POSTED BY AMIR WRLR
Timbalan Perdana Menteri (TPM)
yang baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin mempunyai pemikiran cetek
apabila berpesan kepada semua ahli politik agar tidak berpolitik dan menumpukan
usaha membantu kerajaan menangani pandemik Covid 19
Setiausaha Agung KEADILAN,
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas kenyataan TPM itu menegaskan
pandemik Covid telah masuk dua tahun dan kerajaan telah diberi peluang oleh
Yang di-Pertuan Agong menerusi kuasa Darurat, namun rakyat masih tidak melihat
hasilnya
"Dalam tempoh ini kerajaan
boleh buat undang-undang tanpa perlu Parlimen. Parlimen ditutup. Tiada lagi
semak imbang. Kerajaan boleh berbelanja tanpa perlu ke Parlimen.
"Kabinet dan Majlis
Keselamatan Negara boleh buat apa sahaja. Rakyat hanya terima. Tak kira yang
sokong atau tidak kena terima. Disuruh duduk rumah, tak boleh rentas negeri,
daerah, tak boleh kerja, tak boleh balik beraya, tak boleh ziarah ibu bapa.
Rakyat patuh," katanya dalam tulisan di Facebook.
Namun Saifuddin bertanya adakah
peluang yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, kakitangan kerajaan dan
rakyat itu digunakan sebaik-baiknya oleh kerajaan Perikatan Nasional
"Apakah hasilnya?
"Kes positif harian
meningkat. Kes positif petugas baris hadapan meningkat. Kes kematian meningkat.
Katil hospital tak cukup. Tong oksigen tak cukup. Katil ICU tak cukup.
Vaksinasi lembab tak capai sasaran dan ekonomi terus melemah.
"Manakala rakyat hilang
kerja, hilang pendapatan. Anak-anak sekolah kelam-kabut dengan PdPR. Kes bunuh
diri juga meningkat
"Ketika inilah tiba-tiba
Umno tarik sokongan kepada PM. Dek tergugat dan bimbang hilang kuasa dan takut
kerajaan tumbang, PM lantik Ismail jadi TPM dan Hisham menteri kanan!"
katanya.
Saifuddin yang juga Ahli
Parlimen Kulim Bandar Baharu meminta penjelasan adakah tindakan yang dilakukan
oleh Umno menarik sokongan dari kerajaan PN bukan berpolitik?
Katanya, tindakan itu tidak ada
kaitan dengan Covid 19 atau kelemahan ekonomi, melainkan politik survival Umno
menuju Pilihan Raya Umum ke 15.
"Umno tarik sokongan tak
ada kena mengena lawan Covid. PM lantik Ismail jadi TPM tak ada kaitan lawan
Covid. Bahkan sekelumit pun tak ada faedah kepada rakyat. Ini hanyalah langkah
PM nak selamatkan diri bukan selamatkan rakyat.
"Pesan saya kpd TPM :
Halakan pesan anda kepada PM, rakan-rakan dalam PN dan yang seangkatan,"
bidas Saifuddin.