PERTANYAAN KEPADA HISHAMMUDDIN, SYARIKAT SIAPA DIBERI KONTRAK BEKAL HELIKOPTER?




Berikutan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyatakan kementeriannya sedang menimbang untuk membawa ke mahkamah berhubung pembelian enam helikopter bernilai lebih RM300 juta oleh pentadbiran terdahulu, namun masih belum diterima, perkara itu segera mengundang respon pantas daripada bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein.

Beliau mempertikaikan kenyataan Mohamad Sabu itu dengan mendakwa ia sengaja dijadikan polemik serta isu.

“Sebenarnya tidak sampai atau tidak mahu terima? Kalau betul telah 98 peratus siap dan sudah dibayar, terima sahajalah helikopter tu.

“Apa masalahnya lagi sampai perlu tangguh, kemudian reka pelbagai isu dan polemik?

“Ini yang saya sering sebut sebelum ini, jangan disebabkan hendak bermain politik, keselamatan rakyat Sabah diperjudikan,” katanya katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Bagaimanapun, dalam jawapan balas kepada Hishammuddin oleh Kementerian Pertahanan semalam, isu itu nampaknya lebih daripada yang kita jangkakan.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, kelewatan penerimaan helikopter tempur ringan MD530G kerana ia mengalami pelbagai masalah teknikal dengan syarikat pembuat asal (OEM).

“Semasa pembinaan helikopter tersebut, kerajaan telah mengkaji semula kesesuaian alatan serta spesifikasi dan mendapati pindaan dan perubahan perlu dibuat agar helikopter yang diterima memenuhi keperluan agensi.

“Berdasarkan kepada kontrak asal, syarikat telah gagal mematuhi obligasi utamanya iaitu menghantar enam buah helikopter.

“Tarikh penghantaran bagi helikopter tersebut juga telah dipinda sebanyak tiga kali, namun tiada sebuah helikopter pun yang telah diserahkan kepada kerajaan sehingga hari ini,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut Kementerian Pertahanan juga, kerajaan telah membuat pembayaran kepada syarikat itu sebanyak RM112.6 juta yang bersamaan dengan 35 peratus daripada RM321.9 juta nilai keseluruhan kontrak.

Berdasarkan jawapan Kementerian Pertahanan itu, jelas ternampak ada sesuatu yang tidak kena dalam kontrak membekalkan helikopter tempur yang dibuat semasa Hishammuddin menjadi Menteri Pertahanan.

Sumber-sumber yang biasa dengan Kementerian Pertahanan menyebut, masalah utama kelewatan adalah kerana speaifikasi helikopter yang dihantar berbeza dengan yang ditempah dan ia menjadi sebab utama mengapa kerajaan enggan menerimanya.

Itulah juga yang dikatakan menjadi punca mengapa tarikh penghantaran telah dipinda sebanyak tiga kali, tetapi gagal diserahkan sehingga sekarang.

Kerajaan diberitakan berminat membeli helikopter tempur itu sewaru menyaksikan demonstrasinya ketika Pameran LIMA di Langkawi.

Walaubagaimanapun, helikopter yang dihantar kepada kerajaan dikatakan bukanlah helikopter yang melakukan demonstrasi tersebut.

Dalam bahasa yang mudah, sumber itu memberitahu, perumpaannya ibarat yang ditempah adalah helikopter tempur, namun yang dihantar tidak lebih seperti helikopter peninjau sahaja.

Di sebalik ura-ura Mohamad Sabu mahu mengambil tindakan undang-undang kepada syarikat penbekal dan ia kemudian mendapat reaksi pantas daripada Hishammuddin, seolah-olah ada yang sesuatu yang menarik mengenai kontrak itu.

Kenapa Hishammuddin tampak beria-ia mempertahankan helikopter itu sudah pun disiapkan dan sepatutnya diterima saja oleh kerajaan?

Kepada Ahli Parlimen Sembrong itu, ingin ditanyakan, bagaimana kerajaan mahu menerima helikopter tersebut jika spesifikasinya tidak sama dengan yang ditempah?

Selain itu, oleh kerana kontrak lumayan itu ditandatangani sewaktu beliau menjadi Menteri Pertahanan, bolehkah Hishammuddin menjelaskan siapakah pemilik syarikat yang dianugerahkan membekal helikopter tersebut?

Benarkah sepertimana perbualan umum di merata tempat – dari kedai kopi hingga ke lounge Parlimen – yang mengatakan kontrak itu dianugerahkan kepada salah seorang kroninya yang difahamkan dalam waktu yang sama adalah juga merupakan pegawainya?

Benarkah juga dikatakan, ketika kemelut penghantaran berlaku dengan kerajaan, syarikat itu telah pun dijual kepada pihak lain – tentunya dengan tujuan untuk mengambil untung secara mudah dan atas angin – dan ia dikatakan menjadi faktor penghantaran helikopter terus tersangkut sehingga sekarang? (ShahbudinHusin 02/11/2019)


AMANAH AKTIFKAN JENTERA PILIHAN RAYA TG PIAI

PRK TG PIAI: PENDIRIAN PAS MACAM LALANG

FATWA PAS UNDI CALON MELAYU ISLAM HANTUI BN?


Fitnah pembangkang terhadap kerajaan PH semakin menular menjelang PRK Tanjung Piai



(Kenyataan Media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan)
Beberapa laporan media yang tidak tepat, malah ada yang palsu; telah disebarkan bagi mempengaruhi pandangan dan persepsi orang ramai, terutamanya menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai. 

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam telah melaporkan di muka hadapan kononnya projek RTS akan ditangguhkan selama enam bulan. Berita ini adalah palsu. Hakikatnya, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya membuat pengumuman tentang projek RTS secara rasmi pada pukul 3 petang semalam. 

Sebuah akhbar berbahasa Cina pula melaporkan tentang kajian selidik yang mendakwa bahawa Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah Menteri Kewangan ‘de facto’ dan kononnya pemimpin Bersatu memegang jawatan dalam kebanyakan GLC, di mana terletaknya kuasa kewangan kerajaan. 

Niatnya adalah untuk memperlihatkan kepada pengundi bukan Melayu bahawa Menteri Kewangan sebenarnya tidak mempunyai kuasa dan hanyalah boneka; manakala kerajaan Pakatan Harapan (PH) dikuasai oleh Dr Mahathir dan rakan-rakan beliau. 

Bagi khalayak Melayu pula, Tun Dr. Mahathir digambarkan sebagai boneka DAP dan Lim Guan Eng. 

Niat di sebalik semua ini ialah untuk menguncupkan sokongan terhadap PH di kedua-dua pihak Melayu dan bukan-Melayu, supaya PH akan berpecah dan hancur. 

Penulisan sedemikian yang dibuat berasaskan unsur-unsur separa benar atau palsu akan semakin menonjol dalam minggu-minggu akan datang, sempena PRK Tanjung Piai. 

Maklumat serong yang dikemukakan sebuah badan pemikir kononnya penstrukturan semula GLC adalah bertujuan memperkukuh kekuatan Perdana Menteri dan BERSATU adalah jelas mengelirukan. Selepas Pilihan Raya Umum ke-14, proses penstrukturan semula oleh pihak kerajaan melibatkan perubahan agensi merentas kementerian. Contohnya, 

  • Adalah benar bahawa Khazanah Nasional, yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Kewangan, kini diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM); namun penulis kajian tersebut telah gagal menyatakan bahawa MOF Inc. masih merupakan pemegang kepentingan terbesar. PNB pula sudah diletakkan di bawah JPM sejak sebelum 2018 lagi. 

  • Sebaliknya pula, Unit Kerjasama Awam (UKAS) serta agensi-agensi pelaksanaan koridor (NCIA, IRDA, ECERDC, RECODA, PERDA dan SEDIA) yang sebelum ini diletakkan di bawah JPM, kini diletakkan di bawah Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. 

  • Penubuhan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) adalah bertujuan untuk mengambil alih fungsi-fungsi hal ehwal ekonomi, terutamanya Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang ketika pentadbiran BN diletakkan di bawah JPM. FELDA yang sebelum ini berada di bawah JPM kini diletakkan di bawah MEA dengan tujuan untuk mengecilkan saiz JPM serta mengasingkan seberapa banyak mungkin fungsi-fungsi ekonomi dan kewangan daripada pejabat Perdana Menteri. Ini termasuklah usaha PH memastikan Perdana Menteri tidak menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan; supaya semak-imbang dapat dijalankan bagi mengelak kleptokrasi rejim Najib Razak daripada berulang. 

Perbezaan struktur JPM di bawah pentadbiran Pakatan Harapan boleh dilihat dalam rajah di bawah:

Kerajaan PH telah menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) untuk memastikan pentadbiran setiap GLC dan GLIC lebih telus dan bertanggungjawab. Pelan Anti Rasuah Nasional 2019 – 2023 yang menggariskan 22 strategi dan 115 inisiatif juga merangkumi aspek urus tadbir cekap dan berintegriti GLC dan GLIC. Ini membuktikan pendirian konsisten PH untuk menjaga integriti dan meningkatkan prestasi GLC. 

Majlis Setiausaha PH menyeru supaya orang ramai berhati-hati dalam membuat penilaian terhadap kerajaan PH, di saat media diberikan kebebasan dan tidak lagi dibelenggu atau dikongkong oleh kerajaan. Orang ramai perlu berhati-hati dengan media yang masih dikawal oleh anasir-anasir rejim lama, dan tidak mudah termakan dengan propaganda mereka. 

Kenyataan ini dikeluarkan secara bersama oleh:

YB Dato’ Saifuddin Abdullah  (Ketua Setiausaha Pakatan Harapan) 
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat) 
YB Datuk Wira Haji Marzuki Yahya (Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia) 
YB Datuk Wira Haji Anuar Tahir (Setiausaha Agung Parti Amanah Negara) 
YB Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Organisasi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik)

Pulau Pinang umum bantuan khas setengah bulan gaji




Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan bayaran bantuan khas kewangan (BKK) akhir tahun berjumlah setengah bulan gaji atau minimum RM1,000, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. 

Pembayaran yang melibatkan keseluruhan 3,996 penjawat awam dengan peruntukan berjumlah RM5.42 juta itu akan mula dibayar pada Disember tahun ini. 

“Adalah diharapkan bayaran BKK ini akan mendorong penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi di tahun akan datang,” ujarnya dalam pembentangan Belanjawan 2020 Pulau Pinang di Komtar, hari ini. 

Selain itu, Kon Yeow turut mengumumkan bayaran sebanyak RM300 seorang kepada 1,594 penyelia dan guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA), 275 guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 185 guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta 583 guru dan staf Sekolah Persendirian Cina.

Sementara seramai 252 guru tahfiz, guru pondok dan guru TADIS pula akan menerima bayaran RM200 seorang. 

“(Ia) melibatkan tambahan perbelanjaan berjumlah RM841,500 kepada kumpulan ini akan juga dibayar pada Disember 2019,” ujarnya.



DI MANAKAH PRINSIP PAS DI TG PIAI?

Pulau Pinang peruntuk RM60.05 juta pelihara kepentingan Islam tahun depan



Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyedari keperluan untuk memperkasakan institusi keagamaan dan memelihara kepentingan agama Islam, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. 

Justeru itu, dalam pembentangan Belanjawan 2020 Pulau Pinang hari ini, beliau mengumumkan sejumlah RM60.05 juta akan diperuntukkan tahun hadapan bagi memelihara kepentingan agama Islam.

Katanya, ini termasuk pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara dengan peruntukan berjumlah RM2.4 juta dan Sekolah Agama Rakyat Masjid Tuan Guru, Daerah Timur Laut dengan peruntukan RM1 juta.

Malah tambah Kon Yeow, tahun ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM4.65 juta untuk pembinaan masjid baharu dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan iaitu Masjid Kampung Banggol dan Masjid Sungai Nibong Besar.
 

PAS MALU ALAH DI TANJUNG PIAI

PRK TG PIAI - TIDAK SUKAR UNTUK MEMAHAMI 'FATWA" PAS DI DALAM MEMILIH CALON



Dewan ulamak Pas keluarkan 'fatwa'baru di Tg Piai, iaitu, wajib sokong calon BN - MCA berbangsa Cina yg bukan Islam berbanding calon PH - Bersatu walaupun berbangsa Melayu, Islam, bekas pendidik dan bekas Imam,  dalilnya, " PILIH YANG KURANG MUDHARAT".

Kita buat kajian ok.  MCA adalah parti komponen BN.  BN adalah kerajaan kleptokrasi yg memerintah negara sebelum 09 Mei 2018 dan telah ditumbangkan di dalam PRU14 yg lalu kerana 'kemudharatan"nya terlalu banyak.  Hingga hari ini, beberapa pimpinan dari BN telah dibawa ke mahkamah atas beberapa skandal penyelewengan.  MCA juga berada di dalam kerajaan kleptokrasi dahulu dan turut bersubahat membiarkan kemungkaran dan kemudharatan kerajaan BN selama ini.  MCA tanpa segan silu dan berterus terang menolak hukum Hudud.

Calon PH dari Bersatu adalah calon yang mewakili PH yang telah membuang kerajaan kleptokrasi terdahulu.  Ini bertepatan dengan perintah Allah iaitu jangan sesekali membiarkan kezaliman dan kemungkaran, cegah kemungkaran itu wajib.  Bertepatan dengan perintah Allah, "Jangan sesekali cenderung kpd kezaliman, kelak dibakar api neraka".  Ayat ini sering menjadi mukaddimah penceramah Pas sewaktu bersama kita di dalam PR dan sewaktu Pas mendoakan Umno agar 'K.O".  Ertinya, calon PH adalah mewakili parti yg menentang kerajaan terdahulu yang dipenuhi dengan skandal 1MDB, skandal terbesar di dunia itu.

Jika mahu memilih mana satu yg kurang mudharat, maka tidak sukar untuk buat pilihan.  Calon MCA sudah semestinya ditolak kerana bersama dengan BN yg memudharatkan negara sebelum ini.  Mahu cari calon Pas?  Malangnya Pas hanya jadi balaci tukang angkat bendera Dacing Baghdad dan kerjanya jual agama dan cipta hukum dari masa ke semasa.  

Habis tu, mau undi siapa?  Tiada lain, kita wajib undi calon PH dari Bersatu.  Tidak sukar nak memahami 'fatwa' Pas itu.

WFAUZDIN NS