KALAH AMBIL LA PENGAJARAN. PENANG MAJU DAH.. TAPI MAKLUMAT TAK SAMPAI....


1. Penerangan dari kerajaan lemah. 


2. Maklumat tak sampai ke bawah


3. Jkom tetap jadi arwah. 


4. Probono buat kerja seperti biasa. 


5. Ada yang berbayar... Sekali tunjuk muka macam dia ulas boleh menang. Kah. Kah.


6. Kes saman soqang tak kena lagi.. Elok sangat la.. 


7. PKR ketua ketua cabang tak turun kot ya... Atau pi makan durian. 


8. Pemilihan jawatan kemain lagi. Kah. Kah kah.... 





ULASAN LEPAS KALAH...


Wisata Roh


 1. Punca kalah majoriti lagi besar ,

28% pengundi putih PH tak keluar mengundi .

Macam mimpi dan tak percaya 🙂🙃


2. PN pula hanya hilang 6% pengundi putih saja . Sama trend macam PRK KKB .


3. Berita paling baik ,

pengundi BN 40% pergi kepada PN ,

60% pergi kepada kerajaan PERPADUAN.


Berubah 180' dari PRK lepas.


Sebab tu undi penjawat awam PH berjaya menang dan rampas.

*

*

*

Kesimpulan , lebih dari separuh penyokong BN happy dengan kerajaan madani.

H.o.N punya sabotaj tak berjaya tambahkan undi blok PN.


Kah 🤣

*

*

*

Pengundi PH not happy.


Pengundi PN semakin merosot walaupun menang majoriti lagi besar.


++++++++++


PRK Nenggiri saya jangka akan memberi tamparan yang hebat kepada PAS , 

kubu kuat tu.


Kalau trend yg sama dikekalkan dalam PRK Nenggiri , kerajaan PERPADUAN boleh menang dengan slim majority.


Benchmarknya keputusan undi pos di PRK Sungai Bakap.


WR



TAHNIAH PN

 



Keputusan Terkini as at 7.39pm!

PN -13,407

PH - 9,619


Majoriti : 3,788 PN 🙄


Setakat ni semua PRK selepas PRU15, kekal kpd parti pnyandang. 


1.  Kemaman - PN

2.  Pulai - PH

3.  Spg Jeram - PH

4.  Pelangai - Bn

5.  K.Kubu Baru - PH

6.  Sg Bakap - PN


Next- Nenggiri (Penyandang - PN)



AI PEMACU KEJAYAAN EKONOMI NEGARA









 Meneruskan urusan di Pahang dengan menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan.


Dalam ucapan saya singgung keperluan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengubah cara kerja lama bagi mengelakkan sebarang kelewatan dalam urusan kelulusan projek baharu bagi memacu pembangunan di semua kawasan.


Peringatan juga diberikan kepada semua setiausaha kerajaan negeri agar terus memantau senarai projek yang diluluskan dan melaksanakan kemas kini status projek secara berkala.


Saya turut tegaskan bahawa gerak kerja kita harus pantas dan sentiasa dalam keadaan terbaik sebelum Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN hujung tahun ini bagi membuktikan keupayaan negara menarik pelaburan serta pelancongan supaya setiap negeri semakin maju.


Contoh terbaik yang harus kita ikut adalah ketika penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan Universiti Teknologi Malaysia yang diluluskan hanya dalam tempoh empat bulan dan ia menunjukkan ada kesediaan semua pihak untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik.


Insya-Allah Kerajaan MADANI akan terus memacu pembangunan negara dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat secara inklusif dan adil.


#MalaysiaMADANI




RAIKAN KEJAYAAN PH MALAM INI

 Jangan lupa datang raikan kemenangan JOOHARI malam ni 

@

PRK SG BAKAP ini penanda aras PH PKR PRU16 nanti kembali bangkit garang atau makin layu di tinggalkan ISRAEL PN terutama ZIONIS PAS pis pus.Tak nampak media rasmi PKR buat live pagi ni


Undi Pos Suntikan Semangat untuk PHBN.  

PH 63 vs PN 56


TIADA UNDI AWAL




SPR JANGKA 60% LEBIH KELUAR MENGUNDI. PELUANG PH ERAH.


 Dalam tempoh sejam berlalu, bilangan pengundi yang keluar memilih di Sungai Bakap hanya meningkat 6.45 peratus.

Berdasarkan data yang dikeluarkan SPR, setakat jam 4 petang tadi, jumlah pengundi yang keluar ialah 57.77 peratus.


Mk. 



JANGAN SUKA HINA ORANG


Shahril. A. Kadir



"Saya tak suka perbuatan menghina orang apatah lagi orang miskin dan sikap 'membeza-bezakan' kita antara sesama manusia. Contohnya kalau buat 'open house'...yang CEO kita bagi masuk dalam rumah, yang pangkat kecil makan kat luar, saya tak suka." 


Itu antara kata-kata jutawan Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim ketika  kami menghabiskan masa bersama di pejabatnya tadi. Itulah rutin saya bila bertemu dengan pemilik Weststar, syarikat perkhidmatan helikopter luar pesisir itu.


Kami berdua jarang berbual soal bisnes, yelah, kebetulan saya pun bukannya ada bisnes dengan Weststar, supply satu skru helikopter pun takde😀


Tetapi setiap kali bersama, kami banyak berbual soal kehidupan, prinsip dan perjuangan kami. Perjuangan di bidang kami masing-masing.


Syed Azman mengakui perjalanan yang dilaluinya bukan mudah kerana terpaksa berhadapan dengan 1,001 dugaan dan cabaran, sebab itu beliau lebih suka tumpukan usaha serta kudrat untuk syarikat daripada bergelumang dengan 'publisiti dan kemahsyuran'. 


Anak kepada bekas ketua kerani ini berkata beliau bermula dari bawah dan bukannya jutawan yang muncul sekelip mata.


Untuk rekod, Syed Azman anak jati negeri jelapang padi ini bermula dengan menjual kereta terpakai selepas berhenti daripada menjadi pegawai tentera.


Beliau masih ingat bagaimana salah seorang pelanggannya pernah berkata 'ni yang malas beli kereta dekat salesman Melayu' hanya kerana agak lewat mendapat kereta  yang dipesannya.


"Ketika itu saya rasa sangat terhina kerana dia juga sebangsa dengan saya, sampai hati dia berkata sebegitu.


"Saya bukan datang dari keluarga senang atau dari keluarga terlalu susah, tetapi apapun latarbelakang kita, jangan pandang rendah pada orang lain kerana orang yang anda hina itu mungkin suatu hari nanti akan lebih berjaya diri anda sendiri," kata Syed Azman.


Nama Syed Azman mula menjadi sebutan apabila bertindak 'luar jangka' kerana mengambil keputusan masuk ke bisnes menyediakan pengangkutan membawa pekerja ke pelantar minyak, satu perniagaan yang asing bagi ahli-ahli perniagaan Melayu ketika itu.


Kini daripada hanya sebuah helikopter, Syed Azman mempunyai lebih 40 buah helikopter dan muncul syarikat penyedia perkhidmatan helikopter terbesar di Asia Tenggara!



Beliau juga berjaya mendapat kontrak penyediaan perkhidmatan yang sama di Itali, Equatorial Guinea, Congo, Namibia, Gabon, Mauritania dan terbaru di Arab Saudi sekaligus meletakkan dirinya antara bilionair Melayu terkaya ketika ini.


Namun Syed Azman tak memandang pada itu semua kerana baginya beliau hanya berusaha dan pada Allah dia berserah.


"Saya suka bekerja, duduk rumah pun buat apa, dok 'menganga' sahaja," katanya dalam pelat utara yang pekat sebelum kami sama-sama ketawa sambil hirup kopi panas cicah biskut.


Memang sempoi Tan Sri Syed Azman nih😁



50% KELUAR MENGUNDI SEJAK JAM 4 PETANG TADI. SEMOGA RAMAI LAGI KELUAR MENGUNDI

 


Sejak jam 4 tadi 50% telah keluar mengundi. 


Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pagi ini berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.



Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata setakat ini perjalanan proses mengundi berlangsung dalam keadaan baik malah pengundi juga dilihat keluar awal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ 


#AWANInews



Perbandingan Belanjawan PMX Anwar vs Perikatan Nasional*


La Jo Ir


1.0 *PMX Berjaya Mengurangkan Belanjawan Defisit* 


2021 - 6.5% ( Muhyiddin ) 

2022- 5.6% ( Ismail Sabri ) 

*2023 - 4.9% ( Anwar )* 

*2024 - 4.3% ( Anwar )* 


2.0 *Subsidi Kepada Rakyat Tertinggi* 


2021 - RM 28 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 77.7 Billion ( Ismail Sabri ) 

*2023 - RM 64 Billion ( Anwar )* 

*2024 - RM 81 Billion ( Anwar )* 


3.0 *Bantuan Wang Tunai Tertinggi*


2021 - RM 6.5 Billion ( Muhyiddin ) - BPR

2022 - RM 7.8 Billion ( Ismail Sabri ) - BKM

*2023- RM 8 Billion ( Anwar ) - BTR* 

*2024 - RM 10 Billion ( Anwar ) - BTR*


4.0 *Bonus Penjawat Awam Tertinggi* 


2021 - Penjawat awam RM 600 , pesara RM 300 ( Muhyiddin )

2022 - Penjawat awam RM700 , pesara RM 300 ( Ismail Sabri )

*2023 - Penjawat awam RM 700 , pesara RM 350 ( Anwar )*

*2024 - Penjawat awam RM 2000 , pesara/Veteren tidak berpencen RM 1000 ( Anwar )* 


5.0 *Subsidi & Insentif Kepada Sektor Pertanian ( Petani & Nelayan )*


2021 - RM 1.7 Billion ( Muhyiddin )

2022 - RM 1.7 Billion ( Ismail Sabri )

*2023 - RM 1.6 Billion ( Anwar )*

*2024 - RM 2.6 Billion ( Anwar )* 


6.0 *Bantuan Awal Pra Persekolahan*


2021 - RM 328 Juta ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 450 Juta ( Ismail Sabri ) 

*2023 - RM 450 Juta ( Anwar )*

*2024 - RM 788 Juta ( Anwar )* 


7.0 *Penjimatan Perbelanjaan Mengurus Negara Terendah* 


2021 - RM 322.5 Billion ( Muhyiddin )

2022 - RM 395.3 Bilion ( Ismail Sabri ) 

*2023 - RM 386.1 Bilion ( Anwar )* 

*2024 - RM 303.8 Billion ( Anwar )* 


8.0 *Harga Lantai Belian Padi Tertinggi* 


2021 - RM 1200 per tan ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 1200 per tan ( Ismail Sabri )

*2023 - RM 1200 per tan ( Anwar )* 

*2024 - RM 1300 per tan ( Anwar )* 


9.0 *Peruntukkan Perumahan Rakyat Tertinggi*


2021 - RM 1.2 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 1.5 Billion ( Ismail Sabri ) 

*2024 - RM 2.47 Billion ( Anwar )* 


10.0 *Peruntukkan Pendidikan Tertinggi*


2021 - RM 50.4 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 52.6 Billion ( Ismail Sabri ) 

*2023 - RM 55.2 Billion ( Anwar )* 

*2024 - RM 58.7 Billion ( Anwar )* 


11.0 *Peruntukkan Kesihatan Tertinggi*


2021 - RM 31.9 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 32.4 Billion ( Ismail Sabri ) 

*2023 - RM 36.3 Billion ( Anwar )*

*2024 - RM 41.2 Billion ( Anwar )* 


12.0 *Dana Pembangunan Sabah & Sarawak Tertinggi*


2021 - RM 9.6 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 9.16 Billion ( Ismail Sabri ) 

*2023 - RM 12.1 Billion ( Anwar )*

*2024 - RM 12.4 Billion ( Anwar )* 


13.0 *Peruntukkan Hal Ehwal Islam Tertinggi* 


2021 - RM 1.4 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 1.5 Billion ( Ismail Sabri )

*2023 - RM 1.5 Billion ( Anwar )* 

*2024 - RM 1.9 Billion ( Anwar )* 


14.0 *Nilai Ambang Muflis Tertinggi* 


2021 - Nilai Ambang Daripada RM50,000 kepada RM100,000  (Muhyidin)


2022 - Nilai Ambang Daripada RM50,000 kepada RM100,000 (Ismail Sabri)


*2023 - Nilai Ambang Daripada RM50,000 kepada RM100,000 (Anwar)*


*2024 - Nilai Ambang Tidak Melebihi RM 200 000 (Anwar)*


15.0 *Sumbangan Guru takmir, Guru KAFA, Imam, Bilal Tertinggi* 


2021 - RM 500 ( Muhyidin) 

2022 - RM 500 ( Ismail Sabri)

*2023 - RM 600 ( Anwar )*

*2024 - RM 700 ( Anwar )*


Ternyata PMX mengatasi kedua2 PM dari kerajaan tebuk atap PN.  Mengapa PMX mampu berikan semua ini meskipun menanggung hutang kerajaan lampau sebanyak RM 1.5 Trilion? 


*Jawapannya adalah, Kerajaan Perpaduan tidak membazir dan kerajaan melawan rasuah habis-habisan!!*




Sila viralkan seluas mungkin.



Berfikir di luar Kotak II...


Desa HM


Dunia sudah jauh berubah... tapi pemimpin2 politik masih tidak berubah.


Contoh yg paling baik, kaedah kempen. 10 thn dahulu, kempen masih cara culaan, buat ceramah, hantar flyers rumah ke rumah. Itu dulu. Skrg sudah berubah. Kempen lebih effektif melalui medsos. Samada melalui Tiktok, fb, wsap group atau lain2 applikasi medsos. 


Tp mindset pemimpin masih berfikir style lama. Masih nk tunggu ada PRK, baru nak turun buat itu, buat ini. Dlm tempoh kempen 2 minggu, mcm2 benda depa nk buat. Kalau boleh, kampung nun jauh di hulu banat, time kempen praya kecil, kat situ depa nak buat pasaraya.  


Sdgkan... pada waktu2 biasa... tak ada praya, kami yg jadi pimpinan di peringkat kwsan, bagi tau mcm2.. masalah itu dan ini... minta pimpinan luangkan masa utk turun mai tengok... haram nak layan. Pemimpin busy sngat.


Namun berbeza, bila nk ada praya. Seminggu 3 kali depa ada masa mai melawat kampung. Mai janji nak buat mcm2... buat jamuan, nak jamu rakyat makan mcm2.. 


Walhal... rakyat dah tak bodo.


Rakyat sudah berfikiran tahun 2028.... tapi kebanyakan pemimpin masih berfikir mcm tahun 2008...


Itu yg menjadi masalahnya...


Itu pun...jgn nk tegur sikit... pengampu2 di kiri kanan akan balun kita rapat....


Bersambung dlm siri Berfikir di Luar Kotak III....


Buka minda.

🤭🤭🤭🤭



KO MAKAN GAJI BUTA JA HADI OIIII- TAK PAYAH SEMBANG BAB EKONOMI LAH SANGAT.. KO TAK TAHU PUN.

 


Kalau kita tengok balik Bajet Belanjawan Negara 2021 semasa PN memerintah, terdapat RM90 billion defisit. 


Dari celah mana untuk tampung RM90 billion kalau bukan dari hutang? 


Lainlah kalau bajet seimbang. 



*************

PETALING JAYA: Presiden PAS Hadi Awang mendakwa banyak masalah diselesaikan ketika partinya bersama Perikatan Nasional (PN) memerintah selama 33 bulan dengan menggunakan hasil negara sendiri.


Ahli Parlimen Marang itu berkata PAS membuktikan kemampuannya mentadbir dari 2020 hingga 2022 apabila diberi peluang, walaupun sebelum itu berdepan kekalahan termasuk di kubu kuatnya di Terengganu dan Kedah.


“Bukan hutang dengan Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan hutang dengan negara lain (sebaliknya) bergantung kepada kekuatan dan tenaga sendiri,” katanya dalam ceramah mega grand finale PN bagi PRK Sungai Bakap malam ini.


Hadi bagaimanapun tidak menyatakan masalah telah diselesaikan PAS sepanjang tempoh pentadbirannya di Putrajaya bersama  PN serta parti lain termasuk Barisan Nasional (BN).


KALAU MUSTAFFA OK. KALAU SEKOQ LAGI JANGAN BAGI MUKA.

 


BERIKAN RUANG KERJA UNTUK MUSTAPHA


MSO


Presiden UMNO Zahid Hamidi kata ramai yang memohon untuk memasuki UMNO semula dan mereka sedang dipertimbangkan. Beliau berkata demikian di Jeli, boleh dianggap permohonan itu juga datang dari Kelantan. 


Kalau yang pohon untuk masuk semula ke dalam UMNO, bekas ketua UMNO Jeli Mustapa Mohamed, UMNO boleh pertimbangkan, bahkan elok. 


Walaupun Mustapa kata dia sudah pencen dalam politik, tetapi pengalaman dan ilmu yang ada kepadanya berguna untuk digunakan bangunkan negara. Apa lagi Mustapa seorang yang suka bekerja daripada berpolitik, molek sangat kalau Zahid cari satu ruang untuk bekas menteri itu.


Sebaliknya kalau permohonan itu dari Annuar Musa, molek tidak dilayan dan tutup serta kunci terus pintu UMNO buatnya. Berbeza peribadi Mustapa dengan Annuar. Mustapa bukan sahaja komited dengan kerja, tetapi punya moral yang jauh lebih baik berbanding Annuar Musa. Beza seperti langit dengan bumi.  


Walaupun Annuar sudah jadi mualaf Pas, namun dosa-dosanya masih belum suci selagi rakyat Kelantan mengingatinya apa yang pernah beliau lakukan. Hikayat pohon Ketereh masih diingat oleh seluruh rakyat Kelantan. Apakah orang Pas mahu hikayat pohon Ketereh hendak dibaca dalam politik Kelantan sekali lagi. Trims.



KELAKU MP PENDANG ISU PIMPINAN DAP DAPAT TANAH. DIAM RUPANYA BILA KENA SOAL. NI PERANGAI PEMIMPIN WALAUN IKUT.. LEKEH DIA NI


Che Ibrahim


 Kuat pelawok MP Pendang ini... Tanah tersebut diperolehi melalui pembelian Syk Upaya Padu Plantation Sdn Bhd, bukan melalui permohonan tanah dengan Kerajaan. 



Tanah seluas 10500 ekar itu dipohon diluluskan oleh Kerajaan Kelantan kepada Yayasan Islam Kelantan, kemudian pihak YIK telah memberi pajakan kepada Syk Upaya Padu. Pemilik syarikat tersebut telah menjual syarikat berkenaan dan dibeli oleh pemimpin Dap.




TUUU DIAAA BAHASA PUAK KHAWARIJ

 

Pak Ya Siam


Hahahah 


Geng Hijau Sungai Duri dah panaih !! Habis dihina orang lain islam kut mana ??😂😂




PRK NENGGIRI - SATU UJIAN UNTUK PELBAGAI


Che Ibrahim


UJIAN 1


Sejauh mana Pas dan Bersatu dapat bertolak ansur dalam memanjangkan jangkahayat PN. Sejarah Pas tidak pernah bertahan lama dalam mana mana pakatan politik yang mereka sertai. 


UJIAN 2


Sejauh mana UMNO telah berjaya menarik semula sokongan ahli ahlinya yang kecewa dengan UMNO dan berpaling tadah dengan menyokong Pas/PN dalam PRU yang lepas. 


UJIAN 3


Sejauh mana perpaduan parti parti politik terutama PH dan BN dalam Kerajaan Perpaduan yang dibentuk "secara paksa" setelah tidak ada mana mana parti atau gabungan parti menguasai majoriti mudah dalam PRU 15.


UJIAN 4


Sejauh mana sokongan rakyat ke atas PMX dan Kerajaan Madani selepas lebih setahun memerintah Negara. 


UJIAN 5


Sejauh mana keabsahan pindaan Perlembagaan Parti Bersatu yang  dikuatkuasa kebelakangan bagi mengekang MP/Adun mereka lari . 


UJIAN 6


Apa status rasmi seorang MP/Adun yang merupakan ahli kepada satu parti, tetapi dipilih sebagai MP/Adun atas tiket parti lain. Adakah status seorang YB dikira mengikut keahlian parti atau mengikut parti yang dia bertanding??



KAU SENDIRI AKAN HADAP SAMAN KERANA FITNAH.. DIA MUNGKIN SALAH FAHAM.

 


Hm... Susah isu ni. 𝗠𝗣 𝗝𝗲𝗹𝘂𝘁𝗼𝗻𝗴 sebut nama arwah Adun Sg. Bakap sebagai 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗶𝗮𝗻𝗴  kalau nak dikira memanglah tak elok. Sebab mendiang tu untuk 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺.



Tapi kalau sebut 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵𝘆𝗮𝗿𝗵𝗮𝗺 tak salah ke pada lebai? Sebab 𝗥𝗦𝗡 𝗥𝗮𝘆𝗲𝗿 sebut Allah. Sedangkan MP baca terjemahan ayat Quran pun melatah, ni sebut Allah tak jadi salah ke?


Rayer mungkin tersilap sebut. Sebab dia bukan Islam jadi dia mungkin 𝘁𝗮𝗸 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗮𝗽𝗮 𝗻𝗮𝘁𝗶𝗷𝗮𝗵𝘆𝗮 𝗽𝗮𝗻𝗴𝗴𝗶𝗹𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗴𝗶𝘁𝘂.  Aku tak fikir Rayer nak hina arwah. Dan dia pun bukan sengaja nak 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘧𝘪𝘳𝘬𝘢𝘯 arwah.


Yang selalu kafirkan sesama muslim ni PAS sendiri. Habis dipusing segala dalil yang kononnya 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗣𝗔𝗦 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 dan 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦 𝗯𝗲𝗿𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. 


Bab itu, bab mengkafirkan sesama muslim, 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶𝗻𝗶𝘁𝗮 ni tak kisah pun. Tak hanya itu, walaun main isu qazaf - yang 𝗷𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂 𝘁𝘂 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗾 - dan dibuat pula oleh yang mengaku muslim, didiamkan.


Tak cukup itu, 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗗𝗛𝗣𝗣 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷺ pun pemimpin PAS bukan setakat senyap, 𝗯𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮.


Bayangkan orang kafir boleh mengaku mimpi jumpa Rasulullah ﷺ tapi kemudiannya kekal sebagai kafir, bukankah itu satu 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷺ?


Makcik ni pun sebelum ni pernah heboh sebab kes dia memfitnah 𝗟𝗶𝗺 𝗞𝗶𝘁 𝗦𝗶𝗮𝗻𝗴, 𝗟𝗶𝗺 𝗚𝘂𝗮𝗻 𝗘𝗻𝗴 bahkan 𝙇𝙞𝙢 𝗞𝘂𝗮𝗻 𝗬𝗲𝘄 (Lee Kuan Yew - mantan PM Singapura) serta beberapa pemimpin DAP yang lain sebagai 𝘀𝗲𝗽𝘂𝗽𝘂 𝗖𝗵𝗶𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴.


Fitnah itu dibuat dengan niat 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 dan menghasut kebencian rakyat. Bahkan disaman pun tak nak mengaku salah dan enggan minta maaf walaupun jelas itu satu fitnah.


Dia kena nasihat diri sendiri. Dia sendiri pun tak betul, 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵, ada hati nak bisingkan hal orang lain. Memang PAS dipenuhi pemimpin hipokrit. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PERHIMPUNAN ANTI ANWARPelik kenapa Walaun diehard tak ikut serta?

 

Zainuddin Omar



Perhimpunan Anti-Anwar di Putrajaya yang pada asalnya diharap puluhan ribu pendemo hanya dihadiri oleh 150 orang sahaja termasuk ramai pemberita dan photographers. 


Kemungkinan besar dianjurkan oleh Walatok dan Walabah. 


Pelik kenapa Walaun diehard tak ikut serta? 


****************

SIRI perhimpunan anti-Anwar Ibrahim yang mula digerakkan sejak minggu lalu dijangka tidak berjaya mengatasi kejayaan kempen menggulingkan Barisan Nasional sebelum ini, kata pemerhati.


Walaupun ada isu dibangkitkan agak berbekas, ia hanya menggamit perhatian segelintir pihak, kata seorang penggerak kempen yang berpengalaman menggembleng ribuan orang turun ke jalan.


Aktivis politik Hishamuddin Rais berkata antara faktor utama disebabkan kelemahan pembangkang yang tidak menguasai isu dan tidak berwibawa di Parlimen.


“Tengoklah sewaktu hari pertama persidangan, (Presiden PAS) Abdul Hadi Awang tak ada, (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin pun tak ada di Dewan Rakyat,” katanya.


Jelasnya, PAS juga berpengalaman luas dalam kempen di jalan raya namun ketidakhadiran parti itu di perhimpunan Demi Negara menunjukkan demo itu tidak tersebut tidak akan ke mana.


Penganjur berikrar akan menghimpunkan jumlah lebih besar dalam siri demo akan datang namun Hishamuddin sangsi perkara itu akan menjadi realiti tanpa penyertaan PAS.


Pada masa sama, beliau mengesyaki perkara itu disebabkan PAS masih berunding dengan kerajaan atas beberapa tuntutan, yang menyebabkan parti tersebut masih tidak menyertai demo Demi Negara.


“Boleh jadi mereka akan menyertai kerajaan perpaduan,” kata intelektual awam itu yang merujuk perkembangan bulan lalu mengenai dakwaan rundingan melibatkan PAS.


Isu berkenaan menjadi perhatian seketika awal bulan lalu apabila dibangkitkan Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzli yang mendakwa PAS berhasrat menyertai kerajaan perpaduan.


Isu tersebut lenyap daripada perbincangkan apabila dinafikan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan sebagai “imaginasi” Fahmi.


Bagaimanapun Hishamuddin percaya kenyataan menteri komunikasi itu wajar diselidik lebih lanjut dalam latar kempen gerakan anti-Anwar yang sedang berlangsung.


Beliau seterusnya melihat PAS sangsi untuk menyertai kempen seperti itu kerana sudah kehilangan ramai “pejuang jalanan” yang disingkir keluar dari parti dan kini membentuk Amanah.


“Orang seperti Mohamad Sabu, Dr Hatta Ramli, ini semua orang yang sedia turun ke jalan raya,” katanya yang membandingkan personaliti seperti Sanusi Md Nor, Ahmad Samsuri Mokhtar dan Takiyuddin.


Selain itu, beliau juga menjangka kempen Demi Negara tidak akan menjadi perhimpunan gergasi seperti siri perhimpunan Bersih kerana pembangkang sendiri tidak teratur pada waktu ini.


“Untuk menghimpunkan ribuan orang seperti perhimpunan Bersih, ia memerlukan banyak organisasi… Kalau tidak turun jalan raya, tidak akan menang pilihan raya,” katanya.


Jelasnya, perhimpunan berjaya kerana mendapat sokongan organisasi berpengaruh seperti Badan Peguam dan parti politik pembangkang. 


Kemudian, barulah BN ditewaskan dan perkara itu terpaksa diakui bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang selama ini sering memburuk-burukkan perhimpunan jalanan.


“Itulah kemampuan Mahathir – menyatukan pembangkang. Jadi pada waktu inipun pembangkang perlu bersatu jika hendak melawan Anwar,” katanya.


Walaupun mengakui Demo Rakyat Lawan Anwar mempunyai asas membela hak rakyat, beliau perlu berlaku adil kerana perdana menteri mentadbir kerajaan dalam keadaan ekonomi yang buruk.


“Kerajaan baharu pula tidak berpengalaman. Malang sekali Anwar menjadi perdana menteri sewaktu ekonomi merudum,” katanya.


Jelasnya Anwar kini hanya mampu mengawal dasar dalaman negara namun banyak perkara tersebut ditentukan faktor luaran yang di luar kawalan seperti perang luar negara dan harga petroleum dunia.


Bagaimanapun beliau tetap terhibur melihat kempen itu merampas slogan Reformasi yang menjadi laungan perang Anwar sewaktu di kem pembangkang.


“Sebab itulah kata orang, pelanduk lupakan jerat tapi jerat tak lupakan pelanduk,” katanya yang menjelaskan janji-janji yang ditaburkan semasa menjadi pembangkang kini menghantui kerajaan.


Hishamuddin juga percaya isu melibatkan pegangan saham firma BlackRock yang dikaitkan dengan Israel dalam Malaysia Airports Holdings Bhd tidak begitu difahami rakyat waktu ini.


Isu geopolitik seperti itu sukar diterangkan sewaktu demo dan lebih sesuai dijelaskan dalam bentuk forum, katanya.


Oleh sebab itu, beliau menjangka isu BlackRock tidak menjadi isu utama dalam pilihan raya umum akan datang dan hanya menjadi modal sampingan sewaktu pilihan raya kecil.


“Ia tidak berapa menggigit berbanding isi harga barang dan makanan,” katanya lagi.


Namun beliau melihat reaksi kerajaan ke atas beberapa kenyataan yang kritikal ke atas tindakan kerajaan melibatkan BlackRock menunjukkan dakwaan melibatkan isu berkenaan berasas.


Beliau merujuk tindakan kerajaan memadamkan beberapa video ucapan seperti yang menampilkan bekas menteri Khairy Jamaluddin berkait BlackRock dari pelantar TikTok.


“Lagipun perang sebenar sekarang di Internet, di media sosial,” katanya lagi.


Sementara itu, penganalisis politik Asrul Hadi Abdullah menjangka pembangkang akan tetap menggunakan isu BlackRock sebagai skandal besar seperti 1MDB.


Beliau melihat isu tersebut mampu menguatkan kecurigaan di kalangan golongan Melayu terutama luar bandar ke atas pentadbiran Anwar.


Katanya, krisis kemanusiaan di Palestin amat merenggut emosi rakyat Malaysia dan isu melibatkan penguasaan BlackRock dalam MAHB sukar dijelaskan kerajaan dengan fakta semata-mata.


Bagaimanapun, isu melibatkan penyasaran semula subsidi bahan api dan kenaikan harga barang akan tetap menjadi fokus utama dalam pilihan raya berbanding kes BlackRock, katanya.


“Saya percaya sewaktu pilihan raya, isu seperti kos sara hidup, subsidi dan keperluan asas akan menjadi faktor penentu bagi pengundi, terutama bagi pengundi atas pagar.


“Sama dengan Najib (Razak), beliau tidak tewas pilihan raya disebabkan 1MDB tetapi disebabkan GST dan kenaikan kos sara hidup,” katanya. – 6 Julai, 2024.



SELAMAT BERLAPAR, JANGAN BUNUH DIRI DAN MATI TANPA MENYUSAHKAN ORANG





Kenapa waktu Mahathir jemput Black Rock masuk Msia, kamu tak berlapar? Kenapa di era kerajaan PN, kapal Israel dan barangan Israel boleh berlabuh dan dibawa masuk ke Msia, kamu tidak berlapar? Mengapa ketika pesawat Israel diberi izin melalui ruang udara Malaysia dan terbang atas serban lebai Hadi, kamu tidak berlapar?  Mengapa tidak berlapar waktu kerajaan PN, KWSP berunding terus dengan Black Rock dalam urusan saham mereka, kamu tidak mahu mogok? Kenapa tunggu era PMX ?


 Marah sebab PMX haramkan kapal dan barangan Israel masuk ke negara ini? Marah sebab PMX tidak berurusan terus dengan Israel? 


Jika begitu, eloklah kamu berlapar seorang diri dan mati seorang diri dari rakyat Malaysia terpaksa kibar bendera putih sekali lagi untuk makan atau mati kelaparan akibat kebodohan pemimpin macam era PN dulu. Jika mahu bunuh diri, tolong masuk hutan, jangan menyusahkan. Wakil Rakyat yang mahu ke parlimen untuk fikir masalah rakyat, bukan sibuk fikir masalah kamu yang bodoh itu seorang.  


Selamat berlapar dan elakkan bunuh diri.


WFAUZDIN NS




DULU TURUN DAN SEKARANG NAIK....

 





La Jo Ir

Satu Ketika pasaran saham pernah jatuh menjunam teruk dibawah 1500 mata akibat kecelaruan politik serta ambil masa utk dpulihkan kembali, bila naik mlepasi 1500 dn kemudian ke 1600 mata, yang peliknya ada pentaksub-pentabsub yang suka dan gembira sperti hndk sabotaj melihat pasaran jatuh semula? yang akan terkesan rakyat marhain seperti Kita nanti, jadilah manusia yang ada prinsip kemanusiaan yang jelas dn berakal.



HRD AKAN DISIASAT SPRM: Saya rasa M Saravanan menteri MIC yang paling tak berfungsi.


 Saya rasa M Saravanan menteri MIC yang paling tak berfungsi. 


Samy Vellu 1000 kali lebih baik dari dia. 


Kesian orang Tapah. 


************

Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) membelanjakan RM1.5 juta untuk mengubah suai pusat komuniti di Tapah, Perak kerana ia berada di kawasan parlimen menteri sumber manusia ketika itu M Saravanan.


Perkara itu didedahkan Ketua Eksekutif HRD Corp Shahul Hamid Shaik Dawood, yang memberi keterangan sedemikian kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) parlimen.


Dalam laporannya yang disiarkan semalam, PAC menyatakan Shahul berkata sebab lain adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat Orang Asli di kawasan itu.


Dia berkata bangunan berkenaan telah diubah suai untuk dijadikan kemudahan "pembelajaran dan pembangunan" untuk Orang Asli kerana mereka tidak mempunyai internet di kawasan kediaman mereka.


Bagaimanapun, apabila didesak oleh ahli PAC Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru), Shahul mengakui Tapah dipilih kerana ia adalah kawasan menteri ketika itu.


Sim juga menyatakan bahawa dengan RM1.5 juta, adalah mungkin untuk membeli tiga lot kedai di Tapah dan bukannya mengubah suai hanya satu pusat komuniti.


Sim: Jadi, anda ingin membuka pusat komuniti untuk melatih Orang Asli, yang mana merupakan perkara yang baik.


Mengapa tidak melakukannya di Tanjong Malim, yang ada ramai Orang Asli? Kenapa tidak di Cameron Highlands atau mungkin di Bera? Kubang Pasu? Terdapat ramai Orang Asli di sana. Mengapa tidak melakukannya di sana?


Shahul: Sudah tentu tuan, jika ada bajet kami akan buat di tempat itu pada masa akan datang.


Sim: Tetapi sebab utama adalah kerana, sudah tentu, menteri juga adalah sebahagian daripada sebab itu?


Shahul: Ya, menteri dari Tapah. Jika ada bajet yang dibenarkan dan ada keperluan, kita juga boleh buat di tempat lain. Tidak ada masalah, tuan.


Ketua Eksekutif HRD Corp Shahul Hamid Shaik Dawood

Keterangan Ketua Pegawai Operasi HRD Corp Ariff Farhan Doss juga menunjukkan bahawa pusat di Tapah mungkin merupakan projek pilihan raya.


Dia berpendapat ia tidak diperlukan kerana HRD Corp sudah mempunyai pejabat di Ipoh dan HRD Corp telah pun menjalankan program di Tapah selama dua tahun sebelum ini tanpa memerlukan bangunan.


"Saya diberi enam bulan untuk memastikan bangunan itu siap dan boleh dirasmikan oleh menteri pada masa itu sebulan sebelum pilihan raya," katanya.


Ariff yang turut tidak bersetuju dengan kos yang besar itu berkata, perbelanjaan itu terlalu tinggi kerana membabitkan ciri mahal.


“Kami mempunyai skrin berharga RM100,000 setiap satu. Jadi, dua daripada skrin itu berada di Tapah. Yang kita tidak gunakan hari ini,” katanya.


Menjawab perkara itu hari ini, Saravanan berkata HRD Corp membuat keputusan sendiri mengenai pengubahsuaian di Tapah.


“Terdapat keperluan untuk menyokong masyarakat Orang Asli dengan kemudahan pembelajaran dan pembangunan.


“Bagaimanapun, keputusan mengenai tempat untuk menubuhkan pusat itu, skala pengubahsuaian, dan perbelanjaan kewangan dibuat sepenuhnya oleh lembaga HRD Corp,” kata Saravanan kepada FMT.


Ketua Pegawai Operasi HRD Corp Ariff Farhan Doss

Pembelian hartanah bermasalah

PAC juga mendapati bahawa HRD Corp terlibat dalam urus niaga hartanah bermasalah lain.


Salah satunya ialah pembelian bangunan Menara Ikhlas pada 2020 di Putrajaya yang menelan belanja RM202.5 juta. Cadangannya adalah untuk menjadikannya ibu pejabat HRD Corp.


PAC dimaklumkan bahawa HRD Corp membayar sebuah agensi hartanah deposit yang terlalu tinggi sebanyak RM120 juta - jauh lebih tinggi daripada 10 peratus konvensional - tetapi perjanjian itu akhirnya dibatalkan.


Bekas ahli lembaga pengarah Ruhaidini Abdul Kadir memberi keterangan bahawa dia mendesak pembatalan itu kerana pemilikan belum dipindahkan walaupun selepas hampir dua tahun.


"Saya tidak setuju untuk meneruskan pembelian dan mencadangkan HRD Corp meminta pembayaran balik deposit dengan faedah," kata Ruhaidini, yang juga pembantu bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.

Deposit itu dipulangkan pada Februari 2023, bersama dengan faedah kira-kira RM3 juta.


Dua lagi pembelian hartanah di Kota Kinabalu, Sabah dan Bangsar South di Kuala Lumpur juga ditandakan sebagai bermasalah.


Rosli Yaakub, ahli lembaga pengarah yang mewakili Kementerian Kewangan, memberi keterangan bahawa pada 23 Nov 2022, ahli lembaga pengarah meminta untuk menandatangani pernyataan arm's length transaction (urus niaga tulus) berhubung pembelian RM16 juta di Kota Kinabalu, tanpa sebarang butiran perjanjian itu, kerana ia telah pun diluluskan oleh panel pelaburan.

Arm's length transaction bermakna pembeli dan penjual bertindak untuk kepentingan mereka sendiri dan tidak tertakluk kepada tekanan yang tidak wajar antara satu sama lain.

Rosli berkata dia membantah pembelian itu tetapi diberitahu oleh setiausaha syarikat bahawa hanya kelulusan panel pelaburan diperlukan, yang tidak dipersetujuinya kerana percaya lembaga itu mempunyai tugas fidusiari dan boleh memaksa panel pelaburan memberikan butiran pelaburannya.

“Tetapi YB, pembelian hartanah tidak pernah dibawa kepada Board (lembaga pengarah). Saya cakap sekali lagi register dalam ini, tidak pernah dibawa kepada Board, tidak pernah,” katanya.

Misteri RM154 juta

Begitu juga, sebuah bangunan enam tingkat di Bangsar South bernilai RM154 juta telah dibeli pada 2017 tanpa kelulusan lembaga pengarah.

Malah, PAC tidak dapat menentukan siapa yang menandatangani pembelian besar itu.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Elanjelian Venugopal berkata ia bertujuan untuk dijadikan ibu pejabat HRD Corp tetapi ia tidak pernah berlaku "kerana ia menjadi isu kontroversi".

"Lembaga lembaga tidak meluluskan pembelian bangunan itu," katanya memberi keterangan, sambil menambah bahawa Ketua Pegawai Eksekutif mempunyai kuasa untuk meluluskan pembelian sedemikian secara unilateral.

Bagaimanapun, katanya, terdapat "kekeliruan" mengenai siapa yang meluluskan pembelian Bangsar South.

"Terdapat banyak perkara yang diluluskan pada masa itu yang agak meragukan," katanya.


Elanjelian, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dari Julai 2018 hingga April 2020, berkata SPRM sedang menyiasat pembelian Bangsar South dan telah mengambil keterangannya.

Dia mendakwa terdapat syak wasangka rasuah RM10 juta terlibat dalam pembelian itu tetapi tindakan SPRM "tiba-tiba dihentikan".

“Bila kerajaan tumbang, tindakan pun terhenti. Tetapi, saya melihat dokumen itu kerana mereka sedang menemu bual saya, pegawai SPRM, kira-kira RM10 juta rasuah terbabit,” kata bekas naib presiden Khazanah Nasional itu.

Pada 2017, Ketua Pegawai Eksekutifnya ialah CM Vignaesvaran Jeyandran, yang berkhidmat dari Jun 2010 hingga Jun 2018, manakala menteri sumber manusia ialah Richard Riot.

Laporan PAC diterbitkan pada hari yang sama dengan Laporan Ketua Audit Negara, yang juga termasuk audit HRD Corp.

Ketua Audit Negara Wan Suraya Wan Mohd Rodzi mencadangkan kementerian merujuk HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan, selepas audit "tidak memuaskan".

Menteri Sumber Manusia Steven Sim hari ini berkata menteri itu akan menyerahkan laporan itu kepada SPRM untuk siasatan.



RUPANYA LAPORAN AUDIT BERLAKU ZAMAN MUHYIDDIN. PATUT DIAM... MAT JARGON MANA PI...

 

Terjumpa ini di 𝗣𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗫. Menarik penjelasan yang diberi. Baca sendiri di https://tinyurl.com/mrxn8shx.




Rupanya 𝗔𝘂𝗱𝗶𝘁 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 yang dibuat adalah untuk tempoh 2021 hingga 2022. Jadinya isu yang berlaku berkenaan HRDCorps tu berlaku sewaktu 𝗠𝗮𝗵𝗮𝗶𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻.


Patutlah YBM Steven Sim Chee Keong 沈志强 chill je. Siap 𝘰𝘧𝘧𝘦𝘳 lagi 𝗺𝗮𝗻𝗮-𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗮𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁 𝗞𝗲𝘀𝘂𝗺𝗮. Betul kata orang, berani kena benar. Takut kerana sa? Sa? Salah...


Ketua PAC ni 𝗠𝗣 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗡 sendiri. So janganlah cakap ini kena 𝘴𝘱𝘪𝘯 pula ya. Nampaknya zaman Mahiaddin PM dulu ada banyak berlegaran 𝗶𝘀𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗮𝗶𝘁 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻. Kan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗥𝗜 𝗡𝗢𝗛 𝗢𝗠𝗔𝗥 𝗞𝗘 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗟𝗨𝗧 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡

 


Bertambah retak le...

Dan makin tipis le hasrat Azmin nak rampas jawatan presiden BERSATU.


𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗥𝗜 𝗡𝗢𝗛 𝗢𝗠𝗔𝗥 𝗞𝗘 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗟𝗨𝗧 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡


Penyertaan bekas Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti yang dilaporkan media adalah satu lagi polemik perebutan kuasa yang akan menambah kemelut parti itu terutama di Selangor. Tan Sri Noh yang merupakan penyokong kuat bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, dipercayai dibawa masuk bagi memperkukuhkan kedudukan pimpinan utama Bersatu yang mahu menjatuhkan Dato’ Seri Azmin Ali terutama menjelang pemilihan parti itu yang dijangka berlangsung pada tahun ini.


Azmin Ali seperti yang diketahui umum tidak mempunyai hubungan politik yang baik dengan Tan Sri Noh Omar, malah Azmin Ali lah yang mula-mula menggelar mantan Ahli Parlimen Tanjung Karang itu sebagai ’Noh Udang’ sebelum menjadi sensasi di media sosial.


Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Selangor melihat ini sebagai satu lagi episod pertembungan terbuka Bersatu Selangor selepas Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari menyatakan bahawa Azmin Ali seorang pembuli sehingga menjadi salah satu sebab beliau menyatakan sokongan kepada kepimpinan YAB Dato’ Seri Amirudin Shari selaku Dato’ Menteri Besar Selangor yang membawa kepada pemberhentian keanggotaan beliau dalam Bersatu. 


Justeru, kemelut kepimpinan Bersatu Selangor akan terus menjadi perhatian dan umum meyakini bahawa sebagaimana nasib Datuk Rashid yang dihumban oleh orang baru, Azmin Ali akan terima turut menerima nasib sama dengan kemasukan Noh Omar. Namun, sikap Azmin Ali yang boleh diibaratkan sebagai “agung susut, pongah masih” ini adalah satu kelebihan kepada lawan-lawan politiknya dan Keadilan Selangor yakin percakaran sesama sendiri Bersatu Selangor ini akan terus membongkar wajah sebenar parti itu yang begitu tamakkan kuasa semenjak Langkah Sheraton lagi.


Buat anggota-anggota Bersatu Selangor, ’tahniah' diucapkan. Perginya Datuk Rashid yang merupakan antara pendiri awal Bersatu diganti Noh Omar, mantan Pengerusi Umno Selangor. Moga moga kalian semua tidak terhambat dek sikap pembuli Azmin Ali.


Sekian.


𝗦𝗔𝗜𝗙𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗕𝗜𝗡 𝗦𝗛𝗔𝗙𝗜 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗

Pengarah Strategi

Keadilan Selangor




PEMIMPIN YANG BAIK AKAN DIINGATI JASANYA.


Ahmad Norazlan. 


 Sejarah sering membuktikan pemimpin yang patriotik dan hebat sering dibenci di awal pemerintahan dan disanjung di hujung pemerintahan atau setelah bersara, berbanding pemimpin yang oportunis dan korupsi yang disanjung pada awal pemerintahan dan dibenci pada akhir kekuasaan.



Bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew di awal pemerintahannya dibenci oleh rakyat Singapura kerana ketegasannya melaksanakan pembaharuan dasar negara.


Setelah terkeluar dari Malaysia, Singapura yang hanya negara kecil tanpa sumber alam dan hanya bergantung kepada pelabuhan amat memerlukan perubahan drastik dan menyeluruh yang pastinya sukar diterima rakyat pada awalnya.


Apa yang orang tidak tohmah terhadap Lee Kuan Yew, termasuk orang Melayu di Malaysia.


Di akhir pemerintahan beliau, Singapura antara negara hebat dalam pelbagai sisi.Matawang Dollar Singapura kekal kukuh sejak dahulu hingga kini berbanding Ringgit yang dahulunya sama nilai dengan Dollar Singapura, namun sejak awal dekad 1980an semakin merosot.


Penerbangan Singapura yang asalnya adalah satu dengan Penerbangan Malaysia hingga kini mengekalkan kecemerlangan berterusan di pentas dunia berbanding Penerbangan Malaysia yang mengalami kerugian berbelas tahun.Baru setahun ini ada keuntungan.


Dahulunya Malaysia dan Singapura adalah satu dan sama taraf kemajuan, namun kerana penyelewengan sistem dan budaya oleh pemimpin, politikus, penjawat awam dan rakyat, Malaysia semakin tertinggal jauh di belakang Singapura.


Untuk menyedapkan hati terdapat segolongan orang Malaysia akan mengungkit kelemahan dan kekurangan Singapura, seperti saiz negara dan rumah yang kecil, tidak ramai boleh memiliki kereta dan lain-lain yang berbangkit kerana faktor geografi dan bukan korupsi.


Berapa ramai pemimpin gerakan revolusi yang populis di awal pemerintahan tetapi gagal di akhir pemerintahan kerana alpa dengan sokongan rakyat, manakala rakyat pula taksub dan takjub terhadap pemimpin.


Hitler, Sukarno dan senarai yang panjang di benua Afrika, Eropah, Amerika Selatan dan Asia.Kesemua mereka adalah pemimpin populis di kalangan rakyat di awal pemerintahan tetapi berakhir dalam keadaan berbeza.


Semoga rakyat Malaysia kekal bersikap kritis terhadap pemimpin dan kerajaan serta pembangkang demi sistem dan budaya pentadbiran dan politik yang cemerlang.


Semoga Malaysia 🇲🇾 kembali hebat seperti dahulu.



CALON PN BAYAR META GUNA DUIT MANA?



 Dalam isu 𝗠𝗔𝗛𝗕, kerajaan berurusan dengan GIP. 𝗧𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 pun kerajaan berurusan dengan 𝗕𝗹𝗮𝗰𝗸𝗥𝗼𝗰𝗸.



Cuma setelah persetujuan dicapai, baru BlackRock nak masuk dengan membeli kepentingan dalam GIP. Itu pun belum berlaku. 𝗛𝘂𝗷𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗶𝗻𝗶 baru selesai.


Tapi calon PN ini, 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗲𝘀𝘁𝘂 𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗣𝗡 𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶𝗻𝘆𝗮, telah membayar kepada Meta, syarikat yang memiliki 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸, 𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗔𝗽𝗽 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺 (antaranya) yang jelas 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹. Bukan sikit jumlah yang dibayar. Guna duit sumbangan ahli ke tu?


Inilah lagi contoh 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗡. Kononnya mereka lawan Israel. Hakikatnya, mereka rela bayar syarikat 𝗽𝗿𝗼-𝗜𝘀𝗿𝗮𝗵𝗲𝗹𝗹 demi untuk menang pilihanraya. Gadai prinsip demi politik?


Walaun pun, McDonald's yang milik orang Islam diajak boikot. KFC milik JCorp pun dia nak boikot. Yang jelas 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗬𝗮𝗵𝘂𝗱𝗶 dia 𝘴𝘶𝘱𝘱𝘰𝘳𝘵. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PUAK KHAWARIJ MANA CAMPOR JEMAAH LAIN

 

Zolkarnain  Al Abyadhi



Hampir 200 orang bersolat Maghrib berjemaah di Masjid Kampung Kepala Gajah, Sungai Bakap malam ini (4 Julai).






Sungguh, saya tidak berjumpa seorang pun jemaah yang memakai sama ada vest, t-shirt atau ketayap yang bersimbol parti PH atau BN. 


Turut bersolat jamaah ialah seorang bekas menteri BN. Dia hanya berbatik lengan pendek tanpa sebarang simbol atau berwarna seperti mana-mana parti politik.


Tetapi, terlalu ramai orang PN yang pakai vest atau t-shirt berlambang PN atau Pas. Saya buktikan dengan gambar di sini.


Sangkut sajalah lambang parti kamu wahai orang PN/Pas di pintu masjid. Masjid bukan medan berpolitik kepartian.