BERIKAN RUANG KERJA UNTUK MUSTAPHA
MSO
Presiden UMNO Zahid Hamidi kata ramai yang memohon untuk memasuki UMNO semula dan mereka sedang dipertimbangkan. Beliau berkata demikian di Jeli, boleh dianggap permohonan itu juga datang dari Kelantan.
Kalau yang pohon untuk masuk semula ke dalam UMNO, bekas ketua UMNO Jeli Mustapa Mohamed, UMNO boleh pertimbangkan, bahkan elok.
Walaupun Mustapa kata dia sudah pencen dalam politik, tetapi pengalaman dan ilmu yang ada kepadanya berguna untuk digunakan bangunkan negara. Apa lagi Mustapa seorang yang suka bekerja daripada berpolitik, molek sangat kalau Zahid cari satu ruang untuk bekas menteri itu.
Sebaliknya kalau permohonan itu dari Annuar Musa, molek tidak dilayan dan tutup serta kunci terus pintu UMNO buatnya. Berbeza peribadi Mustapa dengan Annuar. Mustapa bukan sahaja komited dengan kerja, tetapi punya moral yang jauh lebih baik berbanding Annuar Musa. Beza seperti langit dengan bumi.
Walaupun Annuar sudah jadi mualaf Pas, namun dosa-dosanya masih belum suci selagi rakyat Kelantan mengingatinya apa yang pernah beliau lakukan. Hikayat pohon Ketereh masih diingat oleh seluruh rakyat Kelantan. Apakah orang Pas mahu hikayat pohon Ketereh hendak dibaca dalam politik Kelantan sekali lagi. Trims.