HEBAT DENGAN CAITRO RUPANYA

 Siapa Muda sebenarnya?

Tadi aku baca berita tentang Syed Saddiq dan Muda di Malay Mail. Aku buka komen dan lihat ramai yang sokong Muda dan kutuk DS Anwar teruk-teruk.
Aku buka profile setiap mereka dan... Jeng jeng jeng! Semuanya boleh dikatakan fake. Semua zero friends dan posting pun setakat tukar dp.
Dalam hampir 20 yang aku tengok, cuma ada satu sahaja yang betul macam wujud. Yang lain, semua macam fake. Adakah mereka cytro berbayar Muda?
Hebat
Muda ni. Parti setahun jagung tapi boleh siap ada cytro. Keadilan dan DAP yang dah lama pun tak sampai ke level itu. Mana mereka dapat dana sebab cytro bukan percuma.
Kalau tak percaya, korang boleh periksa sendiri. Aku harap Muda tak sampai ke tahap dibiayai oleh kapitalis sebab itu amat tidak bagus untuk politik tanahair. Guane boh?