PUAK KHAWARIJ MANA CAMPOR JEMAAH LAIN

 

Zolkarnain  Al Abyadhi



Hampir 200 orang bersolat Maghrib berjemaah di Masjid Kampung Kepala Gajah, Sungai Bakap malam ini (4 Julai).






Sungguh, saya tidak berjumpa seorang pun jemaah yang memakai sama ada vest, t-shirt atau ketayap yang bersimbol parti PH atau BN. 


Turut bersolat jamaah ialah seorang bekas menteri BN. Dia hanya berbatik lengan pendek tanpa sebarang simbol atau berwarna seperti mana-mana parti politik.


Tetapi, terlalu ramai orang PN yang pakai vest atau t-shirt berlambang PN atau Pas. Saya buktikan dengan gambar di sini.


Sangkut sajalah lambang parti kamu wahai orang PN/Pas di pintu masjid. Masjid bukan medan berpolitik kepartian.