BERI IKAN MAKAN DAGING KAMBING DAN AYAM- ALIF SUKRI BELANJA 3K SEBULAN

 

Usahawan kosmetik ini bagi ikan peliharaan makan daging lembu dan kambing tiap-tiap hari, kos sebulan RM3,000


Meskipun kurang aktif di Instagram, namun usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sering berkongsikan aktiviti hariannya di aplikasi TikTok.

Baru-baru ini, Aliff ada berkongsikan video melayan pemintaan peminat yang mahu melihat ikan peliharaan paling besar yang pernah dibelanya.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai dimana ikan perliharaannya itu yang diberi makan daging kambing dan lembu setiap hari.

“Ikan paling besar di rumah saya dan di dunia dibela di rumah saya. Pakai lesen ya guys. Ikan pirana ni dah 5 tahun dan hari-hari makan daging kambing, lembu dengan kos RM3,000 sebulan,” tulisnya.

Menerusi video berkenaan, Aliff dan pembantunya dilihat memberi makan daging kepada ikan-ikan tersebut dengan menggunakan penyepit.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terpegun dengan cara pemberian makanan kepada ikan berkenaan.

Malah, ada yang mengandaikan bahawa ikan peliharaannya itu jenis Araipama. Tidak kurang juga ada netizen berseloroh meminta Aliff membelanjanya daging kambing perap.

“Memang ikan ni makan daging..kalau awak pun saya lepaskan dalam kolam ini pun akan dimakan ikan..” katanya berseloroh.

DILAHIRKAN DENGAN BERBULU LEBAT, BAYI INI DIPANGGIL DENGAN NAMA TIMANGAN " MONYET

 



SEORANG ibu terkejut apabila bayi perempuannya dilahirkan dengan bulu halus lebat berwarna hitam di seluruh lengan dan belakangnya.

Dek kerana situasi aneh itu, wanita berkenaan memberi bayinya nama timangan ‘monyet’.

Britney Budhi menyambut kelahiran bayi perempuannya, Teyana, tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan pada September lalu.“Saya tahu mungkin bayi dilahirkan dengan bulu pada badan tetapi saya tidak menjangkakannya.

“Apabila dia keluar, saya juga bergurau bahawa dia kelihatan seperti monyet kecil.

“Sesetengah orang menganggapnya sebagai komen yang kejam – tetapi saya fikir ia sangat comel,” kata pendandan rambut dari Sydney, Australia itu.

Wanita berusia 29 tahun itu dan pasangannya, Tariq Ladhani, 36, meyambut kelahiran anak perempuan mereka melalui kaedah pembedahan C-section pada 16 September 2021.

Bayi kecil itu dilahirkan seberat 2.2 kilogram.

Untuk makluman, situasi bayi tersebut dikenali sebagai ‘Lanugo’ iaitu bulu-bulu halus yang tumbuh ketika bayi berada di dalam rahim, di mana ia akan beransur-ansur hilang selepas beberapa minggu kelahirannya.

Dikatakan bulu berkenaan mengambil masa untuk hilang sekiranya bayi dilahirkan pramatang..

AKU BANTAH UNTUK AKU DAN MASYARAKAT

 

FAHMI REZA


Adakah aku akan buka tabung untuk bayar duit ikat jamin mahkamah?

TIDAK.
Siapa yang akan bayar duit ikat jamin esok?
AKU SENDIRI.
Siapa yang akan bayar kos guaman?
Kes aku akan dibantu oleh pro bono human rights lawyers.
Adakah aku dibayar atau disponsor oleh DAP, PH, PN, BN, UMNO, PAS, GPS, WARISAN, PSM, MUDA atau mana-mana parti politik?
TIDAK.
Adakah aku akan terus berkarya walaupun berkali-kali kena tangkap, kena soalsiasat dan kena heret ke mahkamah?
HELL YEAH! 🤘

HEBAT DENGAN CAITRO RUPANYA

 Siapa Muda sebenarnya?

Tadi aku baca berita tentang Syed Saddiq dan Muda di Malay Mail. Aku buka komen dan lihat ramai yang sokong Muda dan kutuk DS Anwar teruk-teruk.
Aku buka profile setiap mereka dan... Jeng jeng jeng! Semuanya boleh dikatakan fake. Semua zero friends dan posting pun setakat tukar dp.
Dalam hampir 20 yang aku tengok, cuma ada satu sahaja yang betul macam wujud. Yang lain, semua macam fake. Adakah mereka cytro berbayar Muda?
Hebat
Muda ni. Parti setahun jagung tapi boleh siap ada cytro. Keadilan dan DAP yang dah lama pun tak sampai ke level itu. Mana mereka dapat dana sebab cytro bukan percuma.
Kalau tak percaya, korang boleh periksa sendiri. Aku harap Muda tak sampai ke tahap dibiayai oleh kapitalis sebab itu amat tidak bagus untuk politik tanahair. Guane boh?

NAK BERKUASA PUNYA PASAL

 Parti paling gila di dunia! Dah didapati bersalah kat mahkamah pun masih dilantik sebagai calon PM!

mohd affendi abas

Inilah yang terjadi jika niat UMNO nak menang bukannya kerana nak selamatkan rakyat tapi nak selamatkan pemimpin penyangak!
Ayuh rakyat Johor! Kita tolak parti & pemimpin BNgsat dengan rasuah dan penyelewengan wang rakyat!
May be an image of 8 people and text that says "NAJIB RAZAK PRU-15 UMNO Majlis Tertinggi UMNO tetapkan Najib Razak calon PM untuk PRU-15 By admin FEB 8, 2022 SIDANG MED-A Menara Da Onn, Kuala Lumpur Malaysa| BERSA SETIA BERKHIDMAT www.umno-onl.in"

SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT

 


‘Adakalanya saya tak harap dah nak pulih’, kata Dr M




Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada IJN kerana
 merawatnya sehingga pulih daripada penyakit yang ‘amat teruk’.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad tidak menyangka dirinya akan sembuh selepas menjalani beberapa sesi rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Adakalanya saya tak harap dah nak pulih, tetapi Alhamdulillah dengan rawatan yang diberi di IJN, saya pulih.

“Waktu ini saya boleh berjalan, saya boleh makan, saya boleh tidur, saya boleh duduk, ‘almost’ macam biasa, tetapi tidaklah begitu kuat nak buat kerja apa semua, tetapi saya harap saya akan pulih,” katanya menerusi video yang dimuat naik ke Twitter.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan dirinya sembuh.

“Saya ucap terima kasih kerana ramai yang berdoa untuk saya pulih dan hasilnya ialah saya telah pulih daripada satu penyakit yang bagi sayalah amat teruk.”

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 Jan lalu dan dibenarkan keluar 13 Jan lalu.

Ahli Parlimen Langkawi itu menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor IJN dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 8 Jan lalu.

PRN Johor: Benar ceramah kecil-kecilan di tempat terbuka, PKR beritahu SPR

 


Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata kelonggaran perlu
 dibenarkan kepada ceramah kecil-kecilan di tempat terbuka, selain
 memberi peluang kepada calon memperkenalkan diri kepada pengundi
 muda susulan pelaksanaan Undi18. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar memberi kebenaran mengadakan ceramah kecil-kecilan di tempat terbuka sebagai antara kelonggaran SOP menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, negara bakal memasuki fasa endemik Covid-19 dan rakyat perlu mula belajar menjalankan aktiviti hampir sama seperti sebelum pandemik.

“Bagaimanapun, isunya adalah mereka yang belum atau enggan mengambil vaksin akan terus berisiko terhadap jangkitan.

“Segala SOP termasuk penjarakan fizikal dan tidak bersentuhan perlu diamalkan, manakala ceramah secara kecil-kecilan di tempat terbuka berbanding di ruang tertutup seperti dewan atau balai raya patut dibenarkan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Katanya, kelonggaran itu mungkin sekurang-kurangnya membabitkan program tinjauan mesra supaya calon dapat bertemu pengundi di kedai dan pasar, selain berpeluang memperkenalkan diri kepada pengundi muda, susulan pelaksanaan Undi18 buat kali pertama pada PRN ini.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berpendapat, SPR tidak akan mengumumkan SOP itu lebih awal seperti yang diminta parti politik.

“Saya sudah berhenti berharap mengenai hal ini. Selain itu, saya melihat tempoh kempen 14 hari bagi PRN Johor tidak mencukupi.

“Lebih baik SPR memberi lebih masa kerana banyak aktiviti kempen membabitkan pengundi sudah tidak relevan dalam konteks pandemik,” katanya.

Terdahulu, SPR menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian bagi PRN Johor dan penamaan calon pada 26 Feb, sekali gus menyaksikan tempoh berkempen selama 14 hari.

SPR bagaimanapun belum mengumumkan SOP bagi PRN itu.

PANAS!! INI MOTIFNYA MOU PH-KERAJAAN TERUS DIPERTAHANKAN PEMIMPIN PH?

Rundingan Rasmi Pilihan Raya Negeri Johor 2022 Antara Amanah, DAP & MUDA...



Kenyataan Media 09/02/2022 𝗥𝘂𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛, 𝗗𝗔𝗣 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗺𝘂𝗸𝘁𝗮𝗺𝗮𝗱𝗸𝗮𝗻 AMANAH, DAP & MUDA telah mengadakan rundingan untuk pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor 2022. Setelah siri-siri mesyuarat dan perbincangan pelbagai hala dilakukan, keputusan rundingan rasmi antara semua parti ini telah sebulat suara dimuktamadkan. Rundingan rasmi ini telah bersetuju dengan 3 matlamat utama: i. Memastikan tidak ada pertindihan kerusi antara calon AMANAH, DAP & MUDA di setiap kawasan; ii. Menumpukan usaha dan tenaga kerja jentera AMANAH, DAP & MUDA untuk memenangi setiap calon; dan iii. Bersama-sama menubuhkan Kerajaan Negeri Johor demi membantu rakyat mencapai impian mereka. Ini bermakna bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor 2022, AMANAH, DAP & MUDA bakal bergerak sebagai rakan strategik pilihan raya – walaupun MUDA tidak menyertai Pakatan Harapan. Ini serasi dengan prinsip “khemah besar” untuk menyatupadukan semua parti politik dan menggembleng tenaga yang bersedia melawan kerajaan BN/PN. Pimpinan AMANAH, DAP & MUDA percaya bahawa pakatan pilihan yang dijalin menerusi rundingan ini akan membawa suara rakyat Johor dengan cemerlang selaras dengan agenda Johor Bangkit agar PRN Johor adalah untuk masa depan rakyat dan bukanlah perebutan kuasa dan jawatan. Rundingan antara MUDA dan PKR sedang diteruskan demi kesepaduan menghadapi PRN ini. Rakyat Johor berhak mendapat kepimpinan yang mahukan Johor Bangkit menjadi sebuah negeri yang maju, beramanah, bermaruah dan berintegriti. Kesepakatan antara AMANAH, DAP dan MUDA adalah bahawa MUDA akan bertanding di kerusi yang berikut: 1. N.5 Tenang 2. N.7 Bukit Kepong 3. N.22 Parit Raja 4. N.26 Machap 5. N.41 Puteri Wangsa 6. N.50 Bukit Permai YB Mohamad Sabu Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) YB Lim Guan Eng Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) YB Syed Saddiq Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)



GEMPAR! PENDEDAHAN TERBUKA DATO KAMAL, SINGAPURA "AMBIL ALIH" 54,000 EKA...

DENGAR CERITA..

 

Dengar nya di Kedah juga sudah goyang..

Betul ke?

Itulah PAS, baik² bersama Pakatan Rakyat.

Sanggup keluar, percayakan sangat dekat UMNO..

Last² kini PAS dikhianati lagi oleh UMNO..

PAS Berkali dikhianati UMNO..

Hingga sanggup di lekeh oleh itik patah kaki..

#mm

 

1:07 / 1:11


KEH..KEH...GUANE BOH....






Machai sila buka wallet dan check ada tak RM681 dalam tu. Kalau nak tengok dalam akaun bank pun boleh. Ada?

Najib ada. Bukan 681 je boh. 681 juta. Bukan ringgit boh tapi USD! Kalau convert ke ringgit ada la dalam dekat RM3 bilion gitu.

Banyak betul harta dia. Sebagai PM boleh kaya macam tu, agak tak munasabah. Tapi machai tetap kata Najib suci. Guane boh?

Raja Gelap