ELOK LA BAWA ANAK KELUARGA..RAKYAT BAYAR

 


Faezuddin Puad

Seronok menteri kanan terpaling kanan bercuti dengan keluarga ke Turki?

Kat Malaysia, kita nak jumpa mak ayah di kampung pun tak boleh!

BUKAN AHLI PARLIMEN SAHAJA- AHLI UMNO PUN SAMA BODO LANTIK AHLI PARLIMEN YANG BODO

 


“Ahli Parlimen Umno ni bodohkah tidak reti nak jaga parti?” – Tajuddin





MALU NAK UCAP KERAJAAN GAGAL KAH ?

 


MOHD MUKLIS


Nak sebut kerajaan gagal malu, nak salahkan DAP sudah jadi khadam MCA. Nak complain lebih-lebih sertuan "rahmat" hari tu masih lagi bersisa.

Demikianlah Mopti, tsiqah hilang tak ada orang peduli, akibat berkhianat ilmu dan kedudukan yang Allah beri.

 

May be a Twitter screenshot of text that says "Dr MAZA official @realDrMAZA Kalau masih nak lockdown negeri yg kurang kes spt Perlis, ertinya bukan menyelesaikan tapi menyusahkan. Ubat luka di tempat yg tdk cedera. Translate Tweet 9:03 AM 12/07/2021 Twitter Web App"


ULASAN APA YANG HADI AWANG ULAMA TEKA TEKI | Ustaz Ridzwan Abu Bakar

JAHANAM SUNGGUH. SEMPAT LAGI SAPU...INI MESTI KERJA DAP

 May be an image of 2 people and text that says "12 JULAI 2021 TERKINI astro AWANI Ketua UMNO Bayan Baru didakwa atas pertuduhan pengubahan wang berjumlah lebih RM11 juta SPRM SPRM fo www.astroawani.com"

APA BEZA POSTER NO AKAUN DENGAN BENDERA PUTIH | Ustaz Ridzwan Abu Bakar

WOIIIII....KAU MERABAN APA LA MENTERI KESIHATAN

DAH MENTERI KESIHATAN PUN TAK CERDIK...MENTERI VAKSIN LAGI TAK CERDIK...KAH..KAH..KAH..KESAN RAMPAS KUASA IKUT ATAP CAKAP PANDAI TINDAK TAK RETI.

 


Ya Allah! Betul ke ini Malaysia? Najib bidas Putrajaya kerana kesesakan CAC Stadium Malawati





Orang ramai beratur untuk mendapatkan penilaian di CAC Stadium Malawati, Shah Alam. (Gambar Twitter @abangridhwan)

PETALING JAYA: Najib Razak membidas kesesakan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati, Shah Alam, berikutan peningkatan kes wabak itu di Selangor.

Bekas perdana menteri itu mempersoalkan bagaimana negara boleh berdepan masalah kesesakan seperti itu malah semakin parah ketika ini.

“Ya Allah! Isu kesesakan ini saya pernah utarakan dua bulan dahulu. Siap beri cadangan cara penyelesaian.

“Kenapa ini masih boleh berlaku malah bertambah parah. Kenapa kamu tiada belas kasihan pada mereka,” katanya di Facebook.

Najib berkata, kesesakan seperti itu tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi melibatkan pelbagai lapisan dari warga emas hingga ke anak kecil.

Katanya, semua sedang mengalami kesakitan dan ada yang sudah tenat.

“Semua terpaksa beratur bersama ribuan lagi pesakit Covid-19.

“Dipaksa beratur sehingga 10 jam di jalan di bawah matahari terik untuk mendapat perhatian. Tanpa minuman dan makanan.

“Apa yang akan jadi jika hujan turun pula? Patutkah rakyat Malaysia, sahabat-sahabat kami dilayan seperti ini oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, ini bukan soal politik tetapi isu kemanusiaan.

“Ini isu kamu masih seorang manusia yang ada sedikit rasa simpati dan tanggungjawab atau bukan.

“Ini Malaysia? Betul ke ini Malaysia?” soalnya.

Peningkatan kes Covid-19 di Selangor menyebabkan CAC itu terus dikunjungi orang ramai untuk mendapatkan penilaian kesihatan.

CAC Stadium Malawati mula beroperasi 8 Februari lalu bagi menggantikan CAC Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di SS15 dan mampu menampung sehingga 1,500 pesakit.

BUKAN TERSASUL KOT..TAPI DIA MEMANG BENGAP....MANA ADA MENTERI UMNO YANG CERDIK

 


Tersasul sebut ‘Spanish Flu’ kepada ‘Spanish Fly’, warganet kecam menteri




Kesilapan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba yang tersasul menyebut perkataan ‘Spanish Flu’ sebagai ‘Spanish Fly’ mengundang kecaman warganet di media sosial. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kesilapan Menteri Kesihatan tersilap menyebut perkataan ketika sesi bual bicara di Universiti Putra Malaysia (UPM) – apabila beliau tersasul menyebut perkataan yang maksudnya berubah daripada krisis kesihatan kepada perangsang seks mencuri perhatian di media sosial sehingga ahli politik turut menjadikannya jenaka.

Dalam satu video tular di Twitter, Adham kedengaran mengatakan bahawa pada 1916, ancaman “Spanish Fly” (yang sepatutnya disebut Flu (berkaitan selesema) telah membunuh jutaan orang di seluruh dunia dan ia berlaku selama dua tahun.

“Spanish Flu” yang berlaku antara 1918 hingga 1920 dikatakan menjangkiti seramai 500 juta orang dan membunuh antara 17 juta hingga 100 juta orang.

Tanda pagar #Spanishfly juga trending di Twitter.

Bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik yang turut memberi respons terhadap kesilapan sebutan perkataan itu berkata, “Spanish Fly” sebenarnya satu gerakan gusti dan menggelarkannya sebagai “sangat bahaya”.

Dalam sukan gusti, ia adalah pergerakan yang menyaksikan lawan dijatuhkan dari atas tali melalui aksi jungkir balik yang boleh mematahkan leher lawan.

Bagaimanapun, perkataan “Spanish Fly” lebih kerap digunakan merujuk kepada perangsang seks tetapi ia juga merujuk kepada keluarga kumbang hijau.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil turut memberikan respons segera terhadap video itu dan berkata dengan kapsyen “DrAdhamBaba apa Spanish Fly?!” yang disertakan dengan emoji tepuk dahi.

Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming dalam ciapannya pula berkata, “adakah #SpanishFly kini sudah trending di Malaysia?”

Pelawak Jason Leong, yang merujuk video itu berkata, beliau boleh menjadi menteri kesihatan yang lebih baik.

“Saya secara jujur merasakan saya boleh menjadi menteri kesihatan yang lebih baik. Lalat sebenarnya boleh melakukan kerja yang lebih baik. #Spanishfly,” katanya.

“Malulah, tidak boleh membezakan Spanish Fly dengan Spanish Flu. Mungkin makan terlalu banyak,” kata pengguna Twitter @gcteck.

Eugene Chung juga bersetuju dan berkata ini adalah menteri kesihatan yang pernah berkata minum air suam boleh menghentikan jangkitan Covid-19.

“Adakah kamu hendak mendengar daripada seseorang yang tidak boleh membezakan antara Spanish fly dan Spanish flu?’ Memalukan, inilah kualiti dan kaliber menteri kita di Malaysia,” katanya.

Harris Zainul berkata, ketepikan “Spanish fly”, menteri kesihatan Adham, kematian kira-kira sejuta orang adalah salah, tambahan kepada itu menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, sekurang-kurangnya 50 juta kematian dilaporkan di seluruh dunia.

Mat Sabu: Amat Kagum Dengan Sikap & Semangat Oleh Rakyat Dalam Membantu ...

Malaysia Tidak Ada Perdana Menteri


Oleh : Dr Nazmi Airil Osidea


1. Sejak Kerajaan Perikatan Nasional mengambilalih pemerintahan Malaysia, tidak ada perdana menteri (PM) yang berfungsi. Yang ada hanyalah seseorang yang menerima gaji PM tetapi tidak bekerja sebagai PM.


2. Mahiaddin menerima gaji dan elaun RM94 ribu sebulan. Sebagai balasan, dia hanya datang beberapa jam ke pejabat. Tidak ada sidang media kecuali perutusan yang kerapkalinya hanya dalam bentuk pdf. 


3. Mahiaddin juga menggunakan kedudukannya bukan untuk menyelesaikan masalah rakyat dan membangunkan ekonomi negara. Sebaliknya berkenduri jawatan sebagai rasuah untuk ahli-ahli parlimen menyokongnya. Ada juga kontrak mencecah bilion ringgit yang jatuh kepada ahli keluarga berkepentingan. 


4. Mahiaddin juga sebenarnya bukanlah orang yang layak menjadi PM, kerana ketika mengangkat sumpah, jumlah sokongan majoriti (bersama deklarasi bersumpah) adalah kepada Tun Mahathir dan bukannya Mahiaddin. Istana tidak mahu menerima mengadap walaupun sokongan ahli parlimen majoritinya kepada Tun ketika itu. Nama yang digunakan untuk mengangkat sumpah juga bukan nama sebenar yakni 'Muhyiddin'.


5. Cara operasi Mahiaddin, apabila negara dalam krisis adalah keluar seketika, bercakap tentang Makcik Kiah dan kemudiannya menghilangkan diri.


6. Ini berbeza dengan Mahathir yang pada masa pelbagai krisis negara pada masa lalu, laporan akan diwajibkan beliau sampai ke meja sebelum pukul 8 pagi setiap hari. Mahathir juga bermesyuarat setiap hari, memerah idea dari semua profesional dan melaksanakan semua idea baru dengan segera. Apabila menjadi PM kali ke-2, hatta kabinet belum ditubuhkan, dia sudah menjadi 'kerajaan' berseorangan di Yayasan Kepimpinan Negara dengan menggerakkan semua insitusi bersama penjawat awam terlebih dahulu sebelumpun kabinet sempat dilantik. Tidak seperti Mahiaddin, Mahathir bekerja 16 jam sehari dan sidang akhbar hampir setiap hari. 


7. Segala gaji buta atas tidak bekerja sebagai PM ada kifarahnya. Begitu juga tanggungjawab kerana merasuah kabinet 74 lembu kenyang yang juga 'hilang' dan tidak bekerja. Tidak berkat ringgit gaji yang diterima. 


8. Mahiaddin juga gagal apabila Menteri MITI, Azmin Ali membuka 'pintu belakang' ketika MKN mahu melaksanakan perintah kewalan pergerakan (PKP). Dia diam bila Ismail Sabri mengadu tentang tindakan Azmin yang akan mensabotaj PKP dengan membuka kilang-kilang sebegitu banyak. Kini terbukti kes melebihi 9,000 dan hospital-hospital Lembah Kelang telah menjadi medan bencana.


9. Mahiaddin adalah liabiliti negara. Negara tidak ada kepimpinan dan kapal Malaysia dibiarkan tenggelam tanpa Mahiaddin mengambil sebarang tanggungjawab.


10. Titah Tuanku untuk Mahiaddin memulakan sidang parlimen diperlekeh dan dipermainkan dengan rancangan sidang parlimen yang hanya 'hiasan tingkap' Kabinet kerajaan tidak boleh disoal dan dipertanggunjawabkan selain masa bersidang dihadkan. Hingga hari ini tiada sidang parlimen.


11. Bloomberg telah menyatakan bahawa Malaysia semakin hampir menjadi 'negara gagal' dan paling rendah peluang untuk pulih kembali. 


12. Jika Tuanku Agong dan Raja-raja Melayu sedar, mereka sudah dipermainkan oleh Mahiaddin dan kabinetnya. Tuanku harus berfikir orang yang ada pengalaman mengeluarkan Malaysia pada masa lalu dan tidak akan menjadi PM hanya untuk politik tetapi sebaliknya untuk menyelamatkan negara. Ramai yang mahu menjadi PM tetapi niat mereka untuk meneruskan rasuah, korupsi malah cita-cita peribadi. 


13. Malaysia hingga hari ini tidak ada PM. Yang ada hanyalah orang yang mendapat gaji PM tanpa perlu bekerja. Malaysia juga tidak ada menteri. Yang ada hanyalah orang-orang (74 semuanya) yang menerima gaji menteri tanpa perlu banyak bekerja.


ANTARA NAMA MT DAN MP YANG MENYOKONG ZAHID HAMIDI.

 Official.


Senarai MT yang mahu UMNO tamatkan kerjasama dgn PN..


1. Bagan Datuk

2. Pekan

3. Gua Musang

4. Machang

5. Cameron Highland. 

6. Lenggong

7.Pengerang

8. Pontian

9. Jerantut

10. Parit Sulong

11. Kota Tinggi

12. Paya Besar

13. Lipis

14. Jelebu

15. Kinabatangan

16. Kimanis

17. Parit

18. Putrajaya

19. Tanjung Karang

20. Baling



TPM kata usah berpolitik: 'Halakan pesan itu kepada kawan-kawan PN' - Saifuddin Nasution

 


POSTED BY  AMIR WRLR

Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin mempunyai pemikiran cetek apabila berpesan kepada semua ahli politik agar tidak berpolitik dan menumpukan usaha membantu kerajaan menangani pandemik Covid 19


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas kenyataan TPM itu menegaskan pandemik Covid telah masuk dua tahun dan kerajaan telah diberi peluang oleh Yang di-Pertuan Agong menerusi kuasa Darurat, namun rakyat masih tidak melihat hasilnya


"Dalam tempoh ini kerajaan boleh buat undang-undang tanpa perlu Parlimen. Parlimen ditutup. Tiada lagi semak imbang. Kerajaan boleh berbelanja tanpa perlu ke Parlimen.


"Kabinet dan Majlis Keselamatan Negara boleh buat apa sahaja. Rakyat hanya terima. Tak kira yang sokong atau tidak kena terima. Disuruh duduk rumah, tak boleh rentas negeri, daerah, tak boleh kerja, tak boleh balik beraya, tak boleh ziarah ibu bapa. Rakyat patuh," katanya dalam tulisan di Facebook.


Namun Saifuddin bertanya adakah peluang yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, kakitangan kerajaan dan rakyat itu digunakan sebaik-baiknya oleh kerajaan Perikatan Nasional


"Apakah hasilnya?


"Kes positif harian meningkat. Kes positif petugas baris hadapan meningkat. Kes kematian meningkat. Katil hospital tak cukup. Tong oksigen tak cukup. Katil ICU tak cukup. Vaksinasi lembab tak capai sasaran dan ekonomi terus melemah.


"Manakala rakyat hilang kerja, hilang pendapatan. Anak-anak sekolah kelam-kabut dengan PdPR. Kes bunuh diri juga meningkat


"Ketika inilah tiba-tiba Umno tarik sokongan kepada PM. Dek tergugat dan bimbang hilang kuasa dan takut kerajaan tumbang, PM lantik Ismail jadi TPM dan Hisham menteri kanan!" katanya.


Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu meminta penjelasan adakah tindakan yang dilakukan oleh Umno menarik sokongan dari kerajaan PN bukan berpolitik?


Katanya, tindakan itu tidak ada kaitan dengan Covid 19 atau kelemahan ekonomi, melainkan politik survival Umno menuju Pilihan Raya Umum ke 15.


"Umno tarik sokongan tak ada kena mengena lawan Covid. PM lantik Ismail jadi TPM tak ada kaitan lawan Covid. Bahkan sekelumit pun tak ada faedah kepada rakyat. Ini hanyalah langkah PM nak selamatkan diri bukan selamatkan rakyat.


"Pesan saya kpd TPM : Halakan pesan anda kepada PM, rakan-rakan dalam PN dan yang seangkatan," bidas Saifuddin.




PN gagal: Pelabur asing kritik undang-undang Covid 19 berubah-ubah

 


POSTED BY AMIR WRLR


Kelemahan pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin semakin terserlah apabila pelabur-pelabur antarabangsa mula resah dan tidak senang melihat undang-undang dan peraturan menangani Covid 19 Malaysia berubah-ubah.

Menyifatkan perkara itu tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung berkata, aduan Dewan Perniagaan Jerman dan Jepun di Malaysia tentang Prosedur Operasi Standard (S.O.P) tersebut perlu dipandang serius oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum menjejaskan dengan teruknya reputasi negara di peringkat global.

"Aduan sebegini serius tidak pernah berlaku sebelum ini. Namun Kerajaan PN masih tidak menganggapnya serius, sebaliknya menafikan kegagalan kerajaan dalam menangani pandemik dan terus menuduh terdapat pihak-pihak tertentu sengaja menjatuhkan imej Kerajaan

"Slogan propaganda seperti itu mungkin dapat menyakinkan para penyokong tegar Kerajaan PN, tetapi data ekonomi, laporan tinjaun dan pendapatan pelabur merupakan petunjuk yang paling sesuai untuk mencerminkan status dan perkembangan ekonomi semasa negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

ADUN Semambu itu mengaitkan prestasi ekonomi negara yang buruk kepada indeks Nikkei Asia yang mana Malaysia ditempatkan di tangga ke-114 di antara 120 negara manakala ‘The Economist’ dalam mengukur indeks negara kembali normal selepas pandemik Covid-19, meletakkan Malaysia di tangga yang terakhir di antara 50 negara.

Hal itu, katanya sama sekali berbeza ketimbang kenyataan Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali pada Jun lalu kononnya prospek pertumbuhan ekonomi negara cerah dan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia semakin meningkat.

"Hakikatnya, pada 9 Julai, Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia McFeeters mengkritik Kerajaan PN kerana mengecewakan pelabur-pelabur AS yang merupakan rakan perdagangan ketiga besar Malaysia.

"Beliau juga menyatakan bahawa undang-undang perdangangan yang tidak menentu menyebabkan pelabur hilang minat dan ia telah berlaku sejak daripada dahulu.

"Saya berpendapat masalah struktur telah wujud selama beberapa dekad ini. Perlu dilakukan perubahan dan reformasi yang drastik waktu pandemik ini agar ekonomi negara lebih fleksibel dan lebih berdaya saing.

"Akan tetapi, apa yang menyedihkan ialah Kerajaan PN hanya sibuk meminta pengusaha perniagaan memohon kebenaran beroperasi dengan SOP dan pengkategorian yang berubah-ubah," katanya.

Menurut Chean Chung lagi, sebelum pandemik pelabur-pelabur asing akan melihat kepada situasi politik, persekitaran sosial dan pembinaan infrastruktur sebagai faktor-faktor penting menentukan pelaburan.

Namun jelasnya, dalam era pasca Covid-19, tahap pengurusan pandemik dan kemampuan tindak balas Kerajaan akan turut menjadi petunjuk atau faktor yang sangat penting bagi pelabur

"Jelas berdasarkan beberapa perkara utama tersebut, prestasi kerajaan berada di tahap yang tidak memuaskan. Jika masalah struktur tidak diselesaikan, saya khuatir Malaysia tidak akan menjadi pilihan utama untuk pelaburan asing pada masa akan datang.

"Setelah pengisytiharan Darurat pada bulan Januari, Kerajaan PN yang berjanji untuk fokus memerangi Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi tidak direalisasi.

"Sebaliknya situasi Covid-19 semakin teruk dan mereka hanya sibuk berpolitik. Dalam situasi sebegini, meskipun keseluruhan Menteri Kabinet dinaikkan pangkat menjadi Menteri Kanan, ia tidak akan membawa sebarang kebaikan terhadap kemajuan dan progres negara," katanya lagi.




Zahid tak mampu paksa MP tarik sokongan terhadap PM, tegas pemimpin Umno

 


Zahid tak mampu paksa MP tarik sokongan terhadap PM, tegas pemimpin Umno

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi gagal memaksa dan tidak mampu mendesak Ahli Parlimen parti itu untuk menarik kembali sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Presiden tak mampu gunakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk memaksa Ahli Parlimen yang menjawat jawatan menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC untuk meletak jawatan.

“Bukan sahaja Presiden gagal gunakan MKT untuk paksa Ahli Parlimen UMNO dalam Kabinet dan GLC letak jawatan, malah MKT terpaksa benarkan pula Ahli Parlimen UMNO ambil dua lagi jawatan dalam kerajaan, iaitu Timbalam Perdana dan Menteri Kanan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, MKT juga gagal arahkan Ahli-ahli MKT yang pegang jawatan dalam kerajaan, agensi, PBT, Lembaga Pengarah, Lembaga Pelawat Hospital, SPAN, Lembaga Yayasan, Lembaga PBT, MPP dan jawatan-jawatan lain, walaupun UMNO telah menarik diri daripada kerajaan.

“MP UMNO dan BN tidak percaya kepada auta Ahli-ahli MKT tertentu yang dakwa keadaan negara akan lebih baik dan kes Covid-19 akan menurun jika kerajaan dijatuhkan ketika ini,” katanya.

Katanya, lebih buruk lagi Ahli MKT ex-officio yang tiada hak mengundi dan membuat keputusan pun dibenarkan untuk membuat keputusan dalam Mesyuarat MKT dan ini melanggar peraturan.

“Keputusan penarikan sokongan daripada kerajaan tidak dibincang dan diundi dalam mesyuarat, ia adalah persetujuan yg dibuat di luar Mesyuarat MKT – langgar peraturan lagi. Siapa GAGAL sebenarnya?” soal beliau.

HANCUR HANCUR ...HANCUR UMNO

 Umno diambang perpecahan! Tegas seorang pemimpin Pas



Umno diambang perpecahan! Tegas seorang pemimpin Pas



UMNO dilihat hanya mahukan kuasa sehingga ada dalam kalangan pemimpin mereka sanggup bergaduh sesama sendiri dan menyerang kerajaan yang mereka duduk di dalamnya.

Pengarah Islamic Institute of Independent Research on Democracy, Mohd. Fadli Ghani berkata, bibit-bibit perpecahan kembali semula dalam parti itu sebagaimana pernah berlaku dalam sejarah bukan hanya di antara UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malah bersama Muafakat Nasional (MN).

Menurut beliau, UMNO mula menjajakan Jajaran Baharu dan gosip hubungan sulit dengan PKR-Pakatan Harapan (PH) sudah heboh kedengaran.

“Tetapi yang paling parah sebenarnya, UMNO kini sudah membentuk sekurang-kurangnya dua kumpulan dalaman. Mereka menunggu saat untuk berpecah lagi.

“Saya tidak tahu siapa yang memimpin kumpulan mana. Tetapi semua rakyat, pemerhati politik dan orang UMNO tahu bahawa mereka tidak bersatu,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Utusan.

Mohd. Fadli berkata, dalam parti UMNO mempunyai beberapa ‘kepala’ yang saling tidak bersetuju sesama sendiri.

Katanya, perkara itu jelas boleh dilihat berhubung keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) adalah tidak selari dengan tindakan mereka.

Begitu juga, katanya, pendirian Majlis Tertinggi (MT) bertentangan dengan apa yang diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Lain MT UMNO tegaskan, lain pula ahli Parlimen UMNO mengambil pendirian. Presiden UMNO mahu Perdana Menteri meletak jawatan, wakil rakyat UMNO mahu Presiden mereka yang letak jawatan. Mereka saling bertentangan.

“Entah apa perkiraan politik UMNO, tetapi jelas bahawa mereka sekarang di ambang perpecahan. Jika UMNO tersilap langkah, mereka akan karam. Runtuh kuasa dan pengaruh mereka, hancur tenggelam dan karam,” katanya.

Beliau berkata, jika UMNO berterusan mengambil tindakan sedemikian, lambat laun UMNO akan menjadi sejarah dan kenangan, bakal tersimpan di muzium perjuangan.

“Apakah ke situ hasrat para pemimpin UMNO di dalam mengemudi bahtera mereka? Saya tidak tahu. Tetapi daripada apa yang sedang berlaku, saya katakan UMNO sekarang secara perlahan-lahan sedang menggali kuburnya sendiri. Akhirnya mendianglah ia,” katanya.

KEH..KEH...WOIII DIA HINA RAKYAT...PATUT BALING SLIPER KE MUKA-DIA INGAT RAKYAT JALIL ....Timbalan Menteri Agama suruh istighfar kalau rasa sempit kerana PKP

 Timbalan Menteri Agama suruh istighfar kalau rasa sempit kerana PKP



لَزِم الاسْتِغْفَار، جَعَلَ اللَّه لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مخْرجًا، ومنْ كُلِّ هَمٍّ فَرجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ

“Barangsiapa yang melazimi istighfar, Allah S.W.T menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu ada kelapangan dan Allah juga akan mengurniakan kepadanya rezeki yang tidak disangka-sangka.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Rasulullah S.A.W yang maksum serta telah dijanjikan syurga akan beristighfar kepada Allah S.W.T sebanyak 70 kali sehari seperti yang terdapat dalam sebuah Hadis:

والله إني لأستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة.

“Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepadanya setiap hari lebih daripada 70 kali.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Beristighfarlah dengan Penghulu Istighfar seperti yang dikhabarkan oleh Nabi S.A.W dalam sebuah Hadis:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْشَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

“Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Aku di atas perjanjianMu dan janjiMu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepadaMu daripada keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepadaMu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang berusaha untuk melazimi istighfar. Semoga dengan amalan istighfar ini akan menurunkan rahmat Allah Taala, memudahkan urusan kita semua dan diberi keselamatan dunia dan akhirat sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Anfal ayat 33:

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

“Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”

YB USTAZ DATO’ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


Nampak alim, jangan disangka tidak rasuah, tegas Ridhuan Tee.Antaranya makan gaji buta dan lapar jawatan

 


Nampak alim, jangan disangka tidak rasuah, tegas Ridhuan Tee

RASUAH tidak mengenali sesiapa, sama ada dia nampak alim atau tidak. Tepuk dada tanya iman.

Alim, berlatarbelakangkan agama tidak semestinya tidak rasuah.

Banyak sudah yang kita jumpa, berkopiah, berjubah, berserban, nampak baik, mulut tidak putus-putus menyebut nama Allah dan RasulNya, rasuah juga. Tidakkah ini lebih memalukan? Yang bukan dalam kalangan ustaz, janganlah cerita.

Sedihnya, yang mengambil rasuah rata-rata beragama Islam. Orang yang tahu syurga dan neraka, halal dan haram. Pemberi rasuah, semua tahu siapa?

Negara maju, seperti negara Barat. Mereka tidak alim, Islam pun tidak, tetapi mereka berpegang kepada integriti, kadar rasuah mereka begitu rendah.

Jika ada yang disabitkan dengan rasuah atau salah guna kuasa, tidak payah disuruh berhenti, dia akan berhenti sendiri, letak jawatan. Ini sudah menjadi budaya Barat.

Berbeza dengan negara Islam, termasuk negara kita sendiri, disabitkan satu hal, didakwa dengan puluhan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa. Masih lagi muka tak malu, terus mahu berkuasa. Langsung tidak rasa bersalah. Nak kata macam mana.

Kita menjadi hairan, kenapa Islam yang menjadi jaguh (champion) dalam membenteras rasuah, terkenal dengan kata-kata keramat, pemberi dan penerima, kedua-duanya masuk neraka. Tidak ada dalam agama lain, dalam soal ketegasan rasuah, kecuali Islam.

Malangnya, negara Islam dan orang Islamlah antara yang kuat rasuah dan salah guna kuasa. Silapnya di mana?

Jika tidak percaya, cuba tengok indeks rasuah dalam kalangan negara-negara di dunia, rata-ratanya adalah negara Islam, orang Islam. Negara kita tidak terlepas.

Berlaku di sebuah universiti awam, orang yang mendakwa dirinya mengamalkan sifat-sifat ikram, mahu menjadikan dakwah sebagai teras kehidupan, berlatar belakang agama, pun tewas, telah disabit dengan tindakan, atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Tengok muka dan perwatakannya, sikit punya alim, bibirnya cair dengan ayat-ayat Quran dan Hadis, tetapi bila bab duit dan kuasa. Habis terbang entah ke mana. Berani buat, kena berani tanggung.

Tidakkah ini sangat memalukan, terutama kepada agama? Kita bermasalah, kita buat silap, agama yang suci murni turut terpalit.

Orang melihat apa yang kita buat, bukan apa yang kita cakap. Cakap baik macam mana, sahabat sana, sahabat sini, kalau perangai macam ‘mangkok hayun’ tidak ada guna juga. Inilah perosak agama, bangsa dan negara.

Percaya atau tidak, selepas ini akan menjadi buah mulut, nampak alim, mengaji agama, Quran Hadis cair di bibir, tetapi kuat main duit, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya

Orang Barat di negara maju, tidak Islam, kita kata lagi bila mati nanti, kena siksa kubur dan masuk neraka selama-lamanya. Tak keluar keluar. Tetapi bila tiba bab tiga “TA”, Wanita, harta dan takhta, mereka cukup berhati-hati, mereka tahan, mereka cukup kuat ‘iman’ untuk tidak terjebak.

Persoalannya, kenapa orang Islam yang dijanjikan masuk syurga, lebih rasuah daripada orang yang dijanjikan masuk neraka.

Kita berpegang kepada kata-kata, sebesar mana pun dosa umat Islam, tetap akan masuk syurga setelah diseksa di neraka. Kasihan orang bukan Islam, baik macam manapun, berintegiriti hebat mana pun, tetap masuk neraka akhirnya.

Apakah ini yang menjadi punca orang Islam melakukan kejahatan sehingga mengamalkan rasuah yang boleh meruntuhkan agama, bangsa dan negara

Dalam pemikiran mereka telah terpahat, buat jahat macam mana pun, kena siksa di neraka, akhirnya masuk syurga juga.

Dalam kata lain, orang Islam tetap masuk syurga jahat macam mana pun akhirnya, orang bukan Islam, tetap masuk neraka baik macam manapun akhirnya.

Apakah asas ini yang menjadikan kita berbuat jahat? Nauzubillah. Bertaubatlah wahai saudaraku.

Saya fikir, sudah sampai masanya kita ubah cara berfikir. Jadikan cara berfikir negara maju sebagai budaya dengan agama menjadi sandaran.

Kita perlu tanamkan dalam pemikiran kita, buat dosa besar seperti rasuah, akan berada di neraka buat selama-lamanya, tidak ada istilah kembali semula ke syurga, kerana dosa yang dibuat itu terlalu besar untuk diampunkan.

Kita sentiasa diguraukan dengan kata-kata.

Lebai macam mana pun kalau bab-bab tiga ‘TA’ wanita, takhta dan harta, tercabut juga serbannya (kopiahnnya, jubahnya). Kita marah orang bercakap sedemikian, hakikatnya telah pun berlaku.

Sebab itu, kadang-kadang sukar untuk kita terima, jika ada pemimpin, nampak alim, ada agama, berperawakan macam ‘malaikat’, tetapi melakukan kejahatan.

Cerita sebegini juga kita dengar dalam kalangan ustaz-ustaz yang berada dan mengajar di sekolah-sekolah. Ustaz pun tidak dapat menunjukkan contoh yang baik, bagaimana nak berdakwah dengan bukan Islam?

Ini tidak termasuk pemimpin yang nampak alim, tetapi berkahwin secara online, ketika rakyat berada dalam kesusahan, ditimpa wabak bencana.

Kalau dah gatal sangat nak kawin, tunggulah dulu, sehingga keadaan reda. Tetapi bukan masa kini

Ya, benar, Barat tidak beriman kepada Tuhan, mereka berpegang kepada integriti. Mungkin ada yang berkata, kalau begitu tidak perlulah hidup bertuhan atau hidup bersandar agama.

Sebenarnya, hidup bertuhan, beragama, itu sudah sangat baik. Amalkanlah. Tanam benar-benar rasa hidup bertuhan, God fearing sebagai asas dalam kehidupan, supaya menjadi pemimpin berintegriti.

Tidakkah lebih nampak molek, jika yang beragama dan alim, mempunyai integriti yang tinggi.

Namun, jika sebaliknya, ia menjadi fitnah yang besar kepada agama. Justeru, marilah kita bersama-sama untuk mengelakkan fitnah dunia ini yang sedang menimpa manusia, tidak berkecuali orang mendakwa menjadikan agama sebagai teras, yang nampak alim.

Saya berpesan pada diri sendiri, supaya dijauhkan daripada musibah ini. Saya bukan berlatarbelakangkan agama, saya hanya seorang mualaf, yang ingin melihat Islam berada ditempatnya, tidak dipersendakan oleh orang lain.

Teramat malu rasanya apabila pimpinan beragama Islam, terpalit dengan salahguna kuasa dan rasuah. Agama Islam yang suci murni disalahfahamkan disebabkan oleh tangan-tangan kotor orang yang disangka alim, tetapi lakukan salah guna kuasa dan rasuah.

Marilah bersama-sama bertekad untuk membenteras salah laku ini. Mudah-mudahan tidak wujud lagi persepsi orang yang nampak alim, tetapi kuat rasuah.

We Need Leaders in Love with Justice. We need leaders not in love with money but in love with justice. Not in love with publicity but in love with humanity. Leaders who can subject their particular egos to the pressing urgencies of the great cause of freedom. (Martin Luther King, 1956).

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

HANYA YANG PERTAHANKAN JAWATAN DAN MAKAN GAJI BUTA SAHAJA GILA INSEM

 May be an image of ‎1 person, sitting and ‎text that says "‎Bahasa Daftar Log Masuk Berita Seksyen English ilיור Hanya yang gila berpolitik tuduh kerajaan gagal, kata presiden PAS Dikemas kini jam yang lalu Diterbitkan pada 12 Jul 2021 10:1 10:11AM 0 Komen (SELA. AL AUI THE AYSIAN NSIGHT Seth Akmal Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata hanya mereka yang masih gila berpolitiking membuat kenyataan Malaysia gagal menangani wabak Covid-19. -Gambr fail The Malaysian Insight, 12 Julai, 2021.‎"‎‎

SEKIRANYA PEJUANG BERSAMA PN...MAKA AKIBATNYA PN AKAN MENERIMA BALA TAK LAMA LAGI

 


Pejuang cenderung bina kerjasama dengan PN berbanding BN, PH, kata penganalisis





Langkah politik bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad sukar dijangka, kata seorang penganalisis. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penganalisis politik menjangka sukar bagi parti baharu seperti Pejuang memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) untuk mentadbir negara secara solo walaupun ia dipimpin seorang negarawan seperti Dr Mahathir Mohamad.

Ahmad Atory Hussain

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ahmad Atory Hussain berkata, melihat kepada situasi politik ketika ini, beliau tidak menolak kemungkinan Pejuang akan membentuk jajaran politik baharu dengan Perikatan Nasional (PN) selepas PRU15.

Beliau turut menjangka empat Ahli Parlimen Pejuang, termasuk seorang calon bebas dan daripada parti MUDA yang mesra Mahathir, akan memberi undi sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri jika usul percaya dibentang apabila Parlimen bersidang 26 Julai ini.

Sokongan itu juga sebagai respons kepada keputusan kerajaan meluluskan permohonan parti Pejuang, kata Atory.

“Mahathir juga bimbang kalau partinya tidak menyokong Muhyiddin, Presiden PKR (Anwar Ibrahim) akan naik menjadi PM dan sebab itu juga Muhyiddin luluskan pendaftaran Pejuang,” katanya.

Ditanya sejauh manakah Pejuang pimpinan Mahathir mampu memenangi PRU15, Atory mengakui aura bekas PM itu kali ini tidaklah sehebat dahulu, namun beliau masih mempunyai pengaruh tersendiri.

Salawati Mat Basir.

“Oleh sebab beliau tak mahu berehat, akan ada juga sokongan daripada sebahagian rakyat yang taksub dengannya. Jadi perkara itu tidak boleh dihalang, itu minatnya, beliau pun sihat,” katanya.

Salawati Mat Basir dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut berkongsi pandangan sama.

“Pejuang dijangka akan memilih untuk bekerjasama dengan PN berbanding BN atau PH kerana Mahathir pernah berada dalam gabungan itu. Malah bekas parti yang diasaskan beliau, iaitu Bersatu berada dalam gabungan itu, jadi kemungkinan Pejuang bersama PN itu tinggi,” katanya.

Katanya, walaupun pendaftaran Pejuang diluluskan, parti itu bakal berdepan persepsi negatif rakyat susulan kegagalan Mahathir menunaikan segala janji selepas memenangi pilihan raya dan menerajui kerajaan PH selama 22 bulan.

Azizuddin Mohd Sani.

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Azizuddin Mohd Sani berkata, sukar untuk meramalkan Pejuang akan bekerjasama dengan pihak mana memandangkan langkah politik Mahathir sukar dibaca.

“Kalau Mahathir bekerjasama dengan Anwar sekali lagi, saya tidak terkejut. Beliau juga mungkin boleh kerjasama dengan Warisan dan MUDA.

“Untuk Mahathir bekerjasama dengan Umno-BN, termasuk dengan pemimpin kluster mahkamah, ia tidak mustahil kalau ada persetujuan bersama. Dengan PN pun tidak mustahil, sebab setelah Umno kata nak keluar PN, Bersatu perlu sokongan beliau.

“Mahathir ini cekap politik, beliau boleh cari jalan untuk berkompromi dengan musuh, bekerjasama untuk menang PRU,” katanya.

Kamarul Zaman Yusoff, juga dari UUM berkata, dengan pengalaman luas Mahathir, tiada siapa boleh memperkecil kemampuan beliau untuk mencipta kejutan.

Kamarul Zaman Yusoff.

“Ada kemungkinan walaupun Pejuang bergerak secara solo, Mahathir akan mengadakan kerjasama tidak rasmi dengan parti-parti tertentu bagi menjadikan peluang Pejuang untuk menang lebih tinggi.

“Sekalipun begitu, secara solo, kekuatan Pejuang hanya berkisar sekitar pengaruh peribadi Mahathir sahaja, menjadikan Pejuang hanya mampu memberi impak utama di negeri kelahiran beliau, iaitu Kedah,” katanya.

Beliau berkata, kecenderungan PH terhadap Anwar sebagai PM menyebabkan Pejuang dijangka akan cenderung kepada PN jika gabungan itu memberikan Mahathir peranan dalam kerajaan.

“Umum diketahui bahawa Mahathir sama sekali tidak akan membenarkan Anwar naik sebagai PM. Dalam keadaan begini, maka kemungkinan besar gabungan PN akan lebih berpeluang menang berbanding PH,” katanya.

Iskandar Hasan Tan Abdullah.

Sementara itu, Iskandar Hasan Tan Abdullah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan berkata, walaupun peluang Pejuang untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih besar, sukar baginya berbuat demikian di Parlimen atas faktor jentera dan keahlian.

“Malah kerusi Parlimen Melayu kurang berkemungkinan untuk pecah jika Pejuang bergerak solo. Tetapi kerusi Parlimen Melayu akan pecah jika Pejuang menyertai PH dan menentang PN dan BN,” katanya.

Selepas diluluskan pendaftarannya, Pejuang mensasarkan untuk meletakkan ramai calon bertanding di seluruh negara pada PRU15 di kerusi yang diyakini mampu dimenanginya.

Mahathir berkata, Pejuang juga bersedia meletakkan calon di kerusi Parlimen Langkawi yang kini diwakilinya.