Dedahkan semua projek bukan tender terbuka, tidak kira zaman PH atau PN - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Kewangan supaya mendedahkan semua projek
kerajaan yang tidak melalui tender terbuka.
Namun pendedahan itu, kata
Anwar, mestilah dibuat secara adil tidak kira ketika di bawah pentadbiran
Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).
"Saya setuju supaya semua
senarai kontrak tanpa tender terbuka dihebahkan kepada awam. Sama ada semasa PH
atau PN," katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian bagi
mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz yang mendedahkan
sebanyak 101 projek tanpa tender terbuka diluluskan bernilai RM6.6 bilion dalam
tempoh 22 bulan.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen
Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim mendesak supaya projek dibawah kerajaan PH
didedahkan terlebih dahulu.
Anwar kemudian membalas desakan
Azeez itu dengan tajam.
"Saya bukan menteri.
Menteri ada di depan saya. Menteri PN ada di depan saya.
"Biar dia yang jawab,
pasal apa saya yang nak kena jawab? Saya hanya tanya minta penjelasan,"
katanya.
Menteri PN dulu dalam kerajaan PH pun ambil projek tender secara terus
Menteri dari kerajaan Perikatan
Nasional (PN) seperti Azmin Ali dianggap tidak bersikap jujur kerana mereka
yang dahulunya sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga didakwa
mengambil projek dengan tender secara rundingan terus.
Ahli Parlimen Kuala Langat,
Xavier Jayakumar berkata enam menteri PN juga terlibat dalam mesyuarat Kabinet
PH dan mereka tidak boleh berpura-pura seolah-olah langsung tidak bersalah.
"Enam menteri Kabinet
dalam PN tak boleh cakap yang mereka tak tahu apa-apa.
"Kalau mereka kata tak
tahu, nampak bodoh kerana mereka juga ada dalam mesyuarat Kabinet PH dan mereka
juga ada meminta supaya projek dibuat secara rundingan terus.
"Parlimen sudah jadi
sarkas, bukan lagi pasal berdebat, mempolitikkan isu sampai benci membenci satu
sama lain sepanjang sidang Dewan Rakyat kal ini.
"Kita sentiasa bersikap
jujur tetapi menteri kewangan tidak berlaku adil apabila melakukan kenyataan
mengenai projek rundingan terus, dan ini bukanlah tingkah laku yang
berparlimen," katanya dalam sidang media di Parlimen.
Xavier yang juga bekas Menteri
Air, Tanah dan Sumber Asli menegaskan bahawa kementerian tidak pernah membuat
rundingan secara terus.
"Sepanjang saya jaga
kementerian selama 22 bulan, saya tak pernah tulis kepada Kementerian Kewangan
minta projek dibuat secara rundingan terus.
"Ada satu sahaja projek
dibuat runding terus, itu pun projek itu diberikan kepada Khazanah Nasional
sebab Khazanah nak buat kerjasama dengan Boeing, dan ia dibawa kepada mesyuarat
dan Kabinet meluluskan," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen
Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan projek
jenis apa yang dibuat secara rundingan terus sewaktu di bawah pentadbiran
kerajaan PH.
"Pada Oktober 2018, satu
jambatan runtuh di Serdang, dalam Kulim Bandar Baharu di Kedah dan ia
menyebabkan kesulitan 3,000 penduduk yang setiap hari menggunakan laluan
tersebut.
"Saya menulis kepada
Kementerian Kewangan ketika itu berdasarkan tatacara perolehan dan perolehan
itu mendesak kerana projek itu perlu disegerakan, jika tidak ia akan
memudaratkan dan menjejaskan kepentingan awam.
"Jadi Kementerian Kewangan
memberikan kelulusan dan Jabatan Kerja Raya kemudian melakukan proses dan
jambatan baru kini dalam pembinaan.
"Kalau nak sebut tender
terbuka untuk jambatan itu, akan timbul pelbagai isu, kajian dari pelbagai
jabatan perlu dibuat terlebih dahulu dan kena tunggu, alamatnya sampai sekarang
belum selesai.
"Tapi ia menunjukkan
bahawa amalan PH adalah sangat telus," katanya.
Jangan lupa bela kebajikan penjaja - Anwar
Soal kebajikan dalam kalangan
penjaja perlu ditangani dengan sewajarnya kerana mereka adalah antara golongan
yang paling terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim berkata golongan penjaja masih lagi kurang mendapat perhatian
daripada pihak kerajaan, malah tidak mempunyai tempat untuk mengadu.
"Penjaja juga tergolong
dalam kategori paling miskin dan bantuan yang diperoleh adalah sangat
kecil," katanya di Dewan Rakyat.
Justeru, Anwar menggesa
kerajaan dan majlis perbandaran supaya membuat satu penyelarasan secara
menyeluruh bagi memastikan kebajikan golongan penjaja tidak terpinggir dengan
sewenang-wenangnya.
"Saya percaya pihak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta majlis perbandaran perlu
selaras mengenai perkara ini kerana bidang tugas kedua-dua pihak ini berbeza.
"Jadi saya mendesak satu
penyelarasan menyeluruh, kerana golongan penjaja masih tidak mendapat pembelaan
sewajarnya, walaupun ada langkah-langkah yang sudah diambil bagi memulihkan
masalah," katanya.
AZMIN BOHONG, KATA PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN
"Ini satu fitnah dan pembohongan kerana ia adalah sebaliknya. Kerajaan dah maklum kementerian kesihatan malaysia (KKM) dan menteri pada masa itu juga boleh sahkan bahawa kerajaan akan berikan segala sumber yang perlu untuk pastikan petugas barisan hadapan kita jalankan tugas mereka sebaik mungkin," kata Guan Eng di lobi parlimen hari ini. Azmin, membuat dakwaan demikian pada majlis ceramah dan berkempen menyokong calon BARISAN NASIONAL pada Pilihan Raya Kecil Slim semalam.
MUHYIDDIN PATUT SURUH AT TAKIRI LEPASKAN JAWATAN DAN BUKAN BERI KENYATAAN MEDIA
Sementara pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap Khairuddin Attakiri kerana melanggar SOP kuarantin diri, Muhyiddin Yassin semalam mengeluarkan kenyataan media memberi jaminan bahawa tiada sesiapa terkecuali jika melanggar undang-undang.
Kata beliau, kerajaan mengambil maklum dan memandang serius kes dakwaan pelanggaran perintah kuarantin oleh Khairuddin setelah dia pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.
“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali.
“Sehubungan itu, saya serahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi menjalankan siasatan yang menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Begitu pun, tindakan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan media ini bukan saja agak terlambat kerana isu Attakiri sudah berlarutan sejak seminggu yang lalu, bahkan ia tidak perlu pun sebenarnya.
Rakyat bukan lagi mahu mendengar jaminan mulut seperti kenyataan bahawa undang-undang tidak memilih bulu, tiada sesiapa terkecuali daripada tindakan, kerajaan memandang berat dan sebagainya.
Rakyat tidak mahu semua itu kerana telah terlalu biasanya mendengarnya sejak dulu lagi.
Selalunya bersama kenyataan seperti itulah seseorang itu dilindungi dan tidak diambil apa-apa tindakan.
Apa yang rakyat mahu ialah ada sesuatu tindakan dan sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin sepatutnya pantas dalam bertindak, terutamanya terhadap menteri yang telah terbukti memalukan kerajaan seperti perlakuan Attakiri itu.
Jika pun Attakiri perlu berdepan proses undang-undang atas kesalahan yang dilakukannya, biarkan saja proses itu berjalan seperti biasa.
Tetapi, sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin harus mengambil tindakan lain dari segi poliitik terhadap Attakiri.
Dalam kes kesalahan yang telah dilakukan Attakiri, Muhyiddin seharusnya menasihatkannya agar berundur dengan segera atau bertindak memecatnya daripada kabinet kerana perlakuannya itu.
Ini kerana Attakiri jelas telah melakukan kesalahan yang serius dengan sengaja sehingga memberi malu dan menyebabkan kerajaan dipersenda oleh rakyat.
Hakikatnya, dalam keadaan itu, untuk apa lagi Attakiri dikekalkan dalam kabinet?
Lebih daripada itu, terdapat pula percubaan daripada pemimpin tertentu UMNO dan Pas untuk membela Attakiri dengan hujah-hujah yang tidak masuk akal.
Hujah seorang pemimpin UMNO bahawa Attakiri pergi ke Turki dengan kononnya membawa balik pelaburan bernilai RM82 bilion adalah bukti wujud percubaan untuk menutup kesalahannya.
Bagaimana pemergiannya bercuti bersama keluarga ke Turki boleh membawa masuk pelaburan untuk negara?
Bahkan, Muhyiddin sebagai Perdana Menteri pun belum mampu membawa masuk pelaburan untuk negara dengan jumlah sebanyak setakat ini.
Seperti kata Terese Kok, kalau benar sebanyak itu pelaburan yang mampu dibawa balik oleh Attakiri yang tiada pengalaman sebagai menteri sebelum ini, lebih baik jadikannya saja sebagai Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin?
Hujah pemimpin dan walaun Pas lagi menggelikan hati, antaranya membandingkan Attakiri dengan drebar lori yang setiap hari berulang alik antara Malaysia dan Singapura yang langsung tidak dikuarantin, tiada kluster Khairuddin yang wujud, kononnya Attakiri sebagai menteri yang sentiasa sibuk tidak perlu kuarantin diri dan pelbagai lagi.
Rakyat bukan saja mual dengan alasan-alasan seperti itu, lebih daripada itu, sebenarnya juga tidak memerlukan lagi watak seperti Attakiri sebagai menteri untuk rakyat.
Dalam hal ini, adalah menghairankan bagaimana Muhyiddin masih tidak mahu bertindak terhadap pemimpin Pas itu.
Percayalah, dengan kedudukan Muhyiddin mula merudum dari segi keyakinan rakyat sekarang ini, jika beliau berani memecat atau meminta Attakiri berundur, pujian rakyat akan melimpah-limpah terhadapnya. (Shahbudindotcom 25/08/2020)
HIPOKRIT KHAIRUDDIN TAKIRI TERDEDAH?
Hipokrit Khairuddin Takiri terdedah?
WFAUZDIN NS
Khairuddin ‘Tak Kuarantin Diri’ (rengkasnya, Takiri) sememangnya hebat kalau bercakap. Aku masih ingat sewaktu parti lebai ini sibuk bercakap pasal RUU Akta 355. Isu inilah yang menjadi salah satu alasan untuk parti lebai berpisah dengan PR dulu.
Si Takiri berucap, pernah mencabar sesiapa sahaja untuk berdebat dengannya dalam isu RUU Akta 355. Beliau berhukum bahawa melaksanakan RUU Akta 355 itu adalah hukumnya ‘Wajib’, bukan sunat, makruh, haram atau harus lagi. Maka, tidak peliklah ada seekor lebai dari Penang(Bukan Penang tapi Padang Serai dan kerana takut kena saman kes jirat cina dan tidak boleh azan di Penang.YDP Padang Serai ni penakut sebenarnya.Padang Serai ni Kedah.) mengutip hukum tersebut dan dijadikan maudhuk di dalam kuliahnya sehinggakan “mengkapirkan’ Kak Wan (Presiden Keadilan waktu itu) jika tidak menyokong usul yang akan dibawa oleh lebai Hadi di Parlimen. Mati nanti, kita tanam jirat Cina, kata lebai jahil tersebut. Nampak tak bahayanya apabila Islam itu dijual?
Hukum serta pandangan Takiri tentang RUU Akta 355 ini mendapat perhatian dari seorang ustaz terkenal, pakar hadith iaitu Dr Rozaimi atau Dr Rora. Beliau menyahut cabaran Takiri untuk berdebat dan telah menghantar wakil untuk menyampaikan minatnya untuk berdebat dengan Takiri. Malangnya, sampai sekarang Takiri membisu sehinggalah beliau kini telah menjadi Menteri di dalam kerajaan pintu belakang. Bila telah menjadi kerajaan, sepatutnya tidak perlu kisah soal debat lagi, elok beliau suruh lebai Hadi, Presidennya itu bawa semula usul RUU Akta 355 yang lebai Hadi sendiri minta tangguh berkali-kali dahulu. Mengapa diam soal RUU Akta 355 sekarang? Sebab, itu hanya modal lebai dalam politik saja.
Nah, sekarang parti lebai cuba sedaya upaya untuk membela Takiri pula. Satu dunia tahu, Takiri telah langgar satu undang-undang dan peraturan paling serius iaitu berkaitan keselamatan orang ramai. CoViD-19 bukan penyakit biasa, ia satu wabak dan virus paling bahaya yang sedang melanda dunia sekarang. Tapi, Takiri dengan egonya hanya menyatakan telah bayar denda seribu dan akan potong gaji 4 bulan. Apakah itu nilai keselamatan? Undang-undang mahu dibeli dengan sejumlah wang yang tidak cukup untuk membeli alat ganti kereta Audi Q7 yang dihadiahkan kepada bini muda beliau?
Peliknya, si katik Tuan Berahim pun ikut membela si Takiri ini. Tapi dia bawa contoh yang ke laut yang menunjukkan kebodohan sang Timbalan parti lebai. Ada ke patut dia membawa contoh drebar lori sayur yang ulang alik ke Singapore tidak pun kena kuarantin? Dia bawa kisah pilot juruterbang yang memang tugas hariannya membawa pesawat untuk disamakan dengan kisah anak buahnya si Takiri yang bawa bini ke Turki.
Benarlah kata lebai Hadi. Parti lebai dengan parti Najib umpama dua lutut. Ertinya, otak kedua-dua parti ini memang berada di lutut. Tidak hairanlah banyak sangat keluar yang pelik-pelik dari mulut pimpinan mereka. Kisah Takiri ini aku tamatkan dengan memetik apa yang penulis Ipoh mali sebut di bawah;
Petikan dari catatan Ipoh Mali menyebut…
Kisah Takiri ini mirip satu kisah wanita kalangan bangsawan yang dituduh mencuri… Lalu dia berjumpa dengan Usamah bin Zaid, orang yang paling disukai dan paling rapat dengan Rasulullah ﷺ… Dengan harapan Usamah dapat menolongnya diberikan keringanan hukuman…
Bia mendengar rayuan Usamah itu… Maka merahlah muka Nabi kemarahan… Lalu Nabi ﷺ bersabda…
أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللهِ
“Apakah kamu hendak meminta syafaat terhadap hukuman dari Allah (yang telah ditetapkan)?”
Lalu Nabi ﷺ bangun dan berdiri di mimbar Khutbah lalu Nabi ucapkan ungkapan ini sebagai pedoman sekalian manusia… Hatta dalam kehidupan kita hari ini…
Lalu Nabi ﷺ berdiri dan berkhutbah, setelah memuji Allah dengan pujian yang layak untuk-Nya, baginda ﷺ bersabda:
« فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ
وَإِنِّي وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا»
“Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah apabila ada orang yang dihormati (terhormat) dari mereka mencuri, maka mereka pun membiarkannya. Namun jika ada orang yang lemah dan hina di antara mereka ditangkap kerana mencuri, maka dengan segera mereka melaksanakan hukuman ke atasnya.
Demi Zat yang jiwa ku berada tangan-Nya, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sungguh aku sendiri yang akan memotong tangannya.”
Jadi apa apa yang diperlihatkan di hadapan kita hari ini menepati apa yang diucapkan Nabi ﷺ lebih seribu tahun dulu… Hukuman yang dikenakan kepada rakyat marhaen, berbeza dengan kelompok sang penguasa dan Menteri… Takiri telah mendapat syafaat dari KKM hanya kerana kedudukannya sebagai Menteri…
Jadi tidak kah kita nampak hikmah di sebalik tertubuhnya Kerajaan Tebuk Atap dan Khianat ini… Allah zahirkan di hadapan kita… Yang rosakkan nama agama ini datang dari orang agama sendiri… Mereka inilah yang memburukkan wajah Islam…
Bukan kah benar kata Nabi ﷺ, lebih aku takutkan Ulama Jahat ini lebih dari Dajjal… 🙂
(Ipoh Mali)
(Ipoh Mali)
NAK BUAT PENDEDAHAN, JANGAN GANTUNG AYAT…
Nak buat pendedahan, jangan gantung ayat…
Oleh: Pentadbir
Via WhatsApp
- Amat bahaya bila seseorang itu biarkan hujahnya tergantung !
- Bila Menteri Kewangan Gomen Tebuk Atap yang Khianat Mandat Rakyat cuba nak “score points” dengan mendakwa 101 projek rundingan terus telah diluluskan oleh Kerajaan PH dan ia bernilai RM 6.61 bilion, beliau sepatutnya tak biarkan ayat itu tergantung setakat itu. Tapi malangnya itu yang Menteri ” freshie” telah lakukan !
- Beliau patut sebut siapakah senarai para penerima projek secara rundingan terus ( direct nego ) itu dan kenapakah ia diberikan secara rundingan terus. Itu yang diminta oleh ramai ahli Dewan Rakyat. Dan adakah jika diberikan, ia dibuat mengikut guidelines yang MOF tentukan?
- Keadaan ini sama lah macam YB Tg.Karang dedah kononnya lebih kurang 40 jawatan dalam GLCs didakwa diberikan kepada para ahli politik PH ..ia pun ayat tergantung.
- Bila YB PH+ minta senaraikan hal tersebut, kita boleh lihat YB yang dedah itu kelihatan terkapai-kapai macam orang lemas untuk bacakan senarai (macam watak P. Ramlee dalam filem Pendekar Bujang Lapok gagal baca surat dari anak gadis Pendekar Mustar).
- Untuk berlaku adil kepada YB Tg Karang dia dan YB Arau ada dedah ..tapi …bila didedah terbuktik dakwaan YB Tg Karang amat meleset kerana yang didedah bukan senarai sykt GLC . Sebaliknya ia sama ada agensi di bawah kementerian atau badan berkanun.
Misalnya YB Arau sebut Malaysian Timber Industries Berhad -yang diterajui oleh YB Lanang ( DAP ). Itu bukan GLC tapi badan berkanun di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Utama.
- Berhujah secara tergantung amat bahaya. Saya teringat kata seorang agamawan jika kita guna hujah dengan bersandarkan dalil yang kita kerat, ia macam kita berhujah dalam Al-Quran kononnya ada ayat melarang kita sembahyang ( hujah sekerat) sedangkan ayat itu bersambung janganlah kamu bersembahyang “dalam keadaan kamu mabuk”. Jika frasa “dalam keadaan kamu mabuk” kita tinggalkan/kerat ia seolah-olah AlQuran larang kita bersembahyang.
- Bila Abu Nawas berkata ” bersembahyanglah kamu semua tapi jangan rukuk dan sujud”, ramai orang yang marah kat Abu Nawas hingga beliau kena dipanggil oleh Khalifah.
- Abu Nawas kata ” Tuanku, mereka tak dengar lagi penjelasan saya tapi mereka terus laju menghukum saya.. Yang saya maksudkan sembahyang tanpa rukuk dan sujud itu adalah sembahyang mayat, Tuanku !
RM6.3 B: MENTERI KANAN TERPALIT?
RM6.3 b: Menteri kanan terpalit?
Oleh: Pentadbir
Gino Marvela aka Gin Marvel
Antara salah satu perbualan kami bersama pihak di sana menyatakan:
“Senarai nama2 yg dapat projek runding terus bakal terpalit kpd nama2 menteri terkini sekiranya ia di dedahkan sebagaimana yg di pinta oleh sdra Anwar. Dan secara teknikalnya ia bukan rasuah mahupun pengubahan wang haram tapi hanya sekadar klausa nama “Direct Nego” dan “Open Tender”.
Pentadbiran PH hanya menekankan “Open Tender”, walaubagaimana pun ada beberapa projek yg mmg di buat secara “Direct Nego” dalam beberapa pemerolehan kerajaan antaranya projek2 yg di hentikan oleh PH semasa memerintah untuk di audit kembali dan rundingan kembali antaranya yg berkaitan kepada hiliran 1MDB itu sendiri yg secara lazimnya China dan beberapa negara lain adalah merupakan pelaburan asing bg membantu industri negara.
Untuk hal ini, dua portfolio yg paling kritikal dan penting ialah Menteri Ekonomi di mana sdra Azmin itu sendiri memegang portfolio tersebut dan sdra Lim yg juga bertindak memegang portfolio menteri kewangan. Oleh itu, agak mustahil sdra Azmin menyatakan tidak mengetahui apa2. Situasi ini bukanlah rasuah atau pengubahan wang haram sebaliknya ia hanya cara pembekalan pengurusan projek samada perlu di buat Tender Terbuka @ Runding Terus yg Malaysia telah lakukan berpuluh tahun lamanya.
Jadi utk pemerolehan negara, apa natijahnya sdra Azmin menafi dan berkata tidak benar sedangkan dirinya juga adalah individu penting berkaitan ekonomi. Bukankah elok mengakui dan berkata.. Ya benar mmg PH ketika itu melakukan proses Runding Terus & Tender Terbuka utk pemerolehan dan pemulihan ekonomi negara yg terdesak pd ketika itu. Nak malu apa, mmg itu salah satu cara pemerolehan kerajaan pun.”
Haaa…ha!!!
Si menteri kewangan Zafrul ini pula dok main angin dlm penggunaan 2 jenis sumber perolehan Tender Terbuka & Runding Terus. Bukan dia tunjuk duit hilang ka… bayar beli helikopter tapi heli pun tak pernah sampai ka… runding terus ECRL yg di buat Najib dan di teruskan PH ka… ini dia dgn diri dia sekali bermain timbulkan perspektif.
Takpalah, esok harap Zafrul buleh dedahkan senarai nama2 penerima projek Runding Terus bersama nama syarikatnya, tarikh, bilangan jumlah harga rundingan dan projek apa.
Harap sdra Zafrul tidak hampakan kami utk mengetahui maklumat terperinci tersebut!
AZMIN KATA PH GAGAL, DIALAH MENTERI WAKTU ITU – MAT SABU
Azmin kata PH gagal, dialah menteri waktu itu – Mat Sabu
Oleh: Redzuan RF8 Media
Menteri Kanan, Azmin Ali memalukan diri sendiri apabila mengkritik kerajaan terdahulu yang beliau sendiri sebahagian anggota Kabinet pimpinan Dr Mahathir Mohamad selama 22 bulan.
Menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, tuduhan Azmin yang kerajaan PH gagal selepas menjadi kerajaan selama 22 bulan hanyalah membuktikan kelemahan dirinya sendiri.
“Azmin datang ke Slim dia maki kerajaan PH kerana gagal. Dialah, sebab dia jadi menteri 22 bulan.
“Malu hadirin sekalian, kita datang maki bapa kita, malu ke tidak, dia 22 bulan jadi menteri dia datang maki kerajaan dulu,” katanya ketika ceramah perdana PH membantu kempen calon Bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi malam tadi.
Mohamad berkata demikian ketika mengulas kenyataan Azmin yang meminta pengundi Slim jangan menyokong PH tetapi menyokong Perikatan Nasional (PN).
Azmin berkata, rakyat sudah memberi peluang kepada PH untuk memerintah kerajaan persekutuan dan negeri selama 22 bulan, tetapi PH gagal kerana tidak mampu membela rakyat.
Katanya, jika wabak Covid-19 berlaku pada zaman pemerintahan PH, mungkin lebih ramai rakyat menderita bukan kerana wabak itu, tetapi disebabkan kerajaan PH.
“Ketika zaman PH, minta wang tiada…semua tiada, tetapi kita tengok hari ini dalam pentadbiran kerajaan PN masalah itu tidak timbul demi membantu semua rakyat di negara ini.
“Kita memberi peruntukan bukan disebabkan pilihan raya, menteri besar bukan kerja setakat jam 8 pagi hingga 6 petang sahaja, tetapi menteri besar Perak bekerja 24 jam untuk rakyat,” kata Azmin ketika melawat bilik gerakan MIC pusat daerah mengundi (PDM) Ladang Sungkai dekat Kampung Hendra, Sungkai pagi tadi.
Menerusi ceramahnya, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata kerajaan PN perlu ditolak rakyat kerana tidak mempunyai manifesto dan berada dalam keadaan cacamarba berbanding PH yang kemas dengan tawaran manifesto.
“Mereka tidak ada manifesto, Umno dengan cara dia, PAS dengan cara PAS, sekarang bila jadi kerajaan mereka tidak peduli soal RUU355, soal LGBT, dia tak peduli apa dah, tidak ada prinsip, keadaan PAS sekarang berbeza, saya lama dalam PAS, saya tidak pernah bermimpi PAS jadi macam sekarang, hilang prinsip.
“Umno saya hormat sebab dia kekal cara dia, MCA kekal cara dia, PAS kita tak tahu hilang pegangan bila jadi kerajaan, dulu mereka kata kita menentang Umno bukan kerana dia Umno, sekarang Umno sahabat kita.
“MCA dengan cara dia, PAS dengan caranya, MIC dengan cara dia, PPBM dengan cara dia, mereka tidak ada manifesto, menteri itu begini, menteri ini begini. Kita PH ada manifesto, dulu tidak setuju Dr Mahathir Mohamad jadi menteri, kita tidak mahu ulang macam zaman dulu (BN), dia (Mahathir) hanya perlu jadi PM,” katanya.
Beliau turut menyeru pengundi menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim sebagai medan mengembalikan hak demokrasi negara selepas tindakan PN merampas kerajaan daripada PH.
“Malaysia ini pelik, yang menang jadi pembangkang yang kalah jadi kerajaan, jadi PRK Slim ini kita perlu kembalikan hak demokrasi, kita bermula di sini,” katanya.
Sementara itu, ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir menyeru pengundi Slim menolak calon BN kerana menganggap jika parti itu menang ia ibarat menyokong Najib Razak.
“Kita mesti tolak Najib, tolak BN. Bila nampak dacing itu Najib, pangkah dacing sama dengan pangkah Najib, pangkah BN bermakna sokong Najib,” katanya.
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming pula berkata, rakyat mesti menolak kerajaan PN yang dianggap cacamarba.
“Mereka huru-hara, semalam PAS cakap mereka jadi penaja nak tubuh PN bersama PPBM, Umno kata dia undur tidak masuk PN, PPBM kata dia masuk Muafakat Nasional (MN),” katanya.
ANWAR SOAL, AZMIN BANTU MENTERI KEWANGAN JAWAB?
Anwar soal, Azmin bantu Menteri Kewangan jawab?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Cepat-cepat Azmin Ali bangun, nak tolong Tengku Zafrul jawab… Sejak bila wujudnya amalan Menteri tolong Menteri lain jawab soalan dalam Parlimen?
Kau nampak tak siapa sebenarnya kepanasan bila Anwar minta dedahkan semuanya? Bukan orang tak tahu, Azmin Ali dulu Menteri Hal Ehwal Ekonomi masa PH perintah…
Bukan sikit anak portfolio dan agensi bawah Kementerian ni… Bila banyak portfolio, banyak agensi… Tentu laa banyak juga projeknya? Takut terkantoi ke tu?
Jangan tunjuk sangat gelabah tu Azmin!
Senang benar umat Melayu ditipu dan dihasut… Buktikan… Tengok projek apa… Lagi pun projek tu diberi kepada org Melayu Bumiputera…
Kalau ada unsur rasuah, SPRM dah tangkap dan buat tuduhan. Tak perlu caj LGE dgn tuduhan mengarut… Jangan jadi Melayu bodoh… Jangan diperbodohkan…
Kalau berani buat repot polis dan bukan di Parlimen… Si Aziz tu kerja dia mengganggu PH untuk beri penjelasan… Takut ke kene bongkar…
Senaraikan semua 101 projek yang direct nego, Kementerian mana, Menteri mana, syarikat apa yang dapat. Kalau betul ada unsur rasuah bawah PH, rakyat setuju SPRM masuk campur dan siasat.
Kalau Tg. Zafrul betul² jujur, bentang dr A sampai Z. Zaman PH, Azmin yang jual aset banyak, LGE yang kena bola tanggung. Sekarang Azmin dengan Rina bukan main pertahankan Zafrul. Harap PH desak MOF keluarkan senarai direct nego.
Kerajaan penipu buat kenyataan menipu terus. Takut nak dedahkan senarai kerana akan kantoi sendiri. Menteri-Menteri yg bertanggungjawab semua geng dlm kerajaan sendiri. Penipu besar.
Setakat dedah tajuk, isi nak sorok, bacul namanya. Salah tetap salah, tak kira siapa dari parti mana.
Jgn nanti abah kau & semburit yg terkantoi pulak ye. Sila dedah semua nama penerima, rakyak nak tahu. Tak kira parti mana, salah tetap salah.
Fitnah Anwar, AMK lapor polis
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang telah membuat laporan polis terhadap kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes pelanggaran SOP oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi,Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.
Menurut ketua pemudanya, Fahmi Zainol, laporan polis tersebut telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut semalam menuntut keadilan yang sebenarnya dalam isu terbabit.
“Kami anak muda merasakan politik fitnah yang dibawa oleh sesetengah pihak dalam negara ini sewajarnya dibanteras secara besar-besaran kerana budaya fitnah ini tidak mendapat tempat dikalangan masyarakat.
” Begitu juga dengan tindakan salah seorang menteri yang telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan serta tidak kuarantin selepas pulang dari luar negara tempoh hari.
” AMK Pulau Pinang dengan ini menolak amalan budaya politik fitnah serta juga mengutuk sekeras kerasnya tindakan menteri kerajaan PN yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” tambah beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)