Anwar mahu jadikan PRK Kajang landasan pertumbuhan ekonomi

Anwar mahu jadikan PRK Kajang landasan pertumbuhan ekonomi

(Lyn Nasir)
n25_kajangPUCHONG 9 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mahu menjadikan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Selangor, selain menangkis isu perkauman yang kini menjadi agenda Umno BN.

“Jika ditanyakan kepada saya adakah saya sanggup untuk hadapi risiko dalam politik, ya kerana saya tidak mahu mengorbankan rakyat.

“Saya juga nak jadikan Kajang sebagai landasan perlaksanaan pertumbuhan ekonomi, ada jaminan untuk setiap anak Selangor dan hak dapat dipertahankan.

“Takkan izinkan sesiapa pertikaikan hak sama ada dia Melayu, Cina, India atau orang Asli serta bangsa lain seperti Kristian yakin bahawa kita takkan khianati amanah dan hak mereka,” jelasnya dalam syarahan bertajuk “The Asian Renaissance Courses di Dewan Reformasi Demokrasi dan Upaya Masyarakat, Puchong hari ini.

Merujuk kepada pemerintahan di zaman Saidina Umar Al Khatab, Anwar berkata tiada makna demokrasi sekiranya pemerintah tidak  berlaku adil kepada semua rakyat.

Beliau merujuk kejadian di mana Saidina Umar melepaskan seorang pencuri daripada hukuman potong tangan, sebaliknya mencari keadilan atas kesalahan tersebut.

“Saidina Umar berkata, kalau kamu (pencuri) mencuri lagi, saya akan memotong tangan orang kaya kerana membiarkan rakyat susah sehingga terpaksa mencuri,” kata Anwar.

Beliau dalam pada itu membidas tindakan kerajaan menaikkan harga barang keperluan harian, sedangkan pendapatan rakyat tidak meningkat, termasuk harga padi bagi golongan pesawah.

“Kita tengok sekarang ni harga barang naik, gula naik, minyak naik, ikan naik, sayur naik kecuali kangkung.
“Mungkin anak muda di KL tidak pernah terfikir akan perkara ini, tapi kalau kita di tempat mereka (pesawah), apa yang kita akan rasa?,” soalnya menambah BN hanya mengkayakan kroni seperti jutawan beras, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

“Sebab itu demokrasi tidak bermakna kalau negara tidak mengamalkan keadilan dan keadilan itu tidak mungkin berlaku jika tidak mengaitkan dengan semua kaum,” ujarnya.


“Tapi apa yang berlaku hari ini, curi balak RM1 juta, kes PKFZ, semuanya dinaikkan pangkat. Yang menjadi mangsa secara berterusan adalah rakyat dan di mana keadilannya?,” soalnya.

Anwar Ibrahim: Mahu Orang Cina Hormat Bahasa & Islam, Tapi Saya Pun Kena Hormat Orang Cina


PRK KAJANG: ANWAR. Pertahan Selangor daripada dirampas Umno-BN


Pertahan Selangor daripada dirampas Umno-BN

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar menyeru seluruh pemimpin dan rakyat Selangor agar bangkit mempertahankan hak setiap rakyat negeri itu daripada dirampas Umno-BN yang menunggu peluang untuk berbuat demikian.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika melancarkan jentera PRK Kajang di Dataran Prima Saujana di sini malam tadi.

Anwar juga menemplak golongan yang mendakwa diri mereka sebagai memperjuangkan Islam dan Melayu tetapi pada masa sama menunjukkan moral diri yang rendah kepada golongan bukan Islam.

“Terangkan tentang Islam tidak mahu, perangai teruk, maki orang, fitnah orang, aibkan orang, tunjuk punggung pada orang; kemudian kamu kata, kami pejuang pembela Melayu dan Islam,” kata Anwar lagi.

Beliau turut mengingatkan haram bagi rakyat negara ini terus menyokong mana-mana pihak bernafsu sama ada memegang jawatan mahu pun mempertahankan jawatan sedia ada dalam pentadbiran kerajaan disebabkan nafsu membolot kekayaan untuk diri sendiri.

Peringatan Anwar yang juga Ketua Umum PK itu turut terpakai terhadap mana-mana pemimpin PR termasuk beliau sendiri yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.~ Selangor Ku

“Bagi orang tengok selepas ini, bagi setahun dua, orang Negeri Sembilan, orang Perak boleh tengok Selangor. Kita tunjukkan Selangor mempunyai lanskap politik, ekonomi, kebersihannya yang betul-betul berubah,” katanya.


Kredit buat Pakatan Harapan Rakyat  from FB Laman reformasi Laman rakyat

Persatuan guru tetap akan protes walaupun kementerian ajak berunding

Persatuan guru tetap akan protes walaupun kementerian ajak berunding

 Sistem SPPBS adalah sebahagian daripada dasar reformasi pendidikan negara dan diperkenalkan bagi membentuk pelajar holistik yang bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran akademik. – Gambar fail. Sistem SPPBS adalah sebahagian daripada dasar reformasi pendidikan negara dan diperkenalkan bagi membentuk pelajar holistik yang bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran akademik. – Gambar fail.Sebuah persatuan guru tetap akan meneruskan protes di hadapan Kementerian Pendidikan bagi mendesak sistem pentaksiran pelajar yang baru dimansuhkan, walaupun kerajaan meminta mereka kembali ke meja dialog.

Mohd Nor Izzat Mohd Johari, jurucakap kepada Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) berkata, mereka bertegas dengan pendirian mereka agar Sistem Pentaksiran Pelajar Berasaskan Sekolah (SPPBS) dimansuhkan sebelum ia dilaksanakan terhadap pelajar Tingkatan Tiga tahun ini.
Ini kerana pelajar tingkatan tiga seluruh negara akan menduduki peperiksaan penting Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada akhir tahun ini.
“Masa sudah kita berikan selama tiga tahun. Akan tetapi apa yang dibuat oleh kementerian yang dikatakan membuat penambahbaikkan kepada PBS bukan menyelesaikan masalah, tetapi menutup kelemahan PBS itu sendiri.

“Kenyataan (Menteri Pendidikan II) Datuk Seri (Idris Jusoh) yang menyatakan masalah ini boleh dibawa bincang itu saya sifatkan sebagai kenyataan hipokrit.

“Respon saya kepada Datuk Seri, kita tunggu 22 Februari 2014 ini. Saya jemput Datuk Seri untuk hadir bersama kalau beliau rasa mahu berbincang,” kata Mohd Nor Izzat, merujuk kepada tarikh protes tersebut.

Dilaporkan sebelum ini  SGMM berharap 200 guru akan turun bersama mereka bagi mendesak kementerian memansuhkan SPPBS, yang selama ini dilanda pelbagai kontroversi.
Protes oleh para guru itu boleh dikatakan jarang sekali dilakukan golongan itu, yang juga merupakan penjawat awam kerajaan persekutuan.

Protes tersebut dijadualkan akan berlangsung di hadapan pejabat kementerian di Putrajaya pada hari Sabtu, 22 Februari.

Ini supaya tidak menggangu perjalanan waktu sesi sekolah dan bagi memberi peluang guru di seluruh negara untuk hadir.

Di dalam respon beliau pada Februari 7, Idris meminta agar kumpulan tersebut menghentikan rancangan mereka selain menyuarakan pendapat mereka kepada kementerian melalui saluran yang lain.

“Jangan... tidak perlu (adakan bantahan). Apa masalahnya beritahu kami, kerana ini sistem yang dikehendaki, selepas dahulu berkata kami terlalu ke arah peperiksaan. Ini satu perubahan yang baik dan kalau ada yang tidak kena beritahulah dan kami akan baiki.

"Guru boleh beritahu apa masalah sebenarnya kepada Lembaga Peperiksaan dan Ketua Pengarah Pelajaran, malah dengan saya juga boleh. Kami berharap anda jangan gopoh dan beri masa kepada kementerian untuk laksanakannya (penambahbaikan PBS)," katanya dilaporkan Bernama.

SPPBS mula dilaksanakan pada peringkat darjah satu di semua sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan pada 2011.

Setahun kemudian, ia dilaksanakan pada peringkat tingkatan satu di semua sekolah.
Sistem tersebut adalah sebahagian daripada dasar reformasi pendidikan negara dan diperkenalkan bagi membentuk pelajar holistik yang bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran akademik.
Berbanding dengan sistem lama, tiada peperikasaan tahunan di bawah SPPBS.

Prestasi pelajar dinilai setiap hari dengan menggunakan satu garisan markah enam peringkat yang dinamakan “band”.

Pelajar di dalam Band Satu (paling rendah) diklasifikasikan sebagai memahami subjek yang diajar, manakala Band Enam (paling tinggi) diklasifikasikan sebagai “mithali”.

Data mengenai prestasi pelajar dimasukkan setiap hari oleh guru ke dalam satu pangkalan pusat.
Pelajar tingkat tiga tahun ini adalah kelompok pertama pelajar menengah yang melalui dua tahun SPPBS, mulai 2012.

Mohd Nor Izzat yang mengajar pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Pahang berkata, antara isu utama adalah bagaimana guru hendak menyediakan pelajar tingkatan tiga bagi menghadapi PMR, yang merupakan legasi sistem lama yang berasaskan peperiksaan.

Biasanya, PMR menilai pengetahun pelajar terhadap subjek yang dipelajari selama tiga tahun mulai tingakatan satu.

Tetapi persoalannya sekarang adalah adakah PMR kali ini akan mengikut sistem lama atau sistem baru.

Mohd Nor Izzat yang mengajar pendidikan seni berkata, taklimat terbaru oleh kementerian beberapa minggu lepas masih tidak dapat menjawab soalan ini dan menenangkan kekeliruan guru.

Taklimat tersebut menunjukkan kementerian masih tidak mengambil ketetapan berhubung format, bentuk dan jadual PMR.

“Mereka hanya mempunyai cadangan tetang tarikh PMR, format kertas peperiksaan, sistem penilaian dan sebagainya. Tetapi tiada ketetapan.


“Dan kita sudah berada dalam bulan kedua tahun persekolahan dan guru masih tidak mahu bagaimana hendak menyediakan pelajar dan apa yang patut diajar. Kita dah buang banyak masa.” – 9 Februari, 2014.


NGO tawar RM1,200 tampar Najib?

najib razak dan mahathir


Berikutan isu Menteri KDN Zahid Hamidi enggan siasat ugutan tampar Teresa Kok: Kepada admin MRM Teresa Kok pun satu melampau guna CNY untuk hasil video satira yg tiada kaitan langsung dengan CNY tak kena tempatnya dan ini adalah cara politik mengajarnya.
Ana Ghoib yang salah kita kata salah bukan susah….Orang bijak ialah mereka yg bercakap dengan raja sultan perdana dan si miskin gelandangan dengan nada dan bahasa biasa sahaja. Renungkan….
Baca apa kata Lim Kit Siang di bawah yang mencabar minda melayu UMNO terhadap isu ini:
Soalan ajaib: “Bayangkan apa tindakan Polis jika ada enam NGO membuat demonstrasi tengah hari kelmarin dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” tanya Ahli Parlimen Gelang Patang, Lim Kit Siang.

Di samping itu, katanya dikemukakan bukti bergambar bagi tindakan itu, diikuti dengan tindakan melumur darah ayam ke atas sepanduk memuatkan gambar menteri-menteri Umno, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kalau demonstrasi sedemikian terjadi, sudah tentu seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia, diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri, akan mengerumuni 30 penunjuk perasaan daripada enam NGO terbabit dan semua mereka akan terus disumbat ke dalam lokap, disiasat dengan teliti dan dengan pantas didakwa,” ujarnya yang juga Ketua Parlimen DAP dalam satu kenyataan.
Ini, katanya kerana bukan saja melanggar Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi notis 10 hari untuk perhimpunan tersebut, malah mereka juga akan didakwa kerana melakukan jenayah yang ‘menjejaskan’ demokrasi berparlimen menurut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 1012 (Sosma), Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, dan sebagainya, dan kemungkinan semua yang terlibat itu akan merengkok lama dalam penjara.

Berikut kenyataan penuh Lim Kit Siang.

Bayangkan apa tindakan Polis jika ada enam NGO membuat demonstrasi tengah hari kelmarin dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengemukakan bukti bergambar bagi tindakan itu, diikuti dengan tindakan melumur darah ayam ke atas sepanduk memuatkan gambar menteri-menteri Umno, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Kalau demonstrasi sedemikian terjadi, sudah tentu seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia, diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri, akan mengerumuni 30 penunjuk perasaan daripada enam NGO terbabit dan semua mereka akan terus disumbat ke dalam lokap, disiasat dengan teliti dan dengan pantas didakwa, bukan saja kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi notis 10 hari untuk perhimpunan tersebut, malah mereka juga akan didakwa kerana melakukan jenayah yang ‘menjejaskan’ demokrasi berparlimen menurut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 1012 (Sosma), Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, dan sebagainya, dan kemungkinan semua yang terlibat itu akan merengkok lama dalam penjara.

Malah, kemungkinan enam NGO yang diwakili oleh 30 orang itu dengan pantas akan disumbat ke dalam “Black Maria” sehingga tidak sempat menyembelih ayam dan malah tidak sempat pun berhimpun kerana polis telah mendapat maklumat tentang rancangan mereka jauh lebih awal.

Tidak diragui lagi bahawa Cawangan Khas Polis Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia di kalangan unit khas sejenisnya, berkat warisan penjajah British dan kedudukan istimewanya dalam hirarki polis dengan himpunan maklumat risikan yang dikumpul dengan tujuan utama melindungi rejim yang berkuasa sekarang, sedangkan dalam masyarakat yang benar-benar demokratik, perkara paling utama bagi polis ialah untuk memelihara demokrasi berparlimen dan hak asasi manusia.

Tidak masuk akal sama sekali jika polis tidak mendapat apa-apa maklumat tentang demonstrasi kelmarin sebelum wakil-wakil media cetak dan media elektronik turun memberikan liputan penuh tentang demonstrasi itu yang diisi dengan acara menyembelih ayam dan melumur darah – jika benar polis tiada maklumat awal, maka Cawangan Khas patut dirombak sepenuhnya dan malah pengarah Cawangan Khas sepatutnya dipecat.
Namun, saya tahu Cawangan Khas adalah cekap, bererti polis telah mendapat maklumat awal tentang demonstrasi yang dirancang oleh enam NGO yang menggelar diri mereka sebagai Majlis NGO Islam, terdiri daripada Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah (Pekida), Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Sehingga kini, Polis dan juga kerajaan Barisan Nasional membisu seribu bahasa tentang demonstrasi kelmarin yang melampau, menghasut, dan secara terbuka mengapi-apikan kebencian perkauman dan keagamaan untuk mencetuskan satu lagi peristiwa 13 Mei dalam negara berikutan video “Onederful Malaysia CNY 2014” yang mengkritik kegagalan dan kelemahan kerajaan Barisan Nasional tanpa mengaitkan mana-mana kaum atau agama.

Video Teresa didakwa anti-Melayu dan anti-Islam. Saya telah menjemput pihak yang membuat dakwaan sebegini untuk tampil secara terbuka menunjukkan di bahagian mana video itu anti-Melayu dan anti-Islam.

Jika mereka boleh menunjukkan ada bahagian dalam video itu yang anti-Melayu dan anti-Islam, saya secara terbuka akan meminta Teresa untuk mengambil tindakan yang wajar. Namun, sehingga kini belum ada siapa menyambut permintaan saya.

Paling menyedihkan, dua pemimpin MCA yang baru dipilih untuk memegang jawatan tertinggi, iaitu Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong, seperti pemimpin-pemimpin MCA yang lain yang menurut jejak Barisan Nasional menyerang video Teresa, gagal menunjukkan di bahagian mana video itu anti-Melayu atau anti-Islam, tetapi mereka terus menggalakkan dan malah membantu protes puak ekstremis terhadap video Teresa.

Saya percaya semua rakyat Malaysia yang sihat akal fikirannya berhak untuk bertanya kepada KPN, Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri, serta pimpinan Umno dan MCA mengapa layanan berbeza akan diberikan jika ada enam NGO menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Perdana Menteri dan melumur darah pada sepanduk bergambar Menteri Umno berbanding layanan yang diberikan terhadap enam NGO kelmarin yang menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Teresa Kok dan melumur darah pada sepanduk yang memaparkan wajah pemimpin Pakatan Rakyat.

Sikap pilih bulu diamalkan oleh polis dan institusi utama negara, sedangkan mereka seharusnya bersikap tidak berpihak, saksama, dan profesional. Keadaan ini membuatkan rakyat semakin tidak yakin akan adanya urus tadbir yang baik, kebertanggungjawaban dan ketelusan di Malaysia. KL Today

Nalla buat laporan polis, dakwa ada pihak cuba halangnya bertanding di Kajang


datuk nallakarupan

KUALA LUMPUR: Senator Datuk S. Nallakarupan (gambar) membuat laporan polis mendakwa ada pihak cuba mengganggu dan menghalang beliau daripada bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) itu, yang diiringi tujuh penyokong, membuat laporan di Balai Polis Daerah Sentul pada 3 petang.Nallakarupan memaklumkan pemberita laporan itu bagi membolehkan polis menyiasat gangguan terhadapnya yang didakwa 
bertujuan menghalang hasrat beliau untuk bertanding seperti diumumkan kepada media Selasa lepas.PRK itu diadakan setelah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletak jawatan pada 27 Januari lepas.Selain Nallakarupan, yang juga Anggota Dewan Negara, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut kerusi DUN Kajang pada 23 Mac ini.
Nallakarupan pernah mendakwa pemimpin pembangkang itu tidak layak menjadi pemimpin atas alasan masalah moral. – Bernama

Usaha singkir Najib, bukti ahli Umno pentingkan diri sendiri


Mahfuz OmarKUALA LUMPUR 8 FEB: Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, usaha menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang direncanakan pihak tertentu dalam Umno menunjukkan sikap ahli parti itu yang mementingkan diri.

“Terdapat kelompok yang berpendapat bahawa perlu untuk menjatuhkan Najib sebelum Umno ditolak secara keseluruhan. Saya lihat golongan ini mementingkan diri sendiri.

“Najib pula hanya melaungkan retorik transformasi. Hakikatnya tiada tindakan ke arah peningkatan taraf hidup rakyat. Orang Umno sendiri marah dengan Najib.

“Jadi, ada pihak menggunakan isu ini dan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Najib,” kata Mahfuz kepada Keadilandaily.

Dalam pada itu, Mahfuz turut mengulas tindakan bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang banyak mengkritik kepimpinan Najib.sejak kebelakangan ini.



Namun ia dilihat tidak ikhlas kerana seolah-olah bertujuan menaikkan anaknya (Mukhriz) walaupun Umno sendiri telah menolaknya pada pemilihan yang lalu.









“Saya rasakan Mahathir perlu tegur kepimpinan Najib untuk kebaikan negara. Bukan untuk kepentingan anaknya (Mukhriz). Anaknya sudah ditolak parti pada majlis pemilihan Umno yang lepas,” katanya.