghadapi kemuraman ekonomi.

 

Rangkuman Hoaks, Klaim Aliansi Dokter Dunia soal Covid-19 hingga Sanksi ...

COVID-19 : PANDEMIC INI MULA DIRAGUI?

 COVID-19 : PANDEMIC INI MULA DIRAGUI?

zubaidi sudin

Cuba dengar kenyataan dari World Doctors Alliance (WDA), mereka tidak melihat COVID-19 sebagai virus yg merbahaya seperti yang digambarkan. Mereka menganggap ia adalah selesema biasa yg boleh diubati secara berkesan. Ini selari dgn pendapat doktor pakar dan penasihat kesihatan Sweden yg sedari awal mempertikaikan "fakta" kononnya COVID-19 sgt bahaya.
Skrg kita pun confused seolah-olah dunia "over react" dgn pandemic ini. Di Malaysia sendiri, hanya kerana beberapa kes di 1 atau 2 daerah, seluruh Negeri dikenakan PKPB. Ini menyebabkan rakyat tidak boleh cari makan dan aktiviti ekonomi terjejas.
Dengan bukti di depan mata, kenyataan WDA ini perlu disiasat atau diperdebatkan. Apa, tiada penjelasan yg tuntas?
UPDATE : Fact check Indonesia meNAFIkan dakwaan WDA ini : https://www.liputan6.com/.../cek-fakta-tidak-benar...
Wallahualam.
- Zus Din
15 November 202