MESTI MENTERI PH LENA KOT. NAK HARAP CYTRO PH BUAT KERJA.. SEKUPANG TAK BAGI... LANTAK HANGPA LA NOH..

 




Alif Kadir Al Katami


Berita baik macam ni kenapa cytro PH tak sambut eek? Oh! Diorang dah malas nak beriya sebab Menteri PH pun malas nak hargai diorang. Bila kalah 2 PRN, sibuk dok buat zoom laa, buat brainstorm laa. Upah bihun aje sapa nak layan weh. Henfon baru dok bagi kat geng Sumud hat terang-terang patuk kerajaan Madani balik.


Terkini dok galak suruh cabang-cabang buat ceramah kelompok pulak. Toyol mana laa nak datang dengar ceramah kelompok tu? Tanya.


Apapun, bagi ana ni berita amat baik sebab zaman PN-PAS tak merasa budak² ni elaun mcm ni. Ana dulu pun masuk tingkatan 6 tapi tak merasa elaun² ni. Katanya RM250 atau lebih? Tak tau lagi. Mcm biasiswa. Sayang kalau tak lambung isu ni. Tingkatan 6 & Matrikulasi dah boleh mengundi tau. Nak tengok aje? Nak syok sendiri lagi? SEPENGGAL...


Ariff Kadir Al-Katami

Bekas Tingkatan 6 Shariah

SMK Temerloh




Kok celah budak budak Pas laung sebagai membatal syariah Islam???

 





Antara seksyen seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang telah dicabar oleh Nik Elin dan telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan ialah:


1. Persetubohan dengan haiwan. 

2. Persetubohan dengan mayat


Wpun perbuatan tersebut Haram di segi syariah, namun hukuman yang diperuntukkan dalam Enakmen Syariah tersebut tidak sedikit pun merujuk hukum syarak. 


Yang kedua, jika ada sesiapa yang melakukan perbuatan tersebut, mereka boleh didakwa di bawah Kanun Kesiksaan dengan hukuman yang jauh lebih berat berbanding hukuman di bawah enakmen syariah.


Kok celah budak budak Pas laung sebagai membatal syariah Islam???




AWAT HANG TAK PI MELOMPAT MACAM KERA KENA BELACAN DEPAN PEJABAT MCA TU.. . APEK CINA KAT KEPALA BATAIH TU HANG BOLEH TURUN MELOMPAT LAK. ...


 




NI PULAK PELAQ PLA BAPAK HANG...

 Sejak era 1980-an, gaya politik keras seperti ini bukan perkara baharu.






Hudud dipertikai dari sudut pelaksanaan, lawan dituduh menolak hukum Allah. RUU355 diperdebatkan, muncul pula retorik “tanam di jirat Cina”. Kini isu judi bukan Islam, sampai mendoakan “mati pecah perut”.


Masalahnya, perbezaan ijtihad politik tidak semestinya bermaksud menolak hukum Allah. Syarak sendiri memberi ruang pertimbangan terhadap maslahat, kaedah pelaksanaan dan realiti masyarakat.


Sebab itu ulama sejak dahulu mengingatkan bahaya kecenderungan Khawarij: memonopoli kebenaran agama, kemudian menghukum pihak yang berbeza sebagai menentang Allah.


Dalam peristiwa Tahkim pada zaman Saidina Ali pun, Khawarij menggunakan slogan agama untuk menolak ijtihad yang berbeza.


Bila perbezaan politik terus ditukar menjadi hukuman agama, di situlah ekstremisme bermula.




KALAU BODO CAM GINI SAH MACAI UMNO



 



ADMIN PELAQ MANA KA KONONNYA NAK BACKUP AZEEZ MAMAK..SEKALI KENA TROLL...DIA OFF TERUS...MESTI PELAQ MACAI UMNO GAMAKNYA.





 

Sib baik ko off Komen..tidak memang kena PELAQ la...KEH KEH KEH...kalau parti jalang lebih kurang ja bodo nya.





FA 50 DALAM PROSES PERSIAPAN.

 

MMR


Perkembangan baru , 3 buah pesawat LCA FA-50M Tentera Udara Diraja Malaysia M58-15 , M58-09 dan M58-10 sedang dalam proses pemasangan bahagian2 di pesawat tersebut 







Di sebelah pesawat LCA FA-50M M58-15 ialah pesawat KF-21 yang ke 15 sedang dalam proses pemasangan juga dan selain itu, CEO syarikat Kai Aerospace Industries menyatakan bahawa mereka sedang tawarkan 30 buah pesawat KF-21 untuk perolehan MRCA Tentera Udara Diraja Malaysia yang akan pada masa dekat


Tidak lama lagi kumplan pertama 4 buah pesawat LCA FA-50M akan tiba di pangkalan Udara kuantan pada bulan Oktober ini 





P3RL3KEHKAN RCI TH - RAFIZI BALUN UNMO KOW-KOW


 

KALAH SAMAN JHUDI - DIA CARI PMX | SANUSI PELAQ


 

"KERAJAAN MADANI RAMPAS SEMULA RM 15 BILLION" ! PMX SEKOLAH PEMBANGKANG !


 

Islam paling mampu selesai masalah masyarakat majmuk, kata Hadi, bagaimana dengan rekod negeri SG4?

 




Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa parti itu telah menunjukkan bahawa Islam paling mampu menyelesaikan masalah masyarakat majmuk menerusi pentadbiran beberapa kerajaan negeri.

Dakwaan itu terkandung dalam tulisan Minda Presiden PAS bertajuk “Apa Makna Kemerdekaan”, yang turut menuduh banyak masalah negara gagal diselesaikan dalam era Pakatan Harapan.

Namun, dakwaan bahawa PAS “paling mampu” tidak boleh diukur melalui ceramah dan slogan semata-mata. Rekod pentadbiran di Kedah, Kelantan dan Terengganu juga perlu dibentangkan untuk dinilai rakyat.

Data Jabatan Perangkaan Malaysia bagi 2024 menunjukkan purata pendapatan isi rumah negara ialah RM9,155 sebulan. Terengganu merekodkan RM7,627, manakala Kedah hanya RM5,793 dan Kelantan RM5,265.

Kedah berada di kedudukan ke-15, manakala Kelantan tercorot daripada 16 negeri dan wilayah yang disenaraikan. Angka itu menimbulkan persoalan besar terhadap dakwaan keupayaan PAS menyelesaikan masalah ekonomi rakyat.

Bagi kadar kemiskinan mutlak pula, Kelantan mencatatkan 11.5 peratus dan Kedah 8.5 peratus pada 2024. Kedua-duanya masih lebih tinggi daripada kadar nasional sebanyak 5.1 peratus.

Terengganu menunjukkan pencapaian lebih baik dengan kadar kemiskinan 4.8 peratus. Ini bermakna rekod tiga negeri PAS tidak seragam dan tidak wajar semuanya dibungkus sebagai satu kejayaan besar.

Harus diakui kadar kemiskinan di ketiga-tiga negeri itu telah berkurangan berbanding 2022. Namun, Kelantan yang diperintah PAS selama lebih tiga dekad masih berdepan pendapatan isi rumah paling rendah dan kadar kemiskinan kedua tertinggi di Semenanjung.

Masalah bekalan air Kelantan juga belum dapat dipisahkan daripada rekod pentadbiran negeri itu. Kadar air tidak berhasil atau NRW Kelantan pada 2023 mencecah 54.5 peratus—bermakna lebih separuh air terawat tidak sampai sebagai hasil kepada operator.

Kerajaan Persekutuan terpaksa menyediakan geran RM69.18 juta melalui Program NRW Kebangsaan, selain meluluskan projek dan pembiayaan bernilai ratusan juta ringgit bagi membantu memperbaiki sistem bekalan air Kelantan.

Memang benar kemiskinan, pendapatan dan pembangunan infrastruktur bukan tanggungjawab kerajaan negeri sahaja. Faktor dasar Persekutuan, keadaan ekonomi dunia dan struktur ekonomi setiap negeri turut memberikan kesan.

Namun, apabila PAS sendiri mendakwa paling mampu menyelesaikan masalah masyarakat, parti itu juga perlu bersedia dinilai melalui ukuran yang sama—peluang pekerjaan, pendapatan rakyat, pelaburan, bekalan air dan mutu perkhidmatan asas.

Jika Terengganu mampu mencatatkan kadar kemiskinan lebih baik, apakah dasar yang boleh dicontohi Kedah dan Kelantan? Jika PAS benar-benar paling mampu, mengapa jurang pendapatan dan masalah asas masih menghantui negeri yang paling lama diperintahnya?

Kemampuan mentadbir masyarakat majmuk akhirnya tidak ditentukan oleh siapa paling lantang bercakap mengenai agama. Ukurannya ialah sama ada setiap rakyat, tanpa mengira kaum dan agama, menikmati kehidupan lebih baik di bawah pentadbiran tersebut.






MOF jawab Sanusi: Tiada lesen judi baharu, Kerajaan PN naikkan kadar judi cabutan khas

 


Kementerian Kewangan (MOF) tampil menjelaskan isu lesen perjudian susulan kenyataan Menteri Besar Kedah yang menurut kementerian itu boleh memberi gambaran mengelirukan mengenai pendirian Kerajaan MADANI.

Dalam kenyataan media bertarikh 27 Ogos 2026, MOF menegaskan Kerajaan MADANI tidak pernah mengawal aktiviti perjudian dengan meluluskan lesen baharu atau menambah bilangan premis perjudian di negara ini.

MOF turut mengingatkan bahawa sepanjang pentadbiran Kerajaan Persekutuan dari 2020 hingga 2022, termasuk ketika PAS menjadi sebahagian kerajaan, tidak pernah ada keputusan untuk mengharamkan aktiviti perjudian berlesen di seluruh negara atau memansuhkan lesen sedia ada.

Menurut rekod yang dikemukakan MOF, kerajaan Pakatan Harapan pada 2020 telah mengambil langkah mengurangkan kekerapan cabutan khas daripada 22 kali kepada lapan kali setahun.

Bagaimanapun, MOF berkata ketika pentadbiran Perikatan Nasional dan Barisan Nasional pada 2020, keputusan dibuat untuk meningkatkan atau mengembalikan semula kekerapan cabutan khas kepada 22 kali setahun.

Selepas Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada penghujung 2022, keputusan terawal yang dibuat adalah membatalkan peningkatan berkenaan.

Mulai Januari 2023, kekerapan cabutan khas diturunkan semula daripada 22 kali kepada lapan kali setahun, menurut kenyataan kementerian itu.

MOF turut menegaskan kerajaan sekarang tidak pernah mengeluarkan lesen atau permit perjudian baharu dan tidak menambah bilangan kedai perjudian baharu. Lesen dan permit yang masih berkuat kuasa adalah berdasarkan kelulusan sedia ada sejak tahun 1990-an.

Pada masa sama, kementerian berkata syarat ketat dikenakan kepada pemegang lesen, selain kawal selia terhadap aktiviti perjudian berlesen terus diperkukuh.

MOF menegaskan pendekatan Kerajaan MADANI adalah untuk mengehadkan aktiviti perjudian berlesen, memastikan kawal selia yang ketat serta memperhebat tindakan terhadap perjudian tanpa lesen dan perjudian dalam talian.

Penjelasan itu secara langsung mempertikaikan gambaran daripada kenyataan Menteri Besar Kedah mengenai isu perjudian dan meletakkan semula persoalan kepada rekod pentadbiran terdahulu — khususnya keputusan mengembalikan cabutan khas kepada 22 kali setahun ketika PN dan BN mentadbir kerajaan Persekutuan.






Saravanan mengaku tidak bersalah terima suapan RM1.097 juta untuk kouta pekerja asing

 


Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1.097 juta berkaitan kelulusan 1,000 kuota pekerja asing.

Pengakuan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Tapah berkenaan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi.

Pertuduhan tersebut mencetuskan persoalan kerana sehari sebelum didakwa, Saravanan dilaporkan menafikan bahawa beliau mempunyai kuasa atau terlibat dalam kelulusan pengambilan pekerja asing.

Saravanan ketika beliau menjadi Menteri Sumber Manusia untuk meluluskan permohonan 1,000 kuota pekerja asing bagi TYKB Engineering Sdn Bhd.

Bagi pertuduhan pertama, Saravanan didakwa menerima wang tunai RM150,000 daripada Pengarah Vectica Resources Sdn Bhd, Tan Teck Lim, melalui Syed Amirul Syed Ahmad.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bukit Jalil Golf & Country Resort pada 16 Jun 2022.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima RM350,000 daripada individu sama melalui Syed Amirul di Jalan Telawi 3, Bangsar pada 7 Julai 2022.

Pertuduhan ketiga pula melibatkan RM597,000 melalui sekeping cek Maybank Islamic yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Big Seven Ventures Sdn Bhd pada tarikh sama.

Ketiga-tiga transaksi itu didakwa mempunyai tujuan yang sama—mendapatkan kelulusan kuota bagi membawa masuk 1,000 pekerja asing.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, Saravanan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Sebelum ini, Timbalan Presiden MIC itu menyifatkan tuduhan terhadapnya sebagai tidak berasas. Beliau turut mendakwa beberapa individu telah ditekan untuk mengaitkannya dengan kes tersebut.

Namun, dakwaan Saravanan mengenai ketiadaan kuasa meluluskan kuota serta tuduhan bahawa saksi ditekan masih belum diputuskan oleh mahkamah.

Perbicaraan kelak dijangka memberikan jawapan kepada persoalan utama—siapakah sebenarnya yang mempunyai kuasa meluluskan 1,000 kuota berkenaan dan mengapa RM1.097 juta didakwa bertukar tangan?

Saravanan kekal tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah.






TERIMA KASIH DERIS SAGON...DAN LAIN LAIN WAKIL PAS MASA MELANTIK PARA JEMAAH RCI...


Saiful Izham Ramli







 Terimakasih PAS, khususnya YB Idris Ahmad & YB Datuk @Marzuk_Shaary kerana menjadi tulang belakang penting dalam MELANTIK kesemua anggota RCI Tabung Haji pada 21 Januari 2022. 


Hari ini semuanya terburai sudah. Tlg peringat kat YB SUA PAS, jangan dok gatai2 mintak nak buat RCI semula. Tubuh, Siasat & selesai Siasatan semuanya zaman Tebuk Atap UMNO/PAS/PPBM/PN/BN 2022. Zaman la ni baru nak boleh habaq kat orangramai. Buat malu jemaah ja dia ni....


Tlg peringat kat YAB Nusi sama, jangan dok buang tebiang, punya la nak kalih focus umat terhadap isu PENGKHIANATAN amanah Tabung Haji ni dengan spin isu Judi di Kedah. Nanti Ada la geng2 kutu mana ntah ungkit balik kisah lama cabutan Khas Judi yang naik dari 8 Kali ke 22 Kali setaun masa zaman PN/BN merintah.....


Pikiaq2 la sendiri noooo......






RELAX JA MENTERI PH BILA SANUSI KATA APA PUN..KELUAR KENYATAAN AKHBAR DIKITA SUDAH MENCUKUPI. ANWAR DAH KATA..KALAU TAK MAMPU BAIK LEPAS JAWATAN.


CnP





 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐚𝐥 𝐧𝐢 𝐚𝐤𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚,𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐚𝐮 𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧,𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢??? 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧?? 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐬𝐚𝐚𝐭 𝐚𝐤𝐮 𝐮𝐩 𝐬𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐧𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐟𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐮𝐝𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢 𝐧𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢 𝐤𝐡𝐮𝐬𝐮𝐬𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢..𝐤𝐢𝐫𝐚 𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐮𝐝𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫,𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐝𝐮𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧..𝐤𝐢𝐫𝐚 𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐟𝐢𝐭𝐧𝐚𝐡 𝐫𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢,𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐚𝐩𝐚 𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐲𝐠 𝐡𝐚𝐫𝐮𝐬 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐦𝐮𝐥𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢..

#𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐤𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢

#𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐩𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.






@paksidunia Subscribe Umno dan Pas tepuk tangan


 

@thekapitanMY ANJING MENYALAK TAKDA GIGI


 

@ALFAHCHANNELTV Subscribe Kalau Sokong Kito Boleh Belako!!!


 

@namihareztv96 Subscribe SELAYANG VISION NAMI HAREZ Pasar


 

@LensaTv3 Subscribe Bukan Kerajaan Madani Yang Tubuhkan RCI


 

@jejarisepuluh Subscribe Warga asing boleh berniaga tapi orang


 

RENTASAN 1208 | PANAS!! ISU KAPAL OPV 'LESAP': AZEEZ RAHIM SANGGAH KENYATAAN SENDIRI?


 

MEREKA RASA TIDAK BERSALAH ? MACAM MEREKA TIDAK BUAT APA APA.


 

RENTASAN 1208 | PANAS!! ISU KAPAL OPV 'LESAP': AZEEZ RAHIM SANGGAH KENYATAAN SENDIRI?


 

"BILA MASUK BALIK, TERUS HURU HARA PERPADUAN" ! LOKMAN RESPON KJ ?


 

LEBAI NI BUKAN DAH KENA SAMAN KAH ? AWAT BODO SANGAT ENTAH.‘18PG bukan 18SX pehe dop’ -Netizen ‘sekolahkan’ Ustaz Pas lepas dakwa PMX mahu musnahkan ummah

 


‘18PG bukan 18SX pehe dop’ -Netizen ‘sekolahkan’ Ustaz Pas lepas dakwa PMX mahu musnahkan ummah

Kenyataan seorang pemimpin Pas, Ahmad Dusuki Abdul Rani yang mendakwa klasifikasi filem 18PG yang kini tidak akan lagi dipotong sebagai usaha PMX untuk “memusnahkan ummah” mencetuskan kritikan hebat terhadap beliau.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Dusuki mendakwa keputusan berkaitan tayangan filem berkenaan menunjukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu “meliberalkan ummah”.

“Beginilah cara PMX menghancurkan dan memusnahkan ummah. Tak terasa terancam lagi ke? Generasi akan datang dimusnahkan sekarang, tayangkan sahaja apa yang patut ditayang.

“Atas nama kebebasan dan apa sahaja untuk meliberalkan ummah ini. Kalian akan dapat dosa yang berpanjangan sehinggalah ke alam mahsyar nanti,” kata bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas itu dalam perkongsian di sosia media.

Hantaran itu bagaimanapun mengundang kecaman balas dengan ramai yang secara sinis meminta pemimpin Pas itu terlebih dahulu memahami perbezaan antara klasifikasi 18PG dan 18SX.

“18PG bukan 18SX. Mu pehe dop?” kata seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna menjelaskan bahawa kategori 18PG tidak semestinya merujuk kepada kandungan seksual, sebaliknya filem dalam kategori tersebut boleh mempunyai unsur lain yang memerlukan bimbingan atau pertimbangan penonton.

“PG tu usually content ganas… fighting scene, murder scene, hantu hodoh, darah, war scene. Mungkin belajar beza dulu kot,” katanya.

Sindiran lebih pedas turut muncul apabila seorang pengguna berkata, “18PG tu sensor mayat… 18SX baru sensor p***r,” sebagai sindiran terhadap kekeliruan mengenai kedua-dua klasifikasi tersebut.

Malah, ada netizen yang menegaskan isu berkenaan tidak wajar terus dikaitkan dengan Anwar kerana klasifikasi filem dibuat berdasarkan kandungan filem, bukan semata-mata pendirian politik Perdana Menteri.

Adajuga netizen yang mengingatkan bahawa kategori 18 tidak bermaksud semua filem berkenaan mempunyai kandungan seksual.

“PG18 bermaksud parental guidance. Atau di Malaysia dikategori filem tu sebagai Perang dan Ganas. Otak ko fikir apa?” komen seorang lagi pengguna.




PMX teruskan siri muzakarah, pastikan dasar kerajaan dipandu ilmu dan nasihat ulamak

 


Dalam kesibukan menguruskan pentadbiran negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersama golongan agamawan sempena sambutan Maulidur Rasul, hari ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, Anwar berkata beliau meneruskan siri muzakarah bersama para agamawan untuk mendengar nasihat, menimba hikmah dan menyelami pandangan mengenai perjalanan serta masa depan Islam di Malaysia.

Menurut Anwar, dialog seperti itu bukan sekadar pertemuan tetapi ruang untuk bermuhasabah agar setiap ikhtiar kerajaan sentiasa dipandu ilmu, diluruskan dengan nasihat dan diperhalusi mengikut keperluan umat serta tuntutan zaman.

Dalam kesempatan itu, beliau turut berpeluang bertemu Syeikh Dr Muhyiddin Awwamah yang mewakili Darul Hadis al-Awwamiyyah.

Syeikh Dr Muhyiddin merupakan anakanda kepada ulama besar dan pakar hadis tersohor, Al-‘Allamah Syeikh Muhammad bin Awwamah.

Anwar turut menzahirkan penghargaan atas beberapa kitab karya ayahanda Syeikh Dr Muhyiddin yang diterimanya sebagai pemberian.

Beliau menyifatkan pemberian itu bukan sekadar naskhah bertinta, tetapi warisan ilmu yang menghubungkan generasi serta menyambung mata rantai tradisi keilmuan Islam.

Anwar berkata, beliau berharap pertemuan itu menjadi jalan kecil menuju manfaat yang lebih besar.

“Agama sentiasa subur apabila kekuasaan sudi mendengar suara ilmu, dan ilmu terus menjadi pelita kepada perjalanan umat,” katanya.