Langkah Sheraton: Tragedi menguntungkan Pakatan Harapan



Langkah Sheraton: Tragedi menguntungkan Pakatan Harapan
Saya banyak diajukan soalan sama ada kabinet yang dibentuk semalam hanya akan bertahan selama dua bulan lebih, merujuk kepada kemungkinan kerajaan PN akan tumbang dalam undi tidak percaya di Dewan Rakyat pada 18 Mei nanti.
Dalam politik semua kemungkinan boleh berlaku, namun secara peribadi saya tidak menjangkakan bahawa TS Muhyiddin akan kalah dalam undi tidak percaya tersebut kalau betul usul itu dikemukakan oleh PH nanti.
Sekarang TS Muhyiddin memegang kunci gedung kuasa, beliau berkemampuan untuk memberi tawaran yang lebih bermakna kepada ahli2 parlimen yang sebelum ini menyokong Tun M, secara asasnya beliau berpotensi untuk memperolehi sokongan minimum 112 undi.
Ancaman kepada TS Muhyiddin hanyalah sokongan dalaman PN sendiri kerana perikatan tersebut secara asasnya masih sangat longgar. Jika beliau boleh mengelak perpecahan dalaman PN serta menambah beberapa sokongan MP dari luar, kerajaan ini akan bertahan lebih lama.
Polemik berterusan antara PH dengan Tun M juga boleh menyumbang kegagalan mengumpul sokongan yang mencukupi menjelang Mei nanti, bahkan ada kemungkinan baki beberapa kerat MP daripada Bersatu akan bergabung semula dengan Bersatu induk di bawah Muhyiddin dalam tempoh terdekat ini.
Atas alasan2 tersebut, saya lebih cenderung kepada hipotesis bahawa usul tidak percaya kepada PM nanti akan gagal, Muhyiddin akan memperolehi cukup sokongan, kecuali beliau hilang sokongan sedia ada oleh parti2 PN disebabkan isu2 dalaman.
PH sebenarnya tidak perlu terlalu bersedih dengan kejatuhan kerajaan mereka, begitu juga PN tidak boleh terlalu gembira dengan kejayaan membentuk kerajaan pintu belakang ini, tragedi ini sebenarnya merancakkan kembali pertembungan PRU15 yang sebelum ini dijangka akan berlaku secara berat sebelah.
Sejak PRK Cameron Highland, tahap populariti dan sokongan rakyat terhadap kerajaan PH menjunam dengan sangat teruk. Walau pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan namun situasi tidak menunjukkan perubahan, jika kelok itu berterusan PH berisiko besar untuk kalah dalam PRU15 nanti.
Jika MN bersabar sekejap, mereka berpotensi cerah untuk menang bergaya PRU15 nanti dan masuk ke Putrajaya dengan lebih bermaruah, berbanding masuk melalui pintu belakang yang mencetus polemik dan menimbulkan pertikaian moral seperti ini.
Apabila Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan PH dan menobatkan kerajaan PN ini berlaku, situasi telah berubah sama sekali. PH yang kelihatan sangat penat dan naif untuk menghadapi PRU15 sebelum itu mula mendapat momentum dan sokongan kembali.
Walaupun pembentukan kerajaan PN melalui cara ini disambut meriah khususnya oleh penyokong2 parti MN, namun secara umumnya tragedi ini juga mencetus penolakan oleh golongan pertengahan yang celik demokrasi. Meskipun mereka tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH sebelum itu, namun mereka tidak bersetuju mandat rakyat diperlekeh seperti ini.
Begitu juga komuniti Cina dan India yang asalnya mula menjauhkan diri daripada PH akibat kurang berpuas hati terhadap prestasi kerajaan sebelum itu, tragedi ini menyebabkan mereka tiada pilihan lain kecuali menyokong PH semula, bibik2 itu sedang berkembang pantas sekarang.
Situasi ini membuka kembali ruang kepada PH untuk bersaing secara kompetitif dalam PRU15 nanti, apatah lagi mereka tiada sebarang isu pertindihan kerusi lagi apabila Amanah boleh terus fokus di kawasan Melayu-Muslim, PKR di kawasan bercampur dan DAP di kawasan bukan Melayu.
Berbeza dengan PN, mereka akan hadapi masalah besar untuk agihan kerusi apabila tiga parti gergasi Melayu iaitu Umno, Pas dan Bersatu akan bertembung kekuatan di tempat yang sama iaitu kawasan berdemografi Melayu-Muslim, proses agihan kerusi pasti sangat mencabar nanti, banyak drama dalaman bakal dipertontonkan.
Selain itu, prestasi kerajaan PN dalam tempoh dua tahun lebih ini akan dinilai secara dekat oleh rakyat khususnya berkaitan isu Melayu-Muslim yang sebelum ini dibebankan kepada PH seperti rombakan RUU355, pelaksanaan hukuman syariah, penangkapan pembunuh Adib, LGBT, pelaksanaan tulisan jawi di SJK, pengharaman Dong Jiao Zong, penangkapan penyokong LTTE dan sebagainya.
Sebagai pembangkang memang mudah untuk memainkan isu2 seperti itu namun situasi akan jadi sangat berbeza apabila jadi kerajaan, apatah lagi kerajaan PN nanti akan berhadapan dengan isu kewangan yang agak rumit apabila perolehan utama kerajaan melalui hasil petroleum menjunam dengan teruk sekarang. Situasi ekonomi semasa memungkinkan bajet 2020 akan disemak semula menyebabkan kerajaan tidak memiliki bajet yang selesa untuk menimbulkan feel good dalam kalangan rakyat.
PH yang asalnya berada dalam mood menunggu kekalahan akhirnya boleh bernafas kembali pasca Langkah Sheraton ini. Jika PH mengambil langkah bijak dengan melupakan segera Bersatu, mereka akan mampu bangkit dengan cepat jika PKR berjaya menyusun kembali struktur dalaman dengan menyingkirkan semua elemen perosak, DAP fokus semula menarik sokongan pengundi Cina dan India, serta Amanah memperkasakan kehadiran mereka di akar umbi komuniti Melayu-Islam.
Untuk menyaingi PH pula, PN perlu bersegera untuk membentuk kolisi rasmi menggunakan satu lambang supaya gabungan itu lebih kukuh dan meningkatkan kepercayaan rakyat secara lestari. Selain membentuk kerajaan bersama di peringkat persekutuan dan beberapa negeri yang dirampas pasca 24 Februari itu, PN perlu bersegera membentuk kerajaan PN di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis, semua ini akan meningkatkan lagi keyakinan rakyat kepada PN.
Walaupun menteri2 kabinet telah mengangkat sumpah memegang jawatan, namun drama politik tidak akan tamat dengan segera. Berdramalah, kerana memang itu tugas aktor dan aktres politik, namun dalam masa yang sama letakkan rakyat dan negara sebagai prioriti paling utama, harap2 begitulah.

Tukar hari ini, esok robohkan Carsberg: Bukan saya yang cakap, kata Khalid Samad



Tukar hari ini, esok robohkan Carsberg: Bukan saya yang cakap, kata Khalid Samad
"Ia dinyatakan oleh Hassan Ali menjelang pilihan raya 2008, Pengerusi (Pesuruhjaya) Pas Selangor masa tu, bukan saya," kata Khalid dalam sessi temubual dengan The Malaysian Insight yang disiarkan secara langsung melalui FB Live tenghahari tadi.
Setelah sekian lama membisu mengenainya, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini menjelaskan penyataan yang menyatakan, “hari ini tukar kerajaan, esok kita akan robohkan kilang Carsberg” bukan dari mulut beliau.
Sebaliknya, kata bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu, yang berkata demikian adalah Datuk Dr Hassan Mohamad Ali, ketika beliau menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor.
“Ia dinyatakan oleh Hassan Ali menjelang pilihan raya 2008, Pengerusi (Pesuruhjaya) Pas Selangor masa tu, bukan saya,” kata Khalid dalam sessi temubual dengan The Malaysian Insight yang disiarkan secara langsung melalui FB Live tengahari tadi.
Pengarah Komunikasi AMANAH itu diserang dan dipermainkan oleh cyber trooper Umno dan Pas sejak dilantik menjadi Menteri Wilayah Pesekutuan, dengan pertanyaan bila beliau mahu merobohkan kilang arak di Shah Alam itu.
Ia bertujuan untuk membuktikan PH tidak menunaikan janjinya.
Menurut Khalid, memang menjadi pandangan beliau, kilang arak tidak perlu dirobohkan sebagaimana ladang babi tidak perlu ditutup di negara ini kerana ia keperluan dan makanan orang bukan Islam.
“Takkan kita nak tutup semua ladang babi di negara ini dan hanya import sahaja babi untuk orang Cina? Itu bukan pandangan dan bukan cara saya,” kata Khalid dalam sessi wawancara itu.

Anwar Ibrahim perlu ketuai Harapan, pertahan mandat rakyat


Anwar Ibrahim perlu ketuai Harapan, pertahan mandat rakyat
Kedudukan kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional (PN) sebagai parti pemerintah semakin rapuh dengan pengkhianatan terhadap mandat rakyat tanpa komitmen dan hala tuju yang jelas.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasir berkata, Pakatan Harapan (PH) perlu kekal konsisten dengan prinsip dan perjuangan bagi mempertahankan hak dan kepentingan rakyat.
“Kami kekal komited dengan dasar dan pendirian Pakatan Harapan dan PKR iaitu Malaysia sebagai negara berbilang bangsa dan fokus kepada isu-isu rakyat.
“Bagi mempertahankan prinsip-prinsip ini, wajarlah untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan mengetuai usaha untuk mempertahankan mandat rakyat dan berhadapan dengan PN.
“Semoga ahli-ahli Parlimen lain yang kekal berprinsip dan tidak mahu bersekongkol dengan pembelot, dapat kekal bersama dengan perjuangan Pakatan Harapan dan mendokong kepimpinan saudara Anwar Ibrahim,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru menambah, perebutan politik dalam kalangan PN akan terus berlaku dalam keadaan negara berdepan dengan situasi ekonomi yang tidak menentu dan ancaman wabak Covid19.

Johari Abdul": Orang-Orang Yang Mencuri Tahu Kerajaan PH Tidak Jatuh, Ramai Yang Akan Masuk Penjara

MAHATHIR, MANUSIA YANG TAK MENGENANG BUDI



Tun Mahathir Mohamad berkata, Anwar Ibrahim tidak boleh menarik sokongan orang Melayu dan orang Melayu juga tidak menyokong Presiden PKR itu kerana pendirian politiknya yang liberal.

Menurut beliau, perkara itu dapat dilihat apabila Anwar mengajak DAP untuk menyertai bersama gabungan parti yang ditubuhkannya sebelum ini.

“Kalau kita toleh ke belakang, bila dia terkeluar daripada UMNO ketika saya jadi Perdana Menteri pada tahun 1998, dia cuba tubuh sebuah parti menentang saya.

“Dulu sebelum ini Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) keluar parti dan tubuh parti Semangat 46. Tetapi itu parti Melayu.

“Anwar keluar-keluar dia buat parti liberal.
“Dia nak dapat sokongan daripada DAP maka dia ajak DAP masuk, PAS masuk. Falsafah dia liberal,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian.

Meneliti intipati interbiu Tun Mahathir berkaitan hal ini, apa yang nyata ialah beliau masih seorang pendendam dan ingin memusuhi Anwar sehingga ke akhir hayatnya, walaupun Anwar sudah lama memaafkannya.

Sedarkah Tun Mahathir bahawa beliau kini menjadi orang paling tua yang masih ada dendam dan busuk hati terhadap orang yang berbuat baik kepadanya?

Dalam pada itu, Tun Mahathir juga, mungkin kerana faktor terlebih tuanya, beliau ternampak semakin mempunyai kecenderungan menyalahkan semua orang dan menganggap hanya dirinya saja yang betul belaka.

Anwar salah, Najib Razak salah, orang Melayu salah, tetapi dirinya tidak pernah sama sekali salah.

Keputusan menubuhkan PKR, sebuah parti pelbagai kaum bukanlah menunjukkan Anwar seorang yang liberal, tetapi untuk beliau membuka dimensi baru dalam politik negara yang terkeluar daripada sentimen kaum dan agama yang sering menjadi mainan selama ini.

Anwar melihat, oleh kerana Malaysia adalah negara berbilang kaum dan untuk mengelakkan isu kaum dan agama terus menjadi mainan dalam politik, ia antaranya boleh diatasi dengan mengajak rakyat berjuang bersama dalam sebuah parti yang pelbagai kaum.

Hal ini dapat dilihat, meskipun PKR berbilang kaum keanggotaannya, ketegasan Anwar dalam perjuangan untuk Melayu, Bumiputera, bahasa Melayu, agama Islam dan seumpamanya adalah lebih daripada Tun Mahathir sendiri.

Itu belum dikira lagi bagaimana Anwar dalam memimpin kehidupan keluarganya yang lebih mematuhi syariat Islam berbanding Tun Mahathir.

Tun Mahathir, walaupun selalu mengaku memperjuangkan Melayu, beliau sebenarnya lebih kerap memperlekeh orang Melayu sebagai malas, bahkan lebih banyak dikelilingi oleh tauke dan ahli perniagaan bukan Melayu ketika sedang berkuasa.

Tindakan Anwar berkawan dengan DAP sebaik dipecat daripada UMNO (bukan terkeluar daripada UMNO sebagaimana yang disebut oleh Tun Mahathir) bukanlah bermakna beliau seorang yang liberal.

Jika berkawan dengan DAP dianggap liberal, kenapakah ketika mengasaskan Deklarasi Rakyat, Tun Mahathir sendiri memulakannya dengan berbaik dan memerlukan sokongan DAP ketika itu?

Kalau Anwar seorang yang liberal dan PKR sebuah parti yang liberal, mengapa Tun Mahathir masih mahu bergabung dengan Anwar dan PKR untuk menumbangkan Najib pada PRU14 lalu?

Kenapa tidak bergerak sendirian?

Jika tanpa sokongan Anwar, PKR dan DAP, bolehkah Tun Mahathir memenuhi cita-citanya menumbangkan Najib, UMNO dan BN serta berpeluang menjadi Perdana Menteri buat kali kedua?

Kenapa begitu mudah lupa jasa dan sumbangan Anwar, PKR dan DAP terhadapnya?

Dalam keadaan Tun Mahathir sendiri ditikam dan dikhianati oleh Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali sehingga terpelanting daripada kerusi Perdana Menteri dan tidak mampu untuk bangun semula, apa faedah dan pahalanya lagi untuk beliau terus menyalahkan Anwar?

Lebih daripada, jika Anwar dan PKR liberal, manakala Bersatu yang dipimpin oleh Tun Mahathir kononnya tidak liberal, mengapa calon Bersatu lebih banyak kalah daripada menang kepada UMNO dalam PRU14 lalu?

Bukankah jika Tun Mahathir seorang yang benar-benar memperjuangkan Melayu, beliau dengan pengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri, parti Bersatu yang ditubuhkannya pasti akan memenangi lebih banyak kerusi berbanding UMNO yang dituduhnya parti kleptokrasi?

 (ShahbudinHusin 12/03/2020


KENYATAAN MEDIA MPN PAHANG

Kenyataan Media
Majlis Pimpinan Negri Pahang
Parti Keadilan Rakyat
12 hb Mac 2020

MPN Pahang memaklumkan bahawa kami telah pun menghantar kepada Lembaga Disiplin Keadilan satu laporan salah laku melibatkan beberapa pemimpin di peringkat negri dan cabang yang telah terlibat dalam gerakan  hasutan untuk mengkhianati parti, dengan saranan kepada Lembaga Disiplin  untuk menjalankan pemecatan keahlian keatas pimpinan tersebut  secara serta merta.

Mereka adalah seperti tertera di bawah.

a. Sdr Al Bakri Salim (Ketua Cabang Paya Besar)
b. Sdr Jefri Jaafar Tukemin ( Ketua Cabang Pekan)
c. Sdr P. Saravanan ( Naib Ketua Cabang Bera)
d. Sdr Rabidin Kasmawi (Ketua Cabang Rompin)
e. Pn Dasimah Zainuddin ( Ketua Cabang Bentong)
f. Pn Sitarunisah (Anggota Cabang Rompin)

Kesemua penama diatas dengan giat telah mempromosikan Perikatan Nasional kepada anggota-anggota akar umbi dengan maksud mengajak mereka menyertai Perikatan Nasional dan seterusnya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat. Sesetengah dari mereka juga, tanpa berselindung telah memburukkan kepimpinan parti samada pemimpin peringkat negeri mahupun peringkat pusat  hatta Presiden juga turut menjadi sasaran kecaman mereka.

Mereka juga di dapati merupakan dalang di sebalik usaha keluar parti beramai2 yang di rancang pada hari ahad 15 hb Mac 2020 bertempat di Hotel Seri Bera, Bera. 


Teguran secara lisan telah dibuat,namun mereka masih berdegil, malah mereka semakin giat dan aktif meneruskan gerak kerja mencemarkan imej parti dan cuba menghasut seramai mungkin anggota parti untuk keluar meninggalkan Parti Keadilan Rakyat.

Keputusan melapor kepada Lembaga Didiplin di ambil berdasarkan laporan dan bukti-bukti lengkap yang di perolehi dari anggota parti di peringkat akar umbi, samada melalui rakaman audio atau tangkap layar artikel mahupun status mereka di media sosial (kumpulan whatsapp/Facebook). Dari sudut moral dan etika, perbuatan mereka ini jelas salah dan ianya juga bertentangan dengan peraturan disiplin yang telah ditetapkan oleh parti.

Di harapkan dengan tindakan Lembaga Disiplin memecat mereka ini, tiada lagi duri dalam daging yang boleh memecah belahkan kesatuan di dalam parti.  Semoga Parti Keadilan Rakyat negeri Pahang akan kembali utuh dan teguh semangat persaudaraannya, seterusnya mampu menyumbangkan bakti kepada Agama, Bangsa dan Tanah Air.


Pimpinan Parti Keadilan Negri Pahang juga ingin menegaskan bahawa didalam keadaan ketua2 cabang tiada lagi menerajui  parti, maka MPN akan mengambil alih serta merta pentadbiran cabang tersebut.

Parti Keadilan Rakyat negri Pahang juga ingin menegaskan bahawa tiada kompromi dengan pengkhianat di dalam parti ketika ini dan di masa hadapan. Kami juga yakin bahawa usaha memecat oleh Lembaga Disiplin apabila ianya di laksanakan akan lebih memperkukuhkan parti dan keluarnya mereka tidak akan dirasai oleh ahli parti yang lain,

Terima Kasih. 

Hjh Fuziah Salleh
Pengerusi MPN Pahang

MELAYU DENGAR PANDANGAN TUN MENGENAI DAP



Mengejutkan Tun beritahu DAP sudah banyak berubah
TUN PUJI DAP KRITIK PAS... KENAPA?

Menyaksikan temubual khas Sinar Harian  menerusi Astro... mengejutkan apabila Tun memuji melambung DAP dan dalam masa sama mengkritik PAS.

Tun  berkata dirinya tidak penting lagi tetapi nasib org Melayu yang lebih penting dari itu. Ketika ditanya pandangan antara isu mengenai PAS dan DAP ia sangat mengejut saya. Malah Tun sendiri mengatakan org Melayu kena dengar dari orang yang pernah bekerja dgn DAP.

Antara ringkasnya cerita Tun mengenai DAP

1. Kata Tun adalah tidak adil orang Melayu hanya dengar kata-kata  org luar sedangkan dirinya yang bekerja dgn DAP menafikan dirinya atau PH dikuasai DAP. 

2. Bagi Tun itu adalah mainan Najib Razak yg cuba memainkan sentimen berbau perkauman utk melemahkan kerajaan PH.

3. Tun memberitahu ketika Lim Guang Eng membuat Belanjawaan.... LGE menyerahkan bajet yg dibuat utk dibaca olehnya dan penasihat2 Ekonomi PM. LGE bimbang jika bajet yg  dibuat melukai hati org Melayu.

4. Tun tidak nampak LGE membelakangi org Melayu. Tun sendiri memuji LGE sanggup memberi one off RM 400 juta kpd org Melayu di Kelantan. Memberi RM 200 juta juga kepada Terengganu, Kedah dan Perlis juga. Ujarnya di mana tuduhan mengatakan DAP anti Melayu.

5. Tun kecewa kebaikan yg dibuat LGE tidak dihebahkan tetapi perkara kecil diperbesarkan hingga melihat DAP anti Melayu.

6. Tun berkata adalah tidak adil jika LGE memberikan peruntukkan RM 1 billion utk org Melayu tetapi hanya memberi RM 100 juta kpd org Cina LGE dituduh anti Melayu. Sedangkn bangsa Cina itu juga rakyat Malaysia yg mempunyai hak.

7. Tun menyakinkan Media, LGE sanggup memberikan peruntukkan kpd Kelantan, Terengganu dan Perlis yg bukan di bawah Pakatan Harapan. 

8. Tun memberitahu apa yg dia minta peruntukkan yg mesti diberi kpd org Melayu LGE pasti akan memberikan bajet tersebut. Malah DAP tahu kerajaan PH mesti membantu org Melayu utk duduk sama tinggi dari segi ekonomi dgn bangsa Cina tanpa dipersoalkan oleh Menteri2 DAP.

9. Tun kata isu tulisan Jawi sengaja diperbesarkan pembangkang. Sedangkan bangsa Cina tak perlu belajar tulisan Jawi kerana mereka bukan membaca Al Quran.

10. Keseluruhan kata Tun DAP sudah banyak berubah. DAP banyak mengubah dasar politiknya berbanding dulu. Tun berkata dia sudah bekerja dgn DAP jadi dia lebih tahu mengenai parti tersebut. Tun menafikan DAP yg menguasai PH.

Komen Tun kpd PAS

1. PAS bagi Tun adalah parti yg memecah belah org Melayu sejak dahulu lagi. Tun tidak bersetuju cara PAS menggunakan agama utk tujuan politik.

2. Tun tersenyum dgn sikap PAS... sekejap kata sokong dirinya sekejap menentang dirinya.

3. Tun kecewa PAS masih tidak menarik dakwaan mereka diluar PAS bukan Islam ( kafir ) yg dibuat dulu.

Moralnya bagi saya ia bukan mengejutkan. Puas diterangkan kpd org Melayu bahawa DAP hanya dikambing hitamkan oleh pembangkang utk menjatuhkan PH.

Seperti kata Tun bagaimana org Melayu boleh menyokong Najib yg merosakkan ekonomi negara. Sedangkan PH menjatuhkan BN kerana pemimpinnya atau kerajaannya kleptokrasi. 

Tapi org Melayu tetap memilih utk bersama kembali dgn mereka. Sampai bila org Melayu mudah diperbodohkn.

ADOII SEMBAB BETUL.,



Semalam bila ku menulis pasal GST.. aku kata akan menjejaskan Peniaga Kecil..ada bani Melayu cakap.. GST lebih baik..sebab ia tak disukai Bani Cina.. sebab SST Taikun dan Cina lebih suka sebab depa suka lari cukai..

Nampak tak Jahilnya bani Melayu.. Begitu mudah mereka dibodohkan UMNO..Mmg sejak zaman BN memerintah dulu..Itulah alasan depa laksanakan GST..sebab Cina.. Bani Melayu dalam hidup depa..termasuk Mufti.. Kalau tak salahkan cina memang tak sah... depa rasa puas kalau dapat salahkan Cina..

Dari pengalaman aku..Yang jenis tak bayar Cukai ni..lari cukai ni bukan Cina..Tapi Bani Melayu.. Cuba tanya kalangan pegawai Bank.. Bila depa nak uruskan Pinjaman dikalangan peniaga kecil.., walaupun declare income lebih 3-4 ribu...Tak kira lah Loan Rumah, Persoal Loan atau Kereta.. Bani Melayu lah yang paling ramai takda borang BE, atau Form B bayaran cukai.. sampai nak beli Kereta..Pendapatan tak mampu pun,depa mintak bani cina tolong buat Pay Slip..

Cuba tanya penguatkuasa KWSP atau SOCSO..Pergi lah buat Rush kat mana mana kedai.. Kedai Bani Melayu lah paling ramai tak bayaq KWSP dan Socso pekerja.. Sebab apa ? bukan tak mau..memang tradisi peniaga Melayu.. Tak bayaq Cukai.. Income beribu sebulan meniaga..Memang tak bayaq Cukai.. nak bayaq cukai pun dokumen tak simpan.. takdapun Akaun.. dapat Sale harian..Belanja..

Kalau hangpa nak tengok mudah jer.. Time GST dilaksanakan..Sapa yang mengeluh ? Jenis Scammer mcm Alif Syukri...dan antara yang didakwa walaupun kaya , Dok taja rancangan Hiburan tapi lari dari GST adalah syarikat Vida Beauty.. sebab apa ? depa tak biasa dengan sistem GST.. sebab ini budaya Melayu meniaga..

 Tu belum kira Najib dan anak dia didakwa tak isyhtihar pendapatan.. kalau bani China yg dapat pengecualian cukai..adalah Syarikat Cina mcm kontraktor ECRL.. bukan jenis hat bawah ni.. Tapi kalau geng Along,Dadah Kongsi gelap..bubuh lah cukai apa pun..depa memang lari cukai...

Sebenarnya Cina lah tak suka banyak songeh dengan penguatkausa tak kira KWSP..tak kira Perkeso atau LHDN dan Kastam.. depa bani Cina ni nak mudah jer... Kalau depa kena cukai..Depa akan beban atas pengguna.sebab depa kuasai Ekonomi.. Bila depa naik harga..yang kena Bani melayu..

Jadi bagaimana mudah nya Bani melayu ditipu.. Yang nak emrompak dit GST ni bani Melayu.. yang kena Cina..tapi depa takda hal.. Depa kenakan balik bani Melayu.. Tapi Perompak Bani melayu pandai..Cara nak emmbodohkan Melayu.. cakap kat depa...SST dilaksanakan sebab Cina banyak dari depa lari Cukai..

Bani Melayu ni bila depa dengar Cina..depa akan kata ini DAP..DAP lari cukai.. Jadi depa pun Redha lah dengan GST..biarpun harga Melambung..hati depa senang..Sebab depa rasa Kerajaan berjaya tangkap Bani Cina .yang lari cukai.. Apa nasib peniaga..harga barang melambung pun depa tak kisah...

Itulah mudahnya Bani emlayu dibodohkan dengan Ashabiyah..hat Mufti pun sama jahil..apa nak heran..Mufti pun depa punya fikiran..tapi perasuah jadi Kerajaan..jangankan Cina dan DAP.. :)

Ipohmali


JIKA ANWAR DITOLAK OLEH KAUM MELAYU, KAUM MANA PULA YANG SOKONG MAHATHIR ?



Saya asalnya malas mahu ambil tahu tentang Mahathir, orang tua yang semakin merapu cakapnya.  Namun, apabila beliau terus berleter bukan-bukan semenjak hilang kuasa angkara perbuatan khianat presiden partinya sendiri dan dibantu pula oleh Si Kitol dan juak-juaknya, maka saya terpaksa mengulasnya bagi menenangkan fikirannya yang meroyan bagai kematian bini.

Kita faham, Mahathir sukar untuk mempercayai beliau hilang kuasa yang beliau cuba pertahankan sehingga mati itu, tetapi kita lebih tidak faham mengapa begitu cepat mantan PM ke 7 ini nyanyuk.  Sepatutnya kita yang menyalahkannya awal lagi apabila beliau gagal menunaikan banyak janji di dalam manifesto PH termasuk janjinya untuk menyerahkan jawatan PM  apabila Anwar dibebaskan dari penjara.  Namun kita bertahan untuk tidak menghentam beliau demi untuk menjaga perpaduan di dalam PH.  Malangnya, selepas hilang kuasa, beliau tidak pernah mahu mengaku kesilapannya tetapi berterusan menyalahkan Anwar yang terlalu banyak mengalah untuk memuaskan nafsu tamak dan rakus beliau itu.

Hari ini di dalam Sinar, beliau menyatakan Anwar tidak mendapat sokongan orang-orang Melayu.  Seterusnya beliau menuduh Anwar itu berfahaman liberal seolah-olah beliau  seorang yang Islamik.  Tidak perlu pergi jauh, lihat latar belakang dan cara hidup keluarga Anwar dan dibandingkan dengan keluarga Mahathir, di situ kita boleh tahu jawapan siapa yang Islamik dan  siapa yang liberal sebenarnya.  Hidup penuh mewah dan jutawan, adakah keluarga Anwar atau keluarga Mahathir? 

Semua tahu, di dalam undian MP-MP di Istana baru-baru ini, Anwar jauh mengatasi Mahathir.  Anwar dikenali sebagai pemimpin semua kaum bukannya hanya untuk orang-orang Melayu meskipun Anwar paling tegas mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Islam yang termaktub di dalam Perlembagaan.  Jika Anwar seorang liberal, mana mungkin Anwar dikenali dan begitu rapat dengan negara-negara Islam di merata dunia? Turki sebuah negara yang amat tidak disukai oleh barat, tetapi Erdogan adalah sahabat Anwar paling dekat.

Hakikatnya, Mahathir yang bukan sahaja ditolak oleh orang-orang Melayu tetapi turut ditolak oleh kaum Cina, India, Iban, Kadazan bahkan ditolak oleh kaum orang Asli.  Jika  ada pun yang menyokong beliau mungkin dari keturunan mamak tebar roti canai. Buktinya, di dalam PRU14 yang lalu, parti Bersatu di bawah pimpinannya diberi kerusi bertanding di 52 kawasan Parlimen majoriti Melayu, namun partinya hanya dapat 13 Kerusi sahaja.  Separuh pun tidak dapat.  Melayu tolak Mahathir.  Itu fakta.  Partinya dikatakakan mahu menggantikan Umno sebagai sebuah parti mewakili kaum Melayu, namun berapa jumlah keahlian Bersatu sekarang? 

Anwar pernah bertanding di kawasan majoriti Melayu di Permatang Pauh dan beliau tidak pernah kalah.  Anwar bertanding di kawasan campuran iaitu di Port Dickson, dan Anwar menang.  Ertinya, Anwar diterima semua.  Untuk menjadi pemimpin negara ini mestilah seorang yang diterima oleh semua kaum.    Muhyidin sekarang pun tidak dapat dibuktikan dapat sokongan semua kaum untuk menjadi PM kerana beliau menjadi PM ikut pintu belakang.

Cukup-cukuplah Mahathir mencari salah orang lain.  Sudah sampai masanya Mahathir bersara dari politik sebelum namanya menjadi terlalu busuk dan menjadi kutukan seperti di era Mahafiraun dahulu. 

WFAUZDIN NS


Tun M dakwa orang Melayu tolak DSAI kerana berfahaman liberal-



Ahmad Zulfadzli


  Tun M dakwa orang Melayu tolak DSAI kerana berfahaman liberal-
Ni satu lagi tuduhan dangkal dari seorang so called “negarawan”


Di pengakhiran hidup pada umur yang nak masuk 100 tahun, dia memilih untuk memburukkan rakan politiknya

Dia ade pilihan untuk bertaubat dan membersihkan nama Anwar Ibrahim yang sudah lama dihenyak dan dilempar dengan pelbagai fitnah dusta oleh dia sendiri sejak 20 tahun yang lalu




Sepatutnya sebelum Tun M pulang ke rahmatullah, ambil kesempatan untuk berbuat baik dengan orang yang dia aniaya sebelum ini

Tapi ini tidak, masa-masa terakhir inilah digunakan oleh seorang “negarawan” ini untuk memburukkan Anwar Ibrahim lalu ternampak la dirinya itu suci dan tidak bersalah 

Siapa yang liberal sekarang ni? Tun M atau DSAI?

Rakyat tidak lupa la...

Rakyat tahu, melalui pemerhatian mereka terhadap keluarga Tun M dan keluarga DSAI, mana satu yang lebih liberal?

Mana satu yang mampu untuk mendidik anak-anak tentang cara hidup Islam yang lebih menyeluruh?

Tun M atau DSAI yang lebih disenangi oleh ulama-ulamak Islam sedunia? 

Yang lebih kerap mendampingi ulama-ulama itu siapa?

Tun M kah? Atau DSAI?

Siapa yang dahulunya beriya-iya sanggup membawa seorang pemimpin Abim ke dalam Umno semata-mata mahu melawan pengaruh Pas ketika tahun 80an dahulu? 

Dengan ciri-ciri Islamik yang dibawa oleh DSAI, serta perubahan perubahan yang diperkenalkan semasa menjadi Menteri

Orang-orang lama mungkin kenal benar dengan DSAI dan tau apa yang beliau lakukan semasa menjawat pelbagai jawatan Menteri suatu ketika dahulu

Generasi zaman sekarang pula dapat menilai dari tindakan beliau yang lebih menjurus kepada menegakkan konsep Rahmatan Lil Alamin 

Seorang Muslim demokrat itu tidak perlu bersifat keterlaluan dalam soal rasis serta harus mengambil kira soal kebajikan Muslim dan non-Muslim yang miskin dan melarat tanpa mengabaikan hak-hak Melayu dan Bumiputra

Berbalik kepada permasalahan di atas, dapatlah kita simpulkan yang tuduhan Tun M terhadap DSAI itu amatlah tidak berasas sama sekali

Ianya datang dari sifat hasad dengki yang amat busuk serta tidak senang melihat saudara Islam sendiri disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu amnya

Dengan kata lain, “Atuk hanya nak diri dia seorang sahaja yg tampak bersih, hebat dan suci”



TOLAK KERJASAMA DENGAN UMNO




Petang tadi apa dapat disimpulkan dalam perjumpaan antara Tun Dr. Mahathir dan pengamal media:

1. Tun tak berniat untuk jadi PM9 namun akan Tun Mahathir berkata selagi ada upaya (boleh berdiri kata Tun) dia akan bantu untuk bina negara dan bangsa walau atas apa kapasiti.

2. Tun kekal menolak berkerjasama secara en bloc dengan UMNO namun tidak tentang jika pemimpin UMNO yang bersih mahu sertai Bersatu. Namun Tun sedikit OK apabila individu yang sedang jalani perbicaraan di mahkamah tidak berada dalam kabinet.

3. Tun menolak segala teori-teori politik ‘ahli konspirasi’ kononnya Tun M adalah arkitek ‘kerajaan Muhyiddin’. Jika ia konspirasi Tun M, mengapa Tun tidak ‘menang’ dalam konspirasi ini?

4. Tun menolak dakwaan bahawa DAP mengawal PH sedangkan Lim Guan Eng akan dapatkan ‘consent’ daripada Tun dalam setiap apa keputusan MOF dan Lim Guan Eng melalui MOF beri bantuan RM400 juta kepada Kelantan dan juga bantuan kewangan kepada kerajaan negeri Kedah, Terengganu dan Perlis. Dakwaan DAP kawal Tun Dr. Mahathir sangat tidak tepat. DAP juga tidak menolak cadangan dalam hal yang membantu orang Melayu dan dipersetujui dalam mesyuarat kabinet.

5. Bersatu parti kerajaan atau pembangkang? Tun katakan ia perlu diselesaikan dalam AGM. Di Malaysia adalah perkara baharu apabila satu parti ada ‘fraction’; sebahagian mendokong kerajaan dan sebahagian pembangkang. Di Jepun ia wujud.

6. Hubungan dengan PH - PH telah menolak Tun M kerana Bersatu bukan lagi di bawah Pakatan Harapan.

7. Snap election - Tun positif tiada snap election dalam masa terdekat namun sebarang kemungkinan adalah mungkin.

8. Kritik - Tun M tidak melarang mana-mana ahli mengkritik kerajaan Muhyiddin namun jangan sampai memecah-belahkan parti.

9. Ditanya apakah Tun akan tinggalkan Bersatu dan meletak jawatan sebagai pengerusi, Tun menjawab dia akan berada selagi diperlukan ahli dan akan pergi sekiranya tidak diperlukan lagi.

Mohammad Zaimi Saad
Yayasan Kepimpinan Perdana
11 Mac 2020


MASUK PN ‘EN BLOCK’, KUOTA MENTERI LUPA KAWAN

LAKSANA SEMULA GST BERISIKO?

TIADA KESEDARAN BUAT MAHATHIR..

Dari 
Dato' NAZRI ABDULLAH
Bekas Ketua Pengarah BH

Doa Allahyarham Ustaz Fadzil Nor sudah termakbul.

Alhamdulillah Allah sudah makbulkan doa Ustaz Fadzil Nor. Allah lanjutkan usia Tun Dr Mahathir supaya beliau dapat melihat sendiri kesan daripada perbuatan beliau. Tidak perlu diulas apa dosa dosa Mahathir pada Anwar, rakyat dan negara kerana semua sudah maklum. 
Rakyat yang berusia 30 an sekarang mungkin tidak mengenali Tun dengan mendalam, tetapi krisis politik yg berlaku kali ini menyedarkan mereka bahawa Tun pemimpin yang tamak kuasa dan tidak amanah. 
Usianya terlalu tua dan sudah dua kali menjadi PM namun masih sanggup bermain politik kotor, mengkhianati Pakatan Harapan dan perjuangan rakyat. 
Apa yang terjadi sekarang? Tun ditikam dari belakang oleh Presiden partinya sendiri Muhyiddin Yassin. Tun yg memperalatkan Azmin untuk menghancurkan PKR, akhirnya dikhianati oleh Azmin sendiri yang secara diam diam berkomplot dengan Muhyiddin untuk bersekongkol dengan musuh PH iaitu Umno/BN dan Pas. Lebih menyedihkan lagi Setiausaha Politiknya dan MP Umno yang melompat ke partinya turut mengkhianati beliau. 

Maka akan tercatat dalam sejarah kita bahawa Mahathir yang dulunya dijulang sebagai bapa pembangunan mengakhiri riwayat politiknya sebagai PM yang menjatuhkan kerajaannya sendiri.
Maka krisis politik yg dicipta Mahathir kali ini menjadi penutup kepada Wawasan 2020 yang dinukilkannya ketika menjadi PM keempat, empat puluh tahun lalu.

Seandainya Mahathir mengotakan janjinya pada Anwar, negara ini terselamat daripada krisis politik dan Mahathir tidak dihina dan dikutuk rakyat seperti yang berlaku sekarang. Sekurang kurangnya beliau akan dikenang sebagai bekas PM yang menyelamatkan Malaysia drpd regim rasuah Najib dan Umno. 

Maka timbul pertanyaan mengapa Allah tidak membuka hati Mahathir supaya insaf dengan kemungkaran yang dilakukan dahulu? Mengapakah Allah membiarkan Iblis menghasut Muhyiddin supaya mengkhianati amanah rakyat hingga tergamak kembali sekongkol dengan Umno, parti yang memecatnya kerana prinsipnya menentang rasuah? Mengapa Allah tidak membuka hati Yang Dipertuan Agong untuk melantik Anwar walaupun beliau mendapat undi jauh lebih banyak drpd Mahathir ( difahamkan Anwar 107 undi, Mahathir 65 undi dan selebihnya tidak undi)?

Pelbagai persoalan berlegar dikepala rakyat, jawapannya Allah saja yang tahu.
Bagaimanapun Allah menyuruh kita berfikir. Puas saya berfikir, akhirnya saya berkesimpulan semua yang berlaku ini adalah rencana Allah untuk memakbulkan doa Allahyarham Fadzil Nor. 
Maka lihatlah apa yang berlaku sekarang. Ekonomi Malaysia terus menjunam. Pasaran saham merudum dan nasib rakyat bertambah menderita dihimpit kemiskinan. 

Muhyiddin, bekas pesakit kanser terpaksa memikul beban memimpin negara, satu tugas yang amat berat bagi seorang yg tidak berapa sihat. 
Sehingga kini beliau belum mampu membentuk Kabinetnya. Beliau terpaksa menunda sidang Parlimen yg dijadualkan 9 Mac kepada 18 Mei, bukti bahawa beliau tidak dapat sokongan majoriti. 
Pastinya kerajaan pintu belakang akan menghadapi pelbagai masalah dan yang paling berat bagi Muhyiddin ialah menangani krisis keyakinan yg berpanjangan sehingga PRU akan datang. 
Satu lagi petunjuk Allah ialah bermula dari 23 Februari - hari berlakunya “Sheraton Movement” berlakulah gelombang kedua Covid-19 dan kini jumlahnya meningkat kepada 50 orang ( 22 sudah discharge sebelum 23 Februari).
Untuk maklumat, sebelas hari sebelum 23 Februari tidak ada kes baru dikesan. Hanya 11 hari selepas Sheraton Movement, 28 kes baru dikesan. 
Dengan merebaknya kes baru coronavirus, maka tugas utama Muhyiddin ialah menangani wabak ini. Kini hasrat mana mana pihak untuk membuat snap election tidak mungkin tercapai. 
Kalaupun penanguhan Sidang Dewan untuk membolehkan Muhyiddin  mengukuhkan sokongan kepadanya, dengan merebaknya Covid-19, PRU 15 tidak boleh disegerakan kerana risikonya amat tinggi.

Maka firasat saya, kerajaan pintu belakang akan terus bergolak dan bergoyang.
Alhamdulillah, walaupun ada pihak yang cuba menyalahkan Anwar, sebenarnya Allah menyelamatkan Anwar daripada terpalit dengan krisis ini. 
Hati Anwar daripada awal lagi menolak daripada menyertai Kabinet Mahathir. Anwar tidak campur tangan dalam pembentukan Kabinet Mahathir dan Anwar tidak terbabit dalam penggubalan sebarang dasar yg dibuat Mahathir.
Barangkali juga Allah mahu menyelamatkan Anwar daripada terpalit dengan kefasadan politik. 
Berkat kesabarannya walaupun diuji dan difitnah sedemikian rupa Anwar tidak pernah resah dan kecewa. Barangkali juga Anwar bersyukur tidak menjadi PM ketika politik negara bergelumang dengan pelbagai noda dan dosa sehingga membabitkan Istana. 

Said Nursid Badiozaman berdoa “ Ya Allah jauhilah aku daripada syaitan yang direjam dan politik ( kotor)”
Barangkali istiqamah Anwar dengan prinsip perjuangan menegakkan keadilan dan ehsan untuk seluruh rakyat, akan dirahmati Allah. 
Allah- a’lam.

Ahmad Nazri Abdullah

Anwar masih aset PH, tetapi DAP ‘mesti dikawal’, kata penganalisis




Presiden PKR Anwar Ibrahim dicalonkan sebagai perdana menteri PH sebelum gabungan politik itu hilang kuasa bulan lepas.

PETALING JAYA: Dua ahli akademik tidak bersedia menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin politik yang gagal selepas partinya hilang kuasa kerajaan persekutuan dengan berkata, beliau paling berkemapuan memastikan kelangsungan Pakatan Harapan (PH).
Azmi Hassan dan Awang Azman Pawi memberitahu FMT bahawa mereka tidak melihat orang lain, termasuk Dr Mahathir Mohamad, lebih berkemampuan daripada Anwar untuk memimpin PH yang kini menjadi pembangkang semula.
Bagaimanapun Azmi berkata, presiden PKR itu perlu membuktikan kemampuannya mengawal DAP sebagai anggota gabungan PH.
“Anwar perlu menunjukkan bahawa PKR di bawah kepimpinannya masih merupakan parti yang berwibawa, dan untuk itu beliau mesti membuktikan kebolehan untuk mengawal DAP,” kata pensyarah UTM itu kepada FMT.

“Liabiliti yang dihadapinya kini ialah nyawa politik beliau bergantung kepada DAP. Ini kelemahan utamanya di mata orang Melayu. Beliau perlu mengatasi masalah ini dengan membuktikan sebaliknya.”
Azmi menyifatkan Anwar sebagai “penyelamat tunggal” yang boleh diharapkan oleh PH bagi memastikan gabungan politik itu tidak berkubur.
“Pengaruh Mahathir dalam PH perlu dikurangkan,” katanya.
“Bagi saya, hanya kehadiran Anwar dalam PH boleh memungkinkan perkara itu berlaku.”
Awang Azman dari Universiti Malaya berkata, adalah tidak adil Anwar dipersalahkan atas kehilangan kuasa PH kerana beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam Kabinet Mahathir.
Katanya, Mahathir lebih patut disalahkan kerana beliau melengahkan penyerahan kuasa kepada Anwar, justeru membuka ruang kepada “pihak dalaman dan luaran” untuk mengambil kesempatan ke atas keadaan itu.
“Anwar masih mempunyai pengikut dan merupakan idola kepada pelbagai kumpulan umur,” katanya.
“Tanpa Anwar, PKR tidak mungkin ditubuhkan dan gerakan Reformasi tidak akan berlaku.”
Bagaimanapun James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, beliau percaya banyak pihak menyalahkan Anwar atas kejatuhan PH, terutamanya golongan kelas menengah, yang merupakan kumpulan demografi utama yang menyokong gabungan tersebut.
Chin berkata, ini merupakan peluang terakhir Anwar untuk menjadi perdana menteri kerana peluang itu akan terhapus sama sekali jika PH kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
“Tetapi masalah lebih besar ialah bagaimana untuk bertahan sebagai pembangkang sewaktu Perikatan Nasional ‘mengumpan’ ahli Parlimen PH supaya menyeberang,” katanya.
“Justeru kepimpinan sangat penting.
“Dalam jangka pendek, bahaya paling besar bukan siapakah pemimpinnya, tetapi sama ada Mahathir akan menyeberang. Kedudukan beliau tidak jelas. Beliau mungkin dan mungkin juga bukan ahli PPBM.”

Azmin pengkhianat sebenar hingga jatuhnya kerajaan PH, dakwa Khalid


Azmin pengkhianat sebenar hingga jatuhnya kerajaan PH, dakwa Khalid
Wawancara yang dilakukan oleh Mastura Malak dengan Khalid Samad dalam ruangan Insight Talk semalam.
Pihak yang paling wajar dipersalahkan sehingga jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah penggerak dan pengkhianat dari dalam kerajaan itu sendiri iaitu Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Inilah yang disampaikan oleh Pengarah Komunikasi AMANAH, Haji Khalid Samad dalam wawancara hampir satu jam dengan laman berita The Malaysian Insight secara live semalam.
“Rakyat dan negara hadapi masalah ekonomi tetapi dia sibuk merancang untuk jatuhkan kerajaan demi menjaga kepentingannya agar tidak terpelanting jika Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi perdana menteri,” kata Khalid dalam wawancara dalam ruangan Insight Talk itu.
Azmin dianggap oleh rakan-rakan rapatnya sebagai pemimpin dan perancang yang bukan ‘multitasking’ atau boleh membuat pelbagai kerja dalam satu masa tetapi hanya boleh fokus satu perkara sahaja.
Beliau dilihat berjaya ketika menjadi Menteri Besar Selangor kerana memberikan fokus untuk membuktikan beliau mampu menjadi MB yang baik.
Namun, ketika menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, fokusnya bukan ekonomi negara tetapi bagaimana untuk menyekat Anwar dari menjadi PM demi kepentingan masa depan politik nya.
“Watak utama dalam langkah Sheraton yang menjayakan agenda ini adalah Kumpulan 10 yang dipimpin oleh Azmin Ali.
“Mereka adalah orang-orang yang akan kerugian besar jika akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. Sebab itu fokus Azmin adalah sekat Anwar,” kata Khalid yang merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu.
Katanya, kerajaan pintu belakang atau dari bumbung sebagaimana yang didakwa oleh Presiden Pas  ini pada dasarnya adalah untuk menghalang Datuk Seri Anwar dari menjadi PM.
“Inilah asalnya,” kata ahli Parlimen Shah Alam dalam wawancara itu.
Katanya, yang berusaha dengan gigih adalah Azmin. Beliau berjumpa dengan pemimpin Umno dan Pas serta pemimpin dari Sabah dan Sarawak.
“Apabila dia sudah ada sokongan, dia menghasut Tan Sri Muhyiddin dengan berkata inilah peluang untuk beliau menjadi perdana menteri dengan berkata semua orang sudah bersetuju,” kata Khalid Samad.
Kata Khalid, Muhyiddin menerima baik rancangan Azmin selepas beliau cukup tersentak dengan kekalahan teruk PH yang diwakili Bersatu dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.
“Bila dia lihat itu, dia rasa kita sudah tidak ada harapan. Kalau kita terus bersama DAP, orang Melayu lari dari kita. Orang Cina juga lari.
“Dalam keadaan pemikiran beginilah Azmin masuk, PH sudah tidak ada harapan. Kita kena bentuk kerajaan baru. Kita kena jaga sokongan Melayu,” beritahu Khalid.

BUKAN KALI PERTAMA
Menurut Khalid, pengkhianatan Azmin ini bukan kali pertama dilakukan.
“Sebelum ini, parti beliau PKR memutuskan untuk melantik Datuk Seri Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Tetapi dia sailang tengah jalan, dia yang jadi MB,” kata Khalid yang merupakan salah seorang peminpin Pas Selangor pada ketika itu.
Menurut Khalid, ketika PH ditubuhkan, Azmin adalah penentangnya kerana beliau lebih suka bekerjasama dengan Pas.
“Bahkan, sebelum PRU 14, ketika Konvensyen PH mengumumkan Tun Dr Mahathir sebagai calon PM kita kalau kita menang, dia antara yang walkout dari dewan kongres kerana merasakan dia yang lebih layak kerana Datuk Seri Anwar ketika itu masih berada dalam dalam penjara,” kata Khalid.