Fitnah Anwar, AMK lapor polis

Fitnah Anwar, AMK lapor polis



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang telah membuat laporan polis terhadap kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes pelanggaran SOP oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi,Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.
Menurut ketua pemudanya, Fahmi Zainol, laporan polis tersebut telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut semalam menuntut keadilan yang sebenarnya dalam isu terbabit.
“Kami anak muda merasakan politik fitnah yang dibawa oleh sesetengah pihak dalam negara ini sewajarnya dibanteras secara besar-besaran kerana budaya fitnah ini tidak mendapat tempat dikalangan masyarakat.
” Begitu juga dengan tindakan salah seorang menteri yang telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan serta tidak kuarantin selepas pulang dari luar negara tempoh hari.
” AMK Pulau Pinang dengan ini menolak amalan budaya politik fitnah serta juga mengutuk sekeras kerasnya tindakan menteri kerajaan PN yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” tambah beliau.